Wednesday, February 21, 2018

Misteri Ramalan Baba Vanga!


Dengan kecacatan mata sejak kecil dan sering diserang pelbagai penyakit, anda jangan terkejut apabila insan yang memiliki nama sebenar, Vangelia Pandeva Dimitrova ini telah meramalkan Perang Dunia ke-3 akan berlaku pada November 2010 yang lalu!

Misteri Ramalan Baba Vanga!

Namun, kali ini ramalannya silap kerana ketika artikel ini dikongsikan pada 2018, dunia masih lagi dalam keadaan aman walaupun berada dalam keadaan huru-hara kerana banyaknya peperangan di serata dunia.

Walau bagaimanapun, mari kita mengkaji sejauh mana reputasi ramalan wanita misteri yang lahir pada 3 Oktober 1911 ini.

Membina Reputasi

Apa yang menarik tentang Baba Vanga adalah, dia sebenarnya buta sejak dari kecil lagi disebabkan oleh satu peristiwa di mana Baba Vanga telah terbang dibawa angin ribut ketika bermain bersama kanak-kanak sebaya lain dan dipercayai hilang.

Tidak lama kemudian, beliau kemudiannya ditemui dengan matanya dilitupi debu dan habuk selepas satu operasi pencarian.

Sejak peristiwa malang itu, beliau mengalami kecacatan mata kekal sehingga ke akhir hayat beliau.

Akan tetapi, ini adalah titik rahmat kepada Baba Vanga, disebalik kecacatan mata beliau, dia dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan yang tidak mungkin diperolehi oleh orang lain.

Beliau mahir dalam bidang perubatan terutama perubatan herba. Reputasi beliau dalam masyarakat meningkat dengan mendadak apabila banyak penyakit berjaya dirawat dengan kelebihannya.

Ramalan Tenggelamnya Kapal Selam Kursk

Terdapat satu lagi kelebihan insan istimewa ini. Dia mempunyai kelebihan meramal dengan tepat sesuatu kejadian.

Ramalan beliau melibatkan peristiwa-peristiwa yang sangat penting dalam sejarah, seperti ramalan beliau mengenai karamnya Kapal Selam Russia, Kursk.

Dalam ramalan dia berkata; “At the turn of century in August 1999 and 2000, Kursk will covered with water and whole world will weeping over it.”

Sewaktu Baba Vanga meramalkannya, beliau hanya menyebut Kursk. Umum mengetahui Kursk juga adalah nama wilayah di Rusia. Ramai yang membayangkan wilayah Kursk ini yang akan ditenggelami air!

Akan tetapi, Kursk yang dimaksudkan oleh Baba Vanga dalam ramalan beliau adalah sebuah kapal selam Rusia yang tenggelam di perairan Barent Sea pada 10 August 2000!

Peristiwa tenggelamnya Kapal Selam Kursk ini mendapat liputan meluas oleh seluruh akhbar dunia.

Ironinya, ramalan ini dibuat pada tahun 1980, 20 tahun sebelum peristiwa ini benar-benar terjadi.

Ramalan tentang Peristiwa 11 September

Bukan itu sahaja yang diramal Baba Vanga, peristiwa 11 September juga diramal dengan setepat-tepatnya.

Berikut adalah secebis ramalan beliau, “Horror, horror! The American brethren will fall after being attacked by the steel birds. The wolves will be howling in a bush, and innocent blood will be gushing.”

Walau bagaimanapun, ketika ramalan ini diberitahu oleh Baba Vanga pada 1989, tiada sesiapa dapat mengagak apa yang Baba Vanga mahu sampaikan.

Sepertimana ramalan-ramalan yang lain, selepas terjadinya sesuatu peristiwa yang diramalkan, barulah umum memahami apa yang dimaksudkan Baba Vanga.

Ramalan-ramalan lain

Sewaktu Perang Dunia ke-2 rancak berlangsung, abang sulung Baba Vanga iaitu Vasil, telah bertekad untuk menyertai tentera.

Beliau berkeras menghalangnya kerana dia telah mendapat visi bahawa abangnya akan meninggal pada usia 23 tahun.

Walau bagaimanapun, disebabkan mahu membela tanah air, abangnya bertekad untuk menjadi tentera tanpa menghiraukan nasihat adiknya itu.

Seperti yang diramalkan, abangnya meninggal pada usia 23 tahun dipercayai diseksa oleh tentera Jerman.

Ironinya, terdapat sumber-sumber menyatakan, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler telah sempat berkunjung semasa hayatnya kerana dipercayai untuk bertenung nasib.

Dikhabarkan oleh warga tempatan, Hitler kelihatan sugul semasa keluar daripada rumah Baba Vanga. Kemungkinan ramalan Baba Vanga tidak berkenan di hati beliau!

Antara ramalan-ramalan lain ialah tentang perpecahan Soviet Union, letupan nuklear Chernobyl, kematian Princess Diana, kemenangan Boris Yeltsin dan tarikh kematin Pemimpin tentera merah Rusia, Joseph Stalin.

Ramalan beliau mengenai Umat Islam

Antara ramalan-ramalan beliau yang menjadi perbahasan adalah ramalan mengenai kebangkitan umat Islam yang menurut Baba Vanga, umat Islam bakal menguasai Eropah menjelang 2043.

Jika difikirkan, pada waktu ini, umat Islam mengalami zaman kejatuhan. Di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan ditindas. Cendekiawan barat selalu mengatakan umat Islam sukar untuk bangkit kerana tekanan daripada Barat dan Zionis.

Meskipun bergitu, jika dilihat kepada ramalan-ramalan beliau yang lain, termasuk ramalan tentang orang perseorangan, dipercayai ramalan beliau mempunyai 80% ketepatan. Apakah benar ramalan beliau ini? Wallahu a'lam.

Kontroversi Baba Vanga

Baba Vanga tidak lepas daripada kontroversi. Antara kontroversi beliau adalah:

1. Mendakwa boleh berkomunikasi dengan roh daripada orang yang telah meninggal 200 tahun lepas.

2. Mendakwa semakin banyak makhluk asing akan datang ‘melawat’ bumi setiap tahun. Makhluk asing ini menggunakan bahasa yang dipanggil Vanfim dan datang dari pada planet ke-3 daripada bumi!

3. Meramal kematian beliau sendiri dengan tepat. Sebelum itu mendakwa seorang kanak-kanak dari Perancis berumur 10 tahun yang juga buta sepertinya mendapat ‘kuasa’ seperti beliau. Baba Vanga menyatakan, tidak lama lagi kanak-kanak ini akan menjadi bualan masyarakat dunia.

4. Baba Vanga amat disayangi oleh pemimpin-pemimpin Komunis Bulgaria era Tudor Zhivkov. Banyak kali beliau dilihat dilawat secara rasmi oleh pemimpin Komunis ini termasuk Tudor Zhivkov sendiri. Malah, Baba Vanga pernah tampil di dalam rancangan televisyen. Dipercayai, komunis langsung tidak ‘menyentuh’ rumah Baba Vanga walaupun komunis sangat dikenali sebagai parti anti-agama dan amalan-amalan keagamaan.

5. Baba Vanga menurut sanak saudaranya akan berasa tidak senang dan kurang sihat apabila tetamu yang hadir ke rumahnya mempunyai masa depan kurang elok. Banyak kali Baba Vanga tidak memberitahu secara terperinci individu yang mempunyai masa depan yang buruk.

Kematian Baba Vanga

Baba Vanga meninggal dunia pada usia lanjut iaitu pada usia 85 tahun. Dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996 di tanah airnya, Bulgaria.

P/s: Artikel ini adalah untuk perkongsian semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Nostradamus Balkan' Ramal China Kuasa Dunia 2018

sumber: takusahrisau

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon