Friday, February 23, 2018

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Menyebut tentang Land Rover pasti ramai yang membayangkan model-model kereta keluaran syarikat ini yang ditawarkan dengan ketahanan dan gayanya yang lasak.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Membawakan gaya yang hampir sama, Land Rover telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Land Rover Explore.

Melalui model ini, Land Rover mengesahkan Land Rover Explore merupakan smartphone paling tahan di dunia.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Pihak Land Rover turut membawakan trademark gril kereta mereka untuk diterjemahkan kepada bahagian hadapan Land Rover Explore.

Dari segi spesifikasi Land Rover Explore dikuasakan oleh processor MTK Helio X27, RAM 4GB serta 64GB ruang storan.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Berbekalkan bateri 4000mAh, pengguna berpeluang mendapat dua hari penggunaan melalui satu pengecasan penuh.

Land Rover Explore akan mula ditawarkan di pasaran April 2018, dimana harga penawaran bakal bermula sekitar $800 (~RM3128.72).

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Harga premium untuk sebuah smartphone khusus buat mereka yang sedang mencari smartphone tahan lasak serta mampu menahan suhu sejuk yang ekstrem.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Pilihan Terbaik Sepanjang 2017

sumber: thevocket

Adegan Pertarungan 'Black Panther' Guna Silat Harimau

Adegan Pertarungan 'Black Panther' Guna Silat Harimau

Sangat mengujakan apabila mengetahui filem Hollywood yang sedang mengungguli carta box office, Black Panther, terbitan Marvel Studios turut dikaitkan dengan seni bela diri Nusantara iaitu silat.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Perkara ini didedahkan pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang memainkan watak adiwira T’Challa apabila menceritakan bahawa dia dan pelakon lain berlatih untuk adegan pertarungan dengan mempelajari beberapa seni bela diri, termasuk silat.

Seperti yang dilaporkan, Chadwick Boseman mendedahkan bahawa dia turut mempelajari seni mempertahankan diri tradisional yang sinonim dengan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei itu.

Ia hasil penyelidikan yang dilakukan pengarah, Ryan Coogler dan pasukan produksinya melakukan kajian terperinci ke atas seni bela diri dari seluruh dunia yang turut melibatkan Silat Harimau.

Silat Harimau merupakan antara salah satu aliran silat Nusantara yang pergerakannya menyerupai harimau dengan melibatkan banyak aksi melompat dan menendang seperti haiwan tersebut.

“Pasukan produksi kami bekerja keras dalam menghasilkan koreografi menarik bagi adegan melawan.

"Ia melibatkan Capoiera dari Brazil, tinju Dambe (Nigeria), gusti Senegal.

“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan silat,” katanya lagi.

Menurut Chadwick Boseman lagi, semua aksi mempertahankan itu kemudiannya digabungkan bagi menghasilkan satu identiti budaya menarik Wakanda, yang merupakan sebuah negara fiksyen menerusi filem Black Panther.

Aktor berusia 40 tahun itu akan kembali melakonkan watak T’Challa dalam filem Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2018 depan.

Sebelum ini, Chadwick Boseman pernah memuat naik satu video di laman Instagramnya tahun 2017 lalu yang menyaksikan dia sedang berlatih satu adegan melawan yang kelihatan seperti silat.

Seorang lagi pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o, yang pernah memenangi anugerah Oscar melalui filem 12 Years A Slave pada 2013, turut dilihat mempamerkan gaya melawan seakan-akan silat untuk karakter dibawanya yang dinamakan Nakia.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Aktres itu sebelum ini melalui satu artikel dalam laman sesawang rasmi Marvel turut mendedahkan latihannya untuk filem tersebut merangkumi aksi judo, jiu-jitsu dan silat.

Lupita Nyong’o turut memuji kebolehan atletik yang dimiliki Ryan Coogler yang nyata membantu pelakon-pelakon untuk mencantikkan gaya pergerakan.

“Ryan Coogler mempunyai mentaliti seorang pejuang yang saya sangat perlukan.

“Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan sebagai seorang pejuang dan dia (Ryan Coogler) banyak membantu saya,” jelas Lupita.

Menurut Lupita Nyong’o, dia kini mampu melakukan aksi-aksi menarik di layar perak dan semuanya kerana tunjuk ajar Ryan.

‘Black Panther’ Cuma Perlu Masa 4 Hari Untuk Pecah Rekod Kutipan ‘Justice League’

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Tiada yang dapat menghentikan Black Panther dari terus memecahkan rekod filem Marvel. Terbaru, Black Panther cuma memerlukan 4 hari untuk memecahkan rekod kutipan domestik Justice League.

Walaupun filem Justice League tetap membuat keuntungan, tetapi dengan bajet besar filem berkenaan, keuntungannya tidak seperti yang diharapkan.

Untuk kutipan hujung minggu pertama, Black Panther telah membuat kutipan USD235 juta dan sebagai perbandingan, Justice League membuat kutipan USD228.6 juta sepanjang ianya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat.

Dan Black Panther masih ada beberapa minggu lagi sebelum ianya tamat ditayangkan di pawagam.

Ini hanyalah perbandingan kutipan di AS dan masih belum lagi kutipan di seluruh dunia.

Kutipan dunia untuk Black Panther setakat ini adalah USD428.6 juta dan sebagai perbandingan sekali lagi, Justice League menutup tirai Box Office mereka seluruh dunia dengan kutipan USD657.4 juta.

Filem arahan Ryan Coogler ini sudah pun memecahkan beberapa rekod lain, antaranya filem arahan pengarah kulit hitam dengan kutipan tertinggi, filem superhero solo dengan kutipan tertinggi mengalahkan Iron Man dan filem non-sequel dengan kutipan tertinggi.

Black Panther secara mudah mampu mengutip setengah bilion USD dalam minggu akan datang dan mungkin boleh membuat kutipan USD1 bilion di akhir tayangan.

Pasti tersenyum T’Challa dari Wakanda mendengar rekod-rekod yang dipecahkan beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

sumber: mynewshub | thevocket

Orang Beriman Dilarang Bersangka Buruk

Orang Beriman Dilarang Bersangka Buruk

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604)

Orang Beriman Dilarang Bersangka Buruk

Pengajaran

Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar.

Ibnu Sirin berkata, “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya."

Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat mengikut kemampuan.

Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Apatah lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?

sumber: greenappleku

Sambutan Pesta Angin Timur Perlis

Sambutan Pesta Angin Timur Perlis

Sambutan Pesta Angin Timur Perlis yang merupakan program untuk menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan di negeri Perlis, bagi menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa mengunjungi negeri itu.

Pesta Angin Timur Perlis

Penganjuran secara tahunan Pesta Angin Timur Perlis juga merupakan cerminan kehidupan dan budaya rakyat di Perlis, di samping membantu menjana ekonomi rakyat tempatan, juga memberi peluang kepada generasi muda menghayati semula sebahagian aktiviti yang semakin dilupakan selain menjadi produk pelancongan.

Selain rakyat boleh menyertai dan menyaksikan kemeriahan Pesta Angin Timur, mereka boleh membeli barangan keperluan harian pada harga lebih murah.

Pesta Angin Timur yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dianjurkan sejak tahun 2011.

Menerusi penganjurannya juga, kefahaman mengenai budaya sesebuah masyarakat dapat dipertingkatkan, selain mengeratkan kerjasama antara masyarakat dengan agensi kerajaan.

Antara program menarik sepanjang Pesta Angin Timur Perlis itu adalah pertandingan menangkap belut, lumba kerbau besi, karaoke lagu rakyat, jualan amal ‘Kiah Pekasam’, sukan motor lasak dalam bendang, kenduri rakyat, ‘funfair’ dan ‘soopa doopa’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Festival Regatta Lepa ‘Pesta Air Sabah’

sumber: utusan

Thursday, February 22, 2018

Rahsia Kenapa Dunia Perubatan Moden Mengharamkan Marijuana

Rahsia Kenapa Dunia Perubatan Moden Mengharamkan Marijuana

Seluruh dunia sering ditakut-takutkan oleh pakar perubatan kononnya Marijuana (ganja) merupakan dadah yang amat berbahaya dan akan dihukum gantung sampai mati sekiranya sesiapa didapati memilikinya. Apa sebenarnya motif mereka?

Rahsia Kenapa Dunia Perubatan Moden Mengharamkan Marijuana

Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?

Perbezaannya ialah, daun Marijuana (ganja) merupakan tumbuhan semulajadi yang dicipta oleh Allah SWT dan mempunyai khasiat kepada kesihatan yang sangat banyak.

Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses menggunakan bahan kimia berbahaya, maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.

Sepatutunya, pakar kesihatan hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana telah terbukti amat berbahaya.

Tetapi, kenapa pula pihak berkuasa mengharamkan pokok Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?

Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?

Pada tahun 1974, para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia Amerika, telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi, sebaliknya mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.

Pada tahun 1976, Presiden Amerika, Gerald Ford tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat terhadap Marijuana dan memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian tersebut.

Pada tahun 1983, Presiden Ronald Reagan telah mengarahkan pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 tentang Marijuana.

Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu menyembuhkan banyak penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser otak, kanser kulit, kanser buah dada, diabetes (kencing manis), sawan, asma, leukemia, alzheimer (hilang ingatan) dan parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi.

Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana sangat murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran.

Malah, rawatan Kemoterapi  untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.

KEBERKESANAN GANJA

Rahsia Kenapa Dunia Perubatan Moden Mengharamkan Marijuana
Landon Riddle dan Mike Cutler (kanan).

Gambar diatas menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan rawatan Kemoterapi  tetapi itu hanya menjadikan penyakitnya bertambah teruk.

Ibunya telah mencuba Marijuana dan selepas dua bulan berubat dengan ganja, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan memulakan kehidupan normal.

Seorang lelaki berumur 63 tahun bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser dan berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat menggunakan Marijuana.

PENYAKIT ADALAH BISNES LUMAYAN

Rahsia Kenapa Dunia Perubatan Moden Mengharamkan Marijuana
Stephen Bloomer.

Tahukah anda bahawa perubatan moden merupakan industri kedua terbesar didunia selepas industri minyak?

Sekarang, tahukah anda mengapa Presiden Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dibuat kajian?

Pada 18 September 2014, seorang doktor di Amerika bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana merawat seorang pesakitnya menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidap kanser itu telah pun sembuh selepas itu.

Inilah yang dinamakan kosnpirasi dunia perubatan moden!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Tubuh?

sumber: selendangmaya

Mengenali Durian Musang King

Mengenali Durian Musang King

Durian Musang King. Jika negara Eropah dan negara hemisfera bawah dan atas memiliki musim tertentu, bermula Mei dan berakhir ogos saban tahun adalah musim durian bagi penduduk Malaysia.

Mengenali Durian Musang King

Musim durian merupakan 'raja musim' bagi musim buah dan meskipun dikelaskan dengan sifat baunya yang kurang enak bagi 'hidung mat saleh' namun lidah tidak dapat menipu keenakkan rasanya.

Pelbagai jenis durian yang diberikan oleh Allah kepada bumi Malaysia dan serantau, Musang King, kunyit, udang merah dan kampung selain dari jenis klon dan kacukan antara nama-nama durian yang dikenali ramai.

Musang King (mao san wang JK1165) mampu mencecah ratusan ringgit sebiji.

Contohnya, tempat pengumpulan durian Sungai Ruan, Raub Pahang masih dapat membelinya dengan harga RM40/kg namun jika sampai di lembah klang mungkin dalam RM60-65/kg.

Musang King (Raja Kunyit) merupakan durian 'level' eksport negara ke negara-negara yang inginkan raja buah yang pernah menjadi 'item' di dalam rancangan fear factor Amerika ini.

Musang King dikategorikan kepada tiga kategori, Gred A, Gred B dan Gred C dan pengredan ini penting untuk menilai setiap pengeluaran buah untuk eksport ataupun jualan tempatan.

Gred durian umpama nilai ringgit yang perlu dikeluarkan untuk menikmatinya, pihak FAMA, MARDI atau pengusaha dusun semestinya arif akan pengredan ini maka kita juga sepatutnya mengenali sifat yang ada bagi setiap gred supaya tidak ditipu penjual.

GRED MUSANG KING

Musang King GRED A

Ciri-Ciri: Saiz besar
  • Bentuk yang seimbang (simetri), tiada bengkang bengkoknya sebagai petanda semua pangsa terdapat buah.
  • Tiada tanda kerosakan oleh serangga ataupun kerosakan 'perlanggaran' atau hentakkan. Koyak atau pecah.
  • Harga 'standardize' tidak official antara RM25-RM65 per kg atau lebih tinggi.

Musang King GRED B

Ciri-Ciri: Saiz sederhana besar
  • Bilangan isi dan pangsa tidak 100% selari, setengah pangsa ada isi, setengah mungkin tiada.

Musang King GRED C

Ciri-Ciri: Saiz Kecil
  • Bentuk yang tidak sama, tidak simetri.
  • Bilangan isi bilangan sedikit, pangsa ditinggalkan kosong tanpa isi.

Meskipun besar dan sepatutnya dikelaskan dalam kategori Gred A jika berulat atau berserangga, Musang King tersebut akan digredkan sebagai Gred C.

Walaupun gred ini atas penilaian FAMA namun, pihak FAMA tidak menetapkan harga siling bagi harga durian Musang King.

Oleh itu, untuk beberapa biji Musang King gred A tidak mustahil perlu membelanjakan hampir RM1,000.

Selain dari mengenali bentuk Musang King (salah satu dari 200 jenis durian di dunia) yang berduri piramid, 'bontot'nya berbentuk bintang lima garisan pada pangkal buah hanya terdapat pada musang king, tangkal bewarna coklat agar kebarangkalian untuk ditipu penjual dengan durian klon lain kategori.

Gred A, B atau C perlu diketahui supaya anda tidak mudah untuk memberikan not duit kepada penjual meskipun ia sememangnya durian jenis Musang King.

SEJARAH D197, MUSANG KING ATAU RAJA KUNYIT

Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah.

Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800. Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790.

Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.

Sebelum mati dipanah petir seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit.

Wee Chong Beng mula menanam Raja Kunyit seluas 2 hektar pada tahun 1970.

Pada mulanya, selepas mengeluarkan hasil, Raja Kunyit hanya di pasarkan oleh Wee Chong Beng disekitar Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan.

Kebanyakan pembeli durian Raja Kunyit ialah kaum cina kerana rasanya yang begitu pahit.

Pada tahun 80an durian Raja Kunyit mula ditanam oleh pekebun durian diPahang dan Gua Musang.

Sementara itu Wee Chong Beng telah berusaha untuk mendaftarkan Raja Kunyit dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan hanya selepas hampir 20 tahun, baru durian Raja Kunyit dapat didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993.

Setelah kebun di Pahang dan Gua Musang mengeluarkan hasil, durian Raja Kunyit mula dipasarkan di Kuala Lumpur dan bandar bandar utama Malaysia.

Pekebun-pekebun dari Gua Musang telah menukar nama dan mempromosikan durian Raja Kunyit sebagai "Musang King".

Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk Singapura, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.

DURIAN MUSANG KING PALING MAHAL

Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah ini melonjak sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.

Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram.

PENGELUAR MUSANG KING TERBESAR

Walaupun Tanah Merah, Kelantan adalah asal usul D197 Musang king, Raub dan Bentong di Pahang merupakan pengeluar durian Musang King terbesar di Malaysia dengan keluasan dusun durian mencecah 10,000 hektar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Durian Gondol, Spesis Buah Tanpa Duri

sumber: belangtarung | facebook | hmetro

Punca Rasa Sakit Atau Tidak Selesa Di Bawah Perut Bagi Wanita

Punca Rasa Sakit Atau Tidak Selesa Di Bawah Perut Bagi Wanita

Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahim. Walau bagaimanapun, banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.

Punca Rasa Sakit Atau tidak Selesa Di Bawah Perut Bagi Wanita

Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan lebih lanjut mengenai masalah puan, ia akan membantu doktor mendiagnosa masalah puan dengan lebih tepat, sebelum doctor menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian.

Saya membahagikan 3 punca utama yang menyebabkan masalah rasa tidak selesa atau sakit di bahawa abdomen.

1. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem kencing

Biasanya jangkitan air kencing akan menyebabkan rasa seperti panas atau terbakar apabila anda membuang air kecil dan sering mengalami rasa tidak puas kencing dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali.

Jangkitan kuman yang bermula dari pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang. (Jangkitan kuman di buah pinggang dinamakan pyelonephritis).

Biasanya pesakit akan merasa tidak sihat, demam dengan suhu badan yang tinggi dan mengalami rasa sakit belakang.

Selain itu jika sakit di bahagian bawah abdomen ini merebak dari pinggang dan turun ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau mana-mana bahagian dalam sistem kencing.

Untuk ini, doktor akan melakukan ujian air kencing dan jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti harus dijalankan kerana ia adalah tandaa yang bahaya.

Ketumbuhan dalam sistem kencing jarang berlaku, dan jika ia berlaku selalunya pesakit mengalami masalah dalam jangka waktu yang lebih lama, mungkin beberapa bulan.

2. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem usus

Sakit yang timbul daripada masalah yang melibatkan sistem usus biasanya melibatkan soal penghadaman dan pemprosesan najis. Biasanya ia disebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit.

Kesakitan yang biasanya digambarkan ialah sakit yang bersifat “datang dan pergi”atau seperti bergelombang.

Rasa sakit dan tidak selesa akibat kembung di bahagian ini, selalunya disebabkan oleh gas yang berkumpul kerana tidak boleh dikeluarkan sebagai kentut.

Ia disebabkan sama ada usus tidak berfungsi menggerakkan angina dan najis, juga boleh disebabkan oleh sembelit yang menutup ruang dalam usus untuk angin dikeluarkan.

Namun, apa yang paling bahaya ialah terdapat ketumbuhan dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin dalam usus.

Pendarahan ketika membuang air besar, sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman, adalah tanda-tanda masalah yang serius dalam sistem usus.

Ia boleh disebabkan oleh luka pada usus, buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus. Oleh itu jangan abaikan atau buat tidak tahu jika perasan ada darah dalam najis. Buat pemeriksaan segera.

3. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem seksual (pembiakan) wanita

Rasa sakit dan tidak selesa boleh disebabkan masalah yang berkitan dengan sistem pembiakan seperti rahem, saluran fallopian atau kelenjar ovari.

Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah bahagian bawah abdomen jika ia disebabkan oleh masalah pada rahim.

Rasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen biasanya disebabkan oleh kelenjar ovari.

Rasa sakit yang datang dari rahim dan berlaku ketika mula datang haid dikenali sebagai dysmenorrhoea.

Selalunya ia tidak menandakan penyakit berbahaya di kalangan wanita muda.

Rasa sakit juga boleh berlaku semasa hubungan intim (seksual) bersama suami, dinamakan sebagai dyspareunia dan ia adalah rasa sakit yang mungkin menunjukkan penyakit-penyakit bahaya di sekitar abdomen bawah. Pemeriksaan harus dilakukan segera.

Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bahawah abdomen dan tidak datang haid, besar kemungkinan mereka hamil secara normal (dalam rahem) atau mengalami kehamilan pada luar rahim.

Buatlah ujian air kencing, UPT bagi mengesahkan kehamilan dan jika masih mengalami rasa sakit, berjumpalah dengan doktor, kerana bimbang sedang mengalami proses keguguran atau berkemungkinan kehamilan luar rahim.

Wanita yang telah berkahwin, mengalami kesukaran untuk hamil dan mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen adalah digalakkan agar segera pemeriksaan doktor.

Ini kerana rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini, mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid, penyakit keradangan pelvis dan ovarian cyst.

Pemeriksaan yang dijalan oleh doktor jika seorang wanita mengaami rasa sakit atau ketidakselesaan di bawah abdomen, bergantung kepada masalah yang dihadapi.

Selalunya doktor akan bertanyakan soalan mengenai kitaran haid dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar.

Selain itu doktor mungkin bertanya sama ada pesakit mengalami demam, loya dan muntah-muntah seterusnya, doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur.

Oleh itu carilah doktor wanita yang berpengalaman suapaya berasa selesa apabila diperiksa.

Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing.

Jika pesakit mempunyai gejala-gejala keputihan atau pendarahan pada faraj, doktor mungkin mengambil contoh lendiran pada faraj.

Pemeriksaan lain ialah pemeriksaan darah dan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Sindrom Kejutan Toksik (TSS) Penyebab Gangren Terutamanya Kepada Wanita

sumber: drzubaidi

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Pasti ramai wanita diluar sana yang mengimpikan mahu menjadi puteri raja kan? Terutamanya ketika kecil anda pasti pernah berangan-angan untuk tinggal di istana besar dan hidup mewah.

Menjadi keluarga diraja bukan sekadar mewarisi gelaran keluarga semata-mata tetapi harus berkredibiliti dan berketerampilan sentiasa.

Kami senaraikan 10 puteri dan kerabat diraja paling cantik di dunia.

1. Puteri Mathilde Melusine Ruspoli (Cerveteri)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Beliau merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembila Cerveteri dan antara puteri diraja muda yang menjadi perhatian ramai kerana kecantikannya.

Beliau juga pernah menghiasi sampul hadapan majalah Ferragamo ketika berusia 19 tahun.

2. Puteri Charlotte Marie Pomeline Casiraghi (Hanover)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Beliau adalah anak kedua kepada Puteri Monaco, Puteri Caroline, merupakan editor, wartawan dan pengasas bersama Above Magazine.

Pada usia 16 tahun, beliau sudah tersenarai sebagai Most Eligible Young Woman.

3. Puteri Salwa Aga Khan (Geneva)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Dilahirkan sebagai Kendra Spears, Puteri Salwa memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan Putera Rahim Aga Khan.

Beliau merupakan bekas peragawati serta pernah berjalan di pentas label terkemuka seperti Hermes, Gucci, Valentino dan Lanvin.

4. Permaisuri Rania Al Abdullah (Jordan)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Walaupun sudah berusia agak berusia, wajahnya seolah-olah beliau tidak dimamah usia.

Permaisuri Rania pernah dinobatkan sebagai First Lady Paling Cantik Dunia pada tahun 2011.

5. Puteri Charlene (Monaco)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik Afrika Selatan dan isteri kepada Raja Albert II.

Wanita ini merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

6. Puteri Ameera Aidan Nayef Al-Taweel (Arab Saudi)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Beliau merupakan isteri kepada Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal dan banyak terbabit dengan program kebajikan dan menjadi Naib Presiden Yayasan Al-Waleed bin Talal.

7. Puteri Catherine Elizabeth (United Kingdom)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Dikenali oleh rakyat sebagai Kate Middleton, Catherine bukan sahaja cantik malah sentiasa merendah diri dan baik hati.

Isteri kepada Putera William ini juga tersenarai sebagai 100 Most Influential People in the World pada tahun 2012 dan 2013.

8. Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (Johor)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Puteri tunggal pasangan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Raja Zarith Sofia ini sentiasa menjadi perhatian rakyat.

Beliau sangat meminati bidang fesyen dan antara kerabat diraja paling popular di Instagram.

Tunku Aminah telah berkahwin dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah pada Ogos 2017 lalu.

9. Puteri Sirivannavari Nariratana (Thailand)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Merupakan puteri kepada Raja Vajiralongkorn dan sangat menggemari sukan dan seni.

Dia pernah mewakili negaranya dalam acara badminton dan memenangi pingat emas dalam South East Asian Games 2005.

10. Puteri Keisha Omilana (Nigeria)

10 Puteri Dan Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Wanita berkulit hitam yang cantik ini merupakan graduan dalam bidang fesyen dan juga seorang model dan terkenal di Amerika Syarikat.

Beliau amat dikenali di AS selepas menjadi satu-satunya wanita berkulit hitam yang muncul dalam iklan Pantene di Amerika.

Selain itu, Puteri Keisha juga pernah muncul dalam filem seperti Zoolander dan rancangan televisyen seperti 30 Rock dan SNL.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Putera Raja Paling Kacak Di Dunia!

sumber: tv14