Friday, February 23, 2018

Adegan Pertarungan 'Black Panther' Guna Silat Harimau


Sangat mengujakan apabila mengetahui filem Hollywood yang sedang mengungguli carta box office, Black Panther, terbitan Marvel Studios turut dikaitkan dengan seni bela diri Nusantara iaitu silat.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Perkara ini didedahkan pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang memainkan watak adiwira T’Challa apabila menceritakan bahawa dia dan pelakon lain berlatih untuk adegan pertarungan dengan mempelajari beberapa seni bela diri, termasuk silat.

Seperti yang dilaporkan, Chadwick Boseman mendedahkan bahawa dia turut mempelajari seni mempertahankan diri tradisional yang sinonim dengan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei itu.

Ia hasil penyelidikan yang dilakukan pengarah, Ryan Coogler dan pasukan produksinya melakukan kajian terperinci ke atas seni bela diri dari seluruh dunia yang turut melibatkan Silat Harimau.

Silat Harimau merupakan antara salah satu aliran silat Nusantara yang pergerakannya menyerupai harimau dengan melibatkan banyak aksi melompat dan menendang seperti haiwan tersebut.

“Pasukan produksi kami bekerja keras dalam menghasilkan koreografi menarik bagi adegan melawan.

"Ia melibatkan Capoiera dari Brazil, tinju Dambe (Nigeria), gusti Senegal.

“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan silat,” katanya lagi.

Menurut Chadwick Boseman lagi, semua aksi mempertahankan itu kemudiannya digabungkan bagi menghasilkan satu identiti budaya menarik Wakanda, yang merupakan sebuah negara fiksyen menerusi filem Black Panther.

Aktor berusia 40 tahun itu akan kembali melakonkan watak T’Challa dalam filem Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2018 depan.

Sebelum ini, Chadwick Boseman pernah memuat naik satu video di laman Instagramnya tahun 2017 lalu yang menyaksikan dia sedang berlatih satu adegan melawan yang kelihatan seperti silat.

Seorang lagi pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o, yang pernah memenangi anugerah Oscar melalui filem 12 Years A Slave pada 2013, turut dilihat mempamerkan gaya melawan seakan-akan silat untuk karakter dibawanya yang dinamakan Nakia.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Aktres itu sebelum ini melalui satu artikel dalam laman sesawang rasmi Marvel turut mendedahkan latihannya untuk filem tersebut merangkumi aksi judo, jiu-jitsu dan silat.

Lupita Nyong’o turut memuji kebolehan atletik yang dimiliki Ryan Coogler yang nyata membantu pelakon-pelakon untuk mencantikkan gaya pergerakan.

“Ryan Coogler mempunyai mentaliti seorang pejuang yang saya sangat perlukan.

“Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan sebagai seorang pejuang dan dia (Ryan Coogler) banyak membantu saya,” jelas Lupita.

Menurut Lupita Nyong’o, dia kini mampu melakukan aksi-aksi menarik di layar perak dan semuanya kerana tunjuk ajar Ryan.

‘Black Panther’ Cuma Perlu Masa 4 Hari Untuk Pecah Rekod Kutipan ‘Justice League’

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Tiada yang dapat menghentikan Black Panther dari terus memecahkan rekod filem Marvel. Terbaru, Black Panther cuma memerlukan 4 hari untuk memecahkan rekod kutipan domestik Justice League.

Walaupun filem Justice League tetap membuat keuntungan, tetapi dengan bajet besar filem berkenaan, keuntungannya tidak seperti yang diharapkan.

Untuk kutipan hujung minggu pertama, Black Panther telah membuat kutipan USD235 juta dan sebagai perbandingan, Justice League membuat kutipan USD228.6 juta sepanjang ianya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat.

Dan Black Panther masih ada beberapa minggu lagi sebelum ianya tamat ditayangkan di pawagam.

Ini hanyalah perbandingan kutipan di AS dan masih belum lagi kutipan di seluruh dunia.

Kutipan dunia untuk Black Panther setakat ini adalah USD428.6 juta dan sebagai perbandingan sekali lagi, Justice League menutup tirai Box Office mereka seluruh dunia dengan kutipan USD657.4 juta.

Filem arahan Ryan Coogler ini sudah pun memecahkan beberapa rekod lain, antaranya filem arahan pengarah kulit hitam dengan kutipan tertinggi, filem superhero solo dengan kutipan tertinggi mengalahkan Iron Man dan filem non-sequel dengan kutipan tertinggi.

Black Panther secara mudah mampu mengutip setengah bilion USD dalam minggu akan datang dan mungkin boleh membuat kutipan USD1 bilion di akhir tayangan.

Pasti tersenyum T’Challa dari Wakanda mendengar rekod-rekod yang dipecahkan beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

sumber: mynewshub | thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon