Friday, December 22, 2017

Bahaya Sindrom Kejutan Toksik (TSS) Penyebab Gangren Terutamanya Kepada Wanita


Sindrom Kejutan Toksik (TSS) adalah suatu keadaan yang berpotensi membawa maut disebabkan oleh pembebasan bahan-bahan beracun daripada pembiakan bakteria yang dikenali sebagai Staphylococcus Aures atau Staph, yang terdapat dalam kebanyakan tubuh badan wanita.

Bahaya Sindrom Kejutan Toksik (TSS) Terutamanya Kepada Wanita
Gangren akibat TSS.

Sindrom Kejutan Toksik adalah masalah kesihatan yang jarang berlaku, namun ia membahayakan nyawa disebabkan oleh toksin (racun) yang beredar dalam aliran darah.

Bakteria yang menjangkiti beberapa bahagian tubuh melepaskan toksin ini, lalu penghidap sindrom kejutan toksik akan mengalami demam tinggi, ruam, tekanan darah rendah dan kegagalan sistem organ berganda (sekurang-kurangnya tiga sistem) dalam tubuh.

Sindrom Kejutan Toksik pertama kali ditemui pada kanak-kanak sekitar tahun 1978, namun begitu sindrom ini tidak begitu dikenali sehinggalah epidemik pada tahun 1981 yang dikaitkan dengan penggunaan tuala wanita di kalangan wanita.

PENYEBAB SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Sindrom kejutan toksik disebabkan oleh toksik yang dihasilkan oleh bakteria namun, hanya bakteria tertentu menghasilkan racun ini.

Apabila toksin yang mengandungi bakteria dilepaskan ke dalam aliran darah, ia mula terlebih merangsang sistem imun dalam tubuh, kemudiannya menyebabkan gejala-gejala teruk Sindrom Kejutan Toksik.

Dalam kebanyakan bentuk biasa Sindrom Kejutan Toksik, bakteria itu hidup di dalam vagina wanita yang telah dijangkiti dan pertumbuhan bakteria itu digalakkan melalui kehadiran tuala wanita.

Namun begitu, toksin ini boleh dihasilkan daripada bakteria melalui beberapa kawasan tubuh dan kadangkala kawasan jangkitan tidak begitu jelas.

Kebanyakan kes Sindrom Kejutan Toksik adalah disebabkan oleh bakteria Staphylococcus Aureus.

Bentuk Sindrom Kejutan Toksik Staphylococcal dikaitkan dengan wanita haid menggunakan tuala wanita namun begitu, lelaki, kanak-kanak dan wanita yang tidak haid juga boleh mendapat Sindrom Kejutan Toksik.

Sesetengah kes Sindrom Kejutan Toksik adalah disebabkan Streptococcus Pyogenes, bakteria sama yang menyebabkan sakit tekak strep.

Streptococcus Pyogenes kerap muncul daripada jangkitan kulit dan menyebabkan bentuk Sindrom Kejutan Toksik yang lebih serius daripada Staphylococcus Aureus.

Sumber jangkitan adalah daripada vagina (penggunaan tuala wanita dengan kesan penyerapan lebih), hidung (penyumbatan hidung), luka pembedahan, kelahiran bayi, dan sebarang luka pada kulit.

GEJALA SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Kebanyakan mereka yang dijangkiti Sindrom Kejutan Toksik akan mengalami gejala-gejala ringan selama dua hingga tiga hari sebelum mereka mendapat penyakit ini.

Gejala-gejala ringan ini termasuklah demam rendah, sakit otot, sejuk menggigil dan rasa tidak sedap badan atau debar.

Sindrom Kejutan Toksik boleh memberi kesan terhadap sistem organ dalam tubuh termasuklah kulit, paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan pankreas.

Kesemua penghidap akan Sindrom Kejutan Toksik mengalami demam, ruam dan juga gejala-gejala dalam sekurang-kurangnya tiga sistem organ tubuh.

Gejala Sindrom Kejutan Toksik termasuklah:
  • Demam tinggi lebih daripada 38.9 C.
  • Ruam Sindrom Kejutan Toksik adalah berupa ruam selaran matahari yang meliputi kebanyakan tubuh. Ia nipis, tidak timbul dan bertukar menjadi warna putih jika ditekan. Ruam ini sukar dilihat pada mereka yang berkulit gelap. Kemerahan pada mata, bibir dan lidah juga boleh muncul. Ruam juga muncul pada telapak tangan dan tumit kaki.
  • Sakit kepala.
  • Sakit otot.
  • Sakit tekak.
  • Batuk.
  • Loya dan muntah.
  • Diarea: Banyak dan berair.
  • Sakit pada bahagian perut.
  • Rasa hendak pitam terutamanya jika bangun.
  • Keliru atau hilang sedar.
  • Tekanan darah rendah sistolik kurang dari 90 mm Hg.

BILA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN

1. KANAK-KANAK

Jika kanak-kanak mengalami demam dan ruam merah dengan gejala-gejala sindrom kejutan toksik, segeralah berjumpa dengan doktor bagi memastikan kemungkinan sindrom kejutan toksik.

Penyebab biasa demam dan ruam terhadap kanak-kanak adalah virus dan demam scarlet (demam marak), boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak lebih muda daripada 10 tahun.

Demam scarlet adalah bentuk sakit tekak strep yang menyebabkan sakit tekak dan ruam timbul, bukan ruam nipis sindrom kejutan toksik. Demam scarlet biasanya penyakit serius.

2. DEWASA

Bahaya Sindrom Kejutan Toksik (TSS) Terutamanya Kepada Wanita
Lauren Wasser, seorang model AS yang dipotong kaki akibat TSS.

Jika demam tinggi hadir tanpa ruam dan juga sesetengah gejala-gejala sindrom kejutan toksik segeralah berjumpa doktor.

Banyak penyakit virus boleh menyebabkan demam dan sakit tekak, batuk, rasa tidak sedap badan, loya dan muntah-muntah, diarea dan sakit otot.

RAWATAN

Sindrom kejutan toksik memerlukan penjagaan kecemasan segera di hospital. Jika anda merasa diri mengalaminya, segeralah mendapatkan rawatan perubatan. Rawatan keadaan yang boleh membahayakan nyawa ini perlulah agresif.

Anda akan diberi antibiotik untuk membunuh bakteria dan menghentikan lebih banyak racun daripada dihasilkan.

Anda juga akan menerima cecair intravena. Langkah-langkah penting termasuklah tranfusi (pindahan) darah dan ubatan lain untuk menstabilkan tekanan darah.

Beberapa kes memerlukan ventilator atau alat pernafasan untuk membantu anda bernafas.

PENCEGAHAN

Menggunakan tuala wanita meningkatkan risiko untuk mendapatkan sindrom kejutan toksik. Tetapi risiko lebih rendah jika menggunakan tuala wanita biasa daripada menggunakan jenis yang kuat menyerap.

Anda boleh merendahkan risiko dengan mengambil langkah-langkah berikut:
  • Minimumkan penggunaan tuala wanita. Anda boleh bergilir-gilir menggunakan tuala wanita semasa siang dan menggunakan lampin kain pada waktu malam.
  • Gunakan tuala wanita kurang menyerap yang akan mengawal aliran haid. Penggantian tuala wanita sekurang-kurangnya setiap lapan jam. Pastikan anda membuang tuala wanita apabila haid sudah habis.
  • Jika anda menggunakan span haid, diafragma, atau cap serviks (cawan serviks), keluarkan ia apabila tidak diperlukan. Anda seharusnya tidak memakai sebarang alat lebih daripada 24 jam. Basuhlah diafragma atau cap serviks dalam air suam, bersabun setiap hari selepas digunakan.

KAMUS ANDA
  • Epidemik: tercetusnya sesuatu penyakit yang menghinggapi banyak orang dalam sesuatu daerah pada sesuatu masa, wabak.
  • Sindrom: kumpulan tanda atau gejala yang menunjukkan trdapatnya sesuatu keadaan atau penyakit.
  • Diarea: penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: priorityisyou

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon