Monday, December 04, 2017

Cili Nafas Naga Lada Paling Pedas Di Dunia!

Cili Nafas Naga Lada Paling Pedas Di Dunia!

Cili Nafas Naga menduduki rangking teratas dalam senarai cili paling pedas di dunia, terhasil dalam warna merah dan sedikit oren, bentuknya kecil dan agak membulat.

Cili Nafas Naga Lada Paling Pedas Di Dunia!

Seorang chef menghasilkan cili diakui yang paling pedas di dunia dan kepedasannya dikatakan boleh membawa maut.

Cili yang digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) dihasilkan untuk digunakan dalam rawatan perubatan sebagai anestetik kerana minyak dihasilkannya mampu mengebaskan kulit.

Mike Smith, dari Wales Utara menanam cili dan sayur, lapor Daily Post.

Kepedasan cili itu mampu menyebabkan kejutan ala anafilaksis dengan melecurkan saluran udara pemakannya seterusnya menyebabkannya tertutup.

Malah, ia lebih pedas daripada semburan lada digunakan tentera Amerika Syarikat.

Paling Pedas Di Dunia

Cili Nafas Naga Lada Paling Pedas Di Dunia!

Kepedasan Cili Nafas Naga mengungguli carta lada paling pedas dengan bacaan 2.48m (milion) juta heat dalam skala scoville (SHUs).

SHUs adalah unit yang digunakan bagi mengukur kepedasan jenis cili atau serbuk lada.

Sementara itu, kehebatan Cili Nafas Naga terbukti apabila berjaya menewaskan pemegang rekod cili paling pedas sebelumnya, Carolina Reaper dengan kepedasan 2.2m SHUs.

Jika cili Cili Nafas Naga dimakan, antara kesannya adalah muntah-muntah dan sakit perut.

Malah, kesakitan pada bahagian esofagus yang seakan terbakar memerlukan rawatan hospital.

Kesan ini dinilai berpandukan kepada pengambilan sebiji cili Cili Nafas Naga.

Paling menakutkan, anda bakal berdepan dengan maut jika Cili Nafas Naga diambil secara berlebihan.

Seorang individu yang pernah menyahut cabaran untuk mencuba Cili Nafas Naga telah mengunyah sebanyak tiga (3) biji lada, hanya mampu mengunyah selama 21.85 saat dan selepas itu terpaksa menanggung kepedasan melampau selama 14 jam.

Kepedasannya seolah-olah membakar lidah dan mulut!

11 Lada Paling Pedas Di Dunia
  1. Cili Nafas Naga
  2. Carolina Reaper
  3. Moruga Trinidad Scorpion
  4. 7 Pot Douglah
  5. Primo
  6. Butch T Trinidad Scorpion
  7. Naga Viper
  8. Ghost
  9. 7 Pot Barrackpore
  10. 7 Pot Red Giant
  11. Red Savina Habanero

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Setem Tanpa Harga Bernilai RM5 Juta!

Setem Tanpa Harga Bernilai RM5 Juta!

Bukan kisah dongeng. Tanpa disangka sekeping setem boleh mencecah harga RM5 juta dan pemiliknya, Mubarak Ali Rajak, bakal bergelar jutawan kerana hobi dan minatnya mengumpul setem.

Setem Tanpa Harga Bernilai RM5 Juta!

Memetik tulisan Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, Mubarak yang ketika itu baru berumur 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang.

Dek kerana hobi gemar mengumpul Setem, Mubarak sibuk membelek setiap kepingan surat itu

Sedang sibuk membelek surat, terlihat sekeping surat daripada Bank Standard Chartered yang dikirim kepada bapanya.

Setem tanpa harga bernilai RM5 juta
Setem yang bernilai RM5 juta.

Bila ditenung dan diperhatikan dengan teliti, Mubarak terkejut kerana setem di surat tersebut tidak tertera harga seperti mana setem yang lain.

Walaupun masih muda remaja ketika itu, Mubarak dapat merasakan setem berkenaan pasti akan menjadi satu 'collector' yang berharga suatu hari nanti.

Sangkaannya tidak meleset dan kini setelah 50 tahun berlalu, apa yang dirasakannya itu ternyata tepat!

Menurut Mubarak, keaslian dan keunikan setem ini telah diakui oleh Pos Malaysia sendiri dan juga telah disahkan tulin oleh The Royal Philatelic Society Of London, malah ia juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Mubarak juga bersedia 'melepaskan' setem kesayangannya itu jika ada pihak yang sanggup membelinya dengan harga RM5juta!

Perkongsian cerita itu menerima banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya memanjatkan syukur ke hadrat ILLAHI.

Menggunakan nama Ray Na di Facebook, dia berkata, ini satu rezeki kepada pemiliknya.

“Ini namanya rezeki terpijak jika berjaya terjual,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Sally Anne dengan ringkas berkata, itu namanya rezeki.

Berlainan bagi Ali Shah pula, satu perkara yang terbaik dilakukan oleh pemilik setem itu.

“Tabik dengan dokumentasi dan pengesahan yang dibuat oleh pemilik setem tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, tambah Mubarak, sebenarnya berlaku kesilapan dalam mencetak setem-setem berkenaan.

Setem tanpa harga - Pengesahan oleh Malaysian Book Of Record
Pengesahan yang dikeluarkan oleh Malaysian Book Of Record.

“Saya difahamkan syarikat yang mencetak setem tersebut iaitu Harrison And Son Limited di London, telah melakukan kesilapan hingga 100 keping setem yang sama dihasilkan mereka tidak mempunyai tanda harga.

"Apabila saya ke pejabat pos untuk membeli beberapa keping lagi setem yang sama, kerani itu memberitahu kesemua setem tersebut telah dibatal dan dimusnahkan.

"Hanya sekeping setem yang 'terlepas' iaitu yang ada pada simpanan saya sekarang, sekaligus mencatat rekod satu-satunya setem di dunia yang tidak mempunyai tanda harga," katanya.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu meletakkan harga yang tinggi itu, tetapi ia dibuat setelah penyelidikan dan mengkaji harga pasaran setem-setem yang unik seperti ini.

"Pergilah cari kat mana-mana tempat di dunia ini yang ada setem sebegini, tak ada. Hanya di Malaysia," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Disember)

Tarikh 4 Disember merupakan hari ke 338 (hari ke 339 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 27 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Disember)
MH653 Dirampas!

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Tentera Laut di India.

Peristiwa

1639 - Ahli astronomi Inggeris Jeremiah Horrocks membuat pencerapan pertama terhadap peralihan Zuhrah (gambar 2004).

1791 - Akhbar Ahad pertama di dunia, The Observer di Britain, diterbitkan buat pertama kali.

1829 - Amalan sati dihapuskan secara rasmi di India British selepas Ram Mohan Roy berkempen bertahun-tahun menentang adat pengebumian Hindu ini.

1954 - Rangkaian kedai makanan segera hamburger sejagat Burger King, terkenal kerana Whoppernya, diasaskan di Miami, Florida, A.S.

1977 - Penerbangan MH653 Malaysia Airlines dirampas dan jatuh di Tanjung Kupang, Johor, mengorbankan 100 nyawa.

1977 - Presiden Republik Afrika Tengah Jean-Bédel Bokassa memahkotakan dirinya sendiri sebagai "Maharaja Bokassa I" dalam satu upacara mewah.

2010 - Kedua-dua penyandang Laurent Gbagbo dan calon pembangkang Alassane Ouattara mengangkat sumpah secara berasingan sebagai Presiden Côte d'Ivoire.

Kelahiran

1951 - Patricia Wettig, pelakon A.S.

Kematian

1828 - Lord Liverpool, Perdana Menteri United Kingdom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Disember)

sumber: wikipedia

Sunday, December 03, 2017

LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

Kenapa anda perlu membeli Bitcoin? Sebab, sama seperti emas, nilai Bitcoin semakin meningkat dan kadar keuntungannya sangat besar.

LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

Tapi, macamana nak beli Bitcoin? Dimana nak beli? Macamana nak simpan?

Bitcoin Wallet Luno.com

Luno.com adalah sebuah sistem pertukaran seperti Luno Exchange, platform yang menghubungkan calon pembeli dan calon penjual yang memungkinkan ahli untuk saling menjual atau membeli bitcoin, ethereum, produk, saham, mata wang melalui sistem Luno Exchange: Bitcoin.

Luno.com tidak membeli atau menjual Bitcoin dan tidak menentukan harga Bitcoin, tetapi adalah platform yang menghubungkan pembeli dan penjual.

Luno menyediakan servis Bitcoin Wallet dan yang paling penting ia PERCUMA!

Kini, anda boleh membeli dan menjual Bitcoin di Luno, yang mana servis Luno berjalan 24 jam sehari, tanpa cuti.

Anda boleh menggunakan servis Luno bila-bila masa dan dimana sahaja. Apa yang saya paling suka tentang Luno adalah, kadar tukaran Bitcoin ke Ringgit Malaysia atau Ringgit Malaysia ke Bitcoin adalah tinggi berbanding syarikat lain.

Menyimpan Bitcoin Melalui Luno.com

Kita boleh mengumpul Bitcoin sebagai aset digital sebab nilai Bitcoin semakin meningkat.

Kemudian, bila sudah banyak boleh gunakan dalam transaksi harian seperti isi minyak dan shopping atau boleh jual Bitcoin dan keluarkan duit ke dalam akaun bank tempatan.

Luno boleh melakukan pengeluaran sepantas 24 jam sahaja untuk bank yang ada di Malaysia. Sangat mudah, cepat, murah & selamat.

Berapa besar keuntungan jika beli Bitcoin sekarang?

Bayangkan, pada pertengahan tahun 2017 sahaja, nilai bitoin adalah USD$3000 bagi 1 Bitcoin. Pada bulan November 2017, nilai Bitcoin adalah USD$10,000 1 Bitcoin.

Maksudnya,jika anda membeli 1 Bitcoin (USD$3,000) pada pertengahan 2017, anda sudah memiliki USD$10,000 pada bulan November 2017! Untung USD$7,000 dalam tempoh kurang 6 bulan!

Kesimpulannya, jika anda berminat mahu mengumpul Bitcoin, anda WAJIB memiliki wallet bitcoin untuk menyimpan balance bitcoin anda.

Anda boleh membuat wallet di Luno, beli bitcoin, tunggu nilai Bitcoin naik kemudian jual untuk mendapatkan keuntungan.

Buka akaun LUNO anda sekarang, SIGNUP.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2017

-SENTIASAPANAS.COM

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Asal-usul kumpulan mafia sebagai organisasi jenayah terancang memang mustahil untuk dikenalpasti. Ahli-ahli organisasi mafia ini tidak menyimpan sebarang rekod yang bertepatan untuk tatapan kini.

Kumpulan Mafia Legenda Kongsi Gelap Yang Menggerunkan

Operasi-operasi mafia dilaksanakan secara rahsia demi kepentingan keluarga mereka dan apabila membicarakan tentang mafia, tentunya pulau Sicily, the Godfather dan submesingan Thompson akan dibayangkan.

Zaman kegemilangan mafia Itali sudah berakhir. Satu masa dahulu, kota Rom dijadikan ibu negara kepada sebuah empayar yang begitu luas pengaruhnya, pada hari ini sedang berdepan dengan kerapuhan ekonomi, korupsi, penindasan terhadap wanita dan ironinya, terdapat satu sektor yang langsung tidak menanggung keperitan ketiga-tiga perkara ini, kerana ia juga merupakan sebahagian daripada isu-isu semasa Itali.

Mafia adalah sebuah industri yang sangat menguntungkan, setahun boleh dikatakan sebanyak AS$170 bilion dijana industri ini.

Ekonominya yang berdasarkan pembunuhan, rasuah, penyeludupan, ceti haram, judi, pelacuran, peras ugut dan rompakan memerlukan sebuah ekonomi yang sungguh lemah untuk berkembang pesat. Hubungannya dengan negara yang ibaratkan parasit amat sesuai dengan keadaan ekonomi Itali sekarang.

Bayangkan, 7% daripada kekayaan Itali dikuasai mafia!

Pada hari ini, ‘Ndrangheta, Camorra dan Cosa Nostra menguasai alam kongsi gelap Itali. Golongan mafia ini tidak lagi beroperasi di bahagian selatan sahaja.

‘Ndrangheta yang mencengkam Calabria mendominasi perdagangan dadah. 80% daripada keseluruhan penyeludupan kokain di Eropah adalah atas usaha mereka.

Expo Milano 2015 antara 1 Mei hingga 31 Oktober 2015 pun kini dibawah penyiasatan pihak berkuasa selepas kontrak-kontraknya disyaki berhubung dengan penglibatan mafia.

Mafia kini tidak lagi memegang senjata, tetapi telefon-telefon pintar dengan ilmu kewangan yang tinggi. Operasi mereka terlalu luas, walaupun pakaian kot mereka kekal.

Inilah saat yang mereka nanti-nantikan – ketika bank-bank Itali tidak mahu memberi pinjaman, ketua-ketua mafia begitu gembira melayan perniagaan-perniagaan yang terdesak dengan khidmat yang menuntut kadar faedah yang sangat tinggi.

Amalan ceti haram ini telah menghancurkan 1,800 perniagaan. Seramai 200,000 orang tersangkut dengan tuntutan ini. Perjudian menjadi sumber kekayaan mereka yang ketiga terbesar. Dan pengaruh mafia juga sedang tersebar dalam sektor pengangkutan, perubatan dan logistik.

Nampaknya, persepsi “tiada perang, tiada mafia” adalah dongengan semata-mata.

Namun, pendapat sedemikian ada relevannya. Budaya mafia dilahirkan di Sicily dan dikembangkan menerusi peperangan.

Ndrangheta, Cosa Nostra dan Camorra semua dilahirkan semasa abad ke-19, melahirkan tanda tanya tentang keadaan geopolitik dan sosioekonomi di sekitar zaman itu.

Rompakan ialah kegiatan yang sudah menjadi satu kebiasaan semasa kelahiran ketiga-tiga organisasi ini. Dan pada 1925, Benito Mussolini memulakan usaha untuk menghancurkan mafia Itali melalui fasisme.

Ini bermula selepas kelicikan Don Francesco Cuccia, juga Datuk Bandar Piana dei Greci (kini Piana degli Albanesi), semasa kunjungan Benito Mussolini ke kawasan tersebut.

Don Cuccia berasa tersinggung kerana Mussolini membawa barisan polis sebagai protokol keselamatan. Ditanya kepada Mussolini tentang keperluan polis sementara keluarga Cuccia mampu membekalkan perlindungan, tetapi Mussolini menolak tawaran ini. Lalu Don Cuccia menggerakkan jentera-jentera jenayahnya dalam usaha untuk memalukan Benito Mussolini.

Semasa ucapannya, hanya 20 orang yang terdiri daripada pengemis, penggilap kasut dan penjual-penjual loteri tiket sahaja yang hadir, sementara orang-orang kampung tidak menonjolkan diri.

Benito Mussolini benar-benar naik berang, lalu beliau pula menggerakkan jentera-jentera politiknya yang berjaya hancurkan kesatuan keluarga-keluarga mafia seperti yang diberitahu Antonino Calderone, salah seorang daripada pemberi maklumat dalam kalangan mafia.

Usaha Benito Mussolini telah mengurangkan kadar pembunuhan. Ramai golongan mafia melarikan diri ke Amerika Syarikat. Antaranya adalah Carlo Gambino dan Joseph Bonanno yang berjaya menubuhkan keluarga mafia yang paling berpengaruh di New York City.

Walau bagaimanapun, usaha ini hancur akibat Perang Dunia Kedua. Sicily dicerobohi tentera-tentera Bersekutu – banduan-banduan berjaya melarikan diri, rompakan kerap berlaku dan organisasi gelap kembali memuncak.

Ketua-ketua mafia membentuk kembali puak-puak jenayah yang hancur dibawah Benito Mussolini yang mayatnya digantung di stesen minyak Esso dengan cangkuk daging untuk direjam rakyat.

Barisan Bersekutu tidak menghiraukan tentang keadaan Sicily. Mereka meminta bantuan golongan mafia Itali-Amerika yang mempunyai hubungan bersama Sicily, seperti Vito Genovese.

Golongan mafia berjaya membina hubungan bersama ahli-ahli politik Itali, termasuk Perdana Menteri Giulio Andreotti selepas menguasai kerusi-kerusi Datuk Bandar. Pejabat Kerja Raya Palermo dikuasai Vito Ciancimino dan Salvatore Lima.

Dan dibawah pengaruh mafia, sebahagian besar permit-permit pembinaan diagihkan kepada lima orang yang tiada hubungan dengan firma-firma pembinaan pun.

Amalan penyeludupan dan peras ugut diteruskan. Pengaruh mereka tersebar ke firma-firma perlombongan, simen, dan logam. Mereka mengeksploit kontrak pembinaan yang tinggi keperluannya selepas pengeboman pihak Bersekutu yang membuatkan 150,000 orang sengsara dalam kawasan setinggan dan gua.

Ibaratkan jatuh ditimpa tangga, rakyat terpaksa berdepan dengan sistem yang korup sebegini. Kerakusan mafia berterusan sehingga meledak menjadi peperangan pada tahun 1962 apabila Don Cesare Manzella dibunuh dalam sebuah urus niaga dadah yang bermasalah.

Peperangan ini tidak berlaku sekali. Lebih kurang 20 tahun selepas itu, ‘Mattanza’ (Perang Kedua) pula berlaku yang melibatkan ribuan nyawa dan akhirnya golongan mafia mula bersengketa dengan kerajaan pula.

Dalam masa ini, perhubungan mafia terus berkembang, menjadi pemain utama dalam penyeludupan narkotik antarabangsa.

Tetapi, sekitar 1980-1990, barisan keadilan di Itali berjaya mengukuhkan undang-undang agar berjaya memberkas penjenayah-penjenayah mafia yang peringkat tinggi.

Untuk mengelakkan hukuman penjara yang lama, ramai Mafia sanggup melanggar kod Omertá (perjanjian rahsia) dan memberi keterangan terhadap saudara-saudara mafia mereka sendiri.

Selepas pelaksanaan undang-undang yang berjaya, mafia semakin lemah di Itali, tetapi sehingga hari ini masih lagi beroperasi seperti biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

sumber: thepatriots

Kisah Mistik Gunung Agung Di Bali

Kisah Mistik Gunung Agung Di Bali

Pulau Bali, Indonesia yang pada mulanya tenang kembali digegarkan dengan letusan Gunung Agung, gunung berapi yang menyimpan banyak kisah mistik telah menyebabkan banyak jadual penerbangan dibatalkan kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali ditutup sementara.

Kisah Misteri Gunung Agung Di Bali

Tiada siapa menyangka Gunung Agung setinggi 3,031 meter boleh meletus sehingga mengganggu jadual penerbangan.
Letusan itu memberikan pengajaran berguna bahawa persediaan menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka perlu dilakukan oleh setiap pengembara dan pelancong.

Ketika berada di pulau peranginan itu, jika pengunjung tidak berkesempatan mendaki Gunung Agung, kunjungilah Penelokan, Kintamani, untuk melihat pemandangan Gunung Batur.

Ramai pelancong melawat Penelokan bagi melihat pemandangan indah yang dihiasi dengan tasik di kawasan tanah tinggi. Gunung berapi itu setinggi 1,717 meter terletak sejauh 48.9 kilometer dari Gunung Agung.

Gunung Agung yang menjadi perbualan ramai turut mempunyai pantang larang untuk pendaki.

Terdapat cerita yang berlegar dikalangan penduduk Bali bahawa jika pendaki membawa daging lembu dipercayai pendakiannya akan terhalang disebabkan tiupan angin.

Mengikut kepercayaan penduduk Bali yang beragama Hindu, pendaki-pendaki dilarang memakai baju berwarna merah dan hijau bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Wanita haid juga dilarang mendaki gunung tersebut.

Kisah-kisah pelikdan misteri  itu banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar Indonesia.

Setiap kali bencana alam yang bakal berlaku, tersebarlah cerita seperti ratusan gajah lari dari kawasan pantai di Sri Lanka sebelum kedatangan tsunami pada tahun 2004. Deria haiwan yang mampu mengesan tsunami turut diakui oleh penyelidik binatang dari Perancis, Herve Fritz.

Situasi yang sama juga terjadi di sekitar Desa Adat Sogra, Kecamatan Selat, Karangasem, Bali.

Menurut portal berita Tribun Bali pada 22 September 2017 lalu, sejumlah ekor ular dan kera telah turun dari Gunung Agung ke kawasan penempatan penduduk.

Menurut seorang penduduk, Jro Mangku Wayan Sogra, haiwan tersebut mungkin dapat merasai suhu panas di gunung berapi itu.

Ini membuktikan kelakuan haiwan boleh digunakan untuk meramalkan kejadian tsunami dan letusan gunung berapi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

6 Fakta HIV, AIDS Di Malaysia Anda Perlu Tahu

6 Fakta HIV, AIDS Di Malaysia Anda Perlu Tahu

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.

6 Fakta HIV, AIDS Di Malaysia Anda Perlu Tahu

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kes paling tinggi mereka dijangkiti HIV/AIDS kini adalah menerusi hubungan seks berbanding suntikan jarum.

KKM pada Julai 2017 lalu menerusi Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya menyifatkan HIV dan penyakit AIDS kini tidak lagi menjadi ancaman utama negara apabila kementerian mensasarkan penurunan kes sebanyak 90 peratus menjelang tahun 2030.

Ketika menuju sasaran berkenaan, berikut adalah 6 fakta nombor mengenai HIV/AIDS di Malaysia yang perlu kita tahu:
  1. 111,916 jumlah keseluruhan kes HIV (1986 - 2016)
  2. 99,338 lelaki menghidap HIV (1986 - 2016)
  3. 33,206 kes jangkitan HIV melalui hubungan seks (1986 - 2016)
  4. 68, 392 kes HIV melalui suntikan penagih (1986 - 2016)
  5. 3,397 kes baharu jangkitan HIV pada 2016
  6. 15 kes baharu HIV melibatkan kanak-kanak bawah 13 tahun pada 2016

*Statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

Dibahagian barat negara Australia wujud sejenis spesis bunga orkid yang berbentuk seperti penari balet yang tumbuh meliar di kawasan sekitar Lake Grace and Pingrup, Perth.

'Bellerina Orchid' Bunga Orkid Pelik Menyerupai Penari Balet!

Bunga orkid pelik ini adalah sejenis tumbuhan berbunga daripada spesis Caladenia Melanoma yang jarang ditemui.

Bellerina Orchid mampu hidup dikawasan berpasir putih, tanah liat atau berhampiran tasik bergaram.

Orkid ini dianggap pelik kerana memiliki bentuk kelopak bunga seperti seorang wanita yang sedang menari sehingga sesetengah orang menggelarnya Orchid Ballet.

Menurut kajian, bunga orkid ini berbentuk pelik mungkin terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok.

Bunga orkid ganjil ini selalunya mengambil masa dua minggu untuk melalui proses pendebungaan, namun jika suhu persekitaran tinggi, proses tersebut akan berlaku lebih pantas.

Orkid Balet biasanya akan tumbuh secara tunggal atau berkelompok, mempunyai daun berwarna hijau pudar dan kira-kira 12 sentimeter lebar.

Manakala bahagian bunga pula berbentuk 'spike' atau pacak sehingga 15 sentimeter tinggi.

Orkid Balet akan mengeluarkan bunga pada bulan Ogos sehingga September setiap tahun.

Selain berbentuk unik, Orkid Balet juga diklasifikasikan sebagai tumbuhan herba dan hidup lebih lama berbanding bunga orkid lain.

Malangnya, bunga Orkid Balet diancam kepupusan akibat musim kemarau, ancaman serangga perosak dan haiwan ternakan.

Berdasarkan rekod pada tahun 2010, populasi Orkid Balet berjumlah 2,269 pokok, penurunan 40 peratus berbanding 4,000-5,000 pokok pada tahun 2007.

Pada tahun 2011 yang lalu, kerajaan Australia telah melancarkan satu projek pemulihan iaitu Wheatbelt Orchid Rescue Project untuk melindungi spesis orkid pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pelik! Bunga Menyerupai Wajah Monyet!

-SENTIASAPANAS.COM