Sunday, December 03, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Disember)


Tanggal 3 Disember merupakan hari ke 337 (hari ke 338 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 28 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Disember)
Himalia.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

Peristiwa

1854 - Sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila para pelombong di Kubu Eureka, Ballarat, Victoria, Australia, bertempur ganas dengan pihak polis dan tentera.

1904 - Satelit semula jadi Musytari, Himalia ditemui oleh Charles Dillon Perrine di Balai Cerap Lick di San Jose, California, A.S.

1917 - Perang Dunia Pertama: Gencatan senjata Jerman-Rusia.

1937 - Terbitan pertama siri komik yang paling lama di dunia, The Dandy, mula dijual.

1959 - Bendera Singapura mula digunakan, enam bulan selepas Singapura mula memerintah sendiri dalam Empayar British.

1967 - Pakar bedah Christiaan Barnard menjalankan pemindahan jantung manusia pertama yang berjaya, terhadap Louis Washkansky di Cape Town, Afrika Selatan.

1984 - Pembebasan tidak sengaja metil isosianit dan bahan kimia lain di Bhopal, India menyebabkan lebih 20,000 kematian dalam bencana perindustrian paling teruk di dunia.

1997 - Wakil 121 negara menandatangani Perjanjian Ottawa, mengharamkan penggunaan periuk api anti-orang.

1999 - NASA terputus hubungan dengan Mars Polar Lander sejurus ia tiba di atmosfera Marikh, dan dianggap hilang.

2009 - Teodoro Obiang Nguema Mbasogo dipilih semula sebagai Presiden Guinea Khatulistiwa.

2009 - Pengebom berani mati membunuh 22 orang, termasuk tiga orang menteri Kerajaan Persekutuan Peralihan, di Mogadishu, Somalia.

Kelahiran

1960 - Julianne Moore, pelakon Amerika Syarikat.

1981 - David Villa, pemain bola sepak FC Barcelona.

1982 - Michael Essien, pemain bola sepak Chelsea F.C.

Kematian

1996 - Babrak Karmal, Perdana Menteri Afghanistan ke-12.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon