Sunday, December 03, 2017

Kisah Mistik Gunung Agung Di Bali

Loading...

Pulau Bali, Indonesia yang pada mulanya tenang kembali digegarkan dengan letusan Gunung Agung, gunung berapi yang menyimpan banyak kisah mistik telah menyebabkan banyak jadual penerbangan dibatalkan kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali ditutup sementara.

Kisah Misteri Gunung Agung Di Bali

Tiada siapa menyangka Gunung Agung setinggi 3,031 meter boleh meletus sehingga mengganggu jadual penerbangan.
Letusan itu memberikan pengajaran berguna bahawa persediaan menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka perlu dilakukan oleh setiap pengembara dan pelancong.

Ketika berada di pulau peranginan itu, jika pengunjung tidak berkesempatan mendaki Gunung Agung, kunjungilah Penelokan, Kintamani, untuk melihat pemandangan Gunung Batur.

Ramai pelancong melawat Penelokan bagi melihat pemandangan indah yang dihiasi dengan tasik di kawasan tanah tinggi. Gunung berapi itu setinggi 1,717 meter terletak sejauh 48.9 kilometer dari Gunung Agung.

Gunung Agung yang menjadi perbualan ramai turut mempunyai pantang larang untuk pendaki.

Terdapat cerita yang berlegar dikalangan penduduk Bali bahawa jika pendaki membawa daging lembu dipercayai pendakiannya akan terhalang disebabkan tiupan angin.

Mengikut kepercayaan penduduk Bali yang beragama Hindu, pendaki-pendaki dilarang memakai baju berwarna merah dan hijau bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Wanita haid juga dilarang mendaki gunung tersebut.

Kisah-kisah pelikdan misteri  itu banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar Indonesia.

Setiap kali bencana alam yang bakal berlaku, tersebarlah cerita seperti ratusan gajah lari dari kawasan pantai di Sri Lanka sebelum kedatangan tsunami pada tahun 2004. Deria haiwan yang mampu mengesan tsunami turut diakui oleh penyelidik binatang dari Perancis, Herve Fritz.

Situasi yang sama juga terjadi di sekitar Desa Adat Sogra, Kecamatan Selat, Karangasem, Bali.

Menurut portal berita Tribun Bali pada 22 September 2017 lalu, sejumlah ekor ular dan kera telah turun dari Gunung Agung ke kawasan penempatan penduduk.

Menurut seorang penduduk, Jro Mangku Wayan Sogra, haiwan tersebut mungkin dapat merasai suhu panas di gunung berapi itu.

Ini membuktikan kelakuan haiwan boleh digunakan untuk meramalkan kejadian tsunami dan letusan gunung berapi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon