Thursday, September 01, 2016

Apa Itu Virus Zika, Simptom, Kesan, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Apa Itu Virus Zika, Simptom, Kesan, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947 dan kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun 2015 yang lalu.

Virus Zika

Berikut, tujuh perkara yang anda perlu tahu tentang Virus Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

2. Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti:
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit

3. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

4. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika.

Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

5. Kesan Dan Bahaya Virus Zika, Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Kesan Zika
Kepala bayi mengecil akibat virus zika.

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika. Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

6. Langkah-langkah Pencegahan Virus Zika

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

7. Kes Pertama Jangkitan Virus Zika di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang wanita Malaysia yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia.

Wanita dari Klang itu telah berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos 2016 yang lalu selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan sejurus selepas dia pulang ke Malaysia.

Ujian air kencing ke atas mangsa mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

Aplikasi Waze Bakal Saingi Uber, Kos Dan Tambang Lebih Murah!

Aplikasi Waze Bakal Saingi Uber, Kos Dan Tambang Lebih Murah!

Beberapa penyedia aplikasi lain bakal bersaing dengan pendatang baharu berprofil tinggi dan Google dilaporkan mula menguji program perintis di sekitar ibu pejabat mereka di California.

Waze vs Uber

Dengan menggunakan aplikasi Waze, penumpang boleh memeriksa laluan pemandu dan memilih kenderaan yang menggunakan laluan ke destinasi sama.

Menurut Wall Street Journal, ciri ini dipilih oleh Google untuk membezakan aplikasi baharu dengan Uber yang menjadikan pemandu mirip perkhidmatan teksi iaitu membawa penumpang ke destinasi tertentu sebaliknya Google mahu menggalakkan perkongsian laluan.

Google turut dilaporkan mengenakan tambang lebih rendah berbanding Uber dalam program perintis tersebut dan setakat ini belum memungut sebarang bayaran daripada pemandu.

Menurut Google, pendapatan pemandu tidak seharusnya dimiliki oleh syarikat kerana bayaran penumpang dianggap sebagai ‘bayaran minyak kenderaan’ semata-mata.

Kemampuan Google yang dinaungi syarikat induk Alphabet menyebabkan netizen meramal kejayaan firma gergasi tersebut dalam pertembungan dengan Uber yang telah beroperasi selama tujuh tahun.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

'Saya Mati Terus Kalau Tengok RM4 Bilion Dalam Akaun Najib'

'Saya Mati Terus Kalau Tengok RM4 Bilion Dalam Akaun Najib'

Menteri Umno, Nazri Aziz berkata beliau 'akan mati' serta merta sekiranya melihat RM4 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak.

Nazri+Aziz-Pengampu

Beliau menjawab kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mendakwa hampir pengsan selepas ditunjukkan jumlah berkenaan dalam akaun Najib.

"Kenapa dia tak pengsan, kenapa hampir pengsan kalau betul. Dia patut pengsan jika ia betul.

"Hakikatnya tak betul, itu sebab dia tak pengsan.

"Sepatutnya dia (Muhyiddin) pengsan bila tengok akaun Najib ada RM4 billion. Bila dia tak pengsan, makna itu tak betul.

"Kalau saya tengok RM4 bilion, bukan saya pengsan, saya mati terus," katanya.

"Saya kenal Datuk Seri Najib. Dia bukan jenis orang yang curi wang. Biar saya beritahu kamu," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank Najib sebelum RM2.6 bilion derma dilaporkan secara meluas.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai deposit itu selepas peguam negara ketika itu Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

Muhyiddin, yang juga presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata ia bermakna hampir RM4 bilion berada dalam akaun Najib.

Sementara itu, Nazri enggan mengulas kenyataan anggota jawatankuasa protem BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah yang menggesa pemimpin Umno tidak bersikap 'hipokrit'.

Nazri berkata tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU itu.

"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting.Kamu mahu saya ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah dipilih oleh rakyat.

"Jika beliau bercakap saya akan beri respons tetapi orang lain tidak penting kepada saya," katanya menggesa Syed Saddiq untuk bertanding pilihan raya umum.

Syed Saddiq menyelar Umno kerana mewartakan Akta Majlis Keselamatan Negara tanpa persetujuan majlis raja-raja, ketika Tun Mahathir dikritik kerana menyatakan pendapatnya mengenai 'Bangsa Johor'.

Beliau juga membangkitkan kenyataan Nazri sebelum ini yang memberi amaran supaya Tunku Mahkota Johor sedia untuk 'dibelasah' jika mencampuri urusan politik lapor Malaysiakini.

BACA INI JUGA:

Harga Petrol RON95, RON97 September Turun 5 Sen, Harga Diesel Kekal

Harga Petrol RON95, RON97 September Turun 5 Sen, Harga Diesel Kekal

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 bagi bulan September turun 5 sen, manakala diesel kekal seperti pada harga bulan Ogos berkuat kuasa serta-merta.

Harga runcit RON95, RON97

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengesahkan perkara tersebut kepada media menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

Bermula 1 September, harga runcit RON95 ialah RM1.70 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal pada RM1.70 seliter.

Pada Julai lalu, harga runcit petrol buat pertama kali mengalami kenaikan sejak April lalu apabila ketiga-tiga bahan berkenaan naik 5 sen berkuat kuasa 1 Julai.

Harga runcit petrol sejak April lepas adalah RM1.70 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter.

BACA INI JUGA: Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Sumber: Astroawani

Wednesday, August 31, 2016

Pengertian Neraka Bagi Penganut Kristian Dan Islam

Pengertian Neraka Bagi Penganut Kristian Dan Islam

Neraka bagi penganut Kristian disebut di dalam Kitab Perjanjian Baru, iaitu tempat seksaan atau pengadilan kepada orang-orang yang menolak Jesus.

Neraka dalam Islam
Gambar hiasan.

Selain menempatkan syaitan dan semangat-semangat jahat, neraka diturut dinyatakan sebagai tempat yang kekal abadi untuk orang-orang yang berdosa.

Neraka juga disebut dalam kitab-kitab gospel, antaranya St. Paul mengatakan ia sebagai tempat kemusnahan yang kekal abadi, api yang marak menyala dan gelap-gelita.

Kitab Revelation pula menyebut neraka sebagai tasik api, didalamnya terdapat belerang yang terbakar dan azab seksaan siang dan malam, selama-lamanya.

Jika seorang penganut Katolik meninggal dunia tetapi tidak sempat mengaku dosa kecil mereka (venial sins), mereka dipercayai akan dimasukkan ke dalam suatu tempat yang dipanggil Purgatory.

Mereka akan 'dicuci' dengan api penyucian dan menerima hukuman setimpal dengan dosa-dosa mereka bagi satu jangka masa tertentu.

Selepas proses ini, mereka akan menjadi bersih dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.

Bagi umat Kristian yang meninggal dunia tanpa bertaubat daripada dosa-dosa besar (mortal sins) atau yang menolak ketuhanan Jesus, maka mereka akan dimasukkan ke dalam neraka setelah dihakimi sendiri oleh Jesus.

Islam

Neraka dalam ajaran Islam digambarkan di dalam Al-Qur'an sebagai tempat yang dipenuhi api, haiwan-haiwan berbisa, pelbagai seksaan dan jeritan penghuninya.

Terdapat lapan nama neraka yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, iaitu Jahannam, Jahiim, Hawiyah, Wail, Sa'ir, Ladha, Saqar dan Huthamah.

Neraka dijaga oleh Malaikat Malik manakala Malaikat Zabaniyah pula menyeksa penghuni-penghuninya.

Bagaimanapun, neraka adalah tempat seksaan sementara (bagi umat Islam yang dosanya melebihi pahala), sesuai dengan tingkat neraka tadi serta dosa yang telah dilakukan oleh penghuninya.

Setelah selesai segala seksaan, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga, kecuali orang-orang yang murtad dan menolak kesucian Islam.

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisa; 56)

Sejahat manapun seseorang itu, tiada seorang pun yang mahu dimasukkan ke dalam neraka.

Tetapi yang peliknya, manusia tetap juga melakukan kejahatan walaupun tahu ianya hanya mendekatkan lagi kita kepada neraka.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

'Melayu Semua Bodoh'

'Melayu Semua Bodoh'

Sekadar perkongsian dan luahan rasa hati, untuk mengingatkan kepada semua kita agar menghargai bahawa betapa istimewanya negara ini yang dianugerahkan dengan kepelbagaian agar saling mengenali dan mensyukri nikmat yang Allah kurniakan.

Negara+Malaysia

Artikel kali ini saya petik dari satu blog dan sangat sesuai sekali dikongsikan buat semua pembaca sempena hari kemerdekaan kali ini.

***

Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya. Ceritanya begini..

En suami baru balik dari kerja. Bila lift dah sampai, suami masuk di dalam lift. Tetiba nampak satu keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lift, dia pun halang pintu dari tertutup, keluarga tersebut masuk (tanpa mengucapkan terima kasih).

Satu lagi pasangan lain yang juga berlainan bangsa masuk, dan senyum sambil mengangguk pada suami.

Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian "ballet", usia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum melihat anak kecil tersebut dan terus menegur.

"Hi, just came back from ballet?"

Anak kecil tersebut menjawab, " I don't talk to stranger, espacially Malay."

Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut. Beliau hanya memandang siling lif dan diam.

Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut, "Why Malay?"

Jawapannya, "Malay all stupid."

Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak-kanak tersebut, mengharapkan ucapan sorry atau apa-apa saja alasan dari bapa kanak-kanak tersebut tetapi dia terus diam dan hanya pandang siling dan dinding.

At last, suami saya dah tak tahan, terus cakap, "never mind kid, because Malay all stupid you are allowed to stay at Malaysia but dont worry, new Malay generation, they are very clever, they might sent u back to your origin country."

Saya sendiri tidak setuju dengan kata-kata tersebut, tapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut terus membisu.

Akhirnya ibu kanak-kanak tersebut bersuara dengan marah, "you shoudn't say like that to my daughter!"

Kata suami saya, "at the first place, u should stop your daughter from saying like that!"

***

Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang ingin saya tekankan, samada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semuanya rakyat Malaysia.

Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati dan sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak-anak kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang.

Yang pasti generasi kelak akan lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Saya setuju dengan cakap suami, dengan mengajar anak-anak begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri.

Cuba bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa.

Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan? Kita hanya ingin hidup aman dan gembira..

***

Alangkah indah seandainya kita didik anak-anak kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada.

Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia.

Mari kita sama-sama kukuhkan perpaduan ini.

Kita telah lihat keindahannya dan pasti kita akan nampak lebih banyak sinar yang akan terpancar dari keindahan itu.

Buat semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

BACA INI JUGA: 'Kita Semua Di Politikkan Untuk Membenci Antara Satu Sama Lain'

Sumber: Blogfuh

Cerpen: Rohnya Tidak Tenteram

Cerpen: Rohnya Tidak Tenteram

Dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Meratapi nasib dirinya yang entah dimana kini. Dia bingung. Hendak mencari jalan keluar, tidak berjumpa. Dia benci pada lembaga yang sibuk mengekorinya ke mana saja dia bergerak.

Rohnya Tidak Tenteram
Gambar hiasan.

Pantang dia bangun, lembaga misteri berupa manusia dengan telinga panjang serta berekor itu pasti mengikut langkahnya.

Puas dia menjerit, memaki hamun lembaga itu, namun ia seakan tidak mengerti, malah adakalanya naik berang dengan mengaum selantang mungkin.

Sudahnya, dia duduk sahaja di ceruk yang tidak bertanah juga tidak berlangit itu.

Tadi, dia nampak Ady berjalan seorang diri dengan wajah lesu. Dia memanggil tapi Ady buat tidak peduli. Bila dia menjerit nyaring, Ady menoleh tetapi dengan wajah penuh kerut di dahi.

Agak lama Ady kaku tetapi selepas itu Ady kembali beredar dan pergi meninggalkannya yang terkial-kial cuba mengejar Ady.

Ady sudah benci pada aku kah? Ady tak sayang aku lagi kah? Kenapa Ady buat tak peduli pada aku lagi? Apa salah aku? Adyyyyyy!!

Jeritannya bergema bagaikan melantun-lantun bunyinya, menghasilkan gema yang menakutkan. Dia sendiri yang mendengarnya berasa seram sejuk.

Di mana aku sekarang ni? Kemudian dia menoleh ke arah lembaga bertelinga panjang itu, bagai menagih simpati dan jawapan yang pasti.

Namun, lembaga itu sekadar merenungnya dengan tajam sebelum menghentakkan tongkat bercabang tiga itu ke tanah, membuatkan dia menikus lalu mendiamkan diri.

Tidak lama selepas itu, dia tiba-tiba berjaya melepaskan diri dari lembaga bertelinga panjang itu.

Sukanya hati, bukan main lagi. Dia teringat untuk mencari Ady, lalu dia segera berlari ke rumah Ady. Malang sekali, malam sudahpun lewat.

Rumah berkembar dua tingkat yang didiami Ady dengan keluarganya sudah gelap gelita. Dia kaku di depan pintu pagar, sambil mata terarah ke tingkap bilik Ady di tingkat dua.

"Adyyy!!" Dia memanggil. Gemersik alunan suaranya. Tiada sahutan.

"Adyyy!!"

Masih tiada jawapan. Dia mula mencari jalan. Memanjat pagar dan tembok. Sekelip mata dia sudah berada di dalam bilik Ady.

Dia menguak langsir, membenarkan cahaya bulan masuk terus ke dalam bilik Ady yang sedang lena di atas katil.

Namun, ada sesuatu yang mengusik hatinya. Tubuh Ady kelihatan kurus. Rambutnya kelihatan agak panjang meliar.

"Ady!" Dia memanggil. Ady kelihatan bergerak sedikit.

"Ady!" Dia menguatkan suaranya.

Kali ini mata Ady terbuka. Terbeliak memandangnya. Dia senyum semanis mungkin tetapi Ady masih kelihatan bingung dengan bibir bergerak-gerak serta-merta bulat.

"Ady!" Panggilnya mesra serta cuba membelai wajah Ady.

"Pergi!!" Tiba-tiba Ady menjerit membuatkan dia tersentak.

"Kenapa dengan Ady ni? Ady bencikan Lily?" rintihnya dengan suara pilu.

Ady masih memandangnya dengan mata bulat serta dahi berkerut hebat.

Ady mengengsot ke hujung katil sambil memeluk bantal. Dia pula cuba mendekat.

"Pergiii!!!!" jerit Ady sambil memekup kedua-dua belah telinganya dalam keadaan terperosok di kepala katil.

"Adyy.. sampai hati Ady buat Lily macam ni.. kenapa Ady? Lily rindukan Ady.. Ady tak rindukan Lily ke? Ady.. Ady.. huhuhu!"

"Jangan kacau aku lagi! Pergilah!!" Ady menepis-nepis tangannya di udara. Dia kecewa bercampur marah dengan sikap Ady.

Tiba-tiba pintu bilik terkuak. Dia menoleh. Kelihatan ibu bapa Ady serta abangnya, Amri, menerpa mendapatkan Ady yang kelihatan menggeletar ketakutan di atas katil sambil memandang ke satu arah dengan mata ketakutan.

Dia mahu bersuara tetapi tangisan Ady membuatkan dia terkejut. Kenapa Ady menangis?

"Kenapa ni Ady? Sudahlah.. jangan macam ni nak!" pujuk ibu Ady.

"Mak.. Lily datang lagi mak!" adu Ady seperti anak kecil.

"Ady, Lily dah lama meninggal. Kenapa cakap yang bukan-bukan ni.." Amri pula bersuara.

Dia tidak betah lagi melihat keadaan Ady. Sudah dua bulan Ady meracau-racau di tengah malam sejak kematian tunangnya Lily!

Sampaikan dia sendiri naik seram bila mendengar Ady menjerit-jerit seolah-olah meminta seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar supaya berhenti mengacaunya. Sudah dibawa berubat tetapi Ady masih begitu.

"Mak.. entah-entah memang Ady nampak Lily tak?" tiba-tiba Amri menyuarakan kebimbangannya.

"Huishh.. kamu ni, jangan cakap benda-benda mengarut macam tu!"

"Yelah.. manalah tau kan. Roh Lily tu tak aman. Mak pun tau kan macamana Lily mati.

"Mati bunuh diri! Cemburu punya pasal, sanggup bunuh diri. Orang tak beriman macam tu lah!" Amri seperti merungut. Ibunya menampar tangan Amri.

"Tak baik cakap macam tu pada orang yang dah tiada." Ayahnya cuba menegur.

Memanglah tunang Ady, Lily, meninggal dunia dengan cara membunuh diri. Semuanya gara-gara cemburukan Ady yang keluar dengan perempuan lain.

Ugutan Lily untuk membunuh diri ternyata dikota. Lily ditemui mati menggantung diri di kipas siling di apartmentnya.

"Betul mak, Ady nampak Lily mak.. Ady takut mak. Ady tau dia masih marahkan Ady. Muka dia biru mak!" Adu Ady lagi.

Matanya masih memandang ke sudut bilik. Dia masih dapat melihat bayangan Lily terawang-awang di situ.

Ibu, ayah dan abangnya turut memandang, tetapi tiada apa-apa yang dapat mereka lihat. Hanya terasa udara sejuk berhembus di dalam bilik itu, yang cukup meremangkan bulu roma.

"Aku dah mati??!!" Lily menjerit.

Hakikat itu terasa amat sukar diterimanya. Dia merenung ke arah Ady yang masih memandangnya. Menghantar rasa takut di jiwa Ady.

Lily terus berlegar-legar di dalam ruang bilik Ady. Tangannya sejak dari tadi cuba menggapai Ady yang masih dalam pelukan ibunya.

Setiap kali Lily cuba menghulur tangan, setiap kali itulah Ady akan terjerit-jerit ketakutan.

Ady berasa gerun melihat bayangan Lily yang begitu menakutkan. Wajah Lily begitu menyeramkan. Wajah Lily kebiruan. Ady dapat merasakan Lily begitu marah dengannya.

"Tolonglah Lily.. jangan ganggu aku lagi.. tolonglah!" Ady sungguh-sungguh merayu.

Langsung tidak menghiraukan pandangan ibu dan ayahnya. Amri pula mula naik berang.

"Sudahlah Ady.. Lily dah lama meninggal! Sudahlah berperangai macam orang gila! Kesianlah pada emak dan ayah!"

"Lily.. pergilah!" Ady bagaikan tidak menghiraukan Amri. Matanya masih tertancap pada sudut bilik.

Di situ dia melihat Lily terawang-awang di udara sebelum muncul satu lembaga lain bertelinga panjang.

Lembaga itu kemudiannya mengheret Lily pergi ke satu lubang gelap yang tiba-tiba muncul di dinding.

Sebentar kemudian, Lily hilang dari pandangan mata Ady, namun suara Lily masih terus menghantui Ady..

Kerana rohnya tidak tenteram..

~Tamat

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, August 30, 2016

Pelajar Tingkatan 3 Maut Terjatuh, Salah Menteri Minda Belum Merdeka!

Pelajar Tingkatan 3 Maut Terjatuh, Salah Menteri Minda Belum Merdeka!

Oleh kerana BN menang setiap kali dalam pilihanraya umum, maka BN memang wajar dipersalahkan kerana meremehkan rekabentuk sekolah-sekolah awam di Malaysia.

Pelajar+Maut+Jatuh+Sekolah

Kegagalan membina atau mengemaskini bangunan-bangunan sekolah berdasarkan kepada tahap keselamatan yang semaksimumnya adalah antara punca kenapa bebudak sekolah dan pelajar sekolah asyik 'accident' je kat sekolah.

Kes terjatuh dari tempat tinggi bukan pertama kali berlaku kat Malaysia neh. Tetapi beberapa kali dah. Dan kerajaan tak pernah ambil iktibar. Sebab apa?

Sebab takde sesiapa yang salahkan kerajaan.
Rakyat Malaysia baik sangat.
Salahkan diri sendiri.
Salahkan pelajar sekolah.
Salahkan sekolah.
Pendek kata kerajaan dan menteri takan disalahkan.

Tapi dikalangan rakyat Malaysia yang baik-baik itu wujudnya satu individu yang macam aku. Oleh kerana takde sesiapa yang nak salahkan kerajaan maka biar aku yang ambil tanggungjawab ini dengan menyalahkan mereka.

Kah kah kah kah kah!

Eh jap. Ini citer sedih la. Babi ape gelak-gelak pula kan.

Kes minggu ini. Seorang pelajar tingkatan 3 maut terjatuh sebab nak ambil beg kawan yang dibuang ke luar koridor oleh kawannya yang lain.

Sekarang kawan yang buang beg tu mesti menyesal. Tapi menyesal pun takde guna. Tindakan cuai kau mendorong kematian seseorang. Dan nyawa bukan boleh diganti-ganti. Tanggunglah penyesalan sampai ko pula yang mati.

Sekarang. Kalau ko semua belum tidur lagi, sila pergi ke sekolah kerajaan yang terdekat. Lepas tu sila naik tangga yang berada di salah satu sekolah tu.

Kemudian sila naik ke tingkat 3. Kemudian sila berdiri ke tepi dinding, yang mengadap ke arah luar tu. Yang kita sebut sebagai koridor tu.

Perasan tak ape yang aku perasan? Yes. Dinding tepi-tepi tu kategori cetek, ketot dan bantut. Kepala bana apa kerajaan kau bina sekolah takde ciri-ciri keselamatan macam neh?

Kalau aku nampak bebudak bergayut kat tepi-tepi tu aku laju-laju suruh dia berhenti tau. Tu tak masuk lagi dorang berlari-lari turun tangga. Budak la katakan. Lari. Lari. Lari. Macam tak reti nak berjalan.

Dezain sekolah kita ialah dezain kuno. Aku tau ada orang tak suka aku ulang tulis tapi aku tetap perlu ulang semula.

Dezain kebanyakan sekolah kerajaan ialah kuno yang diwarisi dari zaman sejak belum merdeka lagi.

Bangunan seperti ini kekal digunakan tanpa ada penambah baikan dari sudut meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Yang ada ialah kita hanya selenggara. Tukar cat. Tukar bumbung. Tambah kelas. Dezain-dezain bangunan ini agak bahaya. Sebab terlalu terbuka kat bahagian hadapan kelas.

Bangunan kerajaan dulu-dulu pun macam ini. Namun perlahan demi perlahan dinaiktaraf sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Pejabat-pejabat menteri dulunya ringkas. Namun sekarang siap ada bilik khas mesyuarat yang fully furnished.

Ini menunjukkan yang kerajaan faham bahawanya bangunan-bangunan kerajaan memang perlu ditambahbaik bagi kekal relevan dengan keperluan dan perubahan semasa.

Begitu juga dengan bangunan sekolah. Bangunan sekolah yang kurang menekankan ciri-ciri keselamatan sudah sepatutnya dinaiktaraf.

Melihat keadaan sekolah adik Azim. Terdapat ciri-ciri keselamatan yang boleh diragui yang mana aku percaya adik Azim bukan satu-satunya pelajar yang pernah keluar beranda (nampak macam beranda juga kan?)

Boleh jadi ada student lain pernah buat perkara yang sama. Benda yang dah selalu buat lama-lama jadi kebiasaan yang akhirnya pada fikiran dorang ahh ini takdela bahaya mana.

Keadaan koridor sekolah tu memang tak selamat terutamanya pada budak sekolah menengah. Budak-budak tu time inilah mereka sedang membesar dan meninggi.

Tetapi dinding koridor kadang-kadang tak sampai pinggang pun pada pelajar kategori tinggi. Wajar ke desain-desain begini dipertahankan dan dikesinambungkan kepada generasi akan datang?

Mak bapak pun makin canggih. Masa pregnant makan ubat bagi putih, bagi tinggi, bagi pandai dengan harapan anak-anak lahir jadi putih, tinggi dan bijak.

Bila dah putih, tinggi dan bijak, takan nak bagi anak-anak pergi sekolah yang menggunakan rekaan yang bodoh, ye tak? Tak selamat langsung bagi anak-anak.

Reka bentuk sekolah kita perlu dinaiktaraf. Menteri yang bertanggungjawab sila berhenti buat projek tukar sistem itu tukar sistem ini perkenalkan sistem baru dan blablabla.. Bagi aku itu semua sampah. Yes sampah.

Buat sistem separuh masak, laksanakan, gagal dan buang duit. Then ulang balik proses yang sama. Buang duit dah berbillion-billion, sistem yang baik tak jumpa-jumpa juga. Buang masa je layan beb.

Dari layan benda takde faedah macam tu, baik kita push kerajaan kita naik taraf fasiliti sekolah awam untuk kemudahan generasi sekarang dan akan datang.

Minta dorang upgrade bangunan sekolah selaras dengan tahap keselamatan yang sepatutnya. Tengok aje sekolah-sekolah kat negara maju macam mana.

Dorang ada bangunan tinggi pun sekolah awam dijaga. Negara kita bakal ada 3 bangunan antara tertinggi di dunia tapi desain sekolah awam macam sial.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian adik arwah Azim. Buat sementara neh minta anak-anak sekolah berhati-hati dengan koridor maut yang berpunca dari kemalasan kerajaan bien.

Pun begitu menjadi tanggungjawab kita juga menyediakan persekitaran yang selamat, ini perlu kerana dapat cover kecuaian sesetengah murid yang nakal.

Dorang nak nakal-nakal buang bag kat koridor alih-alih koridor tertutup. Hah padan muka kau.

Disamping itu terus lawan sikap penting diri menteri. Bangunan tempat kerja sendiri kalau boleh tiap-tiap tahun nak upgrade, bangunan tempat budak belajar 50 tahun sekali pun taknak bagi modal untuk ditambahbaik.

GST nak. Cukai nak. Tolong rakyat tak nak. Baybee betui.

BACA INI JUGA:

Sumber: Amenoworld

Uqasha Senrose Buka Tudung Selepas 'Gagal' Dapat Hidayah?

Uqasha Senrose Buka Tudung Selepas 'Gagal' Dapat Hidayah?

Susulan keputusan membuka hijab yang diumumkan, Uqasha Senrose menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakannya itu di laman sosial.


Pelakon teater ‘Ombak Rindu’ ini turut dikritik kerana keputusannya bertudung dahulu disebabkan putus cinta.

Ada netizen yang menganggap keputusan Uqasha bertudung hanya disebabkan ‘trend’ dan bukan kerana kewajiban sebagai seorang muslimah.

Ini ditambahkan lagi dengan dakwaan netizen mengenai ada di kalangan artis yang memakai tudung hanya untuk menjual tudung, ikut musim, putus cinta, bercinta dan sampai seru.

Netizen juga mempersoalkan kenyataan Uqasha yang mengakui kesilapannya dengan memakai tudung kerana dianggap hanya mahu tunjuk baik.

Pemilik akaun Facebook, Norai Jaffar berkata, “Dia mengaku khilaf … konon-konon statement tu dia tunjuk baik diri dia sebab mengaku … tapi soalnya sekarang dah tahu kau khilaf … kenapa tak pakai tudung? Sepatutnya dah tahu khilaf tu cuba perbaiki diri kearah yang lebih baik … ini tidak makin songsang pulak … hurmm tak faham aku apa maksud pengakuan khilaf dia tu? … dia ni dh macam plastic pulak … berpura-pura baik, nampak sopan santun, lembut tapi … berpura-pura! Nauzubillahiminzaliq … mintak jauhkan la dari kaum keluarga ku…”

Difahamkan, susulan pelbagai kritikan yang diterima, Uqasha bertindak menukar fungsi mod akaun Instagramnya kepada private.

Namun begitu, ramai juga yang masih berfikiran positif dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memakai hijab dengan ikhlas dan kekal selepas ini.

Ada juga yang menganggap keputusan Uqasha itu hanya kerana ingin bersikap tidak menipu diri sendiri selain tidak lagi perlu berpura-pura melakukan sesuatu secara tidak ikhlas.

Semalam, Uqasha mendedahkan dirinya tidak mahu lagi bertudung dan mengakui bahawa selama tiga tahun berhijab, imannya seakan tidak stabil.

Malah, keputusan bertudung dulu dibuat kerana kecewa putus cinta dan merasakan beliau seperti munafik kerana menonjolkan sikap yang tidak bertepatan dengan imej berkenaan.

Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung


Adik Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.

Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.

“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.

Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.


Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.

Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub.cc