Aug 2, 2016

Tun Mahathir Pernah Seleweng RM30 Bilion?

Di dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 600 orang, Tun Mahathir telah memburuk-burukkan Najib Razak berkenaan 1MDB.

Tun Mahathir

Beliau berbohong dengan mengatakan “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion”.

Hakikatnya, pada awal tahun 1980-an, Tun Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM 2 yang bernama Maminco Sdn Bhd.

Syarikat Maminco Sdn Bhd digunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi.

Semua urusan dijalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam.

Bagi membiayai skim tersebut, Tun Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra.

Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang dibuat oleh Tun Mahathir. Perbandingan dengan nilai hari ini tahun 2016, ianya dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang dinafikan oleh Tun Mahathir.

Rancangan Tun Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat. Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama. Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya.

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman. Hal itu memaksa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi.

Beliau membenarkan jualan ‘saham bumiputera terpelihara’ yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

Makuwasa Sdn Bhd dijadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang dibeli terdiri daripada saham yang dipesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco.

Semua urusan dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya.

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan margin, di mana sebahagiannya disalurkan oleh Tun Mahathir kepada Maminco Sdn Bhd untuk menebus kerugian yang dialami di tangan spekulator Amerika Syarikat.

Jadi, Tun Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman Bank yang sangat besar.

Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah yang pertama kali untuk dana awam digunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Tun Mahathir.

Pada pertengahan tahun 1980-an, mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian.

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion.

Kemerosotan secara tiba-tiba itu berlaku semasa perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York.

Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategic.

Bagi menebus kerugian, Tun Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global.

Bank pusat dikatakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran.

Tan Sri Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan ‘hot money’ dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya. Tan Sri Jaffar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara-negara Asia secara tidak langsung mengiktiraf Tan Sri Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya.

Pada tahun 1990, ketiga-tiga mereka Tun Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Jaafar membuat keputusan untuk terjun dalam paun sterling British dengan menjual matawang tersebut dalam jumlah yang besar.

Langkah tersebut dikira bertepatan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah yang lain.

Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisme Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan.

ERM membataskan negara-negara yang mengambil bahagian untuk ‘margin kadar pertukaran’ yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah.

Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM.

Langkah spekulatif Tan Sri Jaafar menghasilkan jumlah wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama, yang seterusnya membantu untuk pembiayaian PRU tahun 1990.

Tetapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum dipulangkan kepada UMNO atau belum dipulangkan kepada kerajaan persekutuan.

Ianya dipercayai telah diletakkan atas penama2 tersebut ke dalam kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Tahun 1992, Britain sengaja mengenakan Tan Sri Jaffar di mana United Kingdom (UK) telah menarik pelabur untuk pound dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wangnya.

Secara tiba-tiba United Kingdom menarik diri dari ERM. Langkah itu turut menjatuhkan pound British seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak USD3.6 bilion.

Pada tahun 1993, team Tun Mahathir-Tan Sri Jaffar kerugian USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif.

Ekoran dari impak tersebut, pada tahun 1994 bank pusat telah diisytiharkan muflis. Tetapi telah diselamatkan oleh Kementerian Kewangan, portfolio yang ketika itu dipegang oleh Ketua de facto PKR DS Anwar Ibrahim.

Tan Sri Jaffar telah meletakkan jawatan, walaupun beliau dan Tun Mahathir telah disiasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap mereka.

Kerugian pada masa itu telah meningkat kepada jumlah yang tidak pernah benar-benar diambil kira.

Tun Mahathir menuduh Datuk Seri Najib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik.

Beliau tetap sombong dan degil, dan enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebas terikat dengan pelbagai undang-undang telah membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib daripada sebarang jenayah.

Tun Mahathir juga enggan akui kerugian BNM yang dicatat pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion.

Mengikut nilai hari ini, ia bernilai RM150 bilion, ditambah pula dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco-Makuwasa.

Mengapa perlu banyak perkara sampah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib?

BACA INI JUGA: Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon