Wednesday, December 16, 2015

Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!


Kali ini, kita cuma mahu mengulangi apa yang Najib sebut dalam program wawancara minggu lepas di mana Najib cuba menjelaskan isu RM2.6 bilion. [Video]

Rasuah+Najib

Najib berkata, "...mereka juga menganggap ini bukan sebagai satu rasuah, ini sebagai satu donation, ini sebagai satu gift. Kalau donation, kalau satu derma... ini tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang."

Kalau pro Najib tak faham, donation itu maksudnya derma. Gift itu maksudnya hadiah. Dan kedua-duanya ada disebut dalam seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, sebagai membawa maksud yang sama dengan SUAPAN.

“Suapan” ertinya –

Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain..

Tapi Najib dengan selamba boleh bercakap di depan seluruh rakyat Malaysia bahawa Hadiah atau Derma tidak salah!?

Di bawah seksyen 23 pula -

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan.


Ya, SPRM ada mengeluarkan kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa RM2.6 bilion itu adalah derma. Itu juga diulang sebut oleh Najib.

Tapi SPRM tidak kata yang Derma itu bukan satu bentuk rasuah! SPRM cuma kata ia adalah derma bersandarkan surat dari sipengirim dana.

Samada derma itu satu bentuk rasuah atau tidak, ia MASIH dalam siasatan. Tapi Najib telah mendahului siasatan pihak SPRM dengan mendakwa derma yang diterimanya itu bukan rasuah atau bukan satu kesalahan.

Makanya pihak SPRM wajar berikan pencerahan.

Cakap Tak Serupa Bikin

“Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

“Do not resort to money or abuse of power, launch personal attacks and so on..” – Najib Razak, 21 September 2013

Dalam bahasa pasar, hampir pasti orang yang mendengar kata-kata di atas akan menjawab dengan – “Perdana Menteri bercakap tak serupa bikin”.

Ini kerana di dalam tahun 2013 juga, beliau telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Umum disogokkan dengan cerita bahawa ianya digunakan untuk tujuan pilihanraya 2013.

Jika guru kencing berdiri, maka murid kencing berlari. Akhir-akhir ini media disogokkan dengan keterangan dari pemimpin pemimpin Umno yang tidak segan silu menerima wang untuk hal-ehwal kepentingan politik mereka.

Contohnya pengakuan dari Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad yang mengatakan penerimaan wang sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri adalah perkara biasa, kerana itu adalah untuk menguruskan kawasan parlimen dan hal ehwal politik beliau!

Patutlah beliau beria-ia mempertahankan kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak hingga sempat untuk menjawab kritikan mengenainya.

Bagaimana mungkin seseorang terpelajar seperti Shahrir Samad dan Najib Razak tidak tahu akan undang undang negara Malaysia?!

Ada yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak bersalah kerana menerima derma tersebut kerana ianya adalah sedekah sumbangan dari Arab Saudi kepada beliau.

Soalan yang patut ditanya adalah, jika Najib Razak bukan perdana menteri Malaysia, adakah beliau boleh mendapat hadiah wang sebanyak itu?

Sudah sampai masanya untuk ahli-ahli politik di Malaysia untuk mengambil kursus mengenai rasuah kerana rata-rata dari mereka yang tidak tahu apa sebenarnya rasuah dan politik wang.

Selama ini mereka hidup disulami mimpi indah bermandikan wang ringgit, melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui apa itu yang boleh dianggap rasuah.

Malah, mereka menganggap tidak mengapa jika berbillion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang ahli Parlimen.

Betullah kata kata Tun Dr. Mahathir bahawa undang undang Malaysia sudah terbalik. Yang haram telah dihalalkan.

Jika Malaysia mahu berperangai seperti negara yang tidak endah kepada undang-undang dan bermoral rendah, maka mereka akan menganggap bahawa kita dan ekonomi kita patut dikategorikan sama taraf dengan republik pisang atau ‘failed state’.

Cukup-cukuplah berkelakuan seperti orang yang buta hati.

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: jebatmustdie

2 comments

  1. isk...pasal duit tu...cik akak memang malas komen. Biarlah dia..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya dia nak makan sorang-sorang haha..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon