Aug 31, 2016

Pengertian Neraka Bagi Penganut Kristian Dan Islam

Neraka bagi penganut Kristian disebut di dalam Kitab Perjanjian Baru, iaitu tempat seksaan atau pengadilan kepada orang-orang yang menolak Jesus.

Neraka dalam Islam
Gambar hiasan.

Selain menempatkan syaitan dan semangat-semangat jahat, neraka diturut dinyatakan sebagai tempat yang kekal abadi untuk orang-orang yang berdosa.

Neraka juga disebut dalam kitab-kitab gospel, antaranya St. Paul mengatakan ia sebagai tempat kemusnahan yang kekal abadi, api yang marak menyala dan gelap-gelita.

Kitab Revelation pula menyebut neraka sebagai tasik api, didalamnya terdapat belerang yang terbakar dan azab seksaan siang dan malam, selama-lamanya.

Jika seorang penganut Katolik meninggal dunia tetapi tidak sempat mengaku dosa kecil mereka (venial sins), mereka dipercayai akan dimasukkan ke dalam suatu tempat yang dipanggil Purgatory.

Mereka akan 'dicuci' dengan api penyucian dan menerima hukuman setimpal dengan dosa-dosa mereka bagi satu jangka masa tertentu.

Selepas proses ini, mereka akan menjadi bersih dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.

Bagi umat Kristian yang meninggal dunia tanpa bertaubat daripada dosa-dosa besar (mortal sins) atau yang menolak ketuhanan Jesus, maka mereka akan dimasukkan ke dalam neraka setelah dihakimi sendiri oleh Jesus.

Islam

Neraka dalam ajaran Islam digambarkan di dalam Al-Qur'an sebagai tempat yang dipenuhi api, haiwan-haiwan berbisa, pelbagai seksaan dan jeritan penghuninya.

Terdapat lapan nama neraka yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, iaitu Jahannam, Jahiim, Hawiyah, Wail, Sa'ir, Ladha, Saqar dan Huthamah.

Neraka dijaga oleh Malaikat Malik manakala Malaikat Zabaniyah pula menyeksa penghuni-penghuninya.

Bagaimanapun, neraka adalah tempat seksaan sementara (bagi umat Islam yang dosanya melebihi pahala), sesuai dengan tingkat neraka tadi serta dosa yang telah dilakukan oleh penghuninya.

Setelah selesai segala seksaan, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga, kecuali orang-orang yang murtad dan menolak kesucian Islam.

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisa; 56)

Sejahat manapun seseorang itu, tiada seorang pun yang mahu dimasukkan ke dalam neraka.

Tetapi yang peliknya, manusia tetap juga melakukan kejahatan walaupun tahu ianya hanya mendekatkan lagi kita kepada neraka.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon