Tuesday, October 07, 2014

Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

Percayakah anda, ada seorang lelaki yang mampu berlari selama tiga hari tiga malam tanpa henti dan langsung tidak merasa penat dan letih berlari?!

Dean Karnazes

Lelaki luar biasa ini bernama Dean Karnazes. Dia dilahirkan pada 23 Ogos 1962 di Los Angeles dan dibesarkan di California.

Ketika dilahirkan, dia tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa sehinggalah dia bersekolah di tadika.

Dia dikatakan sering pulang ke rumah secara bersendirian dengan berjalan kaki. Mula-mula dia mengikut laluan biasa, lama-kelamaan dia mengambil laluan yang lebih jauh hingga melewati kawasan yang tidak pernah dilalui hingga sampai kerumah. Berjam-jam lamanya.

Ketika berusia 11 tahun, Dean mula berani menguji kemampuan dirinya dengan mendaki Grand Canyon dan Gunung Whitney iaitu gunung tertinggi di Amerika Syarikat.

Ketika berusia 12 tahun, Dean sekali lagi melakukan kerja gila. Dia berjaya mencabar dirinya dengan berjalan ke rumah neneknya yang sejauh 64 kilometer. Luar biasa, dia tidak merasa penat langsung!

Bagaimanapun, kemampuannya bukan setakat itu. Apabila Dean memasuki sekolah tinggi junior, Dean bertemu Jack McTravish, jurulatih trek larian jarak jauh. Cara psikologi yang digunakan McTravish hanyalah sebaris ayat, "Lakukan bersungguh-sungguh dan habiskan bersungguh-sungguh".

Akhirnya, moto itu memberikan kejayaan kepada Dean dalam larian 1.6 kilometer dalam Kejuaraan Jarak Jauh California pada usia 13 tahun.

Kemudian, pada tahun 1976, satu lagi peristiwa luar biasa yang mengejutkan berlaku. Kali ini dia menyertai satu pertandingan larian anjuran Benner Cummings.

Satu lagi kejadian luar biasa berlaku. Dia menamatkan lariannya pada pusingan ke 105 hanya dalam masa enam jam berbanding pelajar lain yang berlari 10 hingga 15 pusingan maksimum sahaja. Itu pun selepas Dean diminta berhenti!

Pada tahun 2006, Dean menyertai cabaran marathon merentasi 50 buah negara dalam masa 50 hari. Larian bermula di Lewis and Clark Marathon, St. Louis pada 17 September dan berakhir di bandar New York pada 5 November tahun yang sama.

Selepas tamat larian, berat badan Dean ditimbang. Dan keputusannya sangat luar biasa dan dan mengejutkan. Berat Dean hanya turun 5 kilogram sahaja dari 70 kilogram dalam masa 50 hari larian.

Dean juga pernah menyelesaikan beberapa siri ketahanan paling sukar di dunia termasuklah marathon ke Kutub Selatan pada suhu -25 darjah selsius.

Sangat luar biasa, walaupun suhu agak kritikal, Dean mengakui bahawa dia tidak pernah mengalami kejang otot walaupun berlari melebihi 100 batu. Menurut Dean, segala-galanya dikawal oleh mindanya sendiri sama ada untuk meneruskan atau menghentikan larian.

Pernah suatu ketika, Dean dihantar ke pusat kecerdasan di Colorado. Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan luar biasa yang dimiliki.

Mula-mula mereka menguji kapasiti aerobik. Keputusannya, Dean sama seperti atlet terlatih yang lain. Seterusnya ujian laktat pula dilakukan. Kali ini masa yang diberi ialah selama 15 minit. Namun, perkara luar biasa berlaku, Dean melakukannya selama 1 jam tanpa henti, malah terpaksa disuruh berhenti!

Menurut pakar dari makmal senaman fisiologi, Universiti Savoie, Perancis, Laurent Messonnier, setiap individu mempunyai had dan kemampuan sendiri.

Secara saintifiknya, had dan kemampuan dikenali sebagai laktat badan. Apabila anda berlari, jantung akan berdebar-debar, paru-paru tercungap-cungap, otot berasa sakit dan akhirnya tubuh terkunci menandakan anda sudah penat dan perlu berehat.

Menurutnya lagi, kemampuan aerobik atau apa-apa aktiviti fizikal sebenarnya diukur melalui sistem Kardiovaskular.

Jika anda mampu berlari dalam masa yang ditetapkan, bermakna jantung anda kuat. Namun, jika keadaan sebaliknya, ia bererti jantung anda semakin lemah.

Manakala, laktat pula adalah keupayaan anda untuk membersihkan laktat dari darah dan menukar semula kepada tenaga. Dengan erti kata lain, sebagai bahan api.

Walau bagaimanapun, apabila anda melebihi ambang laktat atau keadaan dimana badan tidak lagi mampu menghasilkan laktat sebagai tenaga, keadaan lain pula yang terjadi.

Ketika itu, otot akan menghasilkan asid sebagai isyarat bahawa anda tidak lagi boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana badan sudah penat dan memerlukan rehat sebelum laktat baru boleh dihasilkan semula.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada Dean!

Dean Karnazes

Badan pula akan membersihkan laktat melalui satu siri tindak balas kimia yang didorong oleh mitokondria dalam sel-sel otot.

Reaksi-reaksi ini akan mengubah laktat kembali kepada glukosa dan dibahagi pula kepada enzim-enzim tertentu.

Proses pembersihan pula akan bekerja dengan cekap sekiranya mitokondria mempunyai kapasiti yang lebih besar kerana ia mampu meningkatkan keupayaan untuk menggunakan laktat sebagai tenaga.

Berbalik kepada kes Dean, dia sebenarnya memiliki keupayaan sistem kardiovaskular luar biasa yang sangat kuat hingga menyebabkan dia tidak berasa letih langsung.

Malah laktat yang dihasilkan badannya tidak berhenti meskipun melalui siri larian yang agak lama, melainkan dia sendiri yang mahu menghentikannya.

Ini bermakna, 'bahan bakar' dalam tubuhnya tidak pernah habis digunakan.

BACA INI JUGA: Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita?

-SENTIASAPANAS.COM

Kalimah Allah Tertera Pada Daging Korban!

Kalimah Allah Tertera Pada Daging Korban!

Subhanallah, terdapat bermacam-macam cara Allah Taala mempamerkan kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir.

Tanduk Kerbau!

Salah satunya kalimah ALLAH yang ditemui tertera pada tanduk seekor kerbau yang dijadikan ibadah korban sempena Aidiladha.

Difahamkan, perkara ini disedari penduduk Kampung Berjaya, Guar Chempedak, Kedah ketika kerja-kerja melapah daging kerbau korban tersebut dilakukan.

Tanduk Kerbau!

Selain gambar kalimah ALLAH pada tanduk kerbau ini, turut tersebar di laman sosial adalah kalimah serupa pada hirisan daging korban yang dikesan di Masjid Bukit Kechil, Kota Kuala Muda, Kedah.

Tanduk Kerbau!

Semoga perkara sebegini mampu menjentik hati kita agar tidak alpa pada perintah ALLAH SWT yang perlu dilaksanakan bagi mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Video Ben Affleck Pertahan Islam Dari Kutukan Yahudi!

Video Ben Affleck Pertahan Islam Dari Kutukan Yahudi!

Gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris, yang tiba-tiba mengkritik Islam, Ben Affleck naik berang!

Ben Affleck

Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood, Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya, Gone Girl, yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.

Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.

"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman.

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Ben Affleck

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan, “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak.

"Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak.

"Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.

Sila tonton Video di bawah ini untuk gambaran lebih jelas Ben Affleck pertahankan Islam.

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media


Sumber: Astroawani

Monday, October 06, 2014

Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

Gambar ini telah memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1994, dirakam oleh seorang jurugambar bernama Kevin Carter. Malang sekali, gambar tersebut telah menghantui hidup beliau sehingga akhirnya bertindak membunuh diri.

Kevin Carter Controversy Picture
Gambar kontroversi.

Kevin merupakan salah seorang jurugambar terbaik dunia, berasal dari Johanesburg, Afrika Selatan.

Kisahnya bermula pada bulan Mac 1993, lelaki bujang ini telah mengikuti rombongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Sudan untuk membuat liputan tentang masalah kebuluran yang meragut banyak nyawa di negara itu.

Sebaik tiba di perkampungan Ayor, Kevin tanpa membuang masa mula mengambil gambar mangsa-mangsa kebuluran. Ketika itu perhatian lensanya tiba-tiba teralih pada seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk mencangkung di atas tanah tanpa berpakaian, tidak jauh darinya.

Budak itu kelihatan sangat kurus sehingga menampakkan tulang-tulangnya yang membonjol keluar.

Si kecil itu menundukkan kepala ke tanah dan memejamkan mata. Cuba melepaskan lelah kerana sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan ke pusat bantuan makanan.

Dia nampak sangat lemah dan sesekali rengekan suaranya kedengaran kerana berasa terlalu letih dan kelaparan.

Lebih kurang 10 meter, tidak jauh daripada kanak-kanak itu, seekor burung hering pemakan bangkai sedang berdiri memerhati. Seolah-olah menunggu peluang untuk menyambar dan meratah tubuh kering gadis tersebut.

Carter cuba menghampiri kedua-duanya dengan perlahan-lahan, lalu merakam situasi berkenaan. Saat inilah bagaimana foto tersebut menjadi terkenal.

Selesai mengambil gambar, burung pembangkai itu tetap tidak mahu berganjak walaupun telah dihalau beberapa kali. Oleh kerana sudah kesuntukan masa, Kevin segera berlalu pergi dari tempat tersebut.

Kevin Carter
Kevin sangat menggilai kamera.

Sekembalinya ke tanah air, Kevin menjual gambar berkenaan kepada sebuah akhbar, The New York Times. Ia kemudiannya disiarkan dalam akhbar yang sama pada 24 Mac 1993.

Sejurus selepas gambar itu tersiar, satu perkara yang tidak diduga berlaku. Pada hari itu, pejabat akhbar tersebut tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada pembaca.

Ramai pembaca bertanya, bagaimana nasib kanak-kanak perempuan itu? Apa yang terjadi kepadanya? Adakah dia selamat dari dimakan oleh burung hering atau bagaimana?

Dan jawapan daripada pihak akhbar, kanak-kanak tersebut telah berjaya sampai ke pusat bekalan makanan. Akan tetapi, tiada siapa mengetahui nasibnya selepas itu, termasuklah Kevin sendiri.

Setahun kemudian, iaitu pada 2 April 1994, Kevin mendapat panggilan telefon daripada pengarang berita The New York Times bahawa gambarnya telah terpilih sebagai pemenang utama fotografi Hadiah Pulitzer.

Pada 23 Mei 1994, Kevin menerima anugerah tersebut dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Universiti Columbia, Amerika Syarikat.

Selepas majlis selesai, perdebatan dan rasa ingin tahu orang ramai tentang gambar tersebut masih lagi belum reda. Malah, pembaca tidak berhenti daripada mempersoalkan kenapa Kevin tidak cuba membantu gadis dalam gambar itu.

Bukankah lebih baik jika dia membawa kanak-kanak yang tidak berdaya itu ke pusat bekalan makanan dengan selamat?

Menurut Kevin, dia bukannya sengaja meninggalkan gadis itu bersendirian ditempatnya, tapi kerana terpaksa. Ini kerana pada waktu itu, terdapat larangan untuk tidak menyentuh pelarian bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit berbahaya.

Kevin-Carter-in-Alexander-township
Kevin ketika konflik.

Dan seperti dijangka, penjelasan Kevin tidak berjaya menjernihkan keadaan. Malah bertambah teruk apabila pelbagai pihak terus-menerus mengecam Kevin sebagai individu yang hanya mementingkan profesional melebihi nilai kemanusiaan.

Kecaman melampau yang dilemparkan kepada Kevin menyebabkan dia hidup dalam keadaan murung dan tertekan. Akibat tidak dapat menanggung perasaan bersalah, dia akhirnya membunuh diri.

Pada 27 Julai 1994, dua bulan selepas menerima anugerah, dunia kewartawanan dikejutkan dengan kematian Kevin. Kevin membunuh diri dengan menyalurkan asap dari ekzos ke dalam keretanya menggunakan paip hos.

Sambil mendengar 'walkman', dia merehatkan diri ke kerusi kereta dan disahkan meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida.

Disisi mayat Kevin terdapat sekeping nota yang ditinggalkannya. Nota itu bertulis, "Saya benar-benar minta maaf. Kesakitan hidup mengatasi kegembiraan yang tidak pernah wujud. Saya tertekan... Tanpa telefon... Duit sewa... Duit untuk membantu kanak-kanak... Hutang... Duit!!! Saya dihantui memori menakutkan tentang kematian, mayat, kemarahan, kesakitan... Kanak-kanak yang kebuluran dan luka. Orang yang gembira apabila melakukan kerosakan, biasanya polis, si pembunuh... Saya teringin mengikuti Ken, itu pun kalau saya bernasib baik."

Kevin Carter [2]
Kevin Carter.

Ken atau nama sebenarnya, Ken Oosterbroek merupakan sahabat baik Kevin. Ken Terbunuh di Tokoza, Johannesburg, selepas ditembak dengan tidak sengaja semasa merakamkan gambar pertempuran dikalangan pemberontak di bandar tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum Kevin membunuh diri pada usia 33 tahun.

BACA INI JUGA: Seni Ciuman Suami Untuk Merangsang Isteri

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

Kali ini SP ingin bercerita pasal rambut dan cincin pula. Sebenarnya, apa yang hendak diceritakan ini tiada kaitan dengan masalah rambut atau misteri hantu berambut panjang!

Cincin-emas

Cuma, ia hanyalah satu eksperimen. Ya, penyelidikan yang melibatkan rambut. Bukan kisah seram ataupun cerita misteri pun sebenarnya. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.

Eksperimen ini mudah saja. Sesiapa boleh melakukannya. Tak semestinya ahli sains atau dalam makmal saja. Syaratnya, kau orang kena ada rambut.

Mula-mula sediakan seurat rambut yang panjang. Mesti rambut dari kepala kita sendiri. Kemudian, kau orang dapatkan sebentuk cincin emas.

Seterusnya, ambil satu cawan kosong ataupun gelas. Isi air putih biasa didalamnya. Air paip pun boleh. Jangan sampai penuh. Cukup sekadar setengah gelas saja.

Dan jangan lupa tutup kepala paip, nanti membazir. Kalau tak pun, nanti korang kata ada gangguan misteri buka kepala paip kat rumah pula kan..

Dah sediakan semuanya? Kalau sudah, buat langkah seterusnya.

Sekarang, ikat rambut itu pada cincin emas tadi. Pegang rambut yang telah diikat dengan cincin emas berada di atas gelas yang telah berisi air tadi. Tunggu beberapa saat. Tengok apa yang berlaku?

Cincin tersebut mula berayun dengan sendiri? Kalau ya, itu bermakna eksperimen kau orang sudah berjaya. Misteri kan!

Apa? Ianya berayun kerana ada angin misteri yang meniup cincin? Kalau macam tu, cuba tutup semua tingkap, air cond, kipas dan mana-mana lubang yang ada tiupan angin.

Kemudian, lakukan sekali lagi kaedah tadi. Macam mana? Cincin itu masih berayun? Ya, biarpun ia dilakukan ditempat tertutup dan tiada angin, cincin itu masih berayun!

Untuk lebih menarik lagi, cuba korang kira sampai ke angka berapa cincin itu berayun dan akhirnya berhenti. Sampai kiraan 20? 30? Atau sampai kiraan 40?

(Untuk lebih misteri dan menyeramkan, boleh lakukan eksperimen ini waktu sunyi ditengah malam!)

Kononnya sampai kiraan cincin itu berhenti berayun, maka angka itulah korang akan bertemu jodoh.

Contohnya, jika cincin itu hanya berhenti berayun bila sampai ke kiraan 25, bermakna bila berusia 25 tahun, korang akan bertemu jodoh. Kalau kiraan 40, masa umur 40 tahunlah dapat jodoh.

Tapi, kalau orang itu sudah ada isteri dan buat eksperimen ini, mungkin akan naik pelamin lagi. Tapi, kalau kiraan ayunan itu lebih rendah daripada usianya, mungkin dah kena bagi umur ekstra kot, kubur dah nak panggil mari..kah kah

Ada juga orang kata, kalau nak tahu berapa ramai anak kita selepas berkahwin, gunakan kaedah ini. Cuma, lain sikit caranya. Letakkan rambut dan cincin tadi diatas tapak tangan. Kira jumlah pusingannya, dan itulah jumlah anak korang nanti.

SP pernah melihat sendiri sorang tu guna kaedah ni. Misterinya, cincin tu tak berpusing langsung! Sebab dia mandul! Entahlah..

Korang jangan percaya sangat semua ini tau. SP cerita untuk suka-suka saja. Yang pasti, cincin itu akan sentiasa berayun.

Kenapa dan mengapa? SP pun tak tau.

Korang tau?

BACA INI JUGA: 10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, October 05, 2014

Smartphone Murah Terbaik!

Smartphone Murah Terbaik!

Anda sedang mencari telefon pintar (smartphone0 murah kerana kekangan bajet yang ketat? Kini ada banyak pengeluar telefon pintar yang menjadikan pasaran peranti mampu milik sebagai fokus utama mereka.

Berikut adalah beberapa telefon pintar dengan spesifikasi menarik dan berbaloi harganya.

Nokia X

Nokia X

Merupakan telefon pintar berasaskan Android yang pertama keluaran Nokia. Telefon pintar kelas rendah ini bukan sahaja murah, malah turut menawarkan variasi dwi SIM (X2) dan saiz yang lebih besar (XL).

Sayangnya, Microsoft telah mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran siri Nokia X, tidak lama selepas mengambil alih Nokia.

Motorola Moto G

Motorola Moto G

Khabarnya, Moto G adalah telefon pintar bajet yang mencetuskan 'peperangan' harga dipasaran antara pengeluar peranti telefon pintar.

Peranti bajet ini juga dilengkapi skrin paparan yang terang dan responsif, pemproses empat teras dan kamera yang agak baik.

Cuma satu rungutan yang kerap didengar ialah ketiadaan slot untuk kad memori mikroSD.

Motorola Moto E

Motorola Moto E

Boleh dikatakan sebagai 'adik' kepada Moto G. Nampaknya, Motorola sekali lagi mencabar pesaingnya dipasaran dengan melancarkan telefon pintar asas yang mempunyai spesifikasi setanding dengan telefon pintar berharga lebih mahal.

Bagaimanapun, telefon pintar ini bukan untuk penggemar selfie kerana tidak dilengkapi kamera hadapan.

Nokia Lumia 525

Nokia Lumia 525

Telefon pintar peringkat asas ini menggunakan sistem operasi (OS) Windows Phone 8. Peranti ini boleh dikatakan lebih popular berbanding peranti utamanya (flagship) dalam keluarga yang sama.

Harganya yang mampu milik dan prestasi yang sangat baik merupakan antara faktor yang menjadikannya lebih dikenali diperingkat awal.

Sony Experia E1

Sony Experia E1

Kemunculannya mungkin cuba untuk menyaingi telefon pintar mampu milik jenama lain yang ada dipasaran. Peranti ini dikatakan sesuai untuk dijadikan telefon kedua atau buat golongan yang baru beralih daripada telefon bimbit biasa ke dunia telefon pintar. Malah, peranti ini amat mudah dikendalikan dengan fungsinya yang mesra pengguna.

Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5

Siapa kata telefon pintar Asus tidak boleh mencabar jenama lain yang lebih tersohor dipasaran? Sebelum ini, Asus memang sudah terkenal dalam arena perkakasan permainan (games) dan komputer peribadi (PC).

Telefon pintarnya juga tidak kurang hebat. Asus Zenfone 5 muncul bersama dua lagi ahli keluarganya; Zenfone 4 dan Zenfone 6.

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C

Jika dahulu pengguna agak ragu-ragu dengan jenama telefon pintar buatan China ini. Namun, kemunculan Huawei Honor 3C seakan-akan membuka pasaran untuk Huawei di Malaysia.

Harganya yang amat berpatutan menjadi satu tarikan kepada pengguna untuk mencuba, disamping reka bentuknya yang kelihatan comel selain berwarna-warni.

Xiaomi Redmi 1S

Xiaomi Redmi 1S

Selain berjaya menembusi pasaran asia, termasuk di Malaysia, Xiaomi terus mengorak langkah dan menawarkan variasi telefon pintar yang berkualiti pada harga bajet. Ini termasuk Redmi 1S yang menampilkan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya. Cuma anda perlu berebut kerana peranti ini biasanya dijual secara dalam talian.

Jadi, mana satu yang anda pilih? Meskipun semua telefon pintar diatas harganya murah, namun berkualiti. Pilihan ditangan anda..

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

-SENTIASAPANAS.COM

14 Rahsia Keajaiban Kaabah!

14 Rahsia Keajaiban Kaabah!

Berikut 14 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains:

Rahsia Kaabah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi. Elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung, masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik, otak tengah akan terangsang dengan sangat aktif hingga tulang belakang akan menghasilkan sel darah.

11. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentu akan menambahkan tenaga. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah menentukan hukumnya begitu. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

12. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

13. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji, kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

14. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

BACA INI JUGA: Rahsia Penduduk Mekah Berumur Panjang

Sumber: Terapienergi.com

Kisah Batu Ajaib Dari Syurga

Kisah Batu Ajaib Dari Syurga

Sebuah batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang, terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), tingginya sekitar 150 sentimeter, di atas tanah.

Hajar Aswad

Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang.

Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu. Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.

Asal dan Sejarah

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga.

Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.

Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah. Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah, adakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.?

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik.

Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.

Sekiranya Allah SWT tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Kebakaran besar

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu.

Ketika pembangunan semula itu selesai dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah daripada suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya.

Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.

Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.

Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.

Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Lingkaran pita perak

Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya.

Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.

Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.

Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram.

Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.

Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baharu.

Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah

Sumber: Utusan.com.my

Saturday, October 04, 2014

GUSTAVE, Pembunuh Paling Berprofil Tinggi!

GUSTAVE, Pembunuh Paling Berprofil Tinggi!

Kalau ingin menyenaraikan nama-nama pembunuh paling berprofil tinggi dalam sejarah dunia yang serba rakus ini, mungkin nama ini menjadi satu-satunya nama bukan manusia dalam senarai tersebut, selagi anda masih percaya yang Jack The Ripper seorang manusia.

GUSTAVE

Semua lagenda pemakan manusia walau sehebat dan segagah mana mereka membunuh, tetap akan berakhir dan akhirnya mati ~ kecuali GUSTAVE!

Di benua Afrika, di ceruk sebuah negara bernama Burundi yang huru-hara dengan pelbagai konflik, tinggal seekor pemangsa yang tenang, seekor buaya terbesar di Sungai Nil dengan panjang kira-kira 6 meter dan seberat hampir satu tan.

Malah, GUSTAVE mungkin seekor haiwan pemangsa paling besar di benua Afrika!

Menurut penduduk tempatan dan juga Patrice Faye (lelaki Perancis yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menangkap haiwan itu).

Gustave merupakan nama samaran yang diberikan oleh Faye yang sehingga tahun 2004 telah pun membunuh sekurang-kurangnya 300 orang mangsa.

Walaupun masih hidup dan aktif membunuh, reputasinya sebagai pemakan manusia telah menjadikannya lagenda.

Malah, kisah sebenar Gustave telah difilemkan, (Primeval 2007), walaupun diakui ramai sebagai antara filem terburuk tahun itu.

Primeval 2007

Penduduk tempatan mendakwa, Gustave membunuh untuk keseronokan, bukannya untuk menghilangkan rasa laparnya.

Gustave, selepas membunuh mangsanya dalam setiap serangan, akan menghilangkan diri selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun dan kemudian muncul semula di lokasi yang lain untuk membunuh.

Tiada siapa dapat menjangkakan bila dan dimana Gustave akan muncul lagi selepas itu. Gustave dikatakan turut mempunyai selera makan yang besar, ada khabar angin mendakwa, binatang buas itu pernah membunuh dan membaham seekor badak air dewasa (seekor haiwan yang sangat kuat dan merbahaya yang biasanya dielak oleh kebanyakan buaya).

Tubuh Gustave membawa bersama pelbagai parut hasil tikaman pisau, anak panah, malah tembakan senjata api.

Dibahagian atas kepalanya, terdapat kesan peluru yang sepatutnya menamatkan riwayat haiwan itu.

Malah, semua pemburu termasuk sepasukan tentera bersenjata, gagal membunuhnya!

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

-Sentiasapanas.com

Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!

Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!

Informasi Dunia. Gilles de Rais hanyalah manusia biasa. Beliau dilahirkan pada 10 September 1404 di Machecoul, Nantes sempadan wilayah Britanny.

Gilles de Rais

Sejak kecil de Rais diasuh oleh datuknya, Jeanne de Craon selepas kematian bapanya. Dua beranak ini hidup dalam keadaan serba kekurangan tetapi datuknya sanggup melakukan apa saja bagi meningkatkan taraf kehidupan de Rais apabila besar kelak.

Cita-citanya, menjadikan de Rais seorang bangsawan. Jeanne beberapa kali cuba menjodohkan de Rais dengan anak bangsawan, malangnya usaha itu gagal.

Pernah sekali, de Rais cuba dijodohkan dengan Beatrice de Rohan, anak saudara kepada oewaris Duke of Britanny tetapi usahanya turut gagal.

Namun, hasrat datuk yang gila kuasa ini akhirnya berhasil apabila berjaya menjodohkan cucunya itu dengan Catherine de Thouars of Brittany, pewaris empayar La Vendee dan Poitou, salah seorang keturunan keluarga tertua di Eropah.

Perkahwinan antara de Rais menjadikan beliau salah seorang ahli House of Montmorency-Laval di Perancis, sekaligus bertaraf bangsawan dan kaya-raya.

Bukan itu sahaja, de Rais dipuja masyarakat Perancis kerana beliau merupakan salah seorang panglima tentera Perancis yang berperang bersama-sama Joan of Arc, iaitu seorang wanita berpangkat panglima tentera termasyhur di Perancis ketika menewaskan tentera Inggeris dan tentera Burgadian.

Namun begitu, segala kejayaan, sumbangan dan kebaikan de Rais hilang sekelip mata. De Rais lebih dikenali rakyat Perancis sebagai lelaki yang tidak berhati perut dan pembunuh kejam!

Melalui biografi tulisan Jean Benedetti, de Rais pada mulanya dikenali sebagai golongan bangsawan berhati mulia. Beliau disukai oleh kanak-kanak terutamanya anak-anak petani.

Gilles de Rais Arrested
Gilles de Rais ditangkap.

Namun, tindakannya berbaik-baik dengan kanak-kanak ada udang di sebalik batu. De Rais menjadikan anak-anak petani ini sebagai pemuas nafsu serakah seksnya! Panglima perang ini seorang pedofilia!

Menurut Jean Benedetti, de Rais mula melakukan jenayah awal dengan lakonannya menggoda kanak-kanak dengan pakaian dan makanan mewah.

Kanak-kanak ini dihidangkan dengan makanan lazat hingga kenyang. Pada masa yang sama, de Rais meletakkan pil yang merangsang nafsu dalam minuman yang diberikan.

Setelah kanak-kanak tadi khayal, mereka dibawa ke sebuah bilik, diikat, diperkosa dan diliwat sebelum dibunuh!

De Rais tidak melakukan jenayahnya sendirian tetapi dia dibantu dua orang kanannya, Guillaume Hilairer dan Erienne Corrillaut.

Peliknya, kebanyakan kanak-kanak yang dibunuh adalah lelaki yang berusia antara 6 hingga 18 tahun, berambut perang, bermata biru, persis wajahnya sendiri ketika di zaman kanak-kanak.

Berdasarkan penemuan satu rekod jenayahnya, apabila mayat kanak-kanak yang dibunuh sudah tidak bernyawa lagi, de Rais dengan bangganya memijak dan berdiri di atas perut mayat kanak-kanak tadi lalu ketawa berdekah-dekah.

Gilles de Rais Trial
Gilles de Rais dibicarakan.

Mayat kanak-kanak tersebut akan dihilangkan buktinya dengan membakar mereka di dalam bilik pendiang. Kemudian, abunya akan dibuang di cesspit (tempat pelupusan sampah di Eropah) dan ditanam jauh di dalam hutan.

Perlakuan liciknya menghilangkan bukti menyebabkan para penyiasat gagal mendapat kata sepakat jumlah sebenar mangsa yang telah dibunuh.

Junlah kanak-kanak yang telah menjadi mangsa korban nafsu de Rais dianggarkan seramai 200 hingga 300 orang dalam masa setahun. Terdapat juga beberapa sumber lain mengatakan jumlah kanak-kanak yang terkorban ialah 600 orang!

Penangkapan de Rais bermula selepas dia menculik seorang pendeta muda bernama Jean le Ferro di sebuah gereja Saint Etienne de mer Morte. Walau bagaimanapun, Jean le Ferro berjaya meloloskan diri dan menyebarkan modus operandi kejam de Rais.

Misteri kehilangan kanak-kanak terungkai satu per satu, tetapi tiada bukti kukuh untuk mengheret de Rais ke tali gantung.

Bagaimanapun, kisah de Rais seorang bangsawan menghidap pedofilia bertiup kencang hingga ke bandar Nantes dan seluruh pelosok Perancis.

Bagi penyokong dan ahli keluarga de Rais, mereka menganggap tuduhan itu hanyalah fitnah yang sengaja direka musuh-musuhnya yang mahukan segala harta kekayaannya.

Kenyataan itu disangkal oleh hakim yang mengadili kes de Rais kerana mahkamah berjaya membuktikan beliau adalah seorang pembunuh bersiri yang sadis.

De Rais dipercayai bertindak membunuh kanak-kanak kerana terpengaruh dengan kata-kata seorang ahli sihir bernama Francesco Prelati.

De Rais diberi keyakinan palsu oleh Francesco bahawa beliau boleh menukarkan segala barangan logam kepada emas dan menjadi kaya-raya dengan syarat perlu membunuh dan menodai kanak-kanak lelaki.
Mayat kanak-kanak lelaki itu kononnya untuk dipersembahkan kepada seekor jin bernama Baron sebagai tukar ganti.

Mahkamah juga tidak menolak kegilaan pedofilia dialami de Rais berpunca daripada simptom-simptom Skizofrenia termasuk bisikan suara ghaib dari Jin Baron.

Namun, nasib tidak menyebelahi de Rais. Satu demi satu rangka mayat ditemui selepas kawasan istananya diselongkar dan kebanyakan bukti menunjukkan de Rais terlibat melakukan jenayah terkutuk ini!

Pada masa yang sama, de Rais mengaku perlakuannya itu sebagai cara untuk mendapat hukuman yang lebih ringan, mati tanpa didera!

Pagi, 26 Oktober 1440, kota Nantes menyaksikan de Rais dan orang kanannya, Hilairet dan Corrillaut digantung sampai mati, kemudian mayat mereka dibakar. Lebih malang lagi apabila abu mayat mereka disemadikan di tempat yang tidak diketahui.

Execution of Gilles de Rais
Gilles de Rais dihukum gantung.

Seperti yang diwasiatkan oleh de Rais, mayatnya yang rentung kemudian disemadikan di biara Notre-Dame des Carmes di Nantes.

Setelah kematian de Rais, anaknya yang bernama Marie, tidak percaya bahawa bapanya seorang pembunuh bersiri, telah meletakkan batu tanda sebagai memorial di lokasi bapanya digantung dan dibakar.

Tempat itu kemudiannya menjadi tumpuan orag ramai terutamanya wanita-wanita mengandung. Mereka percaya dengan melawat ke memorial de Rais dapat memperbanyakkan air susu badan mereka.

Bagaimanapun, memorial tersebut telah dihancurkan oleh puak Jacobian semasa Revolusi Perancis yang menolak pemujaan terhadap de Rais, penjenayah pedofilia sekaligusSkizofrenia yang tidak berhati perut ini!

BACA INI JUGA: Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

-Sentiasapanas.com