Oct 5, 2014

Smartphone Murah Terbaik!

Anda sedang mencari telefon pintar (smartphone0 murah kerana kekangan bajet yang ketat? Kini ada banyak pengeluar telefon pintar yang menjadikan pasaran peranti mampu milik sebagai fokus utama mereka.

Berikut adalah beberapa telefon pintar dengan spesifikasi menarik dan berbaloi harganya.

Nokia X

Nokia X

Merupakan telefon pintar berasaskan Android yang pertama keluaran Nokia. Telefon pintar kelas rendah ini bukan sahaja murah, malah turut menawarkan variasi dwi SIM (X2) dan saiz yang lebih besar (XL).

Sayangnya, Microsoft telah mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran siri Nokia X, tidak lama selepas mengambil alih Nokia.

Motorola Moto G

Motorola Moto G

Khabarnya, Moto G adalah telefon pintar bajet yang mencetuskan 'peperangan' harga dipasaran antara pengeluar peranti telefon pintar.

Peranti bajet ini juga dilengkapi skrin paparan yang terang dan responsif, pemproses empat teras dan kamera yang agak baik.

Cuma satu rungutan yang kerap didengar ialah ketiadaan slot untuk kad memori mikroSD.

Motorola Moto E

Motorola Moto E

Boleh dikatakan sebagai 'adik' kepada Moto G. Nampaknya, Motorola sekali lagi mencabar pesaingnya dipasaran dengan melancarkan telefon pintar asas yang mempunyai spesifikasi setanding dengan telefon pintar berharga lebih mahal.

Bagaimanapun, telefon pintar ini bukan untuk penggemar selfie kerana tidak dilengkapi kamera hadapan.

Nokia Lumia 525

Nokia Lumia 525

Telefon pintar peringkat asas ini menggunakan sistem operasi (OS) Windows Phone 8. Peranti ini boleh dikatakan lebih popular berbanding peranti utamanya (flagship) dalam keluarga yang sama.

Harganya yang mampu milik dan prestasi yang sangat baik merupakan antara faktor yang menjadikannya lebih dikenali diperingkat awal.

Sony Experia E1

Sony Experia E1

Kemunculannya mungkin cuba untuk menyaingi telefon pintar mampu milik jenama lain yang ada dipasaran. Peranti ini dikatakan sesuai untuk dijadikan telefon kedua atau buat golongan yang baru beralih daripada telefon bimbit biasa ke dunia telefon pintar. Malah, peranti ini amat mudah dikendalikan dengan fungsinya yang mesra pengguna.

Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5

Siapa kata telefon pintar Asus tidak boleh mencabar jenama lain yang lebih tersohor dipasaran? Sebelum ini, Asus memang sudah terkenal dalam arena perkakasan permainan (games) dan komputer peribadi (PC).

Telefon pintarnya juga tidak kurang hebat. Asus Zenfone 5 muncul bersama dua lagi ahli keluarganya; Zenfone 4 dan Zenfone 6.

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C

Jika dahulu pengguna agak ragu-ragu dengan jenama telefon pintar buatan China ini. Namun, kemunculan Huawei Honor 3C seakan-akan membuka pasaran untuk Huawei di Malaysia.

Harganya yang amat berpatutan menjadi satu tarikan kepada pengguna untuk mencuba, disamping reka bentuknya yang kelihatan comel selain berwarna-warni.

Xiaomi Redmi 1S

Xiaomi Redmi 1S

Selain berjaya menembusi pasaran asia, termasuk di Malaysia, Xiaomi terus mengorak langkah dan menawarkan variasi telefon pintar yang berkualiti pada harga bajet. Ini termasuk Redmi 1S yang menampilkan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya. Cuma anda perlu berebut kerana peranti ini biasanya dijual secara dalam talian.

Jadi, mana satu yang anda pilih? Meskipun semua telefon pintar diatas harganya murah, namun berkualiti. Pilihan ditangan anda..

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

terlampau banyak pilihan sekarang dgn harga yang berbaloi-baloi

Betul tu, sampai rambang mata nak pilih..:)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon