Monday, April 21, 2014

Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

Robert Leroy Johnson (8 Mei 1911 - 16 Ogos 1938) adalah pemuzik dan penyanyi blues dari Amerika Syarikat yang mana kombinasi nyanyian, skil bermain gitar dan penulisan lagunya banyak mempengaruhi pemuzik generasi selepas beliau sehingga ke hari ini.

Robert Leroy Johnson

Namun, walaupun dengan bakat yang mengagumkan seperti Johnson, dia lebih dikenali atas sebab kematiannya ketika berusia 27 tahun yang penuh misteri, menjadikan nama Robert Johnson sebagai pendahulu dalam senarai "Kelab 27".

Lagenda blues Robert Johnson lahir di Hazelhurst, Missisippi dan membesar dengan muzik Delta Blues - stail terawal dalam muzik blues yang berasal dari daerah kelahirannya.

Bermula dengan belajar bermain harmonika sebelum menguasai gitar, dia meninggalkan kampung pada usia 19 tahun untuk mengembara ke seluruh negara, mengadakan persembahan di parti-parti, juke joint, bar-bar murah dan tempat-tempat lain.

Di San Antonio (1936) dan Dallas (1937), Johnson merakamkan 29 buah lagu sebelum mati setahun kemudian. Enam buah daripada lagu-lagu Johnson ada menyebut berkenaan syaitan atau sesuatu yang berbentuk paranormal.

Robert Leroy Johnson [2]

Walaupun semua karya lagenda yang tinggal adalah dalam rakaman Texas, pengaruh Johnson banyak memberi kesan kepada pemuzik blues dan rock 'n' roll selepas beliau, malah sebahagian besar pemuzik terbaik dunia mengakui pengaruh karya Johnson kepada mereka termasuk Led Zeppelin, Bob Dylan, The Rolling Stones, U2, Jimi Hendrix dan Eric Clapton.

Sebelum berjaya merekodkan lagu-lagu lagenda, Johnson dikatakan mengalami saat-saat paling sukar dalam perjalanan karier dan hidupnya. Isteri kesayangan Johnson mati bersama anak mereka semasa melahirkan anak sulungnya sekitar 1930 dan bermula pada saat itu dia dikatakan menumpukan diri sepenuhnya pada gitar.

Sebahagian daripada mitos perjanjian Syaitan datangnya daripada dakwaan yang mengatakan dia hilang seketika pada awal 30an dan pulang dengan kemahiran gitar yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Ramai yang tidak percaya, terutamanya mereka yang sudah biasa melihat persembahan Johnson, bagaimana mungkin kemahiran gitar blues yang dipersembahkannya boleh berubah jauh hanya dalam tempoh setengah tahun!

Johnson yang pada awal kariernya banyak dipengaruhi Son House dan Charley Patton yang diminatinya sejak mula-mula mempelajari gitar pada penghujung 1920an, tiba-tiba pulang dengan gaya tersendiri dengan gerakan kod yang unik.

Robert Leroy Johnson Mystery

Lagenda mendakwa semasa kehilangan Johnson, dia diberitahu untuk membawa gitarnya ke suatu simpang berdekatan Rosedale pada tengah malam. Apabila sampai disana, dia melihat satu lembaga besar sedang menantinya di tengah-tengah persimpangan antara empat jalan itu.

Johnson kemudiannya mendekati lembaga itu dan menunjukkan gitarnya. Lembaga itu kemudiannya mengambil gitar itu dan mengubah 'tune'nya. Kemudian memainkan beberapa buah lagu sebelum memulangkannya kepada Johnson, sekaligus memberikan segala kemahiran instrumen itu sebagai pertukaran dengan nyawa Johnson!

Pada tahun 1936, Johnson berkelana ke Texas untuk merakamkan sekurang-kurangnya 29 buah lagu. Namun, ada pihak yang mendakwa Johnson sebenarnya merakamkan 30 buah lagu dan lagu terakhirnya hilang secara misteri sehingga ke hari ini!

Ramai yang terpesona dan kagum pada hakikat kehebatan Johnson dalam tempoh masa yang sangat singkat. Ada pihak yang mula mengesyaki ada sesuatu yang disorokkan Johnson. Dia akan membelakangi penonton semasa membuat persembahan dan ada ketikanya meninggalkan penonton ditengah-tengah persembahan.

Khabar angin mengenai abiliti luar biasa ketika bermain gitar bermula bila rakan dan mentornya, Son House berkata, "Dia menjual rohnya untuk bermain sebaik ini". Setahun kemudian, Johnson mati selepas mengadakan persembahan di sebuah bar.

Dikatakan tiga buah lagunya, Cross Road, Hell Hound On My Trail dan Me And The Devil bersama liriknya adalah rujukan kepada perjanjian Johnson dengan Syaitan.

Khabar angin mengenai perjanjian Johnson dengan Syaitan lebih cepat tersebar setelah orang ramai tahu reputasi guru gitarnya, Ike Zinnerman yang dikatakan gemar mempelajari gitar ditengah malam sambil duduk di atas batu nesan kubur lama di halaman gereja.

Sesetengah peminat mendakwa Johnson mempunyai mata yang jahat, sedangkan kebenarannya, dia menderita katarak kecil pada mata. Mengenai dakwaan Johnson berpaling ke belakang ketika membuat persembahan, mungkin pada waktu itu ianya dilihat pelik, tapi hari ini ramai pemuzik mengambil sikap begitu kerana tidak gemarkan kegilaan peminat.

Eddie Van Halen misalnya kerap memalingkan belakang kepada kepada penonton untuk menyembunyikan teknik beliau daripada gitaris lain.

Kelab 27

Johnson mati pada usia 27 tahun dengan meninggalkan nama yang cukup besar sehingga tertubuhnya "Kelab 27" yang kemudiannya dianggotai Brian Jones (The Rolling Stones) dan Jimi Hendrix yang sama-sama mengagumi beliau.

Terma "Kelab 27" dikatakan pertama kali digunakan oleh seorang lagi pemuzik hebat yang dipengaruhi Johnson iaitu Eric Clapton.

Eric sendiri mendakwa dirinya nyaris-nyaris menjadi mangsa "Kelab 27" akibat ketagihan kronik beliau pada heroin ketika usia tersebut.

Namun, masih ramai pemuzik terkenal berakhir tragis sebagai mangsa mitos "Kelab 27" dan kebanyakannya adalah atas sebab gaya hidup mereka sendiri; kegagalan menghadapi tekanan dan masalah ketagihan dadah serta alkohol.

Walaupun "Kelab 27" dan kisah pemuzik menjualkan rohnya kepada Syaitan untuk mendapatkan kemahiran bermain gitar adalah mitos yang sengaja diada-adakan. Yang pasti, semua mitosnya bermula daripada bakat luar biasa Johnson sebagai pemuzik sebagai lagenda sebenar.

Benar atau tidak Johnson pernah membuat perjanjian dengan Syaitan, yang pasti Johnson dianggap sebagai master dalam muzik blues atau Bapa kepada Delta Blues sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

-SENTIASAPANAS.COM

Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita

Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita

Iblis dalam menggoda manusia memiliki pelbagai strategi dan yang sering digunakan adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kcenderungan mengajak kepada keburukan.

Gadis Cantik
Gambar hiasan.

Syaitan sememangnya mengetahui kecenderungan nafsu kita dan Iblis akan terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka Syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

Membuka bahagian tangan

Gadis Bertudung Tapi Seksi [2]

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka Syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang", bisik Syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan akhirnya para lelaki melihatnya sama seperti kebiasaannya. Maka Syaitan berbisik, "Kan tak apa-apa.."

Membuka leher dan dada

Gadis Bertudung Tapi Seksi [3]

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah Syaitan untuk membisikkan perkara baru.

"Kini membuka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan lagi, bukalah bahagian atas dada kamu, tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit supaya tidak panas. Cubalah! Orang tidak akan peduli kerana sebahagian saja yang terbuka".

Maka dipakailah pakaian fesyen baharu yang terbuka dibahagian leher dan dada.

Berpakaian tapi telanjang

Gadis Bertudung Tapi Seksi

Seterusnya Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmy biasa-biasa saja, cubalah fesyen yang lebih baik! Banyak kain yang agak nipis, bentuknya dibuat agak ketat supaya lebih cantik dipandang".

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah kerana potongan pakaiannya masih panjang, cuma bahan dan fesyennya yang berbeza supaya nampak lebih feminin," bisik Syaitan menokok tambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai Kasiyat'ariyat (Berpakaian tapi telanjang).

Agak terbuka sedikit

Gadis Bertudung Tapi Seksi [6]

Setelah para Muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka Syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini akan membuatkan kamu sukar bergerak kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga ke lutut atau paha? Itu lebih selesa".

Lalu dicuba idea baru itu dan memang benar, apabila dibelah bermula dari bahagian bawah hingga ke atas, rupanya lebih selesa serta mudah bergerak.

Tudung semakin kecil

Gadis Bertudung Tapi Seksi [5]

Kini Syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih 'power'. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan auratnya pula.

"Oh, ada yang kita terlupa! Kalau kamu pakai baju begitu, maka tudung yang besar tidak lagi sepadan dengan kamu. Sekarang kamu kena cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang akan tetap menamakannya tudung".

Terdedah

Gadis Bertudung Tapi Seksi [4]

Dan rupanya si wanita sangat selesa dengan fesyen baru yang dipakainya itu. Maka Syaitan datang lagi memberi idea.

"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakannya mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan".

Maka, Syaitan sekali lagi berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

Membuka keseluruhan

Gadis Bertudung Tapi Seksi [7]
Gambar hiasan.

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, cuba cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tak usah terlalu terdedah, kira-kira 10 sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah cari fesyen paras lutut pula".

Bisikan Syaitan benar-benar telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Namun kadang-kadang si wanita terfikir, adakah ini tidak bersalahan dengan hukum agama?

Gadis Bertudung Tapi Seksi [8]
Gambar hiasan.

Namun bisikan Syaitan menyahut, "Ah, kan sekarang zaman moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen terkini".

"Tapi, adakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?", hati si wanita curiga.

"Fitnah? Kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, dan mengatakan 'wow' dan sebagainya, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi kerana sama-sama suka?" Syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun Syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam.

Gadis Melayu Rosak
Gambar hiasan.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di tepi pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!

Ingatlah, Syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia tetapi sebenarnya janji palsu serta racun yang mematikan. Nauzubillah..

BACA INI JUGA: Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu

-Sentiasapanas.com

Sunday, April 20, 2014

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Bagi sebahagian masyarakat di Malaysia, melalui rumpunan buluh pada waktu malam merupakan pengalaman yang menyeramkan namun di Jepun, rumpun buluh dijadikan sebagai terapi untuk merawat jiwa.


Uniknya, di Jepun terdapat sebuah hutan buluh semulajadi yang sangat cantik untuk dilawati. Hutan buluh Sagona, Arashiyama yang terletak di pinggir barat daya Kyoto, menyimpan beribu-ribu batang buluh yang tersusun rapi sejak zaman dahulu kala.

Batang-batang buluh ini berada dalam satu susunan yang sangat cantik dan kemas sejak ia ditemui sekitar 700 tahun lalu.

Untuk sampai ke hutan buluh tercantik di dunia ini, pengunjung boleh mengambil kereta api di bandar Kyoto. Lebih kurang 30 minit perjalanan, anda akan tiba ke destinasi ini.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Terletak berhampiran kuil lama, para pengunjung yang tiba pasti akan terpegun mendengar alunan muzik semulajadi yang dihasilkan oleh pergerakan buluh apabila ditiup angin.

Bunyi desiran ini benar-benar membuatkan anda merasakan kedamaian.

Itulah tarikan paling utama hutan buluh Sagano. Apabila angin bertiup lembut, pergerakan buluh setinggi 150 kaki ini akan menghasilkan bunyi apabila bersentuhan sesama sendiri.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Ruang dan rongga buluh yang kosong juga memainkan peranan, seolah-olah bunyi siulan dan gabungan bunyi juga terhasil apabila angin melalui celah deretan buluh membuatkan ia seperti gesekan muzik yang sangat menenangkan jiwa.

Kelembutan alunan muzik yang dihasilkan secara semuljadi menyebabkan kerajaan Jepun menyenaraikannya dalam 100 bunyi yang dipelihara sebagai harta kerajaan.

Maka tidak hairanlah mengapa hutan buluh yang biasanya dianggap menakutkan ini mampu menarik ribuan pengunjung saban tahun.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Perjalanan merentasi susunan buluh ini pastinya sangat mengagumkan dengan pandangan atas bagaikan sebuah kanopi hutan tebal.

Dedaunannya yang menutupi permukaan atas hutan belantara ini menjadikan kawasan persekitaran sangat redup dan nyaman.

Mungkin kerana itulah, masyarakat Jepun menjadikan buluh sabagai satu budaya.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Hutan buluh Sagano yang berkeluasan 16 kilometer persegi boleh diterokai dengan berjalan kaki mahupun dengan menunggang basikal.

Panorama alamnya yang indah turut di selang-selikan dengan keunikan seni bina Jepun yang sangat kreatif.

Lihat saja trek pejalan kaki yang dibina menggunakan buluh-buluh tua, sangat mengagumkan dan mencerminkan budaya masyarakat Jepun.

Dari trek pejalan kaki hinggalah ke pagar, semuanya dimanfaatkan daripada hasil hutan ini.

Selain buluh, banyak lagi tarikan lain yang terdapat di sini. Antaranya kuil-kuil lama, perkampungan purba, gerai-gerai teh Jepun dan beberapa tinggalan sejarah lain.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Masa terbaik untuk melancong ke sini adalah pada musim bunga. Ketika itu, banyak bunga-bunga dari pelbagai spesis yang mekar boleh ditemui disini.

Kepelbagaian warna yang dihasilkan menambah keindahan panorama semulajadi hutan buluh ini.

Walaupun hutan Sagano telah diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan oleh kerajaan Jepun, namun perusahaan industri pembuatan kraftangan menggunakan buluh masih dibenarkan untuk menjadikan hutan ini sebagai sumber pendapatan bahan mentah dalam menghasilkan produk mereka.

Antaranya seperti cawan, kotak, raga, alas lantai, chopstik dan pelbagai lagi hasil kreativiti lain.

Unik! Hutan Buluh Paling Cantik Di Dunia

Walaupun kawasan ini dipanggil hutan namun buluh sebenarnya bukanlah dari spesis pokok. Ia adalah daripada kumpulan rumput yang besar, fleksibel dan kuat.

Rumah-rumah yang dibina dari buluh mampu bertahan dalam serangan gempa bumi biarpun dengan kekuatan pada 9.0 skala richter.

Buluh juga adalah tumbuhan yang paling cepat dan mudah tumbuh. Kebanyakan spesis buluh boleh mencapai pertumbuhan tiga hingga empat kaki dalam tempoh 24 jam.

Hakikatnya, buluh boleh tumbuh semula dalam tempoh enam bulan selepas ia ditebang berbanding pokok yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 50 tahun untuk membesar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Kelab Manchester City Paling Kaya!

Kelab Manchester City Paling Kaya!

Bertuahnya badan andai menjadi salah seorang pemain skuad Manchester City! Semuanya gara-gara kelab itu menawarkan gaji paling lumayan kepada pemainnya dan kaji selidik diadakan baru-baru ini mengesahkan hakikat berkenaan.

Kelab Manchester City Paling Kaya!

Sesi kaji selidik yang dijalankan Sporting­intelligence itu mendapati kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan membayar purata gaji £5.3 juta (RM28.8 juta) setahun kepada setiap pemain skuad utama dan jumlah itu bersamaan £102,653 (RM559,000) seminggu.

Kaji selidik terbabit juga mendedahkan enam daripada 10 kelab yang disenaraikan sebagai majikan paling mewah adalah kelab bola sepak dengan baki­nya diisi dua kelab besbol dan dua kelab bola keranjang.

Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United menduduki tangga kelapan senarai berkenaan diikuti Chelsea (10), Arsenal (11) dan Liverpool (20).

Manchester City yang dimiliki Kumpulan Bersatu Abu Dhabi sejak 2008, dilaporkan membayar gaji pemain mereka lebih daripada gaji yang diterima pemain pasukan Major League Baseball, New York Yankees dan LA Dodgers yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Major League Baseball - New York Yankees
Major League Baseball, New York Yankees.

Kelab gergasi Sepa­nyol, Real Madrid dan Barcelona mengisi tangga keempat dan kelima. Kedua-dua kelab La Liga berkenaan dilapor membayar gaji purata lebih £4.9 juta (RM26.6 juta) setahun.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, United pula membayar purata gaji £4.3 juta (RM23.4 juta) manakala pendahulu, Liverpool membayar gaji purata £3.4 juta (RM18.5 juta) setiap pemain.

“Global Sports membuat kajian terhadap pendapatan ahli sukan, tetapi ia tidak termasuk pendapatan tambahan mereka hasil penajaan dan lain-lain,” kata laman web Sportingintel­ligence.

“Laporan hasil kaji selidik 2014 membuat semakan terhadap 294 pasukan di 15 liga di 12 negara membabitkan tujuh sukan berlainan: bola sepak, besbol, bola keranjang, gridiron, kriket, hoki ais dan bola sepak Aussie. Laporan itu turut mencakupi musim sedia ada ataupun yang sudah lengkap, bergantung kepada kemampuan akaun serta maklumat lain.”

Walaupun Brooklyn Nets dan Chicago Bulls menjadi pasukan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan yang tersenarai di dalam 10 teratas, liga itu kekal menjadi lubuk emas buat pemainnya apabila setiap seorang daripada 441 atlet yang terbabit dengan sukan berkenaan menerima gaji purata £2.98 juta (RM16.2 juta).

City salah satu daripada 76 kelab pernah disiasat UEFA atas dakwaan menyalahi peraturan pembayaran gaji dan keputusan me­ngenainya dijangka bakal diketahui dalam masa terdekat ini. [Sumber]

Bangga jadi Red Devils

Juan Mata dan David De Gea

Di sebalik kesibukan Juan Mata dan David De Gea mempertahankan Manchester United musim ini, kedua-dua masih sempat melayan pelbagai pertanyaan peminat pasukan yang pastinya mahu terus melihat Red Devils ‘garang’ di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Banyak pertanyaan bermain di minda peminat United dan menerusi laman web sosial Facebook dan Twitter, Mata dan De Gea masih berupaya meluangkan masa emas masing-masing untuk meleraikan perta­nyaan diutarakan.

Ikuti beberapa perta­nyaan peminat yang sempat dijawab kedua-dua pemain berkenaan.

Juan Mata

(S): Anda dilihat sudah dapat menyesuaikan diri di Old Trafford, tetapi apa perasaan anda pertama kali turun di stadium kami sebagai pemain United? - Neeraj Chawla

(J): Bercampur baur. Sukar untuk saya menjelaskan perasaan itu de­ngan kata-kata. Saya bermain, gembira dan kami menang (ketika menentang Cardiff) dan saya dapat merasakan sikap prihatin dan kasih sayang yang ditunjukkan peminat. Hari pertama berlalu dengan hebat dan terdapat banyak perkara yang bakal saya ingat hingga bila-bila.

(S): Saya ada melihat anda bersiar-siar di sekitar muzium Manchester United baru-baru ini - adakah anda kagum dengan apa yang anda lihat? - Hannah Clarke

(J): Semua orang sedar sejarah kelab ini tetapi apabila anda melihat sendiri kegemilangan pernah dicapai termasuk piala pernah dimenangi, anda pasti sedar dan merasai kehebatannya. Bagi saya, memang seronok apabila dapat belajar dan mengetahui sejarah keagungan kelab dan saya rasa, sejarah milik United adalah antara yang terbaik di negara ini.

(S): Siapa yang lebih pandai memasak - anda atau rakan baik anda, David De Gea? - Jerry Ferguson

(J): Saya rasa kami berdua memang tidak pandai memasak. Saya mahu menjadi tukang masak yang lebih baik. Ada rakan saya memberitahu memasak aktiviti yang agak menyeronokkan dan saya mahu belajar lebih lagi.

(S): Siapakah pemain bola sepak yang menjadi idola anda ketika anda masih kanak-kanak? - Becca Meagan

(J): (Roberto) Pompei. Dia bekas pemain tengah Real Oviedo. Saya pernah dan akan terus menyokongnya. Beliau turut bermain untuk Argentina. Saya turut meminati Pablo Aimar yang juga pemain Argentina. Ketika masih di Real Madrid, saya suka melihat aksi Zinedine Zidane kerana dia bermain dengan penuh gaya tersendiri.

(S): Apakah kegemaran anda selain bola sepak? - Chris Hempston

(J): Saya suka buat ba­nyak perkara. Saya suka membaca dan menonton wayang serta televisyen jika saya tidak bersama pasukan. Ketika cuti, saya suka meneroka tempat baru di kampung atau bandar berdekatan rumah saya. Saya seorang yang suka ambil tahu dan saya mahu tahu banyak perkara.

David De Gea

(S): Bagaimana anda melihat peluang anda untuk ke Piala Dunia? - Nkosi Edwin M Dube

(J): Victor Valdes mengalami kecederaan dan saya simpati de­ngannya. Kecederaan bukanlah sesuatu yang disukai oleh pemain bola sepak. Ia satu situasi me­ngecewakan, tetapi ia mungkin satu peluang buat saya menjadi penjaga gol utama di Piala Dunia.

(S): Bagaimana anda melihat jari­ngan Wayne Rooney di West Ham berbanding gol lain yang pernah anda saksikan sebelum ini? - Pascal Robert

(J): Ia sudah pasti sesuatu yang hebat dan jarang dapat dihasilkan mana-mana pemain. Jaringan itu sukar dilakukan kerana keadaan bola yang melantun. Untuk menjaringkan gol daripada keadaan itu memerlukan skil serta kemampuan yang luar biasa.

(S): Adakah anda berpeluang memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan United? - Alberto Rodriguez

(J): Saya tidak tahu. Terpulang kepada peminat yang mengundi. Saya tidak memikirkan soal itu sebaliknya hanya mahu beraksi sebaik mungkin. Saya mahu mengharungi musim ini dengan baik dan kekal di landasan sekarang. Kami sudah memiliki pemain yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini dan saya fikir mereka lebih layak. Terdapat ramai calon, tetapi sukar untuk memilih pemenangnya.

(S): Pemain mana paling sukar dihadapi ketika latihan? - Jon Guerrero

(J): Mereka semua pemain hebat dan setiap kali latihan, ia memerlukan kesungguhan ting­gi semua yang terbabit. Ia bermakna anda perlu sentiasa meningkatkan kemampuan diri. Chicha banyak menjaringkan gol ketika latihan, begitu juga Rooney - tetapi mereka semua bagus. [Sumber]

OLEH: Sentiasapanas.com

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Kebiasaannya wanita memilih untuk bersalin dengan cara berbaring sama ada melalui kaedah normal ataupun pembedahan.

Bersalin sambil berdiri di Peru

Tetapi, di Peru mereka mengubah tradisi ini dengan mempercayai bersalin secara berdiri memiliki kelebihan tersendiri terutamanya penduduk pribumi Peru.

Menurut salah seorang penduduk, Benigna Condori, dia telah membuat keputusan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah klinik yang membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukannya baring.

Selepas lima kelahiran bayinya sebelum ini, Condori memilih untuk bersalin secara berdiri kerana percaya kaedah rawatan tersebut mampu menyelamatkan nyawa ibu dan bayinya daripada mengalami masalah ketika bersalin.

Ini kerana salah seorang rakannya mati ketika bersalin di rumah walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang bidan.

Lantaran itu, dia memilih untuk bersalin melalui kaedah ini walaupun terpaksa mengatur langkah berjam-jam lamanya melalui pergunungan Andes untuk ke klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional.

Andes Walk

Kaedah bersalin secara berdiri ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh penduduk Peru yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di pergunungan Andes. Ini kerana banyak tembikar-tembikar kuno di pergunungan Andes yang ditemui menggambarkan wanita Peru bersalin dalam kedudukan duduk dan berdiri.

Ketika itu, jarak dan kos pengangkutan menjadi penghalang utama kepada sesetengah wanita yang ingin bersalin.

Bagi kaum lelaki Peru, menghantar isteri mereka ke pusat kesihatan bukanlah budaya mereka. Malah, amalan kelahiran secara tradisional di kalangan masyarakat luar bandar Peru menggalakkan wanita bersalin dalam keadaan mencangkung di dalam bilik gelap dengan dibantu ahli keluarga yang lain.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipraktikkan secara meluas kerana ia membahayakan nyawa ibu dan anak.

Menurut Menteri Kesihatan Peru, melalui tulisannya di dalam sebuah buku kesihatan, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita kerana dapat mengurangkan tekanan di uterus. Selain itu juga, saluran darah yang besar mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang sampai kepada bayi.

Posisi duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan masa proses kelahiran dan bersalin. Selain itu, kaedah ini membolehkan si ibu melihat keseluruhan proses kelahiran berlangsung berbanding ketika berbaring.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 orang wanita meninggal dunia dalam setiap 100 ribu kelahiran. Kebanyakan kematian ini berlaku ketika kaum wanita bersalin di rumah.

Disebabkan itu jugalah, Condori tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sanggup merentasi pergunungan Andes kerana dirasakan lebih selamat berbanding bersalin dirumah.

Menjelang tahun 2015, kerajaan Peru berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, Peru telah membuka 390 buah rumah menunggu bersalin sejak sedekad lalu, di mana wanita dari kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu waktu untuk bersalin.

Menteri Kesihatan Peru menjelaskan, kebanyakan kaedah perubatan tidak sedar mengenai keperluan wanita mengandung, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semulajadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menurut wakil Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru, Ramirez, wanita Andes biasanya melahirkan anak secara tradisional di rumah dan dibantu oleh nenek, pasangan ataupun bidan. Mereka telah biasa dengan keadaan itu sejak sekian lama dan sukar diubah.

Lantaran itu, kebanyakan pusat kesihatan di Peru sedang membuat perubahan yang membolehkan wanita yang ingin bersalin membawa ahli keluarga sementara menunggu.

Malah, pusat kesihatan tersebut juga membenarkan wanita mencangkung dan duduk ketika proses bersalin.

-Sentiasapanas.com

Mana Lebih Hebat, Tablet Windows Atau Android?

Mana Lebih Hebat, Tablet Windows Atau Android?

Pasaran tablet kini menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna terutamanya apabila berlaku peningkatan mendadak tablet bersaiz 8 inci dan ke atas dengan Windows 8 yang memenuhi kriteria penting daripada segi spesifikasi, penggunaan, prestasi dan ketahanan.

Girls and Tablet

Tablet jenis ini dilihat lebih cenderung kepada penggunaan yang lebih profesional untuk memenuhi keperluan pejabat, organisasi dan perniagaan.

Namun, tablet Android turut mengalami evolusi terutamanya dalam menawarkan lebih pilihan kepada pengguna. Pilihan ini merangkumi kepelbagaian saiz skrin, prestasi dan penggunaannya yang semakin fleksibel.

Oleh itu, terdapat beberapa faktor penting yang wajar dipertimbangkan supaya anda boleh membezakan dengan ketara tablet-tablet yang menggunakan OS yang berlainan ini.

1. Perkakasan

Tablet Windows 8

Tablet Windows 8

Tablet yang dilengkapi Windows 8 biasanya memiliki kualiti binaan perkakasan yang sangat baik. Penanda aras terbaik buat masa sekarang bagi tablet ini ialah Microsoft Surface Pro yang telah diberi kemaskini pada tahun kedua pelancarannya.

Biasanya, tablet jenis ini dikuasakan oleh pemprosesan Intel empat teras Bay Trail Atom (tertakluk kepada model dan pengeluarnya). Pemproses (CPU) jenis ini lazimnya digunakan kerana ia mampu meningkatkan prestasi semasa tablet disamping menawarkan ketahanan bateri sehingga 9 jam penggunaan.

Sesetengah tablet jenis ini turut berevolusi berdasarkan sasaran pengguna semasa termasuk dengan spesifikasi yang lebih hebat.

Selain menggunakan pemproses Intel Haswell, beberapa jenama tablet Windows 8 seperti Lenovo Yoga dan sebagainya berinteriaksi sebagai peranti hibrid yang berasaskan daripada tablet.

Harga tablet hibrid Windows 8 jenis ini biasanya lebih mahal dan mampu memenuhi selera pengguna yang 'berselera besar'. Manakala dari segi perkakasan, tablet ini sangat selesa untuk aktiviti melayari internet dan menaip.

Tablet Android

Tablet Android

Tidak kurang hebatnya, kebanyakan tablet Android kini turut dilengkapi dengan pemprosesan berkuasa dua dan empat teras daripada pelbagai pengeluar yang memberikan kepelbagaian prestasi berpadanan dengan nilai harga tablet yang ditawarkan kepada pengguna.

Faktor rekabentuk peranti turut dipelbagaikan dan memberikan pengguna terlalu banyak pilihan dipasaran termasuk dari segi saiz skrin dan binaan fizikal.

Disebabkan terlalu banyak model, spesifikasi yang ditawarkan agak lebih kurang sama dan anda juga perlu bijak menilai harganya.

Anda boleh memilih saiz daripada yang paling kecil sehingga yang paling besar dengan paparan resolusi antara 720p, 1080p, 2560x1600p atau lebih.

Selain reka bentuk fizikal, tablet jenis ini memiliki pelbagai jenis rekaan yang inovatif termasuk apa yang dipraktikkan pada Galaxy Note 10 dan ke atas.

Malah, boleh dikatakan semua model tablet Android dilengkapi dengan keupayaan sambungan WiFi selain binaan 3G, HSPA+ atau 4G LTE sebagai sambungan tambahan.

Tablet ini praktikal selain sangat sesuai sebagai kegunaan jika kena pilihannya.

2. Aplikasi dan Perisian

Tablet Windows 8

Aplikasi Tablet Windows 8

Antara muka pengguna metro yang mesra dan kebolehan integrasi mudah dengan desktop Windows menjadikan tablet Windows 8 sebagai pilihan. Malah, sesuai dengan reputasinya yang serasi dengan aplikasi pejabat seperti Office.

Walaupun Windows 8 belum mampu menandingi Android dari segi jumlah aplikasi untuk pengguna, namun platform ini lebih selamat dengan pemantauan berterusan untuk memastikan prestasinya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Perkembangannya terus meletakkan platform ini berada di garisan positif dengan jalinan kerjasama daripada pelbagai pembangun.

Tablet Android

Aplikasi Tablet Android

Sebagai sebuah platform sumber terbuka, perkembangan dan inovasi Android ternyata tidak dapat dibendung terutamanya dari segi aplikasi (apps). Tablet Android mampu bekerja dengan Google Play Store, Amazon Apps Store dan sebarang gedung aplikasi pihak ketiga.

Ribuan aplikasi boleh dimuat turun yang merangkumi aplikasi popular rangkaian sosial, e-mel, pemesejan, pengurusan dan sebagainya. Aspek ini menjadi keutamaan pembangun aplikasi.

Bukan itu sahaja, ia juga sering menjadi sasaran pencerobohan dan mudah diserang virus.

Rangkuman

Tablet Windows 8
  • Memiliki reka bentuk fizikal yang baik dan kukuh.
  • Kolaborasi dengan aplikasi pejabat.
  • Spesifikasi sepadan dengan nilai.
  • Sistem sekuriti lebih terjamin.
  • Tidak memiliki banyak pilihan seperti Android.
  • Aplikasi (apps) popular masih kurang dengan bilangan terhad.
  • Sentiasa menerima kemaskini.

Tablet Android
  • Banyak pilihan dan pelbagai model dengan variasi reka bentuk.
  • Harga berpatutan dan mampu milik.
  • Sekuriti kurang, terutamanya aplikasi yang sering menjadi sasaran virus.
  • Mesra pengguna.
  • Terlalu arus perdana (mainstream).
  • Lambat menerima kemaskini sistem operasi (jenama tertentu).
  • Tetapan aplikasi tidak tepat untuk setiap model (skrin besar).

Jadi, yang mana satu pilihan terbaik anda?

BACA INI JUGA: Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

-Sentiasapanas.com

Saturday, April 19, 2014

Misteri Kampung Anjikuni, Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak!

Misteri Kampung Anjikuni, Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak!

Kes individu hilang secara misteri mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi, bagaimana pula kalau satu kampung hilang secara misteri tanpa meninggalkan sebarang jejak? Inilah yang berlaku di sebuah perkampungan berdekatan dengan Tasik Anjikuni di Nuvanut, Kanada.

Misteri Anjikuni

Pada suatu malam, November 1930, Joe LaBelle yang merupakan seorang pemburu melintasi sebuah kawasan perkampungan di utara Kanada.

Dia yang kepenatan dalam cuaca sejuk berhajat untuk menumpang di kawasan itu.

Lagipun, ini bukanlah kali pertama Joe melintasi kawasan tersebut. Dia tahu selok-belok perkampungan itu malah, Joe sendiri mempunyai rakan dalam puak Anjikuni.

Namun, apa yang menghairankan Joe ialah, sewaktu dia semakin menghampiri kawasan perkampungan Anjikuni, suasana tidak seperti biasa.

Sunyi sepi dan langsung tidak ada kelibat manusia mahupun haiwan ternakan yang kelihatan.

Joe kemudian berjalan menuju ke salah sebuah tempat dimana puak Anjikuni selalu berkumpul yang diberi nama Mack Shack.

Pemilik Mack Shack, Fran MacKenzie ialah seorang bekas tentera yang kudung kakinya. Fran tidak pernah keluar dari Mack Shack apatah lagi untuk berpindah dari tempat itu.

Peliknya, keadaan Mack Shack sunyi sepi. Namun, makanan masih berada di atas api. Tambah membingungkan Joe apabila dia melihat tongkat milik Fran yang ditinggalkan.

Joe kemudiannya ternampak cebisan cahaya yang berkelip-kelip pada jarak 400 meter dari kedudukannya.

Menyedari tiada sesiapa di situ, Joe berharap dapat melihat ke mana arah penduduk kampung itu pergi berdasarkan bekas tapak kaki di atas permukaan salji.

Yang menghairankan, langsung tiada sebarang jejak kaki manusia mahupun haiwan di atas permukaan salji.

Dia cuba meninjau keadaan sekeliling dan ternampak satu periuk makanan yang sedang dimasak beserta dua barangan peribadi yang diletakkan di tepi batu besar.

Apa yang memeranjatkan Joe ialah, barang-barang itu milik ketua puak Anjikuni yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu yang diketahui telah ditanam bersama dengan mayatnya!

Persoalannya, bagaimana barang-barang itu ada di luar kubur!

Joe yang ketakutan kemudian menghantar telegram kepada pihak berkuasa yang kemudiannya datang untuk menyiasat misteri kehilangan penduduk kampung Anjikuni.

Misteri ini tidak terhenti di situ sahaja. Pihak polis telah menemui bangkai seekor anjing milik salah seorang penduduk kampung.

Yang ganjilnya, bangkai anjing itu telah dipakaikan dengan pakaian wanita! Malah, gincu turut dicalit pada mulut anjing itu. Telinganya ditindik dan dipakaikan anting-anting. Pada tangannya terdapat kesan luka dan salah satu jari anjing itu disarungkan cincin dipercayai cincin perkahwinan.

Polis juga mendapati kubur-kubur di kawasan perkampungan telah digali semula. Rangka mayat yang tertanam didapati hilang dengan lubang kubur yang telah kosong disumbat dengan sampah.

Hanya sebuah kubur yang tidak diusik, kubur yang dipercayai milik Punckii Akkailo, ketua puak pertama yang menjumpai dan membuka kawasan tersebut.

Tiada siapa yang tahu apa puncanya anjing tersebut diperlakukan sedemikian, kenapa tanah perkuburan itu digali dan semua mayatnya di curi.

Penduduk kampung Anjikuni tidak pernah ditemui selepas kejadian itu.

Dan kehilangan mereka masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Graffiti "Who Put Bella In The Witch Elm"

-Sentiasapanas.com

Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

Tahukah anda kucing adalah haiwan peliharaan yang popular sejak zaman dahulu lagi. Pasti ada yang perasan satu tingkah laku yang sering dilakukan oleh haiwan yang comel ini.

Kucing Manja

Kelazimannya, kucing sering kali menggeselkan kepala dan juga badan apabila berjumpa dengan tuannya. Selain itu, haiwan comel ini juga suka menggesel tidak mengira tempat seperti di kaki kerusi, meja, pintu dan pelbagai tempat lain lagi.

Pelbagai andaian dibuat mengenai tabiat kucing yang suka menggesel. Pasti ramai yang ingin tahu, kenapa kucing suka buat begitu? Apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan apabila kucing berbuat demikian?

Sebenarnya, tujuan kucing berkelakuan begitu adalah untuk meletakkan bau badannya di sesuatu lokasi bagi menandakan tempat tersebut.

Kucing juga mempunyai kalenjer bau pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti kepala, ekor, kaki dan tubuh mereka. Kalenjer ini boleh merembeskan bahan kimia yang menghasilkan bau halus yang disebut sebagai feromon.

Setiap kucing mempunyai bau yang unik. Feromon ini digunakan untuk berkomunikasi dengan kucing lain mengenai pelbagai perkara, misalnya pemilikan dan sempadan kawasan.

Feromon juga membenarkan kucing untuk menarik perhatian jantina lain, menunjukkan rasa selesa dan membiarkan kucing lain tahu siapa dan dimana mereka berada.

Kucing sering menggesel pada pelbagai tempat seperti kaki kerusi, pintu dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat biologi kepada kucing lain supaya mnjauhi kawasan yang telah ditandakan.

Apabila kucing menggesel muka atau tubuhnya kepada manusia, ia mahu menandakan anda adalah 'miliknya' dan anda adalah sebahagian daripada dunia mereka! Ia juga mahu kucing lain mengetahui perkara tersebut. Selain itu, ia juga menunjukkan mereka rasa selesa dan selamat bersama-sama anda.

Mereka juga akan menandakan kucing lain sebagai rakan mereka dengan cara ini. Jika dua ekor kucing kenal dan berkawan antara satu sama lain, mereka akan melakukan pertukaran bau. Bau mereka sendiri yang bercampur dengan bau kucing lain membuatkan kucing tersebut sebahagian daripada dunia mereka.

Selain menggesel, kucing juga mengedarkan bau mereka dipersekitaran dengan semburan air kencing.

Di Redwood City, California, seorang pemilik kucing hairan apabila tiba-tiba kucingnya sering menyembur sedikit air kencing di sekeliling tingkap dan pintu rumah.

Setelah mendapat pendapat daripada seorang pakar tingakh laku kucing bertauliah, Marilyn Krieger, rupa-rupanya apa yang dilakukan oleh kucing itu adalah kerana ia merasa terancam dan ingin menandakan rumah itu sebagai kawasannya.

Rupa-rupanya sebelum itu, tuan rumah telah memberi makanan kepada kucing liar yang berkeliaran di luar rumah. Dalam kes ini, kucing itu ingin memberitahu kucing lain di luar rumah bahawa seluruh kawasan itu adalah haknya dan tidak boleh dicerobohi.

Menyembur sedikit air kencing sering digunakan untuk menandakan sempada kawasannya.

Selain rasa terancam dengan kucing lain, ia mungkin sering melakukan perkara itu jika berlaku perubahan pada persekitaran seperti berpindah ke rumah baru, membeli perabot baru dan pengubahsuaian rumah.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

-Sentiasapanas.com

Pelik! Tiba-tiba Wanita Bertukar Menjadi Lelaki!

Pelik! Tiba-tiba Wanita Bertukar Menjadi Lelaki!

Sekali baca tajuk ini memang ada sesuatu yang tidak normal berlaku. Ada yang kata, ini adalah sesuatu yang mustahil. Tapi tak kurang juga yang berfikir bahawa ini adalah gejala kecelaruan gender seperti lelaki lembut yang menukar jantina.

Uhud, Ahmed Hassan Mousa

Walau apa pun yang anda fikir, mari kita baca kisah pelik tapi benar-benar berlaku ini.

Disebuah sekolah perempuan di Arab Saudi, telah berlaku suatu perkara yang sangat pelik dan belum pernah terjadi sebelum ini. Seorang gadis yang merupakan penuntut di sekolah ini disahkan mengalami perubahan jantina.

Menurut laporan akhbar Daily Alriyadh, gadis yang bernama Uhud dan baru berusia 13 tahun disahkan lahir sebagai seorang wanita.

Di Arab Saudi, percampuran gender adalah sesuatu yang ditegah. Jadi, murid lelaki dan wanita perlu diasingkan.

Bagaimanapun, menurut guru sekolah Uhud, kelakuannya magak pelik sedikit. Dia seorang pelajar yang pintar tetapi agak kasar seperti lelaki.

Beberapa hari sebelum genap 13 tahun, Uhud dikatakan mengadu kepada ibubapanya yang dia berasa sakit di bahagian abdomen.

Selang beberapa hari kemudian, organ seks lelaki muncul ditempat yang sepatutnya. Keadaan itu menimbulkan keraguan bapa Uhud, Ahmed Hassan Mousa.

Menurut Ahmed, pada mulanya dia tidak tahu langsung tentang perubahan jantina anaknya itu. Hinggalah pada suatu hari, pihak sekolah memanggilnya mengenai keputusan lembaga pengurusan sekolah untuk menukarkan sekolah Uhud daripada sekolah perempuan ke sekolah lelaki. Alasan yang diberikan adalah, Uhud telah menjadi seorang lelaki!

Ahmed yang terkejut dengan berita itu meminta isterinya memeriksa sendiri organ seks anak mereka. Tidak puas hati dengan jawapan isterinya, Ahmed mahu mendapatkan sendiri pengesahan daripada doktor.

Selepas diperiksa dengan teliti, Uhud disahkan sudah menjadi seorang lelaki. Malah doktor juga memberitahu, dalam tempoh masa seminggu, tubuh Uhud akan berubah sepenuhnya menjadi seorang lelaki.

Akibat kejadian yang pelik itu, pihak hospital menyarankan Ahmed supaya melakukan penukaran dokumen-dokumen berkaitan identiti Uhud kerana dokumen lamanya sudah tidak sah lagi ekoran jantinanya sudah berubah.

Setakat yang diketahui, perkara yang berlaku kepada Uhud adalah sesuatu yang jarang berlaku dan berkemungkinan, kes ini membabitkan proses kejadian Khunsa, individu yang mempunyai dua organ seks.

Kini, Uhud telah bertukar nama menjadi Muad dan dia menjalani kehidupan seharian sebagai seorang lelaki.

BACA INI JUGA: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

-Sentiasapanas.com

Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!

Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!

Sejak dahulu lagi, ramai antara ahli silap mata yang terkenal memilih negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sebagai platform untuk mereka memperkembangkan karier.

Krystyn Lambert
Krystyn Lambert.

Selain berjaya menempa nama, mereka juga turut meraih populariti dan menjadi pujaan oleh khalayak di sana. Bagaimanapun, masih ada antara mereka yang masih mampu menempa nama di peringkat antarabangsa walaupun tidak menukar status kerakyatan.

James Randi

James Randi Magic Trick

Terkenal dengan ilusi yang melibatkan cabaran paranormal, James Randi atau nama sebenarnya Randall James Hamilton Zwinge merupakan seorang ahli silap mata yang berasal dari Toronto, Kanada. Walaupun sering dilabelkan sebagai pembongkar isu-isu misteri, namun, Randi lebih gemar jika dia digelar sebagai penyiasat. Sepanjang bergelar ahli silap mata, dia telah menulis beberapa buah buku mengenai bidang tersebut serta sejarah yang berkaitan dengannya.

Siegfried dan Roy

Siegfried and Roy

Duo yang berasal dari German ini memulakan karier mereka sebagai ahli silap mata sejak tahun 1999. Selepas berhijrah ke Amerika Syarikat (AS), Siegfried Fischbacher dan Uwe Ludwig Horn yang cukup terkenal dengan ilusi-ilusi berskala besar mula dikenali menerusi persembahan mereka di Las Vegas. Sepanjang tiga dekad di sana, mereka dikatakan telah mengadakan persembahan di hadapan lebih 25 juta penonton.

Horace Goldin

Horace Goldin

Hyman Elias Goldstein atau lebih dikenali dengan nama pentas Horace Goldin berhijrah dari Vilnus, Lithuania ke Nashville, Tennessee, AS ketika dia berusia 16 tahun. Setelah mendapat kritikan yang teruk daripada pihak media sewaktu memulakan kariernya di sana, dia mengambil keputusan untuk menggunakan pendekataan baharu iaitu silap mata tanpa bicara. Sejak daripada itu, dia dikenali dengan nama samaran “The Whirlwind Illusionist”. Dia meninggal dunia ketika sedang mengadakan persembahan di Wood Green Empire Theatre, London pada tahun 1939.

Harry Houdini

Harry Houdini

Dilahirkan pada 24 Mac 1874, Erik Weisz atau Harry Houdini merupakan seorang ahli silap mata terkenal yang berasal dari Budapest, Hungary. Berhijrah ke AS pada 3 Julai 1878, Harry mula menempa nama sebagai ahli silap mata pada persembahan kecil di muzium dan sarkas. Terkenal dengan beberapa ilusi lagak ngeri yang melibatkan usaha untuk melepaskan diri, Harry turut terlibat dalam beberapa buah filem antaranya The Man From Beyond dan The Houdini Serial. Dia meninggal dunia pada 31 Oktober 1926 akibat penyakit apendiks.

Cyril Takayama

Cyril Takayama

Walaupun menetap di Hollywood, California, Cyril Takayama pernah berhijrah ke Tokyo, Jepun ketika zaman remajanya akibat berselisih faham dengan bapanya. Sesampainya di sana, Cyril diberi kepercayaan selama beberapa tahun untuk membuat persembahan oleh seorang ahli perniagaan berbangsa Jepun. Dia juga gemar memuat naik video-videonya di laman YouTube. Pada tahun 2010, dia muncul di AXN menerusi beberapa siri pertunjukkan silap mata yang disiarkan di seluruh Asia.

Fred Kaps

Fred Kaps

Berasal dari Belanda, Abraham Pieter Adrianus Bongers atau Fred Kaps terkenal dengan ilusi yang diberi nama Dancing & Floating Cork. Ilusi yang melibatkan Fred menarik penyumbat gabus secara ghaib ini sering dipersembahkan di hadapan penonton secara dekat. Tidak seperti ahli silap mata yang lain, nama Fred cukup dikenali di AS, Indonesia dan Britain walaupun dia masih bermaustautin di negara asal.

[Sumber]

Wireless Key Finder, Penyelamat Kunci Anda

Wireless Key Finder, Penyelamat Kunci Anda

Adakah anda salah seorang yang sering kali kehilangan kunci? Dan anda sudah mencarinya di merata tempat seperti di bawah kati, sofa, kabinet mahupun dalam peti sejuk tetapi kunci anda masih tidak ada?

Wireless Key Finder

Anda tidak perlu risau lagi dengan adanya ‘Wireless key finder’. Ia merupakan produk yang sangat bagus bagi anda yang sering tertinggal atau terlupa tempat terakhir anda meletakkan kunci.

Segala masalah terlupa atau kehilangan dapat diselesaikan dengan menggunakan satu butang sahaja!

‘Wireless key finder’ ini datang dengan dua bahagian termasuk receiver (penerima) di mana anda boleh sertakan bersama kunci dan pemancar yang disertakan butang.

Apabila terlupa akan kedudukan terakhir kunci, hanya tekan butang di bahagian transmitter dan ia akan membuatkan ‘receiver’ berkelip lalu menggeluarkan bunyi ‘beep’ bagi memudahkan kunci dijumpai.

Kadar signal sistem wireless pemancar ini sangat luas dan daya signalnya boleh menembusi dinding, pintu dan objek yang agak tebal. Kunci boleh ditemui walaupun berada pada jarak 60 hingga 80 kaki.

Produk ini juga bukan hanya boleh digunakan pada kunci tetapi apa sahaja barang yang penting seperti dompet, telefon bimbit atau beg.

Ia datang bersama empat set yang ditanda dengan warna merah, biru, kuning dan hijau.

Sumber: Waycoolgadgets.com

Mengecas Enam Peranti Anda Sekaligus?

The Six Device Charging Clock Radio

Bagi yang mempunyai lebih daripada satu telefon pintar atau peranti, sudah pasti anda akan mempunyai pelbagai jenis pengecas.

Bagaimana jika kesemua pengecas tersebut disatukan untuk dijadikan ‘ibu’ kepada kesemua jenis peranti, menjimatkan masa bukan?

Kini anda boleh mengecas kesemua peranti pada masa sama menggunakan ‘The Six Device Charging Clock Radio’.

Pengecas jam radio ini membolehkan anda mengecaj hingga enam peranti pada masa sama.

Enam USB pot di belakangnya membolehkan anda mengecaj telefon pintar, tablet atau pelbagai peranti yang menyokong pot USB ini pada satu lokasi.

Terdapat tiga jenis pot berlainan yang disesuaikan mengikut peranti yang secara langsung membolehkan ia disinkronasikan dengan peranti yang sedang dicas. Jadi, anda boleh menonton video atau mendengar muzik sementara peranti sedang dicas.

Saiz peranti ini lebih kecil daripada saiz pembakar roti dan ia mempunyai binaan dalaman yang untuk menyekat kuasa sekiranya terdapat litar pintas yang berlaku selain dilengkapi radio fm, jam LCD dan dwi pembesar suara.

BACA INI JUGA: Wake-Up Vibe, Vibrator Kusus Wanita Bangun Pagi!

Sumber: Hammacher

Friday, April 18, 2014

Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden

Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden

Sumpahan dan sihir dicatatkan sebagai antara budaya pop yang paling tua seusia peradaban manusia, dan tidak diketahui bila ia sebenarnya bermula. Namun, apa yang jelas sumpahan seumpamanya menjadi terkenal dan digunakan secara meluas sejak tamadun Mesir Kuno.

Blind Maiden website
Gambar hiasan.

Seiring dengan kemajuan zaman moden hari ini, tidak mustahil untuk kita simpulkan betapa sumpahan dan paranormal umumnya juga mengambil pusingan yang sehala dengan teknologi.

Anda juga tentu pernah menonton sekurang-kurangnya salah satu dari puluhan judul-judul filem seperti The Ring, Pulse, One Missed Call atau FEAR.COM.

Jika dilihat dari judul-judul filem tadi, jelas betapa sumpahan paranormal dipengaruhi perkembangan teknologi, bermula dengan pita VHS dan telefon rumah, kemudian telefon bimbit sehinggalah internet.

Walaupun para pembikin filem seram Jepun lebih kehadapan dalam idea rekaan seumpamanya, namun satu laman web dari Sepanyol dikatakan benar-benar akan menghantui pengunjungnya dengan sumpahan yang menyeramkan.

Laman Web Berhantu

'www.blindmaiden.com' atau dirujuk sebagai Blind Maiden adalah sebuah laman web yang kononnya sangat jarang, malah tidak dapat dilayari melainkan pelawat menepati segala syarat-syarat dibawah terlebih dahulu;
  1. Pengunjung perlu duduk bersendirian, lebih tepat lagi, tiada orang lain berada di rumah.
  2. Waktu untuk melayari laman web tersebut hendaklah tepat pada jam 12 tengah malam.
  3. Pada malam yang tidak ada bulan.
  4. Semua lampu perlu dipadamkan terlebih dahulu.
  5. Tidak boleh ada sebarang barang yang berunsur keagamaan berhampiran komputer.

Menurut dakwaan sesetengah pihak, alamat sebenar laman web itu bukanlah 'www.blindmaiden.com' seperti digembar-gemburkan, sebaliknya adalah 'www.blaindmadelaine.com'. Pengunjung juga dikatakan hanya boleh dilayari pada hari khamis (malam Jumaat).

Menurut dakwaan sesetengah pihak, perkara pertama yang akan muncul adalah himpunan imej-imej yang menggangu fikiran. Imej-imej yang kononnya sangat teruk dan jarang dilihat sehinggakan amat sukar untuk dijelaskan.

Gambar-gambar tersebut berupa individu-individu yang tidak mempunyai mata. Individu yang berada dalam bilik seksaan, serta gambaran wajah lelaki dan wanita yang dipulas dalam keadaan mengerikan!

Dengan setiap wajah-wajah yang muncul tadi digambarkan seolah-olah sedang menjerit! Gambar-gambar tersebut dipaparkan dengan pantas, muncul di skrin satu persatu tanpa sebarang penjelasan.

Selepas disambut dengan imej-imej tadi beberapa ketika, akan muncul soalan di skrin komputer pengunjung yang berbunyi;

"Adakah anda berminat untuk merasai pengalaman seram yang sebenar?"

Dibawah soalan tersebut akan tertera dua butang, "Terima" atau "Tolak".

Sekiranya pengunjung mengklik butang "Terima", dipercayai nyawa mereka benar-benar sedang dipertaruhkan, klik butang "Tolak" untuk selamat. Ini kerana, ketika pengunjung menerima jemputan tadi, sumpahan telahpun diletakkan pada mereka.

Apa yang akan berlaku kemudiannya tidak dapat dielakkan. Pengunjung akan melihat gambaran satu lembaga di skrin yang akan berjalan mendekati rumah mereka sendiri.

Kemudian, pengunjung akan melihat lembaga tadi memasuki rumah mereka, berjalan menuju ke bilik pengunjung sehingga pengunjung boleh melihat belakang mereka sendiri terpamer pada skrin!

Pada ketika itu, pengunjung akan merasakan kehadiran lembaga tersebut dan akan merasakan bahu mereka ditepuk!

Perkara terakhir yang akan dilihat oleh pengunjung yang telah disumpah adalah wajah Blind Maiden, merenung mereka dengan mata yang dahsyat!

Blind Maiden dikatakan akan merobek mata pengunjung dan rakaman wajah mereka pada ketika itu akan diabadikan sebagai sebahagian daripada gambar menakutkan di laman web tersebut.

Persoalannya, adakah laman web ini benar-benar wujud atau sekadar cerita rekaan yang dibawa dari mulut ke mulut?

Legenda urban mengenai Blind Maiden mungkin kurang dikenali, namun di negara kelahirannya, Sepanyol, cerita mengenai laman web tersebut sangat terkenal, malah ada pihak mengesahkan ianya memang pernah wujud beberapa tahun lalu.

Menurut dakwaan seorang lelaki Sepanyol yang mendakwa pernah berjaya mengakses laman web itu pada suatu hari;

"Maiden Blind atau Blind Maiden atau La Doncella Ciega. Panggillah apa saja yang anda suka, legenda urban ini memang benar-benar wujud, malah saya sendiri hampir menderita akibat bermain dengan laman yang dahsyat ini.

"Ceritanya adalah mengenai satu laman web yang hanya boleh diakses ketika anda benar-benar bersendirian, semua lampu dipadamkan dan tepat tengah malam.

Selepas itu, apa saja yang anda lakukan, jangan sekali-kali berani untuk mengklik bila anda diminta untuk "Terima Cabaran". Sebab, jika anda menerimanya, anda akan mati dalam tempoh hanya beberapa minit!

"Saya tidak memperdulikan nasihat itu dan pada ketika saya mengklik butang "Terima", apa yang saya lihat di skrin benar-benar terjadi. Saya melihat satu lembaga berjalan ke arah yang kelihatan seperti rumah saya sendiri dan saya melihat dia mendekti tempat saya berada.

"Disebabkan terlalu takut, seluruh badan saya menjadi kaku. Kemudian dia menghampiri pintu dan menolak daun pintu. Apabila saya memusingkan badan, saya melihat pintu sudah terbuka, lantas saya melihat satu wajah yang tak dapat saya jelaskan melainkan yang benda itu tidak mempunyai mata!

"Dia mendekati saya sambil berbisik dalam bahasa yang saya tidak fahami. Apa yang tidak boleh saya lupakan adalah ekspresi wajahnya yang sangat ganas. Saya bangun dan lari dengan segala kudrat namun kaki saya tergelincir waktu itu menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk pada bucu meja.

"Saya pengsan dan tidak sedarkan diri. Saya bernasib baik kerana terselamat walaupun mungkin disangkakan sudah mati ketika pengsan.

"Selepas itu saya tidak pernah lagi bermain-main dengan perkara yang berkaitan dengan paranormal apatah lagi memandang rendah keupayaannya."

Walaupun dengan adanya dakwaan seperti itu tadi, sebenarnya ada lebih banyak dakwaan berbanding fakta sebenar. Malah, sebenarnya tidaklah seseram seperti yang diuar-uarkan.

Memang diakui laman web ini pernah wujud namun, menurut dua orang programmer Uruguay dari SONRIS, tidak ada apa-apa yang paranormal pun mengenai laman web tersebut.

Setiap laman web boleh dikonfigurasikan untuk hanya boleh diakses pada waktu-waktu tertentu dengan menghubungi pembekal domain tersebut.

Atau pemilik laman web tersebut sendiri menetapkan laman web miliknya hanya boleh diakses pada waktu tengah malam melalui panel kawalan.

Visual dan audio yang digunakan dalam web tersebut adalah dalam format video flash. Malah imej dalam montaj dikatakan boleh ditemui melalui carian Google dengan hanya menaip perkataan yang ada kena mengena dengan "Paranormal".

Dan lagi, imej yang digunakan pada laman utama web tersebut sebenarnya diambil daripada filem The Grudge. Tambahan pula dengan bunyi jeritan yang muncul bersama montaj adalah efek bunyi yang cukup dikenali dikalangan pengeluar-pengeluar filem.

Akhir sekali, virus trojan boleh memberi akses kepada webcam anda sekaligus menjelaskan dakwaan sesetengah pengunjung yang melihat diri mereka sendiri pada skrin.

Tambahan lagi ramai yang mendakwa mereka mendapat amaran virus ketika cuba untuk klik pada butang "Terima".

Apa yang kami tahu, laman web ini sudah ditutup sejak beberapa tahun lepas dan kini kekal menjadi Urban Legend untuk menakut-nakutkan pengguna internet.

Pun begitu, kalau masih ada yang terakses web tersebut secara tak sengaja di suatu malam Jumaat dan kawan-kawan serumah anda balik kampung (manalah tahu kan). Jangan sekali-kali berani klik butang "Terima"!

Yelah, nanti komputer kena virus kan! Heh..

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'

-Sentiasapanas.com

Pulau Diego Garcia, Rakyatnya Dihalau AS dan British!

Pulau Diego Garcia, Rakyatnya Dihalau AS dan British!

Bermula tahun 1967, setiap orang Chagos yang meninggalkan Pulau Diego Garcia untuk rawatan perubatan atau bercuti di Mauritius, tidak lagi dibenarkan pulang ke tanah air mereka.

Diego Garcia US Army Base

Tanpa ditemani keluarga atau harta benda, penduduk asal pulau yang terletak di jantung Lautan Hindi itu terpaksa merempat di penempatan setinggan Mauritius. Sehingga tahun 1973, hampir 1,200 orang Chagos dipindah secara paksaan ke Mauritius dan Seychelles.

Keluarga Jeannette Alexis antara penduduk Diego Garcia terakhir dipindahkan. Imbas Alexis: "Ayah memberitahu bahawa kami mesti meninggalkan pulau ini (Diego Garcia) kerana orang Amerika akan berpindah masuk dan ia tidak lagi selamat untuk kami sekeluarga."

Sudahlah mereka dihalau, haiwan peliharaan mereka terutama anjing dibunuh tentera British menggunakan gas dan kemudiannya dibakar.

"Anda boleh bayangkan tekanan yang mereka letakkan ke atas kami. Saya menangis dan berpaut pada kaki ibu dan walaupun masih kecil ketika itu, saya sedar bahawa kami telah meninggalkan sesuatu yang berharga dan ia merupakan rumah kami," luah Alexis.

Marcel Moulinie, pengurus sebuah ladang kelapa di pulau berkeluasan 44 kilometer (km) persegi itu menceritakan, dia diarahkan kerajaan British untuk memindahkan semua penduduk keluar.

"Apabila tiba waktu berpindah, mereka tidak dibenarkan membawa apa-apa selain beg berisi baju. Kapal kargo pemindahan yang digunakan pula kecil dan mereka terpaksa berhimpit selama lima jam," dedah Moulinie.

Penduduk Diego Garcia memberitahu bahawa mereka meninggalkan syurga dan dicampak ke neraka apabila tiba di Pelabuhan Louis, Mauritius. Berbekalkan kepakaran menangkap ikan dan berkebun, tanpa kemahiran profesional, mereka berdepan kesulitan mengadaptasi kehidupan di bandar serba lengkap itu.

Tambah menyayat hati, selepas ditinggalkan tanpa wang, pekerjaan yang dijanjikan dan rumah baharu, orang Chagos terpaksa berdikari hidup dalam buangan di tanah asing.

Selepas tiga dekad, tiada siapa mengetahui kisah kesengsaraan orang Chagos sehingga seorang penduduk asalnya, Olivier Bancoult, presiden bagi Persatuan Pelarian Chagos mendakwa kerajaan Britain di mahkamah.

Amarah Bancoult tidak terbendung setiap kali mengenang penderitaan yang dilalui bangsanya. Tiga abang Bancoult mati sebagai pemabuk akibat berputus asa dengan kesempitan hidup kritikal manakala adik perempuannya membunuh diri kerana terlalu merindui Diego Garcia.

Diego Garcia International Airport
Lapangan terbang Diego Garcia memainkan peranan 
penting ketika serangan ke atas Iraq dan Afghanistan.

"Ia menyiat-nyiat perasaan saya dan sebab itu saya tidak akan berputus asa. Semua ini terjadi kerana AS dan British membuat hidup kami merana," luah Bancoult menerusi laporan rangkaian televisyen dan radio Amerika Syarikat (AS), CBS News pada Jun 2003.

Kelapa

Kontroversi membabitkan hak untuk pulang penduduk asal Diego Garcia dengan kerajaan Britain dan AS mendapat perhatian dunia. Namun ia tidak diperjuangkan secara besar-besaran ekoran bilangan kecil rakyatnya yang kini meningkat kepada 5,000 orang.

Mengupas punca perpindahan paksaan itu, penulis buku Island of Shame: The Secret History of The U.S. Military on Diego Garcia, David Vine seperti yang dipetik daripada Global Research pada tahun 2009 mendedahkan, orang Chagos dipindahkan kerana populasi mereka yang kecil dan bukan tergolong dalam orang kulit putih.

Pihak AS juga cuba menyebarkan cerita palsu dengan mengatakan orang Chagos hanyalah pekerja kontrak sementara yang mendiami Diego Garcia untuk jangka masa singkat. Sementelah, mereka telah hidup di pulau itu sejak Revolusi Amerika iaitu hampir 200 tahun.

Jelas Vine yang juga profesor antropologi di Universiti Amerika, Washington DC, orang Chagos diimport dari Afrika, India dan sekitar Kepulauan Melayu bagi bekerja di ladang kelapa dan kopra (kelapa kering) di pulau itu.

Nenek moyang

Diego Garcia yang merupakan salah satu daripada 52 pulau dalam Kepulauan Chagos pada asalnya bukanlah penempatan manusia. Ia ditemui pelayar Portugis, Vasco de Gama sekitar 1500-an tetapi tidak diiktiraf di dalam peta dunia.

Pada abad ke-18 (1700-1800), Perancis meletakkan Diego Garcia di bawah jajahan Mauritius. Hamba-hamba yang dibawa masuk ke pulau itu untuk sektor agrikultur kemudiannya menjadi majoriti penduduk dan merupakan nenek moyang keturunan Chagos hari ini.

Diego Garcia US Army Base [2]
Pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat dan Britain 
bagi meluaskan dominasi di Asia Barat.

British kemudian menawan Mauritius ketika Perang Napolean dan mendapat milikan ke atas Diego Garcia menerusi Perjanjian Paris. Tidak lama kemudian, pada tahun 1883, sistem perhambaan dihapuskan dalam sistem empayar British membolehkan orang Chagos membina peradaban sendiri.

Sehingga tahun 1971, pendapatan utama penduduk pulau itu diperoleh hasil perdagangan minyak kelapa. Ia merupakan sektor perladangan yang menguntungkan kerana minyak kelapa itu dijadikan minyak mesin yang berkualiti dan digunakan dalam lampu-lampu di Eropah.

Setahun selepas penubuhan Jajahan Lautan Hindi British (BIOT) pada tahun 1965, satu perjanjian rasmi telah ditandatangani antara United Kingdom (UK) dan AS bagi menjadikan Diego Garcia sebagai pangkalan tentera bersama.

Bagi menguatkuasakan perjanjian itu, Britain memisahkan Kepulauan Chagos daripada jajahan Mauritius, biarpun tindakan mereka menyalahi undang-undang penyahjajahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berdasarkan perjanjian itu, Diego Garcia dipajak kepada AS sebagai pertukaran pemansuhan hutang membeli peralatan ketenteraan bernilai AS$14 juta (RM45 juta).

Laman web Infoplease menyatakan, Diego Garcia terletak di luar rangkaian siklon (angin puting beliung) menjadikan ia pangkalan tentera efektif ketika Perang Dingin dan bagi memerhati pergerakan Kesatuan Soviet. Fungsinya sebagai pangkalan hadapan juga diiktiraf ketika Perang Teluk 1991.

"Menerusi Diego Garcia, AS boleh meluaskan kuasanya di sepanjang Asia Barat, Afrika Timur, India, Australia dan Indonesia," jelas Vine yang menyatakan AS kini memiliki kira-kira 1,000 buah pangkalan termasuk 287 di Jerman, 130 di Jepun dan 57 di Itali.

Diego Garcia juga dilengkapi pesawat pengebom terbesar AS termasuk Air Force B-52, B-1B dan B-2. Buktinya pada 17 Disember 1998, hampir 100 peluru berpandu kruis jarak jauh dilancarkan ke Iraq di bawah Operasi Desert Fox.

Pada 7 Oktober 2001 pula, AS sekali lagi menggunakan Diego Garcia sebagai pelancar pesawat pengebom B-52 dan B-2 bagi menyerang Afghanistan. Biarpun terletak lebih 4,828km dari selatan Iraq, ia tidak mengundang sebarang masalah logistik kepada AS. Malah Tentera Udara AS pernah mendedahkan bahawa B-52 mereka boleh menjangkau jarak melebihi 14,162km.

Seperti yang dinyatakan pada laman web rasmi Fasiliti Sokongan Tentera Laut Diego Garcia, kedudukan terpencil pulau itu membolehkan ia menjadi hab kunci bagi mengesan satelit dan bertindak sebagai salah satu daripada lima stesen pengawasan Penentu Kedudukan Global (GPS). Ia turut dilengkapi sistem Pengawasan Angkasa Optikal Elektro Darat bagi mengesan objek di ruang udara.

Dokumen rahsia

Berbalik kepada tuntutan hak kembali ke Diego Garcia oleh orang Chagos, pada tahun 2000, Bancoult bersama peguamnya, Richard Gifford berjaya menemui dokumen-dokumen rahsia yang telah diubah status berhubung penjelasan perjanjian antara AS dan Britain berkenaan pembinaan pangkalan tentera Diego Garcia.

Pendedahan daripada pihak Bancoult membawa kejayaan bermakna. Mahkamah Tinggi Britain memutuskan bahawa memindahkan penduduk asal Diego Garcia sebagai satu kegiatan haram.

"Orang Chagos tidak pernah menolak pangkalan AS di Diego Garcia tetapi mereka berkecil hati kerana dinafikan peluang pekerjaan di sana," ujar Gifford.

Chagossians-protest-Diego-Garcia
Penduduk asal merupakan petani dan nelayan.

Bagi mengekang kemaraan orang Chagos, kerajaan Britain mengeluarkan Titah Berkenan pada tahun 2004 bagi mengharamkan penduduk asal untuk kembali. Prerogatif diraja tradisional itu membolehkan Britain menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2000.

Namun pada Mei 2006, Mahkamah Tinggi di London memutuskan bahawa orang Chagos mungkin boleh pulang ke pulau lain di dalam Kepulauan Chagos dan menyifatkan tindakan kerajaan Britain sebagai menyalahi undang-undang dan melanggar standard moral.

Menurut laporan Huffington Post, meskipun tiga mahkamah rendah di Britain berpihak kepada orang Chagos, keputusan Mahkamah Tinggi dengan margin 3-2 berpihak kepada kerajaan Britain meranapkan impian penduduk asal Diego Garcia. Tahun lalu, Mahkamah Hak Kemanusiaan Eropah juga menolak rayuan akhir orang Chagos.

"Ia adalah pangkalan penting, saya setuju tetapi pada masa yang sama, mereka perlu sedar bahawa manusia juga penting," luah Alexis.

[Sumber]

Obesiti, Padah Ingkar Ajaran Agama?

Obesiti, Padah Ingkar Ajaran Agama?

Obes merujuk kepada seseorang yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 30 kg/m. Ukuran BMI ini diperoleh daripada berat badan (kg) dan ketinggian (m) seseorang.

Obesiti

Statistik terbaru yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta manusia di dunia hari ini dikategorikan sebagai obes.

Di Malaysia, sebanyak 15.1 peratus rakyatnya mengalami kegemukan. Ini menjadikan Malaysia menjuarai tempat pertama di kalangan negara ASEAN dan berada pada kedudukan nombor enam di Asia yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.

Carta itu sekaligus mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap 'negara gemuk'. Demikian laporan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan.

Menurut kajian itu, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai gemuk dan hampir setengah juta di bawah 18 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.

Trend ini semakin membimbangkan kerana obesiti boleh menyebabkan banyak penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung dan kanser.

Pakar pemakanan sedunia berpendapat bahawa tabiat makan secara berlebihan, terutamanya makanan yang tinggi kandungan gula, kalori dan lemak merupakan salah satu punca utama kepada masalah kegemukan.

Sebelum perkara ini diperakui oleh para ilmuwan moden, Al-Qur'an telah pun menjelaskan kepentingan dalam soal makan dan minum sejak 1,400 tahun dahulu lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan." Surah Al-Araf, ayat 31.

Allah telah menghimpunkan seluruh prinsip perubatan dalam ayat diatas. Antara peringatan paling jelas -- manusia terutamanya umat Islam diberi petunjuk supaya jangan makan berlebihan atau melampaui batas.

Ini kerana amalan buruk sedemikian boleh menyebabkan masalah obesiti dan peningkatan risiko kematian awal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhkan sebuah bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Memadailah anak Adam itu memakan beberapa suapan yang dapat mengisi perutnya. Sekiranya tidak boleh tidak, hendaklah satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya." Hadis sahih riwayat Ahmad & A--Tirmizi.

Berdasarkan ayat diatas, Nabi turut menasihati umat Islam agar menjaga pemakanan seharian. Jangan gelojoh dan menelan apa saja apabila menjamah makanan. Makan ikut nafsu sehingga terlalu kenyang akan membawa banyak penyakit seperti badan menjadi lemah, mengantuk dan malas untuk beribadah.

Meskipun Nabi bukanlah pakar dietetik, namun ahli perubatan moden telah membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah SAW tersebut.

Dr. Henry Bieler yang pernah mengkaji kesan pemakanan terhadap tubuh badan manusia selama 50 tahun telah menulis penemuan baru dalam bukunya, Food is your best Medicine.

Beliau mendedahkan bagaimana makanan yang dimakan memberikan kesan positif kepada proses penyembuhan. Dia mendakwa bahawa punca utama penyakit bukan disebabkan kuman seperti mana dijelaskan dalam teori kuman.

Pakar perubatan terkenal Amerika ini memberitahu punca utama penyakit adalah 'Toxemia' atau racun daripada pemakanan yang tidak betul, gaya hidup tidak sihat dan tekanan. Kenyataan ini dianggap amat berani pada masa itu.

Menurut pandangan sains, makan berlebihan atau makan sebelum makanan terhadam sempurna boleh membebani sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan terbeban dengan makanan yang terlalu banyak, organ itu akan mengalami keradangan seterusnya menghasilkan banyak bakteria berbahaya di dalam perut.

Obesiti [2]

Perkara yang sangat membimbangkan, bakteria tersebut boleh menjangkiti salur darah, sistem pernafasan, pundi kencing dan buah pinggang.

Oleh itu, cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengikuti bimbingan dari Allah. Mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat.

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam mempraktikkan ayat Al-Qur'an yang diturunkan Allah. Baginda tidak pernah melampaui batas dalam bab makan dan minum. Malah, makanan kegemaran Rasulullah SAW cukup ringkas, kurma, buah zaitun dan air kosong sahaja.

Ini menunjukkan Rasulullah benar-benar menjaga kesihatan diri. Maka tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW memiliki bentuk fizikal yang tegap, tidak gemuk dan tidak kurus.

Antara diet lain yang diamalkan Rasulullah SAW adalah berpuasa. Baginda menganjurkan kepada kita supaya banyak berpuasa.

Amalan itu bukan sahaja dapat mendkatkan kita kepada Allah, malah ubat paling berkesan dalam menangani masalah obesiti.

BACA INI JUGA: Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

-Sentiasapanas.com