Friday, May 31, 2013

Nurul-Izzah Di Halang Memasuki Sabah Sempena Tadau Kaamatan Satu Tragedi

Nurul-Izzah Di Halang Memasuki Sabah Sempena Tadau Kaamatan Satu Tragedi

Penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai adalah “bencana” dan “kesilapan besar”, kata ahli Parlimen (MP) Umno Datuk Bung Mokhtar Radin malam tadi.


MP Penampang Darell Leiking dari PKR juga mengkritik halangan masuk MP Lembah Pantai itu ke Sabah, mengatakan ia telah mencemarkan “reputasi negeri sebagai tuan rumah”.

“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

“Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka,” tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Darell mengatakan Nurul Izzah datang ke Sabah untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai atas kapasiti peribadinya.

“Mengapa rakyat Malaysia yang mahu menyambut perayaan bersama rakyat Malaysia lain terutamanya Kadazan dari Sabah dan di Sabah, sekarang menjadi sebab untuk halangan masuk?” kata Darell dalam satu kenyataan malam tadi.

Darell mengatakan kerajaan negeri Sabah mempunyai hak untuk menghalang sesiapa untuk masuk akan tetapi hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan.

“Saya cabar ketua menteri dan semua anggota Kabinet negeri untuk menjelaskan kepada semua rakyat Sabah dan Malaysia mengapa ini semua berlaku,” katanya.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas.

[Sumber]

Tahukah Anda Jalan Raya Paling Lebar Di Dunia?

Tahukah Anda Jalan Raya Paling Lebar Di Dunia?

Tahukah Anda? Avenida 9 de Julio, dalam bahasa tempatan terletak di pusat bandar Buenos Aires, Argentina. Bukan hanya jalan raya biasa, ada 9 jalur lebar, dengan sebuah taman antara laluan lalu lintas yang saling bertentangan. Ini adalah jalan raya terluas di dunia.


Hanya mereka dengan kelajuan yang lebih dan kaki panjang akan beruntung sampai ke seberang jalan sebelum lampu lalu lintas di persimpangan berubah warna.

Seorang pejalan kaki yang menyeberang jalan ini biasanya memerlukan beberapa minit dan putaran lalu lintas 2-3 pergantian lampu merah. 9 de Julio Avenue hanya sepanjang 1 km tetapi lebarnya 110 meter!

Lebar jalan yang luar biasa ini merangkumi blok seluruh bandar, jarak antara dua jalan dalam pola tempat-tempat yang digunakan di Buenos Aires. Jalan raya ini mempunyai sehingga tujuh jalur di setiap arah dan diapit di kedua sisinya oleh jalan-jalan selari dari dua jalur masing-masing.

Arus lalu lintas di jalan ini jauh di kedua-dua arah dan menyambung bahagian-bahagian yang unik dari metropolis. Beberapa landmark utama Buenos Aires 'dapat dilihat di sepanjang jalan; yang paling menonjol, Obelisk, yang berada di tengah-tengah 9 de Julio, Kedutaan Besar Perancis, patung Don Quixote, Colon Teatro dan bangunan bekas Menteri Komunikasi - bangunan yang berada di jalan itu sendiri di persimpangan jalan dengan Moreno.

Jalan ini pertama kali dirancang pada 1888, dengan nama Ayohuma, tetapi projek pembinaan jalan ini  ditentang oleh pemilik tanah yang akan terjejas apabila berlaku pengusiran, memaksa projek ini diteruskan sehingga tahun 1935.

Malah, kerajaan Perancis enggan menyerahkan bangunan kedutaannya untuk dirobohkan, dan penduduk tempatan menentang langkah itu juga, kerana bangunan-bangunan yang terletak disitu dianggap sebagai suatu maha karya seni bina.

Peringkat awal pembinaan telah dirasmikan pada 9 Julai 1937 dan pembinaan utama jalan raya ini selesai pada 1960-an.

Sambungan di bahagian selatan diselesaikan selepas tahun 1980.


Sumber:
http://zamrispoon.blogspot.com/2013/05/nie-dia-negara-yang-punyai-jalan-yang.html

Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit

Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit

Satu kes pelik yang jarang berlaku pada penghujung 2011 yang lalu telah menyebabkan kematian pelajar Bianca Borges Bezerra, (meninggal ketika berusia 21 tahun), dari Belém (Brazil).

Bianca Borges Bezerra [2]

Dia dilaporkan telah beronani dan orgasma secara berterusan selama 12 minit, dan akhirnya mati.

Wanita muda ini dikatakan mempunyai hubungan dengan rakan gadis dari kolej tempat di belajar. Hospital yang menerima kes ini mengesahkan bahawa orgasma berterusan selama 12 minit adalah punca kematian.

"Dia memegang tilam dengan kuat menggunakan kuku beliau, membuka mulutnya dalam bentuk 'O', dan anak mata Bianca berputar-putar seolah-olah longgar dalam matanya," kata kawannya yang hadir dalam tragedi itu.

Rakannya berkata, dia menjadi curiga apabila selepas 10 minit, Bianca terus dalam kedudukan yang sama, mata berputar, mulut terbuka dan menjerit dengan kuat.

"Selepas dua belas minit dia dalam keadaan begitu, dan saya berlari menghubungi ambulans," kata rakan.

Atas permintaan keluarga, polis telah menyiasat kes ini. Dan pegawai penyiasat, seperti dinyatakan didalam jurnal G17 (http://www.g17.com.br) bahawa rakan mangsa boleh disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat, jika dia dibuktikan bertanggungjawab atas kematian rakannya itu.

BACA INI JUGA: Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada Tahun 1752

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada Tahun 1752

Info Misteri. Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ini sentiasa menceritakan banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai.

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada Tahun 1752

Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari.

Kalau dilihat pada kalendar bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, malah terus melompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14. Pelik kan?

Bagi anda yang nak tengok sendiri, boleh la set tarikh tahun dalam komputer anda ke tahun 1752. Tapi yang tak bestnya, pengguna Windows tak boleh tengok kalendar tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows yang boleh tengok.

Kalau komputer anda menggunakan operating system selain daripada Windows, anda memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalendar tu.

Menurut cerita, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari, 3 September hingga 13 September.

Perkara ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14!

Disebabkan kehilangan 11 hari ini, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pihak pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka.

Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norway pada 1700.

Ada juga yang berpendapat, pada masa itu mereka menggunakan kalendar yang salah atau dalam perkataan lain "kalendar cacat".

Entah laa..

[Sumber][Edited by SP]

Adakah Anda Memiliki Tabiat Pelik Tanpa Di Sedari?

Adakah Anda Memiliki Tabiat Pelik Tanpa Di Sedari?

Pernahkah anda terfikir kadang-kadang ada sesetengah benda yang kita lakukan sebenarnya pelik, atau dalam kata yang lebih mudah difahami iaitu tabiat aneh.


Tabiat merujuk kepada tingkah laku manusia. Tabiat aneh bermaksud kelakuan pelik dilakukan seseorang yang sama sekali menyimpang daripada kehidupan normal dan selalunya ia membabitkan perlakuan luar biasa. Manusia sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi penampilan, tingkah laku dan tabiat. Jadi apakah tabiat pelik manusia sering lakukan yang mungkin anda sendiri tidak sedar?

Penulis pasti setiap seorang daripada kita mempunyai tabiat pelik tersendiri. Sama ada sedar atau tidak, ia wujud dalam kehidupan seharian. Tapi kebiasaannya, sesiapa yang mempunyai tabiat aneh tidak akan sedar apabila dia sedang lakukan sesuatu perkara itu. Namun ada juga yang sedar apabila membabitkan tingkah laku di hadapan orang ramai.

Contoh aneh-aneh

Jika anda sedar, ada individu dalam kalangan kita bersangkut-paut dengan tabiat aneh. Ada sebilangan yang mementingkan kebersihan secara terlampau. Contohnya, setiap kali sebelum duduk, dia pasti akan mengelap kerusi bersungguh-sungguh walaupun keadaan kerusi bukannya kotor. Kalau perihal makan, dia akan pastikan apa yang dimakan sangat bersih hinggakan sebelum makan anggur pun dia sanggup mengelap setiap butir anggur satu persatu dengan tisu.

Selain itu ada juga segelintir manusia yang tidak kisah untuk memakai pakaian yang baru keluar dari tempat pengering. Mungkin disebabkan mereka gemar pakai pakaian lembap atau tidak mempunyai pilihan baju lain, itu persoalannya.

Ada golongan yang gemarkan bau-bauan. Contoh­nya, suka mencium bau buku dan perabot baru dibeli hingga melekat menjadi tabiat sampai ke tua. Lebih luar biasa apabila ada yang tidak boleh mencium bau minuman contohnya susu, susun baju di dalam almari mengikut warna dan parkir kereta di tempat sama setiap hari antara kelakuan pelik yang wujud di sekeliling kita.

Cara tersendiri

Kelakuan ganjil ini secara tidak langsung menjadikan individu itu berperwatakan unik. Lain kisahnya jika tabiat itu membabitkan perkara yang terlarang. Tapi bagi penulis, ia seolah-olah membentuk identiti kita sendiri tanpa sedar.

Mungkin sesetengah perlakuan aneh itu melecehkan dan mungkin juga menyenangkan. Kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat mengenai hal ini dan tak mustahil ia boleh dijadikan bahan gurauan sekiranya membabitkan perkara lucu.

Tak kisah apa juga jenis tabiat, Allah SWT menjadikan kita berbeza untuk melengkapi antara satu sama lain. Setiap individu memiliki keistimewaannya tersendiri sekali gus menjadikan kita berlainan antara satu sama lain.

Tabiat kekal

Setiap manusia ada tabiat unik. Sama ada dari segi perbuatan, percakapan ataupun fizikal seseorang, wujud antaranya. Tidak keterlaluan jika dikatakan tabiat ini ibarat identiti seseorang, Jadinya, tidak mustahil ia akan kekal hingga ke akhir hayat.

Bagaimanapun, kita boleh mengikis tabiat sekiranya nekad untuk melakukannya. Jika anda rasakan tabiat unik anda itu tidak comel? Perlahan-lahan untuk belajar menghilangkannya. Dan jika difikirkan tabiat itu menampakkan anda macho sekali gus, kekalkanlah hingga ke usia tua.

-Hmetro

Unik! Lelaki Dari Hungry Cipta Kereta Dari Kayu

Unik! Lelaki Dari Hungry Cipta Kereta Dari Kayu

Info Unik Dunia. Seorang lelaki dari Hungry, Istvan Puskas, 51 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mereka hampir keseluruhan kereta menggunakan kayu.

Kereta daripada kayu yang direka Istvan Puskas.

Kereta itu direka sejak empat bulan lalu di bengkelnya.

Apa yang menarik, tangki bagi meletak petrol menggunakan satu tong bir lama dan ‘gear box’ turut dicipta menggunakan kayu.

Kereta unik itu menggunakan kuasa enjin Poland Fiat 126 manakala stereng menggunakan kenderaan lama Mercedes Benz.

“Saya suka bekerja dengan kayu dan juga suka melakukan perkara yang mampu menarik minat orang ramai,” kata Puskas.

Cuti musim sejuk yang agak panjang memberi dorongan kepada petani ini mereka dan mencipta kereta.-Hmetro

Ngeri! Gambar Pesakit Kanser Akibat Merokok

Ngeri! Gambar Pesakit Kanser Akibat Merokok

Pasti perokok-perokok tegar dengan entry kali ni kan. Saya cuma nak kongsikan gambar sebagai peringatan kepada sesiapa yang bergelar perokok. Golongan perokok berisiko mendapat kanser mulut

Ngeri!

Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:
  • merokok
  • mengunyah tembakau
  • mengunyah buah pinang (makan sireh) dengan atau tanpa tembakau
  • minum alkohol yang berlebihan
  • terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Ngeri!
Ngeri!

Agak-agak boleh berhenti ke? Kurangkan tentu boleh kan. Mula langkah pertama dengan kurangkan merokok dan seterusnya berhenti terus.

BACA INI JUGA: Motif Tersirat Disebalik Larangan Penggunaan Rokok Elektronik

Sumber: Jokegurl

Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi

Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi

Superman sudah tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan juga yang dewasa, dari kita kecil dah tengok kartun superman dan sehingga kini sudah terdapat banyak movie-movie berkaitan superman seperti Smallville dan juga pelbagai lagi movie superman yang telah di tayangkan di pawagam, dan yang paling terkini akan keluar adalah Man of Steel.

Superman is Jews

Tapi Benarkah disebalik watak superman adalah Yahudi?

Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

Jerry dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Joseph Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis.

Pada tahun 1934, Jerry Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi.

Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet, tetapi Clark bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa.

Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.

Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.

Anehnya, cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu, namun akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar USD$130 sebagai royalti.

Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular. Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar.

Kedua-dua pelukis itu kemudiannya menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit.

Pada tahun 1978, syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman. Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta.

Sehingga kini, berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Jerry Siegel dan Joseph Shuster mati papa kedana!

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.

Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.

Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan "perilaku" Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi.

Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab, malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama, membara di Eropah terutamanya di Jerman.

Ketika Adolph Hilter baru sahaja berkuasa, dia melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang - khususnya ekonomi di Eropah.

Pelaksanaan "penyelesaian terakhir" Hitler ialah dengan membunuh Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.

Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Jerry Siegel dan Joseph Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus.

Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut serta pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia.

Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.

Watak Superman yang diilhamkan oleh Jerry Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun.

Dalam komik asalnya, bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu.

Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan "El" dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Jerry Siegel dan Joseph Shuster.

Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep "Superman" (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 - 1900).

Beliaulah yang memperkenalkan "Supermensch" dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi?

Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi.

Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah "alter ego" Yahudi yang berbahaya.

Namun, orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas.

Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

Kita tidak merasa ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.

Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh.

Mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Dalam dunia sastera, mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi "mengasingkan" orang lain.

Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi.

Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS - harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh.

Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan.

Malangnya, pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis 'Superman' wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.

Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Superman
  • Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
  • Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
  • Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 sebagai royalti.
  • Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
  • Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
  • Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
  • Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.


Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Indigenous Technology Alat Untuk Menetaskan Telur

Indigenous Technology Alat Untuk Menetaskan Telur

Anda mungkin biasa melihat pelabagi jenis mesin untuk membantu aktiviti harian terutama berkaitan perniagaan.

Indigenous Technology Alat Untuk Menetaskan Telur
Mesin inkubator ciptaan Zull Design Autotronic.

Satu daripada mesin yang dikategorikan dalam membantu urusan harian atau indigenous technology ialah inkubator iaitu alat untuk menetaskan telur.

Bagi penternak ayam, itik mahupun burung puyuh mesin penetasan telur mungkin adalah suatu keperluan.

Bagi penternak, proses penetasan mungkin akan mengambil masa yang lama dan rumit.

Oleh itu, diharap dengan adanya alternatif lain dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

Siri Inovasi Utusan kali ini menampilkan mesin penetasan telur.

Mesin berkenaan dihasilkan mengikut keperluan dan permintaan pelanggan terutama mereka yang terlibat dengan industri penternakan ayam atau itik.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai wawasan untuk membantu syarikat industri kecil dan sederhana (IKS), Syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) , sentiasa mencari jalan bagaimana menghasilkan mesin yang boleh membantu kumpulan sasar.

Mesin yang dihasilkan biasanya dinilai daripada segi kemampuan pengguna memilikinya dan sejauhmana membantu dalam aktiviti ekonomi mereka.

Oleh yang demikian, ZDA menerima tempahan untuk membuat mesin penetasan mengikut kapasiti dan kemampuan penternak dengan harga yang berpatutan.

Mesin tersebut dapat menetaskan telur sebanyak 100 biji dalam satu-satu masa dan diharap dapat mengurangkan masalah yang dihadapi pelanggan.

Mesin ini diperbuat daripada kayu dan tahan panas serta mudah untuk diangkat.

Kakitangan ZDA akan memberi tunjuk ajar kepada pembeli dan khidmat nasihat dalam menggunakan mesin tersebut.

Harga bagi sesuatu mesin tersebut bergantung kepada kemampuan pelanggan, saiz yang diperlukan dan spesifikasi lain yang mereka perlukan.

Proses menghasilkan mesin tersebut memerlukan perbincangan yang lebih teliti dan kerjasama daripada pihak pelanggan itu sendiri. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya masalah yang akan berlaku kelak.

Konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan tempahan pelanggan . Oleh itu syarikat ini tidak mempunyai mesin yang sedia ada dan bergantung kepada pengguna.

Pendekatan tersebut lebih sesuai dan dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri.

Selain itu, harga mesin ZDA tidak membebankan pengguna dan mudah memperoleh alat ganti jika berlaku sebarang masalah.

Mesin yang dihasilkan juga kadangkala pernah berada di pasaran yang dihasilkan pihak lain atau individu tertentu tetapi ZDA mengambil inisiatif menghasilkan mesin atas hasrat membantu IKS beroperasi dengan kos yang lebih rendah dan memuaskan hati.

Oleh itu tidak timbul soal ingin bersiang pelanggan atau mendominasi pasaran mesin sebaliknya, selain tujuan perniagaan , mesin yang dihasilkan boleh dianggap mempromosi bidang inovasi kalangan rakyat.

-Utusan

Thursday, May 30, 2013

Kakak Bengang Sikap Bodoh Sharifah Sakinah

Kakak Bengang Sikap Bodoh Sharifah Sakinah

Umum pun tahu adik kepada Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah kebelakangan ini kerap memuat naik video kontroversi di laman Keeknya.


Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun Keek Anzalna Nasir.

(Baca: Panas! Sharifah Sakinah Tak Pakai Seluar Dalam?)

Walaupun dikecam hebat, Sakinah terus merakam dan memuat naik video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini.

Terbaru, Sakinah telah berkongsi satu lagi video kontroversi yang menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Menerusi video tersebut, OHBULAN! dapati adik kepada Sharifah Shahira ini memang sengaja melakukan perkara itu namun tidak dapat dipastikan apakah niat sebenarnya.

Dan petang semalam, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.


Dari apa yang ditulis, kami anggarkan Shiera menganggap video-video yang dibuat oleh adiknya itu adalah kurang bijak dan tidak elok.


Melalui Twitter Shiera juga, dia menulis yang dia pernah bercakap dengan Sakinah mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing oleh Sakinah.


Sebelum ni Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi mungkin kali ini Shiera lihat perangai adiknya itu sudah keterlaluan.


Bagus jugalah ada kakak macam Shiera ni, bukan jenis yang nak menangkan keluarga sendiri walaupun tahu sesetengah perkara tu tak elok dibuat, betul tak?

Sumber: Ohbulan