Thursday, May 30, 2013

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?" Murid-muridnya menjawab, 'Ya..'

Hati Yang Mati

Guru yang bijak ini melanjutkan, "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk.

Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda, "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.

Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah.

Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati.

Beliau berkata, "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

BACA INI JUGA: Bagaimana Sebenarnya Menilai Orang Itu Baik Atau Tidak?

Sumber: utusan

Jauhi S*ks Selama 3 Bulan Rahsia Carl Froch Menang Gelaran Tinju WBA

Jauhi S*ks Selama 3 Bulan Rahsia Carl Froch Menang Gelaran Tinju WBA

Juara tinju Carl Froch telah mendedahkan sebab utama di sebalik kemenangan mengagumkan beliau keatas Mikkel Kessler pada malam Sabtu - larangan seks TIGA BULAN!


Berusia 35 tahun dan teman wanitanya Rachael Cordingley, walau bagaimanapun mereka tidur di katil berasingan di sepanjang masa latihannya.

Tetapi selepas menewaskan lawannya dari Denmark dengan kiraan mata pada hari Sabtu, peninju Britain itu mengakui terdapat "percikan bunga api di dalam bilik tidur".


Dalam temu bual pertama pasangan itu bersama-sama sejak Carl mengalahkan Kessler untuk merebut talipinggang WBA super-middleweight, dia berkata: "Ia perasaan yang hebat untuk melakukan sekali lagi apa yang pasangan normal biasa lakukan.

"Rachael sangat cantik - Saya sangat tertarik kepadanya.

"Tidak dapat berjumpa Rachael adalah sangat sukar, tetapi ia adalah salah satu daripada pengorbanan yang saya terpaksa lakukan.

"Apabila ia akhirnya berlaku, rasanya seperti kali pertama terjadi - seperti jatuh cinta sekali lagi.

"Rachael membuat kejutan dengan memasakkan saya makan malam ayam dan beras dan sebotol champagne. Kami meraikan kejayaan saya dan untuk masa depan keluarga kami.

"Air mata berlinangan di mata Rachael apabila saya berkata, 'Terima kasih kerana menyokong - sekarang akhirnya awak mendapat saya kembali.

"Kami melalui sepanjang malam dengan wap panas dipenuhi  semangat yang telah terbina selama tiga bulan lalu.

"Jadi sudah tentu ada "bunga api" dalam bilik tidur.

"Satu malam yang dipenuhi keghairahan merupakan kemenangan ke atas mana-mana perjuangan sebelum ini".

Rachael, 26, mendedahkan dia mendapati ia lebih sukar daripada Carl untuk berpegang kepada perjanjian "tiada-seks" mereka.

Beliau berkata: "Carl ada pekerjaan yang perlu dilakukan, tetapi saya pula mendapati ia sangat sukar.

"Saya gembira kini semua kembali normal. Kami mempunyai beberapa perkara yang menyeronokkan. Dia seperti Spartacus moden - seorang lelaki sejati".

Carl menyokong pendapat Rachael bahawa dia mempunyai perkara yang lebih mudah, memandangkan beliau perlu bersedia untuk perlawanan menentang Kessler di London O2 dengan latihan selama empat jam sehari, lima kali seminggu.

Beliau berkata: "Saya berlatih keras, semua tenaga saya diambil dalam sesi latihan.

"Seperti juga Rachael, apabila saya pulang ke rumah, perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah membakar lebih tenaga dalam bilik tidur.

"Tetapi selepas pengharaman itu, ia sangat luar biasa. Anda melalui tempoh bertenang sambil mengharapkan keputusan yang lebih baik. "

Carl menambah, perbandingan pantang sebagaimana juga kuda dilatih: "Mereka tidak membenarkan pasangan lelaki melakukan seks sebelum pertandingan besar kerana ia mengurangkan keupayaan ketika memacu kuda.

"Ia adalah sama dengan manusia. Jika seorang lelaki menahan diri, dia menyimpan kekuatannya.

"Saya rasa lebih kuat dan cergas apabila saya menahan diri kerana badan saya mengandungi lebih testosteron. Wanita melemahkan kaki. Saya mendapati kaki saya lebih kuat apabila saya menahan diri. Kadang-kadang dua minggu cukup lama untuk memberikan saya kekuatan -. Anda boleh lakukannya". -TheSun

-SP

Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon

Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon

Info Ngeri. Gara-gara ingin cantik, seorang wanita menanggung kecacatan seumur hidup. Selain tangan, kaki dan punggungnya terpaksa dipotong, dia juga hampir menemui ajal.

Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon - Apryl Michelle Brown

Itu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh Apryl Michelle Brown yang menggunakan bahan silikon yang diperolehi secara haram untuk disuntik ke punggungnya, hanya kerana dia ingin mempunyai punggung pejal seperti Jennifer Lopez.

Tanpa disedarinya, bahan yang disuntik ke dalam punggungnya itu sebenarnya adalah bahan kedap yang digunakan di dalam bilik air.

“ Saya merupakan seorang pendandan rambut. Suatu hari seorang pelanggan memberitahu bahawa dia telah menyuntik punggung rakannya.

“Ketika itu saya merasakan seperti sesuatu yang ajaib kerana dia datang ke tempat saya,’’ katanya.

Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon - Apryl Michelle Brown

Hanya dalam masa beberapa saat, Apryl membuat keputusan untuk menyuntik silikon ke punggungnya dan dia membayar £650 untuk dua suntikan.

Menurut ibu kepada dua anak berusia antara 21 dan 22 tahun itu, beberapa bulan selepas suntikan berkenaan, punggungnya menjadi keras dan hitam, namun akibat malu, dia tidak mahu berjumpa dengan doktor.

“Akibat kesakitan yang melampau, saya tiada pilihan. Bagaimanapun doktor memberitahu saya adalah terlalu bahaya untuk mengeluarkan silikon itu.

“Akibatnya saya menghabiskan masa selama empat tahun menanggung derita kesakitan dan pada 2011, satu pembedahan dilakukan, namun ia gagal menyebabkan punggung saya berlubang,’’ katanya.

Keadaan ketika itu, kata Apryl amat kritikal malah dia hampir mati.

Doktor kemudiannya terpaksa memberinya ubat supaya dia koma selama dua bulan, agar mereka boleh melakukan 27 pembedahan, bermula dengan membuang punggung dan gentian kulit.

“Mereka menyelamatkan saya namun tangan dan kaki saya mengalami gangrin menyebabkan kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya terpaksa dipotong,’’ katanya.

Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon - Apryl Michelle Brown

Meskipun kini dia mengalami kecacatan, namun Apryl enggan mengalah sebaliknya dia melibatkan diri dengan aktiviti sukan.

Dia belajar berenang dan berlari menggunakan kaki palsu.

Namun mesej penting yang ingin disampaikan Apryl ialah belajar menerima dan menyayangi diri sendiri seadanya.-Mynewshub

Kerana Terlalu Miskin Terpaksa Jaga Adik Di Bilik Darjah

Kerana Terlalu Miskin Terpaksa Jaga Adik Di Bilik Darjah

Kejadian yang berlaku di wilayah Hunan ini merupakan perkara yang biasa terjadi pada kanak kanak di sana.


Seandainya mereka memiliki adik,mereka terpaksa menjaga adik mereka memandangkan ayah, ibu, atuk dan nenek sibuk bekerja mencari perbelanjaan untuk menanggung ahli keluarga.


Jika ada semangat untuk berjaya, mereka terpaksa membawa adik mereka walaupun seorang bayi ke sekolah untuk dijaga kerana tidak mampu untuk mengupah orang mengasuhnya.


Pihak sekolah yang sudah biasa dengan keadaan ini dan tidak dapat menghalang. 

[Sumber]

Wednesday, May 29, 2013

Israel Ancam Serang Konvoi Senjata Rusia Jika Bantu Syria!

Israel Ancam Serang Konvoi Senjata Rusia Jika Bantu Syria!

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon memberi petunjuk bahawa tentera negaranya bersedia untuk menyerang penghantaran senjata-senjata canggih Rusia kepada Syria.

Peluru berpandu anti-pesawat S-300

Yaalon memberi amaran itu selepas seorang pegawai kanan Rusia menyatakan pentadbiran negaranya berhak untuk membekalkan Syria dengan sistem peluru berpandu pertahanan S-300.

Israel telah melobi Rusia untuk menghentikan jualan peluru berpandu itu kepada pentadbiran Presiden Bashar Al-Assad di Syria.

Rejim Zionis bimbang peluru berpandu itu akan jatuh ke tangan musuh-musuh Israel seperti kumpulan Hezbollah yang menjadi sekutu Bashar.

"Penghantaran itu masih belum dibuat. Saya berharap, Rusia tidak akan menghantar peluru berpandu itu," kata Yaalon.


Sejak perang saudara meletus di Syria pada Mac 2011, Israel kerap menyuarakan kebimbangan bahawa senjata-senjata canggih Syria seperti senjata kimia akan dipindahkan rejim Bashar kepada Hezbollah.

Di Moscow, Timbalan Menteri Rusia, Sergei Ryabkov tidak menyatakan sama ada Rusia telah membuat penghantaran peluru berpandu itu.

Bagaimanapun, dia menyatakan, Moscow tidak akan menggugurkan hasrat penjualan senjata tersebut.

Lebih 70,000 orang telah terbunuh akibat peperangan saudara di Rusia.

Kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal membawa pembaharuan pentadbiran di negara itu.

-Agensi

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Setelah gempar seketika bumi Malaysia dengan peristiwa Ustaz Azhar Idrus berkahwin buat kali ketiga dengan seorang anak dara, hari ini UAI akhirnya 'buka mulut'.


Inilah jawapan ringkas daripada UAI laman fb;


(Baca: Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus)

Semoga peminat-peminat UAI yang sebelum ini tertanya-tanya perkara sebenar jelas dengan jawapan yang diberikan.

-SP

Panas! Sharifah Sakinah Tak Pakai Seluar Dalam?

Panas! Sharifah Sakinah Tak Pakai Seluar Dalam?

Dalam tweet terbaru Sakinah, dia berkata walaupun video itu menunjukkan zip seluarnya yang terbuka namun adakah ia menampakkan seluar dalamnya?


Sakinah juga mengakui yang dia sememangnya ‘love to kacau the rakyats’.


Sebelum ini dalam video Keek terbaru Sakinah, zip seluarnya terbuka ketika dia mengomel tentang tabiat sesetengah rakyat Malaysia yang suka memperbesar-besarkan isu yang kononnya remeh-temeh.

(Baca: Video Sharifah Sakinah Sambut Harijadi Dengan Zip Seluar Terbuka!)



Soalnya, Sharifah Sakinah pakai seluar dalam ke tak masa tu?

-SP

Ngeri! Video Kepala Jururawat Putus Tersangkut Di Pintu Lif

Ngeri! Video Kepala Jururawat Putus Tersangkut Di Pintu Lif

Info Ngeri. Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.


Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.

Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.



Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua.-Agensi

Pemuda PAS Mahu Penjelasan Anwar Berhubung Perjanjian Sulit

Pemuda PAS Mahu Penjelasan Anwar Berhubung Perjanjian Sulit

Perselisihan yang berlaku antara Pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini.


Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

(Baca: Terbongkar! Perjanjian Sulit Anwar-Najib Sebelum PRU 13)

“DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN.

Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum.

Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang.

“PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu.

Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Semalam media melaporkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menunding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu.

-Mynewshub

Lenovo Perkenal Table PC 27 Inci Untuk Empat Orang Pengguna Sekaligus

Lenovo Perkenal Table PC 27 Inci Untuk Empat Orang Pengguna Sekaligus

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.


IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Sebagai tablet, ia boleh dianggap ganjil. Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Microsoft Corp mempelopori idea PC meja dengan Surface, iaitu PC dengan skrin sentuh 30-inci yang dikeluarkan pada 2008.

Ia direka untuk pemaparan store dan aplikasi komersial lain.

Konsep itu kini dikenali sebagai PixelSense, kerana Microsoft mula menggunakan nama Surface bagi komputer tidak berkaitan tablet pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Sony Corp mengeluarkan Tap 20, PC dalam satu yang juga boleh diletakkan secara rata.

Bagaimanapun, ia adalah lebih kecil daripada model Lenovo dan tidak mempunyai perisian berorientasikan meja yang lebih banyak seperti PC Meja.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM5,000 lebih atau kira-kira AS$1,699.

-AP