Wednesday, May 29, 2013

Lenovo Perkenal Table PC 27 Inci Untuk Empat Orang Pengguna Sekaligus


Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.


IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Sebagai tablet, ia boleh dianggap ganjil. Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Microsoft Corp mempelopori idea PC meja dengan Surface, iaitu PC dengan skrin sentuh 30-inci yang dikeluarkan pada 2008.

Ia direka untuk pemaparan store dan aplikasi komersial lain.

Konsep itu kini dikenali sebagai PixelSense, kerana Microsoft mula menggunakan nama Surface bagi komputer tidak berkaitan tablet pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Sony Corp mengeluarkan Tap 20, PC dalam satu yang juga boleh diletakkan secara rata.

Bagaimanapun, ia adalah lebih kecil daripada model Lenovo dan tidak mempunyai perisian berorientasikan meja yang lebih banyak seperti PC Meja.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM5,000 lebih atau kira-kira AS$1,699.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon