Sunday, June 02, 2013

Pesawat Dron US Berjaya Membunuh Timbalan Ketua Pergerakan Taliban

Pesawat Dron US Berjaya Membunuh Timbalan Ketua Pergerakan Taliban

Serangan sebuah pesawat dron tanpa juruterbang yang membunuh seorang timbalan ketua sebuah pergerakan Taliban di Pakistan, Waliur Rehman merupakan satu isyarat jelas yang dibuat oleh pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS).

Dron tanpa juruterbang, Fire Scout Mq-8B.

Isyarat itu menunjukkan CIA bakal melancarkan serangan rahsia ke atas para militan di utara Pakistan tanpa memberitahu mana-mana pihak.

Ia juga merupakan isyarat bahawa serangan rahsia seperti itu akan diteruskan walaupun Presiden AS, Barack Obama membuat janji pada minggu lalu bahawa akan terdapat ketelusan dalam program penggunaan dron.

Sebuah dron milik CIA itu berlepas dari Afghanistan dan melancarkan serangan di kawasan penduduk suku kaum yang terpencil di Pakistan pada Rabu lalu.

Pihak CIA percaya, Waliur yang merupakan Timbalan Ketua Tehrik-e-Taliban Pakistan, tinggal di lokasi itu.

Pergerakan Taliban kemudian mengesahkan kematian Waliur yang dipercayai salah seorang perancang utama dalam serangan pengebom berani mati di sebuah pangkalan CIA pada tahun 2009 yang menyebabkan tujuh warga AS terbunuh.

Seorang jurucakap White House, Jay Carney pada Rabu lalu menyatakan, Waliur bertanggungjawab dalam serangan merentasi sempadan di Afghanistan dengan menyerang askar-askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk serangan membawa maut ke atas anggota-anggota tentera Pakistan dan orang awam.

Bagaimanapun, beberapa pegawai pejabat Presiden AS itu tidak membuat sebarang pengesahan berhubung serangan itu sekali gus mencetuskan persoalan tentang isu ketelusan walaupun Obama membuat janji dalam ucapannya pada minggu lalu tentang keselamatan negara bahawa beliau akan menjadi lebih telus berkaitan isu serangan antipengganas AS.

Serangan yang membunuh Waliur berusia 42 tahun itu merupakan yang pertama dilakukan selepas Obama mengumumkan garis panduan baharu tentang penggunaan dron itu.

Seorang lagi jurucakap White House, Josh Earnest kelmarin juga tidak membuat pengesahan tentang serangan yang membunuh Waliur tetapi beliau hanya menyatakan bahawa Obama berasa bertanggungjawab untuk melindungi tentera AS dalam peperangan di Afghanistan yang turut melibatkan Pakistan selain menyediakan perlindungan untuk askar-askar negaranya.

Dalam ucapan itu, Obama mengumumkan garis panduan baharu tentang dasar Presiden AS berhubung piawaian yang digunakan pentadbirannya apabila membuat keputusan untuk melancarkan serangan yang membawa kematian.

Piawaian itu termasuk garis panduan untuk melancarkan serangan hanya ke atas sasaran yang dianggap membawa ancaman terhadap keselamatan negara AS. Garis panduan itu turut menyatakan, serangan tersebut akan dilakukan jika sasaran serangan itu gagal untuk ditangkap.

Obama juga menyatakan keutamaannya untuk menggunakan tentera dan bukan CIA bagi tujuan melakukan serangan seumpama itu.

Bagaimanapun, Presiden AS itu memberi petunjuk bahawa CIA mungkin akan meneruskan kawalan program rahsia dron di tempat-tempat lain seperti Pakistan dan Yemen.

Pihak CIA telah mendapat kebenaran daripada pemerintah Yemen untuk melakukan serangan seperti itu.

Namun, dron agensi perisikan AS itu beroperasi tanpa mendapat kebenaran di Pakistan walaupun bakal Perdana Menteri negara itu, Nawaz Sharif menuntut supaya program dron tersebut ditamatkan.

Program penggunaan dron itu telah menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh sejak tahun 2004.

Menerusi program dron itu, puluhan militan termasuk Timbalan Ketua Al-Qaeda, Abu Yahya al-Libi terbunuh pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa pegawai AS berkata, ucapan Obama itu bertujuan untuk meredakan kontroversi berhubung serangan dron dengan membuat janji bahawa pihak tentera akan melancarkan serangan pada masa depan jika ia dianggap perlu dilakukan.

Beberapa pegawai AS juga menyatakan, serangan dron akan terus dilakukan dan ia akan dilancarkan di Pakistan dari Afghanistan atau dari lokasi tempat pergerakan Al-Qaeda serta sekutu-sekutunya beroperasi. Para pegawai itu turut memberitahu, pentadbiran pemerintah tempatan tidak mampu untuk bertindak balas berhubung serangan itu.

Dalam pada itu, seorang penganalisis keselamatan, Hasan Askari berkata, serangan dron itu akan meningkatkan tekanan ke atas Taliban kerana pergerakan itu tidak mampu untuk melancarkan serangan balas terhadap tentera AS.

"Ia merupakan satu tamparan buat Taliban Pakistan. Serangan itu menunjukkan kemampuan AS dan ia akan melakukan lebih banyak kesan psikologi terhadap Taliban," katanya.

-AP/AFP

Saturday, June 01, 2013

Telefon Pintar Google Moto X Lebih Murah Dan Canggih Dari iPhone?

Telefon Pintar Google Moto X Lebih Murah Dan Canggih Dari iPhone?

Google kini sedang bersiap sedia membuat 'serangan' ke atas iPhone dengan mencipta gajet terbaru yang lebih peka dan bijak.


Menurut Ketua Eksekutif Google, Dennis Woodside, gajet yang dikenali sebagai Moto X itu akan direka di Amerika Syarikat (AS) dan bakal menjadi pesaing utama kepada Apple.

Beliau turut yakin yang telefon bimbit pintar ini merupakan ‘hero’ telefon baru.

“Gajet baru ini juga bakal menjadi pesaing utama kepada iPhone dan Samsung S4,” kata Woodside.

Tambah beliau, Moto X mampu berinterasi dengan para pengguna dan lebih peka berbanding telefon pintar yang lain.

Woodside turut memberi bayangan yang harga Moto X adalah jauh lebih murah dan berbaloi berbanding iPhone 5.

Gajet ini mempunyai daya keupayaan sensor yang tinggi dan mesra pengguna.

Google berkata, gajet ini akan mula dibuat pada Ogos ini dan pasaran pertama akan dijual di AS tetapi tidak menjelaskan tarikh sebenar pelancaran.

-Sinarharian

Biar Betul! Peluang Menerokai Angkasa Tanpa Menaiki Roket?

Biar Betul! Peluang Menerokai Angkasa Tanpa Menaiki Roket?

Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa.


Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu.

Syarikat Mobilona Space Hotels yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, konsep yang dibawa mereka adalah mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Jerome Bottari berkata, pengunjung akan melalui pengalaman luar biasa kerana berpeluang meneroka galaksi tanpa perlu meninggalkan bumi.

“Kami menerima cadangan pembinaan Hotel Angkasa di Doha, Abu Dhabi dan Dubai,” katanya. Minggu lalu Mobilona Space Hotels mengumumkan rancangan mereka membina Hotel Angkasa Mobilona setinggi 300 meter dan dilengkapi spa bebas graviti.

Reka bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis.

Syarikat itu berkata, hotel berkenaan juga dilengkapi terowong angin di pulau buatan manusia di luar pantai Barcelona. Kata Bottari, syarikatnya merancang membuat pelaburan bernilai 1.5 bilion euro (RM5.9 bilion) untuk pembangunan projek Pulau Barcelona serta membina lebih 2,000 bilik hotel serta kediaman mewah di situ.

“Hotel Angkasa juga akan dibina di Los Angeles dan Hong Kong,” katanya. Menurut Bottari, pengumuman mengenai projek itu di Timur Tengah akan dibuat selepas pembinaan Pulau Barcelona bermula tidak lama lagi.

Katanya, bangunan yang dirancang itu dibina dengan gabungan reka bentuk dan teknologi terkini bagi membentuk suasana sesuatu tempat di dunia atau di cakerawala.

“Tingkap Hotel Angkasa diperbuat daripada kaca lutsinar yang boleh bertukar menjadi lampu bagi menghasilkan persekitaran seperti di angkasa lepas,” katanya.

Menurut Bottari, apabila penghuni mahu ‘kembali’ daripada pengembaraan itu, mereka hanya perlu menekan suis untuk memadamkan lampu berkenaan.

Lebih menarik, bilik itu juga dilengkapi permukaan unik bagi menghasilkan paparan sebaik mungkin walaupun ia dilihat dari sebarang arah.

“Kami menggabungkan pengalaman visual bagi merangsang semua lima panca indera pengunjung menikmati dunia di sekitar mereka, mendengar bunyi, menghidu bau-bauan kegemaran, menyentuh objek dan merasa sendiri apa yang diinginkan,” katanya.

Apabila siap, suite hotel dan kediaman mewah itu akan dijual pada harga antara RM1.9 juta hingga RM10.2 juta, manakala penthouse bernilai daripada RM15.3 juta sehingga RM78.4 juta.

Jika anda ingin menginap di hotel itu, kadar sewa biliknya adalah antara RM1,175 hingga lebih RM 5,800 satu malam.

-AP

Geli! Kafe Starbucks Guna Air Dari Tandas Untuk Membuat Kopi

Geli! Kafe Starbucks Guna Air Dari Tandas Untuk Membuat Kopi

Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas.

Gambar menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang 
terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong.

Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.

Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.

Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.

"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.

Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.

"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.

Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

-AFP

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Isu memiliki seorang anak bersama wanita bernama Mariah Yeater, nampaknya masih belum berakhir. Siapa sangka, pelantun yang baru berusia 15 tahun ini terpaksa berdepan dengan isu sehebat ini.


Menerusi saman yang difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, Yeater meminta Bieber membayar nafkah dan kos perbelanjaan bayi mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Justin Bieber enggan membayar nafkah yang diminta itu. Bagi Bieber itu adalah satu fitnah, namun berbeza pula bagi segelintir peminatnya.


"Sehingga kini, Bieber masih dikecam teruk kerana isu itu. Sekiranya dia memang bapa kepada bayi itu, maka dia harus segera bertanggungjawab," kata sumber.

-Sinarharian

Selebriti-selebriti Terkenal Yang Di Kritik Kerana Senjata Api

Selebriti-selebriti Terkenal Yang Di Kritik Kerana Senjata Api

Pemain bola sepak Sebastien Bassong telah dikutuk oleh pertubuhan anti-senjata semalam selepas bergambar dengan senjata yang dipaparkan di laman web.


Pemain pertahanan Norwich City itu dilihat melakukan tembakan menggunakan pistol di laman belakang sebuah rumah.

Beliau kini adalah di antara senarai bintang selebriti yang melakukan perbuatan memalukan kerana bergambar dengan pistol yang mengundang banyak kritikan.

Di bawah ini ialah beberapa kes yang paling terkenal:

Justin Bieber


Sehari selepas 10 orang ditembak di hadapan Bangunan Empire State, idola remaja Justin Bieber muncul dalam gambar sambil memegang pistol yang dikritik sebagai "tidak bertanggungjawab".

Ikon pop itu berada di set penggambaran teman wanitanya, Selena Gomez ketika itu untuk filem baru The Dog apabila dia menunjukkan gambar replika sepucuk pistol.

Dalam satu lagi mimik muka yang lebih jahat, seorang pengkritik menulis: "Apa yang paling membimbangkan mengenai gambar itu ialah bagaimana Bieber merapatkan matanya dan membuat satu renungan yang menakutkan. Dia kelihatan seperti seseorang yang mungkin menggalakkan penggunaan senjata..."

Kim Kardashian


KK telah menimbulkan beberapa kali kemarahan di laman Tweeter dan Instagram berkaitan penggunaan senjata api.

Pada Ogos tahun lepas, dia telah berkongsi gambar di atas, tersenyum semasa memegang senapang patah Beretta semasa percutian keluarga.

Helen Flanagan


Bekas bintang Corrie Helen telah berkongsi gambar dirinya dengan sepucuk pistol ditekan di kepalanya ketika kejadian pembunuhan beramai-sekolah di Sandy Hook tahun lepas.

Ibu bapa yang sedang berkabung di Newtown, Connecticut, di mana Adam Lanza ditembak mati kerana membunuh 20 kanak-kanak dan enam kakitangan sekolah, menyifatkan Helen "Sangat bodoh dan tidak berakal".

Helen kemudiannya meminta maaf sambil berkata: "Ia adalah perkara paling bodoh yang pernah saya lakukan dalam hidup saya".

Peaches Geldof


Peaches yang muncul dalam imej ini di Twitter menunjukkan beliau sedang mengacukan pistol di kepala model AJ English’s dan segera dikritik oleh pengkritik anti-senjata api.

Vanessa Hyman, anaknya Anton, 17 tahun yang telah ditembak dan dibunuh pada 2004, memberitahu akhbar yang tindakan beliau sangat "memalukan".

Dia menambah: "Pistol bukan mainan. Pistol bukan sesuatu yang boleh digunakankan sebagai prop dalam pertunjukan fesyen".

Gambar ini dilaporkan telah diambil sebagai sebahagian daripada tema semasa pertunjukan fesyen firma pakaian Bonnie dan Clyde.

Nick D'Arcy dan Kenrick Monk


Dua perenang Australia, Nick dan Kenrick dihantar pulang dari Sukan Olimpik London sebaik sahaja acara mereka selesai sebagai hukuman kerana menyiarkan gambar ini.

Monk telah berkongsi imej kedua-duanya di sebuah kedai senjata AS di laman web dan tidak lama kemudian mereka mendapati seperti sedang berenang di kolam air yang sangat panas.

Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) juga melarang mereka daripada menggunakan rangkaian sosial di sepanjang tempoh Sukan Olimpik.

-SP

Adakah Nurul Izzah Penjenayah Paling Kejam Bagi Rakyat Sabah?

Adakah Nurul Izzah Penjenayah Paling Kejam Bagi Rakyat Sabah?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempertikaikan tindakan kerajaan Sabah melarang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu malam semalam.


Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor yang berang dengan perkembangan tersebut turut menyindir kerajaan Sabah dengan membandingkan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin pembangkang itu dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu sebelum ini.

(Baca: Nurul-Izzah Di Halang Memasuki Sabah Sempena Tadau Kaamatan Satu Tragedi)

“Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut,” sindirnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Riduan seterusnya mendakwa larangan memasuki Sabah yang dikenakan keatas Nurul Izzah tidak sepatutnya berlaku kerana setiap rakyat Malaysia berhak untuk melancong atau merantau ke setiap negeri dalam negara ini.

Dakwanya, warga Malaysia yang memiliki kad pengenalan sah dan tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan tidak sepatutnya dihalang daripada memasuki Sabah.

“Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di Lahad Datu, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen dinafikan hak untuk sampai ke Sabah,” sindirnya lagi.

Media semalam melaporkan Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden PKR tersebut daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan dipetik sebagai berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.

“Beliau ditolak masuk mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

-Mynewshub

Persembahan Jennifer Lopez Di Kecam Kerana Terlalu Seksi

Persembahan Jennifer Lopez Di Kecam Kerana Terlalu Seksi

Aktres Jennifer Lopez telah dikecam gara-gara persembahannya dalam rancangan realiti Britain’s Got Talent yang disifatkan sebagai `persembahan lucah’ dan tidak sesuai ditonton .


Ia gara-gara tarian menghairahkan dengan pakaian seksi yang dipersembahkannya sedangkan rancangan itu ditonton oleh berjuta-juta kanak-kanak dan seisi keluarga.

Hinggakan seorang lagi penyampai rancangan tersebut, Anthony McPartlin dikatakan menjeling Lopez selepas melihat penampilan artis itu di belakang pentas.

Hanya seorang juri pada malam itu iaitu Amanda Hollen yang memuji Lopez.

Susulan penampilan seksi Lopez itu, badan pemantau penyiaran Britain akan mempertimbangkan sama ada mahu menyiasat atau tidak program tersebut setelah menerima berpuluh-puluh aduan daripada orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai menyuarakan ketidakpuasan mereka melalui laman media sosial dengan antara mereka memangil Lopez sebagai pelacur.

Jennifer perlu diingatkan bahawa ini adalah rancangan hiburan seisi keluarga.

“Tidakkah Jennifer mengetahui bahawa dia terlalu seksi untuk membuat persembahan ini,’’ itu antara kata-kata kecaman yang diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, pengarah OFCOM, Vivienne berkata, rancangan seumpama itu popular di kalangan kanak-kanak, justeru adalah tidak wajar sama sekali jika mereka menyaksikan persembahan seperti itu.

“Ibu bapa membenarkan anak-anak mereka berjaga lewat untuk membolehkan mereka menyaksikan Britain’s Got Talent ini, namun ini yang berlaku.

“Nampaknya bidang penyiaaran tidak pernah belajar daripada kesilapan,’’ katanya.

-Mynewshub

Germany’s Next Top Model Di Cemari Insiden Gadis Tayang Payudara

Germany’s Next Top Model Di Cemari Insiden Gadis Tayang Payudara

Dua wanita penunjuk perasaan tampil separuh bogel dengan menayangkan payudara mereka semasa pertandingan akhir Germany’s Next Top Model diadakan di Mannheim, semalam.


Kedua-dua wanita itu muncul di pertengahan rancangan yang bersiaran secara langsung itu sambil di dada mereka tertulis perkataan ‘Heidi’s Horror Picture Show’.

Rancangan realiti pencarian model terkenal itu dihoskan oleh supermodel terkenal, Heidi Klum yang nyata terkejut dengan insiden tersebut.


Namun, mujur pihak sekuriti di mana berlangsungnya pertandingan akhir itu cepat bertindak dengan menghalau penunjuk perasaan itu dari majlis terbabit.

Pada pertandingan itu, peserta kulit hitam Lovelyn, 16, telah berjaya memenangi takhta Germany’s Next Top Model musim kelapan.

Sumber: Mynewshub

Panas! Bashar Al-Assad Mengakui Peluru Berpandu S-300 Sudah Berada Di Syria

Panas! Bashar Al-Assad Mengakui Peluru Berpandu S-300 Sudah Berada Di Syria

Presiden Syria, Bashar al-Assad mengaku dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa Rusia telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu yang canggih ke negaranya.

Gambar fail sistem pertahanan peluru berpandu S-300 milik Rusia.

Stesen penyiaran Al-Manar yang menyiarkan wawancara itu mendedahkan jawapan Bashar berhubung isu penjualan senjata Rusia kepada negara itu.

"Semua perjanjian dengan Rusia akan dihargai dan sebahagiannya telah pun dilakukan," kata Bashar seperti yang disiarkan dalam kenyataan stesen berkenaan.

Bashar memberikan jawapan itu apabila dia ditanya tentang peluru berpandu S-300 yang dikeluarkan Rusia.

Stesen Al-Manar merupakan rangkaian televisyen untuk pergerakan Hezbollah yang merupakan rakan sekutu rapat Bashar.

Rusia merupakan rakan sekutu yang paling kuat Bashar sebelum ini tidak membuat kenyataan bagi mengesahkan sama ada pihaknya telah menghantar sistem peluru berpandu itu ke Syria.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon pernah memberi reaksi dengan menyatakan rejim Zionis mengetahui apa yang perlu dilakukan jika Rusia menghantar peluru berpandu itu ke negara berkenaan.

Perkembangan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria akan merebak ke Lebanon.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi.

-Agensi