Monday, June 03, 2013

Kisah Hidup Gadis Cun Yang Hidup Berpeleseran

Kisah Hidup Gadis Cun Yang Hidup Berpeleseran

Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana pelajar UITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik ke kampung pada hari jumaat.


Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggu mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka.

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah perangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2, apalah yang nak dihairankan..

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku, aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu. Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada, hidupnya memang merempat. Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa. Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini?

Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni, kejap lagi bebudak UITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni, cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki seperti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu. Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...


"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

Laa..cerita kucing jalanan rupanya...

[Sumber]

Harga Rokok Dunhill Naik Bermula 3 Jun 2013

Harga Rokok Dunhill Naik Bermula 3 Jun 2013

British American Tobacco Malaysia (BAT) mengumumkan harga rokok tertentu akan dinaikkan bermula esok, 3 Jun 2013.


Pengarah Urusan BAT, Datuk William Toh berkata, kenaikan harga rokok terbabit tidak dapat dielakkan kerana syarikat tersebut berhadapan peningkatan kos operasi.

“Seperti syarikat-syarikat lain BAT berdepan dengan tekanan inflasi, tenaga buruh dan kos input yang mengakibatkan kos operasi semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Di samping itu perundangan industri tembakau, perdagangan haram turut memberi impak kepada jualan rokok secara sah kami,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, William mendakwa pihaknya mengambil keputusan menaikkan harga rokok pada kadar 3 peratus mulai esok bagi menangani peningkatan mendadak kos dan perdagangan haram.

Sehubungan itu, kata beliau, bermula 3 Jun ini harga rokok Dunhill range, Kent range, Benson & Hedges akan naik kepada RM10.50 sekotak.

Manakala harga rokok Peter Stuyvesant dan Pall Mall naik kepada RM9 sekotak dan Pall Mall Plain, Lucky Strik plain serta Rothmans International naik RM10.90 sekotak.

Kerajaan Akan Kurangkan Tar, Nikotin

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan meminta syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah itu serta beberapa tindakan lain akan dibuat melalui dua fasa iaitu mulai Januari 2014 dan Jun 2015.

“Kita akan kurangkan kandungan tar dalam sebatang rokok dari 20 miligram kepada 10 miligram dan kandungan nikotin dari 1.5 miligram kepada 1 miligram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Subramaniam berkata, langkah lain yang akan dibuat ialah gambar kempen anti merokok pada setiap kotak tembakau atau kotak rokok akan dibesarkan kepada 50 peratus dari saiz 40 peratus sekarang.

Semua tindakan itu akan dibuat secara berperingkat dan kementerian juga akan mengambil langkah untuk menghalang promosi rokok secara langsung dan tidak langsung termasuk pengiklanan serta pemberian diskaun.

Pengharaman promosi termasuk melalui penglibatan dengan aktiviti kemasyarakatan atau sukan walaupun tujuannya murni, kata beliau.

Beliau tidak menolak kemungkinan negara akan mengambil langkah sama seperti di beberapa buah negara termasuk Thailand dan Australia di mana rokok tidak akan dipamerkan di rak khas seperti sekarang ini sebaliknya akan disimpan di dalam laci dan akan dikeluarkan apabila pelanggan datang membeli.

“Di Malaysia, antara 10 peratus hingga 12 peratus atau 10,000 punca kematian setiap tahun adalah berpunca dari tabiat merokok. Pada tahun 2011, 11,056 kematian di hospital kerajaan boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap rokok,” katanya.

Katanya, dianggarkan seramai empat juta rakyat Malaysia adalah perokok.

-BERNAMA

Bagaimana Untuk Membaca Buku Dengan Pantas?

Bagaimana Untuk Membaca Buku Dengan Pantas?

Suasana di dalam kelas Speed Reading itu agak berbeza. Setiap peserta yang kebanyakannya terdiri daripada wakil media tempatan diberikan objek berlainan yang sebenarnya merupakan alat permainan kanak-kanak.

Membaca Dengan Pantas

Peserta yang menerima objek yang sama akan dikumpulkan dalam kumpulan kecil yang sama.

Sesi perkenalan pula dibuat dalam satu bulatan sambil peserta membaling sebiji bola. Peserta yang lain akan menyambut bola itu, menyebut nama sendiri dan menjawab soalan yang tertera pada bola getah berkenaan. Semuanya dilakukan serentak dan spontan.

Boleh dikatakan, objek dan sifat spontan merupakan ramuan asas kepada teknik pembacaan pantas yang boleh dipelajari menerusi Speed Reading.

Teknik itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat tempatan, The Learning Hub Asia. Kaedah itu bertujuan melatih seseorang membaca sehingga sekali ganda lebih pantas daripada kebiasaan.

Bagi memastikan pelajar membuat peningkatan, kelajuan bacaan mereka akan dinilai sebelum kelas dimulakan.

Hakikatnya, ramai golongan yang telah mendapat manfaat daripada program Speed Reading ini termasuk pelajar Sarjana Muda Undang-Undang di Kolej Asia Brickfields di Kuala Lumpur, Ahmad Luqman Ahmad Kamaruzaman.

Menurut Ahmad Luqman, 19, dia mempunyai kadar kelajuan membaca yang sangat menyedihkan. Dia mengambil masa selama lebih tujuh minit untuk membaca sebuah artikel yang mempunyai 1,200 patah perkataan.

"Saya hanya boleh membaca 148 patah perkataan seminit. Selepas mengikuti kelas ini, kelajuan membaca saya meningkat.

"Sekarang kelajuannya lebih kurang sama dengan purata kepantasan lelaki dewasa membaca iaitu 264 patah perkataan seminit," katanya yang mendapat keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Dia kini boleh membaca artikel 1,200 patah perkataan dalam masa empat minit 30 saat berbanding tujuh minit sebelum ini.

Sebagai pelajar undang-undang, Ahmad Luqman perlu membaca begitu banyak buku. Justeru, mengikuti kelas tersebut dirasakan tepat sekali di samping meningkatkan disiplinnya ketika membaca.

Akui Ahmad Luqman, gaya membacanya dahulu sama seperti orang lain iaitu membaca sepatah demi sepatah perkataan.

"Itulah cara yang diajar sejak kita kecil lagi. Bukanlah salah sepenuhnya, cuma kurang cekap," keluhnya.

Ketua Pegawai Operasi The Learning Hub Asia, Jessica Dang berkata, terdapat beberapa tabiat yang menjadi punca orang ramai lambat membaca.

Antaranya, ketika berada di tahun satu dan dua sekolah rendah, guru yang mengajar pasti menyuruh murid membaca dengan kuat, namun kaedah pengajaran itu bertukar sebaik sahaja murid memasuki tahun lima.

"Guru mengarahkan anak murid membaca dalam keadaan senyap menyebabkan tabiat membaca kuat terbawa-bawa apabila mereka membaca dalam diam," terang Jessica yang telah pun berada dalam industri pendidikan selama lebih dua dekad.

Ia dikenali sebagai subvocalization (suara kecil) iaitu pembaca akan menggerakkan bibir ketika membaca.

Membaca teks sepatah demi sepatah perkataan juga sebenarnya melambatkan bacaan begitu juga dengan fokus pergerakan mata yang tidak efisien.

"Otak manusia boleh bergerak lebih pantas daripada mulut. Sewaktu membaca, kita harus melihat sesuatu perkataan sebagai imej, bukan susunan huruf," ujar Jessica.

Satu perkara lagi yang membuatkan orang membaca dengan lambat ialah sikap membaca yang kerap membalik atau mengulang-ulang.

Ketika membaca, kita sering terlupa apa yang telah dibaca sebelum itu. Akibatnya, kita akan pulang semula ke perenggan atau muka surat sebelumnya. Kelakuan sebegitu menyebabkan timbul rasa jemu dan menambah tempoh yang diperlukan untuk membaca.

Dalam kelas Speed Reading, individu akan diuji tahap bacaan dan mengenal pasti jenis tabiat dan masalah membaca yang paling dominan.

"Dalam dunia yang sentiasa sibuk ini, membaca surat khabar, dokumen kerja mahupun buku rujukan perlu lebih cepat.

"Teknik membaca ini amat sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh diaplikasi kepada kanak-kanak seawal usia 10 tahun," terangnya.

Terdapat beberapa teknik yang ada dan diajar dalam kelas tersebut. Setiap teknik boleh dipupuk bagi meningkatkan kadar membaca seseorang itu.

Antaranya dengan membesarkan pandangan mata daripada penglihatan primer kepada penglihatan periferal. Pandangan tersebut membolehkan lebih banyak perkataan dilihat pada satu-satu masa berbanding satu perkataan pada satu masa.

Maka tabiat buruk membaca satu demi satu perkataan dapat dikurangkan dengan melihat susunan satu-satu ayat itu dalam satu masa.

Cerita Jessica, teknik Speed Reading tercetus apabila pengasasnya, Evelyn Wood berasa putus asa kerana tidak dapat memahami apa yang dibaca lantas mebaling buku tersebut.

Apabila dia mengutip semula buku itu, dia mendapati buku itu diselaputi habuk dan menyapunya mengikut baris perkataan.

Baris perkataan

Dari situ, wanita itu mendapati pengerakan menyapu habuk menarik pandangan mata dan membantunya membaca dengan lebih baik.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1958. Sejak itu, Evelyn menggunakan tangan sebagai alat penunjuk serta memperkenalkan kepada umum teknik membaca seperti itu pada tahun berikutnya.

Teknik dikenali sebagai panduan Meta dengan cara menggunakan alat penunjuk yang mampu menjadi perentak dalam tempo bacaan.

Penunjuk boleh memaksa individu membaca dalam kadar yang cepat dengan menggerakkannya pada kelajuan yang dikehendaki.

Teknik itu boleh dilatih bagi mempercepatkan bacaan daripada mengerakkan satu perkataan kepada perkataan yang lain.

Ayat bersegmen

Latihan seterusnya, penunjuk diletakkan pada tengah ayat supaya individu boleh membaca keseluruhan ayat dengan satu tempat sahaja yang ditunjukkan.

Kemudian, kaedah tersebut boleh dilatih dengan menggerakkan penunjuk dari atas ke bawah baris demi baris ayat.

Membaca ayat secara bersegmen seperti itu yang mengikut rangkai kata membolehkan ia mudah difahami.

Penunjuk berfungsi dengan memastikan pandangan anda sentiasa ke hadapan sekali gus menghilang perkataan yang telah dibaca.

Tabiat buruk membaca iaitu suka membaca perenggan sebelumnya secara berulang kali mampu dihapuskan.

"Kami mendapati benda yang paling baik untuk dijadikan penunjuk adalah kayu penyepit berwarna hitam. Ia ringkas, tetapi alat yang sangat berkuasa," kata Jessica lagi.

Menurutnya, jika tiada penunjuk yang sesuai seperti pen, jari juga boleh digunakan. Cuma, elakkan daripada meletakkan telapak tangan pada teks kerana ia menutup pandangan.

Tambah fasilitator The Learning Hub Asia, Charissa Rebecca Daniel, 24, terdapat beberapa kumpulan perkataan yang kerap digunakan dan dikenali sebagai perkataan perdana.

"Perkataan-perkataan itu mudah dikenal pasti serta-merta dan tidak perlu dinyahkod individu, jadi mata tidak perlu ditumpukan pada perkataan itu," kata Charissa selepas kelas Speed Reading.

Nyahkod dalam bacaan adalah kebolehan mengadaptasi pengetahuan membunyikan huruf supaya perkataan disebut dengan tepat.

Jika seseorang itu dapat menguasai perkataan perdana, proses tersebut boleh berlaku secara automatik.

The Learning Hub Asia dan pengasas Speed Reading telah menyusun lebih 500 juta perkataan dalam bahasa Inggeris dan menyisihkannya mengikut kekerapan penggunaannya.

Penyisihan perkataan itu mendapati sebanyak 2,000 patah perkataan membentuk 75 peratus perkataan yang digunakan dalam percakapan seharian.

Tabiat buruk membaca

Daripada 2,000 perkataan itu, 300 pertama mewakili 50 peratus perkataan bahasa Inggeris dalam cetakan, manakala 15 perkataan pertama termasuk dalam 25 peratus daripada semua perkataan yang dicetak.

Walaupun kelas tersebut dijalankan dalam bahasa Inggeris, menurut Charissa, teknik-teknik yang diajar boleh digunakan dalam semua jenis bahasa dengan sedikit ubah suai.

"Kelas ini bertujuan menanam kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak, manakala untuk orang dewasa, ia lebih kepada memecahkan tabiat buruk membaca," katanya.

Selain mengesan dan mempelajari teknik membaca dengan pantas, The Learning Hub Asia turut menggunakan sebuah perisian yang mampu meningkatkan lagi kemahiran membaca.

Perisian tersebut berbentuk permainan perkataan dan huruf yang menguji kecekapan mengenal pasti perkataan atau huruf.

Selepas kelas, perisian tersebut perlu digunakan pelajar selama antara 10 hingga 15 minit sehari bagi menajamkan kemahiran membaca.

"Kami memberi jaminan bahawa peserta kelas ini pasti dapat meningkatkan kelajuan bacaan dalam masa sehari sahaja," tegas Jessica.

BACA INI JUGA: Amazon Buka Kedai Fizikal Pertama Selepas 20 Tahun Menjual Di Internet!

sumber: kosmo

Sunday, June 02, 2013

Giliran Nora Danish Pula Botakkan Kepala

Giliran Nora Danish Pula Botakkan Kepala

Selepas Stacy tampil dengan imej rambut barunya ala-ala superstar antarabangsa, Rihanna, kini giliran pelakon cantik, Nora Danish pula mengikut jejak langkah kedua-dua penyanyi hebat itu.


Kebanyakan peminatnya di akaun Instagram memuji tindakan berani Nora memotong rambut dengan gaya sebegitu kerana sebelum ini pelakon genit itu dilihat lebih sinonim dengan sifat feminin menerusi penataan gaya dan imejnya.

Pastinya selepas ini ramai peminat setia ibu kepada Putera Rayqal ini akan mengikut ‘style’ rambut terbaru Nora pula kan.


Apa-apa pun memang Nora kelihatan lebih ‘stylo’ dengan gaya rambut terbarunya itu!

-Mynewshub

Unik! Rekaan Jam Tangan Daripada Kayu

Unik! Rekaan Jam Tangan Daripada Kayu

Info Unik Dunia. Sekali pandang, ia kelihatan seperti seutas jam rekaan pengeluar terkemuka Swiss.

Keseluruhan jam tangan Valerii diperbuat 
daripada kayu termasuk bahagian dalamannya.

Tanpa sebarang pengalaman dan pengetahuan, seorang tukang kayu Ukraine memberanikan diri mengukir dan menghasilkan beberapa utas jam tangan kayu yang kelihatan cukup sempurna untuk dipakai.

Valerii Danevych berkata, minat dan cinta terhadap seni ukiran kayu memberi ilham kepadanya untuk mereka setiap perincian jam tangan.

Sewaktu memasuki alam persekolahan, saya berjaya mengukir sebuah gitar bersaiz 2 sentimeter yang menggunakan rambut manusia sebagai talinya.

"Jam tangan kayu ini, mula dihasilkan pada 2005 dan saya mahu ia berfungsi seperti jam tangan yang lain," katanya yang mengakui terpaksa menggunakan masa yang lama dalam mengkaji jenis kayu bersesuaian bagi menghasilkan seutas jam tangan kayu.

Percubaan pertama selama tiga tahun, Valerii berjaya menghasilkan jam tangan poket.

Menarik sekali, jam tangan rekaan Valerii memiliki kuasa simpanan selama 20 jam.

Kreativiti Valerii akhirnya berbalas apabila diiktiraf Akademi Rekaan Bebas Horologi yang amat hargai rekaannya.-MailOnline

Top 10 Penjara Paling Teruk Di Dunia

Top 10 Penjara Paling Teruk Di Dunia

Apa yang kita tonton dalam filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah adanya. Yang brutal dan mengerikan, sampai anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara-penjara ini.

Sungguh luar biasa, manusia seperti tidak ada harganya. Nyawa manusia lebih murah daripada sebatang rokok. Berikut, penjara-penjara paling 'mengerikan' di dunia. Disebut 'mengerikan' bukan hanya kerana keganasan, tetapi juga kerana keadaan penjara yang sebenarnya tidak layak pun digelar penjara.

Carandiru Prison
Brazil


Penjara ini pernah menggemparkan Brazil malah seluruh dunia ketika pasca rusuhan besar-besaran di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan polis tempatan. 102 mangsa terkorban, ada yang menyebut 111 banduan terbunuh.

Tragedi Carandiru bermula selepas meletusnya perang 'antara geng' di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan ramai banduan. Polis kemudian masuk untuk meleraikan pergaduhan. Sebenarnya ketika itu ramai dikalangan banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka. Mereka meminta dan perlindungan daripada polis. Namun, polis telah menembak mereka. Perlakuan ganas daripada pihak polis telah mencetuskan protes di mana-mana, termasuklah Amnesty Antarabangsa yang mengarahkan penjara tersebut ditutup pada tahun 2002.

Amnesty Antarabangsa melaporkan telah terjadi pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana yang tak boleh diterima akal. Bukan itu saja kemudahan penjara juga terlalu buruk sehingga menyebarkan wabak penyakit.

Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo adalah Ubiratan Guimaraes. Dia dianggap orang yang bertanggungjawab menyebabkan meletusnya tragedi ini.

Kes yang menimbulkan kemarahan dunia ini membawa Guimaraes ke hospital kerana tekanan. Dia sempat diadili dengan tuduhan pembunuhan terhadap 102 orang. Namun Mahkamah kemudian membebaskan Guimaraes dengan alasan pihak polislah yang telah menembak para banduan sehingga terkorban. Kerajaan Brazil sebaliknya menganggap tragedi yang berlaku bukan tanggung jawab pihak polis.

Bang Kwang Prison
Thailand


Dikenali sebagai "Bangkok Hilton". Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi digelar penjara. Selain penuh sesak, juga kekurangan warden. Para banduan dirantai. Khabarnya ramai banduan menjadi gila akibat tekanan pada bulan bulan pertama di penjara ini. Pengarah penjara, Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah yang paling teruk diseluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minimum, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan yang sangat teruk. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu rawatan (kalau ada).

ADX Florence Supermax Prison
Colorado


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap para banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini mereka menerapkan sistem 'maximum security' untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap warden ataupun kakitangan penjara. Kerana itu, para banduan diasingkan daripada kakitangan penjara.

Para banduan mengalami penyeksaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan disel mereka. Banduan tidak boleh kemana-mana. Menjadi banduan di sini adalah suatu mimpi buruk yang tidak mampu dilupakan banduan. Di sini mereka menerima keadaan paling jijik dari yang terjijik. Kerana mereka yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas 1 termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara.

Di sinilah 'neraka' penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya ialah Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan dia membunuh diri.

Alcatraz Island Prison
San Francisco, CA


Penjara ini, yang dikenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island". Dibina pada 1920-an. Segala ketidak nyamanan ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melepaskan diri. Alcatraz benar-benar telah mencipta dunia sendiri. Para banduan benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar.

Pegawai penjara yang sombong, warden yang kasar, dasar yang tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak menghairankan, ramai yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.

Bayangkan, di penjara ini ada larangan untuk tidak bercakap dengan banduan lain, kalau tidak, hukuman akan di terima banduan. Banduan dilarang meluahkan emosi mereka. Mereka dipaksa diam! Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabul sepenuhnya.

Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus 'hidup' dan menjadi legenda.

San Quentin Prison
California


Tahun 1930-an, pengurusan penjara ini sarat dengan rasuah, sehinggalah muncul pengarah baru, Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini. Dia memutuskan untuk melakukan penambahbaikan pada tahun 1940-an.

Tapi sebelum kehadiran Clinton Truman Duffy, penjara ini diketahui sangat tidak berperikemanusiaan terhadap para banduan.

Kepala mereka dibotakan.dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor dan diberikan sel sempit tanpa sebarang lampu. Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan kerap terjadi kerana nisbah antara warden penjara dan banduan menyebabkan banyak perkara diluar kawalan sering terjadi.

Diyarbakr Prison
Turki


Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki di mana segala keganasan dan kesadisan begitu lumrah terjadi. Dari 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan mati kerana penyeksaan berlebihan. Belum lagi kes penyelewengan seksual yang berleluasa. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadp pengurusan penjara. Mereka mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai protes. Namun tidak diendahkan. Kemudahan penjara juga 'sangat mengerikan'. Di sini pernah terjadi peristiwa menggerikan di mana kanak-kanak dipenjarakan dan dihukum penjara seumur hidup. Penindasan terhadap nilai kemanusian seperti perkara biasa saja. Tidak hairanlah penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.

La Sabaneta Prison
Venezuela


Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang ganasnya, iaitu penjara La Sabanetaa, di mana keganasan menjadi 'santapan' harian. Kemudahan yangg sangat minimum, menyebabkan wabak penyakit begitu mudah merebak. Perkhidmatan kesihatan juga sangat minimum, malah hampir tidak ada.

Makanan juga kurang dengan menu tidak menyihatkan. Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta  sangat menjijikkan. Tidak hairanlah wabak kolera telah mengorbankan 700 banduan.

Di penjara ini juga pernah menyaksikan tragedi pembataian yang telah mengorbankan ratusan banduan pada tahun 1994. Kematian berleluasa di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara sangat malas menguruskan banduan, sehingga para banduan secara berleluasa boleh melakukan apa saja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama sendiri. Para warden hanya 'menutup mata' atas kejadian-kejadian ini.

La Sante Prison
Paris, Perancis


Seperti penjara 'maut' yang lain, di sini pun nyawa manusia tidak berharga. Perlakuan ganas berleluasa. Sikap tidak peduli pengurusan penjara membuatkan kehidupan banduan benar-benar tidak berharga. Ramai banduan menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan kutu dan tikus, membuatkan banduan sangat tertekan.

Sungguh ironis dengan erti kata 'La Sante' yang bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tidak sihat. Perhambaan antara warden terhadap banduan, banduan sesama banduan, adalah perkara biasa. Kes perkosaan antara sesama banduan juga sangat tinggi dan terjadi setiap hari.

Tak hairanlah ramai banduan yang tidak tahan akhirnya membunuh diri atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dilaporkan 122 kejadian bunuh diri. Disusuli 73 banduan lagi pada pertengahan 2003.

Kecenderungan bunuh diri ini kemungkinan kerana keadaan hidup yang mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat, kemudahan minimum, serta pelbagai kekerasan yang terjadi di sana, dikatakan sebagai pencetus tindakan bunuh diri.

Rikers Island Prison
New York


Penyeksaan ganas membuatkan penjara ini begitu dikenali di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyeksaan yang berlebihan dari warden penjara sehingga perlu menjalani pembedahan otak. Seramai 6 banduan membunuh diri di sel kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang terlalu menekan pada 2003.

Tadmor Prison
Syria


Kematian di penjara ini seperti tidak terhitung banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tidak mengenal ampun. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan kegilaan mengerikan Tadmor kerana mempunyai warden yang haus darah dan tawanan politik.

Pada 1980, sesudah percubaan pembunuhan terhadap Presiden (di Damsyik), banduan terpaksa membayar mahal. Pasukan keselamatan menyerang penjara, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Askar-askar ini telah membantai 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan mati, tidak dapat menyelamatkan diri kerana para warden merantai kaki mereka di sel.

Guantanamo Prison
Cuba


Penjara Guantanamo adalah kompleks penjara tentera di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan merupakan sebahagian daripada pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo yang luasnya 117 km per segi.

Kem tahanan paling mengerikan itu dikendalikan pihak Amerika sejak Januari 2002. Lokasinya berada tepat di kepulauan yang bersatu dengan Cuba. Kawasan kem tahanan Guantanamo terdiri dari 3 kem iaitu Kem Delta, Kem Iguana dan Kem X-Ray (yang sudah terlebih dahulu ditutup) yang merupakan kediaman tentera AS.

Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam "Kem X-Ray" dianggarkan seramai 660 orang. Mereka berasal dari 44 negara, semua berkaitan dengan tuduhan sebagai sebahagian daripada "keganasan" antarabangsa. Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan. Dan para pengganas yang disyaki Amerika melakukan serangan terhadap bangunan WTC pada 11 September 2001.

Ramai banduan yang di penjarakan tanpa sebarang proses mahkamah, tidak dibuktikan sebarang penglibatan mereka dengan tindakan keganasan harus meringkuk di dalam sel-sel gelap Guantanamo untuk mengalami penyeksaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Jika Amerika sudah menunjukkan bahawa seseorang adalah pengganas, maka dialah pengganas dan hampir seluruh dunia merestuinya!

Laporan TIME pernah menyebutkan, tahanan di Guantánamo diperlakukan sesuka hati. Setiap tahanan baru akan diberikan seluar pendek, seluar panjang, semua berwarna oren, alas kaki untuk mandi, tuala, ubat gigi, syampu, sejadah, topi haji warna putih, sebuah Al-Quran dan alas tidur tanpa bantal.

Tahanan hanya dibenarkan mandi sebanyak 2 kali dalam seminggu. Itupun, hanya 20-30 minit. Begitulah tidak berperikemanusiaannya perlakuan di penjara ini.

Sudah berlaku lebih dari 28 kali usaha untuk membunuh diri, namun tidak ada satu pun yang berjaya, tetapi seorang diantaranya kini masih koma dengan otak yang rosak. Guantanamo memang telah di tutup, namun kisah kekejaman sadis yang pernah terjadi disana tetap akan dikenang selama-lamanya. [Sumber]

Edited by SP

Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia.


Tidur terlentang dengan kedua-dua tapak tangan diletakkan di belakang kepala


Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain.

Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

Menyelubungi seluruh badan dengan selimut


Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah.

Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.

Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang


Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri.

Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk


Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

Tidur mengiring dan meringkuk


Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personalitimu.

Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan


Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu.

Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting.

Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala


Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini.

Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu.

Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

Tidur meringkuk di satu arah


Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan.

Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa


Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.

Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.

Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap


Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit.

Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah. Apa kata kamu ubah gaya tidur itu dulu.

BACA INI JUGA: Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia

Sumber: Alamcyber.blogspot.com

Pelakon Terkenal Korea Ryu Si-won Belasah Isteri?

Pelakon Terkenal Korea Ryu Si-won Belasah Isteri?

Aktor terkenal Korea Selatan, Ryu Si-won menafikan dia telah bertindak ganas dengan memukul isterinya.


"Saya terkejut dituduh memukul isteri," tegasnya kepada media Korea Selatan baru-baru ini.

Tambahnya: "Dalam apa juga kes, keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan begitu juga dengan tuduhan terhadap saya itu."

Ekoran itu, Si-won membuktikan bahawa tuduhan terhadap dirinya itu tidak benar sama sekali.

Si-won mendakwa, isterinya sengaja membuat dakwaan tersebut bagi menguatkan permohanannya untuk bercerai dengan dirinya. Perbicaraan kes perceraian mereka sebenarnya telah ditunda buat sementara waktu.

Ujar Si-won lagi: "Setakat ini, saya fikir tidak perlu memberi reaksi (terhadap dakwaan memukul isteri), tetapi kini saya harus bangkit untuk menampilkan apa yang benar, khususnya buat anak saya."

Pada Februari tahun ini, isteri Si-won yang hanya dikenali sebagai Cho memfailkan saman mendakwa dia telah diugut suaminya itu.

Mereka berkahwin pada Oktober, 2010 dan memiliki seorang anak perempuan.

-Kosmo

Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

Mata lelaki cenderung tak berkelip semasa dihadapkan tubuh wanita dalam balutan baju ketat, kecil, atau terbuka. Mereka mudah tergoda dengan penampilan seksi wanita. Tapi, tunggu dulu. Tergoda bukan bererti mereka tertarik untuk berhubungan serius.

Wanita Seksi
Gambar hiasan

Kajian terbaharu di Amerika Syarikat menguatkan hujah bahawa ketika lelaki melihat seorang wanita dalam pakaian yang seksi, fikirannya akan berkelana ke arah seks. lelaki akan menjadikan wanita sebagai objek hasrat, tanpa peduli dengan tingkat kecerdasannya.

Dalam kajian tersebut, sejumlah lelaki diperlihatkan siri gambar close up wanita yang fokus ke arah wajah. Sementara kumpulan lelaki lain diperlihatkan siri gambar wanita dengan citra sensual.

Semasa diperlihatkan gambar-gambar wanita berpakaian seksi, berlaku penurunan tahap aktiviti di bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap cara pandang tentang seseorang.

Fikiran lelaki membina kesepakatan bahawa wanita seksi cenderung tidak bijak,tidak bercita-cita, dan tidak ramah.

Kajian serupa yang dilakukan Kurt Gray mengungkap bahawa lelaki menangkap gambaran wanita sensual sebagai seseorang yang berpengalaman soal perasaan, tapi tidak soal logik.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial dan Kepribadian ini juga mengungkap bahawa lelaki memandang wanita dengan baju sopan sebagai peribadi yang kompeten, bijaksana, dan penuh logik.

Hasil kajian tersebut mungkin benar untuk beberapa lelaki namun, Kurt dan beberapa orang yang terlibat dalam kajian serupa berharap bahawa penemuan itu hanya mewakili beberapa kumpulan lelaki.

Ingat kata pepatah: Jangan menilai seseorang dari kulitnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gaya Rambut Botak Separuh Stacy Buruk Dan Menyeramkan

Gaya Rambut Botak Separuh Stacy Buruk Dan Menyeramkan

Sejak tampil dengan fesyen rambut terbaru ala-ala superstar antarabangsa, Rihanna, pelbagai maklum balas telah diterima oleh penyanyi lincah, Stacy terutama ketika pulang ke kampung halamannya di Kota Kinabalu (KK), Sabah baru-baru ini.


Stacy yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, dia bagaimanapun agak terkilan apabila ada peminatnya di KK termasuk ahli keluarga terdekat yang kurang senang dengan gaya rambut ala punk terbarunya itu.

"Entahlah, kebanyakan orang di sini (KK) nampaknya kurang suka dengan gaya rambut terbaru saya ini. Ada yang kata rambut saya nampak macam terbakarlah dan bermacam-macam lagi.

"Tapi saya faham. Saya terima maklum balas mereka dengan hati terbuka. Jadi bila ada yang menegur gaya rambut saya ini, dengan mudah saya akan mengatakan yang saya telah terpotong dengan tidak sengaja," katanya sambil ketawa kecil.

Sudah berada di kampung halamannya sejak lima hari lalu, jelas Stacy gaya rambut terbarunya itu telah dipotong di salon A Cut Above, Sunway Pyramid berhampiran dengan kediamannya pada April lalu.

Katanya, pemilihan gaya rambut berkenaan di buat selepas melihat kehebatan Rihanna beraksi dan juga foto daripada beberapa individu bukan selebriti antarabangsa yang turut menggayakan fesyen rambut serupa.

Meskipun gaya rambut punk berkenaan agak luar biasa, namun menurut Stacy dia tidak mengalami sebarang masalah untuk menggayakannya dengan apa juga pakaian dan juga acara.

"Saya sangat selesa dengan gaya rambut seperti ini. Meskipun ada yang kata tidak cantik, tapi saya tak kisah asalkan saya selesa dengannya.

"Saya bukannya seorang yang suka mengikut peredaran zaman, tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru dan berani dalam berfesyen terutama sekali apabila menyentuh soal rambut.

"Malah ketika membuat persembahan rakaman hari raya untuk stesen TV RTM, pihak stesen TV berkenaan sangat suka dengan fesyen rambut saya ini dan ramai teman-teman di dalam industri yang suka dengan gaya ini.

"Saya rasa ok saja bila menggayakan baju kurung mahupun gaun malam, walaupun dengan rambut baru saya ini" katanya.

Tambah Stacy, dia sedar impak yang diberikan kepada fesyen rambut terbarunya itu banyak dibantu oleh fizikalnya yang semakin kurus sekarang ini.

"Rasanya jika ketika saya gemuk dulu saya buat rambut seperti ini, pasti nampak buruk. Tetapi sekarang kerana sering bermain badminton bersama abang di gelanggang badminton di sebelah rumah saya, berat badan saya semakin berkurangan.

"Kalau dulu berat badan saya 54 kilogram, tetapi sekarang sudah 47 kilogram dan kerana berat badan ini jugalah saya nampak sesuai dan selesa dengan g rambut terbaru ini," katanya.

[Sumber]