Sunday, June 02, 2013

Pelakon Terkenal Korea Ryu Si-won Belasah Isteri?


Aktor terkenal Korea Selatan, Ryu Si-won menafikan dia telah bertindak ganas dengan memukul isterinya.


"Saya terkejut dituduh memukul isteri," tegasnya kepada media Korea Selatan baru-baru ini.

Tambahnya: "Dalam apa juga kes, keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan begitu juga dengan tuduhan terhadap saya itu."

Ekoran itu, Si-won membuktikan bahawa tuduhan terhadap dirinya itu tidak benar sama sekali.

Si-won mendakwa, isterinya sengaja membuat dakwaan tersebut bagi menguatkan permohanannya untuk bercerai dengan dirinya. Perbicaraan kes perceraian mereka sebenarnya telah ditunda buat sementara waktu.

Ujar Si-won lagi: "Setakat ini, saya fikir tidak perlu memberi reaksi (terhadap dakwaan memukul isteri), tetapi kini saya harus bangkit untuk menampilkan apa yang benar, khususnya buat anak saya."

Pada Februari tahun ini, isteri Si-won yang hanya dikenali sebagai Cho memfailkan saman mendakwa dia telah diugut suaminya itu.

Mereka berkahwin pada Oktober, 2010 dan memiliki seorang anak perempuan.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon