Tuesday, June 04, 2013

Kemunculan Terbaru Angelina Jolie Tanpa Payudara!

Kemunculan Terbaru Angelina Jolie Tanpa Payudara!

Selepas membuat pendedahan dirinya sudah menjalani prosedur pembedahan masektomi iaitu membuang kedua-dua payudara, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie tampil pertama di khalayak ramai semasa majlis tayangan perdana filem terbaru lakonan Brad Pitt, World War Z.


Jolie tetap tampil anggun seperti biasa dengan gaun malam berwarna hitam di Empire Cinema, London semalam.

Jolie sebelum ini terpaksa membuang payudaranya kerana dia mempunyai peratusan yang tinggi untuk menghidap kanser payudara dan pangkal rahim sekiranya tidak mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih awal.


Ibunya, Marcheline Bertrand meningggal dunia pada 2007 kerana kanser pangkal rahim sementara makciknya, Debbie Martin baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara minggu lalu.

-Mynewshub

GRO 16 Tahun Sebagai Pelaris Pusat Hiburan

GRO 16 Tahun Sebagai Pelaris Pusat Hiburan

Seorang remaja perempuan warga Vietnam berusia 16 tahun dikatakan antara pelaris sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, memerangkap lelaki hidung belang berbelanja lebih di premis itu.

Wanita warga asing disyaki pelayan dalam operasi Ops Sayang.

Malah, semua 19 gadis pelayan termasuk seorang dari Indonesia dikatakan akan merayu pelanggan membelikan mereka ‘ladies drink’ untuk mendapat pendapatan lebih, sekali gus memberikan keuntungan berganda kepada majikan mereka.

Bagaimanapun, helah pengusaha pusat itu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Dalam ops Sayang bermula jam 11.50 malam itu, seramai 18 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia 16 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan.

Ketua Operasi Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pemeriksaan mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak tiga bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial.

-Hmetro

Memalukan! Gelaran Juara Miss Universe Kanada Di Tarik Balik Kerana Salah Ejaan

Memalukan! Gelaran Juara Miss Universe Kanada Di Tarik Balik Kerana Salah Ejaan

Denise Garrido, 26, hanya sempat menjadi Miss Universe Kanada selama 24 jam sahaja. Selepas tempoh berkenaan, gelaran itu bertukar tangan kepada pemenang sebenar, Riza Santos, 26 dari Calgary.

Denise Garrido.

Semuanya akibat kesilapan ejaan dalam komputer hingga menjejaskan keseluruhan markah yang diberikan kepada lima peserta teratas daripada 57 peserta dalam pertandingan berkenaan.

Menurut ratu sehari itu, dia mengesyaki ada yang tidak kena apabila menerima panggilan yang memintanya menghadiri satu mesyuarat tergempar.

“Jantung saya seolah-olah akan karam apabila mereka mengumumkan bahawa berlaku kesilapan. Saya bingung dan suara saya terketar-ketar. Kisah dongeng ini hanya berlaku dalam 24 jam dan menjadi mimpi ngeri,’’ katanya.

Menurut Garrido, dia cuba melihat perkara itu daripada aspek positif dan cuba mengendalikan situasi ini dengan baik.

“Ia merupakan satu cabaran namun menjadi cerita yang menarik kepada kaum wanita bahawa bahawa saya menjadi Miss Universe, bukan untuk seluruh tahun. Ia tidak akan mengubah hakikat bahawa saya menjadi mangsa,’’ katanya.

Dalam pada itu, penganjur pertandingan itu, Beauties of Canada telah memohon maaf kepada Garrido berikutan kesilapan tersebut.

Denise Garrido dan Riza Santos.

Menurut pengarahnya, Denis Devila, kesilapan itu disedari ketika proses pengesahan dilakukan.

“Miss Garrido merupakan contoh terbaik yang kita cari untuk Miss Universe Kanada. Kita yakin dia akan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukannya,’’ katanya.

Ini bukan kali pertama Miss Universe Kanada mencetuskan kontroversi.

Tahun lalu, salah seorang pesertanya, Jenna Talackova telah dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan akhir selepas mendapati dia melakukan pembedahan jantina dan tidak dilahirkan sebagai wanita.

Namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari selepas itu selepas mendapat bantahan orang ramai.

-Mynewshub

Tunang Yakin Shah Jaszle Di Perangkap Tuduhan Berkhalwat

Tunang Yakin Shah Jaszle Di Perangkap Tuduhan Berkhalwat

Menurut artikel dari portal GUA, Shah Jaszle mendakwa pada hari kejadian terdapat lima orang termasuk dirinya di apartment berkenaan. Penangkapan tersebut berlaku kurang setengah jam selepas dia sampai. Waktu itu, dia baru balik dari penggambaran. Malah sebelum kejadian Shah sempat berbual di telefon dengan tunangnya, Redwani Puteri sebelum terlelap.


"Bila saya sedar, semua dah ada. Yang datang masa itu, empat orang. Polis tak ada. Peliknya, tiga orang lagi tu tak kena. Kami dua saja yang kena. Jika khalwat, sepatutnya satu rumah pun kena tapi hanya nama saya yang keluar," kata Shah yang memberitahu pihaknya masih menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian.

"Kalau ikutkan cerita, sangat pelik sebenarnya. Buat masa ini, lebih baik jika saya tidak memberi sebarang kenyataan. Di mahkamah nanti, barulah saya cerita. Yang kita dapat tahu, orang dalam rumah itu juga (yang membuat panggilan). Itu yang kelakarnya. Kita masih tengah cari bukti. Kita tidak mahu membuat tuduhan melulu."

Menurut Shah lagi, dia tidak melenting atau takut kerana tahu dirinya tidak bersalah. Yang mana betul-betul mengenali dirinya, tahu dia tidak akan melakukan perkara itu. Dia bersyukur mempunyai sokongan keluarga dan tunangnya.

"Bila difikirkan balik, masa itu saya 'blind gila', 'lost' sekejap. Kalau betul saya salah, saya akan dinikahkan tetapi tidak. Saya juga tidak dibenarkan diikat jamin. Saya ditahan sampai pukul empat," kongsinya yang akan mengambil tindakan undang-undang.

Tunang Shah Jaszle, Redwani yang turut berada di sisi ketika Shah ditemuramah Melodi, mengakui dirinya terkejut bila mendapat tahu tentang penangkapan Shah atas tuduhan khalwat. Apabila beliau menghubungi Shah untuk mendapatkan penjelasan, Shah menjelaskan lebih baik jika mereka berbincang bersama-sama keluarga. Enggan memberi tekanan padanya, Redwani akur dan menunggu sehingga tibanya masa yang sesuai untuk kedua-dua keluarga berjumpa.

"Kami dah dengar penjelasannya dan kami terima. Saya kenal dia. Orang boleh cakap macam-macam. Kami tak boleh menghalang orang dari bercakap. Orang akan mempengaruhi saya. Yang mana positif itu, saya dengar. Yang mana negatif itu, saya dengar tapi saya nilai. Memanglah mula-mula marah tapi lepas dah dengar penjelasannya, saya terima. Saya pun manusia biasa. Saya pun buat kesilapan. Saya maafkan tunang saya. Bab hukuman, saya serahkan pada Tuhan. Siapa saya nak hukum orang."

Bila diajukan persoalan jika wujud orang ketiga yang menaruh hati pada Shah dan berniat meleraikan hubungan mereka berdua, Redwani mengakui ada ramai wanita yang ingin mendekati tunangnya. Namun menurutnya, Shah selalu memaklumkan dirinya tentang kawan-kawannya. Jika keluar, dia akan memberitahu dengan siapa.

Mengenai hubungannya dengan wanita yang ditangkap bersamanya itu, Shah menegaskan mereka hanya kawan kerja. Tambahnya selepas kejadian itu, dia sukar hendak berkawan mahupun mempercayai sesiapa.

Shah juga menidakkan dakwaan dia cuba mengelak daripada pihak media bila hanya tampil memberi kenyataan selepas hampir dua minggu mendiamkan diri. Katanya, dia sendiri tidak berani membuat apa-apa kenyataan sebab kes itu tidak dibicarakan lagi.

"Yang saya pelik, kenapa cerita itu keluar? Kenapa ada pengesahan, ada nama dikeluarkan? Sedangkan mahkamah tak cakap apa-apa. Buat sesiapa yang percaya pada keburukkan, tidak apa. 'If you believe me, you believe me.' Saya sendiri tahu, tunang saya tahu saya macam mana. Orang luar, biasalah. Bila tahu, komen. Cuma jangan meragui saya. Saya tidak akan membuat perkara ini. Saya pun tak marah bila orang kutuk, tak percaya penjelasan saya. Saya anggap itu sebagai pengajaran."

Mengenai komen-komen orang luar yang merasakan Redwani layak memiliki bakal suami yang lebih baik daripada Shah, hero filem 'Azura 2012' itu berkongsi ada bertanya pada Redzwani baik mana lagi dia perlu melayannya kerana "saya tahu macam mana saya layan dia".

"Biasalah, orang akan selalu menghukum kita, mengata bukan-bukan," ujar Redwani. "Mereka tidak berada di tempat kita, mereka tidak tahu kisah kita tetapi mereka boleh menghakimi."

Jawapan Redzwani cukup menyenangkan Shah yang menambah, "Mama selalu cakap cari pasangan yang boleh susah dan senang dengan kita. 'She's the one-lah'."

-Gua.com

Monday, June 03, 2013

Panik! Pedalaman Keningau Kehabisan Stok Minyak Petrol

Panik! Pedalaman Keningau Kehabisan Stok Minyak Petrol

Berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, di kilometer 21 Jalan Penampang-Tambunan jumaat lalu, pengguna kenderaan di Pedalaman Keningau, Sabah panik kerana rata-rata stesen menjual minyak petrol dan diesel kehabisan stok.


Sejak kejadian tanah runtuh minggu lalu, kenderaan terpaksa berbaris panjang untuk mengisi minyak kerana risau bekalan minyak lambat dihantar berikutan tanah runtuh berkenaan adalah laluan utama bagi lori-lori tangki bagi membekalkan minyak di daerah itu.

Ramai dikalangan pengguna dilihat membawa gelen-gelen kosong untuk diisi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya masalah ini berterusan.

Daerah-daerah yang terlibat adalah Keningau, Tambunan, Tenom, Sook dan Nabawan yang memiliki sejumlah lebih daripada 200,000 orang penduduk.


Walaupun Jabatan Kerja Raya Sabah telah memaklumkan bahawa kerja-kerja membaiki telah dijalankan dan laluan boleh dilalui menggunakan lencongan sementara, namun pembelian panik dijangka akan terus berlaku dikalangan pengguna kerana kelewatan penghantaran bekalan minyak ke daerah pedalaman berkenaan.

-SP

Giliran Dafi Pula Di Tangkap Berkhalwat?

Giliran Dafi Pula Di Tangkap Berkhalwat?

Seperti sukar untuk dipercayai. Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap khalwat, baru-baru ini.

Dafi

Kejadian tersebut berlaku semasa Dafi menjalani penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Dafi di dakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA)nya.

Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita.

Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf da beredar.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.

Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu.

Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang.

BACA INI JUGA: Khalwat Tetap Dosa, Tak Timbul Soal Dosa Peribadi

Gadis Bunuh Diri Hanya Kerana Rambut Tersilap Potong

Gadis Bunuh Diri Hanya Kerana Rambut Tersilap Potong

Seorang pekerja kilang, Frankie Warren, 26, dipercayai membunuh diri selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu kerana tidak berpuas hati dengan potongan rambutnya.

Frankie Warren

Menurut polis, Frankie tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan menghilangkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang.

Keretanya ditemui di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 80 batu dari rumahnya manakala mayat Frankie dijumpai dalam hutan.

Dalam pada itu, pengurus kilang di mana Frankie bekerja memberitahu, mendiang telah memotong rambutnya beberapa minggu lalu, namun dia tidak berpuas hati dengan potongan tersebut.

“Frankie amat sedih kerana rambut yang dipotongnya tidak memenuhi kehendaknya dan dia menjadi amat murung.

“Dia kemudiannya beberapa kali berulang ke kedai gunting, namun rambutnya semakin teruk,’’ katanya.

Perkara itu turut diakui oleh ibu bapa Frankie iaitu Kiera dan Margerie.

Sementara teman lelakinya, Sam Cotton, 27, yang turut menyertai usaha mengesan mangsa ketika dia dilaporkan hilang berkata, Frankie tidak pernah menghilangkan diri sebelum ini.

“Ia bukan karakternya menghilangkan diri,’’ katanya.

-Mynewshub

Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Benjamin Franklin merupakan salah seorang penandatangan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat (4 Julai 1776).

Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Dia lahir di Milk Street, Boston, pada 17 Januari 1706 dari ayahnya Josiah Franklin yang berkahwin dua kali. Benjamin anak bongsu dari 17 bersaudara.

Benjamin berhenti sekolah di usia sepuluh tahun. Dua tahun kemudian dia bekerja di syarikat penerbitan milik James, abangnya sendiri, yang menerbitkan akhbar New England Courant.

Di tempatnya bekerja, Benjamin menjadi penyumbang dan kemudian sebagai editor. Suatu hari Ben bertengkar dengan James, akhirnya Benjamin berhijrah ke New York, kemudian ke Philadelphia pada Oktober 1723.

Benjamin Franklin merupakan tokoh Freemasonry London, yang menjalin hubungan rapat dengan Rothschild, seorang pemikir Konspirasi Yahudi Internasional.

Namun lama-kelamaan, setelah melihat dengan mata kepala sendiri pelbagai perkembangan yang tidak menguntungkan Amerika Syarikat, terutama berkaitan perkembangan kaum Yahudinya serta penguasaan kaum ini atas sendi-sendi perekonomian, Franklin sedar bahawa selama ini dia telah melakukan sesuatu yang salah.

Kaum Yahudi yang dulu begitu dekat dengannya ternyata tidak ubah seperti lintah darat yang mampu menghisap dengan amat rakus dan buas segala sumber alam dan manusia Amerika Syarikat.

Franklin pun menjarakkan diri dari gerakan Freemasonry dan berusaha dengan gigih, tanpa kenal takut, untuk mengingatkan rakyat Amerika Syarikat tentang bahayanya orang-orang Yahudi di Amerika.

Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Salah satu usaha Benjamin Franklin yang menjadi fenomena dan dicatat dalam sejarah Amerika sendiri adalah surat ramalannya tentang Yahudi di Amerika, inilah surat peringatan Benjamin Franklin:

"Di sana ada bahaya besar yang mengancam Amerika. Bahaya itu adalah orang-orang Yahudi. Di bumi manapun Yahudi itu berdiri, mereka selalu menurunkan tahap moral, kejujuran dalam dunia komersial. Mereka hidup mengasingkan diri, dan berusaha mencekik leher kewangan pribumi, seperti yang terjadi di Portugal dan Sepanyol.

Sejak lebih dari 1700 tahun, orang Yahudi mengeluh nasib yang mereka alami, kerana mereka telah diusir dari bumi pertiwi. Perlu dikatahui wahai saudara sekalian, seandainya dunia meneruskan budaya seperti sekarang ini dengan memberikan tanah Palestin, mereka segera mencari pelbagai alasan untuk tidak kembali ke sana. Mengapa? Mereka tidak lain adalah vampire penghisap darah. Dan seekor vampire tidak akan boleh hidup dengan vampire lain. Orang Yahudi itu tidak boleh hidup dalam kalangan mereka sendiri. Mereka perlu hidup dengan orang Kristian atau bangsa-bangsa yang bukan dari golongan mereka.

Jika orang Yahudi tidak disingkirkan dari Amerika dengan kekuatan Undang-Undang, maka dalam masa 100 tahun akan datang, mereka akan menguasai dan menghancurkan kita dengan menukar bentuk pemerintahan yang telah kita perjuangkan dengan pengorbanan darah, nyawa, harta dan kemerdekaan peribadi kita. Seandainya orang Yahudi tidak diusir dalam masa 200 tahun akan datang, anak cucu kita nanti akan bekerja diladang-ladang untuk memberi makan kepada orang-orang Yahudi. Sementara itu, orang Yahudi akan mengira wang dalam tangan mereka di pelbagai syarikat kewangan.

Saya ingatkan anda sekalian. Kalau anda tidak menyingkirkan Yahudi untuk selamanya, maka anak cucu dan cicit kalian akan memanggil-manggil nama kalian dari atas liang kubur kalian kelak. Fikiran yang ada dibenak orang Yahudi tidak seperti yang ada pada orang Amerika. Walaupun mereka hidup bersama kita selama beberapa generasi, mereka tidak akan berubah sebagaimana harimau tidak boleh menukar warna kulitnya. Mereka akan menghapuskan institusi kita. Oleh kerana itu, mereka harus disingkirkan dengan perlembagaan"

Surat ini ditulis oleh Benjamin Franklin berkenaan dengan Rencana Undang-Undang tahun 1789 dan dimuatkan dalam Charles Pinsky Journal, South Carolina. Teks asal sampai sekarang masih boleh dilihat di Franklin Institute Philadelphia, AS.

Benjamin Franklin's opinion about Jews:

"For over 1,700 years, the Jews have been bewailing their sad fate in that they have been exiled from their homeland, as they call Palestine. But gentlemen, did the world give it to them in fee simple, they would at once find some reason for not returning. Why? Because they are vampires, and vampires do not live on vampires. They cannot live only among themselves. They must subsist on Christians and other people not of their race".

(Passage of Benjamin Franklin's speech in a "CHIT CHAT AROUND THE TABLE DURING INTERMISSION," at the Philadelphia Constitutio-nal Convention of 1787. This statement was recorded in the diary of Charles Cotesworth Pinckney, a delegate from South Carolina.)

Baca juga disini, The Franklin Prophecy (Wikipedia).

BACA INI JUGA: Kisah Bangsa Yahudi Yang di Laknat Tuhan

Sumber: che-armad.blogspot.com

Perang Dingin Terkenal Antara Artis Dan Ibu Bapa Mereka

Perang Dingin Terkenal Antara Artis Dan Ibu Bapa Mereka

Perang dingin antara artis dan ibu bapa tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga dalam dunia seni di seluruh dunia termasuk Hollywood. Banyak sebab yang menjadi punca perang dingin dan selalunya ia berlaku selepas anak mereka bergelar artis popular.


Ada antara mereka yang telah berbaik semula, namun perang dingin yang berlaku dilihat tidak lebih ibarat drama kerana air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah hubungan antara ibu bapa dan anak.

Di bawah beberapa artis yang pernah menarik perhatian media dengan episod perang dingin bersama ibu bapa masing-masing.

Angelina Jolie


Aktres terkenal Hollywood Angelina Jolie telah memutuskan hubungan dengan bapanya, Jon Voight selama lapan tahun.

Tidak diketahui apakah punca sebenarnya hubungan itu retak, namun dalam satu temu bual Jolie memberitahu, dia memutuskan hubungannya dengan bapa kerana dirasakan bapanya membawa pengaruh yang tidak sihat kepada hubungannya dengan anak angkatnya, Maddox.

Bapanya pernah memberitahu media bahawa anaknya mempunyai masalah mental yang serius kerana mengambil anak angkat dari negara lain.

Bagaimanapun hubungan itu kembali pulih pada tahun 2010 selepas kematian ibu Jolie pada tahun 2007 hasil daripada kerjasama yang diberikan pasangan Jolie, Brad Pitt kepada bapanya itu.

Julia Perez


Pelakon seksi Indonesia, Julia Perez atau dikenali sebagai Jupe pernah melancarkan perang dingin terhadap ibunya, Sri Wulansih gara-gara tidak merestui hubungannya dengan pemain bola sepak kelab Pelita Bandung Raya, Gaston Castano yang berasal dari Argentina.

Apabila hubungan Jupe dan Gaston terputus, ibunya mengambil kesempatan itu untuk menjodohkan Jupe dengan seorang ustaz. Bagaimanapun usaha itu gagal apabila Jupe kembali bersama Gaston.

Jupe yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga bulan kerana menyerang Dewi Persik mendapat sokongan moral daripada ibunya.

Namun, apabila disoal tentang hasrat Gaston yang ingin berkahwin dengan Jupe selepas dia keluar dari penjara, ibunya enggan memberi sebarang komen.

Lindsay Lohan


Aktres yang bermasalah, Lindsay Lohan mempunyai hubungan yang tidak baik dengan bapanya Michael Lohan.

Sejak bergelar pelakon, bapanya mempunyai masalah mengawal kemarahan dan dadah. Akibatnya, dia sering mencederakan orang dan berakhir dengan dia dipenjarakan serta bercerai dengan isterinya Dina.

Meskipun hubungan mereka tidak baik, Lindsay memberitahu media, dia sentiasa cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan bapa, bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana sentiasa berakhir dengan kesudahan yang teruk.

Kata Lindsay: “Dia (bapa) tidak akan berubah. Sampai satu tahap, saya hanya menerima keadaan itu seadanya.

Setiap kali saya cuba bawanya ke dalam kehidupan saya, dia pasti akan buat kecoh dan menggunakan peluang yang ada untuk kepentingannya sendiri.”

JLa Toya Jackson


Penyanyi La Toya Jackson yang merupakan kakak kepada penyanyi terkenal mendiang Michael Jackson telah menulis dalam buku autobiografinya yang berjudul La Toya: Growing Up in the Jackson Family, bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan bapanya.

Katanya dalam buku itu, bapanya Joe Jackson seorang pendera, kaki perempuan dan mungkin pernah menderanya secara seksual. Michael juga pernah mengesahkan kenyataan kakaknya itu tentang penderaan dalam keluarga mereka.

La Toya turut menyelar cara didikan ibunya yang disifatkan terlalu mengongkong. Namun, pada tahun 2003, penyanyi itu mengumumkan bapanya telah memohon maaf kepadanya.

Macaulay Culkin


Pelakon yang popular pada zaman kanak-kanak dengan filem Home Alone, Macaulay Culkin mula ‘berperang’ dengan bapanya apabila dia meningkat ke usia remaja selepas menyedari pendapatannya dikuasai sepenuhnya oleh ayahnya itu.

Bagi mendapatkan hak terhadap pendapatannya sendiri, Culkin telah mengheret bapanya ke mahkamah. Ketika itu hubungan ibu dan bapanya mula retak.

Bapanya dikatakan gila kuasa impak populariti anaknya itu. Selepas menang kes tersebut, Culkin memutuskan hubungan dengan bapanya sehingga hari ini.

Ariel Winter


Pelakon siri popular Modern Family, Ariel Winter, 15, telah berselisih faham dengan ibu kandungnya Chrystal Workman sejak tahun lalu.

Malah, Ariel turut memfailkan permohonan di mahkamah menolak untuk dipelihara ibunya atas dakwaan melakukan penderaan emosi terhadapnya.

Ariel berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk berada di bawah jagaan kakaknya, Shanelle dan menyifatkan kakaknya sebagai ibu dan rakan yang terbaik untuknya.

Sejak menang kes itu, Ariel enggan lagi dikaitkan dengan ibunya itu. Memburukkan lagi keadaan, Ariel secara terbuka memberitahu pihak media, dia menyifatkan ibunya itu telah mati.

BACA INI JUGA: Anak-beranak Selebriti Terkenal Hollywood

Sumber: Kosmo.com.my

Video Gadis Ligat Menari Seperti Di Rasuk Ketika Konsert

Video Gadis Ligat Menari Seperti Di Rasuk Ketika Konsert

Seorang wanita yang pergi menyaksikan sebuah konsert telah dirasuk sehinggakan membuatkan orang awam di situ terpinga-pinga melihat keadaan dirinya yang berada dalam keadaan separa sedar seperti itu.


Wanita itu dirasuk sehinggakan dia seperti hilang arah malah boleh memanjat tiang yang terdapat di tapak konsert terbabit.

Akibat dirasuk, wanita itu menjadi agresif dan seolah-olah tidak kepenatan dengan aksinya itu.

Kelihatan juga di dalam video itu seorang pawang bersama sebotol air jampi mungkin dalam usaha merawat wanita itu supaya kembali sedar daripada dirasuk.

Video dibawah:-



-Mynewshub