Monday, June 03, 2013

Gadis Bunuh Diri Hanya Kerana Rambut Tersilap Potong


Seorang pekerja kilang, Frankie Warren, 26, dipercayai membunuh diri selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu kerana tidak berpuas hati dengan potongan rambutnya.

Frankie Warren

Menurut polis, Frankie tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan menghilangkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang.

Keretanya ditemui di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 80 batu dari rumahnya manakala mayat Frankie dijumpai dalam hutan.

Dalam pada itu, pengurus kilang di mana Frankie bekerja memberitahu, mendiang telah memotong rambutnya beberapa minggu lalu, namun dia tidak berpuas hati dengan potongan tersebut.

“Frankie amat sedih kerana rambut yang dipotongnya tidak memenuhi kehendaknya dan dia menjadi amat murung.

“Dia kemudiannya beberapa kali berulang ke kedai gunting, namun rambutnya semakin teruk,’’ katanya.

Perkara itu turut diakui oleh ibu bapa Frankie iaitu Kiera dan Margerie.

Sementara teman lelakinya, Sam Cotton, 27, yang turut menyertai usaha mengesan mangsa ketika dia dilaporkan hilang berkata, Frankie tidak pernah menghilangkan diri sebelum ini.

“Ia bukan karakternya menghilangkan diri,’’ katanya.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon