Tuesday, June 04, 2013

Kemunculan Terbaru Angelina Jolie Tanpa Payudara!


Selepas membuat pendedahan dirinya sudah menjalani prosedur pembedahan masektomi iaitu membuang kedua-dua payudara, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie tampil pertama di khalayak ramai semasa majlis tayangan perdana filem terbaru lakonan Brad Pitt, World War Z.


Jolie tetap tampil anggun seperti biasa dengan gaun malam berwarna hitam di Empire Cinema, London semalam.

Jolie sebelum ini terpaksa membuang payudaranya kerana dia mempunyai peratusan yang tinggi untuk menghidap kanser payudara dan pangkal rahim sekiranya tidak mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih awal.


Ibunya, Marcheline Bertrand meningggal dunia pada 2007 kerana kanser pangkal rahim sementara makciknya, Debbie Martin baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara minggu lalu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon