Jul 17, 2014

Kontroversi Pemilihan Pelakon Filem-filem Hebat Hollywood

Antara faktor utama kejayaan sesebuah filem adalah faktor pemilihan pelakon-pelakon yang bersesuaian dengan watak yang dipegang. Namun, adakalanya pemilihan pelakon utama juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan kontroversi dimana pilihan pelakon yang dirasakan oleh peminat tidak sesuai dengan watak yang dibawa.

Jom kita ikuti antara pemilihan-pemilihan pelakon utama yang berhadapan dengan kontroversi sebelum ini.

Heath Ledger
Joker, The Dark Knight

Heath Ledger  Joker, The Dark Knight

Peminat-peminat Batman sememangnya sangat fanatik. Semasa pengarah Christopher Nolan mengumumkan yang mendiang Heath Ledger yang sebelumnya lebih dikenali sebagai raja watak romantik komedi akan memegang watak penjahat paling menakutkan dalam filem Batman, Joker, mereka terus mengamuk.

Namun ternyata 'amukan' mereka tidak mempengaruhi lakonan Heath Ledger kerana hasilnya, Heath dikatakan memberikan lakonan terbaiknya untuk watak Joker sehinggakan semua pihak memujinya. Watak Joker dikatakan sangat hidup dalam 'tangan' Heath. Filem itu turut menjadi box office dan Heath sendiri mendapat anugerah walaupun selepas kematiannya untuk watak tersebut.

Ben Affleck
Batman

Ben Affleck, Batman

Dalam filem Superman vs Batman yang akan datang, pelakon Ben Affleck akan menggantikan Christian Bale bagi watak Batman namun para peminat superhero itu sangat marah apabila mengetahui yang Ben telah dipih untuk menggantikan Christian. Mereka merasakan yang dia tidak cukup meyakinkan untuk watak tersebut selain dia sendiri bukanlah pelakon watak-watak aksi. Malah, peminat komik Marvel juga telah membuat satu petisyen untuk meminta Ben digugurkan dari memegang watak tersebut. Petisyen itu mendapat sokongan lebih 95,000 orang namun rezeki masih berpihak di tangan Ben dan dia tetap akan melakonkan watak superhero tersebut.

Anne Hathaway
Selina Kyle, Batman

Anne Hathaway, Selina Kyle, Batman

Peminat Batman mengamuk apabila Anne Hathaway dipilih untuk membawa watak Selina Kyle sebagai Catwomen. Peminat dan pengkritik seolah-olah berada dalam keadaan panik apabila mengetahui Anne terpilih memegang watak tersebut.

Apa yang mereka risaukan ialah tentang lakonan Anne sebelumnya yang lebih banyak memaparkan wataknya dalam imej yang baik. Malah, mereka turut membandingkan Anne dengan Michelle Pfieffer yang pernah memegang watak itu sebelum ini. Hasilnya, apabila filem The Dark Night Rises ditayangkan, filem itu dan lakonan Anne mendapat pelbagai reaksi bercampur-campur.

Hayden Christensen
Anakin, Star Wars

Hayden Christensen, Anakin, Star Wars

Walaupun prekuel filem Star Wars memang bermasalah tetapi pemilihan pelakonnya menambahkan lagi masalah tersebut. Ramai peminat dan pengkritik berpendapat, Hayden sebagai Anakin adalah pilihan yang teruk kerana dikatakan lakonannya tidak mantap. Hayden telah dianugerahkan dengan dua anugerah Razzie untuk wataknya itu (anugerah terburuk dalam industri lakonan).

Renee Zellweger
Bridget Jones Diary

Renee Zellweger, Bridget Jones Diary

Mula-mula sekali isunya ialah peranan itu ialah seorang wanita British sedangkan Renee ialah seorang wanita Amerika. Malah, peminat juga risau kerana badan Renee sangat kurus sedangkan watak Bridget ialah seorang wanita yang agak berisi. Mereka mahukan Kate Winslet ataupun Cate Blanchett untuk memegang watak tersebut.

Namun, Renee tetap dipilih dan dengan hasil kerja kerasnya, Renee berjaya menepis semua dakwaan dan sangkaan buruk terhadapnya dengan membuktikan bahawa dia mampu bertutur dalam logat British dengan baik selain turut menambahkan berat badannya sehingga 20 paun untuk menepati ciri watak tersebut. Filem tersebut turut meraih box office malah Renee turut dicalonkan untuk anugerah Oscar.

Tom Cruise
Interview With a Vampire

Tom Cruise, Interview With a Vampire

Pada tahun 1990an, nama Tom Cruise sangat besar dalam dunia perfileman malah setiap filem yang dibintanginya akan berjaya meraih box office. Namun, apabila namanya disebut-sebut sebagai pemegang watak jahat 'Vampire', ramai yang mempersoalkannya terutama peminat novel Anne Rice sendiri.

Menurut mereka, Tom Cruise tidak menyamai gambaran watak dalam novel kerana Lestat sepatutnya seorang yang mempunyai ketinggian lebih 6 kaki dan mempunyai rambut perang yang cantik sedangkan Tom seorang yang pendek dan rambutnya bukan perang.

Malah, Anne Rice sendiri menyatakan rasa tidak puas hati dengan pemilihan tersebut namun akhirnya semua orang menyedari bakat yang dimiliki oleh Tom Cruise dan betapa padannya dia dengan watak tersebut apabila filem itu ditayangkan di pawagam.

Robert Pattinson
Edward Cullen, Twilight

Robert Pattinson, Edward Cullen, Twilight

Siri filem Twilight telahpun berakhir dan bagi para peminat dan novel tersebut, siapa yang tidak jatuh hati pada Robert Pattinson yang memegang watak Edward Cullen. Namun, pada mulanya, para peminat novel Twilight tidak menyenangi pemilihan Robert Pattinson yang pada masa itu hanyalah pendatang baru dalam dunia lakonan.

Mereka merasakan dia tidak mampu untuk membawakan watak Edward dengan berkesan. Malah penulisnya sendiri, Stephanie Meyer pernah berangan-angan untuk mengambil Henry Cavill untuk berlakon sebagai Edward dan dia juga pada mulanya membantah pemilihan Robert Pattinson. Namun, sejak mula ditayangkan, peminat terus jatuh hati kepada Robert yang mampu membawakan watak Edward Cullen sepertimana yang digambarkan dalam novel.

Jennifer Lawrence
The Hunger Games

Jennifer Lawrence, The Hunger Games

Setelah dua siri filem The Hunger Games ditayangkan, sukar untuk membayangkan mana-mana pelakon lain selain Jennifer yang membawakan watak Katniss Everdeen. Namun, semasa pihak produksi memilihnya untuk watak tersebut, dia mendapat banyak bantahan.

Ramai peminat yang tidak yakin dengan bakat lakonannya selain mengatakan yang Jennifer hanya seorang gadis cantik yang berambut perang dan bermata biru seperti kebanyakannya yang berjaya menawan Hollywood. Namun, sebaik sahaja filem ini ditayangkan, para peminat terus jatuh cinta dengan lakonan dan bakat yang ditonjolkan Jennifer sebagai pembawa watak utama filem tersebut sebagai Katniss Everdeen.

Daniel Craig
James Bond 007

Daniel Craig, James Bond 007

Peminat dan pengkritik filem hampir menjadi gila apabila Daniel Craig dipilih sebagai pemegang watak James Bond yang paling baru. Malah, mereka mula menggelarnya dengan nama seperti Bland, James Bland dan turut mengecam untuk memboikot filem tersebut. Dari segi paras rupa sehinggalah ke personalitinya, ramai yang merasakan Daniel Craig tidak menepati imej hebat James Bond.

Watak tersebut yang sering digambarkan sebagai seorang yang tinggi, berkulit agak gelap dan mempunyai raut wajah tampan, sedangkan Daniel berambut perang dan bukannya menjadi kegilaan di Hollywood. Tapi semua kritikan itu tidak melemahkan semangat Daniel dan dia berjaya menutup segala kritikan tersebut dengan persembahan mantapnya sebagai James Bond terbaru dan seterusnya menjadi ikon James Bond yang terkini.

Chris Pine
Star Trek

Chris Pine, Star Trek

Peminat cerita sains fiksyen berasa tidak gembira apabila pelakon Chris Pine yang lebih tersohor namanya dalam filem-filem romantik komedi telah terpilih untuk membawakan watak Kapten Kirk.

Namun sebenarnya, pengarah pemilihan pelakon lebih berpengalaman daripada kita semua dan apa yang dimiliki oleh Chris mungkin dapat dilihat olehnya bukannya peminat biasa.

Lakonan Chris Pine sebagai Kapten Kirk nampak sangat meyakinkan sehinggakan peminat yang sebelum ini membantah pemilihannya terus bertukar menjadi peminat seperti mereka meminati William Shatner, pemegang watak asal.

BACA INI JUGA: Top 10 Kos Pembikinan Paling Mahal Filem Hollywood

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Assalammualaikum... sentiasa panas,

baca2 maklumat tentang filem di blog nie.. bagus ada perkara yang tak tahu...

mselim3

tapi david craig tu mmg xsesuai jd james bond haha

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon