Monday, August 07, 2017

Bahaya Batuk Kokol, Tanda, Simptom, Pencegahan Dan Rawatannya

Bahaya Batuk Kokol, Tanda, Simptom, Pencegahan Dan Rawatannya

Batuk kokol atau juga dikenali sebagai Pertussis atau whooping cough, adalah penyakit yang amat berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian.

Batuk Kokol

Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun dan sekitar 300,000 kematian setahun dengan 90% semua kes berlaku di negara membangun.

Batuk Kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan simptom pada awalnya sederhana dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.

Penyakit batuk kokol berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun.

Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.

Tahap batuk berlangsung selama enam minggu sebelum berkurangan dan di sesetengah negara batuk kokol ini digelar batuk 100 hari.

Penyakit yang serupa, lebih sederhana disebabkan oleh B. parapertussis.

Batuk kokol jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak dengan terdapat kira-kira 40 juta kes baru setiap tahun dan mengakibatkan 340,000 kematian di mana satu peratus daripadanya dikalangan bayi berumur kurang setahun. Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup di saluran pernafasan.

Bakteria batuk kokol sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan. Batuk kokol boleh menyebabkan pneumonia, konvulsi, pendarahan dan kekeringan.

Batuk kokol atau juga dikenali sebagai Pertusis, adalah penyakit yang cepat berjangkit dan merupakan salah satu daripada penyebab kematian utama bagi penyakit yang mempunyai vaksin pencegah kematian.

Dianggarkan terdapat 30-50 juta kes setiap tahun dan sekitar 300,000 kematian setiap tahun. 90% daripada kes berlaku di negara membangun.

Penyakit batuk kokol mula dikenal pasti dan digambarkan seawal tahun 157 dan organisma penyebabnya, Bordetella pertussis, telah diasingkan dalam kultur ditulenkan pada tahun 1906 oleh Jules Bordet dan Octave Gengou.

Pasangan asas genome B. pertussis lengkap berjumlah 4,086,186 telah dipetakan turutannya pada tahun 2002.

Tanda dan simptom

Ciri-ciri benyakit batuk kokol adalah batuk, demam, bersin, dan hidung berair. Selepas beberapa minggu batuk bertukar sifat, dengan baruk ( paroxysms ) diikuti serta merta dengan bunyi "whooping".

Gejala batuk Coughing fits berkemungkinan diikuti dengan muntah, yang dalam kes teruk boleh menyebabkan kekurangan zat (malnutrition).

Kerumitan lain penyakit batuk kokol termasuk paru-paru berair (pneumonia), encephalitis dan (superinfeksi) bakteria kedua.

Simptom klasik batuk kokol adalah batuk mengejut ("paroxysmal"), pernafasan nyaring ("whoop") dan muntah selepas batuk.

Batuk akibat batuk kokol telah di rekod menyebabkan pendarahan dalam kepala (subconjunctival hemorrhage), retak tulang selangka, kencing berterusan, buasir, pengsan selepas batuk (syncope) dan kecederaan arteri vertebra ("vertebral artery dissection").

Sekiranay muntah selepas batuk kokol atau bunyi pernafasan nyaring selepas batuk, kemungkinan bahawa ia merupakan batuk kokol hampir berganda.

Sebaliknya, ketiadaan batuk tiba-tiba (paroxysmal) atau "posttussive emesis" menjadikan ia separuh bukan.

Tempoh pengeraman biasanya antara tujuh hingga sepuluh hari, selepas mana biasanya terdapat simptom pernafasan serdahana, batuk serdahana, bersin, atau hidung berair. Keadaan ini dikenali sebagai tahap catarrhal.

Selepas satu atau dua minggu, batuk berkembang menjadi batuk kokol klasik luar kawal, dengan setiap lima hingga sepuluh batuk kuat, diikuti dengan bunyi "whoop" nyaring pada kanak-kanak kecil, atau tercungap bagi kanak-kanak lebih tua, ketika pesakit bergelut untuk bernafas selepas batuk (tahap serangan Paroxysmal).

Batuk boleh dicetus sendiri atau ketika menguap, menegang urat, gelak, makan, atau menjerit; ia biasanya berlaku secara berkelompok, dengan banyak ulangan setiap beberapa jam sepanjang masa.

Tahap ini biasanya berlangsung antara dua hingga lapan minggu atau kadang-kala lebih lama. Perubahan perlahan kemudian berlaku kepada tahap sembuh, yang biasanya selama satu hingga dua minggu.

Tahap ini diikuti dengan pengurangan batuk kokol mengejut (paroxysms), dari segi kekerapan dan tahap teruk dan berhenti muntah.

Diagnosis

Kaedah yang digunakan dalam diagnosis makmal termasuk kaedah kultur mikrobiologi sapuan nasopharyngeal pada agar Bordet-Gengou, tindak balas jaringan polymerase (polymerase chain reaction - PCR), antibodi florosen langsung ("direct fluorescent antibody - DFA"), dan serologi.

Bakteria hanya boleh diambil dari pesakit hanya dalam tempoh sakit tiga minggu pertama, menjadikan kultur dan DFA tidak berguna selepas tempoh ini, sungguhpun PCR mungkin memiliki kegunaan terhad bagi tiga minggu tambahan.

Bagi kebanyakan dewasa dan remaja, yang tidak mendapatkan rawatan sehingga selepas beberapa minggu sakit, serologi boleh digunakan bagi menentukan samaada antibodi terhadap toksin pertussis atau komponen lain B. Pertussis hadir pada kadar yang tinggi dalam darah pesakit.

Pada tahap ini mereka telah menjangkiti selama beberapa minggu dan mungkin telah menyebarkan jangkitan kepada ramai orang.

Disebabkan ini, orang dewasa, yang tidak terancam besar dari batuk kokol, semakin digalakkan untuk mendapatkan vaksin.

Vaksin

Vaksin batuk kokol amat berkesan, dan amat digalakkan, dan menyelamatkan beribu nyawa setiap tahun.

Kadar keberkesanan bergantung kepada jenis vaksin (sebahagian sel (acellular) atau sel penuh), pengeluarnya, berapa banyak imunisasi lain yang diberikan pada masa yang sama, dan usia pesakit; pelbagai anggaran dari menghalang penyebaran penyakit pada 50%–95% orang yang terdedah kepada penyakit.

Tempoh perlindungan adalah antara lima sehingga sepuluh tahun. Ini merangkumi masa bayi, yang merupakan pendedahan terbesar dan risiko kematian terbesar akibat batuk kokol.

Bagi kanak-kanak, imunisasi biasanya diberikan secara gabungan bersama imunisasi terhadap tetanus, diphtheria, polio dan haemophilus influenzae type B, pada usia dua, empat, dan enam bulan. Penggalak tunggal diberikan pada usia tiga hingga empat tahun.

Penyakit batuk kokol merebak melalui semburan melalui udara dari selaput hingus (mucous membranes) pesakit.

Rawatan penyakit kokol melalui antibiotik (sering kali erythromycin atau chloramphenicol) menyebabkan pesakit kurang berjangkit tetapi berkemungkinan tidak mengurangkan penyakit batuk kokol dengan berkesannya.

Vaksin batuk kokol mulanya diformula pada tahun 1926 sebagai persiapan sel lengkap tetapi sekarang terdapat sebagai persiapan asellular, yang menyebabkan kesan sampingan yang kurang.

Vaksin batuk kokol menawarkan perlindungan hanya untuk beberapa tahun, dan diberikan agar keimune tahan sepanjang masa kecil( childhood ), masa pendedahan dan risiko terbesar.

Imunisasi sering diberikan sebagai gabungan bersama kancing gigi (tetanus) dan keimune diphtheria, pada usia 2, 4, dan 6 bulan, dan kemudian pada usia 15-18 bulan dan 4-6 tahun.

Persedian vaksin asellular sedang dikaji untuk keselamatannya pada remaja dan dewasa. Secara tradisi vaksin pertusis tidak diberikan selepas usia tujuh tahun, kerana peningkatan kes kesan sampingan yang dikaitkan dengan pelalian meningkat mengikut usia.

Kesan sampingan pelalian adalah neurologi: ia termasuk sawan dan serangan hipotonik.

Penyakit batuk kokol kurang jelas pada orang dewasa dan kebanyakan kes tidak dikesan.

Kebanyakan kes batuk kokol disebabkan B. pertussis, pada awalnya dijangkakan sebagai punca tunggal batuk kokol manusia: bagaimanapun dalam sebahagian kes batuk kokol ia disebabkan oleh bakterium, B. parapertussis.

Sindrom serupa dalam haiwan disebabkan oleh B. bronchiseptica dan bagi burung oleh B. avium dan B. hinzii.

Bordetella pertussis meningkatkan lagi faktor menular (virulence factors), termasuk toksin pertussis, toksin (adenylate cyclase), (filamentous hemagglutinin, tracheal cytotoxin, fimbriae, dan pertactin).

Komponen batuk kokol bagi vaksin DPT bertanggung jawab bagi kebanyakan kesan sampingan tempatan dan sistemik rendah bagi kebanyakan bayi yang divaksin (seperti demam serdahana atau sakit pada tempat suntikan).

Penyakit batuk kokol kurang jelas pada orang dewasa dan kebanyakan kes tidak dikesan.

Kebanyakan kes batuk kokol disebabkan B. pertussis, pada awalnya dijangkakan sebagai punca tunggal batuk kokol manusia: bagaimanapun dalam sebahagian kes batuk kokol ia disebabkan oleh bakterium, B. parapertussis.

Sindrom serupa dalam haiwan disebabkan oleh B. bronchiseptica dan bagi burung oleh B. avium dan B. hinzii.

Bordetella pertussis meningkatkan lagi faktor menular (virulence factors), termasuk toksin pertussis, toksin (adenylate cyclase), (filamentous hemagglutinin, tracheal cytotoxin, fimbriae, dan pertactin.

Komponen batuk kokol bagi vaksin DPT bertanggung jawab bagi kebanyakan kesan sampingan tempatan dan sistemik rendah bagi kebanyakan bayi yang divaksin (seperti demam serdahana atau sakit pada tempat suntikan).

Jangkitan kepada batuk kokol memberikan imunisasi sementara, tetapi—sebagaimana vaksin—tidak memberikan imunisasi yang berkekalan.

Vaksin acellular baru, dikenali sebagai vaksin DPT, telah mengurangkan kejadian kesan sampingan berbanding vaksin "sel penuh" batuk kokol.

Penyediaan vaksin acellular bagi dewasa dan remaja telah diluluskan di Kanada, Eropah, dan Amerika Syarikat.

Kontrovesi

Kesan paling serius bagi imunisasi “sel penuh” awal adalah neurologi dan termasuk sawan dan serangan hipotonik.

Tambahan lagi sejumlah kanak-kanak menderita alahan dan kesan teruk pada vaksin pertussis termasuk sawan teruk.

Kebanyakan kontrovesi berkenaan vaksin DPT pada 1970-an dan 1980-an berkait dengan persoalan sama ada komponen pertussis sel penuh bertanggung jawab bagi kecederaan otak kekal dalam kes jarang-jarang, dikenalis sebagai pertussis vaccine encephalopathy.

Disebalik kemungkinan ini, doktor tetap mensyorkan vaksin ini disebabkan kebaikan kesihatan umum yang lebih besar, kerana kadar kes didakwa amat rendah (satu kes setiap 310,000 imunisasi immunizations, atau 50 kes setiap 15 juta imunisasi setiap tahun di Amerika Syarikat), sedangkan risiko kematian akibat penyakit batuk kokol adalah tinggi (batuk kokol mengakibatkan kematian beribu penduduk Amerika Syarikat setiap tahun sebelum vaksin diperkenalkan.).

Tiada kajian menunjukkan hubung-kait mudah (causal connection) dan kajian berikutnya menunjukkan tiada kaitan antara sebarang jenis vaksin DPT yang diberikan dengan kecederaan otak kekal.

Kerosakan otak didakwa disebabkan vaksin ternyata disebabkan keadaan tidak berkait, epilepsi bayi.

Akhirnya bukti menentang kewujudan hipotesis encephalopathy vaksin batuk kokol memuncak sehingga pada tahun 1990, Journal of American Medical Association mengelarnya sebagai "mitos" dan "mengarut".

Bagaimanapun, sebelum ia diketahui, pengkritik kajian yang tidak menunjukkan kaitan dan beberapa bukti anecdotal yang diterbitkan dengan meluas mengenai kecacatan kekal yang dipersalahkan kepada vaksin DPT mendorong kepada pergerakan anti-DPT pada tahun 1970-an.

Publisiti negetif dan pencetuk ketakutan telah menyebabkan penurunan penvaksin di beberapa negeri, termasuk Great Britain, Sweden, dan Jepun. Dalam banyak kejadian, ini diikuti peningkatan dramatik kes batuk kokol.

Dakwaan tidak saintifik mengenai vaksin mendorong banyak pengeluar vaksin keluar dari pasaran.

Pada tahun 1982, dokumentari telivisen "DTP: Vaccine Roulette" menggambarkan kehidupan kanak-kanak yang kecacatan teruk dipersalahkan ke atas vaksin DPT.

Publisiti negatif mendorong kepada peningkatan jumlah saman di mulakan terhadap pengeluar vaksin.

Menjelang 1985, pengeluar vaksin menghadapi kesukaran mendapatkan insuran liabiliti. Harga vaksin DPT melonjak naik, mendorong kepada kekurangan diseluruh negara.

Hanya satu pengeluar vaksin DPT kekal di Amerika Syarikat menjelang akhir 1985. Bagi mengelakkan krisis vaksin, Kongres Amerika meluluskan ("National Childhood Vaccine Injury Act - NCVIA") pada 1986, yang menetapkan sistem tidak salah kebangsaan bagi memberi ganti rugi kepada mangsa kecederaan yang diakibatkan vaksin yang diwajibkan.

Sebahagian besar tuntutan yang telah dituntut melalui NCVIA adalah berkait dengan kecederaan yang didakwa disebabkan oleh vaksin DPT sel penuh.

Kebimbangan mengenai kesan sampingan mendorong Yuji Sato bagi memperkenalkan versi acellular yang lebih selamat bagi vaksin batuk kokol di Jepun pada tahun 1981.

Vaksin batuk kokol acellular diluluskan di Amerika Syarikat pada tahun 1992 bagi kegunaan bersama gabungan vaksin DTaP.

Penyelidik memnunjukkan bahawa vaksin acellular lebih selamat, dengan kurang lapuran mengenai kesan sampingan teruk.

Sungguhpun vaksin DPT sel penuh tidak lagi diigunakan di Amerika Syarikat, ia masih dibeli oleh Organisasi Kesihatan Sedunia dan diedarkan dinegara membangun kerana kos yang lebih rendah berbanding vaksin DTaP acellular.

Terdapat bukti baru muncul yang menunjukkan bahawa sesetengah bakteria yang menyebabkan batuk kokol telah menjadi kebal terhadap vaksin acellular yang mendorong kepada peningkatan kepada kejadian batuk kokol di negara kaya yang menggunakannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Ogos)

Tanggal 7 Ogos merupakan hari ke 219 (hari ke 220 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 146 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Lagu Anak Desa Sudirman
Lagu Anak Desa Sudirman.

Terdapat 94 hari dalam musim panas Hemisfera Utara dan musim sejuk Hemisfera Selatan dan Hemisfera Utara dianggap dalam pertengahan musim panas pada 7 Ogos.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di CƓte d'Ivoire (1960).

Peristiwa

480 SM - Hoplit Sparta di bawah Leonidas I bersama dengan golongan Thespia di bawah Demophilus, bertempur sehingga semuanya tewas kepada angkatan besar penceroboh Parsi pimpinan Xerxes I dalam Pertempuran Thermopylae.

1679 - Brigantin RenƩ-Robert de LaSalle Le Griffon menjadi kapal layar pertama melayari Tasik-Tasik Besar.

1782 - Lencana Penghargaan Ketenteraan yang asal, Purple Heart diwujudkan sebagai hiasan tentera dalam Angkatan Tentera Benua.

1944 - IBM menghantar kalkulator kawalan atur cara pertama, Mark I, kepada Universiti Harvard.

1947 - Satu ekspedisi yang diketuai Thor Heyerdahl berjaya merentasi Lautan Pasifik dalam masa 101 hari dengan menaiki rakit Kon-Tiki.

1965 - Perdana Menteri Persekutuan Malaysia Tunku Abdul Rahman menuntut Singapura menarik diri daripada persekutuan, memilih untuk "memutuskan hubungan dengan Kerajaan Negeri yang tidak menunjukkan kesetiaan terhadap Kerajaan Pusatnya."

1976 - Program Viking: Viking 2 memasuki orbitnya di sekeliling Marikh.

1980 - Lagu Anak Desa, yang merupakan album keempat oleh penyanyi tersohor iaitu Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

1998 - Pengeboman serentak kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam, Tanzania, dan Nairobi, Kenya, mengorbankan lebih 200 orang dan mencederakan lebih 4,500 lagi.

2008 - Georgia menyerang Ossetia Selatan bagi menawan ibu negerinya Tskhinvali daripada kawalan Rusia, memulakan Perang Ossetia Selatan.

2010 - Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.

2011 - Manuel Pinto da Costa terpilih sebagai Presiden São Tomé dan Príncipe, menggantikan Fradique de Menezes.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Ogos)

sumber: wikipedia

Sunday, August 06, 2017

Sambutan Hari Persahabatan, Friendship Day

Sambutan Hari Persahabatan, Friendship Day

Sambutan Hari Persahabatan, Friendship Day, disambut pada hari Ahad pertama bulan Ogos setiap tahun diseluruh dunia.

Friendship Day

Walau bagaimanapun, Hari Persahabatan diraikan pada tarikh yang berlainan di kebanyakan negara dan tarikh pertama dicadangkan untuk keseragaman adalah pada 30 Julai pada tahun 1958, oleh pertubuhan Kempen Persahabatan Sedunia.

Pada 27 April 2011, Perhimpunan Am United Nations mengisytiharkan 30 Julai sebagai tarikh rasmi Hari Persahabatan Antarabangsa.

Bagaimanapun, sesetengah negara termasuk India, meraikan Hari Persahabatan pada Ahad pertama bulan Ogos. Di Berlin, Ohio, Hari Persahabatan diraikan pada 8 April setiap tahun.

Ianya menjadi salah satu acara yang popular di seluruh dunia terutamanya dikalangan belia yang ingin mendedikasikan satu hari yang khas untuk sahabat istimewa mereka dengan berkongsi madah persahabatan dan bermain permainan seperti Invisible friend (variasi Secret Santa).

Hari Persahabatan Antarabangsa merupakan hari untuk meraikan persahabatan. Hari ini telah lama disambut di beberapa negara Amerika Selatan terutama di Paraguay, di mana Hari Persahabatan Sedunia telah dicadangkan pada tahun 1958.

Mula diperkenalkan oleh industri kad ucapan, bukti daripada media sosial menunjukkan minat untuk sambutan ini telah meningkat dengan tersebar melalui internet.

Alat komunikasi digital seperti internet dan telefon bimbit sedikit sebanyak membantu mempopularkan lagi sambutan ini, dengan semakin mudahnya memberi ucapan untuk sahabat.

Mereka yang meraikan Hari persahabatan di Asia Selatan menjadikan tradisi ini untuk menjadikan satu hari sebagai dedikasi buat sahabat.

Sempena hari ini, bertukar hadiah seperti bunga, kad dan rantai tangan menjadi tradisi popular.

Selamat menyambut Hari Persahabatan.

BACA INI JUGA:

sumber: redakamerah

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Ogos)

Tarikh 6 Ogos merupakan hari ke 218 (hari ke 219 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 147 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Bombing Hiroshima and Nagasaki
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Bolivia (1825) dan Jamaika (1962) dan Perayaan Transfigurasi dalam Kristian (kalendar Gregory).

Peristiwa

1538 - Konkuistador Sepanyol Gonzalo JimƩnez de Quesada mengasaskan petempatan Eropah di tempat yang hari ini ialah BogotƔ, Colombia.

1806 - Empayar Suci Rom berakhir apabila Maharaja terakhirnya Francis II turun takhta selepas tamatnya Perang Pakatan Ketiga.

1890 - Di New York, A.S., William Kemmler menjadi orang pertama menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik.

1945 - Perang Dunia Kedua: Pesawat B-29 Superfortress Tentera Udara A.S. Enola Gay menjatuhkan sebutir bom atom bernama Little Boy di atas bandar Hiroshima, Jepun yang membunuh sehingga 140,000 orang.

1966 - Syeikh Zayid bin Sultan Al Nuhayyan menjadi amir dan pemerintah Abu Dhabi, mewarisi abangnya Shakhbut bin Sultan Al Nahyan.

1991 - Tim Berners-Lee mencadangkan satu sistem dokumen hiperteks yang bersambung yang boleh dicapai melalui Internet, dipanggil "World Wide Web".

2008 - Presiden Mauritania Sidi Ould Cheikh Abdallahi digulingkan oleh sekumpulan jeneral yang dipecatnya beberapa jam sebelum itu.

2009 - 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma.

2011 - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.

2012 - Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh NASA mendarat di Marikh.

2012 - Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak.

Kelahiran

1965 - Mohamad Khir Toyo, seorang Menteri Besar Selangor ke-13.

1983 - Robin van Persie, pemain bola sepak Manchester United.

1986 - Mehmet Akgün, pemain bola sepak Borussia Dortmund.

Kematian

1973 - Fulgencio Batista, Presiden Cuba Ke-9 dan Ke-12.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Ogos)

sumber: wikipedia

Saturday, August 05, 2017

Keunikan Hotel Tergantung Gunung Parang Jawa Barat

Keunikan Hotel Tergantung Gunung Parang Jawa Barat

Hotel tergantung di lereng tanah tinggi pada kedudukan 900 meter bakal menjadi tarikan terkini Badega Gunung Parang, Purwakarta di Jawa Barat.

Hotel Tergantung

Sepuluh bilik akan mula ditawarkan mulai September ini khusus buat penggemar aktiviti lasak dan pendakian.

"Hotel tergantung di Gunung Parang dijangka menarik kehadiran pengunjung yang gemarkan cabaran," pemerintah daerah itu, Dedi Mulyadi yang dipetik kompas.com.

Persekitaran yang begitu mengujakan bermula dari pemandangan pergununan hingga ke empangan Jatiluhur dapat dilihat dengan jelas dari bilik hotel berkenaan.

Keunikan penginapan tanah tinggi yang diharap dapat meningkatkan sektor pelancongan Indonesia itu mengutamakan aspek keselamatan.

Setiap bilik dibina menggunakan kerangka besi yang dipacak ke batu gunung menggunakan peralatan khusus pada ketinggian berbeza dan bilik paling mahal terletak pada kedudukan paling tinggi.

Hotel Tergantung

Sementara itu, pendaki Dhany Daelami yang juga operator pelancongan sekitar gunung berkenaan memuji pembinaan hotel berkenaan.

"Setakat ini, satu bilik telah siap digantung dan dalam proses untuk dilengkapkan dengan hiasan dalaman dan juga kemudahan air," katanya.

Kata Dhani, Gunung Parang yang tingginya mencecah 1,000 meter di atas pasar laut sememangnya popular di kalangan pendaki dalam dan luar negara.

"Gunung ini mempunyai struktur batu, menegak dan mendatar dan memerlukan tempoh hingga 1.5 jam untuk sampai ke puncak," katanya.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

sumber: mstar

Makan Buah Anggur Mengurangkan Risiko Kanser Usus

Makan Buah Anggur Mengurangkan Risiko Kanser Usus

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar penyelidik daripada Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Jairam K.P. Vanamala mendapati, pengambilan buah anggur dalam diet makanan harian dapat mengurang risiko individu daripada penyakit kanser.

Anggur

Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kewujudan sel resveratrol di dalam kulit dan biji anggur yang dipercayai mampu membunuh sel kanser.

“Menerusi kajian yang dilakukan, kami dapati sel resveratrol yang terdapat di dalam anggur mampu mencegah dan mengubat individu yang diserang kanser usus.

“Malah, kombinasi unik di dalam anggur juga tidak akan menyebabkan penularan penyakit-penyakit berjangkit yang lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, jelas Vanamala lagi, kajian tersebut masih lagi diperingkat awal dan memerlukan penyelidikan lanjut.

“Jika penemuan ini berhasil, kami akan mengolahnya menjadi ubat dalam bentuk pil bagi menghilangkan penderitaan yang dialami oleh penghidap kanser usus,” jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

sumber: kosmo

Tahukah Anda Perbezaan Antara Jurusolek Dan Juruandam?

Tahukah Anda Perbezaan Antara Jurusolek Dan Juruandam?

Sebenarnya, kerjaya sebagai jurusolek dan juruandam adalah dua bidang kerja yang berbeza, khususnya untuk bakal-bakal pengantin wanita diluar sana di sini akan saya terangkan tentang perbezaan ini.

Solekan

Kita mulakan dengan merungkai apa tugas jurusolek yang juga sangat dikenali sebagai ‘makeup artist’.

Apa tugas jurusolek?

Jurusolek adalah mereka yang mendalami bidang solekan dan merupakan pakar dalam selok belok menyolek seseorang mengikut kesesuaian wajah, personaliti dan warna serta konsep atau tema busana pengantin.

Biasanya, jurusolek artis tidak mempunyai koleksi busana dan pelamin, akan tetapi mereka mempunyai peralatan solek yang lengkap dan pelbagai.

Kebanyakan jurusolek artis hanya berkebolehan dalam menyolek dan dandanan rambut serta membantu pengantin dalam penataan busana dan aksesori.

Pun begitu, masih ada kebaikan apabila anda memilih jurusolek kerana kaedah menyolek adalah mengikut peredaran masa (up to date). Dengan ini anda pasti akan puas hati dengan hasil yang diberikan oleh jurusolek.

Mereka juga banyak memainkan peranan dalam penerbitan drama, filem dan juga program tv. Selain itu jurusolek turut bersedia menyolek wajah anda untuk majlis-majlis seperti makan malam, high tea dan sebagainya.

Apa pula apa tugas sebagai juruandam?

Juruandam sangat berkebolehan dan tugasnya sangat menyeluruh dari segi solekan, dandanan, busana dan pelamin serta juga bilik pengantin.

Juruandam adalah pilihan yang sesuai kerana juruandam menyediakan segala persiapan dan penyediaan bagi sesebuah majlis perkahwinan.

Jika dulu-dulu juruandam dikenali sebagai ‘mak andam’ mengamalkan doa-doa tertentu sebelum menyolek wajah pengantin.

Ini bertujuan untuk menaikkan seri bagi mencantikan lagi wajah.

Ini kerana pada masa itu alatan solek sangat terhad dan hanya terdapat gincu, celak dan bedak sahaja.

Mereka juga mengamalkan amalan-amalan tradisional seperti rawatan muka dan badan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis. Akan tetapi kita beranggapan kaedah ini tidak lagi diguna pakai pada masa sekarang.

Biasanya kebanyakan juruandam tahu selok belok adat-adat sesebuah majlis perkahwinan. Kalau dulu juruandam ini majoritinya adalah orang-orang lama tapi pada masa sekarang sudah ramai pelapis muda menguasai bidang ini.

Kesimpulan

Diharapkan dengan penerangan di atas dapat membantu anda untuk memilih samada menggunakan juruandam atau pun mendapatkan jurusolek yang lebih khusus dihari bahagia anda kelak.

Solekan yang sempurna akan memudahkan lagi kerja jurugambar perkahwinan anda.

Buatlah pilihan dengan bijak. Tepuk dada tanyalah selera.

BACA INI JUGA: 8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

sumber: nikhamidi

Perkidmatan Pelik Mengusung Jenazah Sambil Menari

Perkidmatan Pelik Mengusung Jenazah Sambil Menari

Tahukah anda ketika proses pengebumian berlangsung di Ghana, pengusung jenazah perlu berjoget dengan gerak-geri yang kompleks termasuk berpusing dan berpura-pura menjatuhkan keranda.

Jenazah

Tetapi inilah fakta dan ramai penduduk di sana sanggup membayar khidmat tersebut untuk menyemadikan insan kesayangan mereka dengan cara paling ‘gembira’

Satu proses pengebumian yang unik dan berbeza daripada lain!

Khidmat tersebut mula diperkenalkan oleh seorang blogger, pemilik blog FollowMyBraid pada tahun 2015.

Pemilik blog tersebut memuat naik satu video upacara pengebumian ibu mertuanya yang mendapat lebih daripada 700,000 tontonan hingga kini.

Dalam blog itu, dia mengatakan bahawa upacara tersebut merupakan satu pengalaman yang ‘menakjubkan’ dan gembira kerana dapat melihatnya dengan mata sendiri.

Benjamin Aidoo, pengasas khidmat tersebut mengatakan kira-kira 100 orang kakitangan dilatih oleh beliau untuk menghasilkan sebuah gerakan tari yang ‘sempurna’.

Selain tarian, Benjamin turut menitik berat soal busana pasukan pengusung tersebut bagi menarik perhatian sekaligus menghasilkan kesan visual yang terbaik.

“Saya membuat keputusan untuk menambah koreografi, jadi apabila pelanggan datang kepada kami, saya tanya kepada mereka jika mahu upacara yang penuh takzim atau dengan persembahan?

“Apa yang mereka inginkan itu, kami sedia melaksanakannya,” kata pengasas tersebut yang dipetik oleh sebuah portal online.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Di Kubur Semasa Hidup

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Ogos)

Tanggal 5 Ogos merupakan hari ke 217 (hari ke 218 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 148 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Marilyn Monroe
Marilyn Monroe.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Burkina Faso (1960) dan Hari Kemenangan dan Kesyukuran Tanah Air di Croatia.

Peristiwa

641 atau 642 - Raja Penda dari Mercia menewaskan dan membunuh Raja Oswald dari Northumbria dalam Pertempuran Maserfield di Oswestry, England, sekaligus menjadi pemerintah Inggeris-Saxon paling berkuasa masa itu.

1100 - Henry I dimahkotakan sebagai Raja England di Westminster Abbey.

1858 - Ahli perniagaan dan pembiaya A.S. Cyrus West Field dan rakan-rakan sekerjanya menyiapkan kabel telegraf rentas Atlantik yang pertama, dari Ireland ke Newfoundland.

1861 - Kerajaan A.S. buat kali pertama mengenakan cukai pendapatan: 3% dari semua pendapatan melebihi 800 dolar.

1995 - Operasi Ribut: Angkatan Croatia menawan semula bandar Knin daripada Republik Krajina Serbia.

2003 - Sebuah kereta meletup di luar lobi Hotel JW Marriott di Setiabudi, Jakarta Selatan, Indonesia, membunuh 12 orang dan mencederakan 150 lagi.

2009 – Mahmoud Ahmadinejad mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua di tengah-tengah bantahan mengenai keputusan pilihan raya.

2010 – Keruntuhan di sebuah lombong di utara Copiapó, Chile, memerangkap 33 pelombong kira-kira 2,300 ka (700 m) di bawah tanah.

2011 – Juno, kapal angkasa lepas berkuasa suria pertama dengan misi ke Musytari, dilancarkan dari Cape Canaveral.

2012 – Seorang lelaki menembak mati enam orang di sebuah kuil Sikh di Wisconsin, A.S.

2013 – Enele Sopoaga mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tuvalu baharu.

2013 – Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.

Kelahiran

1890 - Mohamad Sheriff Bin Osman, seorang Menteri Besar Kedah pertama.

1923 - Devan Nair, seorang Presiden Singapura ke-3.

1930 – Neil Armstrong, seorang angkasawan Amerika Syarikat.

1968 – Marine Le Pen, seorang ahli politik Perancis.

1985 - Salomon Kalou, seorang pemain bola sepak Chelsea F.C.

Kematian

1895 – Friedrich Engels, ahli teori politik Jerman.

1960 - Arthur Meighen, Perdana Menteri Kanada Ke-9.

1962 – Marilyn Monroe, pelakon Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Ogos)

sumber: wikipedia

Friday, August 04, 2017

35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

Saya berusia 43 tahun dan mempunyai masalah haid yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Saya merupakan seorang wanita yang aktif dan berkarier, yang mana tanda ini amat saya khuatiri andainya ia tanda awal menopaus.

Penyakit Wanita 40-an

Saya pohon agar Nona boleh jelaskan tanda-tanda, usia putus haid dan apa yang boleh dilakukan?

JAWAPAN

Terima kasih di atas soalan Puan. Lazimnya, menopaus yang mempunyai tanda-tanda seperti perasaan panas badan, perubahan mood, sakit sendi dan lain-lain merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan oleh wanita.

Secara mudah, menopaus dianggap berlaku apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut-turut. Umur putus haid pada jangkaan ialah sekitar 45-53 tahun.

Namun ketika di usia 35 tahun, putus haid sebenarnya sudah mula berlaku berikutan penurunan hormon wanita (estrogen) sebanyak 35% dan ada kalanya proses menopaus boleh berlaku seawal usia 40 tahun.

Ini mungkin berkait rapat dengan penyakit auto-imun seperti tiroid dan diabetes. Ia juga mungkin terjadi kepada wanita yang menjalani kemoterapi dan pembedahan membuang rahim atau ovari.

Tanda-tanda menopaus
  • Mudah lupa dan daya ingatan tidak sekuat dahulu.
  • Berdebar atau palpitasi (degupan jantung yang kencang atau seperti melompat).
  • Kerengsaan.
  • Perubahan mood yang mendadak.
  • Sukar untuk tidur.
  • Haid yang tidak teratur.
  • Keinginan seks yang menurun.
  • Kekeringan faraj.
  • Letih yang mendadak.
  • Kemurungan.
  • Perasaan tidak larat dan tidak mahu buat apa-apa.
  • Tinnitus atau bunyi pada telinga.
  • Perasaan panas dan berpeluh malam.
  • Susah untuk tahan kencing atau kerap kencing.
  • Kulit yang kering dan gatal.
  • Sendi dan otot yang sengal.
  • Perasaan otot yang menegang.
  • Sengal payudara.
  • Sakit kepala.
  • Loya dan masalah penghadaman.
  • Perut kembung.
  • Perasaan bimbang yang tidak menentu.
  • Keadaan penyakit tiba-tiba semakin teruk.
  • Peningkatan masalah alahan.
  • Perubahan pada berat badan. Selalunya meningkat tapi adakalanya menurun.
  • Rambut menipis. Bulu pada muka (di bahagian misai dan janggut) semakin lebat.
  • Pening dan ringan kepala. Masalah keseimbangan badan.
  • Perubahan bau badan.
  • Rasa seolah-olah denyutan/sentapan elektrik di bawah kulit dan di kepala.
  • Rasa seperti berdenyut di kaki dan tangan.
  • Masalah gusi berdarah.
  • Lidah dan lelangit terasa panas, perubahan pada rasa dan bau mulut.
  • Reput tulang (osteoporosis) selepas beberapa tahun.
  • Perubahan pada kuku (mudah retak dan menjadi lembut).
  • Sukar untuk fokus.

Penting juga diingatkan bahawa tanda-tanda di atas mungkin merupakan simptom kepada penyakit-penyakit lain seperti masalah tiroid, kencing manis, kemurungan dan banyak lagi.

Walaupun Puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan daripada segi umur dijangka menuju ke arah peringkat putus haid, namun adalah penting agar Puan menjalani pemeriksaan yang teliti bagi menentukan tahap kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nona

Ketahui 3 Spesis Gajah Di Dunia, 500 Telah Pupus!

Ketahui 3 Spesis Gajah Di Dunia, 500 Telah Pupus!

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 3 spesies gajah di dunia. Gajah Asia (termasuk Gajah Kerdil Malaysia), Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika (sekarang dianggap spesies yang tersendiri).

Perkataan Gajah dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit (gaja) dan selain gaja, bahasa Sanskrit juga menggunakan Hastin, Ibha dengan Varana untuk merujuk kepada Gajah.

Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti namun hanya tiga spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika (terbahagi kepada dua spesies iaitu Gajah Hutan Afrika dan Gajah Savana Afrika).

Menurut "IUCN Red List of threatened species", Gajah Afrika berada dalam kategori "Vulnerable" kerana populasinya lebih kurang 400,000 ekor manakala Gajah Asia dalam kategori "Endangered" kerana hanya ada kurang dari 40,000 ekor.

1. Gajah Afrika

Gajah Afrika

Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira lima hingga tujuh juta tahun dahulu.

Terdapat dua sub-spesies gajah Afrika iaitu Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika walaupun ada yang berpendapat bahawa Gajah Hutan Afrika adalah spesies yang tersendiri.

Gajah Savana Afrika

Gajah Savana Afrika atau nama saintifiknya Loxodonta africana ialah antara dua spesies Gajah Afrika.

Dahulunya Gajah hutan dan Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai satu spesies tetapi mengikut kajian terbaru Gajah hutan dengan Gajah savana adalah dua spesies yang berbeza yang terpisah antara 5 hingga 3 juta tahun dahulu.

Gajah savana ialah spesies Gajah terbesar di dunia yang masih hidup dengan ketinggian maksimum 4 meter (14 kaki) dan beratnya boleh mencecah sehingga 11 tan atau 11,000 kg.

Mereka didapati hampir di seluruh benua Afrika, dari padang pasir di Mali sehingga ke Afrika Selatan.

Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai "vulnerable" oleh IUCN, akan tetapi sub-spesies Gajah Savana Afrika iaitu Gajah Afrika Utara (Loxodonta africana pharaoensis) telah pupus sekurang-kurangnya 2 sebelum masihi.

Gajah Hutan Afrika

Gajah Hutan Afrika atau nama saintifiknya Loxodonta cyclotis merupakan spesies Gajah yang kebanyakannya didapati di pendalaman hutan Republik Demokratik Congo, Gabon, Cameroon, Republik Congo dan Guinea Khatulistiwa.

Gajah Hutan Afrika ialah spesies Gajah yang paling kecil di dunia.

Dahulu mereka (termasuk Gajah Savana Afrika) digolongkan sebagai satu spesies akan tetapi mengikut kajian terbaru, hubungan antara Gajah savana dengan Gajah hutan adalah jauh menyebabkan Gajah Afrika terbahagi kepada dua spesies yang berbeza.

2. Gajah Asia

Gajah Asia

Dipercayai bahawa, dari jurai keturunan spesies Gajah Asia, telah terhasil gajah Mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.

Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala.

Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibir di hujung belalai.

Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading sementara hanya gajah jantan Asia yang mempunyai gading yang jelas kelihatan.

Terdapat beberapa subspesies gajah Asia, antaranya gajah Sri lanka, Gajah India, Gajah Sumatera dan Gajah Malaysia.

Gajah Sri Lanka

Elephas maximus maximus atau gajah Sri Lanka hanya ditemui di pulau Sri Lanka. Ia adalah terbesar dari Asia.

Ada 3,000-4,500 dianggarkan merupakan dari subspesies terdapat hari ini di alam liar, walaupun tidak ada bancian yang tepat telah dilakukan.

Gajah jantan yang besar beratnya dianggarkan 5,400 kilogram dengan ketinggian 3.4 m (11 ft) tinggi.

Gajah jantan Sri Lanka mempunyai tonjolan tengkorak yang sangat besar dan kedua-dua jenis mempunyai lebih banyak kawasan depigmentasi dari Asia yang lain.

Biasanya, telinga, wajah, batang dan perut gajah jantan Sri Lanka mempunyai konsentrasi besar kulit pink-rintik.

Ada sebuah panti asuhan untuk gajah di Pinnawala, Sri Lanka, yang memainkan peranan besar dalam melindungi gajah Sri Lanka dari kepupusan.

Gajah India

Elephas maximus indicus atau Gajah India membentuk sebahagian besar daripada populasi gajah Asia.

Berjumlah sekitar 36,000 ekor, gajah ini berwarna kelabu terang, dengan depigmentasi atau bintik-bintik yang hanya pada telinga dan batang.

Gajah jantan besar biasanya seberat sekitar 5,000 kilogram dan setinggi Gajah Sri Lanka.

Gajah Asia boleh didapati di benua Asia di dalam 11 negara Asia, dari India hingga Indonesia.

Gajah India lebih memilih kawasan hutan dan zon peralihan, antara hutan dan padang rumput, yang mana lebih luas dan terdapat pelbagai makanan.

Gajah Sumatera

Elephas maximus sumatranus atau Gajah Sumatera merupakan sub-spesies gajah unik kepada Pulau Sumatera dan satu-satunya spesies dan sub-spesies Gajah yang diklasifikasikan sebagai amat terancam kerana kehilangan habitat disebabkan oleh penanaman kelapa sawit dan pertanian serta peningkatan penduduk Manusia.

Saiz Gajah Sumatera adalah lebih kecil daripada Gajah India dan Gajah Sri Lanka tetapi lebih besar daripada Gajah Kerdil Borneo.

Gajah sumatera, Elephas maximus sumatranus, hanya boleh ditemui di Sumatera, ia lebih kecil daripada gajah India.

Populasi anggaran untuk kumpulan gajah ini berkisar dari 2,100 hingga 3,000 ekor.

Warna Gajah Sumatera kelabu terang dan mempunyai depigmentasi kurang dari jenis Gajah Asia yang lain, dengan bintik-bintik merah muda hanya di telinga.

Gajah Sumatera dewasa biasanya berukuran antara 1.7-2.6 meter (5,6-8,5 ft) dan berat kurang dari 3,000 kilogram.

Gajah Kerdil Borneo

Gajah kerdil atau Gajah kerdil Borneo dengan nama saintifik Elephas maximus borneensis adalah spesies terkecil gajah, bahkan lebih kecil dari Gajah Sumatera.

Ketinggiannya hanya sekitar 2.5 meter.

Data menunjukkan bahawa DNA pada Gajah kerdil sama sekali berbeza dari Gajah asia dan Gajah afrika, membuktikan bahawa Gajah kerdil merupakan subspesies baru gajah.

Habitat Gajah Kerdil Borneo adalah di pedalaman hutan Borneo, sempadan antara Kalimantan Timur, Indonesia dan Sabah, Malaysia.

Gajah kerdil Borneo boleh dibezakan dengan melihat ekornya yang lebih panjang dan mencecah ke tanah, mempunyai telinga yang lebih lebar dan belalai pendek dan gading yang agak lurus.

Perlindungan Terhadap Gajah

Di Malaysia terdapat peruntukan untuk melindungi hidupan liar melalui Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972.

Gajah termasuk dalam kategori Binatang Liar yang di perlindungi di Malaysia, di mana pemburuan terhadap gajah dibenarkan tetapi terhad kepada pemburu berlesen.

Akta yang diwartakan tanpa penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa tidak akan berjaya mencapai objektif utama mewujudkan akta itu iaitu untuk melindungi hidupan liar itu daripada diancam kepupusan.

Oleh itu adalah penting bagi sesebuah Negara seperti Malaysia atau negara-negara lain menguatkuasakan Akta Hidupan Liar yang terdapat di negara mereka agar hidupan liar seperti gajah dapat dilindungi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Giler! Kopi Tahi Gajah Berharga RM3,300 Sekilo!

sumber: wikipedia