Wednesday, March 01, 2017

5 Punca Sering Sesak Nafas Dan Penyakit Yang Mungkin Anda Hidapi

Jika anda sering merasa sesak nafas, simptom ini mungkin salah satu tanda anda bakal diserang penyakit berbahaya yang perlu diberi perhatian segera.

Sesak Nafas

Sesak nafas sangat mudah menyerang dan bukanlah perkara baru di kalangan masyarakat majmuk di seluruh dunia.

Dengan pelbagai kajian dijalankan untuk mengenalpasti penyakit ini, punca sesak nafas akhirnya berjaya ditemui oleh pakar perubatan.

Antara Punca sering sesak nafas yang sering berlaku:

1. Mengalami Penyakit Asma

Sesiapa yang sering mengalami masalah untuk bernafas, anda diklasifikasi sebagai pesakit asthma. Ianya terjadi mungkin akibat daripada genetik atau keadaan persekitaran.

Penyakit ini membataskan anda kepada pergerakan yang agresif seperti sukan lasak dan juga sukan kardio yang memerah kudrat anda.

Pesakit juga dikehendaki membawa alat untuk membantu sistem pernafasan untuk memastikan sistem pernafasan sentiasa berjalan dengan lancar.

2. Mengalami Penyakit Jantung

Penyakit jantung dikenali sebagai penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Ianya terjadi kerana genetik atau gaya hidup yang tidak sihat.

Salah satu simptom bahaya apabila anda mengalami masalah jantung ialah anda akan mudah mengalami sesak nafas. Jika ianya terjadi mungkin anda bakal terkena serangan jantung.

Ianya juga berpunca daripada saluran jantung anda yang sudah tersumbat dan tidak lagi mampu mengepam oksigen dan darah anda secara konsisten.

3. Komplikasi Paru-Paru

Paru-paru berfungsi sebagai pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida yang di dalam tubuh kita . Selain itu, paru-paru juga berfungsi untuk mengawal kandungan toksik di dalam badan

Punca sesak nafas akibat daripada komplikasi paru-paru ialah apabila saluran pernafasan di dalam badan mula tersumbat dan alergik atau tekanan psikologi.

Antara penyakit komplikasi paru-paru ialah kanser paru-paru, radang paru-paru dan lain-lain lagi.

Kegagalan paru-paru untuk berfungsi dengan baik jelas membawa masalah besar kepada kita terutama kepada pernafasan kita.

4. Mengabaikan Gaya Hidup Sihat

Mengabaikan gaya hidup yang tidak sihat juga adalah salah satu faktor utama anda sering mengalami masalah sesak nafas.

Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja untuk diet dan menjaga penampilan tubuh badan anda, namun ianya juga penting untuk mengelak daripada sebarang masalah kesihatan.

Elakkan diri anda tergolong di dalam golongan orang yang obesiti atau gemuk. Apabila anda sudah menjadi obesiti, dikhuatiri anda akan mengalami masalah kesihatan lain terutama kepada masalah sistem pernafasan anda.

Jauhi diri daripada merokok. Rokok dipercayai boleh mengundang pelbagai penyakit yang bakal menimpa kepada anda, terutama yang melibatkan jantung dan paru-paru anda, sekaligus membuatkan anda mudah mengalami masalah sesak nafas.

5. Wanita Mengandung

Wanita yang mengandung juga mudah mengalami masalah sesak nafas, kesan yang sampingan yang ‘biasa’ buat ibu mengandung.

Kebanyakan wanita hamil yang tidak pernah mengalami masalah ini sebelumnya, akan rasa sesak nafas pada satu ketika semasa hamil.

Masalah sesak nafas boleh bermula dalam trimester pertama atau kedua. Ia berlaku kerana perubahan semula jadi dalam badan anda akibat kehamilan.

Kesimpulan

Jelas, tedapat pelbagai punca sesak nafas. Jika mampu, elakkan diri anda daripada dihinggapi penyakit sesak nafas kerana ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih kronik dan juga mampu mengundang maut.

Kepada yang mempunyai masalah sesak nafas, pastikan anda sentiasa rujuk kepada doktor untuk mengurangkan masalah anda. Kekalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan anda terus terjamin.

BACA INI JUGA: Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!

Sumber: wom

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...