Friday, August 04, 2017

Ketahui 3 Spesis Gajah Di Dunia, 500 Telah Pupus!

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 3 spesies gajah di dunia. Gajah Asia (termasuk Gajah Kerdil Malaysia), Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika (sekarang dianggap spesies yang tersendiri).

Perkataan Gajah dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit (gaja) dan selain gaja, bahasa Sanskrit juga menggunakan Hastin, Ibha dengan Varana untuk merujuk kepada Gajah.

Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti namun hanya tiga spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika (terbahagi kepada dua spesies iaitu Gajah Hutan Afrika dan Gajah Savana Afrika).

Menurut "IUCN Red List of threatened species", Gajah Afrika berada dalam kategori "Vulnerable" kerana populasinya lebih kurang 400,000 ekor manakala Gajah Asia dalam kategori "Endangered" kerana hanya ada kurang dari 40,000 ekor.

1. Gajah Afrika

Gajah Afrika

Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira lima hingga tujuh juta tahun dahulu.

Terdapat dua sub-spesies gajah Afrika iaitu Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika walaupun ada yang berpendapat bahawa Gajah Hutan Afrika adalah spesies yang tersendiri.

Gajah Savana Afrika

Gajah Savana Afrika atau nama saintifiknya Loxodonta africana ialah antara dua spesies Gajah Afrika.

Dahulunya Gajah hutan dan Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai satu spesies tetapi mengikut kajian terbaru Gajah hutan dengan Gajah savana adalah dua spesies yang berbeza yang terpisah antara 5 hingga 3 juta tahun dahulu.

Gajah savana ialah spesies Gajah terbesar di dunia yang masih hidup dengan ketinggian maksimum 4 meter (14 kaki) dan beratnya boleh mencecah sehingga 11 tan atau 11,000 kg.

Mereka didapati hampir di seluruh benua Afrika, dari padang pasir di Mali sehingga ke Afrika Selatan.

Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai "vulnerable" oleh IUCN, akan tetapi sub-spesies Gajah Savana Afrika iaitu Gajah Afrika Utara (Loxodonta africana pharaoensis) telah pupus sekurang-kurangnya 2 sebelum masihi.

Gajah Hutan Afrika

Gajah Hutan Afrika atau nama saintifiknya Loxodonta cyclotis merupakan spesies Gajah yang kebanyakannya didapati di pendalaman hutan Republik Demokratik Congo, Gabon, Cameroon, Republik Congo dan Guinea Khatulistiwa.

Gajah Hutan Afrika ialah spesies Gajah yang paling kecil di dunia.

Dahulu mereka (termasuk Gajah Savana Afrika) digolongkan sebagai satu spesies akan tetapi mengikut kajian terbaru, hubungan antara Gajah savana dengan Gajah hutan adalah jauh menyebabkan Gajah Afrika terbahagi kepada dua spesies yang berbeza.

2. Gajah Asia

Gajah Asia

Dipercayai bahawa, dari jurai keturunan spesies Gajah Asia, telah terhasil gajah Mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.

Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala.

Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibir di hujung belalai.

Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading sementara hanya gajah jantan Asia yang mempunyai gading yang jelas kelihatan.

Terdapat beberapa subspesies gajah Asia, antaranya gajah Sri lanka, Gajah India, Gajah Sumatera dan Gajah Malaysia.

Gajah Sri Lanka

Elephas maximus maximus atau gajah Sri Lanka hanya ditemui di pulau Sri Lanka. Ia adalah terbesar dari Asia.

Ada 3,000-4,500 dianggarkan merupakan dari subspesies terdapat hari ini di alam liar, walaupun tidak ada bancian yang tepat telah dilakukan.

Gajah jantan yang besar beratnya dianggarkan 5,400 kilogram dengan ketinggian 3.4 m (11 ft) tinggi.

Gajah jantan Sri Lanka mempunyai tonjolan tengkorak yang sangat besar dan kedua-dua jenis mempunyai lebih banyak kawasan depigmentasi dari Asia yang lain.

Biasanya, telinga, wajah, batang dan perut gajah jantan Sri Lanka mempunyai konsentrasi besar kulit pink-rintik.

Ada sebuah panti asuhan untuk gajah di Pinnawala, Sri Lanka, yang memainkan peranan besar dalam melindungi gajah Sri Lanka dari kepupusan.

Gajah India

Elephas maximus indicus atau Gajah India membentuk sebahagian besar daripada populasi gajah Asia.

Berjumlah sekitar 36,000 ekor, gajah ini berwarna kelabu terang, dengan depigmentasi atau bintik-bintik yang hanya pada telinga dan batang.

Gajah jantan besar biasanya seberat sekitar 5,000 kilogram dan setinggi Gajah Sri Lanka.

Gajah Asia boleh didapati di benua Asia di dalam 11 negara Asia, dari India hingga Indonesia.

Gajah India lebih memilih kawasan hutan dan zon peralihan, antara hutan dan padang rumput, yang mana lebih luas dan terdapat pelbagai makanan.

Gajah Sumatera

Elephas maximus sumatranus atau Gajah Sumatera merupakan sub-spesies gajah unik kepada Pulau Sumatera dan satu-satunya spesies dan sub-spesies Gajah yang diklasifikasikan sebagai amat terancam kerana kehilangan habitat disebabkan oleh penanaman kelapa sawit dan pertanian serta peningkatan penduduk Manusia.

Saiz Gajah Sumatera adalah lebih kecil daripada Gajah India dan Gajah Sri Lanka tetapi lebih besar daripada Gajah Kerdil Borneo.

Gajah sumatera, Elephas maximus sumatranus, hanya boleh ditemui di Sumatera, ia lebih kecil daripada gajah India.

Populasi anggaran untuk kumpulan gajah ini berkisar dari 2,100 hingga 3,000 ekor.

Warna Gajah Sumatera kelabu terang dan mempunyai depigmentasi kurang dari jenis Gajah Asia yang lain, dengan bintik-bintik merah muda hanya di telinga.

Gajah Sumatera dewasa biasanya berukuran antara 1.7-2.6 meter (5,6-8,5 ft) dan berat kurang dari 3,000 kilogram.

Gajah Kerdil Borneo

Gajah kerdil atau Gajah kerdil Borneo dengan nama saintifik Elephas maximus borneensis adalah spesies terkecil gajah, bahkan lebih kecil dari Gajah Sumatera.

Ketinggiannya hanya sekitar 2.5 meter.

Data menunjukkan bahawa DNA pada Gajah kerdil sama sekali berbeza dari Gajah asia dan Gajah afrika, membuktikan bahawa Gajah kerdil merupakan subspesies baru gajah.

Habitat Gajah Kerdil Borneo adalah di pedalaman hutan Borneo, sempadan antara Kalimantan Timur, Indonesia dan Sabah, Malaysia.

Gajah kerdil Borneo boleh dibezakan dengan melihat ekornya yang lebih panjang dan mencecah ke tanah, mempunyai telinga yang lebih lebar dan belalai pendek dan gading yang agak lurus.

Perlindungan Terhadap Gajah

Di Malaysia terdapat peruntukan untuk melindungi hidupan liar melalui Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972.

Gajah termasuk dalam kategori Binatang Liar yang di perlindungi di Malaysia, di mana pemburuan terhadap gajah dibenarkan tetapi terhad kepada pemburu berlesen.

Akta yang diwartakan tanpa penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa tidak akan berjaya mencapai objektif utama mewujudkan akta itu iaitu untuk melindungi hidupan liar itu daripada diancam kepupusan.

Oleh itu adalah penting bagi sesebuah Negara seperti Malaysia atau negara-negara lain menguatkuasakan Akta Hidupan Liar yang terdapat di negara mereka agar hidupan liar seperti gajah dapat dilindungi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Giler! Kopi Tahi Gajah Berharga RM3,300 Sekilo!

sumber: wikipedia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon