Saturday, July 15, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Julai)

Tarikh 15 Julai merupakan hari ke 196 (hari ke 170 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 169 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Ansonia latidisca

Mari kita baca dan ketahui peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi hari ini.

Peristiwa

1410 – Peperangan Besar 1409-1411: Kerajaan Poland dan Duchy Agung Lithuania menewaskan Kesateria Teuton dalam Pertempuran Grunwald.

1685 – James Scott, Duke Monmouth, dihukum mati kerana peranannya dalam Pemberontakan Monmouth.

1799 – Askar-askar Perancis menemui Batu Rosetta di sebuah kubu berhampiran bandar pelabuhan Rashid, Mesir.

1806 – Ekspedisi Pike yang diketuai oleh Zebulon Pike untuk menjelajah Wilayah Louisiana, bermula berhampiran St. Louis, Missouri.

1888 – Gunung Bandai meletus (gambar), mengorbankan lebih 470 orang di Wilayah Fukushima, Jepun.

1910 – Dalam buku Clinical Psychiatry, Emil Kraepelin memberikan nama penyakit Alzheimer, bersempena penemu yang juga rakan sekerjanya Alois Alzheimer.

1974 – Presiden Cyprus Makarios III digulingkan dalam satu rampasan kuasa dan digantikan oleh Nikos Sampson.

2003 – Mozilla Foundation diasaskan untuk memastikan projek sumber terbuka Mozilla dapat bertahan selepas AOL Time Warner membubarkan Netscape Communications.

2010 – Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.

2010 – BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon.

2011 – Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula dan diambil gambarnya buat pertama kali.

2012 – Palang Merah mengisytiharkan pemberontakan Syria sebagai perang saudara, mencetuskan pemakaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

2012 – Nkosazana Dlamini-Zuma terpilih sebagai wanita pertama mengetuai Suruhanjaya Kesatuan Afrika.

Kelahiran

1917 - Nur Mohammad Taraki, Perdana Menteri Afghanistan ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Julai)

sumber: wikipedia

Friday, July 14, 2017

Anis Dikecam Peminat Kongsi Gambar 'Cium' Bersama Suami

Anis Dikecam Peminat Kongsi Gambar 'Cium' Bersama Suami

Dulu isu sneakers, kini gambar pula! Sekali lagi Anis dikecam oleh peminatnya kerana memuat naik gambar intim bersama suami.

Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus

Pelakon, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Anis Al-Idrus sekali lagi dikecam oleh peminatnya berikutan isu gambar intim bersama suami yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, pasangan yang bernikah pada 7 Julai lalu itu digambarkan seolah-olah ingin berkucupan.

Peminatnya beranggapan foto tersebut tidak manis untuk dikongsikan di laman sosial aktres terbabit. Menurut mereka, adalah lebih afdal sekiranya ia disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja.

Anis, mempertahankan tindakannya itu kerana beranggapan bahawa aksi sebegitu adalah perkara biasa.

Anis turut menyatakan sebelum ini terdapat juga selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim daripada apa yang dibuat olehnya.

“Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan.

"Bagi saya, ia perkara biasa,” ujar Anis memetik BH Online.

Anis dan Mohd Rafzan telah selamat disatukan pada 7 Julai lalu di Shah Alam.

Pasangan ini memilih persalinan putih untuk majlis tersebut yang diserikan dengan kasut kanvas yang dipakai pengantin perempuan.

Kedua mempelai ini selamat diijabkabul oleh bapa pelakon tersebut, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus bersaksikan imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

BACA INI JUGA: Artis-artis Yang Jadi Terkenal Kerana Kontroversi

sumber: mynewshub

'Kecomelan' Nasi Lemak Hello Kitty Curi Perhatian

'Kecomelan' Nasi Lemak Hello Kitty Curi Perhatian

Obses pada warna 'pink' mencetuskan idea dua orang sahabat menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna merah jambu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai karakter kartun kucing tersebut.

Nasi Lemak Hello Kitty

Walau pun baru seminggu berniaga namun identiti comel Hello Kitty dengan nasi warna merah jambu itu sudah menarik perhatian ramai.

Sebungkus Nasi Lemak Hello Kitty dibekalkan bersama ikan bilis, kacang goreng, sambal, sebiji telur rebus dan beberapa potong timun. Memang berbaloi!

Lokasinya pula di hadapan Sekolah Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan.

Peniaga tersebut, Nurul Aida Zulkifli, 29, berkata, kartun Hello Kitty dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya.

Katanya, nasi lemak itu merupakan air tangan rakan kongsinya, Zaharina Mohd Tahar, 32, dijual dengan harga RM3.50 sepeket dan jika anda membelinya secara borong, anda cuma perlu membayar RM10 untuk tiga bungkus.

"Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna 'pink', kereta di cat warna 'pink' dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

"Kami juga pakai pakaian warna 'pink' memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi," katanya.

Nurul Aida dari Kampung Kok Pasir berkata, dia menghabiskan RM4,000 untuk modifikasi keretanya itu.

Katanya yang merupakan ibu kepada dua anak, nasi lemaknya itu juga dijual secara online dan menghantar kepada pelanggan menaiki kereta Hello Kitty ini.

Menurutnya, dengan bantuan Zaharina dia akan memperluaskan lagi perniagaan nasi lemaknya apabila akan bergerak ke beberapa lokasi baru.

Nasi Lemak Hello Kitty mulai popular apabila seorang pengguna, Rizal Hakim, berkongsi beberapa keping gambar dua peniaga wanita itu di laman Facebooknya.

Netizen yang teruja dengan kehadiran Nasi Lemak Hello Kitty itu bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu Nasi Lemak Hello Kitty hanya dijual di negeri Kelantan.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

sumber: sinarharian

Khasiat Ais Krim Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Ais Krim Yang Ramai Tak Tahu

Sebagai ibubapa, pastinya anda berasa risau jika anak-anak mengambil ais krim dalam jumlah yang banyak kerana bimbang si kecil anda akan mengalami selesema,batuk dan juga sakit perut.

Khasiat Ais Krim

Hakikatnya,ais krim adalah makanan yang turut mempunyai zat.

Kandungan Ais Krim

Bahan utama aiskrim iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, serta vitamin A, C dan D.

Itulah sebabnya produk hasil tenusu termasuk ais krim ini memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

Berdasarkan komposisinya, ais krim dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ekonomi, purata yang baik, dan juga mewah.

Ais krim komersial yang biasanya kita beli adalah dari jenis ekonomi.

Ais krim yang berkualiti biasanya ditentukan oleh bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses pembuatannya yang bersih.

Komposisi nutrien bagi setiap 100 gram ais krim ialah tenaga (207 kcal), protein (4.0 g) dan lemak (12.5 g).

Khasiat Ais Krim

1. Membantu Pertumbuhan Tulang Dan Gigi

Sekiranya anak anda membuat karenah tidak mahu makan,anda bolehlah melakukan alternatif ini dengan memberikan anak anda makan ais krim.

Ini kerana ais krim mengandungi khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium yang berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.

Malah kandungan kalsium di dalam ais krim juga boleh menjaga kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi daripada berlaku.

2. Lemak Tidak Tepu Yang Tidak Menggemukkan

Ais krim mengandungi lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.

3. Antibodi

Pastinya anda tidak tahu bahawa ais krim dapat bertindak sebagai antibodi kepada sistem pertahanan badan.

Ini kerana ais krim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.

4. Mengubati Tonsil

Ais krim berperisa Vanilla sememangnya terkenal untuk mengubati tonsil kerana khasiat Vanila ialah menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood seseorang.

Kesimpulan

Kini tiada lagi alasan untuk tidak memberikan anak anda menikmati kelazatan ais krim.

Selamat menikmatinya!

BACA INI JUGA: Ais Krim Telur Buaya!

sumber: hadji

Xkuty Motosikal Elektrik Untuk Pengguna iPhone

Xkuty Motosikal Elektrik Untuk Pengguna iPhone

Apple kini aktif menghasilkan perisian untuk kenderaan swapandu, khusus bagi peminat Apple yang inginkan kenderaan direka untuk iPhone, dalam bentuk motosikal elektrik Xkuty.

Xkuty

Xkuty direka hanya untuk digunakan bersama sebuah iPhone.

Peranti berubah menjadi speedometer pada motosikal ini dan melekap pada bahagian stereng.

Xkuty

Xkuty mampu bergerak pada kelajuan maksimum 35 km/j dengan jarak operasi maksimum 97 kilometer.

Giroskop pada iPhone ditambat pada Xkuty dan apabila ia mengesan kemalangan, akan terus melakukan panggilan kecemasan bagi penunggang.

Xkuty

Xkuty dijual pada harga RM14,600 sebuah.

BACA INI JUGA: Kos Ubahsuai Motosikal Unik Mampu Redah Banjir Hanya RM50

sumber: sinarharian

Ambil Iktibar Kisah Orang Soleh, Mengikuti Mereka Adalah Satu Kejayaan

Ambil Iktibar Kisah Orang Soleh, Mengikuti Mereka Adalah Satu Kejayaan

Syair Arab menyebut, "Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mengikuti orang yang mulia itu satu kejayaan."

Orang Soleh

Jika mengikuti orang yang mulia sudah dikatakan satu kejayaan, inikan pula mengikut sahabat dan golongan tabi'in.

Saidina Sufyan Ibn Uyainah menyebut, ketika disebut nama orang soleh, akan turun rahmat.

Saidina Abdullah Ibn Umar pernah menyebut, sesiapa yang mahu mengambil iktibar mahupun pengajaran, hendaklah dia mengambil pengajaran orang yang sudah mati. Mengapa begitu?

Persoalan itu dijawab oleh Saidina Ibn Mas'ud, "Hendaklah kamu ikut jejak langkah kehidupan orang yang sudah mati kerana orang yang hidup tidak mungkin selamat sepenuhnya daripada fitnah."

Muhadir turut berkongsi mengenai kelebihan mempelajari kisah orang soleh antaranya akan dihapuskan dosa oleh Allah SWT.

Disebutkan oleh Saidina Muadz Ibn Jabal, hadis diriwayatkan oleh Imam al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, "Menyebut kisah nabi, termasuk ibadat. Menyebut kisah orang soleh, penghapus dosa. Mengingati kematian adalah sedekah dan mengingatkan kubur akan mendekatkan kamu kepada syurga."

Mendengar kisah orang soleh boleh menghidupkan hati yang mati.

As-Syeikh Othman menyebut di dalam kitabnya, Irsyadul 'Ibad bahawa Nabi SAW bersabda, "Hendaklah kamu duduk bersama dengan ulama (duduk di dalam majlis ilmu mereka) dan mendengar perkataan hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah seperti Allah SWT menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan."

Teguhkan hati dengar kisah tentera Jika kita mendengar kisah orang soleh yang juga menjadi tentera Allah SWT, akan meneguh dan mententeramkan hati.

Al-Imam Junaid al-Baghdadi mengatakan, kisah orang soleh adalah tentera daripada tentera Allah SWT.

Allah SWT menetapkan hati kekasih-Nya dengan kisah itu." Mendengarkan kisah orang soleh untuk mendapatkan ibrah dan pengajaran bukanlah perkara sia-sia.

Kisah mereka adalah satu pengalaman yang tidak akan berbohong kerana pengalaman itu sudah ditempuhi mereka.

Maka, apa yang dilalui mereka itu dan dijadikan pengalaman perlu kita ambil sebagai pengajaran terhadap perkara baik yang mereka lakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Mereka (nabi) itulah, orang yang diberi petunjuk oleh Allah SWT, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka." (Surah al-An'am, ayat 90)

Al-Imam Abu Hanifah mengatakan, "Hikayat mengenai ulama dan kebaikan mereka itu, lebih aku sukai daripada banyaknya ilmu fekah kerana hikayat ini memuatkan adab dan akhlak mereka itu."

Ada kala kisah mereka itu menjadi teladan yang juga terdapat hukum-hakam mengenai perkara agama.

Menurut Muhammad Ibn Yunus, tidak ada yang lebih memberi manfaat bagi hati selain mendengar riwayat orang soleh.

Antaranya apabila kita mendengarkan kisah orang soleh terdahulu berdepan ujian hidup yang lebih hebat berbanding kita.

Pastinya ini menjadi ubat hati untuk reda dan terima setiap daripada ujian Allah SWT yang mungkin jauh lebih ringan daripada ujian mereka yang terdahulu.

Malek Ibn Dinar menyatakan, cerita orang soleh adalah permata syurga yang sangat mahal untuk kita pelajari maka, beruntunglah kita yang berjaya mempelajari kisah mereka.

Ulama lain mengatakan, pelajarilah kisah orang soleh kerana ia adalah butiran mutiara. Kemungkinan terdapat dalam kalangan mutiara itu, satu mutiara yang sangat mahal dan memberi nilai yang mahal juga dalam hidup kita.

Beri semangat lakukan kebaikan

Selain itu, kisah orang soleh juga menghiburkan hati, menyegarkan fikiran dan memberikan semangat untuk melakukan kebaikan.

Ulama hadis terdahulu menganjurkan kisah menyentuh perasaan dalam pengajian hadis kerana ia dapat menghiburkan hati serta menyegarkan fikiran.

Muhadir turut berkongsi mengenai adab apabila mendengar nama orang soleh.

Imam al-Nawawi menyebut, "Ketika nama seorang sahabat nabi disebut, kita dianjurkan untuk menyebut radhiAllahuanhu. Jika mendengar nama orang soleh, sunat kita baca rahimahullah."

Begitulah bagaimana kisah orang soleh banyak memberi pengajaran dalam kehidupan dan kita seharusnya mengambil iktibar serta teladan atas setiap perkara kebaikan yang mereka lakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 30 Wasiat Imam Syafie Sebagai Pegangan

sumber: bharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Julai)

Tanggal 14 Julai merupakan hari ke 195 (hari ke 196 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 170 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Bastille
Bastille.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Bastille di Perancis (1789).

Peristiwa

1223 – Louis VIII menjadi Raja Perancis.

1789 – Revolusi Perancis: Penduduk Paris menggempur Bastille dan membebaskan banduannya.

1798 – Akta Hasutan menjadi undang-undang Amerika Syarikat, menjadikan menulis, menerbit, atau mengatakan pernyataan palsu atau berniat jahat terhadap kerajaan A.S. sebagai satu jenayah persekutuan.

1933 – Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.

1958 – Raja Faisal II dari Iraq digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Abdul Karim Qassim.

1965 – Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat bagi sebuah planet selain Bumi buat pertama kali.

1969 - Konflik politik antara El Salvador dan Honduras meletus menjadi Perang Bola Sepak.

1995 - Format pengekodan audio digital MP3 diberi nama.

2003 - Kerajaan A.S. mengakui kewujudan Area 51, lapangan udara tentera rahsia di Nevada yang menjadi fokus pelbagai teori konspirasi dan UFO, mengesahkan yang Tentera Udara A.S. memiliki "lokasi operasi" di sana.

2009 - PAS berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai, Kelantan, Malaysia selepas pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob.

2011 - Skandal godam telefon‎ News International berterusan dengam bekas editor Rebekah Brooks ditangkap.

Kelahiran

1913 - Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat ke-38.

Kematian

1951 - Andrew Caldecott, seorang pentadbir kolonial British.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Julai)

sumber: wikipedia

Thursday, July 13, 2017

Siti Nurfatihah Baru Darjah 3 Tapi Masak Macam 'Otai'

Siti Nurfatihah Baru Darjah 3 Tapi Masak Macam 'Otai'

Gadis cilik ini baru sahaja berusia sembilan tahun tapi gayanya memasak di dapur tak ubah macam seorang tukang masak berpengalaman.

Siti Nurfatihah

Pelajar darjah tiga Sekolah Kebangsaan Yong Peng ini, Siti Nurfatihah Mohd Faizi langsung tidak kekok untuk mengendalikan senduk dan periuk-belanga di dapur, termasuklah 'bermain' api, semuanya kerana dia dibesarkan di kedai makan ibunya yang terletak di Yong Peng, Johor.

Lenggoknya ketika memasak telah menarik perhatian ramai apabila video yang menunjukkan kemahiran si kecil ini memasak dimuat naik oleh bapa saudaranya dan tular di media sosial.

Ibunya, Siti Norasiken Yusof, 30, berkata anak bongsunya itu yang lebih mesra disapa sebagai Tihah sudah dibawa 'berkenalan' dengan kedai makannya sejak dia masih bayi.

"Sebab tu saya tak terkejut sangat dia minat masak, tapi saya akui dengan umurnya yang masih muda, kemahirannya itu agak luar biasa berbanding kanak-kanak lain.

"Bayangkanlah umur lima tahun dia dah minat pegang senduk nak menggoreng tapi saya tak benarkan sebab masa tu dia tak cukup tinggi," katanya.

Siti Norasiken berkata, beliau mula sedar bakat Tihah ketika anaknya itu berusia tujuh tahun, apabila Tihah tidak kekok memegang pisau besar untuk memotong ayam untuk dimakan bersama nasi ayam yang dijualnya.

"Masuk darjah dua, dia dah pandai masak nasi goreng, mi goreng dan goreng telur mata. Kalau lepas waktu sekolah bunyi ketuk kuali tu lain macam sikit, memang dialah tu di dapur.

"Setakat untuk makan sendiri 'lepaslah', untuk pelanggan belum lagi. Tapi Tihah selalu murah hati bagi peniaga-peniaga lain rasa masakannya," katanya sambil menambah ada peniaga yang memanggil Tihah dengan nama Joyah gara-gara keramahan dan kepetahannya bercakap.

Siti Norasiken yang sudah 16 tahun berniaga makanan di situ berkata beliau tidak pernah mengajar Tihah memasak secara formal atau memaksanya membuat kerja-kerja dapur.

Bagaimanapun, beliau percaya anaknya itu banyak belajar melalui pemerhatian, selain bakat semulajadi yang dikurniakan kepadanya.

Ditanya tentang faktor keselamatan anaknya, ibu kepada dua anak ini berkata beliau sering berpesan kepada anak-anaknya supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

"Kadang-kadang jerit (marah) juga kalau bahaya, tapi dia kata 'tak apa 'kita' pandai," cerita Siti Nurasiken.

Sementara itu Tihah, ketika ditanya tentang cita-citanya berkata mahu menjadi seorang tukang masak terkenal dan mempunyai restoran sendiri.

Tonton video di YouTube.

BACA INI JUGA: Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!

sumber: mstar

'Gangnam Style' Bukan Lagi Nombor 1, Despacito Lagu Fenomena

'Gangnam Style' Bukan Lagi Nombor 1, Despacito Lagu Fenomena

Video muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan fenomena menari di peringkat global dan viral hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.

Gangnam Style

Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ akhirnya jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’, persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

Pencapaian ‘Gangnam Style’, yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, Psy, yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.

Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.

‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’.

Fenomena Despacito Semakin Menjadi-Jadi

Despacito

Sementara itu, kira-kira pada bulan Januari lalu, negara kita bagaikan dilanda fenomena lagu Latin bertajuk Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee yang semakin hari semakin hangat dan sering kali diputarkan di corong radio.

Lagu ini telah tular di laman YouTube dengan jumlah tontonan seramai lebih 2.5 bilion sejak dimuat naik oleh Luis Fonsi sendiri di akaun YouTubenya, enam bulan yang lalu.

BACA INI JUGA: Fakta Unik Asal-usul Gangnam Style



sumber: hmetro

Video Kanak-Kanak Maut Gara-gara Prank Dalam Lif

Video Kanak-Kanak Maut Gara-gara Prank Dalam Lif

Gara-gara prank, seorang kanak-kanak perempuan di China maut secara tragis setelah terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya pada awal Julai 2017.

Maut Gara-gara Prank

Lapor portal Shanghaiist, dalam kejadian di sebuah apartment di wilayah Hunan itu, mangsa, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dua orang rakannya ke tingkat 9.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi.

Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup.

Maut Gara-gara Prank

Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.

Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 bangunan itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa yang berjalan ke luar secara tidak sengaja terjatuh dari tingkap dan maut di tempat kejadian.

Tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalahkan kanak-kanak lelaki itu menjadi punca kematian mangsa, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka.

BACA INI JUGA: Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!


sumber: mynewshub

Mel B Dilaporkan Muflis, Terpaksa Mengemis Bantuan Rakan-rakan

Mel B Dilaporkan Muflis, Terpaksa Mengemis Bantuan Rakan-rakan

Anggota kumpulan Spice Girl, Mel B, dilaporkan muflis selepas mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Stephen Belafonte.

Mel B Muflis

Menurut laporan Daily Mail, Mel B, dikatakan terpaksa meminta bantuan rakan-rakannya menjelaskan tunggakan hutang rumah yang baru dibelinya.

"Mel B baru saja membayar deposit wang untuk membeli rumah di Los Angeles yang berharga RM8 juta.

"Dia juga risau akan kehilangan rumah tersebut jika tidak dapat membayar baki hutangnya yang ada sekarang ini memandangkan dia mempunyai masalah kewangan yang amat serius.

"Semua orang sudah tahu keadaan kewangan Mel kini sangat teruk dan jika dia gagal mendapatkan rumah tersebut, maka keadaannya akan menjadi semakin parah.

"Akibat daripada itu, Mel terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakanya untuk menyelesaikan masalah yang dialami olehnya," kata sumber.

Tambah sumber, Mel B kini sedang berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin duit daripada rakan-rakanya yang sudi membantu.

10 Tahun Didera Suami Ganas

Mel B Fail Cerai

Sebelum ini, Mel B membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa suaminya, Stephen Belafonte berkelakuan ganas sejak tahun pertama mereka berkahwin pada 2007.

Daily Mail melaporkan, Mel B mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah selepas mendakwa Stephen memukulnya, menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.

Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu turut mendapatkan perintah mahkamah bagi menuntut Stephen menjauhinya serta tiga anak mereka.

Mel mendakwa ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan untuk sebuah rancangan televisyen iaitu Dancing With The Stars.

Memetik laporan TMZ, Mel mendakwa bibirnya pecah akibat ditumbuk suaminya selepas rakaman Mel dengan Usher pada 2012.

Selain penderaan fizikal itu, Mel mendakwa Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu.

Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000.

Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.

Jelasnya, tindakan Stephen menderanya sebagai peringatan kepada Mel bahawa suaminya itu lebih berkuasa walaupun Mel sudah berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani