Friday, July 14, 2017

Anis Dikecam Peminat Kongsi Gambar 'Cium' Bersama Suami


Dulu isu sneakers, kini gambar pula! Sekali lagi Anis dikecam oleh peminatnya kerana memuat naik gambar intim bersama suami.

Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus

Pelakon, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Anis Al-Idrus sekali lagi dikecam oleh peminatnya berikutan isu gambar intim bersama suami yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, pasangan yang bernikah pada 7 Julai lalu itu digambarkan seolah-olah ingin berkucupan.

Peminatnya beranggapan foto tersebut tidak manis untuk dikongsikan di laman sosial aktres terbabit. Menurut mereka, adalah lebih afdal sekiranya ia disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja.

Anis, mempertahankan tindakannya itu kerana beranggapan bahawa aksi sebegitu adalah perkara biasa.

Anis turut menyatakan sebelum ini terdapat juga selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim daripada apa yang dibuat olehnya.

“Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan.

"Bagi saya, ia perkara biasa,” ujar Anis memetik BH Online.

Anis dan Mohd Rafzan telah selamat disatukan pada 7 Julai lalu di Shah Alam.

Pasangan ini memilih persalinan putih untuk majlis tersebut yang diserikan dengan kasut kanvas yang dipakai pengantin perempuan.

Kedua mempelai ini selamat diijabkabul oleh bapa pelakon tersebut, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus bersaksikan imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

BACA INI JUGA: Artis-artis Yang Jadi Terkenal Kerana Kontroversi

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon