Thursday, July 13, 2017

'Gangnam Style' Bukan Lagi Nombor 1, Despacito Lagu Fenomena

Loading...

Video muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan fenomena menari di peringkat global dan viral hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.

Gangnam Style

Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ akhirnya jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’, persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

Pencapaian ‘Gangnam Style’, yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, Psy, yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.

Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.

‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’.

Fenomena Despacito Semakin Menjadi-Jadi

Despacito

Sementara itu, kira-kira pada bulan Januari lalu, negara kita bagaikan dilanda fenomena lagu Latin bertajuk Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee yang semakin hari semakin hangat dan sering kali diputarkan di corong radio.

Lagu ini telah tular di laman YouTube dengan jumlah tontonan seramai lebih 2.5 bilion sejak dimuat naik oleh Luis Fonsi sendiri di akaun YouTubenya, enam bulan yang lalu.

BACA INI JUGA: Fakta Unik Asal-usul Gangnam Style



sumber: hmetro

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon