Friday, July 14, 2017

'Kecomelan' Nasi Lemak Hello Kitty Curi Perhatian


Obses pada warna 'pink' mencetuskan idea dua orang sahabat menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna merah jambu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai karakter kartun kucing tersebut.

Nasi Lemak Hello Kitty

Walau pun baru seminggu berniaga namun identiti comel Hello Kitty dengan nasi warna merah jambu itu sudah menarik perhatian ramai.

Sebungkus Nasi Lemak Hello Kitty dibekalkan bersama ikan bilis, kacang goreng, sambal, sebiji telur rebus dan beberapa potong timun. Memang berbaloi!

Lokasinya pula di hadapan Sekolah Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan.

Peniaga tersebut, Nurul Aida Zulkifli, 29, berkata, kartun Hello Kitty dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya.

Katanya, nasi lemak itu merupakan air tangan rakan kongsinya, Zaharina Mohd Tahar, 32, dijual dengan harga RM3.50 sepeket dan jika anda membelinya secara borong, anda cuma perlu membayar RM10 untuk tiga bungkus.

"Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna 'pink', kereta di cat warna 'pink' dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

"Kami juga pakai pakaian warna 'pink' memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi," katanya.

Nurul Aida dari Kampung Kok Pasir berkata, dia menghabiskan RM4,000 untuk modifikasi keretanya itu.

Katanya yang merupakan ibu kepada dua anak, nasi lemaknya itu juga dijual secara online dan menghantar kepada pelanggan menaiki kereta Hello Kitty ini.

Menurutnya, dengan bantuan Zaharina dia akan memperluaskan lagi perniagaan nasi lemaknya apabila akan bergerak ke beberapa lokasi baru.

Nasi Lemak Hello Kitty mulai popular apabila seorang pengguna, Rizal Hakim, berkongsi beberapa keping gambar dua peniaga wanita itu di laman Facebooknya.

Netizen yang teruja dengan kehadiran Nasi Lemak Hello Kitty itu bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu Nasi Lemak Hello Kitty hanya dijual di negeri Kelantan.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon