Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

Sambutan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, World Information Society Day disambut pada 17 Mei setiap tahun bagi memperingati ulang tahun Konvensyen Telegraf Antarabangsa pertama yang telah diadakan pada tahun 1865 yang juga telah membawa kepada cadangan penubuhan International Telecommunication Union (ITU).

Masyarakat Berinformasi

Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memanfaatkan peranan pemangkin ICT dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

Merujuk kepada Laporan dari United Nations Road Safety Calloboration (UNRSC), seramai 1.3 juta orang telah maut akibat pelbagai punca yang berkaitan, manakala 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan yang kebanyakannya berlaku di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini secara tidak langsung memberi kerugian kepada ekonomi dunia.

Antara penyumbang yang membawa kepada kematian jalan raya dan kecederaan adalah disebabkan gangguan tumpuan pemandu yang menggunakan teknologi seperti bercakap menggunakan telefon, menghantar SMS, melihat interface navigator seperti facebook dan sebagainya dalam kenderaan atau sistem komunikasi semasa memandu.

Menerusi sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, ITU memberi perhatian terhadap kepentingan ICT yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seluruh dunia dengan:
  • meningkatkan keselamatan jalan raya dan sistem pengurusan lalu lintas;
  • menghapuskan gangguan yang tidak selamat yang berkaitan dengan teknologi semasa memandu;
  • menggalakkan pembangunan dan penggunaan interface yang selamat di dalam kenderaan; dan
  • membangunkan Sistem Pengangkutan Pintar untuk meningkatkan keselamatan, pengurusan dan kecekapan dalam pengangkutan darat, di samping mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Selamat menyambut Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia.

BACA INI JUGA: 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!

sumber: hsni

Monday, May 15, 2017

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Melawat Negara Bhutan

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Melawat Negara Bhutan

Di antara dua negara besar di Asia, iaitu China dan India, terletaknya sebuah kerajaan yang jarang kita dengar namanya disebut di persada antarabangsa.

Bhutan

Walaupun negara tersebut berada dalam posisi terpencil, namun mereka tidak pernah dijajah oleh negara lain.

Mendengar tentangnya pun jarang, apatah lagi mahu melawatnya. Pernahkah anda terfikir untuk melawat Bhutan?

Bhutan sebenarnya adalah sebuah misteri yang masih belum diketahui ramai.

Bhutan, Negara Paling Bahagia Di Dunia

Inilah negara Bhutan. Negara ini meletakkan konsep kebahagiaan, iaitu ‘Gross National Happiness’ (GNH) yang terfokus terhadap kesejahteraan manusia sebagai indikator.

Sedangkan hampir semua negara di dunia menggunakan ‘Gross Domestic Product’ (GDP) untuk mengukur tahap perkembangan sesebuah negara berdasarkan ekonominya.

Menurut statistik yang dijalankan oleh kerajaan Bhutan pada tahun 2005, 95% rakyatnya menganggap diri mereka sangat bahagia.

Sejak itu, negara ini terkenal dengan gelaran ‘Kingdom Of Happiness’.

6 Sebab Anda Perlu Melawat Negara Bhutan

1. Pemandangan Yang Mengagumkan

Pemandangan

Ibarat sebuah mutiara yang tersimpan rapi di dalam perut bumi, begitulah keadaan muka bumi negara Bhutan yang masih tidak tersentuh oleh sebarang pengaruh globalisasi.

Negara yang diliputi oleh 70% hutan ini mempunyai kekayaan hasil semulajadi yang belum dieksploitasi kerana kerajaan Bhutan sangat menekankan hal-hal berkaitan pemeliharaan bumi.

Bhutan sering dikaitkan dengan unsur magikal dan kepercayaan, dan ia dikenali sebagai ‘Shangri-La’ terakhir. Istilah ‘Shangri-La’ ini merujuk pada novel fiksyen “Lost Horizon” karya James Hilton (1933), yang ada menyebutkan sebuah syurga di Himalaya sebagai ‘Shangri-La’.

Maka, tidak hairanlah negara 4 musim ini memiliki pemandangan yang begitu indah dan menakjubkan, terutama jika anda melawat Bhutan pada musim bunga dan musim luruh.

2. Keunikan Budaya dan Agama

Unik

Pakaian tradisional mereka adalah ‘dress code’ untuk tempat-tempat awam. Pakaian ini bukan sahaja dipakai dalam majlis rasmi, malah dalam kegiatan sehari-hari.

Uniform rasmi sekolah mereka adalah gho dan kira.

Upacara keagamaan juga amat dititikberatkan memandangkan mereka adalah penganut agama Buddha yang sangat berpegang teguh pada prinsipnya. Selain Buddha, bilangan penganut Hindu adalah yang kedua terbanyak di Bhutan.

Selari dengan praktis Tibetan-Buddha, kehiduan seharian mereka sangat berwarna-warni, seperti yang ditampakkan dalam kepelbagaian festival dan tokong-tokong yang dibina.

3. Tradisional, Tetapi Selesa Untuk Pelancong

Tradisional

Walaupun Bhutan adalah destinasi pelancongan luar negara yang kurang popular, namun ia lengkap dengan hotel dari 3 bintang hingga 5 bintang.

Jangan tak tahu, terdapat selebriti dunia seperti Leonardo di Caprio dan Keira Knightley, dikatakan pernah menginap di Resort Uma Paro, salah sebuah hotel mewah untuk kelas atasan.

Oh ya, satu fakta unik menurut WWF, Bhutan adalah negara terakhir di dunia yang mengakhiri pengharaman televisyen pada tahun 1999, dan mula mempunyai ‘line’ telefon bimbit secara rasminya pada tahun 2003. Kemudahan internet dan wifi bermula sejak sekitar tahun 2000.

Berbanding kebanyakan negara, Bhutan masih lagi belum terkesan akibat perindustrian atau globalisasi. Oleh itu, banyak aktiviti tradisional yang mereka jalankan sehari-hari.

Semasa melawat Bhutan, anda pasti akan terserempak dengan pelbagai aktiviti yang unik untuk dipelajari.

4. Aktiviti Luar & Lasak Untuk Diterokai

Aktiviti Luar

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, inilah ‘taman permainan’ yang paling sesuai untuk anda!

Aktiviti seperti trekking, berkhemah, berkayak, berbasikal, memanah, bird-watching, dan segala hidupan flora dan fauna seolah-olah memanggil-manggil anda.

Tahukah anda, Bhutan adalah satu-satunya negara bergantung kepada ‘renewable energy’, iaitu kuasa hidro sebagai hasil eksport terbesar mereka!

5. Penduduk Yang Mesra

Mesra

Rakyat Bhutan, tidak kiralah yang tua atau muda semuanya ramah dan mesra, amat mudah untuk mengukir senyuman.

Mengikut pengalaman pengembara, anak-anak di sana juga sangat beradab dan saling menghormati.

Mana tidaknya, kebanyakan daripada mereka tidak terikat dengan televisyen, internet, dan media sosial yang boleh membuat kita sentiasa dalam dunia sendiri. Tak payah risau nak ‘selfie’, nak cari ‘Like’ di Facebook, dan tak rasa ketinggalan nak cari video terbaru di Youtube.

6. Pelbagai Makanan & Barangan Unik

Unik

Oleh kerana agama yang mereka anuti, kebanyakan penduduk Bhutan adalah vegetarian. Walaubagaimanapun, ayam dan daging masih lagi boleh dicari dengan mudah di restoran.

Mereka terkenal dengan cili dan makanan pedas. Salah satu makanan tradisional mereka, Ema Datshi adalah berasaskan keju dan cili.

Selain itu, mereka juga menghasilkan pelbagai kraftangan yang unik dan sesuai untuk dibawa pulang sebagai ole-ole ke Malaysia.

Cepat Melawat Bhutan Sementara Ia Masih Belum ‘Terkenal’

Buat masa ini, bilangan pelancong ke Bhutan masih dalam bilangan yang terkawal. Ini kerana, pelancong yang datang adalah sentiasa diselia oleh agensi pelancongan berdaftar.

Malah, menurut laman web rasmi Tourism Bhutan, mereka mengamalkan polisi “High Value, Low Impact Tourism” yang amat ketat.

Sungguhpun begitu, negara ini tidak dapat lari daripada kesan globalisasi dengan dunia luar makin terbuka luas, terutamanya selepas internet dan televisyen yang dibenarkan untuk penduduknya.

Perlu bayar RM867.50 sehari untuk lawat Bhutan

Pada 2016, jumlah pelancong ke negara ini hanyalah 209,570 orang iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2015.

Antara sebab utama negara ini jarang dilawati adalah kerana kesukaran untuk tiba di lokasi apatah lagi Bhutan hanya mempunyai satu lapangan terbang sahaja.

Dianggarkan hanya beberapa juruterbang di dunia ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat melalui gunung-ganang di sana.

Disebabkan itulah, mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Bhutan akan merasa bagai diberi ganjaran yang tidak ternilai ditambah dan disajikan keindahan semula jadi yang tidak pernah diterokai oleh manusia lain.

Bagaimanapun, Kerajaan Bhutan mempunyai polisi iaitu pelancongan mewah di mana para pelancong perlu membayar sekurang-kurangnya $200 (RM867.50) seorang untuk tempoh sehari berada di negara itu.

Namun begitu, kos tersebut boleh digunakan dari segi penginapan, kos transit, pemandu pelancong, makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat program dijalankan untuk melindungi keindahan semula jadi kawasan yang turut dikenali sebagai ‘The Land of The Thunder Dragon’ kerana ribut petir mereka yang ganas itu.

Sementara itu, landskap di Bhutan menawarkan landskap yang begitu mengasyikkan, tradisi purba dan pemandangan yang berbeza di beberapa kawasan, memberikan pengalaman yang memuaskan buat para pelancong.

***

Sementara kita saling berharap agar Bhutan dapat mengekalkan konsep ‘mesra alam’ yang dipegang sejak dahulu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang asli di sini.

Kita tidak tahu bila pula masanya mereka akan mula menjadi sebuah negara yang lebih berdaya saing dan mula dikerumuni ramai!

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Pengunjung Dihalau Sebab Pakai Baju Tradisional, 'Dress Code' KLCC Dipersoal

Pengunjung Dihalau Sebab Pakai Baju Tradisional, 'Dress Code' KLCC Dipersoal

Gara-gara mengenakan pakaian tradisional, sekumpulan penari kebudayaan yang mahu merakam gambar kenang-kenangan di taman KLCC telah dihalau oleh pengurusan bangunan berkenaan.

Baju Tradisional

Insiden diskriminasi itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Abam Supir, dipercayai pemandu teksi yang bertanggungjawab membawa kumpulan berkenaan untuk mengunjungi lokasi ikonik itu.

Menurutnya, kumpulan kebudayaan itu dilarang bergambar di taman berkenaan oleh pengurusan Suria KLCC dengan alasan tidak memakai pakaian yang sesuai.

“Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar.

“Yang lebih menguris perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya, ‘nak amek (ambil) gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu,” demikian menurutnya dalam kemaskini di laman Facebook.

Baju Tradisional

Lantas membuatkan dia mempersoalkan garis panduan yang ditetapkan pihak pengurusan Suria KLCC kepada orang awam sekiranya mahu bergambar di kawasan tersebut.

“Apa kebodohan garis panduan pengurusan yang diguna pakai pun tak tahu. Mereka cuma singgah bergambar di taman (dan) kolam sahaja.

“Diulang hanya bergambar di taman atau di kolam sahaja, bukan nak buat persembahan. Bukan ambil gambar di dalam bangunan Petronas pun tetapi dihalau seperti kucing kurap,” luahnya kesal.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan apakah wajar tindakan pihak berkenaan, sedangkan taman di KLCC adalah tempat awam dan sering dijadikan lokasi pilihan untuk pengantin merakam hari bahagian mereka.

“Taman KLCC adalah open for public dan sememangnya ada yang berpakaian beragama untuk mengambil gambar termasuklah mereka yang baru menjadi ‘Raja Sehari’.

“Cuma saya ingin bertanya, apa pula dress code untuk mengambil gambar di kawasan KLCC, sekiranya ada?” soal Haslina Bujang.

BACA INI JUGA: 14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia

sumber: mynewshub

Jasa Guru Hingga Ke Syurga

Jasa Guru Hingga Ke Syurga

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari bagi memperingati jasa guru di seluruh negara namun begitu, bukanlah bermakna guru hanya diingati pada hari tertentu sahaja malah jasa guru perlu sentiasa dikenang dalam doa kita setiap hari.

Guru

Kerjaya sebagai guru adalah mulia. Mereka ibarat matahari yang menyuluh kegelapan alam ini. Jasa mereka yang istiqamah mendidik dan menyampaikan ilmu demi membangunkan ummah amatlah besar kepada setiap anak bangsa.

Justeru, kedudukan guru atau orang yang berilmu amat tinggi di sisi ALLAH berbanding orang lain, lantaran ilmu yang ditekuni dan dicurahkan, lebih-lebih lagi jika dia seorang yang beriman.

Firman ALLAH dalam Surah az-Zumar, ayat 9, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”

Malah mereka juga akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan sehingga hari kiamat selagi ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan dan diamalkan oleh setiap anak didik mereka, walaupun jasad sudah tiada lagi di dunia ini. Benarlah sabda Nabi Junjungan SAW:

“Apabila meninggal dunia seseorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya”. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun perlu difahami bahawa kerjaya guru atau pendidik bukanlah semata-mata terhad kepada mereka yang bekerja di sekolah atau di universiti, atau di mana-mana pusat pengajian.

Hakikatnya, semua mereka yang tekun mengajar apa sahaja kebaikan dan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna adalah termasuk dalam kategori “guru”, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW berkenaan kelebihan orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain: “Sesungguhnya ALLAH, para malaikat-Nya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut dalam lubangnya dan sehinggakan ikan (di laut) berselawat (mendoakan rahmat) ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. Hadith hasan riwayat at-Tirmizi.

Bahkan, dalam kehidupan setiap daripada kita, guru utama yang tidak dapat dilupakan jasanya adalah kedua ibu bapa kita sendiri yang mengajar, mendidik, mentarbiah dan membesarkan kita sejak kita dilahirkan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada bayi yang dilahirkan kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia sebagai seorang Yahudi, atau seorang Kristian, atau seorang Majusi”. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Dalam sejarah Islam, peranan guru amatlah besar. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjadi contoh terbaik sebagai seorang pelajar yang berguru dengan malaikat Jibril AS, walaupun ALLAH boleh sahaja memberikan ilmu kepada baginda tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.

Begitu juga dengan para sahabat yang berguru dengan Baginda, seterusnya para tabiin dan tabi’ tabiin sehinggalah ke hari ini.

Justeru, bagi mereka yang bergelar pelajar, perlulah beradab dan menunjukkan akhlak yang mulia terhadap guru mereka, kerana hakikat kejayaan dan keberkatan seseorang pelajar itu adalah bergantung kepada sejauh mana adab dan akhlak dia dengan gurunya, dan bukan bergantung pada semata-mata kebijaksanaan pelajar itu atau sejauh mana usahanya mendapatkan ilmu.

Lihatlah kepada mereka yang berjaya pada hari ini, tidak kira siapa, pasti di sebalik kejayaan itu, ada guru yang mendidik dan mentarbiah mereka, di samping adab dan hubungan dengan guru-guru mereka.

Mengakhiri artikel, suka penulis untuk mengungkap sajak daripada sasterawan negara, Usman Awang berkenaan guru:
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat menyambut Hari Guru.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Cikgu Idayu Dan Kerenah Birokrasi Yang Memualkan!

sumber: sinarharian

Sambutan Hari Belia Antarabangsa

Sambutan Hari Belia Antarabangsa

Sambutan Hari Belia Antarabangsa disambut pada 12 Ogos setiap tahun yang didedikasikan oleh PBB bagi merai dan mengiktiraf sumbangan aktif belia di seluruh dunia.

Hari Belia

Pada 12 Ogos tahun 1999, badan dunia tersebut telah mengisytiharkan tarikh 12 Ogos sebagai Hari Belia Antarabangsa berdasarkan Resolusi 54/120 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun tersebut.

Bermula tarikh itu juga, PBB telah memutuskan untuk mengisytiharkan 2010 sebagai permulaan International Year of Youth (IYY) dengan tema Dialogue and Mutual Understanding.

Di Malaysia, walaupun mungkin tiada sambutan khusus sempena Hari Belia Antarabangsa, namun sudah memadai diperuntukkan satu hari khas untuk negara meraikan dan mengiktiraf sumbangan belia pada 15 Mei setiap tahun di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Hari Belia Negara.

Hari Belia Negara peringkat negeri dihadiri oleh pemimpin kerajaan negeri dan negara sekaligus menggambarkan kesungguhan mereka meletakkan belia sebagai aset dan modal yang amat berharga bagi Malaysia.

Secara umumnya, belia di mana sahaja mereka berada sentiasa diraikan, diiktiraf, dihargai, didengari dan diberi perhatian khusus.

Kerajaan Malaysia juga telah memutuskan untuk menubuhkan Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang bertujuan mengkaji kehendak dan keperluan belia dengan fokus utama kepada generasi Y yang berumur 10 hingga 28 tahun.

Ini bermakna, segala program yang dirancang kerajaan berkaitan belia adalah berdasarkan kajian kepada perubahan semasa minda generasi Y yang memberikan impak positif kepada pembangunan negara.

Selain itu, bertepatan dengan pengiktirafan global yang diberikan oleh dunia kepada warga belia melalui IYY, beberapa aspek harus diberikan perhatian oleh kerajaan dalam merangka program pembangunan belia agar para belia Malaysia kekal kompetitif dan kompeten untuk bersaing dengan warga belia global yang lain.

Antara yang ingin difokuskan adalah aspek pembangunan program kesukarelawanan antarabangsa, yang mampu membentuk peribadi belia agar menjadi rakyat yang proaktif dalam menyumbang kepada proses pembangunan diri dan negara.

Kajian terhadap sekumpulan belia yang pernah terlibat dalam program kesukarelawanan antarabangsa ini mendapati, mereka memperoleh pelbagai manfaat dan kualiti seperti pendedahan antarabangsa, jaringan global, pelbagai skil tambahan, peningkatan keyakinan diri, kreativiti, pembukaan ufuk minda, motivasi dan kematangan.

Sebahagian besar elemen-elemen ini amat sukar diperoleh jika hanya tertumpu dalam bilik darjah dan kuliah, melainkan mereka keluar dan bercampur bersama masyarakat.

Di United Kingdom (UK), projek Gap Years diperkenalkan kepada mahasiswa dan belia bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawanan sepenuh masa dalam dan luar negara.

Dalam tempoh tiga hingga sembilan bulan iaitu luar daripada tempoh pembelajaran di universiti atau kolej, mereka diberi peluang sepenuh masa untuk terlibat dalam kerja kesukarelawanan yang dipilih sendiri oleh mereka. Mereka turut diberikan dana dan elaun oleh kerajaan UK.

Sebahagian besar belia di UK memilih untuk melakukan kegiatan sukarela di luar negara kerana ia memberikan mereka peluang untuk mengembara dan melihat sendiri dunia luar.

Sebagai sebuah negara maju yang melaksanakan dasar ini, ia ternyata memberikan impak positif kepada para belianya terutama dari segi kelebihan pengalaman, pendedahan, kematangan, pemikiran dan kemandirian.

Di Malaysia, Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) telah melakukan eksperimen kesukarelawanan antarabangsa selama lebih sembilan tahun kepada belia dan mahasiswa.

Ternyata hasilnya amat menggembirakan apabila para belia yang lahir daripada program ini mempunyai kualiti dan jati diri yang amat diperlukan dalam menyumbang kepada proses pembangunan negara.

Namun begitu, eksperimen yang dilakukan oleh GPTD ini berskala kecil dan dilaksanakan di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program kesukarelawanan antarabangsa ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat nasional sebagai salah satu agenda dan polisi transformasi pembangunan belia bersepadu.

Ia juga diyakini mampu memenuhi cita rasa dan kehendak belia khususnya generasi Y yang sukakan aktiviti bersifat pengembaraan dan lasak.

Di samping itu, ia memberikan peluang kepada belia untuk berinteraksi dan berdialog dengan dunia luar bagi mewujudkan persefahaman dan keamanan sejagat.

Selamat menyambut Hari Belia.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sunday, May 14, 2017

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800an di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns-Katholik.

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan perang dunia ke 2.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Jururawat adalah profesion yang menggabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri.

Selain itu, profesion kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa.

Justeru, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi.

Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri.

Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jururawat1malaysia

The Big Bad Wolf Book Sale, Pesta Jualan Buku Terbesar Di Malaysia

The Big Bad Wolf Book Sale, Pesta Jualan Buku Terbesar Di Malaysia

The Big Bad Wolf Book Sale merupakan pesta jualan buku terbesar di dunia yang diadakan di Malaysia, yang diadakan sepanjang tahun.

The Big Bad Wolf Book Sale

Pesta jualan buku Big Bad Wolf menawarkan potongan harga buku dari 75% hingga 95% dan dimulakan pada tahun 2009 oleh pemilik kedai buku BookXcess, Andrew Yap dan pasangannya Jacqueline Ng. Ia kini menjadi acara tahunan dan dikendalikan oleh syarikat Big Bad Wolf Sdn. Bhd.

Pada tahun 2012-2016 ia telah dijalankan di di Pusat Pameran dan Konvosyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Kuala Lumpur dengan 3-3.5 juta buah buku dan majalah untuk dijual dengan kebanyakannya adalah buku bahasa Inggeris.

Big Bad Wolf menggunakan tema di dalam cerita dongeng si kecil pemakai tudung merah (Little Red Riding Hood) dengan menjadikan serigala di dalam kisah itu, iaitu Big Bad Wolf, datang 'menyerang' dan 'menculik' buku-buku di luar negara dan kemudian singgah di Malaysia. Oleh kerana buku-buku itu 'diculik', ia dijual dengan harga murah.

Sejarah

Jualan The Big Bad Wolf Book Sale bermula dengan pembukaan kedai buku BookXcess oleh Andrew Yap. Cetusan idea pesta ini terhasil apabila beliau terfikir untuk menghabiskan stok buku-buku di kedainya.
  • Bermulalah pesta jualan pertama pada Mei 2009, di Dataran Hamodal, Petaling Jaya, Selangor. Atas sambutan yang hangat, pesta jualan kedua berlangsung sekali lagi pada tahun yang sama (26 November-2 Disember) di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
  • Pada tahun 2010, ia diadakan pula di South City Plaza di Seri Kembangan bermula pada 12 November hingga 17 November.
  • Pada tahun 2011, pesta jualan ini telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) selama 10 hari (7-16 Oktober) dengan menawarkan sehingga 1.5 juta buah buku dan majalah.
  • Pada tahun 2012, pesta jualan buku Big Bad Wolf diadakan pada 7-23 Disember di Pusat Pameran dan Konvosyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 2013, pesta jualan buku Big Bad Wolf berlangsung pada 6-15 Disember 2013 di MIECC@The Mines. Di buka 230 jam tanpa henti (24 jam) dan sebanyak 3 juta buku ditawarkan.
  • Pada tahun 2014, pesta jualan buku Big Bad Wolf berlangsung pada 5-16 Disember 2014 di MIECC@The Mines. Sebanyak 3.5 juta buku ditawarkan.
  • Pada tahun 2015, pesta jualan buku Big Bad Wolf berlangsung pada 4-14 Disember 2014 di MIECC@The Mines.
  • Pada tahun 2016, pesta jualan buku Big Bad Wolf berlangsung pada 9-19 Disember 2014 di MIECC@The Mines, selama 254 jam tanpa henti.

Stok buku

Andrew berkata, beliau mendapatkan buku-buku ini dengan harga murah melalui pembelian lebihan stok buku dari gudang-gudang buku pengedar luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada.

Ini kerana buku-buku yang tidak habis dijual di kedai-kedai buku luar negara dalam tempoh tertentu akan disimpan di dalam gudang bagi menggantikan buku-buku keluaran terkini.

Oleh itu, buku-buku yang dijual di jualan Big Bad Wolf adalah buku asli dan baru.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Gamophobia, Pasangan Yang Fobia Dengan Komitmen

Gamophobia, Pasangan Yang Fobia Dengan Komitmen

Sesebuah hubungan bukanlah mudah untuk ditempuhi bersama, walaupun pada asalnya, kita sendiri yang berjanji sehidup semati dengan pasangan untuk sama-sama susah dan senang.

Gamophobia

Namun begitu, hal yang demikian tidak selalunya terjadi, cinta yang diharapkan mekar selamanya sebenarnya menjadi cabaran buat dua orang insan yang saling bertungkus-lumus untuk mengekalkan kemesraan dan keseronokan hubungan berkenaan.

Komitmen dari segi istilah bermaksud janji pada diri kita sendiri atau pada orang lain yang tercermin dalam tindakan kita.

Komitmen merupakan pengakuan seutuhnya, sebagai sikap yang sebenarnya yang berasal dari watak yang keluar dari dalam diri seseorang.

Walau bagaimanapun, komitmen itu sendiri lebih sukar untuk dilaksana meskipun ia mudah untuk diucapkan.

Kami kongsikan 7 nasihat asas untuk pasangan yang fobia dengan komitmen atau lebih jelas dipanggil Gamophobia.

1. Berhenti Jadi Risau & Takut Untuk Dilukai

Rata-rata, ramai di antara kita yang lebih gemar mencari jalan pintas iaitu lari dari masalah. Sebab? TAKUT TERLUKA. Kenapa?

Sebab anda terlalu sayangkan pasangan anda sehingga mereka mempunyai kuasa untuk menyakiti hati anda sewenang-wenangnya. Jika itu persepsi anda, anda sebenarnya sedang membunuh keyakinan diri sendiri.

Mustahil untuk meneruskan hubungan jika sedikit pun hati anda tidak akan terluka dek kerana perbuatan atau perangainya. Dalam mana-mana hubungan sekalipun, pasti ada asam dan garamnya bukan?

Sebab itu jika anda melihat dua situasi pergaduhan pasangan yang berbeza, “Situasi A bergaduh tanpa melafazkan talak dan cerai manakala Situasi B pula bergaduh sehingga terlanjur melafazkan talak dan cerai.”

Ya, walau apa pun terjadi, kekallah setia bersama pasangan dan cuba untuk memperbaiki masalah yang dihadapi seperti ‘Situasi A’.

Walau perit mana pun pasangan menyakiti anda tetapi anda dan si dia memilih untuk tetap kekal bersama, kalian masih ada harapan. Jika cerai yang anda minta atau si dia lafazkan, maka berakhirlah hubungan itu.

2. Belajar Untuk Tanam Kepercayaan Pada Pasangan

Isu kepercayaan macam ni memang boleh membunuh sesebuah hubungan.

Hargailah pasangan. Jika mereka sememangnya seorang insan yang ‘nerd’ dan baik hati. Tanamlah kepercayaan bahawa mereka tidak akan mengecewakan anda mahupun menduakan anda. Janganlah pula anda ragu-ragukan mereka.

Penulis jelas, perempuan memang cepat membuat andaian dan suka menuduh yang bukan-bukan, walhal lelaki itu baik-baik aja.

Percayalah, semakin anda percayakan pasangan, lebih selesa si dia akan berasa selesa dengan diri anda. Dengan itu, hubungan akan menjadi lebih utuh. #NoHateOnlyLove

3. Hangatkan Asmara

Manusia memang lekas berasa bosan, tidak kiralah lalki atau wanita, bila dah bosan tu mesti terdetik hendak cari yang lain kan? Ha! jangan mengelat.

Justeru, elaklah dari meruntuhkan masjid bagi yang dah berkahwin, bagi yang belum berkahwin dan masih berada dalam proses mengenali hati budi tu, cuba ingat kembali detik-detik indah anda bersama.

Sudah bersusah-payah anda mendapatkannya dan kini hanya kerana si dia tidak dapat meluangkan masa bersama dengan anda setiap hari sudah mampu menjadikan anda bosan? Oleh itu, ‘hangatkan asmara’ :)

Cuba merendahkan diri untuk pujuk pasangan, buang ego dan tunjukan lebih rasa cinta. Nescaya, si dia pasti menghargai. Masih belum terlambat untuk anda mulakan ‘lembaran baru’ dalam episod cinta anda.

4. Berbicara Secara Terbuka

Sebab itu orang cakap, jangan pendam lama-lama nanti jadi naga. Ha, sebelum jadi naga, eloklah anda dan pasangan mengutarakan rasa hati masing-masing yang dah terbuku tu. Bincang dulu. Bukan terus-terusan nak minta break dan sebagainya.

Cuba paksa diri untuk jujur dan berterus-terang pada pasangan okay. Suka cakap suka, tak suka cakap je tak suka. Chill lah!

5. Cari Pasangan Yang Boleh Tunjuk Contoh Baik

Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Tapi, setiap orang mesti ada kelebihan dan sisi kebaikan masing-masing. Sejahat mana pun manusia itu, pasti ada sekelumit perasaan ihsan dalam diri.

Cuba ubah persepsi diri. Kelilingi diri dengan positiviti, elakkan negativiti. Jika anda mempunyai pasangan yang memahami, yang sering mendorong anda ke arah kebaikan, yang selalu ada dengan anda bila anda memerlukan, ia secara tidak langsung dapat melahirkan komitmen yang bersifat sempurna.

Ya, walaupun anda tak sempurna :) Bonus!

6. ‘Move On’ Dari Memori Lama

Jika memori indah, simpanlah ia. Jika memori yang menyakitkan? MOVE ON.

Anda jadi takut untuk memberi komitmen kerana anda pernah dikecewakan suatu ketika dahulu? Atau mungkin hubungan ibu dan ayah anda yang retak ditengah jalan membuatkan anda takut dengan komitmen?

ITU DAHULU. Yang sudah itu, biarkanlah ia berlalu seiring waktu. Janganlah pula anda ikut untuk mereput bersama dengan kenangan lama anda sewaktu bersama bekas teman lelaki dahulu.

Satu-satunya cara bagaimana anda boleh memberanikan diri untuk keluar dari kepompong kekecewaan itu adalah dengan meninggalkan memori lama di belakang.

Teruskan berjalan tanpa perlu menoleh kembali. Mulakan hidup baru dengan orang baru. Wujudkan komitmen baru bersama si dia yang baru.

Jika anda mempunyai masalah dengannya, selesaikan secara waras dan bukannya mengaitkan dia dengan kisah lampau anda.

7. “Single Best” Ye ke?

Sebab mulut, badan yang binasa. Jangan sesekali berlagak kata anda mampu hidup sendirian. Sampai bila anda mampu jadi single?

Memanglah sekarang anda mengagung-agungkan kehidupan bujang anda yang tidak seberapa itu, tetapi sejauh mana yang anda boleh pergi?

Jika anda asyik membebel hendak berhenti memberi komitmen dalam hubungan supaya anda boleh menikmati kehidupan single, anda sepatutnya harus menimbang semula perancangan anda itu.

Ambil masa untuk fikir dan susun semula aturan hidup. Tiada apa yang boleh mengganggu gugat kredibiliti anda.

Jika si dia sudah cukup baik, kenapa perlu lari? Jika si dia sudah bersedia untuk menjadikan anda seorang isteri? Kenapa masih ada perasaan ragu di hati?

Tak susah pun untuk menjadi serius di dalam hubungan kan? Jika anda memberi yang seeloknya kepada pasangan, anda juga akan dapat melihat kesungguhan si dia dalam mencintai anda.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Sambutan Hari Guru, Teacher's Day

Sambutan Hari Guru, Teacher's Day

Sambutan Hari Guru, Teacher's Day disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada semua guru, disamping memberi peluang kepada para pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut.

Sambutan Hari Guru

Tarikh sambutan ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di Malaysia.

Objektif
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Hubungan Guru Dan Murid

Murid-murid pada hari sambutan ini boleh memberi hadiah seperti bunga dan seumpamnya untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna.

Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.

Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan.

Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di kawasan sekolah.

Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru daripada pihak sekolah selain daripada murid.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik.

Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.

Manakala, ketika sambutan Hari Guru juga, program lafaz ikrar daripada guru untuk memberi peringatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha mengajar murid.

Melalui program ini, guru akan mempunyai kesedaran tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh dipandang-remeh, malah harus dititikberatkan.

Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas dan bersopan-santun dapat dibentuk sekali gus mewujudkan pemimpin yang berwibawa bagi masa depan negara kita.

Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid.

Tema Hari Guru
  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
  • 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 Guru Pembina Negara Bangsa

Sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!

BACA INI JUGA:

sumber: spmsos | wikipedia

Saturday, May 13, 2017

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

Sabah adalah sebuah negeri yang memiliki begitu banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan lokasi terbaik sebagai percutian bersama keluarga. Terlalu banyak produk pelancongan untuk diterokai, baik daratan, lautan dan gunungnya, sangat mengagumkam. Bawah lautnya lagilah, tak terkata indahnya. Subhanallah.

Nak pergi seluruh Sabah dalam masa seminggu jenuh! Kami senaraikan beberapa tempat dan lokasi menarik untuk dilawati semasa percutian di Kota Kinabalu.

1. Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Pulau Manukan adalah salah satu pulau-pulau menarik yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Pulau-pulau lain adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug and Pulau Mamutik. Dari segi kecantikan pantai, boleh dikatakan bahawa Pulau Sapi lebih cantik.

Akan tetapi bagi yang berminat dengan snorkling dan sebagainya, anda digalakkan ke pulau ini kerana hidupan dan dasar laut yang lebih menarik dan berwarna warni.

Anda boleh akses ke Pulau Manukan dari jeti bot di Jesselton Point. Caj bayaran dalam lingkungan RM 100 hingga RM 200. Nikmati pemandangan laut yang indah serata tiupan angin yang menyegarkan sepanjang perjalanan ke pulau ini.

Terdapat resort di pulau ini iaitu Manukan Island Resort. Selain dari kemudahan tempat tidur, resort ini turut menyediakan aktiviti seperti sewaan kayak, kelengkapan snorkling dan jaket keselamatan.

2. Tamu Gaya di Gaya Street

Tamu Gaya di Gaya Street

Sekiranya anda tiba di Kota Kinabalu di waktu hujung minggu dan tinggal di kawasan bandar, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar minggu yang amat ‘popular’ dan menarik negeri di bawah bayu ini dan di bandaraya ‘Nature Resort City’.

Saksikan pelbagai kraftangan tempatan, produk tempatan dan gelagat pengunjung di sini yang sangat menarik. Jika berminat, belilah juga kopi Borneo, Sabah Snake Grass dan Mangga King.

Tempat ini agak sesak dan panas menjelang tengahari. Pastikan anda tiba awal.

3. Tanjung Aru Beach

Tanjung Aru Beach

Tidak jauh dari Perdana Park, terletak pula pantai Tanjung Aru yang indah, menarik dan nyaman udaranya. Pemandangan di tepi pantai amat cantik terutama ketika matahari mula terbenam (sunset).

Bagi berminat dengan fotografi, mungkin anda patut ke sini.

Terdapat banyak aktiviti di kawasan ini. Selain dari tempat mandi manda dan bermain bolasepak pantai, terdapat juga kapal-kapal layar di pantai ini.

Ada juga padang golf berhampiran pantai. Ini kerana Pantai Tanjung Aru ini adalah kediaman buat Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club.

Di sebelah malam, suasana agak meriah dan menarik. Ramai yang berkunjung di sini untuk makan di gerai-gerai sambil menikmati keindahan pantai.

Terdapat juga restoren seafood dan kelab malam buat pelancong yang mahu berhibur. Jangan lupa makan ‘sayap ayam panggang’ dan ‘jagung rebus’.

4. Bermalam Di Bukit Kokol

Bukit Kokol

Bagi mereka yang sukakan tempat menarik dengan suasana aman dan udara nyaman, anda tidak perlu pergi jauh hingga ke Kundasang bagi merasai persekitaran sebegini.

Anda hanya perlu ke Bukit Kokol yang tidak jauh dari pekan Menggatal Kota Kinabalu.

Ada banyak resort menarik yang selesa pada harga yang berpatutan sebagai tempat tinggal di sana.

Nikmati pemandangan indah dari atas Bukit Kokol dan udara yang segar lagi menyegarkan.

5. Tempat-Tempat Bersejarah Dan Mercu Tanda

Mercu Tanda

Bandaraya Kota Kinabalu punyai banyak tinggalan sejarah buat mereka yang berminat dengan subjek ini. Ia juga punyai pelbagai mercu tanda yang ada baiknya anda kenali.

Antara yang menarik anda mungkin berminat untuk kunjungi termasuklah:
  • Menara Tun Mustapha
  • Tugu Peringatan ‘Double Six’
  • Atkinson Clock Tower
  • Petagas War Memorial
  • Tugu Pahlawan
  • Padang Merdeka
  • Menara Tun Mustapha

Selain dari itu, anda boleh menziarahi Muzium Negeri Sabah. Ia amat luas dan punyai isi yang agak menarik.

6. Membeli-Belah di Pasar Filipina

Pasar Filipina

Pusat Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina (sebut pilipin) ini memang amat popular dan merupakan lokasi menarik wajib dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah.

Mana-mana agensi pelancongan yang anda gunakan pun, pastinya akan membawa anda ke sini untuk membeli ‘souvenir‘ atau buah tangan untuk di bawa balik nanti.

Saya rasa barangan yang paling menarik yang kerap dibeli dan punyai permintaan paling tinggi di tempat ini adalah mutiara.

Apabila membeli, pastikan anda menawar serendah yang boleh dan cuba survey beberapa tempat sebelum membuat pembelian.
7. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park

Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm. Tempat ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagikan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani.

Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan.

Antara binatang yang menarik di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.

Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok.

8. Masjid Likas

Masjid Likas

Masjid ini terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah.

Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.

Lokasi tempat berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik. Sangat menarik dan memukau mata.

Untuk pengetahuan semua, Masjid Bandaraya adalah masjid terbesar di negeri Sabah.

9. Coral Flyer (Flying Fox)

Coral Flyer (Flying Fox) Pulau Gaya

Seronoknya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi sejauh 250 meter. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut yang sungguh menarik di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan!

10. Rumah Terbalik Borneo

Rumah Terbalik Borneo

Rumah ini semakin popular sebagai lokasi pelancongan menarik di Sabah sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masuk ke rumah yang silingnya di bawah dan lantainya di atas, silakan ke Rumah Terbalik Borneo.

Semasa di sana jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di Mango Garden Restaurant.

Bertempat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran, nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap serta menarik hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.

11. Perdana Park

Perdana Park

Bagi mereka yang tiba di Kota Kinabalu menerusi terminal 2, anda akan melewati taman menarik ini sebaik sahaja keluar dari kawasan terminal.

Taman Ujana Perdana Park (Perdana Park) telah rasmikan oleh Perdana Menteri pada 28hb Januari 2011 dan kini menjadi antara tempat riadah, rekreasi buat penduduk tempatan.

Di sebelah siang, ia lebih kepada tempat berehat, berjogging dan bersenam. Namun, di sebelah malam ia bertukar kepada satu pusat tarikan pelancong dan aktiviti kekeluargaan.

Dua aktiviti utama di sebelah malam, makan-makan di cafe dan menyaksikan pertunjukkan air pancut berwarna-warni (tarikan utama).

Jika anda datang bersama keluarga atau anak-anak kecil, Perdana Park di Tanjung Aru adalah sesuai dimasukkan dalam itinerary anda.

12. Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu Dari Signal Hill

Kota Kinabalu Signal Hill

Signal Hill atau Bukit Bendera adalah lokasi tertinggi di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, ia adalah satu tempat yang paling menarik untuk anda meninjau dan melihat sendiri bandaraya ini.

Di atas bukit ini, anda boleh dapat melihat dengan jelas bangunan-bangunan utama seperti Suria Sabah, Hyatt Regency Hotel, Wisma Merdeka dan lain-lain lagi.

Tempat yang menarik dan sesuai untuk berehat, mengambil udara segar dan fotografi.

13. Bird Watching Di Kota Kinabalu Wetlands Centre

Kota Kinabalu Wetlands Centre

Minat dengan aktiviti ‘bird watching‘? Di Kota Kinabalu ada tempat menarik dan sesuai untuk aktiviti ini, jika anda berkesempatan singgahlah ke Kota Kinabalu Wetlands Centre, yang terletak di kaki Bukit Bendera dan tidak jauh dari Kompleks Sukan Likas.

Terdapat kira-kira 80 spesis burung di sini.

Anda juga boleh lihat hutang paya bakau dan hidupan lain di kawasan ini yang seluas 24 hektar.

14. Melihat Ikan Kerapu Hibrid Gergasi

Ikan Kerapu Hibrid

Suka makan ikan kerapu? Bagaimana pula dengan ikan kerapu hibrid bersaiz gergasi? Sanggupkah anda makan?

Ikan kerapu hibrid ini adalah antara tarikan menarik yang terdapat di Muzium Hidupan Laut di Universiti Malaysia Sabah. Ada pelbagai hidupan laut lain juga yang di letakkan dalam akuarium di sini. Ia pasti mengembirakan si kecil anda.

Oleh kerana lokasi ini tidak besar, maka lawatan anda di sini mungkin hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

Selamat datang ke Kota Kinabalu, Sabah.

BACA INI JUGA:

sumber: dululainsekaranglain

20 Fakta Tentang Kalsium, Penyakit Hari Tua Yang Anda Boleh Cegah!

20 Fakta Tentang Kalsium, Penyakit Hari Tua Yang Anda Boleh Cegah!

Setiap kali kita membaca mengenai kalsium, apa yang terpapar di minda adalah orang tua yang telah reput tulang dan memerlukan suplemen atau susu untuk menguatkan tulang dalam badan disebabkan Osteoporosis.

Kalsium

Sebenarnya, anda silap besar jika menyangka Osteoporosis tidak boleh dicegah! Kekurangan kalsium akan dialami oleh semua orang terutamanya individu yang kurang mengambil zat kalsium dalam diet seharian.

Kurang kalsium dalam tulang adalah penyakit dikala usia telah lanjut. Kesannya memang teruk bagi sesetengah orang. Mudah patah tulang hanyalah salah satu kesan yang sering kita dengar.

Menariknya, kita boleh mengelakkan kesan buruk atau sekurang-kurangnya bersedia untuk menghadapi hari tua dengan lebih baik, kan?

Bayangkan, di hari tua anda nanti kehidupan begini..

Anda mengambil supplemen Kalsium ataupun meminum susu segar 2 kali sehari kerana Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia, disebabkan anda kekurangan kalsium!

Jadi, bermula pada usia yang masih muda, sebelum bergelar warga emas, mari kita amalkan pengambilan kalsium dengan betul setiap hari sebelum terlambat.

Saya ingin kongsikan 20 fakta menarik tentang kalsium ini.

1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.

2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.

3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.

4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.

5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.

6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.

7. Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.

8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.

9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.

10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.

11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.

12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.

13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.

14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.

15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.

16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.

17. Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.

18. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.

19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.

20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM