Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia


Sambutan Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, World Information Society Day disambut pada 17 Mei setiap tahun bagi memperingati ulang tahun Konvensyen Telegraf Antarabangsa pertama yang telah diadakan pada tahun 1865 yang juga telah membawa kepada cadangan penubuhan International Telecommunication Union (ITU).

Masyarakat Berinformasi

Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memanfaatkan peranan pemangkin ICT dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

Merujuk kepada Laporan dari United Nations Road Safety Calloboration (UNRSC), seramai 1.3 juta orang telah maut akibat pelbagai punca yang berkaitan, manakala 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan yang kebanyakannya berlaku di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini secara tidak langsung memberi kerugian kepada ekonomi dunia.

Antara penyumbang yang membawa kepada kematian jalan raya dan kecederaan adalah disebabkan gangguan tumpuan pemandu yang menggunakan teknologi seperti bercakap menggunakan telefon, menghantar SMS, melihat interface navigator seperti facebook dan sebagainya dalam kenderaan atau sistem komunikasi semasa memandu.

Menerusi sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, ITU memberi perhatian terhadap kepentingan ICT yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seluruh dunia dengan:
  • meningkatkan keselamatan jalan raya dan sistem pengurusan lalu lintas;
  • menghapuskan gangguan yang tidak selamat yang berkaitan dengan teknologi semasa memandu;
  • menggalakkan pembangunan dan penggunaan interface yang selamat di dalam kenderaan; dan
  • membangunkan Sistem Pengangkutan Pintar untuk meningkatkan keselamatan, pengurusan dan kecekapan dalam pengangkutan darat, di samping mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Selamat menyambut Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia.

BACA INI JUGA: 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!

sumber: hsni

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon