Saturday, May 13, 2017

Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa, International Day of Families

Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa, International Day of Families

Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa, International Day of Families disambut pada 15 Mei setiap tahun sebagai suatu gerakan bagi menggalakkan seisi keluarga untuk bersantai dan meluangkan masa bersama-sama.

Hari Keluarga Antarabangsa

Ramai orang pada amnya memahami betapa penting meluang masa bersama keluarga namun, perkara lain sering dijadikan keutamaan bahkan mengatasi tempat orang tersayang hinggakan ketika bersama sekali pun, turut terganggu dek sibuk melayan alat peranti.

Ahli keluarga mungkin berada secara fizikal dekat di mata dalam bilik yang sama, namun mereka jauh di hati, dalam erti kata ikatan keluarga sebenar.

Menerusi sambutan Hari Keluarga Antarabangsa ini, marilah sama-sama berjuang bersama dan berharap menerusi kempen ini, dapat memperkasa keluarga di seluruh negara dengan mengabadikan masa terluang bersama orang tersayang.

Apa yang kita sedari sekarang, hubungan dan interaksi dalam keluarga semakin longgar disamping keupayaan ibu bapa mengendali jagaan, mendidik dan membimbing anak serta keluarga pula semakin lemah.

Gejala keretakan keluarga, keganasan rumah tangga, penderaan, lari dari rumah dan perceraian terus meningkat dan inilah yang diberi penekanan dalam menangani isu utama berkaitan penduduk dan keluarga.

Keruntuhan nilai, moral dan etika keluarga berpunca dari gejala negatif di kalangan remaja serta tahap kemahiran keibubapaan yang rendah.

Semoga keluarga Malaysia prihatin dengan peranan mereka yang bukan setakat untuk kehidupan sendiri tetapi ke arah membangunkan agama, negara dan bangsa secara lebih teratur, berdisiplin dan bermaruah.

Selamat menyambut Hari Keluarga Kebangsaan dan Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

Siri peristiwa yang berlaku sewaktu rusuhan '13 Mei' telah didokumen oleh Dr Kua Kia Soong dalam bukunya bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

Peristiwa 13 Mei

Maklumat ini adalah berdasarkan rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Kompilasi yang berdasarkan kepada pelbagai laporan asing dan laporan sulit pada masa itu yang telah dideklafisikasikan dan boleh didapati di Pejabat Rekod Awam di London yang dianggap sebagai catatan yang boleh dipercayai berhubung tragedi 13 Mei tersebut.

Malah, katanya, versi rasmi mengenai tragedi itu penuh dengan percanggahan dan maklumat yang tidak mencukupi yang boleh dipercayai.

Di bawah adalah petikan dan ringkasan kronologi peristiwa rusuhan 13 Mei yang dipetik daripada buku Dr Kua itu:

10 Mei:

Parti Perikatan yang memerintah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum tetapi masih memperolehi majoriti mudah di Dewan Rakyat. Perikatan kalah di Pulau Pinang kepada Gerakan; Kelantan kepada PAS dan menang tipis di Perak dan Selangor.

11 dan 12 Mei:

Pada kedua-dua malam tersebut, pembangkang merayakan kemenangan mereka. Satu perarakan besar parti Gerakan diadakan untuk mengalu-alukan kepulangan pemimpin parti itu, V David yang menang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

13 Mei:

MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya umum itu, mengumumkan ia akan menarik diri daripada menganggotai kabinet tetapi masih kekal dalam Perikatan.

Satu laporan wartawan asing menunjukkan ada bukti bahawa ada rancangan bagi pemuda yang digerakkan oleh elemen-elemen dalam Umno untuk mengadakan perhimpunan di kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris pada lewat petangnya. Satu perbarisan balas telah dirancang diadakan walaupun tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Apabila orang ramai masih berhimpun di perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku dekat Kampung Baru, di mana dua buah lori orang Cina telah dibakar. Tragedi di Kampung Baru itu merebak dengan cepat ke serata tempat di Kuala Lumpur.

Wartawan asing itu berpendapat perintah berkurung yang dikenakan tidak adil kepada semua orang.

"Di jalan-jalan dekat Jalan Hale, saya dapat melihat pemuda Melayu yang bersenjatakan parang dan buluh runcing berhimpun di kawasan yang dapat dilihat dengan jelas oleh pasukan keselamatan yang berkawal di persimpangan jalan. Manakala di Batu Road, sejumlah wartawan asing melihat anggota Regimen Askar Melayu menembak ke dalam rumah-rumah kedai orang Cina tanpa sebarang sebab.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman terus mengatakan bahawa keganasan itu berpunca daripada tindak tanduk penyokong pembangkang selepas keputusan pilihanraya diumumkan, manakala timbalannya, Tun Abdul Razak menyalahkan pihak komunis.

14 Mei:

Rusuhan berterusan tetapi secara kecilan. Perintah berkurung hanya ditarik balik di pelbagai kawasan secara berperingkat mengikut waktu-waktu tertentu bagi membolehkan penduduk keluar membeli makanan. Pihak polis telah mengerahkan semua anggotanya bertugas dan menyerahkan tugas mengawal bahagian utara bandaraya kepada pihak tentera.

Polis berkata 44 orang terbunuh dan 150 lagi cedera pada malam sebelumnya. Satu lagi laporan menunjukkan kebanyakan mangsanya adalah orang Cina dan ia menyatakan sekurang-kurangnya 66 daripada 77 mayat di hospital besar pada 14 Mei adalah orang Cina.

Percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis yang mencetuskan rusuhan tersebut bagaimanapun tidak diambil serius oleh para pegawai di Pesuruhjaya Tinggi British (BHC), yang berpendapat Tunku tidak bersedia menyalahkan orangnya sendiri yang mencetuskan rusuhan tersebut, dan tidak pula menyalahkannya kepada orang CIna "secara keseluruhannya".

15 Mei:

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Razak ditubuhkan. Tun Razak masih bertanggungjawab kepada Tunku, tetapi semua kuasa di bawah Peraturan Darurat diletakkan dalam tangannya.

Perintah berkurung itu ditarik balik buat sementara di Kuala Lumpur pagi itu tetapi keadaan kembali buruk dan berlaku banyak pergaduhan di sana sini. Perintah berkurung dikuatkuasakan semula tetapi bekalan makanan makin berkurangan.

Penerbitan akhbar-akhbar tempatan telah digantung sehingga peraturan penapisan digubal tetapi tiada usaha diambil untuk menyelia laporan-laporan yang dihantar keluar oleh wartawan asing.

16 Mei:

Keadaan masih tegang di Selangor di mana kereta dan rumah dibakar dan angka korban meningkat. Jumlah kematian meningkat kepada 89 orang dengan lebih 300 lagi mengalami kecederaan. Perintah berkurung 24 jam diteruskan di Selangor dan turut dikuatkuasakan di Melaka. Di Pulau Pinang dan Perak, keadaan semakin baik walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan.

Tunku membuat pengumuman mengenai penubuhan Pasukan Pertahanan Negara yang akan dianggotai oleh sukarelawan. Menteri Penerangan yang baru, Datuk Hamzah Abu Samah dan Tun Razak mengadakan siding akhbar di mana mereka mengatakan punca rusuhan itu adalah peresapan komunis ke dalam parti-parti politik.

Terdapat laporan mengenai perbuatan mencuri oleh anggota tentera Melayu dan sikap mereka yang berat sebelah terhadap masyarakat Cina Malaysia. Jumlah pelarian juga meningkat.

17 Mei:

Sepucuk telegram BHC, ia menunjukkan terdapat keraguan di kalangan para pegawai British tentang angka rasmi mangsa rusuhan dan jumlah kematian yang tinggi di kalangan orang Cina. Polis menganggarkan kira-kira 100 kematian manakala para pegawai British pula menganggarkan nisbah kematian orang Cina berbanding dengan Melayu ialah kira-kira 85:15.

Tindakan menapis laporan akhbar telah mencetuskan kritikan bukan sahaja dari kalangan media tempatan tetapi juga di kalangan anggota diplomatik terutama apabila kenyataan rasmi tidak jelas dan tidak berwibawa.

Memorandum sulit BHC kepada Pejabat Asing dan Komanwel (FCO), mengakui mengenai coup d'etat atau rampasan kuasa dan kuasa telah berpindah bukan sahaja 'ke tangan orang Melayu' tetapi juga pasukan keselamatan. Ekoran itu profesionalisme pasukan keselamatan dipersoalkan.

BHC juga mencatatkan bahawa di kalangan pasukan keselamatan, Unit Simpanan Persekutuan yang pada masa ini mempunyai anggota pelbagai kaum lebih adil dan tidak bersikap berat sebelah. Manakala anggota Melayu pula bersikap diskriminasi ketika menguatkuasakan perintah berkurung.

"Diskriminasi itu berlaku, sebagai contohnya, tidak menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan Melayu (Kampung Baru) di mana orang Melayu yang bersenjatakan parang, dsb, terus bergerak bebas, dan ada yang menyelinap keluar dan menyerang orang Cina di luar kawasan tersebut. Di kawasan orang Cina, perintah berkurung dikuatkuasakan secara ketat.

18 Mei:

Tunku memperjelaskan kenyataan awalnya bahawa kekacauan itu dicetuskan oleh komunis, dengan meletakkan kesalahan itu kepada "anasir-anasir jahat". Beliau juga mengumumkan penangguhan pilihanraya Sarawak dan sekatan terhadap pergerakan wartawan asing diteruskan.

Keadaan masih belum pulih di beberapa kawasan di ibu Negara.

19 Mei:

Tidak sampai seminggu selepas berlaku rusuhan tersebut, kuasa pemerintahan telah diserahkan kepada Tun Razak - menunjukkan adanya komplot melakukan rampasan kuasa.

"Hubungan sebenar antara Tun Razak dengan Tunku adalah tidak jelas. Di khalayak awam, Tun Razak berkata beliau bertanggungjawab terus kepada Tunku tetapi di belakangnnya, beliau menyatakan sebaliknya. Ini mungkin bermakna, telah bermula proses pelepasan jawatan Tunku sebagai Perdana Menteri".

Dilaporkan terdapat kira-kira 10,000 pelarian. Media tempatan dibenar diterbitkan dengan tapisan manakala pas perintah berkurung untuk wartawan asing ditarik balik. Beberapa ahli politik pembangkang telah ditahan.

20 Mei:

Dalam satu mesyuarat, Pesuruhjaya Tinggi Australia telah mencadangkan supaya pemimpin pembangkang diberi peranan sebagai pengaman, tetapi ditolak oleh Tun Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie. "Mereka menganggap pemimpin pembangkang akan menggunakan peluang itu untuk kepentingan politik mereka sendiri."

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia meneruskan program memberi makanan harian kepada para pelarian di pelbagai tempat dan lebih 5,000 menerima bekalan makanan.

21 Mei:

Statistik rasmi mangsa korban ketika itu adalah seramai 137 orang (18 Melayu), 342 cedera, 109 kenderaan dibakar, 118 makanan musnah dan 2,912 orang ditahan, sebahagian besarnya kerana melanggar perintah berkurung.

23 Mei:

Dokumen yang dideklasifikasikan itu mendedahkan anggota tentera Melayu bukan sahaja baik dengan samseng Melayu tetapi juga melepaskan tembakan sembarangan ke arah rumah kedai orang Cina ketika mereka meronda di kawasan bandaraya.

"Ketika ditanya oleh wartawan asing mengenai laporan berlakunya diskriminasi kaum itu, Tun Razak menafikan semuanya. Ekoran itu, pas perintah berkurung yang dikeluarkan kepada wartawan asing ditarik balik dan mereka diarahkan tidak keluar arumah "demi keselamatan diri mereka".

Laporan seorang wartawan asing menunjukkan samseng-samseng Melayu sangat dibenci oleh penduduk Melayu yang mematuhi undang-undang di Kampung Baru.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Dr Ismail membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dipinda pada masa depan "untuk bertindak balas terhadap taktik komunis". Diumumkan 3,699 telah ditahan sepanjang krisis tersebut dan 952 adalah anggota kongsi gelap.

24 Mei:

Keamanan dipulihkan di Kuala Lumpur dan suasana di bandaraya juga semakin baik. Orang ramai kembali bekerja (di luar waktu perintah berkurung). Perintah berkurung itu masih dikuatkuasakan (dari jam 3 petang hingga 6.30 pagi hari berikutnya). Kerajaan tidak bersedia untuk mengakui bahawa pemuda Melayu yang bersenjatalah yang mencetuskan kekacauan tersebut.

27 Mei:

Tunku amat marah dengan spekulasi wartawan asing mengenai kedudukannya yang dikatakan semakin lemah dan seterusnya mengarahkan setiausaha sulitnya supaya menghantar nota bantahan kepada BHC.

28 Mei:

Satu laporan sulit BHC kepada FCO pada hari ini menyifatkan percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis sebagai pencetus rusuhan tersebut sebagai satu usaha untuk menjustifikasikan kuasa authoritarian yang baru.

Jun:

Keadaan kembali terkawal tetapi masih berlaku kekacauan di sana sini. Laporan BHC menegaskan keganasan berlaku lagi di satu kawasan di Kuala Lumpur pada malam 28 dan 29 Jun, di mana beberapa buah rumah telah dibakar dan lima orang terbunuh dan 25 lagi cedera. Beberapa kekacauan yang berlaku pada penghujung bulan Jun juga membabitkan kaum India.

Julai:

Berlaku satu lagi kekacauan di mana seorang anggota polis terbunuh tetapi pihak polis bertindak segera mengawalnya supaya tidak merabak ke tempat lain di Kuala Lumpur.

Pendirian tegas Tun Ismail dalam mengarahkan pasukan keselamatan bertindak tegas "tanpa memilih bulu' terhadap mana-mana kumpulan dan pengumuman Tunku mengenai penubuhan Jawatankuasa Muhibbah Negara yang dianggotai ahli politik dari semua parti politik, telah membantu mengurangkan rasa takut di kalangan rakyat.

Tun Ismail juga mengumumkan bahawa 8,114 telah ditahan sehingga Mei, terdiri daripada mereka "dari semua kaum-kaum utama". Daripada jumlah itu, 4,192 telah didakwa di mahkamah, 675 dibebaskan dengan ikatjamin, 1,552 dibebaskan tanpa syarat dan ,695 dikena tahanan pencegahan.

Keadaan di Semenanjung kembali baik semula tetapi tahap ketegangan masih tinggi di kawasan sensitif di Melaka, Perak and Selangor.

Ketegangan semakin pulih tetapi menjadi panas semula ekoran pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada Jawatankuasa Pusat Umno pada 12 Julai dan Tunku memperolehi semula kuasa.

Mahasiswa Melayu menghantar petisyen menuntut Tunku meletakkan jawatan dan mengadakan demonstrasi di kampus.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Friday, May 12, 2017

Cerita Kurang Indah Jururawat Yang Ramai Tidak Tahu

Cerita Kurang Indah Jururawat Yang Ramai Tidak Tahu

Jururawat mungkin bukan pekerjaan yang glamor jika dibandingkan dengan kerjaya doktor atau pramugari. Apabila membayangkan kerjaya ini, ramai yang terlebih dulu membayangkan imej jururawat yang garang.

Jururawat

Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka perlu bertugas dan berjaga sepanjang malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Tatkala orang lain melayan karenah manusia normal yang gembira, jururawat pula perlu melayan karenah manusia yang sakit.

Malah, kisah jururawat berhadapan dengan pesakit yang garang dengan bertindak mengherdik dan memarahi mereka mungkin jarang diperkatakan dan disiarkan di media massa.

Perkara tersebut pastinya melibatkan emosi yang teruk. Mereka perlu sentiasa tersenyum sekalipun mungkin tidak menyukai sesetengah perkara. Mereka perlu menahan sebak sekalipun bersedih.

Demi tugasan yang diamanahkan, mereka perlu melakukan yang terbaik kerana ia merupakan satu-satunya cara memulih dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Tugas jururawat juga adakalanya sangat sukar untuk dibayangkan. Di sesetengah negara, terdapat jururawat yang perlu bertugas di medan perang. Mereka juga perlu melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja sekalipun kepada seorang penjenayah.

Ia merupakan salah satu contoh tugasan yang bermain dengan emosi saban hari. Mereka mungkin tidak sempat menjaga keluarga sendiri di rumah tetapi perlu menjaga orang lain di hospital.

Emosi

Sebab itu, tidak adil apabila ada satu gelaran atau label yang tidak baik dikaitkan dengan tugas jururawat. Mereka juga manusia biasa.

Sesekali sekiranya mereka mungkin garang, kemungkinan perkara itu hanyalah dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kajian-kajian yang dilakukan setakat ini menunjukkan tugas jururawat saban waktu terdedah dengan emosi terpendam. Selain itu, mereka berhadapan dengan kematian orang lain setiap hari.

Sebagai manusia biasa, mereka bersedih apabila ada pesakit yang meninggal dunia dalam penjagaan di hospital.

Ada yang membayangkan diri mereka berada pada tempat keluarga pesakit. Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka juga bertindak sebagai seorang profesional. Menyembunyikan perasaan sebenar yang dialami adalah sebahagian daripada punca tekanan kerja yang teruk.

Kita seharusnya bersikap adil terhadap golongan ini sungguhpun sesekali mendengar berita yang tidak enak berkenaan mereka.

Kajian ahli psikologi Barat, Profesor Sharon Glazer di beberapa buah negara seperti Israel, Itali, United Kingdom, Hungary dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa jururawat menghadapi semua simptom tekanan pekerjaan.

Mereka terdedah dengan beban tugas yang berat, pesakit yang ramai, persekitaran kerja yang tidak menyenangkan dan kebimbangan melakukan kesilapan.

Bahkan mereka juga perlu menahan emosi melihat manusia yang sakit dan berhadapan dengan kematian.

Risiko

Ia bukan pekerjaan yang mampu dilakukan oleh setiap individu. Kajian juga mendapati bidang kejururawatan adalah antara kerja yang terdedah dengan risiko kelesuan, keletihan dan kebimbangan.

Ia merupakan risiko psikologi yang mendedahkan seseorang dengan penyakit fizikal seperti penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit berisiko yang lain.

Jururawat juga dikatakan terdedah dengan pemindahan emosi daripada pesakit. Misalnya, apabila pesakit mengadu mereka mengalami kesakitan, jururawat terlibat juga mungkin akan mengalami kesan yang sama.

Dalam bidang psikologi, ini dinamakan sebagai Kesan Jangkitan (çontagion effect). Sekiranya ia hanya dialami sehari dua, ia mungkin tidak mengapa.

Bayangkan, sekiranya kesan psikologi negatif seperti ini perlu dilalui setiap hari selama sepanjang kerjaya seorang jururawat. Ia merupakan antara kisah hidup yang mungkin jarang diketahui oleh kebanyakan masyarakat.

Jururawat bukan sekadar cuba merawat, menyembuh dan menyelamatkan kita. Adakalanya mereka juga terkorban dalam situasi pekerjaan yang penuh emosi.

Semua ini adalah antara cerita kurang indah yang mungkin jarang dibincangkan.

Terima kasih kepada semua jururawat dan kasih sayang yang telah berikan kepada kami.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Indonesia

Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Indonesia

Masyarakat tempatan di Indonesia digemparkan dengan penemuan satu bangkai misteri haiwan gergasi yang terdampar di Pantai Hulung, Pulau Hatta, Maluku, Indonesia.

Misteri

Bangkai misteri itu ditemui oleh sekumpulan penduduk tempatan yang sedang menangkap ikan di pesisir pantai berkenaan.

Dari segi bentuk fizikalnya, agak sukar untuk memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan.

Ahli Ekologi Laut Universiti Pattimura Ambon, Masudin Sangdaji berkata, bangkai haiwan berkenaan secara fizikalnya dilihat mirip dengan spesis sotong gergasi.

“Daripada gambar yang saya lihat, bangkai berkenaan lebih mirip kepada sotong gergasi namun melihatkan kepada saiznya ia seperti bangkai ikan paus.

“Tetapi, di bahagian kepala bangkai haiwan berkenaan adalah sama seperti sotong namun, ia tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah spesis bangkai berkenaan,” katanya memetik laporan Kompas.com.

Beliau turut mengakui agak sukar untuk mengenal pasti spesis bangkai berkenaan kerana terdapat sepasang taring seperti gading gajah di bahagian kepalanya.

“Beberapa penemuan juga berlaku sebelum ini, namun kali ini agak sukar untuk disimpulkan kerana ukurannya yang besar dan memiliki taring seperti gading gajah.

“Penelitian lanjut akan dibuat bagi memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan menerusi ahli taksonomi laut,” ujarnya lagi.

UPDATE (15/5/2017)

Misteri Bangkai Gergasi Terjawab

Bangkai

Misteri penemuan bangkai makhluk gergasi yang ditemui terdampar di pantai kepulauan Seram, Maluku, Indonesia, sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya akhirnya terjawab.

Imej bangkai berkenaan viral di internet sehingga menimbulkan persoalan kepada para saintis: Apakah ia? Bagaimana ia berada di perairan Indonesia?

Menurut laporan The Washington Post, bangkai berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan, Asrul Tuanakota, 37, yang menyangka ia adalah sebuah bot yang tersadai di perairan cetek memandangkan saiznya yang besar.

Namun setelah mendekati bangkai berkenaan, Asrul mula menyedari bahawa ia bukanlah seperti yang disangka tetapi satu bangkai gergasi misteri yang berukuran 50 kaki panjang yang berkemungkinan sejenis spesis sotong gergasi berdasarkan kepada anggota badan bangkai berkenaan seakan-akan sesungut.

Bagaimanapun misteri penemuan itu akhirnya terjawab apabila ketua saintis dari Pusat Koservasi Laut mengesahkan bahawa bangkai berkenaan adalah seekor ikan paus berdasarkan rangkanya.

Proses pereputan bangkai berkenaan menyebabkan keadaan fizikalnya berubah sama sekali sehingga ia tidak dapat dikenal pasti.

Kebiasaannya, ikan paus yang mati akan tenggelam ke dasar laut dan bangkainya menjadi makanan kepada hidupan marin lain.

Namun proses pereputan yang dialami bangkai berkenaan agak berbeza kerana suhu air yang panas di perairan berkenaan membenarkan bakteria membiak dan merembeskan gas menyebabkan ia mengembang ke saiz gergasi.

Yang pastinya, penemuan berkenaan menjadi viral di internet dan mengelirukan saintis pada awal penemuannya, ditambah pula dengan pelbagai andaian oleh warga tempatan menjadikan penemuan itu bertambah menarik.

BACA INI JUGA: Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!

sumber: mynewshub

Hari Yang Di Haramkan Berpuasa Dalam Islam

Hari Yang Di Haramkan Berpuasa Dalam Islam

Selain puasa wajib, Allah turut menggalakkan umat-Nya menunaikan puasa sunat. Hari untuk puasa sunat sudah diketahui umum oleh umat Islam antaranya, puasa 6 hari pada bulan Syawal atau puasa pada hari Isnin dan Khamis.

Hari Di Haramkan Berpuasa

Bagaimana pula dengan hari yang diharamkan puasa? Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengetahui akan hari-hari tersebut tetapi ada juga yang tidak mengetahuinya.

Bagi yang mengetahuinya pula, mungkin tidak mendapat penjelasan kenapa hari-hari tersebut diharamkan berpuasa. Keterangan di bawah mungkin menjawab semua soalan yang bersarang di minda kita.

1. Hari Syak (30 Syaaban)

30 Syaaban dipanggil Hari Syak iaitu hari di mana keesokan harinya umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan untuk menjalani ibadah puasa.

Menurut mazhab Syafie, Qaul masyhur Maliki dan Hambali, Hari Syak ialah pada 30 Syaaban, dan mazhab Hanafi mengatakan ianya pada hari terakhir bulan Syaaban.

Ada sesetengah mazhab berpendapat makruh berpuasa pada hari ini dan ada juga yang mengatakannya haram.

Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a katanya, "Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan Syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bulan Ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi SAW.” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW, “Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari.” (al-Bukhari).

2. 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)

Pada 1 Syawal umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Hari ini sememangnya hari yang dinanti oleh umat Islam. Waktu inilah masa yang diambil untuk bermaafan dan berkunjung ke rumah saudara mara.

Dari Umar bin Khattab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk berpuasa, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji.

Antara hikmah diharamkan berpuasa seperti yang disebut dalam hadis di atas ialah ketika semua orang bergembira, seseorang itu hendaklah turut bersama meraikannya.

3. 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)

Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah merupakan hari di mana umat Islam meraikan Hari Raya Korban. Hari Raya Korban yang membawa maksud hari penyembelihan binatang ternakan bagi yang berkemampuan.

Hari ini sehingga 13 Zulhijjah umat Islam yang berkemampuan dianjurkan atau disunatkan menyembelih binatang ternak untuk dikorbankan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah SAW melarang puasa pada dua jenis hari. Iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).”

Amalan korban dan ibadah korban ini tidak ada di bulan yang lain, hanya di bulan Zulhijjah. Ia merupakan pengorbanan dari binatang peliharaan untuk mencapai darjat hamba ALLAH yang bertaqwa, sebagaimana ALLAH S.W.T menyatakan perintah berkorban ini di dalam Al-Quran.

4. Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah

Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban. Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa.

Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 11,12 dan 13) di bulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.

Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya, “Rasulullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa. Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban.

Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam.

Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT.

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Diwajibkan Berpuasa?

sumber: pokokkekden

Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, International Nurses Day

Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, International Nurses Day

Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, International Nurses Day disambut pada 12 Mei setiap tahun untuk menghargai sumbangan jururawat terhadap masyarakat.

Hari Jururawat Antarabangsa

Idea sambutan Hari Jururawat muncul buat kali pertama pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Amerika Syarikat mencadangkan supaya presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" (Nurses Day).

Bagaimanapun, sambutan rasmi yang pertama hanya mula disambut oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.

Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden.

Florence Nightingale adalah seorang jururawat yang juga dikenali sebagai “The lady with the lamp”, maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”.

Pada zaman perang Crimean dalam tahun 1854, Florence selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera dan memerlukan bantuan.

Lebih kurang macam buat ward round di hospital. Sebab tu di panggil Lady with the Lamp.

Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.

Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.

Sambutan di UK

Pada 12 Mei setiap tahun, satu upacara akan diadakan di Westminster Abbey, London. Ketika upacara, satu lampu simbolik akan dibawa dari Nurses' Chapel di Abbey dan diserahkan dari seorang jururawat ke jururawat yang lain, sehingga ia sampai ke tangan Dekan yang akan meletakkannya di altar tinggi.

Upacara ini menyatakan secara simbolik penyerahan ilmu dari seorang jururawat ke jururawat yang lain.

Di gereja St. Margaret di East Wellow, Hampshire di mana terletaknya pusara Florence Nightingale, satu upacara khusus diadakan pada hari Ahad selepas hari kelahirannya.

Minggu kejururawatan

Amerika Syarikat dan Kanada menyambut Minggu Kejururawatan Kebangsaan dari 9 hingg 15 Mei setiap tahun.

Ia pertama kali dimulakan di Amerika Syarikat oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1974.

8 Mei telah dijadikan Hari Jururawat Pelatih Kebangsaan pada tahun 1998 dan pada tahun 2003, hari rabu di dalam Minggu Jururawat Kebangsaan di antara 6 hingga 12 Mei, diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Sekolah Kebangsaan.

Selamat menyambut Hari Jururawat Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Benarkah Catatan Amalan Ditutup Pada Malam Nisfu Sya'ban?

Benarkah Catatan Amalan Ditutup Pada Malam Nisfu Sya'ban?

Tiada dalil mahupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal ditutup di malam nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban namun, mungkin ramai yang salah faham dan membuat tafsiran yang salah terhadap hadis.

Nisfu Sya'ban

Dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya, “Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Sya’ban?”

Nabi SAW bersabda, “Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab (Tuhan) semesta alam. Dan aku ingin ketika amal aku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa.” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’)

Dalam hadis tu, Nabi SAW mengatakan, bahawa amalan para hamba-Nya dilaporkan ketika bulan Sya’ban, dan sebab itu, baginda memperbanyak puasa di bulan Sya’ban.

Rasulullah SAW tidak menentukan bila tarikh peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, itu terjadi selama satu bulan.

Sebab tu, puasa yang dilakukan Rasulullah SAW di bulan Sya’ban tidak pada tarikh-tarikh tertentu. Baginda juga tidak menganjurkan agar kita memilih pertengahan Sya’ban untuk puasa, yang beliau lakukan adalah memperbanyak puasa selama Sya’ban.

Untuk itu, siapa yang beranggapan dianjurkan memperbanyak ibadah ketika pertengahan Sya’ban, dengan anggapan bahwa ketika itu terjadi pelaporan amal, maka dia harus mendatangkan dalil. Tanpa dalil, bererti dia menyangka perkara ghaib. Dan tentu saja, pendapatnya wajib ditolak.

Dalam hadis itu sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Baginda hanya menyampaikan ketika bulan Sya’ban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.

Tidak ada istilah penutupan buku amal dalam Islam, kerana kaum muslimin dituntut untuk selalu beramal sehingga ajal menjemputnya.

Allah berfirman, “Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (QS. Al-Hijr: 99)

Para ulama tafsir sepakat bahawa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Kerana setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih berjalan.

Nabi SAW menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau, yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya.

Nasihat yang beliau sampaikan sangat ringkas, katakan, saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).

Dan yang namanya istiqamah, tentu saja tidak akan ada putusnya.

Al-Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bila waktu untuk istirehat?’ beliau menjawab, “Ketika pertama kali kita menginjakkan kaki kita di surga.”

Sekali lagi tidak ada istilah istirahat beramal atau buku catatan amal ditutup sementara. Amal kita yang dihisab tidak hanya ketika nisfu Sya’ban, namun juga di bulan-bulan lainnya. Semoga Allah meringankan kita untuk terus istiqamah meniti jalan kebenaran. Amin..

Kesimpulan

Tiada istilah buku amalan ditutup dan digantikan dengan buku baru kerana tiada dalil sahih berkaitan dengannya.

Amalan kita sentiasa dihisab oleh Malaikat Raqib dan Atid dan dilaporkan kepada Allah. Amalan kita hanya akan berakhir apabila kita mati.

Amalan yang paling baik ialah ISTIQAMAH, bukannya pada bulan tertentu atau hari-hari tertentu sahaja.

Semoga semua faham, dan tidak lagi menyebarkan hadis-hadis palsu dan berita yang dibuat-buat dalam agama.

Sesiapa yang mendapat info-info berkaitan agama terutama yang disertakan hadis Nabi SAW tolonglah cari dan tanya dulu status hadis tu sebelum sebarkan.

Nabi s.a.w pernah bersabda, 'Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)

Jadi, berhati-hatilah menyebarkan sesuatu berita.

Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” [Al Hujarat ayat 6.]

Amalan-Amalan manusia di angkat dan bukan ditutup. Bila amalan manusia di angkat?

Catatan Amalan

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.

Hadith-hadith yang sahih, thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang)

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban)

Hadith-hadith sahih, thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

1. Amalan diangkat, dibentang 2 kali setiap hari

Rasulullah saw bersabda, maksudnya, "Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu, walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya: 'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?' Jawab para malaikat, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.' (Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar) -Hadith Sahih-

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai." (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih-

3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Sya'ban (Bukan Nisfu Syaaban)

Usamah bin Zaid ra mengatakan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah SAW, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa." (Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

Maka disini jelaslah bahawa amalan manusia tidak ditutup dan tidak dibuka baru, cuma amalan kita diangkat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, May 11, 2017

Ostematrix Suplemen Kalsium Terbaik Di Malaysia

Ostematrix Suplemen Kalsium Terbaik Di Malaysia

Sangat banyak pilihan suplemen kalsium yang ada di pasaran dan anda mungkin kebingungan untuk memilih mana satu produk kalsium terbaik sebagai pilihan. Masing-masing mendakwa suplemen kalsium keluaran mereka adalah yang terbaik untuk dimakan dan selamat digunakan.

Kandungan Ostematrix

Persoalannya, apa yang membezakan setiap jenama suplemen kalsium berbanding jenama lain? Anda mahukan maklumat jujur mengenai suplemen paling sesuai, murah dan selamat untuk diri dan keluarga? Mari saya kongsikan kepada anda.

Ostematrix merupakan suplemen yang mengandungi semua elemen penting kalsium yang selamat dan dibuat khas supaya lebih mudah diserap oleh tubuh.

Kandungan Penting Dalam Ostematrix

Apabila anda membeli produk atau suplemen kalsium dimana-mana, 3 kandungan dibawah WAJIB terkandung di dalam suplemen kerana melalui kajian dari pakar klinikal diseluruh dunia, kalsium sahaja tanpa unsur lain tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada tubuh.

1. Mengandungi Vitamin D

Ostematrix mengandungi Vitamin D yang sangat penting dalam membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk memperbaiki ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

Individu vegetarian dan kurang terdedah kepada matahari, usia melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D apabila mengambil kalsium.

Ostematrix mengandungi Vitamin D dan Kalsium secara bersama, jadi anda tidak perlu suplemen Vitamin D berasingan.

2. Mengandungi magnesium

Ostematrix mengandungi magnesium, ion positif nombor 2 paling penting di dalam tubuh untuk menggalakkan komposisi tulang dan rawan.

Magnesium membantu sistem saraf, mengaktifkan denyutan tidak sekata jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

Magnesium juga sangat penting bagi mereka yang mempunyai masalah Glucose fluctuations bagi pesakit kencing manis.

3. Mengandungi zinc, boron, mangan dan kuprum

Ostematrix juga mengandungi zinc, boron, mangan dan kuprum yang memelihara metabolisme dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang masalah penyakit berkaitan sendi.

Apa yang anda perlu tahu adalah, Ostematrix mengandungi semua elemen penting diatas.

Kenapa Ostematrix dianggap pilihan suplemen kalsium terbaik?

1. Suplemen Kalsium Ostematrix mengandungi Magnesium. Kenapa?
  • Magnesium mengandungi mineral yang sukar disimpan di dalam tubuh manusia.
  • Magnesium membantu menyerap kalsium dan mengekalkannya di dalam tubuh.
  • Magnesium bertindak bersama kalsium untuk membina matriks tulang yang kuat bagi mengelak kerapuhan tulang.
  • Magnesium dan kalsium wajib bergabung untuk memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem tubuh manusia.
  • Magnesium dan kalsium bergabung membantu mengatasi insomnia (masalah tidur) yang memberikan anda tidur yang lena.

2. Suplemen Kalsium Ostematrix mengandungi Vitamin D. Kenapa?
  • Vitamin D memaksimumkan penyerapan kalsium di dalam tubuh.
  • Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium di dalam peredaran darah.

3. Suplemen Kalsium Ostematrix mengandungi Kalsium Sitrat. Kenapa?
  • Kalsium Sitrat membantu kadar penyerapan kalsium ke dalam tubuh dengan lebih baik.

4. Harga Yang Sangat Murah
  • Sebotol suplemen kalsium Ostematrix berharga RM61 (harga mungkin berubah) dan mengandungi 120 biji. Pengambilan adalah sebanyak 4 biji sehari selama satu bulan.

5. Sebiji Ostematrix Menyamai 80 Biji Badam
  • Sebiji Ostematrix adalah menyamai dengan meminum segelas susu atau 80 biji badam. Anda tahu apa rahsia kesihatan dalam sebiji Badam kan? Badam telah digunakan selama ribuan tahun untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

6. Kandungan di dalam OsteMatrix

4 biji tablet OsteMatrix mengandungi:
  • 1000mg Kalsium
  • 400mg Magnesium
  • 400IU Vitamin D
Kandungan dirumus khas untuk penyerapan maksimum dan seimbang mengikut saranan pakar kesihatan.

Suplemen Kalsium Yang Mampu diserap Tubuh Hampir Seluruhnya

Kalsium Ostematrix yang kandungannya paling seimbang memastikan kadar penyerapan sehingga 99%!

Dalam bahasa mudah, anda tidak akan membazirkan sebarang kos apabila menggunakan suplemen  Ostematrix.

Siapa Yang Memerlukan OsteMatrix?

Semua orang memerlukan kalsium, terlebih-lebih lagi jika anda termasuk di dalam golongan ini;
  • Wanita hamil
  • Penghidap Tiroid
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Wanita yang pernah melahirkan anak
  • Ibu dalam pantang yang mengalami sembelit
  • Golongan dewasa yang melakukan kerja-kerja berat
  • Mereka yang selalu mengalami kekejangan otot
  • Mereka yang selalu sakit sendi
  • Mereka yang selalu merasa kebas (semut-semut)
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir
  • Mereka yang selalu mengalami migrain
  • Mereka yang selalu kerap sakit kepala yang teruk
  • Mengalami kumit kaki pecah atau kasar
  • Mereka yang selalu keletihan dan kurang tidur dan sukar bangun di waktu pagi
  • Mereka yang mempunyai masalah gigi dan kuku mudah patah atau rapuh
  • Perokok, peminum alkohol atau penggemar minuman ringan.
  • Wanita yang mengalami PMS (pre-menstrual syndrome) yang teruk
  • Mereka yang tidak suka minum susu (anda hanya perlu telan sahaja mengikut kadar yang disarankan), sangat mudah bukan?

Kesemua perkara diatas sebenarnya mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian dan Ostematrix adalah jawapannya.

Ostematrix Dijamin Selamat Dan HALAL

YA. Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai Sijil JAKIM.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: VC

Pemandu Kes Surau Austin Mohon Maaf, Kenapa Kita Masih Gagal Memupuk Perpaduan?

Pemandu Kes Surau Austin Mohon Maaf, Kenapa Kita Masih Gagal Memupuk Perpaduan?

Selepas hampir seminggu kes berkenaan yang tular dilaman sosial, pemandu, Toh Chai Eun, 28, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam terutama mereka yang terlibat dalam kes berkenaan yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Toh Chai Eun Surau Autin Perdana

“Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu,” kata pemandu kenderaan yang tular dipukul kerana membunyikan hon dihadapan Surau Austin Perdana, 5 Mei lalu.

Chai Eun yang bekerja sendiri ditemani abangnya Toh Chai Chung, 30, hadir dalam satu perjumpaan di Pejabat Agama Islam Johor yang disertai ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Agama, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

Permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said menyatakan harapan agar kes tersebut dapat diselesaikan dan tidak menyinggung semua pihak dan Bangsa Johor.

“Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting.

“Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan,”katanya yang cedera di leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakkan dan percakapannya.

Beliau turut menyatakan harapan agar kes tersebut tidak dipanjangkan atau disebarkan sehingga mencetuskan ketidaksenangan kaum.

“Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini menjadi lebih besar dan maksud yang sampaikan iaitu keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia.

“Diharap selepas kenyataan ini saya tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media untuk tujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi surau, Mohd Khaiidzir Ismail berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan keseluruhannya.

“Kami mengucapkan terima kasih atas pertemuan ini yang sememangnya tidak dijangka meskipun perkara ini berlaku diluar surau, kami sebagai jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya.

Elemen Fitnah Viral

Sebelum ini kita mendengar, diberitahu dan diceritakan dari pelbagai kumpulan;
  • Ada jemaah yang dilanggar.
  • Penumpang kereta wanita pula terjerit-jerit marah dan enggan tolenrasi.
  • Kejap hon masa khutbah, kejap hon masa solat, kita yang membaca pun jadi pening kepala.
  • Pemandu kereta kurang ajar dan biadap, main langgar dan reverse kenderaan ikut suka sampai langgar beberapa orang, dikejar sebab melanggar dan bukannya kerana membunyikan hon.
  • Paling viral, jalan itu sebenarnya ditutup. Sudah ada pengumuman disediakan menerusi papan tanda, sudah tentu cina itu bersalah kerana tidak membaca dan berdegil kerana masih menggunakan jalan tersebut.

Cerita asli hilang, cerita ditambah dengan elemen fitnah viral.

Yang racist dengan komen racistnya. Yang berlakon racist pun tak kurang hebatnya. Tambah api sana sini, semarakkan lagu perkauman.

Melayu bodoh vs cina bodoh, muslim bodoh vs non muslim bodoh

Akhirnya semuanya pun terpalit dengan pergaduhan kaum dan agama akibat terpengaruh dengan sentimen dan bukannya berhujah berpandukan fakta.

Selepas separuh abad merdeka, semangat perkauman sangat kuat di kalangan rakyat, bukti kita gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbeza bangsa dan agama.

Di mana salahnya, jika kita perhalusi dan mencari punca pasti kita akan jumpa tetapi penulis tidak berminat nak menyiasat masalah seperti Conan.

Cukup secara ringkasnya penulis simpulkan, sikap perkauman datangnya dari diri yang memang ada semangat perkauman.

Pergaulan, pengalaman, pendidikan adalah faktor luaran tetapi jika kita sendiri tidak memiliki sikap perkauman walau siapa pun datang tanam dan pengaruh, ianya tetap tak jadi apa.

Ada muslim yang bila diprovoke, mereka terlebih-lebih mengganas macam sawan babi. Lepas tu boleh pula salutkan perbuatan ganas mereka dengan elemen Islamik untuk lunakkan perbuatan yang tak betul.

Akhirnya yang dipandang orang, ooohhh Islam begini rupanya. Berubah ikut pemikiran manusia. Ganas, teruk dan mengarut.

Ya, Islam versi ini terjemahan dari siapa kalau bukan diri sendiri.

Siapa salah?

Takde punca, takde masalah. Yang meletakkan parking berterabur sehingga menyusahkan laluan pengguna jalanraya yang lain tetaplah trigger utama kepada kejadian.

Sudah diberitahu berulang kali, masalah ini bukan baru malahan berlarutan.

Letakkan kenderaan kamu dengan betul. Tak kisah la waktu solat jumaat kah, waktu kenduri kah, waktu singgah bank kah atau apa kah, parking la dengan betul, yang tidak menyusahkan pengguna lain.

Andai muslims tadinya tu letak kenderaan dengan betul, maka cina nak mengamuk dengan hon bertubi-tubi ataupun marah menengking pun takde asas. Melainkan dia pun kena sawan babi juga.

Perbuatan cina itu memang biadap tetapi ia adalah terjemahan kemarahan orang ramai yang meluat pada muslims Malaysia yang suka parking macam sawan babi time solat.

Ohh solat dia je penting, pada orang lain masa dan hal yang nak diuruskan tu tak penting ya? Solat pun kalau dah sampai kacau orang, berkat ke pun?

Nak mencari pahala tak salah tetapi jangan sampai balakan hidup orang lain. Nak tunaikan kewajipan tak salah tetapi jangan sampai timpakan kerumitan pada orang lain!

Untuk insiden kali ini, buat muslims belajarlah hidup dengan mula 'memarking' kenderaan dengan betul. Untuk non muslims, belajarlah hidup dengan tidak membunyikan hon ataupun bersikap biadap semasa meminta kenderaan dialihkan walaupun anda memang marah kerana laluan dihalang kenderaan lain.

Di dalam kawasan masjid atau rumah ibadat adabnya berbeza untuk meminta alihkan kenderaan jikalau ketika itu muslims tengah bersolat. Kau bukan kat tepi pasar nak hon-hon macam orang hilang akal bro!

Keluar dari kereta berundinglah cara harmoni. Macam orang bertamadun gunakan mulut bukannya adab kurang ajar.

Marah yang apabila dilawan dengan marah ianya tidak menyelesaikan masalah sebaliknya mendatangkan musibah. Yang dibantai sakit, kereta pun cedera.

Yang membantai malu satu Malaysia tengok dah perangai buruknya tu. Tambah dengan keadaan sekarang, semuanya merasa kelat, pahit dan geram kerana diapi-apikan dengan semangat perkauman.

Bolehkah cina memandang melayu dengan rasa kasih dan mahukah melayu memandang cina dengan rasa sayang?

Insiden yang mencalarkan perasaan ini telah meninggalkan parut di hati masing-masing. Perpaduan kita semakin rapuh.

Di satu sudut yang tersorok, belakang tabir samar-samar nampak bayang je sedang bertepuk dan bergelak tawa. Gembira.

'Mereka' berjaya mencaturkan pemikiran kita. Check-mate.

BACA INI JUGA: 'Kita Semua Di Politikkan Untuk Membenci Antara Satu Sama Lain'

sumber: sinarharian | amenoworld

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

Apabila mendengar kacang almond disebut ramai yang tidak tahu, tetapi tahukah anda bahawa kacang almond adalah sebenarnya kacang badam!

Khasiat Badam

Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Kacang Badam mengandungi;
  • protein
  • serat
  • kalsium
  • magnesium
  • kalium
  • zinc
  • selenium
  • kuprum
  • phosphorus
  • biotin
  • riboflavin
  • niacin
  • zat besi
  • vitamin E
  • antioksida lain yang tinggi

Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan kelazatan seperti aiskrim atau pun salad.

Menariknya, kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.

Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu.

Jom ketahui khasiat badam yang anda perlu ambil tahu.

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

1. Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.

Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

2. Menurunkan Berat Badan

Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.

Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.

Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.

Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.

3. Menguatkan Memori

Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.

Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.

4. Membantu Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.

Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.

5. Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang

6. Melancarkan Peredaran Darah

Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.

7. Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

8. Badam Mencantikkan Kulit

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.

Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

sumber: mrtengkuasmadi

Peristiwa 13 Mei 1969, Rusuhan Kaum Atau Cubaan Rampasan Kuasa?

Peristiwa 13 Mei 1969, Rusuhan Kaum Atau Cubaan Rampasan Kuasa?

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram.

Peristiwa 13 Mei 1969

Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.

Apa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun 2006, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku tersebut  mendapati, rusuhan 13 Mei bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambarkan kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua dalam satu temubual.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberi kuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telah pun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga tertanya-tanya) mengapa, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dengan reputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan, "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa."

"Saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertama kali satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatap rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.

Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjat api dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebab mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesama mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya lagi.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan.

Dr Kua berkata, "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di laman web, anda boleh buat apa saja."

BACA INI JUGA: 'Sesuatu Yang Tidak Sopan Sedang Berlaku Di Malaysia'

sumber: malaysiakini