Sunday, April 30, 2017

4 Fakta Kebaikan Ketawa Menurut Sains

Ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.

Ketawa

Ini dapat dibuktikan secara saintifik di mana ketawa sememangnya boleh membawa kebaikan dan menghindarkan keburukan dalam hidup seseorang.

Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.

1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan

Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.

Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekaligus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.

Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.

Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia.

Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.

2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda

Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu.

Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.

Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda.

Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.

3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan

Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan.

Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara.

Ketawa juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.

Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.

4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik

Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.

Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi.

Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.

Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon