Wednesday, May 03, 2017

Video Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

Video Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang, pada awal pagi Isnin, menjadi viral di media sosial.

Gangster

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, seramai 80 individu dikatakan terlibat dan dua daripadanya telah ditahan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, anggota berkenaan telah menghampiri kumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan supaya mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

“Mereka menggunakan topi keledar sebagai senjata dan bergaduh sesama sendiri, biarpun polis telah mengarahkan supaya bersurai,” katanya memetik mStar Online.

Menerusi rakaman, dua lelaki dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal, manakala sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Di tengah-tengah kekecohan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang memegang parang sepanjang 54 sentimeter.

“Suspek yang memegang parang itu cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menangkapnya dan merampas senjata itu,” kata Hamzah.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata di tempat-tempat awam.

BACA INI JUGA: 7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia



sumber: mynewshub

Tuesday, May 02, 2017

Cerita Seram Paling Pendek Pernah Ditulis

Cerita Seram Paling Pendek Pernah Ditulis

Jika anda seorang peminat cerita-cerita seram, agaknya berapa panjang patah perkataan novel mahupun cerpen yang anda pernah baca?

Cerita Seram

Dan tahukah anda cerita seram paling pendek pernah ditulis?

Pada tahun 1970s, Forrest Ackerman menjual cerita pendeknya dengan harga $100.

Dia kemudiannya menjual cerita pendek itu sebanyak tiga kali pada harga yang sama dan diterjemahkan kepada tiga bahasa.

Mari kami kongsikan cerita seram terpendek pernah dihasilkan.

"The last man on Earth sat alone in a room. There was a knock on the door." -Frederic Brown

Seram tak?

BACA INI JUGA:

sumber: futilitycloset

Pokok Ketapang Bernilai Tinggi, Daunnya Terbuang Tapi Sebenarnya Sangat Lumayan

Pokok Ketapang Bernilai Tinggi, Daunnya Terbuang Tapi Sebenarnya Sangat Lumayan

Daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave, lazimnya tumbuh liar dikawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropika termasuk di Malaysia.

Pohon Ketapang

Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara dan biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya.

Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir, malangnya jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tidak tahu khasiatnya.

Kebiasaanya, di pantai-pantai pokok ketapang digunakan untuk mencantikkan landskap dan tempat teduhan kerana cepat tumbuh dan bentuk pokok yang menarik.

Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang tua dahulu.

Catappa, Ketapang
A Best Giant Indian Almond Leaves (Catappa/Ketapang) Leaf.

Cuba lihat gambar diatas, ada penjual Malaysia yang menjana pendapatan ribuan ringgit dengan hanya menjual dau kering Ketapang di eBay!

Bagi masyarakat barat pula, daun ketapang diletakkan di dalam aquarium untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di Amerika Syarikat

Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang mendapat permintaan tinggi walaupun kita boleh dapat di Malaysia secara percuma.

Buah Ketapang

Buah Ketapang adalah jenis buah 'DRUPE' iaitu berbentuk bujur memanjang berukuran sekitar 3.5 - 7.0 cm panjang serta 2-5 cm lebar.

Buah muda yang saya lihat selalunya hijau dan kemudian akan berwarna kuning atau kemerahan apabila telah masak.

Buah ini mempunyai lapisan kulit yang tebal (3-6 mm tebal) dan banyak mengandungi jus serta ada lapisan dalam yang keras.

Seolah-olah ada lapisan sel batu yang keras dan berserabut dengan pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna.

Anda pernah makan isi buah ketapang? Mungkin anda akan setuju dengan saya yang rasa isinya pahit manis dan kurang sesuai dimakan. Ada orang yang makan biji buah ketapang setelah biji tersebut dipanggang dulu.

Bunga ketapang berada dalam jambak yang kecil berwarna putih kehijauan dan banyak komponen adalah bunga jantan. Jambak bunga keluar dari ketiak daun dengan ukuran 8-16 cm panjang.

Kajian Makmal

Kajian di makmal mendapati kulit kayu pokok ketapang mengandungi Tanin yang tinggi (11-23%).

Bahagian buah juga mengandungi Tanin sebanyak 6-20% begiitu juga dengan bahagian akar, daun dan kulit pokok.

Kajian makmal juga mendapati daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin yang boleh di proses melalui Hidrolisis.

Kandungan Asid Galik, Asid Clagik, Korinlagen serta Asid Carbicylic Brevifolin juga terdapat pada bahagian daun.

Kulit Pokok pula mengandungi Katecin, Epikateen, Asid gilik, Asid Elagik dan Leucosianidin.

Biji buah ketapang kaya dengan minyak (54%), Asid Palmitik (52%) dan Protin (27%). Isi biji kering pula mengandungi 25% protin, 6% Gula dan 16 jenis kumpulan Asid Amino.

Kegunaan Pokok Ketapang

Pokok Ketapang Bernilai Tinggi

Bahagian paling berguna dari pokok ketapang adalah batang kayunya yang keras dimana boleh dibuat perabot, perahu, bahan binaan dan juga bahan bakar yang baik.

Kayu ketapang tidak boleh diletak diatas tanah kerana sangat disukai oleh anai-anai (termites).

Walau pun daun, kulit kayu dan akar ada yang digunakan untuk proses menyamak dan mewarna, ianya jarang kita dilihat di Malaysia tetapi diaplikasikan di India dan Sri Lanka.

Terdapat sejenis ulat sutera (Indian Silt Worm) yang makan daun ketapang untuk penternakannya.

Khasiat Ketapang

Khasiat pokok Ketatang jarang-jarang di bincangkan. Mana ada orang yang minat hendak mengkaji khasiat pokok ketapang yang ditanam disepanjang jalan?

Paling asas adalah kegunaan bahagian akar pokok yang direbus dan airnya diminum untuk untuk rawatan deman panas, masaalah hati, masaalah hempedu, cirit birit dan disenteri.

Air ini juga boleh disapu pada kudis, bisul atau sakit puting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak.

Biji ketapang yang dimakan boleh melawaskan buang air besar dan merangsang air susu tetapi AWAS, kalau makan terlalu banyak akan mengakibatkan cirit birit pula.

Ada petua agar sesiapa yang makan biji ketapang bersama sarang lebah mampu menghilangkan bau busuk kentut dan mengelakkan najis berdarah.

Satu lagi khasiat buah ketapang adalah apabila direbus dan diminum akan merawat demam panas, cirit birit dan juga masaalah asma (semput).

Daun Ketapang

Daun Ketapang merupakan bahagian yang paling berkhasiat yang boleh dijadikan ubat pupuk rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan jika daun-daun dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian akan menghilangkan masalah ruam.

Air rebusan daun Ketapang juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit.

Ia juga didakwa mampu menghentikan masaalah batuk berdarah dan juga mengatasi masaalah cacing dalam perut dan usus kita (daun merah).

Paling penting adalah, daun ketapang yang hendak digunakan mestilah bersih, tidak berpenyakit dan bukan yang ditanam ditengah-tengh lebuhraya yang banyak asap atau ada logam berat.

Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan sapukan pada tempat sakit kulit.

Daun Ketapang yang dipanaskan dan diletak pada bahagian sendi yang sakit mampu mengurangkan masalah tersebut termasuk juga masalah rheutismae.

Mungkin fakta diatas adalah panduan sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 11 Pokok Paling Beracun Di Dunia

sumber: animhosnan | blogrb

Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikai Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

Khasiat Dan Kebaikan Buah Tembikai Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain sangat bernilai tinggi dalam perubatan.

Tembikai

Tembikai juga dikenali sebagai Citrullus vulgaris, amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Ibnu Abbas berkata, "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda, "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah SAW berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda, "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini."

Kemudian bangun Sayidina Ali bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda, "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Tembikai juga sangat baik dimakan oleh pesakit yang menghidap Anemia kerana tembikai boleh membantu menambah sel darah merah.

Jus tembikai juga boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.

Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

sumber: virtualfriends

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?

Merupakan bulan ke-5 dalam kalendar Julian dan Gregory, nama bulan Mei diberi bersempena dengan nama dewi Greek, Maia, ibu dewa Hermes, dewa yang dikaitkan dengan perdagangan, penciptaan dan penipuan.

May

Tetapi, menurut kamus Webster, Maia adalah ibu Merkurius dan ayahnya Jupiter.

Maia juga dikenali sebagai Bona Dea, dewi kesuburan pada era Roman dan festival Bona Dea diraikan pada bulan Mei.

Menurut puisi Ovid Roman, etimologi kedua nama ini berasal dari perkataan ‘maiores’ yang bermaksud ‘golongan tua’ dan diikuti oleh bulan Jun atau ‘Iuniores’ yang bermaksud ‘golongan muda’.

Sir Thomas Malory (1400–1471), penulis berbangsa Inggeris, menyebut bulan ini sebagai “bulan penuh nafsu”.

Peliknya, bulan Mei yang romantis ini juga dianggap sebagai bulan sial untuk berkahwin.

Bangsa Rom menolak pernikahan pada bulan Mei kerana pada bulan inilah berlangsungnya festival untuk menghormati Bona Dea, dewi yang tidak pernah melakukan hubungan intim.

Festival menyambut kematian yang tidak menyenangkan juga berlangsung pada bulan Mei.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan April?

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Sambutan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan sambutan pesta buku yang paling berprestij di Malaysia bagi peminat-peminat buku di Malaysia.

PBAKL 2017

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), bersama-sama dengan enam persatuan Industri Buku Malaysia dengan kerjasama dan penyertaan pemain utama industri buku tempatan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah salah satu acara utama dalam kalendar penerbitan global kerana anda boleh melihat pesta buku jualan termurah di Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur menyediakan peluang rangkaian untuk bertemu dengan masyarakat penerbitan tempatan dan antarabangsa.

Sejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mula dianjurkan, PBAKL telah mencatatkan lebih 2 juta pelawat setiap tahun.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah tempat yang sempurna untuk pencinta buku mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh rantau ini.

Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan banyak aktiviti-aktiviti lain di tempat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat membaca.

Tiket masuk adalah PERCUMA.

Sejarah penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pameran buku peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan dikenali sebagai International Exhibition of Book Trade and Industry. Ia dianjurkan oleh pengusaha buku tempatan sempena Tahun Buku Antarabangsa yang diisytiharkan oleh UNESCO.

Selepas itu, beberapa pameran lain yang lebih kecil telah diadakan oleh syarikat-syarikat persendirian. Pada tahun 1976, Persatuan Penerbit Buku Malaysia telah mengadakan “Pameran Buku Kebangsaan” di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dengan harapan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

Penglibatan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam aktiviti promosi buku bermula pada tahun 1982 melalui penganjuran “Pesta Buku Malaysia” dengan kerjasama persatuan industri perbukuan tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

MBKM, sewaktu penubuhannya pada tahun 1968 dikenali dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) manakala urus setianya diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penubuhan MKBK sebagai sebuah badan khas yang diberi peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan bidang perbukuan negara adalah hasil saranan pakar-pakar buku dari Asia Pasifik yang bersidang di Tokyo, Jepun pada tahun 1966 atas undangan UNESCO.

Walaupun pesta buku di peringkat negara dan antarabangsa diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972, namun bagi MBKM, acara “Pesta Buku Malaysia” pada tahun 1982 adalah merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran dengan cara terancang dan berterusan sebagai aktiviti tahunan.

Pada tahun 1988, pesta buku tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Pesta Buku Kuala Lumpur” (PBKL) apabila lokasi penganjurannya berpindah ke Changkat Pavillion.

Dari Changkat Pavilion, pesta buku ini dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun 1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: klibfmbkm | panduanmalaysia

Monday, May 01, 2017

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik jika dibandingkan dengan wanita tidak mempunyai kekasih.

Wanita

Ketua penyelidik, Dr. Christopher Watkins berkata, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dengan kekasihnya juga disifatkan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.

Kajian tersebut dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Watkins berkata, hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.

Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka.

BACA INI JUGA: Ketahui Titik Sensitif Rangsangan Wanita Mengikut Zodiak

sumber: kosmo

Sambutan Hari Pekerja (Buruh) Antarabangsa, International Workers' Day

Sambutan Hari Pekerja (Buruh) Antarabangsa, International Workers' Day

Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa, International Workers' Day disambut pada 1 Mei setiap tahun, juga disebut sebagai Hari Buruh, merupakan sambutan tanda peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

Hari Pekerja

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.

Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886, dan beransur-ansur turut disertai pekerja di pejabat selama lapan jam waktu bekerja.

Asal-usul Sambutan Hari Pekerja

Idea untuk meraikan cuti sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia.

Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya termasuklah mesyuarat dan hiburan sebagai bantahan untuk menuntut hari bekerja lapan jam.

Hari bagi perayaan ketika itu ditetapkan pada 21 hb April. Pada mulanya, pekerja Australia mengajurkan cuti ini hanya pada tahun 1856.

Tetapi, sambutan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat kepada golongan pekerja Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi sambutan tersebut setiap tahun.

Idea sambutan Hari Pekerja ini kemudiannya tersebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya disambut di seluruh dunia hari ini.

Walau bagaimanapun, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut.

Dan walaupun matlamat pengenalan hari bekerja lapan jam telah lama tercapai, sambutan ini tetap diteruskan sebagai tanda kemenangan golongan.

Selamat menyambut Hari Pekerja.

BACA INI JUGA: Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

sumber: wikipedia

Sunday, April 30, 2017

Asal-usul Nama Daerah Tambunan

Asal-usul Nama Daerah Tambunan

Dahulukala daerah Tambunan dipenuhi dengan hutan rimba sebelum penempatan dibuka. Hutan hujan tropika hidup subur dihuni bermacam jenis haiwan liar.

Tugu Pahlawan Tambunan

Keadaan mula berubah apabila peneroka tempatan, kaum Nunukragang mula berhijrah ke kawasan ini.

Seorang lelaki bernama Gombunan telah mengetuai rombongan peneroka ini. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah perkasa dan terkenal ketika itu.

Tempat itu kemudiannya dipanggil Dataran setelah dihuni oleh peneroka.

Pada mulanya mereka hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang gangguan.

Diceritakan bahawa dikawasan bukit-bukau disebelah timur tinggallah puak Tonsundung. Mereka mula memandang serong kehadiran peneroka ini. Oleh sebab itu mereka mula mengganggu penempatan di Dataran.

Pada suatu hari beberapa pahlawan dari puak Tonsundung masuk ke penempatan Dataran dan mula mengganggu dan merosakkkan harta benda dan tanaman mereka. Mereka juga membunuh beberapa orang kampung Dataran.

Mendengar hal itu, Gombunan selaku ketua dan beberapa lagi pahlawan lain telah bertindak balas dan berjaya mengalahkan serta menghalau penceroboh tersebut.

Ramai penceroboh telah mengalami kecederaan yang teruk, menimbulkan rasa balas dendam mereka terhadap Gombunan.

Kemarahan puak Tonsundung tidak dapat dibendung lagi, mereka mula mengatur strategi dan merancang untuk menyerang Gombunan.

Ketika Gombunan bersendirian di kebunnya, dia dikepung oleh pahlawan Tonsundung seramai 30 orang.

Gombunan berjaya dibunuh dan badannya dicincang. Mereka memotong kepalanya dan membawa balik sebagai tanda kemenangan. Kepala itu digantung pada tiang yang tinggi untuk diperolok-olokkan.

Seluruh kampung amat berdukacita dengan kematian pahlawan mereka. Mereka bersumpah mahu membalas dendam atas kematian Gombunan.

Sebagai mengenang jasa baik Gombunan kepada kampung itu, mereka bersetuju untuk menamakan penempatan mereka sebagai GOMBUNAN, bersempena dengan nama pahlawan mereka itu.

Disebelah barat Gombunan tinggallah puak Tamadon. Mereka juga mula tertarik dengan Dataran dan berhijrah.

Mereka adalah orang yang peramah dan baik hati. Mereka berbaik-baik dengan orang Gombunan.

Setelah mendengar khabar tentang orang Tonsundung mereka mula bergabung dengan orang Gombunan. Puak Tonsundung tidak mengetahui tentang pakatan ini.

Setelah tiba masanya, orang Tonsundung pun mula menyerang puak Gombunan. Pertempuran sengit pun berlaku.

Puak Tonsundung tidak menjangkakan pihak lawan semakin ramai. Keadaan ini menyebabkan mereka akhirnya kalah. Ramai Puak Tonsundung yang mati, manakala yang terselamat melarikan diri.

Puak Gombunan dan Puak Tamadon sangat gembira. Satu sambutan besar-besaran telah diadakan sempena kemenangn ini. Banyak makanan dan minuman dihidangkan pada masa itu termasuklah minuman Tapai.

Akhirnya kedua-dua puak bersetuju penempatan mereka dinamakan sebagai TAMBUNAN. TAM diambil dari TAMADON manakala BUNAN diambil dari nama GOMBUNAN.

Penempatan itu kemudiannya dinamakan TAMBUNAN sehingga kini.

BACA INI JUGA:

sumber: mytambunan2u

11 Makanan Tambah Darah Terbaik Untuk Ibu Hamil Dan Pesakit Anemia

11 Makanan Tambah Darah Terbaik Untuk Ibu Hamil Dan Pesakit Anemia

Semasa mengandung, setiap wanita memang diuji dengan pelbagai kepayahan dan masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya.

Tambah Darah

Antara kes yang selalu melanda ibu hamil adalah masalah kekurangan darah (hemoglobin) rendah atau anemia.

Begitu juga bagi penghidap penyakit kurang darah (anemia), antara simptomnya termasuklah pening kepala, sukar fokus, kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan.

Bahaya Anemia Semasa Mengandung

Anemia ketika mengandung adalah berbahaya jika tidak ditangani dan dikawal sebaiknya, kerana apabila seorang ibu mengalami ‘low hemoglobin’ atau anemia, kandungan darahnya tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan bagi pembentukan bayi.

Malah, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti kelahiran bayi pramatang, bayi yang kurang berat badan dan lewat perkembangan, serta kemurungan selepas bersalin (meroyan).

Oleh itu, cubalah elak dan atasinya dengan mengamalkan makanan tambah darah seperti di bawah ini.

11 Makanan Tambah Darah Untuk Ibu Hamil Dan Pesakit Anemia

Secara umumnya, kita akan diberitahu untuk makan secara sihat dengan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran.

Tapi, adakah sayuran dan buah-buahan terbaik untuk diamalkan? Apa sebenarnya makanan tambah darah yang boleh dihidangkan dalam sajian seharian kita?

1. Tembikai

Tembikai adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya buah ini kaya dengan vitamin A.

Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

2. Buah-buahan Kering

Buah-buahan kering amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin.

Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

3. Ikan

Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Ikan Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah.

Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterol.

Bagi anda yang menggemari telur ikan pula, ini berita baik untuk anda! Telur ikan juga mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

Pelbagaikan menu ‘seafood’ ini dalam hidangan seharian anda kerana tiram, kerang, dan hasil makanan laut lain juga tidak kurang hebat nutrisinya dalam membantu meningkatkan Hb darah.

4. Jambu Batu

Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia mengandungi Vitamin C.

Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!

5. Daging Merah

Berbanding dengan daging putih dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil.

Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan lemaknya berbanding daging putih.

Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko pada jantung.

6. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kale dan sawi juga amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.

Selain itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

7. Kuning Telur

Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.

Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.

8. Kentang

Selain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.

Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

9. Hati

Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi.

Menurut sumber, umumnya hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi.

Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.

10. Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi

Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah.

Selain itu, menu diet seperti roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain), ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.

11. Kekacang Dan Bijian

Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol.

Selain itu, anda boleh memakan kekacang sebagai snek atau kudapan, antaranya kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan, sehingga dapat mebantu menaikkan tekanan darah.

Namun, pastikan anda tidak mengalami sebarang alahan terhadap kekacang ini.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat bermanfaat.

Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandung 15 mg zat besi, iaitu 83% dari nilai anjuran harian.

Biji labu juga merupakan sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu menurunkan kolesterol.

Dapatkan Nasihat Doktor

Selain daripada pengambilan makanan di atas, pastikan anda mengamalkan corak pemakanan yang sihat.

Pastikan anda meminum air kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas. Hindari kafein dan makanan rapu yang berlebihan.

Jika bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut rutin yang telah ditetapkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zuriat

4 Fakta Kebaikan Ketawa Menurut Sains

4 Fakta Kebaikan Ketawa Menurut Sains

Ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.

Ketawa

Ini dapat dibuktikan secara saintifik di mana ketawa sememangnya boleh membawa kebaikan dan menghindarkan keburukan dalam hidup seseorang.

Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.

1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan

Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.

Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekaligus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.

Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.

Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia.

Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.

2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda

Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu.

Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.

Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda.

Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.

3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan

Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan.

Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara.

Ketawa juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.

Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.

4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik

Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.

Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi.

Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.

Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub