Wednesday, May 03, 2017

Video Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah


Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang, pada awal pagi Isnin, menjadi viral di media sosial.

Gangster

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, seramai 80 individu dikatakan terlibat dan dua daripadanya telah ditahan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, anggota berkenaan telah menghampiri kumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan supaya mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

“Mereka menggunakan topi keledar sebagai senjata dan bergaduh sesama sendiri, biarpun polis telah mengarahkan supaya bersurai,” katanya memetik mStar Online.

Menerusi rakaman, dua lelaki dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal, manakala sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Di tengah-tengah kekecohan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang memegang parang sepanjang 54 sentimeter.

“Suspek yang memegang parang itu cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menangkapnya dan merampas senjata itu,” kata Hamzah.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata di tempat-tempat awam.

BACA INI JUGA: 7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia



sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon