Friday, April 07, 2017

8 Makanan Terbaik Wajib Di Amalkan Ibu Mengandung

Loading...

Kehamilan adalah proses yang agak mencabar terutamanya bagi ibu yang pertama kali hamil dengan mengharungi proses yang panjang iaitu selama 9 bulan 10 hari.

Makanan Terbaik Ibu Mengandung

Cabaran yang di hadapi ibu dalam membesarkan janin amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

Antara cabaran-cabaran ibu hamil adalah seperti berikut:
  • Alahan teruk atau morning sickness.
  • Tak boleh makan atau tak lalu makan.
  • Muntah dan loya.
  • Anemia – Berbahaya jika tidak di atasi, antarnya boleh menyebabkan keguguran, pendarahan sebelum dan selepas bersalin, berat bayi rendah dan kematian bayi.
  • Keletihan dan rasa malas.
  • Stress.
  • Mood swing.

Lazimnya, simptom kehamilan di atas akan mengganggu aktiviti harian ibu. Walau bagaimanapun anda tak perlu bimbang InshaAllah akan berlaku beberapa bulan sahaja.

Namun, ia bergantung kepada bagaimana ibu menjaga pemakanan, rehat dan nutrisi yang di ambil oleh ibu setiap hari.

Hampir semua masalah yang di sebutkan dapat di atasi dengan memastikan dapatkan keperluan nutrisi yang cukup setiap hari dengan lengkap dengan rehat yang mencukupi serta sokongan daripada suami.

Apakah Nutrisi Yang Penting Buat Ibu Hamil?

Secara amnya, ibu yang sedang hamil perlu mengambil bijiran dan sayuran hijau yang banyak untuk memenuhi keperluan asid folic, protin dan karbohidrat untuk tenaga.

Kekurangan zat akan menyebabkan ibu hamil mendapat masalah anemia yang boleh mengancam kesihatan.

Bagaimanakah Ibu Boleh Mendapat Nutrisi Yang Di perlukan Semasa Hamil Dengan Sempurna

Ibu yang hamil sangat penting manjaga pemakanan dan pastikan pemakanan yang di ambil pastikan mempunyai nutrisi yang mencukupi keperluan seharian. Ia adalah untuk kepentingan ibu dan juga bayi.

Antara 8 nutrisi kehamilan yang penting untuk ibu hamil dan bayi adalah seperti berikut:

Sayuran Hijau

Sayuran hijau merupakan sumber zat besi, folat, serat dan juga vitamin C. Kehamilan akan membuatkan ibu hamil menjadi kurang zat besi.

Serat membantu sembelit dan vitamin C membantu penyerapan zat besi dan antara sayur yang tinggi zat besi adalah seperti sayur bayam dan kangkung.

Nasi merah

Nasi merah cukup kaya dengan serat, zat besi dan vitamin B. Ia juga rendah indeks glikemik dan bantu ibu hamil rasa kenyang lebih lama.

Vitamin B di perlukan untuk kesihatan saraf dan hasilkan sel-sel darah merah. Pada saat hamil biasanya volume darah akan meningkat sebanyak 40%.

Strawberi

Strawberi makanan super kerana mempunyai kandungan anti oksidan, serat, folat dan juga vitamin C.

Anti oksidan sangat bermanfaat untuk membantu melindungi bayi dari risiko penyakit diabetes. Ia penurunan risiko preeklamsia, hipertensi atau tekanan darah tinggi yang serius ketika hamil.

Minyak Ikan

Omega 3 yang ada dalam minyak ikan membantu untuk perkembangan mata, sistem saraf bayi dan juga DHA penting untuk otak bayi untuk dapat bayi yang bijak.

Contoh ikan yang tinggi omega 3 ialah ikan salmoon atau ikan kembung sebagai alternatif.

Pisang

Pisang mengandungi potassium yang dapat mengatasi penahanan cairan yang akan membuatkan kaki ibu hamil menjadi bengkak dan krem ketika hamil.

Ia juga mengandungi serat yang membuatkan ibu hamil rasa kenyang lama dan elakkan sembelit.

Daging merah

Daging merah tanpa lemak adalah salah satu sumber zat besi untuk mengelakkan daripada ibu hamil terkena anemia dan juga kaya dengan sumber protin.

Elakkan makan hati kerana hati mengandungi retinol yang cukup tinggi yang mengandungi vitamin A yang bahaya untuk bayi.

Kiwi

Kiwi kaya dengan vitamin C, anti oksidan dan folat. Ia bagus untuk perkembangan bayi.

Ubi

Ubi kaya dengan anti oksidan, vitamin B, vitamin C dan serat. Ia juga sumber karbohidrat yang sihat dan ibu hamil dapat rasakan kenyangkan lebih lama. Ia juga untuk mencegah sembelit.

Pelbagai lagi makanan berkhasiat lain yang baik untuk ibu hamil dan pastikan ibu mengambil makanan tersebut mengikut cadangan piramid makanan untuk ibu hamil.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Amalan Ibu-ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan

sumber: nadiamusa

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon