Wednesday, December 14, 2016

9 Perkara Yang Anda Akan Menyesal Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang

9 Perkara Yang Anda Akan Menyesal Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang

'Kalaulah dulu..' Perkataan ini selalu menjadi butir-butir sebutan tatkala menyesal bila kita tidak membuat keputusan yang tepat pada waktu yang lalu.

Penyesalan

Sebenarnya ada beberapa perkara silap yang kebanyakan orang lakukan dalam kehidupan, termasuklah anda. Tetapi anda mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini.

Kesannya? Mungkin anda akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang.

Anda akan merasa betapa hidup anda telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup anda.

Hidup adalah sekali dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin.

Apakah perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?

1. Hidup dalam kepura-puraan untuk membuat orang lain kagum

Pernahkah anda merasa ingin menukar kereta disaat semua sahabat dan keluarga anda berlumba-lumba membeli kereta baru dan menunjuk-nunjuk kepada kita?

Pernah anda dipersenda kerana memakai henfon yang buruk dan ketinggalan zaman? Saya tahu, bukan mudah berurusan dengan gelojak emosi disaat ego kita seakan dicabar.

Tarik nafas, bertenang dan ingat ini - Jika wajah yang selalu anda tunjukkan kepada dunia adalah topeng semata-mata, pada suatu masa nanti tiada apa lagi yang tinggal disebalik wajah kepura-puraan itu.

Kerana anda menghabiskan terlalu banyak masa (dan wang) menumpukan persepsi orang lain terhadap anda, atau orang lain yang anda ingin jadi, sehinggakan kita sendiri terlupa bahawa siapa diri kita yang sebenarnya.

Jadi jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap kita. Hanya anda dan Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hati kita dan siapa diri kita yang sebenarnya.

Oleh itu, kita tidak perlu menjadi sempurna di mata orang lain.

Apa yang terbaik adalah membiarkan orang lain yang kagum dengan bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dan menerima kekurangan pada diri kita.

Sebab bukan semua orang mampu menerima diri sendiri seadanya.

2. Anda pasti menyesal apabila membiarkan orang lain mempengaruhi cita-cita anda

Cabaran terbesar dalam kehidupan kita adalah mencari siapa diri kita yang sebenarnya dan cabaran kedua terbesar pula adalah untuk menerima dan gembira dengan apa yang kita temui itu.

Bahagian terbesar daripada proses ini adalah keputusan kita untuk terus bertahan dengan matlamat dan impian hidup kita.

Ada orang yang tidak bersetuju dengan anda? Bagus.

Ia bermakna anda seorang yang berpendirian dan menentukan haluan sendiri.

Kadangkala, perkara yang kita buat itu dianggap gila oleh orang lain, tetapi bila kita mendapati diri kita teruja dan bahagia dengan keputusan kita itu, anda akan tahu anda sedang membuat perkara yang betul.

Benar, kadangkala apa yang kita hajatkan itu tidak tercapai.

Tetapi pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita berusaha sehabis daya dahulu mengejar impian kita.

3. Pada suatu masa nanti, kita akan menyesal bila kita bersifat Ego & lebih mementingkan diri sendiri pada masa lalu

Kehidupan yang diisi dengan kasih sayang dan sifat baik adalah asas yang terbaik dalam membina hati yang bahagia.

Pasti mereka yang pernah pernah hadir dalam kasih sayang dan kemurahan hati anda, akan mengingati bagaimana anda membuatkan mereka berasa sangat istimewa walaupun masa itu telah lama berlalu.

Jadi ukirlah nama anda pada hati, bukan pada batu.

Apa yang kita buat untuk diri sendiri akan mati bersama kita, dan apa yang kita buat untuk orang lain dunia akan mengingati.

Jadi sebar-sebarkanlah kebaikan.. :)

4. Kita akan menyesal bila masih terikat dengan masa silam dan mengelak perubahan serta perkembangan dalam kehidupan

Jika mahu lihat masa lalu maka lihatlah pada masa sekarang. Jika anda mahu melihat gambaran pada masa hadapan, maka lihatlah kita pada masa sekarang.

You must let go of the old to make way for the new; the old way is gone, never to come back.

Jika anda menyedari hal ini, dan menyusun langkah ke arahnya, Insyaa-Allah anda akan meletakkan diri anda dalam jalan kejayaan yang panjang.

Masa silam yang gelap bukanlah bermakna tiada harapan lagi kepada kita. Tidak.

Belajarlah daripada masa silam dan lepaskan ia pergi. People are constantly changing and growing. 

Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa silam.

“Saya fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yang menggembirakan hati.

Semakin banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan pahit tersebut.

Hakikatnya, kenangan pahit itulah yang menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh delete kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut minda yang paling dalam.

Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih tersebut dengan orang lain.

Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering menghantui diri kita.

Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain, penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam yang menyedihkan itu, bagaikan burung yang dilepaskan dari dalam sangkar, terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang.

Setelah itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan menghantui kita lagi.”

(Muhammad Syaman)
“Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.” Surah Al-Hadid, ayat 23

5. Penyesalan terhebat adalah apabila kita mudah patah hati dalam menghadapi kesukaran dan musibah

Sebenarnya tiada kegagalan, cuma hanyalah hasil yang kita kurang senangi.

Walaupun sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti yang kita jangkakan, jangan mudah patah hati dan putus asa.

Belajar apa yang boleh daripadanya dan move on. Siapa yang meneruskan kehadapan satu langkah setiap masa akan menang pada akhirnya.

Kerana kita perlu menempuh ranjau-ranjau yang panjang dan lama terlebih dahulu sebelum boleh mencapai kejayaan akhir.

Ia adalah satu proses yang berlaku dengan langkah kecil, keputusan dan perbuatan yang sentiasa terbina diantara satu sama lain dan akhirnya akan membawa kepada kejayaan yang gemilang.

Patah hati adalah proses.

Dengan patah hati, Allah nak kita ubati hati kita dengan cara kembali kepada Dia semula. Mungkin kita sudah terlalu jauh daripadaNya?

Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Al-Isra’ :109)

It hurts. But you are strong.

Bangkit dan berjalan walau dengan air mata. :’)

6. Cuba untuk terlalu sempurna dalam setiap perkara

Life should be touched, not strangled.

Kadangkala kita perlu bertenang dan menikmati kehidupan tanpa bimbang akan perkara yang remeh. Jangan terlalu perfectionist.

Belajar untuk melepas sedikit sebelum kita sendiri tersepit. Tarik nafas panjang-panjang. Apabila kabus menghilang, dan kita akan dapat melihat lagi gunung dan pokok, maka ambillah langkah ke hadapan.

Kita tidak perlu tahu secara tepat tempat yang dituju di sesebuah kawasan yang besar. Semua perkara dalam kehidupan ini adalah dalam susunan yang sempurna.

Ia cuma mengambil sedikit masa untuk menyambungkan kesemua titik-titik dalam kehidupan.

Let it be, Let it flaw.

7. Tidak berusaha sehabis mungkin untuk sesuatu yang kita layak mencapainya

Jadilah seorang yang cukup kuat untuk melepaskan dan cukup bijak untuk menunggu apa yang anda layak.

Kadangkala kita akan jatuh kebawah terlebih dahulu sebelum dapat berdiri lebih tinggi daripada sebelumnya.

Kadangkala mata kita perlu dibasuh dengan air mata agar dapat melihat sebarang kemungkinan dihadapan kita dengan pandangan yang lebih jelas lagi.

Jangan berhenti!

8. Kita akan menyesal bila sentiasa menunggu esok

Masalah yang sering berlaku adalah, kita sentiasa beranggapan bahawa kita mempunyai lebih masa daripada yang sebenarnya.

Pada suatu hari nanti anda akan tersedar dan pada masa itu tiada lagi masa untuk membuat perkara yang kita nak sangat buat.

Pada waktu itu, sama ada anda telah mencapai matlamat yang anda impikan, atau hanya ada sedozen senarai alasan mengapa anda tidak berjaya.

Masa adalah perkara yang berharga. jangan bazirkan ia pada orang yang tak tahu hargai kita. jangan terhegeh pada orang yang tak sudi memandang.

9. Anda malas dan anda kuat berangan-angan kosong

Dunia tidak berhutang kepada kita apa-apa pun, malah kita sebaliknya yang berhutang kepada dunia.

Jadi berhenti berangan-angan kosong dan mulakan langkah membuat sesuatu. Ambil tanggungjawab penuh terhadap kehidupan kita – kawal dengan sebaiknya.

Anda adalah penting dan diperlukan. Terlalu lewat untuk hanya duduk-duduk dan menunggu seseorang untuk melakukan sesuatu pada suatu masa nanti.

Suatu masa itu nanti adalah sekarang; dan seseorang yang dunia perlukan adalah anda.

Penutup

Ini adalah hidup anda; anda yang menentukan apa yang berhak dan terbaik untuk anda.

Pengalaman hidup adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak mengambil setiap pembelajaran dari kehidupan orang lain dan mengelakkan diri dari jatuh ke lubang yang sama.

Keep learning, adapting and growing.

Anda mungkin masih belum sempurna, tetapi Insyaa-Allah anda adalah lebih baik daripada anda yang semalam.

BACA INI JUGA: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: Akuislam

Kebakaran Besar Israel Strategi 'False Flag' Licik Yahudi

Kebakaran Besar Israel Strategi 'False Flag' Licik Yahudi

Kebakaran besar yang melanda Israel bukan sahaja meninggalkan kesan kemusnahan yang dahsyat malahan juga pelbagai persepsi.

Kebakaran Besar Israel

Ada yang membentangkan teori kejadian bahawa itu adalah strategi 'false flag' rejim Zionis sendiri yang bermotif untuk mengkambing hitamkan Palestin.

Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana tidak lama selepas bencana itu meletus, terdapat kenyataan daripada pihak Zionis yang menuduh orang Arab sebagai punca, termasuk yang menyatakan demikian adalah perdana menterinya sendiri, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu mendakwa kebakaran itu adalah suatu bentuk keganasan terancang, lalu memberikan amaran bahawa hukuman paling berat akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

Berikutan itu, 23 suspek ditahan namun kesudahannya, tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mereka disebabkan kekurangan bukti.

Begitupun, Menteri Pendidikan, Naftali Bennett tetap menuding jari kepada Palestin.

“Kamu datang bakar rumah kami, kemudian kamu datang untuk memadamkannya,” katanya menyindir Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menghantar pasukan bomba untuk membantu Israel menangani bencana itu.

Apa yang jelas, fenomena api besar selama lima hari bermula 22 November itu masih tidak berupaya untuk merobohkan tembok keangkuhan dan ego pemimpin Zionis.

Mereka tetap mahu menyalahkan orang lain, terutama Palestin atas masalah yang dihadapi walaupun pada masa yang sama, mereka mengharapkan bantuan daripada pihak berkenaan untuk memadamkan api yang membakar sebahagian wilayah mereka siang dan malam.

Itulah tipikal Yahudi yang telah dimaklumi sejak zaman berzaman!

Netanyahu, juga Bennett mungkin berpura-pura tidak sedar bahawa peneroka haram Yahudi sendiri yang berpengalaman merampas tanah penduduk Palestin sebenarnya lebih berpotensi untuk jadi punca bencana itu kerana mereka ada pengalaman melakukannya terhadap tanah milik orang Palestin.

Soalnya sekarang, benarkah teori bahawa itu adalah permainan strategi Zionis sendiri, untuk tujuan yang hanya mereka ketahui?

Pelik

Daripada rekod, bencana kali ini melibatkan sejumlah 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat dengan 20 daripadanya adalah kebakaran besar.

Dari segi kesan pula, ia mengakibatkan kemusnahan 700 premis dengan kebanyakannya adalah rumah kediaman. Bagaimanapun apa yang mengejutkan adalah hanya 122 kecederaan dilaporkan.

Bukanlah mengharapkan yang lebih buruk namun apabila dibuat perbandingan mengenai tahap kejadian termasuk tempohnya dengan bilangan mangsa berbanding apa yang pernah berlaku sebelum itu, ia boleh dianggap mencurigakan.

Memanglah diketahui bahawa Israel adalah pihak yang tidak pernah telus dalam pemaparan maklumat melibatkan kerugian atau kehilangan di pihak mereka namun fakta ini secara tidak langsung menunjukkan seperti ada ‘persediaan’ untuk mereka menghadapi kejadian itu.

Angka kematian yang sifar dan kecederaan yang sangat kecil dikira luar biasa walhal kebakaran kali ini adalah lebih besar berbanding pada 2010 yang mengorbankan 42 nyawa dalam tempoh empat hari sahaja.

Namun, bukanlah menghairankan bagi Zionis untuk melakukan sesuatu yang secara zahirnya persis merugikan malah mengorbankan nyawa orang Yahudi sendiri demi mencapai matlamat 'besar' mereka.

Pada 1951, Israel pernah mengebom sinagog Masauda Shem-Tov di Iraq untuk memaksa orang Yahudi Iraq berpindah ke Tebing Barat dan Gaza yang dirampas daripada orang Palestin sebagai langkah meluaskan lagi jajahan mereka.

Sebelum itu, Zionis telah melakukan pelbagai cara untuk memaksa mereka berpindah namun tidak membuahkan hasil.

Damai

Orang Yahudi Iraq memberikan alasan, tidak ada sebab untuk mereka berpindah ke tanah yang telah diduduki oleh orang Arab selama ribuan tahun sedangkan di Iraq, mereka hidup aman damai dengan orang Arab tanpa ada sebarang masalah.

Keengganan itu tidak dapat diterima oleh Zionis lalu nyawa jadi galang ganti. Pemimpin Zionis tidak peduli untuk mengorbankan orangnya sendiri bagi memastikan setiap kehendak mereka dipatuhi.

Lebih 15 tahun sudah berlalu namun tragedi 9/11 hingga kini masih lagi kontroversi. Siapa dalang sebenar serangan yang merobohkan menara berkembar World Trade Centre di New York?

Bersandarkan hujah-hujah mereka yang tersendiri, ada pihak mempercayai tragedi yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa itu didalangi atau setidak-tidaknya ‘direstui’ oleh Zionis.

Pembikin filem, Michael Moore menerbitkan ‘Fahrenheit 9/11’ pada 2004 untuk mencungkil fakta di sebalik tragedi itu dan baginya, George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu adalah watak yang cukup mencurigakan di belakang tabir tragedi.

Hakikatnya, selepas peristiwa itu, Bush telah bertindak menyerang Iraq atas alasan mahu memerangi keganasan. AS kemudian berjaya menguasai negara Teluk itu dan meninggalkan proksi untuk memerintah hingga hari ini.

Senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dijadikan alasan serangan tidak juga ditemukan. Bush Jr. sekadar mahu melunaskan hajat bapanya, Bush Sr. yang gagal menurunkan Saddam Hussein dalam Perang Teluk I.

Meskipun menurut Moore serta beberapa penganalisis, 9/11 adalah angkara Bush sendiri namun yang meraih keuntungan daripada kemusnahan Iraq adalah Zionis.

Ini kerana Iraq di bawah rejim Saddam sebelumnya adalah ancaman terbesar bagi Israel dalam kalangan negara-negara Arab.

Berasaskan itu, pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Pulau Pinang, Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin berkata, bukan mustahil jika kebakaran besar yang melanda Israel baru-baru ini juga wajar untuk dihitung sebagai taktik untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih besar pada masa depan.

“Sejarah yang berlaku di Iraq satu contoh Zionis sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan orang Yahudi sendiri untuk mencapai tujuan mereka demi meraih keuntungan yang berganda.

"Mereka mahu orang Islam percaya itu pembalasan tuhan terhadap mereka tetapi saya percaya, mereka juga mahu dunia percaya bahawa bangsa Yahudi akan sentiasa jadi mangsa kepada orang-orang goyem (bukan Yahudi).

"Mereka perlu melakukan sesuatu setelah modal Holocaust kini dianggap semakin lapuk," katanya.

Menurut Mohd Hapiz, logik syarak juga tidak menyokong peristiwa kebakaran besar Israel boleh diterima sebagai petanda kehancuran negara haram itu ataupun Imam Mahadi akan muncul dalam masa yang terdekat.

"Aturan ceritanya sama dan korelasi antara plot juga makin terserlah apabila ada kumpulan jihadis bangang mengaku bertanggungjawab sedangkan Netanyahu berulang kali beri amaran bahawa hukuman keras akan dikenakan terhadap mereka yang mencetuskan kebakaran di Israel," ujarnya.

Menteri Pertahanan Zionis, Avigdor Liebermann menyatakan, 17 daripada 110 kebakaran dikenal pasti berpunca daripada perbuatan khianat.

Sebelum itu, sebuah kumpulan militan proDaesh, Ma'sadat al Mujahideen mengaku bertanggungjawab dalam insiden itu.

Mohd Hapiz menyuarakan rasa bimbang sekiranya kebakaran besar itu dijadikan asas untuk Israel bertindak lebih agresif menyerang Palestin bagi meluaskan lagi kawasan pencerobohan mereka.

Pihak berkuasa Palestin terutama Hamas perlu merancang pelan pertahanan yang lebih kukuh manakala umat Islam di seluruh dunia wajar untuk mengubah qunut nazilah kepada memohon perlindungan ALLAH terhadap saudara Islam di Palestin yang mungkin akan dihadapkan dengan serangan yang lebih buruk.

BACA INI JUGA: 911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi

Sumber: SH

Sikat Emas 'Limited Edition' Dijual Pada Harga RM43,000!

Sikat Emas 'Limited Edition' Dijual Pada Harga RM43,000!

Sebuah syarikat di Slovakia yang sememangnya terkenal dalam mencipta dan mengeluarkan barangan luar biasa telah menghasilkan edisi terhad sikat buatan tangan yang diperbuat daripada emas.

Sikat+Emas

Odditycentral melaporkan, sikat emas yang dikeluarkan syarikat Tomas Veres itu dijual dengan harga AS$9,700 (RM43,000) dengan mensasarkan golongan kaya untuk memilikinya.

Syarikat berkenaan hanya membuat 800 sikat emas sahaja dengan buatan tangan di Itali oleh tukang emas berpengalaman dan dijual bersama-sama dengan sarung yang dibuat daripada kulit burung unta, juga turut dibuat di Itali.

Sikat emas 14 karat itu berukuran 130 milimeter kali 33 milimeter itu boleh dibeli secara atas talian di Tomas Veres e-shop.

Peminat barangan mewah ini juga boleh mengukir nama atau mesej pada sikat berkenaan namun tidak pasti sama ada dikenakan caj tambahan untuk kerja mengukir itu.

Syarikat terbabit juga mengeluarkan sikat versi perak yang dijual pada harga AS$1,180 (RM5,200) kepada pengemar yang tidak mampu memiliki sikat emas.

BACA INI JUGA: Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas!

Sumber: Mynewshub

Tuesday, December 13, 2016

Seperti Negara Arab Teluk, Umat Islam Asia Tenggara Juga Gagal Bantu Rohingya!

Seperti Negara Arab Teluk, Umat Islam Asia Tenggara Juga Gagal Bantu Rohingya!

Sejak 1948, Israel merampas sedikit demi sedikit bumi Palestin. Bermula dengan bangsa pendatang dari Eropah yang menaiki kapal menyeberangi lautan untuk menziarahi Kuil Sulaiman serta menjejak semula Holy Land.

Umat+Islam+Buih
Umat Islam umpama buih dilautan.

Kaum Yahudi, menggunakan latar sejarah 5 ribu tahun lalu, bahawa Holy Land adalah tanahair mereka sebelum dihalau Raja Harrod era Empayar Roman.

Akhirnya, dengan bantuan penjajah Inggeris yang menguasai Palestin – pendatang Yahudi berjaya merampas sebahagian tanah di Jaffa City. Sekelip mata terbinalah Tel Aviv, ibu kota Israel.

Sejak 1948 – Israel tidak pernah berhenti merampas inci demi inci bumi Palestin. Malah pada 1968 – melalui Yam Kippur – dikenali juga sebagai Perang Arab Israel selama enam hari – Israel berjaya menawan Tebing Barat milik Jordan, Bukit Golan milik Syria dan menduduki sebahagian Sinai milik Mesir.

Kini hanya cebisan tanah kecil di Gaza dan Tebing Barat tersisa sebagai bumi Palestin yang didiami hampir empat juta umat Islam.

68 tahun lalu berlalu sejarah pendudukan Israel di Paletin. Sepanjang tempoh itu, kita mengutuk Israel. Malah, mengutuk juga negara-negara Arab kerana gagal membantu Palestin.

Kita mengaitkan isu Palestin dengan mencela Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain sebagai bahan jenaka sarkastik. Kita menyindir negara Arab Teluk sebagai gagal membantu umat Islam Palestin.

Negara Arab kaya dicela: Dianggap gilakan hasil minyak dan hubungan diplomatik dengan Barat berbanding keutamaan ummah.

Selepas berdekad bersikap sinis pada benua Arab – kini umat Islam di Asia Tenggara diuji.

Selepas lebih sedekad isu Rohingya berlarutan – timbul persoalan: Apakah usaha umat Islam di rantau ini dalam membela sejuta Muslim Rohingya yang sedang dihapuskan?

Isu Rohingya menyedarkan kita: Alangkah sukarnya memperjuangkan nasib ummah. Alangkah mudahnya kita mencela negara Arab Teluk dalam isu Palestin.

Isu Rohingya serta sikap tidak bersunggu melakukan langkah-langkah praktis kini menjadikan umat Islam Nusantara sama sahaja dengan puak Arab Teluk yang kita ketawakan sejak tiga dekad lampau.

Isu pelarian Rohingya terutama layanan dalam menyediakan bantuan kemanusiaan sangat menyedihkan.

Alasan tidak menandatangani Deklarasi Geneva dijadikan jalan keluar untuk mengelakkan risiko terpaksa menyediakan segala kemudahan bersyarat kepada pelarian Rohingya.

Lebih sedekad menumpang, hampir 60 ribu pelarian berdaftar di UNHCR masih tidak diberikan hak pendidikan dan pekerjaan di negara Islam tempat mereka menjadi pelarian.

Ketika proses pembunuhan massa bermula pada 2012 di Arakan, tindakan umat Islam Nusantara sekadar retorik. Umat Islam negara ini masih simbolistik malah pesimis dalam isu Rohingya.

Pada 4 Disember lalu, Perhimpunan Solidariti Demi Rohingya dianjurkan. Hampir 20 ribu hadir memenuhi Stadium Titiwangsa.

Namun, secara ikhlas, tidak dinafikan yang ramai hadir adalah etnik Rohingya dan warga Bangladesh yang ikut serta bersolidariti.

Meskipun Umno dan Pas bersatu – di peringkat awam – rakyat negara ini terutama umat Islam masih lesu dan lena.

Umat+Islam+Buih

Malaysia masih gagal mendapatkan sokongan diplomatik Indonesia dan Brunei bagi meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Myanmar.

Kita menyertai puak Arab kaya di negara Teluk dalam isu Palestin. Isu Rohingya mendedahkah, kita juga umat Islam yang lemah dan lesu dalam isu ummah.

Gerakan massa di negara ini sangat perlahan walaupun kerajaan dan puluhan NGO sudah bangkit berjuang.

Di peringkat awam – umat Islam negara ini masih sibuk dengan isu cuti hujung tahun dan kerisauan terhadap perkembangan ekonomi 2017.

Kita masih di takuk cuba menyalahkan masyarakat antarabangsa yang lain dalam isu Rohingya. Kita masih cuba memindahkan tanggungjawab pada pihak lain.

Isu Palestin dan Rohingya ada persamaan. Seperti negara Arab Teluk – umat Islam di Asia Tenggara pun sama: Tidaklah sehebat mana!

BACA INI JUGA: Benarkah Bala Tentera Dajjal Sudah Bersedia?

Sumber: Mynewshub

Video Pekerja Kedai Emas Dipukau Wanita Bertudung Hitam!

Video Pekerja Kedai Emas Dipukau Wanita Bertudung Hitam!

Seorang pekerja kedai emas menanggung kerugian sebanyak RM5,000 selepas dipukau seorang wanita dalam kejadian disebuah kedai emas di Ampang Jaya, Selangor.

Wanita+bertudung+hitam

Difahamkan, mangsa yang baru sahaja sebulan bekerja di kedai emas Zakaria & Sons, Dataran Palma itu tidak menyangka wanita yang kelihatan seperti wanita yang baik-baik itu telah menipunya.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Nor Azureen Sarudin, 26, didatangi seorang wanita bertudung hitam sebelum meminta mangsa menunjukkan seutas rantai leher dan gelang untuk dibeli.

Suspek kemudian meminta mangsa mengambil dua barang kemas itu dari ruang pameran untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Menurutnya, dia rasa dipukau berikutan hanya bertindak mengikut kata-kata wanita tersebut yang mengarahkan dia mengeluarkan rantai dan gelang emas sebelum membuat kiraan harga ke atas barang seberat 25 gram itu tanpa melihat wajah wanita tersebut.

Selepas dia melihat dan mendapatkan harga barang kemas itu, wanita terebut mengembalkan barang berkenaan sebelum memberi alasan mahu ke keretanya untuk mengambil kad kredit bagi membuat bayaran.

Wanita+bertudung+hitam

Bagaimanapun, selepas hampir 30 minit menunggu kehadiran wanita tersebut, barulah mangsa menyedai barang kemas yang dikembalikan wanita itu tidak mempunyai label kedai emas.

Curiga selepas melihat tiada label kedai emas, mangsa segera menimbang semula barang kemas tersebut sebelum mendapati beratnya tidak sama seperti yang dikirakan sebelum itu.

Hasil pemeriksaan CCTV di kedai berkenaan mendapati wanita tersebut bertindak menukarkan barang kemas palsu yang disimpan dalam beg miliknya ketika pekerja tersebut sibuk membuat kiraan.

Menurutnya lagi, susulan kejadian itu dia menunggu kepulangan majikannya untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihak polis difahamkan sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh dari kedai emas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tonton video wanita bertudung pukau pekerja kedai emas di Youtube.

BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

Sumber: BH

Misteri Kapal Makhluk Asing Terdampar Di Pantai Muriwai!?

Misteri Kapal Makhluk Asing Terdampar Di Pantai Muriwai!?

Satu objek pelik dan misteri yang terdampar di pantai Muriwai, Auckland, New Zealand, telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila gambar itu dikongsi Melissa Doubleday di Facebooknya.

Alien capsule new zealand

Melissa mencatatkan di kapsyen gambar itu dengan pertanyaan, "Hanya ingin tahu jika sesiapa tahu apa ini, terdampar di Pantai Muriwai?" tulisnya yang dipetik The Telegraphy.

Alien capsule new zealand

Pertanyaan itu dikomentar oleh Kathleen Keer yang mengatakan itu merupakan 'kapsul makhluk asing'.

Alien capsule new zealand

Manakala menurut Nick Vitasovich pula mengatakan bahawa benda itu merupakan remis raksasa.

Alien capsule new zealand

Dan selepas diamati ramai komentar yang menganggap kemungkinan besar objek itu adalah sepotong kayu yang telah ditutup dengan remis jenis goosneck.

BACA INI JUGA: Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

Sumber: SH

Monday, December 12, 2016

Pelincir Terbaik Untuk Mengatasi Kekeringan Faraj Ketika Hubungan Intim

Pelincir Terbaik Untuk Mengatasi Kekeringan Faraj Ketika Hubungan Intim

Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.

Pelincir seks

Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.

Isteri boleh menggunakan pelincir faraj ketika melakukan hubungan intim dengan suami dan selain untuk hubungan intim, pelincir faraj juga boleh digunakan untuk melembapkan faraj yang kering.

Terdapat beberapa jenis pelincir yang dijual di pasaran, antaranya:

1. Pelincir berasaskan air tetapi mengandungi gliserin

Pelincir faraj yang banyak dijual di pasaran. Ia berasaskan air dengan yang dicampur dengan gliserin sintetik, yang menyebabkan rasanya sedikit manis. Pelincir ini mudah kering, tetapi kawasan yang telah disapu ini boleh dicampurkan dengan sedikit air atau air liur.

Ini akan menjadikan kawasan itu menjadi licin semula. Kosnya murah, dan tidak membocorkan kondom serta tidak mengotorkan kain.

Namun begitu, gliserin sintetik boleh menyebabkan jangkitan kulat dalam faraj jika digunakan selalu.

Produk ini mengandungi parabens atau propilena glikol yang boleh menyebabkan kulit beruam.

Contoh: Astroglide, K- Y Jelly.

2. Pelincir yang berasaskan air tetapi tidak mengandungi gliserin

Pelincir jenis ini sesuai untuk wanita yang kerap dijangkiti kulat, kerana ia tidak mengandungi gliserin sentetik.

Kelebihannya pelincir ini lebih tahan lebih lama berbanding dengan pelincir gliserin.

Ia dapat mengurangkan radang dan ruam kemaluan, selamat digunakan bersama kondom, dan tidak mengotorkan kain.

Rasanya lebih pahit kerana tidak mengandungi gliserin.

Contoh: Maximus, Ultra Glide, Liquid Silk

3. Pelincir yang berasaskan silicon

Pelincir faraj yang berasaskan silicon sering digunakan oleh wanita yang mengalami kekeringan kerana ia boleh bertahan tiga kali lebih lama dari pelincir yang lain.

Ia tidak berbahaya dan tidak menyebabkan alahan.

Ia lebih mahal dan perlu dibersihkan dengan sabun dan air. Ia selamat digunakan bersama kondom.

Contoh: Eros, Wet Platinum

4. Pelincir yang berasakan minyak asli

Pelincir yang berasakan minyak semulajadi yang biasa kita gunkan untuk memasak. Ia boleh merosakkan kondom. Ia selamat untuk digunakan sebagai sapuan pada kemaluan (vulva) dan juga di dalam faraj.

Contoh: Minyak sayuran, minyak jagung, minyak zaitun

5. Pelincir yang berasakan minyak sentetik

Ia boleh digunakan sebagai pelincir vagina, cuma boleh menyebabkan ruam pada kemaluan dan merosakkan kondom.

Contoh: Vaseline

***

Pelincir yang dicadangkan ini hanyalah sebagai bantuan sementara untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan seksual bersama suami, dan untuk mengekalkan kelembapan dalam faraj.

Ia bukanlah rawatan bagi masalah kekeringan faraj. Punca masalah kekeringan ini harus dipastikan, barulah ia dapat dirawat dengan baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: Drzubaidi

Kebenaran Di Sebalik Konspirasi Pertikaman Hang Jebat, Hang Tuah Dan Sultan

Kebenaran Di Sebalik Konspirasi Pertikaman Hang Jebat, Hang Tuah Dan Sultan

Sejarah Empayar Melaka ini banyak yang hilang, teks-teks mengenainya seperti yang ditulis oleh Tun Seri Lanang atau Munsyi Abdullah juga hanya dikumpul dan disalin semula selepas lebih kurang 200 tahun.

Hang Jebat vs Hang Tuah

1. 200 tahun sejarah sudah banyak berubah, ditokok tambah atau ia masih fakta yang betul cuma orang tidak tahu kisah sebenar.

2. Akhirnya selepas lebih kurang 600 tahun, fail sulit yang membabitkan konspirasi peringkat tertinggi di antara Hang Jebat, Hang Tuah dan pemerintah Melaka, Sultan Mahmud Syah dibuka oleh Gang Shahpaskal untuk tatapan umum.

Ia merupakan konspirasi yang terhebat belum pernah dicatatkan sejarah dan hanya dibuka oleh mereka yang terlibat melalui usaha Tawasul.

3. Artikel ini ditulis selepas kami menemuramah watak-watak yang terlibat khususnya kedua-dua pahlawan di atas, dan kemudian membuat pemeriksaan silang (cross check) dengan tiga saudara mereka yang lain iaitu Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Jarak hubungan dan temuramah yang dibuat ke atas watak-watak ini adalah dalam tempoh lebih kurang sebulan, sebagai penulis, saya perlu memahami sedikit sebanyak psikologi watak terkait, elemen penyiasatan dan objektif serta matlamat kepada sesuatu konspirasi.

4. Pendek kata, otak penulis yang digarap dengan ilmu akal, kena “sharp” dan memori kena sentiasa dikemaskini.

Mengapa saya kata demikian? Kerana dari dulu saya memang berfikiran, agak mustahil, Hang Tuah akan membunuh sahabat baiknya, sedangkan beliau merupakan panglima perang yang terkenal dengan kelicikan akal.

Sudah pasti beliau mampu berkonspirasi dengan Hang Jebat bagi mencari jalan lari yang terbaik.

5. Hang Jebat lahir di Kampung Duyung, berkahwin dengan orang Melaka dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi bukanlah, namanya Hang Nadim. Bab anak ni, Hang Jebat tidak mahu menghuraikan lebih lanjut, wajahnya kesedihan.

Bagi saya, Hang Jebat merupakan seorang patriotik. Sifatnya ibarat “jenis main langgar, walaupun di depan itu, gunung”. Jiwa “Rebel”.

6. Tawasulan ini dibuat oleh Sahabat Shahpaskal, saya cuma jadi detektif. Kami kemudian menghantar Kerol Jumper untuk melihat memori alam.

Terbukti, Hang Jebat merupakan seorang lelaki Melayu yang setia, amat merendah diri (pakaiannya biasa-biasa sahaja macam orang kampung), amat tangkas bermain silat dan senjata, bezanya, Hang Tuah agak taktikal dan berfikiran panjang.

7. Pertempuran Hang Jebat dan Hang Tuah sebenarnya merupakan pakatan antara kedua-dua sahabat itu dengan guru serta pemerintah mereka iaitu Sultan Mahmud Syah.

Konspirasi ini terjadi disebabkan, sudah timbul FITNAH bahawa Sultan Mahmud banyak dipengaruhi serta lebih mendengar kata kelima-lima sahabat tersebut sehingga mengenepikan peranan menteri atau pegawai negeri lain.

Ini menimbulkan hasad dengki dan perpecahan.

8. Sultan Mahmud harus berbuat sesuatu memandangkan beliau sudah mendapat “ilham” dari Allah bahawa negerinya akan diancam perang, kesetiaan dan perpaduan di kalangan rakyat Melaka harus diselamatkan.

9. Maka, pada saat tiba, Hang Jebat mula berlakon “amukan” di dalam istana Melaka, habis semua menteri bertempiaran lari. Lakonan ini tidaklah sampai mengorbankan nyawa.

Orang Melayu dahulu dididik dengan iman yang tinggi, bukan sesuka hati mahu mengorbankan nyawa orang. Hal ini kemudian disampaikan kepada Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah mengadap Jebat. Seperti mengikut skrip yang sudah dikarang, Hang Tuah bergegas ke istana.

10. “Pertempuran” tersebut dijadualkan berlaku selepas solat Dhuha.

Para pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka menunggu di luar istana, pahlawan tidak terbilang itu kemudiannya, memasuki ruang istana.

Seperti yang sudah dirancang, kedua-dua sahabat itu bersilat, suara jeritan ditinggikan. Pada hal, mereka berlakon.

11. Langsir tingkap istana diruntuhkan, supaya penduduk Melaka dapat menyaksikan pertempuran. Orang ramai yang berkumpul, bertambah.

Sebaliknya, di dalam istana, jika ada masa, kedua-dua sahabat ini berbual kosong, masing-masing menangisi nasib yang bakal mereka hadapi selepas ini?

Adakah mereka akan berjumpa, bertanya khabar, berpencak silat? Selepas lakonan ini tamat.

12. Hang Jebat memberitahu saya, mereka berlakon selama 2 malam, tiga hari.

Keadaan ini menjadi lama disebabkan Hang Tuah sedang mencari peluang bagi membolehkan Jebat melarikan diri, disebabkan terlalu ramai orang yang berkumpul di sekeliling istana bagi menyaksikan perhitungan tersebut.

13. Mereka cuma makan sisa makanan yang ada di dapur istana, ini ditampung dengan amalan zikir serta puasa.

Selepas memasuki hari ketiga, pengikut Hang Tuah yang setia menunggu sejak hari pertama sudah mula tinggal sedikit.

Peluang yang diintai untuk membolehkan Jebat melarikan diri tiba.

14. Dengan berbekalkan darah binatang yang diambil dari dapur istana. Hang Tuah keluar dengan membawa bantal panjang yang diselimuti dengan langsir istana. Darah binatang ditompokkan. Ia mendokong bantal tersebut seraya memangku jenazah sahabatnya.

15. Menjelang Maghrib, apabila petang beransur gelap. Hang Tuah membuka seluasnya pintu istana. Perabot dalam balai rong bersepah.

Pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka yang berada di sekeliling mula berlari dan berkumpul di hadapan istana. Peluang ini diambil oleh Jebat, sepantas kilat, Jebat melompat keluar dari tingkap belakang istana.

16. Berlinang air mata Jebat, bagai disayat pisau hati pahlawan tersebut, kecewa disebabkan FITNAH, dan kerana itu, demi cintakan tanah air, beliau korbankan kepentingan diri, berpisah dari guru (Sultan Mahmud Syah) dan sahabat baiknya, Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

17. Tetapi Allah Maha Adil, orang yang teranianya tetap terbela. Nama Hang Jebat terus harum dan wangi dipelihara Tuhan Yang Maha Esa. Tidak menjadi bahan celaan.

18. Sepantas kilat beliau balik ke rumahnya, isteri dan anaknya sudah siap berkemas. Mereka sekeluarga lari membawa diri, menuju ke utara tetapi saya tidak pasti utara Melaka kah atau Perak.

19. Pada masa yang sama, Hang Tuah memberi amaran kepada penduduk Melaka dan orang-orangnya yang berkumpul bahawa dirinya sudah amat terluka disebabkan kehilangan sahabat baiknya.

Tidak ada seorang pun yang akan menguruskan jenazah Hang Jebat kecuali beliau sendiri. Maka, tidak ada sesiapa pun di kalangan orang bernyawa di situ yang berani mempersoalkan keputusan Hang Tuah.

20. Nah, 600 tahun kemudian. Hang Jebat berdiri di mata ghaib Sahabat Shahpaskal dan Kerol Jumper. Kisahnya akan ditulis semula oleh saya.

Selepas berpuluh tahun, selepas mendengar kisah ini, pandangan saya terhadap Sultan Mahmud Syah, Hang Jebat dan Hang Tuah, berubah. Inilah sejarah sebenar. Pengorbanan.

21. Makam Hang Jebat bukanlah di tempat sekarang. Selepas beberapa tahun, beliau kemudian kembali ke Melaka. Kuburnya terletak berhampiran jalan, saya fikir mungkin di Kesang, Melaka.

22. Saya menamatkan catatan saya dengan hadiah Al Fatihah kepada Sultan Mahmud Syah, Hang Tuah dan Hang Jebat. Artikel ini ditulis dengan jujur dan bersesuaian dengan amanah yang dipikul oleh saya.

Nota: Gang Shahpaskal dianggotai oleh Shahpaskal aka Isaac Imanan, Kerol Jumper dan Zarissa Zuha Zam.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

Sumber: Thevocket

7 Cara Rawatan Kerak Di Kepala Bayi Ibu Bapa Perlu Tahu!

7 Cara Rawatan Kerak Di Kepala Bayi Ibu Bapa Perlu Tahu!

Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Tentu ada sesetengah daripada ibu ayah berhadapan dengan situasi begini.

Kerak Di Kepala Bayi

Jangan risau, ketahui apa masalah tersebut lebih lanjut.

Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, itu sebenarnya adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi. Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

Apa punca kerak?

Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan.

Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius.

Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.

Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Bagaimana merawatnya?

Sebenarnya anda tidak perlu membuat apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

1. Urut perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau berus yang lembut untuk melonggarkan kerak tersebut.

2. Syampu rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.

3. Selepas syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala lembut.

4. Ada ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.

5. Guna minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan menggunakan sikat gigi atau berus lembut.

6. Pastikan ia diikuti dengan membasuh kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang lembut.

7. Anda boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut di kepalanya bagi membolehkan pori tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.

Perlukah berjumpa doktor?

Jumpa dengan doktor apabila keadaan kerak di kepalanya bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi.

Doktor mungkin mencadangkan preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim kortison dicadangkan.

Sekiranya, jangkitan yis menjadi punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Majalahpama

Sunday, December 11, 2016

20 Negara Dengan Pekerja Paling Gembira Di Dunia

20 Negara Dengan Pekerja Paling Gembira Di Dunia

Universum, iaitu satu badan yang mengeluarkan Indeks Kebahagiaan Tahunan untuk mengukur tahap kebahagiaan tenaga kerja di seluruh dunia.

Kim Miso
Gambar hiasan.

Firma penjenamaan pekerja itu meninjau lebih daripada 200,000 orang professional di 57 buah negara di dunia.

Antara faktor yang dikaji di dalam ranking ini termasuklah kadar kepuasan pekerja, kesediaan untuk mengesyorkan majikan semasa dan kemungkinan individu dalam menukar pekerjaan bagi tempoh masa terdekat.

10 tangga teratas ranking dikuasai oleh negara-negara Eropah walaupun begitu, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak tersenarai dalam kedudukan 10 teratas carta kerana masing-masing menduduki tangga ke-36 dan 32 di dunia daripada senarai keseluruhan.

Antara yang menduduki tangga 20 teratas adalah:

20. Brazil

Perlembagaan Brazil amat menetapkan syarat yang begitu menyenangkan pekerja-pekerja di sana.

Syarat ini termasuklah jam pekerjaan tidak boleh melebihi 44 jam seminggu dan kerja lebih masa tidak boleh melebihi 2 jam sehari.

19. Columbia

Negara ini merupakan antara negara yang pesat membangun di dunia, terutamanya dalam sektor teknologi.

Ini bermakna, lebih banyak peluang pekerjaan tersedia untuk rakyat disana.

18. Sepanyol

Menurut laporan daripada Institut Polisi Kekeluargaan Sepanyol, individu di sana bekerja paling panjang di Eropah.

Walaupun begitu, waktu yang panjang ini langsung tidak menjejaskan kebahagiaan mereka di tempat kerja.

17. Singapura

Walaupun Singapura tidak menetapkan sebarang gaji minimum untuk pekerja di sana, pekerja masih boleh menikmati beberapa faedah lain termasuk keadaan tempat pekerjaan yang baik serta gaji yang kompetitif. Mereka juga menerima tambahan elaun cuti umum.

16. Perancis

Undang-undang Pekerjaan di Perancis bersifat tegas dalam memastikan kesejahteraan pekerjanya.

Syarikat di sana mesti memberikan lima minggu cuti berbayar dan elaun perkahwinan.

15. Bulgaria

Undang-undang pekerjaan di Bulgaria telah melalui proses penambahbaikan bagi melindungi hak-hak pekerja agar mempunyai masa untuk bersosial dan bercuti, namun tetap dibayar gaji.

14. Romania

Keselamatan pekerja merupakan faktor penting di Romania. Faktor ini antara yang telah menambat hati pekerja-pekerja di sana untuk kekal setia bersama syarikat masing-masing.

13. Mexico

Waktu pekerjaan yang tidak dikawal selia di Mexico tidak menghalang mereka menikmati kerja mereka. OECD Better Life Index juga mendapati bahawa Mexico lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka daripada negara-negara lain.

12. Switzerland

Negara ini merupakan antara negara yang mempunyai kepuasan pekerjaan paling tinggi di dunia.

Firma perundingan Jerman iaitu Geva Institute memuji suasana tempat pekerjaan dan peluang untuk memajukan di negara ini.

11. Jerman

Negara ini merupakan sebuah negara yang mempunyai kuasa perindustrian terbesar di Eropah.

Pekerja di negara yang mempunyai ekonomi yang terkukuh di dunia ini hanya mempunyai jumlah waktu bekerja yang terhad dalam masa sehari.

10. Republik Czech

Pekerja yang setia di negara ini mungkin terlahir daripada ciri tradisional masyarakat disana yang suka menetap di sesuatu tempat.

Kehidupan mereka juga tidak terlalu didorong oleh kerja yang berpangkat atau kejayaan dalam sesebuah kerjaya.

9. Hungary

Walaupun hanya sebuah negara kecil, pekerja di sini diiktiraf sebagai sebuah negara yang mempunyai pekerja paling gembira di Eropah Timur.

8. Belgium

Negara ini memperbaiki kedudukan tahun lepas dan berada dalam kelompok 10 teratas sudah cukup membanggakan buat Belgium.

Pekerja disini mempunyai tahap kepuasan kerja paling tinggi di dunia selain menganggap pekerjaan sebagai tanggungjawab utama mereka.

7. Finland

Dalam satu laporan daripada Suruhanjaya EU menunjukkan bahawa hanya 4.7 peratus daripada individu di sini tidak berpuas hati dengan kerja mereka.

6. Belanda

Negara ini mempunyai garis panduan yang ketat untuk sektor pekerjaan kerana mereka menganggap kerja sebagai sesuatu yang memenatkan.

Jam pekerjaan maksimum adalah sebanyak 9 jam sehari dan 45 jam seminggu.

5. Austria

Austria antara negara yang mempunyai gaji yang tinggi, beserta cuti sehingga 5 hari seminggu.

Pekerja wanita di sana juga mendapat cuti bersalin dengan sangat lama sehingga sejak 8 minggu kehamilan dan 8 minggu selepas kelahiran.

4. Sweden

Negara ini amat mementingkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan. Rakyat di sana juga hanya bekerja 6 jam sehari.

Hanya 1% daripada rakyat Sweden bekerja lebih daripada 50 jam seminggu.

3. Costa Rica

Negara ini merupakan satu-satunya negara Amerika Selatan yang menduduki tangga 10 teratas.

Costa Rica mencipta lebih banyak pekerjaan dalam sektor pelancongan dan eksport tanaman.

2. Norway

Negara ini mendapat markah 9 daripada 10 dari segi faktor keselamatan di dalam OECD Better Life Index.

1. Denmark

Negara ini meningkat daripada tahap 4 teratas yang pernah dicatat tahun sebelumnya.

Majikan di Denmark mengutamakan kebahagiaan pekerja dengan mengekalkan kuasa sama rata dalam kalangan ahli syarikat.

Ini bermakna setiap individu dalam pasukan mempunyai hak dan kuasa sama rata sama seperti pasukan pengurusan atasan.

BACA INI JUGA: ‘Burnout’ Adalah Kepenatan Melampau Hasil Rantaian Semua Stress Anda!

Sumber: Moshed

Jadual Gaji Dan Tarikh Pembayaran Kakitangan Awam 2017

Jadual Gaji Dan Tarikh Pembayaran Kakitangan Awam 2017

Jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2017 ini adalah hebahan rasmi berdasarkan surat pekeliling 'Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji' terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Gaji+2017

Untuk kemudahan semua penjawat awam, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam Kerajaan untuk rujukan semua.

Semakan gaji online kakitangan awam bagi 2017 juga boleh dibuat melalui laman web Jabatan Akauntan di e-penyata gaji.

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017
BulanTarikhCatatan
Januari19.01.2017 (Khamis)Tahun Baru Cina 28-29 (Sabtu & Ahad)
Februari23.02.2017 (Khamis)-
Mac23.03.2017 (Khamis)-
April25.04.2017 (Selasa)-
Mei25.05.2017 (Khamis)Pesta Kaamatan 30-31 Mei (Selasa & Rabu)
Jun15.06.2017 (Khamis)Hari Raya Puasa 25-26 Jun (Ahad & Isnin)
Julai25.07.2017 (Selasa)-
Ogos24.08.2017 (Khamis)-
September25.09.2017 (Isnin)-
Oktober11.10.2017 (Rabu)Hari Deepavali 18 Oktober (Rabu)
November23.11.2017 (Khamis)-
Disember21.12.2017 (Khamis)Hari Krismas 25 Disember (Isnin)

Maklumat Pembayaran Tarikh Gaji Bulanan Kakitangan Awam
  • Gaji kakitangan kerajaan sektor awam dibayar sebulan sekali.
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
  • Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.
  • Lampiran jadual gaji berikut adalah meliputi tarikh gaji Penjawat Awam atau Kakitangan Awam Kerajaan semua Kementerian/Jabatan Persekutuan untuk seluruh negeri.

Pekeliling Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017

Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji boleh dirujuk melalui pautan surat pekeliling Akautan Negara Malaysia yang disertakan di bawah.
Surat pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

BACA INI JUGA: 10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!