Tuesday, December 13, 2016

Seperti Negara Arab Teluk, Umat Islam Asia Tenggara Juga Gagal Bantu Rohingya!

Loading...

Sejak 1948, Israel merampas sedikit demi sedikit bumi Palestin. Bermula dengan bangsa pendatang dari Eropah yang menaiki kapal menyeberangi lautan untuk menziarahi Kuil Sulaiman serta menjejak semula Holy Land.

Umat+Islam+Buih
Umat Islam umpama buih dilautan.

Kaum Yahudi, menggunakan latar sejarah 5 ribu tahun lalu, bahawa Holy Land adalah tanahair mereka sebelum dihalau Raja Harrod era Empayar Roman.

Akhirnya, dengan bantuan penjajah Inggeris yang menguasai Palestin – pendatang Yahudi berjaya merampas sebahagian tanah di Jaffa City. Sekelip mata terbinalah Tel Aviv, ibu kota Israel.

Sejak 1948 – Israel tidak pernah berhenti merampas inci demi inci bumi Palestin. Malah pada 1968 – melalui Yam Kippur – dikenali juga sebagai Perang Arab Israel selama enam hari – Israel berjaya menawan Tebing Barat milik Jordan, Bukit Golan milik Syria dan menduduki sebahagian Sinai milik Mesir.

Kini hanya cebisan tanah kecil di Gaza dan Tebing Barat tersisa sebagai bumi Palestin yang didiami hampir empat juta umat Islam.

68 tahun lalu berlalu sejarah pendudukan Israel di Paletin. Sepanjang tempoh itu, kita mengutuk Israel. Malah, mengutuk juga negara-negara Arab kerana gagal membantu Palestin.

Kita mengaitkan isu Palestin dengan mencela Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain sebagai bahan jenaka sarkastik. Kita menyindir negara Arab Teluk sebagai gagal membantu umat Islam Palestin.

Negara Arab kaya dicela: Dianggap gilakan hasil minyak dan hubungan diplomatik dengan Barat berbanding keutamaan ummah.

Selepas berdekad bersikap sinis pada benua Arab – kini umat Islam di Asia Tenggara diuji.

Selepas lebih sedekad isu Rohingya berlarutan – timbul persoalan: Apakah usaha umat Islam di rantau ini dalam membela sejuta Muslim Rohingya yang sedang dihapuskan?

Isu Rohingya menyedarkan kita: Alangkah sukarnya memperjuangkan nasib ummah. Alangkah mudahnya kita mencela negara Arab Teluk dalam isu Palestin.

Isu Rohingya serta sikap tidak bersunggu melakukan langkah-langkah praktis kini menjadikan umat Islam Nusantara sama sahaja dengan puak Arab Teluk yang kita ketawakan sejak tiga dekad lampau.

Isu pelarian Rohingya terutama layanan dalam menyediakan bantuan kemanusiaan sangat menyedihkan.

Alasan tidak menandatangani Deklarasi Geneva dijadikan jalan keluar untuk mengelakkan risiko terpaksa menyediakan segala kemudahan bersyarat kepada pelarian Rohingya.

Lebih sedekad menumpang, hampir 60 ribu pelarian berdaftar di UNHCR masih tidak diberikan hak pendidikan dan pekerjaan di negara Islam tempat mereka menjadi pelarian.

Ketika proses pembunuhan massa bermula pada 2012 di Arakan, tindakan umat Islam Nusantara sekadar retorik. Umat Islam negara ini masih simbolistik malah pesimis dalam isu Rohingya.

Pada 4 Disember lalu, Perhimpunan Solidariti Demi Rohingya dianjurkan. Hampir 20 ribu hadir memenuhi Stadium Titiwangsa.

Namun, secara ikhlas, tidak dinafikan yang ramai hadir adalah etnik Rohingya dan warga Bangladesh yang ikut serta bersolidariti.

Meskipun Umno dan Pas bersatu – di peringkat awam – rakyat negara ini terutama umat Islam masih lesu dan lena.

Umat+Islam+Buih

Malaysia masih gagal mendapatkan sokongan diplomatik Indonesia dan Brunei bagi meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Myanmar.

Kita menyertai puak Arab kaya di negara Teluk dalam isu Palestin. Isu Rohingya mendedahkah, kita juga umat Islam yang lemah dan lesu dalam isu ummah.

Gerakan massa di negara ini sangat perlahan walaupun kerajaan dan puluhan NGO sudah bangkit berjuang.

Di peringkat awam – umat Islam negara ini masih sibuk dengan isu cuti hujung tahun dan kerisauan terhadap perkembangan ekonomi 2017.

Kita masih di takuk cuba menyalahkan masyarakat antarabangsa yang lain dalam isu Rohingya. Kita masih cuba memindahkan tanggungjawab pada pihak lain.

Isu Palestin dan Rohingya ada persamaan. Seperti negara Arab Teluk – umat Islam di Asia Tenggara pun sama: Tidaklah sehebat mana!

BACA INI JUGA: Benarkah Bala Tentera Dajjal Sudah Bersedia?

Sumber: Mynewshub

2 comments

sedih dengan keadaan mnymar disakiti dizalimi..

dalam negara pun islam sendiri mencela ulamak yang nak menegakkan hukum..nak buat mcmmana..hmmm

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon