Tuesday, December 13, 2016

Video Pekerja Kedai Emas Dipukau Wanita Bertudung Hitam!

Loading...

Seorang pekerja kedai emas menanggung kerugian sebanyak RM5,000 selepas dipukau seorang wanita dalam kejadian disebuah kedai emas di Ampang Jaya, Selangor.

Wanita+bertudung+hitam

Difahamkan, mangsa yang baru sahaja sebulan bekerja di kedai emas Zakaria & Sons, Dataran Palma itu tidak menyangka wanita yang kelihatan seperti wanita yang baik-baik itu telah menipunya.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Nor Azureen Sarudin, 26, didatangi seorang wanita bertudung hitam sebelum meminta mangsa menunjukkan seutas rantai leher dan gelang untuk dibeli.

Suspek kemudian meminta mangsa mengambil dua barang kemas itu dari ruang pameran untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Menurutnya, dia rasa dipukau berikutan hanya bertindak mengikut kata-kata wanita tersebut yang mengarahkan dia mengeluarkan rantai dan gelang emas sebelum membuat kiraan harga ke atas barang seberat 25 gram itu tanpa melihat wajah wanita tersebut.

Selepas dia melihat dan mendapatkan harga barang kemas itu, wanita terebut mengembalkan barang berkenaan sebelum memberi alasan mahu ke keretanya untuk mengambil kad kredit bagi membuat bayaran.

Wanita+bertudung+hitam

Bagaimanapun, selepas hampir 30 minit menunggu kehadiran wanita tersebut, barulah mangsa menyedai barang kemas yang dikembalikan wanita itu tidak mempunyai label kedai emas.

Curiga selepas melihat tiada label kedai emas, mangsa segera menimbang semula barang kemas tersebut sebelum mendapati beratnya tidak sama seperti yang dikirakan sebelum itu.

Hasil pemeriksaan CCTV di kedai berkenaan mendapati wanita tersebut bertindak menukarkan barang kemas palsu yang disimpan dalam beg miliknya ketika pekerja tersebut sibuk membuat kiraan.

Menurutnya lagi, susulan kejadian itu dia menunggu kepulangan majikannya untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihak polis difahamkan sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh dari kedai emas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tonton video wanita bertudung pukau pekerja kedai emas di Youtube.

BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

Sumber: BH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon