Thursday, January 07, 2021

Kim Kardashian Dan Kanye West Bercerai!

Kim Kardashian Dan Kanye West Bercerai!

Bintang realiti, Kim Kardashian, 40, dan penyanyi rap Kanye West, 43, dilaporkan bercerai selepas tujuh tahun berkahwin, namun kedua-dua pihak masih mengunci mulut mengenai perpisahan itu kerana masih dalam proses menguruskan perceraian.

Kim Kardashian

Menurut sumber, Kardashian dan West seboleh-bolehnya tidak mahu berita berkenaan diperbesar-besarkan.

"Mereka tidak mahu menghebohkannya namun hubungan memang sudah berakhir," katanya.

Menurut laporan E! News, Kardashian belum memfailkan cerai secara rasmi kerana mahu memastikan dia mengambil keputusan yang tepat untuk anak-anak mereka.

Kardashian dan West mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7; Saint, 5; Chicago, 2; dan Psalm, 1.

Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung selama beberapa bulan dan rumah tangga mula bermasalah besar sejak pertengahan tahun 2020 yang lalu.

Kanye West Hidap Bipolar

Pada tahun 2018 yang lalu, Kanye West pernah mendedahkan dia menghidap penyakit mental, Bipolar.

Menurut Kanye, dia sudah lama mengalami masalah tersebut namun hanya mula mendapatkan bantuan kerana ingin berhadapan dengan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Kanye berkata, dia tidak pernah melihat penyakit itu sebagai satu kecacatan atau kelemahan sebaliknya menyifatkan ia memberi banyak kelebihan kepadanya.

Apa Itu Bipolar?

BIPOLAR adalah sejenis penyakit mental melibatkan gangguan emosi yang ketara, yang dahulunya dikenali sebagai 'manic depression' tetapi istilah ini tidak lagi diguna pakai dalam bidang perubatan masa kini.

Adakalanya penyakit ini juga dikenali sebagai kecelaruan dwikutub, kerana terdapat kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami oleh seseorang individu.

Perasaan gembira yang melampau ini dikenali sebagai fasa 'mania' dan jika gejala 'mania' tersebut tidak begitu ketara, ia dikenali sebagai 'hypomania'.

Kecelaruan emosi berbeza mengikut individu

Ada individu mengalami perubahan emosi yang berubah silih berganti dalam jangka masa cepat pada suatu masa dan ada juga mengalami fasa kemurungan atau fasa mania berpanjangan.

Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.

Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.

Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Kedua-dua bahan kimia ini adalah lebih tinggi dari biasa pada fasa mania dan rendah pada fasa kemurungan.

Serotonin memainkan peranan yang penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus dan motivasi.

Bagaimanapun, berbanding penyakit kecelaruan psikosis seperti schizophrenia, penyakit yang melibatkan kecelaruan emosi seperti bipolar mempunyai tahap penyembuhan serta prognosis yang lebih baik.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit ini boleh berfungsi dengan baik di antara episod penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2 | 3

Monday, January 04, 2021

i-Sinar: Cara Semak Permohonan, Tarikh Pembayaran Dan Rayuan

i-Sinar: Cara Semak Permohonan, Tarikh Pembayaran Dan Rayuan

Pemohon yang telah memohon pengeluaran i-Sinar di bawah Kategori 1 boleh menyemak keputusan status permohonan mereka bermula 4 Januari 2021 dan bayaran akan dibuat bermula 11 Januari 2021 jika permohonan telah diluluskan.

Semak iSinar

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my.

Cara Semakan iSinar Melalui Portal i-Sinar

Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
  • Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: isinar.kwsp.gov.my.
  • Sila cari butang SEMAK STATUS.
  • Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.

Cara Semak Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP

Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:
  • Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  • Log masuk i-Akaun KWSP (ahli).
  • Klik pada peti mesej atau inbox.
  • Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan.

Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1:
  • Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
  • Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

PERMOHONAN i-Sinar KATEGORI 2

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda TIDAK LULUS Kategori 1, anda boleh membuat permohonan untuk Kategori 2 yang akan dibuka bermula 11 Januari 2021.

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

*Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 1

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848.

Talian ini beroperasi Isnin–Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: EC

Panduan Doktor Buat Pesakit Covid-19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika 'Diabaikan' KKM

Panduan Doktor Buat Pesakit Covid-19 Kuarantin Sendiri Di Rumah Jika 'Diabaikan' KKM

Membenarkan pesakit Covid-19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing-masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar, tetapi ia agak asing di negara ini, bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari, pilihan yang ada pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi semakin terhad.

Kuarantin Covid-19

Sebelum ini semua pesakit Covid-19 - sekali pun hanya menunjukkan simptom kecil - memang dibawa KKM ke hospital atau pusat kuarantin.

Pada April lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan amalan segera mengasingkan pesakit Covid-19 berkesan membantu mengekang penularan wabak tersebut, namun amalan berkenaan tidak lagi diamalkan.

Pertambahan kes baru berjumlah ribuan orang menyebabkan katil untuk pesakit Covid-19 atau ambulans untuk membawa mereka ke pusat pengasingan tidak lagi mencukupi.

Noor Hisham turut menasihatkan pesakit Covid-19 asimptomatik agar mengkuarantin diri sendiri di rumah sehingga ada katil kosong untuk mereka di hospital.

Perubahan pendekatan - bukan disebabkan pertukaran dasar yang disengajakan sebaliknya akibat terpaksa ekoran sistem penjagaan kesihatan awam yang kini terhad - menimbulkan kekeliruan.

Pesakit Covid-19 Di Biarkan Terkapai-kapai

Sebilangan orang yang positif Covid-19 tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sementara menunggu berhari-hari lamanya sebelum dijemput KKM.

Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyarankan beberapa tindakan sementara yang boleh dilakukan pesakit Covid-19 sementara mereka menunggu di rumah.

Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan:

Kontak Rapat Covid-19

1. Jika anda positif tetapi asimptomatik, terus berada di rumah dan lakukan pengasingan kendiri sebaik saja keputusan ujian diterima.

2. Semua isi rumah juga perlu melakukan pengasingan.

3. Pejabat kesihatan daerah akan menghubungi anda pada waktu yang sepatutnya.

4. Anda hanya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan tertentu.

5. Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau kawasan awam.

6. Jangan gunakan pengangkutan awam atau teksi.

7. Jika perlu keluar rumah, anda mesti memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sebelum kembali serta-merta selepas selesai berurusan.

8. Di Selangor, Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STC) akan memaklumkan keputusan anda melalui aplikasi SeLangkah dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Justeru anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

9. Jauhkan diri sebaik mungkin daripada orang lain dalam rumah, terutama jika mereka adalah golongan berisiko tinggi.

10. Di mana boleh, elakkan daripada menggunakan ruang bersama seperti dapur atau seumpamanya ketika ada orang lain dan bawa makanan anda ke bilik untuk dimakan.

11. Pakai pelindung muka atau pelitup muka pembedahan semasa meluangkan masa di kawasan bersama dalam rumah anda.

12. Lakukan kegiatan beriadah di dalam atau kawasan halaman rumah saja.

13. Patuhi nasihat umum bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni rumah.

14. Tempoh pengasingan anda termasuk hari anda melakukan ujian dan 10 hari berikutnya.

15. Maksudnya jika ujian pertama dilakukan 15 hari bulan, tempoh pengasingan anda berakhir pada jam 11.59 malam 25 hari bulan.

16. Tempoh pengasingan rasmi 10 hari bermula pada hari keputusan ujian menunjukkan anda positif.

17. Kebanyakan pesakit Covid-1 mengalami rasa tidak sihat yang ringan. Dapatkan segera rawatan sekiranya keadaan anda atau penghuni rumah anda semakin buruk.

18. Anda boleh kembali menjalani kehidupan biasa dan menamatkan pengasingan 10 hari penuh jika anda kekal dalam keadaan sihat, atau simptom anda cuma batuk ringan atau kehilangan deria baru yang mungkin memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Friday, January 01, 2021

Suami Wajib Puaskan Nafsu Isteri

Suami Wajib Puaskan Nafsu Isteri

Suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik dan meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumah tangga yang harmoni, faktor seksual adalah yang paling menonjol.

Puaskan Isteri

Kegagalan suami mahupun isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW.

Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak.

Seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suami pun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keinginan isteri dengan sempurna.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak.

Kemudian, Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu.

Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga".

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani.

Sedangkan di isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma.

Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan selalu kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahu kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya.

Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dalam masa yang lama, dan dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma.

Kemudian, isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu.

Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama.

Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat dinikmati

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Malaysia Hilang Budi

Malaysia Hilang Budi

Jika ada satu kalimat yang tidak dapat dikaitkan dengan 2020, kata itu ialah 'budi', kerana ia adalah kebalikan dari bencana, pengkhianatan dan tipu daya yangmenghiasi seluruh hari-hari sepanjang tahun 2020 di Malaysia.

Rasuah

Baik penjarahan kuasa rakyat dirobohkan lantas dinaikkan sebuah pemerintahan tanpa mandat, hinggalah kepada pecah amanah dan kepercayaan rakyat dengan pendedahan kartel daging selepas 40 tahun, Malaysia tidak dapat lagi dikenali sebagai sebuah negara budi.

Negara ini adalah kebalikan dari budi, ia adalah negara badi.

Budi sudah tiada dalam kalangan kita. Budi pekerti itu ertinya perangai, atau tingkah laku yang baik. Malangnya itu sudah tiada.

Kita melihat para ulama dan tok guru menelanjangkan seluar dalam masing-masing dan mempamerkan apa yang ada dalam kain pelekat mereka. Para lebai ini telah menjadi muka sebelah pada keping siling penyangak.

Dalam kalangan politikus kita melihat kegersangan budi bahasa iaitu keindahan pertuturan. Jerit pekik di Dewan Rakyat sebagai contoh mengesahkan kepada kita bencana ini.

DAGING KANGGARU & KUDA HALAL

Kita juga akhirnya mengerti, pada tahun 2020, Malaysia sudah tiada lagi mereka yang berakal dan bijaksana kerana kita ditipu hidup-hidup dengan daging kanggaru dan kuda (dengan pelekat halal).

Maka, apabila tiada lagi budi untuk disandarkan, kita boleh isytiharkan Malaysia adalah sebuah negara gagal.

Siapa yang boleh mengkhayalkan 2020 menjadi tahun mula kehancuran negara tercinta ini? Padahal kita dahulu membayangkan 2020 adalah tahun bakti.

Pantun Melayu menghujahkan begini:

Buah pelaga di tepi perigi
Dalam perigi ada timba
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Terdapat sebuah lagi pantun yang matlamatnya serupa mengingatkan kita pula begini:

Tegak rumah kerana sendi
Rosak sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Rosak budi bangsa binasa

Kehancuran peradaban

Demikianlah Malaysia menuju kehancuran peradaban, sedang kehilangan budi dengan cepat sekali.

Ini kerana pada tahun 2020 inilah kita melihat para politikus mengkhianati mandat rakyat. Sedangkan kita diajar dengan pelbagai pegangan budi.

Misalnya ‘berhutang budi’ itu adalah ‘berasa berterima kasih’, manakala 'mengenang budi’ itu ialah ‘tidak lupa kebaikan orang’; sedangkan ‘membalas budi’ diertikan sebagai ‘membalas kebaikan orang’.

Dalam pada itu ‘menabur budi’ adalah ‘sering membuat kebaikan' serta 'menanam budi’ dimaksudkan oleh ‘membuat kebaikan kepada orang’.

AHLI POLITIK MALAYSIA TIADA MARUAH

Para politisyen tidak berminat untuk berbudi sama sekali kepada rakyat. Budi mereka adalah pada kuasa dan tawaran dunia, iaitu badi.

'Scheme of things' adalah badi, bukan budi.

Kita dapat melihat kepada fenomena badi ini pada mereka yang melanggar peraturan Covid-19 misalnya dan tanpa segan silu tiada rasa bersalah menabraknya. Mereka dengan berani mentertawakan perintah kuarantin misalnya.

Itulah sebabnya kita melihat ahli politik di negara kita sungguh hina sekali.

Atau, mereka dipandang dengan penuh rasa jijik, menyampah, meluat, benci, rimas, jengkel, tawar dan geli geleman oleh kita, rakyat.

Ini kerana orang dulu-dulu menamakan manusia hina sebagai orang yang tidak berbudi:

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Perangai ahli politik ini makin meloyakan apabila kita melihat mereka yang konon pembangkang berbudi sekadar memilih untuk duduk saja di Dewan Rakyat, dan bila dikecam baru terhegeh-hegeh berdiri untuk mempertahankan mandat rakyat.

Tepatlah mereka dengan kerangka pantun yang berbunyi:

Dari pulau ke tepi kali
Daun berselerak di atas panggung
Hidup kalau tidak berbudi
Duduk tegak berdiri canggung

Makanya apabila terbocor rahsia Malaysia menjamah daging kanggaru yang dilekatkan dengan label halal selama 40 tahun kita juga tahu budi itu sudah bertukar badi.

Luka mula terdaging

Ini kerana tanggungjawab, kejujuran, kepercayaan yang sudah dikhianati untuk kita makan itu telah bertukar menjadi badi, maka yang mendarah daging bukan lagi budi dalam tubuh kita.

Penipuan daging itu membangunkan jasad kita dengan badi. Maka badi ini ibarat kata orang Melayu ‘lukanya sudah mula terdaging’ atau sudah sangat melukai sehingga tiada lagi kebersihan kalbu.

Ada pun daging rusa yang halal itu pun orang Melayu kaitkan dengan keduniaan atau dalam konteks ini wang sebagai perhiasan; saya tidak tahu daging kanggaru sesuai dihubungkan dengan apa:

Kalau udang dibuat gulai
Daging rusa dimasak kari
Kalau wang jadi pemakai
Budi bahasa pengiring diri

Maka tidak menghairankan jika kita di Malaysia sudah tidak peduli, kerana 40 tahun menjamah daging kanggaru kita sudah tidak lagi mengenal tulus.

Memanglah cara pandang ini boleh saja ditolak oleh kerangka sekular, bahawa kesalahan dan kecuaian itu tidak harus dibebani oleh kita yang sama sekali tidak tahu urusan ini. Bukankah kita sendiri mangsa?

PATUTLAH YB SUKA LOMPAT KANGGARU

Akan tetapi, mungkin ini saja penjelasan mengapa ahli politik kita suka melompat seibarat kanggaru.

Mereka terlihat oleh rakyat umpama kanggaru merah, atau kanggaru antelop, manakala sesetengah lain kita pandang bagaikan kanggaru kelabu dalam genusmacropus yang berkuku dan tidak peduli (tiada rasa segan silu).

Lebih parah, salah satu spesies kanggaru sebetulnya adalah sejenis tikus. Ia lebih dikenalisebagai “Quokki” sebesar saiz kucing.

Itu juga menjelaskan kepada kita kenapa rasuah sedang menjadi wabak dikalangan kita, baik pada politisyen, ulama, artis, penjawat awam malah dalam kalangan pensyarah di universiti.

Ini menjelaskan mengapa seperti kanggaru ada dalam kalangan kita mempunyai kocek kecil untuk disumbat imbuhan.

Bak kanggaru betina, selepas kelahiran, terkembang sejenis poket dalam yang dilengkapi dengan otot kuat.

Poket aneh ini ia terus tumbuh dan berkembang. Ia mengambil dan mengambil. Terus mengambil.

Empat puluh tahun menghadami daging kanggaru di kenduri-kendara dan katering pejabat kerajaan, sesetengah penjawat awam telah menjadi pensubahat, penyumbaleweng dan lebih dahsyat enabler.

Untuk membikin gaya, kita menyikapinya sebagai pendekatan Hang Tuah. Siapa tahu barangkali hulubalang itu memang pernah menjamah daging kanggaru? Kita tahu dari teks lama, dia sanggup terjun ke dalam lubang tahi untuk menggembirakan raja Melaka.

Itu belum lagi kita syarahkan perihal daging kuda, mengapa sesetengah kita misalnya bernafsu liar atau nafsu kuda.

Memang terlalu mudah mengaitkan perangai manusia Malaysia hari ini dengan apayang mereka makan selama 40 tahun, katakan kanggaru.

Akan tetapi, kita sudah habis hujah saintifik untuk menjelaskan ketelanjangan sesetengah orang Malaysia yang tidak malu makan rasuah atau bermegah menyondol rasuah.

Mereka malah makan kenduri dengan rasuah di perkarangan tangga keadilan.

Pokoknya, saya hanya ingin mengatakan kita sedang diancam satu bahana iaitu malapetaka kehilangan budi. Sama ada ia datang dari makan haram atau halal satu perkara lain yang boleh kita perdebatkan.

Tetapi kebolehberadaan daging kanggaru di atas pinggan kita yang kadang kita kari atau kita rendangkan itu tidak berpunca dari budi. Ia datang kerana badi. Ia disuguhkan tanpa kemahuan. Seperti ahli politik khianat yang tidak kita kehendaki.

Kartel daging ini semakin diasak dan dipersoalkan semakin ia disembunyikan.

Seolah-olah ada yang hendak dilindungi. Kerja melindungi pesalah ini adalah perangai badi. Bukan suatu yang budi.

Inilah masalah kita. Rakyat sudah tidak ada siapa yang hendak dipercayai.Tiada apa lagi yang benar di Malaysia. Dahsyatnya, daging lembu itu boleh jadi daging kanggaru dari Perth. Demikian kita ditipu hidup-hidup.

Jadi apa rasanya daging kanggaru? Badi. Siapa yang menerbalikkan budi, dan melondehkan badi, kita diam-diam tahu mungkin mereka inilah bahagian dari bahana itu.

Memang, seperti kata saya tadi; ia alasan mudah tetapi apa lagi yang mudah untuk menjelaskan apa yang menimpa kita dalam tahun 2020, tahun penuh badi.

2020 tahun tiada budi.

***

Penulis ialah FAISAL TEHRANI, pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

Thursday, December 31, 2020

Gisel Anastasia Mengaku Video Intim Yang Tersebar Adalah Dirinya!

Gisel Anastasia Mengaku Video Intim Yang Tersebar Adalah Dirinya!

Gisel Anastasia, penyanyi Indonesia, mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial, dan disahkan pihak polis selepas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu membuat pengakuan ketika siasatan dilakukan, lapor Kompas.

Gisel Anastasia
Gambar hiasan.

"Saudari Gisel Anastasia mengaku bahawa memang video yang ada itu atau yang beredar di medsos adalah dirinya sendiri," kata pegawai polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus.

Polis berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan, Indonesia, ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada aktor Gading Marten.

"Dia mengakui bahawa itu dirinya sendiri dan terjadi sekitar tahun 2017. Di salah satu hotel di Medan," lapor sebuah portal lain memetik kenyataan Yusri.

Yusri berkata, pengakuan Gisel itu sekali gus mengesahkan keputusan ujian forensik oleh ahli forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini.

Sebelum ini Gisel dan lelaki yang dikenali sebagai MYD merupakan suspek dalam klip video seks selama 19 saat yang tular di media sosial.

Sebelumnya Gisel memang selalu mengelak bahawa wanita dalam video tersebut adalah dirinya.

Namun akhirnya, mantan isteri Gading Marten tersebut mengaku bahawa memang benar wanita tersebut adalah dirinya, dan video tersebut diambil pada tahun 2017 yang lalu.

Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak, bagaimanapun mereka bercerai pada Januari 2019.

UPDATE!

Aktivis wanita pertahan Gisella dari undang-undang antipornografi

Aktivis hak wanita dan pengamal undang-undang di Indonesia mengecam pendakwaan terhadap Gisella Anastasia berhubung rakaman video seks melibatkan penyanyi berkenaan.

Di Indonesia, membuat rakaman video seks merupakan satu kesalahan undang-undang dan boleh dihukum penjara sekiranya sabit kesalahan.

"Undang-undang antipornografi harus dipinda, kerana undang-undang ini diluluskan dengan tergesa-gesa dan tidak dibincangkan secara terperinci dengan orang ramai," kata Olin Monteiro, seorang aktivis wanita dan pengasas Arts for Women, yang membantah undang-undang tersebut sebelum ia diluluskan pada tahun 2008.

"Undang-undang tidak boleh mendakwa kita kerana kita membuat rakaman dewasa untuk kegunaan peribadi.

"Undang-undang seperti ini menyusahkan wanita dan kumpulan terpinggir yang lain. Mangsa balas dendam, misalnya, akan takut melaporkan kes mereka kepada penguatkuasa," katanya seperti dipetik South China Morning Post.

Video seks selama 19 saat antara Gisella dengan seorang lelaki, yang dikenali sebagai Michael Yukinobu Defretes, dikongsi secara meluas di Twitter sejak 6 November 2020 lalu.

Gisella, bekas isteri personaliti televisyen popular Gading Marten, dipanggil oleh pihak polis sebanyak dua kali untuk disoal siasat berhubung rakaman itu.

Menurut polis, peserta Indonesian Idol itu mengaku bahawa wanita dalam video berkenaan adalah dirinya.

Rakaman tersebut dibuat di sebuah hotel di Medan pada 2017 ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada Gading.

Gisella dan Defretes didakwa di bawah Artikel 4 dan 8 undang-undang antipornografi di Indonesia yang sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun.

Gisela juga memberitahu pihak polis bahawa dia kehilangan telefon bimbit selepas rakaman itu dilakukan.

Polis masih mencari suspek lain yang didakwa pertama kali berkongsi video tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: malaysiakini

SBDJ Siri 176: Memanggil Makhluk Halus

SBDJ Siri 176: Memanggil Makhluk Halus

Tetapi, jauh di sudut hati tetap mengatakan beberapa ciri yang diungkapkan oleh Kak Sun memang ada pada diri Andi Kamarool. Dan peristiwa di kubur lama yang terletak di bahagian belakang rumah batu lama itu, menyakinkan saya, bahawa Andi Kamarool memang ada kaitan dengan keturunan manusia harimau.

Toyol jadi-jadian

Memang, dialah lelaki yang paling layak untuk menjadi suami kepada Mia. Bukannya saya walaupun hati kecil ini memang jatuh hati dengan gadis yang bermata galak itu.

"Walau apapun, saya ingin benar nak jumpa dengan Haji Simpul Kak," nada suara Andi Kamarool agak keras, penuh dengan keyakinan.

Dan apa yang berlegar dalam tempurung kepala saya terus hilang. Saya gigit bibir dan terus merenung muka Andi Kamarool.

"Sabar dulu Andi, biar kak jumpa Haji Simpul dulu, kalau dia setuju bolehlah kak bawa kamu jumpa dia."

"Kenapa mesti jumpa dia dulu, kita pergi terus ke rumahnya tak bolehkah?" saya menyampuk.

"Kak fikir, cara apa yang nak kak buat ni, lebih bersopan dan beradab."

Saya anggukkan kepala.

"Eh, biar kak ke rumah Mia dulu, kalau lambat nanti dia merungut pula. Dia mahu meja makan dihias cantik untuk kamu berdua," Kak Sun terus bangun mengambil rangkaian bunga orkid pilihan yang terletak di sudut bangsal.

Setelah bebunga orkid itu dimasukkan ke dalam raga yang dibuat dari buluh, kak Sun merenung ke arah kami dengan segaris senyum ikhlas.

"Jangan lupa datang," katanya.

Serentak kami anggukkan kepala.

"Mia memang mengharapkan kedatangan kamu berdua," tambah Kak Sun lagi.

Senyumannya masih berbunga di kelopak bibir.

"Kami tak lupa Kak, mana boleh lupa dengan makan," saya membalas.

Dengan langkah dan lenggang yang bersahaja Kak Sun menuju ke rumah Mia. Hanya dalam beberapa detik saja, kak Sun hilang dari pandangan mata kami.

Kak Sun sudah pergi tetapi kami masih lagi berada di sudut bangsal. Masih belum dapat membuat keputusan tepat sama ada mahu balik atau terus pergi ke rumah Mia.

"Bagaimana Andi? Balik atau terus ke rumahnya?"

Andi Kamarool bagaikan terkejut dengan pertanyaan yang saya ajukan itu. Gigi atas dengan gigi bawah dilagakannya beberapa kali.

"Terlalu awal sangat nak pergi ke rumahnya. Malu kalau kita dianggap kemaruk sangat nak makan. Lagipun belum tahu masakannya sedap atau tidak" sambil ketawa kecil Andi Kamarool memberikan komentar.

"Kalau dah begitu, kita balik saja ke rumah papan."

"Iya, aku pun fikir macam tu, kita balik ke rumah rehat sekejap, kemudian mandi dan tukar pakaian, baru kita pergi ke rumahnya."

"Kalau itu keputusan kamu Andi, aku ikut saja."

Kami melangkah seiring menuju ke rumah papan.

Sepanjang perjalanan kami tidak banyak bercakap. Tetapi saya tetap terhibur melihat dedaun yang hijau merimbun, terasa seronok mendengar kicau beburung yang beranika irama dan ragam.

Dalam saat-saat begitu alam dengan saya terasa amat akrab. Tidak boleh dipisahkan.

MENEPATI JANJI

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.30 tengah hari kami berdua sudah pun berada di ruang makan rumah batu lama.

Saya memakai baju kemeja lengan pendek, warna merah, berseluar putih dengan sepatu getah hitam.

Andi Kamarool memakai baju lengan panjang, warna putih, seluar hitam dan bersepatu getah putih.

Pada saat itu, kami kira kamilah pemuda yang cukup bergaya dan tampan tetapi, antara saya dengan Andi Kamarool ternyata dia lebih kacak lagi.

Dengan tingginya lebih dari lima kaki tujuh inci, dia nampak bergaya dengan rambut yang disisir lurus ke belakang, manakala bahagian depan terjuntai atas dahi.

"Bergaya nampak," tegur Mia sambil merenung kami atas bawah.

"Jadi tetamu mestilah pakai cantik," balas saya.

"Merah putih, macam bendera negara ini," Mia merenung ke arah saya.

Usikannya itu membuat saya dan Andi Kamarool ketawa. Dengan usik mengusik, kemesraan terus terjalin.

Dengan cara yang bersahaja, Mia pun menyuruh kami duduk di kerusi, menghadapi hidangan yang tersedia atas meja.

"Entahkan sedap, entah tidak, cubalah rasa," tutur Mia dalam nada suara yang lembut.

Sepasang mata galaknya tertumpu ke arah kak Sun yang sedang menaruh nasi ke dalam pinggan kami.

"Boleh saya tanya sikit Mia?" tanya Andi Kamarool.

"Banyak pun boleh. Silakan."

"Apa nama masakan ni Mia? Masak Padang, masak Jambi atau Masak kerinci?"

"Aku tahu, agaknya masak Mendailing," saya terus mencelah. Kak Sun tersenyum tetapi Mia dan Andi kamarool ketawa kecil.

"Masakan ini sesuai dengan selera orang semenanjung dan orang Sumatera. Namakan saja masak dua serumpun. Jangan sebut masak Jambi, Mendailling dan Kerinci.

"Kita istiharkan masakan yang terhidang ni dengan nama "selera Melayu." Bukankah alam Melayu itu luas," Mia berjenaka.

Dalam jenakanya itu, dia seolah-olah mahu memberitahu bahawa rumpun Melayu tidak boleh bercerai atau pecah kerana puak atau suku.

Rumpun bangsa yang besar selalu bertelagah pendapat tetapi itulah kesimpulan yang saya buat dari jenaka pendek Mia.

"Cakap Mia tu ada betulnya," Andi Kamarool segera menegakkan ibu jari kanannya.

Cepat-cepat saya anggukkan kepala tanda setuju. Kak Sun tetap mendermakan senyumnya.

"Silakan, asyik bercakap makanan yang tersedia tidak dimakan," Mia bersuara.

"Iya tak iya juga, makanlah," sampuk Kak Sun.

Dan bau makanan yang menyelerakan itu membuat saya terasa amat lapar. Rasa malu dan segan mula tersisih jauh dari hati. Dan makan tengah hari pun bermula.

"Memang sedap dan menyelerakan," Andi Kamarool memberikan komentar di saat dia mengakhiri makan tengah hari.

Saya mengiakan dengan menganggukkan kepala. Tiada komen dari Mia, kecuali senyum bersama jelingan manja. Bukan untuk saya tetapi untuk Andi Kamarool.

Sebagai pemanis mulut, disediakan buah salak Jambi dan semangka yang enak.

Bila semuanya sudah usai, ruang makan kami tinggalkan. Kami labuh di ruang tamu seketika, sebelum pulang ke rumah papan.

"Malam ni, kamu berdua nak tidur di ruang anjung rumah batu?" cara mendadak Mia muncul di depan kami.

"Iya," jawab kami serentak.

"Kamu tahu, malam ni, malam apa?"

"Mahu menguji kami, malam ni malam Jumaat," sahut Andi Kamarool.

"lngatan kamu cukup bagus Andi," puji Mia.

SINDIRAN

Tetapi, saya tidak menganggap itu satu pujian yang ikhlas. Pada hemat saya, itu satu sindiran yang tajam, seolah-olah meragui kemampuan dan kesunggguhan kami berdua dalam usaha bersemuka dengan penjaga rumah batu lama.

"Aku harap jangan tak jadi," tambah Mia lagi.

"Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan baik," nada suara yang penuh dengan keyakinan, bersalut semangat kental terucap dari kelopak bibir Andi Kamarool.

Macam tadi juga, Mia hanya tersenyum dengan seribu persoalan yang sukar dicari jawapannya.

Memang tidak dinafikan, berada di ruang tamu rumah batu lama, macam-macam yang saya fikirkan.

Lebih-lebih lagi bila melihat beberapa barang dan perkakas antik yang tersedia ada di situ. Semua yang terlintas dalam kepala adalah perkara yang menyeramkan.

Contohnya, bila terlihat beberapa batang tongkat antik yang terletak di meja khas di sudut ruang tamu.

Semua kepala tongkat di ukir dengan kepala binatang seperti singa, harimau beruang, burung helang dan ular berkepala dua.

Bahagian mata ditaruh sejenis batu kilat, bila terkena sinar matahari kelihatan berkilau- kilauan seperti bergerak ke kiri ke kanan.

"Kamu macam takut aje, bila tengok tongkat lama, Tamar."

Memang tidak saya duga sama sekali yang Mia memperhatikan gerak- geri saya.

"Bukan takut, cuma kagum dengan kehalusan seni ukirannya," saya berdalih.

"Semua tongkat-tongkat antik tu, buatan luar negeri. Ada dari Turki, Iran, Iraq dan China," tanpa di minta Mia terus menerangkan. Saya anggukkan kepala.

"Anehnya, orang-orang cuma kagum pada ukirannya tapi, mereka tak minat untuk menyimpannya," Mia menyambung percakapannya yang terputus.

Buat seketika saya termenung dan Andi Kamarool seperti tidak mahu ambil tahu dengan apa yang berlaku. Dia mengelamun sendiri.

"Buktinya?" tanya saya.

"Tak ada yang minta atau mahu membelinya. Bila mahu diberi, mereka menolak. Kalau kau minat dengan tongkat, pilihlah dan ambil mana yang kau suka."

Saya tergamam. Mata Mia yang bulat bersinar merauti seluruh wajah saya. Memang di luar jangkaan yang Mia boleh bermurah hati.

"Saya tak minat dengan tongkat" jawab saya sambil menggelengkan kepala.

Memang tidak diduga, kata-kata yang saya hamburkan disambut dengan ketawa oleh Andi Kamarool dan Mia. Bagi menghilangkan rasa rendah diri saya turut ketawa.

"Aneh, percinta seni tidak minat pada ukiran seni."

"Ada masanya mesti bersikap begitu, tidak semua hasil seni tu aku minat Andi," saya kira jawapan itu akan membunuh minat Andi Kamarool untuk melanjutkan topik perbicaraan yang tidak saya senangi.

Usaha saya berhasil, Andi Kamarool tidak menyebut-nyebut perkara itu lagi.

"Kami balik dulu, waktu zuhur dah nak masuk," Andi Kamarool bangun. Dia melangkah ke pintu.

"Malam ni, lepas sembahyang maghrib, kau berdua datang ke sini. Kita makan bersama. Lepas tu, kau orang jalankan apa yang kau orang hajatkan," tutur Mia penuh kemesraan. Kami segera mengangguk setuju.

Dari ambang pintu, sepasang mata Mia menghantar kami hingga ke kaki tangga rumah papan.

Sungguh mendebarkan, di saat kami berada di muka pintu rumah papan, Mia masih belum mengarahkan pandangannya ke arah lain.

Adakah renungan itu untuk Andi Kamarool yang sudah berjaya menyingkap rahsia hatinya atau renungan yang mempunyai maksud lain.

"Andi."

"Kenapa Tamar?"

"Mia merenung kamu."

Andi Kamarool segera menoleh ke arah Mia. Seulas senyum berlari di ketopak bibir Andi Kamarool lalu diiringi dengan lambaian tangan.

Antara mereka berdua sudah tersimpul tali kasih, begitulah saya membuat kesimpulan. Semoga, apa yang mereka hajati akan menjadi kenyataan.

Kebahagiaan dan keriangan yang bakal diraih oleh Andi Kamarool akan memberi kepuasan dalam hidup saya. Itu doa dan harapan yang muncul dalam hati nurani saya.

"Dia senang dengan kamu Andi."

"lya, aku juga senang dengannya, Tamar."

"Teruskan."

"Tapi..." Andi tidak meneruskan kata-kata.

Dan saya tidak pula mahu mencungkilnya. Persoalan tersebut mati begitu saja.

PERASAAN

Begitulah didorong oleh perasaan untuk melihat rupa dan bentuk pengawal (penjaga) rumah batu lama secara zahir, memaksa saya dan Andi Kamarool melangkah ke anjung rumah batu tepat pukul dua belas malam.

Sebelum duduk bersimpuh, saya pun menaburkan bunga tanjung dan cempaka di ruang anjung.

Berbekalkan sebanyak sedikit cara dan petua orang menyepi serta memanggil makhluk halus, saya pun menyuruh Andi Kamarool membakar kemenyan.

Dupa pun diusung ke setiap sudut ruang anjung. Di mulai dari kiri membawa ke kanan, bergerak sebanyak tujuh kali berturut.

Tujuh batang lilin yang dipasang menyala agak malap. Cahayanya tidak dapat menguasai seluruh kawasan ruang yang dikatakan cukup keras itu.

Udara malam Jumaat terasa agak dingin. Suasana sekitar terasa amat sepi tetapi desiran angin yang menyentuh dedaun masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya.

Saya mengarahkan Andi Kamarool supaya duduk saling membelakangi. Ketika tangan memeluk tubuh, secara mendadak saja lilin yang dipasang padam sendiri. Ruang anjung kegelapan.

Salakan anjing yang memanjang dan mendayu-dayu mula kedengaran suara burung hantu, saling bersahut-sahutan.

Angin malam Jumaat mula terasa menyentuh kulit muka. Bau kemenyan bertambah semerbak berpadu dengan bau bunga tanjung dan cempaka menusuk lubang hidung. Saya mula terasa mahu bersin tapi tak jadi.

Dalam suasana yang gelap gelita itu, macam-macam bunyi yang sebelum ini tidak pernah kami dengar menusuk lubang telinga.

Lolongan anjing dan bunyi burung hantu bersama desiran angin bagaikan tidak berkesudahan.

Saya bertambah resah, tubuh mula merayapi benda halus yang licin dan berkaki banyak, merayap atas dagu, pipi dan lengan serta atas paha. Gelinya Allah saja yang tahu.

Bila benda-benda halus itu keluar masuk lubang hidung dan telinga membuat saya sesak nafas. Entahkan lipan, entahkan ular atau lipas yang merayap, sukar untuk saya menentukannya.

Semuanya terpaksa dibiarkan. Semuanya terpaksa direlakan demi untuk bersemuka dengan penjaga rumah batu lama.

Sudah menjadi peraturan semasa bertafakur (bersemadi) apa yang merayap di badan, tidak boleh disentuh. Mesti bergerak sebebas-bebasnya.

Bercakap juga tidak boleh, seluruh pancaindera dan mata hati mesti dipusatkan kepada perkara yang dihayati.

Jika semuanya itu tidak mampu atau tidak terdaya dilakukan, sudah semestinya apa yang diingini tidak akan menjadi.

Agak lama juga kami berada dalam gelap gelita, menunggu kalau ada kejadian ganjil atau petunjuk ghaib yang akan mempertemukan kami dengan penunggu rumah batu lama seperti yang didakwa oleh Kak Sun dan para para pekerja Mia.

Dalam keadaan sedang berfikir itu, saya terdengar dengkur Andi Kamarool. Dia sudah tidur. Ini membuat saya resah. Saya tidak boleh mengejutkannnya, walau dengan apa cara sekalipun.

Dalam gelap pekat itu, saya terus memusatkan seluruh pancaindera dan mata batin ke arah yang dihajati. Tetapi, hasilnya, tiada apa-apa.

Rasa putus asa tidak bertandang di sanubari. Saya terus berusaha dengan harapan penjaga rumah akan muncul.

Dengan sedaya upaya saya arahkan pancaindera dan mata hati hingga saya lupakan diri sendiri, lupakan kewujudan Andi Kamarool di sisi.

Tidak ada apa yang saya dengar, fikiran dan perasaan saya terasa kosong. Dunia bagaikan tiada wujud dalam hati dan fikiran saya.

SEMADI

Dalam keasyikan bersemadi itu, tiba-tiba saja terasa tubuh terangkat dari lantai (simen) anjung rumah batu lama secara perlahan-lahan.

Punggung seperti berada di atas telapak tangan manusia. Saya cuba mengawal agar jangan jatuh, dalam keadaan separuh bingung dengan apa yang saya alami.

Tubuh saya terus terangkat semakin tinggi. Dihayun ke kanan, ke kiri. Di gerakkan ke belakang. Kemudian tubuh terus dipusing macam gasing tetapi, kaki saya tetap dalam keadaan bersimpuh atau bersila.

Tubuh saya terus dipermainkan. Dicampakkan ke setiap penjuru ruang tamu. Tidak ubah macam bola, digolek di tendang sesuka hati.

Semasa tubuh saya diperlakukan demikian, antara sedar dengan tidak saya bersuara.

"Agaknya penunggu rumah ni, mahu mengajar aku ilmu mempertahankan diri yang baru. Ilmu silat yang luar biasa. Kalaulah itu tujuannya saya bersedia menerimanya. Ajarlah, saya sanggup."

Memang saya mengharapkan kata-kata yang diluahkan itu akan dapat tindak balas. Susah dan sakit saya rela menanggungnya. Ternyata apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan.

Tiada jawapan dari makhluk halus (penjaga rumah) yang saya perolehi, Malah tubuh saya terus dihayun, dipusing dan dicampakkan ke mana-mana saja, sesuka hati.

Akibatnya saya mula pening dan bercelaru, kosong melopong dan melayang-layang. Seperti berada di alam fantasi yang tiada bertepi.

Di antara sedar dengan mimpi, saya melihat cahaya berlegar-legar di luar ruang anjung. Dengan tidak semena-mena cahaya itu mengarah kepada saya. Bagaikan masuk ke tubuh badan.

Buat beberapa saat, hati dan kepala jadi panas, seperti terbakar rasanya. Bila rasa panas itu hilang, bagaikan ada kuasa yang membawa saya keluar dari anjung rumah.

Tubuh saya (masih dalam keadaan bersila) diletakkan atas bumbung rumah batu lama. Terdengar bisikan telinga, menyuruh saya terjun. Arahan itu saya bantah dengan alasan takut.

Bisikan itu datang lagi. Kalau tadi suara lelaki, kali ini suara perempuan merayu lembut dan manja. Bisikan suara perempuan menimbulkan rasa serba salah dan ragu. Apakah saya harus mematuhi atau menolaknya?

Di saat mencari keputusan itulah, seperti ada seseorang berdiri di belakang saya. Dengan kaki orang itu menolak saya. Peliknya, tubuh saya tidak jatuh terus ke tanah, sebaliknya macam daun kering dibawa angin.

Semasa melayang-layang itulah saya melihat gunung ganang, lurah dan gaung, sungai dan paya di samping hutan belantara yang menghijau.

Dan akhirnya tubuh saya tidak mengalami rasa sakit. Tubuh saya bagaikan berada di atas sekeping permaidani.

Saya cuba bangun dan berusaha untuk naik ke ruang anjung rumah batu lama. Ternyata usaha itu tidak berjaya, setiap kali saya cuba masuk ke ruang tamu untuk naik ke ruang anjung rumah, tubuh saya ditarik ke belakang.

Sesudah lima enam kali berusaha dan gagal, saya kembali duduk dan mula memikirkan bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan.

Bagaimana kalau saya naik ikut tangga kayu yang secara kebetulan tersandar di dinding rumah batu lama?

Semasa saya bangun dan bersedia untuk menuju ke arah tangga kayu, tubuh saya dipeluk dari belakang. Saya gagal melepaskan diri.

Tubuh yang kecil ini terus dipikul dan dicampakkan ke atas rakit buluh di muara sebatang sungai.

Saya lihat air di mana-mana. Empat batang anak sungai bertemu muara. Ramai gadis jelita mandi berkemban dan sebahagian yang lain membasuh.

Ada juga di antara mereka yang berbogel, berenang dan menyelam dengan bebas. Semuanya berkulit putih dan sebahagian kecil saja yang berkulit sawo matang.

Buat beberapa saat saya terpesona dengan kejelitaan para gadis. Rakit yang saya naiki terus dirempuh gelombang besar dan saya tercampak ke dalam sungai.

Dengan sedaya upaya saya berenang ke tebing dan berusaha naik ke darat.

Entah mengapa, semua yang saya lakukan tetap mengalami kegagalan. Saya bertambah bingung dan mula pasrah pada keadaan. Saya merelakan apa yang akan berlaku pada diri saya. Sesungguhnya saya rela mati.

Dalam keadaan putus asa itu, ada lelaki tua melintas di depan membawa bungkusan. Dari bibir tebing dia merenung ke arah saya yang terkapai-kapai dalam air.

Dia terus berlalu dan hilang. Saya kembali berusaha memanjat tebing sungai dan kali ini saya berhasil.

"Kamu berjaya."

Saya mula tersedar. Saya tidak tahu suara siapakah yang saya dengar sebentar tadi. Sebenarnya saya tidak ke mana-mana. Masih berada di tempat asal. Masih bersila dan memeluk tubuh.

"Subhanallah...." terungkap dari bibir.

"Alhamdulillah...." balas Andi kamarool.

Kami saling berpandangan.

Bila sudah bercakap ertinya melanggar pantang larang dan usaha selanjutnya adalah kerja yang sia-sia.

Pencarian untuk malam itu sudah menemui jalan buntu. Menyedari kegagalan itu, saya terus menyalakan api lilin.

"Kita gagal," bisik saya ke telinga Andi Kamarool.

Dia mengangguk lemah.

RAHSIA

Akhirnya, terbongkar rahsia. Andi Kamarool yang saya sangkakan tidur, sebenarnya dia tidak tidur. Timbul pertanyaan dalam hati, suara dengkur siapakah yang saya dengar tadi?"

"Aku sangka kamu tidur Tamar. Aku dengar kamu berdengkur."

"Soalnya, kita sama-sama tidak tidur, Andi."

"Jadi, suara dengkur siapakah yang kita dengar tadi?"

"Susah untuk kita mencari jawapannya Tamar," kata Andi Kamarool.

"Walau apapun, kita sama-sama gagal, penunggu rumah batu lama tak mahu jumpa kita atau penunggu tu memang tidak ada?"

"Kita cuba lagi, Andi," saya memberikan harapan dan semangat.

Sungguh mengejutkan, bila Andi Kamarool memberitahu antara sedar dengan tidak (seperti yang saya alami) dia telah didatangi oleh seorang gadis cina berambut panjang.

Parasnya sangat cantik dan dari cara dia berpakaian menunjukkan dia dari golongan mewah.

Dengan wajah manis, Andi Kamarool menyapa dan memohon berkenalan. Gadis cantik itu dengan penuh sopan menyatakan keberatannya untuk berkenalan dengan Andi Kamarool.

"Awak bukan mahu berkenalan, ada tujuan lain."

"Maksud awak?"

"Tujuan sebenar awak, mahu bertanya tentang keluarga saya. Tentang orang yang menjaga kawasan rumah ini. Minta maaf, saya sibuk."

"Saya tidak bermaksud begitu," balas Andi Kamarool."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 176/284

BACA: SBDJ Siri 175: Calon Suami Gadis Harimau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Cristiano Ronaldo Dinobat Pemain Terbaik Abad 21

Cristiano Ronaldo Dinobat Pemain Terbaik Abad 21

Mengalahkan Leo Messi dari Barcelona dan pemain Liverpool, Mohamed Salah, Ronaldo terpilih sebagai pemain terbaik abad ke-21 oleh 23 juri, pada Anugerah Globe Soccer di Dubai, termasuk jurulatih dan bekas pemain serta undian peminat dari seluruh dunia.

CR7

"CRISTIANO RONALDO dinobat PEMAIN ABAD 2001-2020 Anugerah Globe Soccer," kata Dubai Global Soccer Awards di Twitter.

Pemenang lima kali Liga Juara-Juara UEFA (empat bersama Real Madrid, satu bersama Manchester United) memimpin pasukan kebangsaan Portugal memenangi gelaran utama pertama mereka, UEFA EURO 2016.

Ronaldo, yang juga kapten Portugal, menjaringkan 102 gol untuk negaranya.

Beliau merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris bersama The Red Devils selama tiga tahun berturut-turut (2007, 2008 dan 2009).

Bersama Juventus sejak 2018, Ronaldo menjadi juara Itali dua kali ketika menjaringkan 81 gol dalam 103 perlawanan untuk kelab Itali itu.

Bintang sensasi itu turut meraih dua anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA, lima anugerah Ballon d'Or, dan tiga kali dipilih sebagai pemain terbaik UEFA di Eropah.

Dalam acara sama, Real Madrid dinobat sebagai Club of the Century, sementara pengurus Manchester City Pep Guardiola memenangi gelaran Coach of the Century dan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjadi Pemain Terbaik Tahun 2020.

Kekaguman Ronaldo Terhadap Cristiano Ronaldo

Ronaldo

Suatu ketika dahulu, Ronaldo Luiz Nazario De Lima ataupun Ronaldo Fenomeno pernah menzahirkan rasa kagum beliau kepada seorang lagi Ronaldo iaitu Cristiano Ronaldo.

2 pemain ini memiliki nama yang sama dan merupakan legenda untuk negara mereka serta kelab Real Madrid.

Ronaldo Fenomeno berkata, walaupun kedua-dua mereka memiliki keinginan yang tinggi dalam memburu gol, mereka tetap ada perbezaan dari segi beberapa perkara.

Menurut Ronado, "Walaupun objektif kami sama [untuk menjaringkan gol], namun kami berbeza dari segi posisi dan cara kami bermain di dalam padang. Tetapi Cristiano lebih banyak bermain di bahagian serangan tengah, dan ada cara lain untuk mencari gol – dengan hormat – beliau melakukan apa yang saya pernah lakukan."

Ronaldo juga mengakui satu perbezaan terbesar di antara mereka adalah bentuk badan pada usia 33 tahun, dengan para doktor perubatan di Juventus mengesahkan fizikal Ronaldo adalah seperti kebanyakan pemain yang baru berusia 20 tahun.

Bagi Ronaldo, Cristiano mendapat bentuk badan terbaik itu kerana usahanya dan bukannya kerana faktor semulajadi, sangat teliti dan cerewet dalam soal menjaga pemakanan dan rutin latihan seharian.

Cristiano berlatih kerana minat dan cintanya kepada apa yang beliau lakukan, manakala Ronaldo mengakui beliau dahulu berlatih kerana terpaksa, sebab ia adalah satu tanggungjawab, jadual latihan sudah ditetapkan oleh kelab. Jika tak datang latihan boleh dikenakan tindakan dan juga kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Ronaldo berkata, "Bukan satu kebetulan di mana Cristiano sudah berusia 33 tahun dan badannya masih semantap itu. Saya rasa tak ramai pemain yang mampu menjaga badan seperti beliau lakukan dengan banyak usaha dilakukan untuk memperbaikinya."

Menurut bekas penyerang Brazil itu lagi, beliau dan Cristiano disediakan tempat latihan serta rutin latihan yang hampir sama ketika bergelar pemain profesional, namun apa yang membezakan mereka adalah disiplin.

"Saya tidak kata konsep latihan kami dan keprihatinan dalam berusaha ketika latihan itu berbeza, namun perkara yang membezakan kami iaitu: Saya berlatih kerana terpaksa melakuknnya, manakala beliau berlatih kerana beliau menyukainya," tambah beliau lagi.

Ronaldo merasakan sukar untuk membandingkan dua zaman mereka, kerana evolusi bola sepak dan kualiti lawan mereka adalah berbeza. Lantas beliau menyatakan lebih selesa untuk bercerita tentang pengalaman bermain dahulu tanpa perlu membandingkannya dengan Ronaldo.

Beliau berkata, "Kami ada beza 9 tahun dalam era permainan kami. Era kami bermain adalah sangat berbeza. Saya tak maksudkan zaman saya dahulu lebih sukar, namun saya nak katakan kami berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan pasukan yang berbeza."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

Monday, December 28, 2020

Ryan Kaki, YouTuber Paling Kaya 2020 Yang Baru Berusia 9 Tahun!

Ryan Kaki, YouTuber Paling Kaya 2020 Yang Baru Berusia 9 Tahun!

Kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS), yang baru sahaja berusia 9 tahun, Ryan Kaji, sekali lagi disenaraikan Youtube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun 2020 apabila meraih AS$29.5 juta (RM119 juta).

YouTuber

Dalam Senarai Forbes 2020, pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube iaitu "Ryan's World" yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan dengan ulasan menghiburkan serta diikuti kira-kira 41.7 juta peminat.

"Kini, Ryan Kaji juga mempunyai pelbagai barisan barangan berjenama sendiri seperti mainan, ubat gigi dan beg sekolah, yang dijual menerusi Amazon, Target dan Walmart.

"Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta (RM807 juta) tahun 2019 lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate," katanya.

Berdasarkan Senarai Forbes, ini bukan pertama kali Ryan Kaji mendahului senarai bayaran tertinggi di Youtube kerana dia pernah tersenarai pada 2018 dan 2019.

Selain itu, video keluarannya, 'Huge Eggs Surprise Toy Challenge', adalah antara 60 video yang paling banyak ditonton di laman sesawang, dengan lebih dua bilion tontonan.

Senarai YouTuber Terkaya 2020

Selain Ryan, pencipta kandungan Youtube yang mencatatkan pendapatan tertinggi adalah:
  • Mr Beast (Jimmy Donaldson) (AS$24 juta).
  • Dude Perfect (AS$23 juta).
  • Rhett and Link (AS$20 juta).
  • Markiplier (Mark Fischbach) (AS$19.5 juta).
  • Preston Arsement (AS$19 juta).
  • Nastya (Anastasia Radzinskaya) (AS$18.5 juta).
  • Blippi (Stevin John) (AS$17 juta).
  • David Dobrik (AS$15.5 juta) .
  • Jeffree Star (AS$15 juta).

Difahamkan, Ryan Kaji juga sudah menandatangani perjanjian untuk siri televisyen di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dolar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: hmetro

Maksud Mimpi Melihat Itik

Maksud Mimpi Melihat Itik

Apakah maksudnya jika anda bermimpi melihat itik dalam tidur? Adakah ia membawa maksud yang baik atau buruk? Firasat apa yang terkandung dalam mimpi tersebut?

Mungkin pertanyaan-pertanyaan ini sempat terlintas dibenak anda dan berikut adalah maksud atau erti mimpi itik yang cuba kami kongsikan buat anda.

Maksud itik

1. Mimpi Melihat Itik Berenang

Maknanya, anda akan mendapat berita yang kurang menyenangkan. Boleh dikatakan sebuah mimpi dengan tafsiran buruk.

2. Bermimpi Melihat Itik Bertelur

Sebuah petanda baik kerana mimpi ini bermakna anda akan mendapat kebahagian dalam keluarga.

3. Mimpi Dikejar Itik

Mempunyai erti yang kurang baik, iaitu anda mudah dirayu dan dibohongi, bahkan mungkin terhasut oleh orang lain dengan mudah.

4. Bermimpi Melihat Orang Mencuri Telur Itik

Bermakna anda akan mendapat kepercayaan dan membuatmu mendapat kenaikan pangkat dalam pekerjaan serta menjadi harapan orang lain.

5. Mimpi Menangkap Itik

Sebuah petanda baik dan maknanya, dalam menjalankan usaha yang kamu sedang jalankan, akan ada peningkatan dan kemajuan yang membuat anda mendapat keuntungan.

6. Bermimpi Melihat Itik Mengambang

Bermakna kesihatan anda sedang menurun dan boleh saja akan mudah terkena penyakit, maka dari itu jagalah kesihatan.

7. Mimpi Melihat Itik Putih

Maknanya anda akan mendapat kasih sayang yang tulus dari orang lain, dan kamu akan menjadi insan yang berharga di matanya.

8. Bermimpi Melihat Itik

Merupakan petanda yang cukup baik yang dipercayai bahawa jika mengalami mimpi ini, bermakna anda akan mendapat penghormatan dan disegani oleh orang lain.

9. Mimpi Melihat Itik Masuk Rumah

Maknanya anda akan mendapat sesuatu yang diinginkan, dan boleh juga menandakan adanya rezeki yang datang pada keluarga.

10. Bermimpi Makan Daging Itik

Sebuah petanda yang kurang baik. Tafsir Mimpi ini iaitu, anda akan mendapat sesuatu yang membuatmu tidak nyaman atau sakit.

11. Mimpi Itik Mati

Merupakan petanda yang kurang baik, kerana maknanya hal berharga yang anda miliki akan menghilang, mungkin harta jawatan atau dalam perhubungan.

12. Bermimpi Itik Masuk Kamar

Sebuah alamat atau firasat yang cukup baik, kerana mimpi ini bermakna anda akan mendapat keturunan atau boleh juga mendapat rezeki dalam keluarga.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com