Sunday, July 05, 2020

SBDJ Siri 165: Dikejar Makhluk Aneh

SBDJ Siri 165: Dikejar Makhluk Aneh

Dalam keadaan yang gawat itu, apa yang saya lakukan semua tidak kena. Kematian dirasakan terlalu hampir. Hujan terus turun dan badan terus mengigil. Semuanya menakutkan dan mencemaskan. Saya tidak mahu memikirkan tentang mahaguru dan anak buahnya. Hidup atau mati itu urusan mereka.

Toyol jadi-jadian

Sebaiknya dalam keadaan yang haru-biru itu, dimanfaatkan untuk membebaskan diri dari cengkaman mahaguru dan orang-orangnya. Itulah yang bergelodak dalam batin saya.

"Aku mesti gunakan peluang ini," ulang saya berkali-kali.

Tanpa berfikir panjang, saya buat keputusan nekad untuk merempuh pagar buluh kuning dalam hujan dan cahaya petir yang sabung menyabung untuk menyelamatkan diri.

Sambil berlari saya mula terfikir bahawa ilmu yang dimiliki mahaguru tidak dapat menahan kekuatan kuasa Allah. Sekali hujan turun, sekali petir berbunyi, mahaguru sudah menjadi kelam kabut.

Disaat saya merempuh pagar buluh kuning tadi, memang terasa seperti ada sesuatu yang memburu saya dari belakang. Memukul bahagian leher saya dengan bulu kabung (Enau).

Tidak memadai dengan itu, saya dihujani dengan reranting kayu dari kiri dan kanan. Semuanya tidak saya hiraukan.

Tidak dapat saya pastikan, apakah yang mengejar saya itu manusia atau makhluk lain. Maklumlah berlari dalam gelap tetapi, mulut saya tidak berhenti-henti membaca surah AL-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas.

Dengan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang saya rencanakan secara mendadak pasti berhasil. Saya tidak mahu jadi hamba ilmu yang bertentangan dengan akidah Islam.

Kerana itu saya berlari dan terus berlari hingga bunyi telapak kaki makhluk aneh hilang entah kemana.

Walaupun tidak dikejar, larian yang dibuat tidak juga surut malah jauh dari berhenti. Surah AL-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas terus meniti dibibir tanpa mengenal noktah.

Mungkin terlalu banyak tenaga yang dikerah, membuatkan larian tidak sekencang tadi. Saya mula rasa penat dan tercungap-cungap.

Langkah saya mula terhoyong-hayang, seluruh sendi terasa sakit-sakit, tetapi perjalanan tetap diteruskan, walaupun terpaksa merangkak di bumi.

Begitulah bergerak dalam gelap tanpa matlamat memang sukar. Entah bagaimana saya bagaikan tersentak, bila terlihat sekumpulan kelip-kelip itu hilang entah kemana.

Bila langkah dimulakan kumpulan kelip-kelip itu muncul kembali. Sukar untuk dipastikan dari mana kumpulan kelip-kelip itu muncul.

LALUI

Apa yang menguntungkan saya, cahaya dari kelip-kelip itu menerangi sekitar kawasan yang saya lalui.

Secara tidak langsung kumpulan kelip-kelip itu jadi penyuluh jalan dan hati saya bagaikan diarah-arah untuk mengikuti ke arah mana kumpulan kelip-kelip itu pergi.

Dan perjalanan seterusnya amat menyenangkan kerana berpelitakan dari cahaya kumpulan kelip-kelip yang tidak diundang.

Disaat asyik melangkah, hidung saya terbau bunga melati yang cukup harum. Serentak dengan itu terdengar sayup-sayup kokok ayam.

Ertinya saya berada tidak jauh dari kawasan perkampungan. Kumpulan kelip-kelip yang jadi penyuluh jalan mula berkurangan dan berpecah dua.

Separuh menuju ke sebelah kanan dan yang separuh lagi masih jadi penyuluh jalan. Kokok ayam makin jelas kedengaran dan terasa dekat sekali.

Saya dongakkan kepala melihat langit yang bersih. Sesungguhnya saya tidak dapat memastikan ketika mana hujan berhenti.

Melihat keadaan awan, langit dan bintang, saya yakin waktu subuh kian hampir. Kokok ayam mula jarang kedengaran, tidak serancak tadi.

Dalam suasana hening dan damai menjelang subuh, langkah tetap diteruskan. Desiran angin yang lembut menyentuh dedaun dapat didengar dengan jelas.

Saya menggigit bibir bila mendapati kumpulan kelip-kelip yang sedikit terus ghaib. Saya jadi panik, saya hilang pedoman.

Dalam kebingungan tanpa penghujung itu, terdengar bunyi reranting dan dedaun kering dipijak orang. Saya kembali cemas.

Bau wangi kian hebat menyengat lubang hidung dan saya terus melangkah mengikut kemahuan hati.

"Assalamualaikum..."

Seorang lelaki berserban dan berjubah putih dengan wajah yang bersih muncul di depan. Langkah saya terhenti.

"Waalaikum salam," saya menjawab.

Dia menghulurkan tangan. Telapak tangan kanan kami segera bercantum. Telapak tangannya terasa lembut, macam kapas. Jari-jemarinya bagaikan tiada bertulang.

Di dadanya tergantung lampu picit yang talinya membelit leher. Kelopak bibirnya yang merah segar mengukir senyum.

Wajahnya yang bersih dan lembut memancarkan keikhlasan hatinya. Membuatkan keyakinan dalam hati bahawa lelaki yang berdiri di hadapan saya, bukan dari golongan mahaguru.

"Tak lama lagi subuh datang, mari ke surau. Sementara menanti subuh, boleh kita buat sembahyang sunat fajar atau berzikir. Mari orang muda."

"Saya... sayyyyy..."

"Jangan bimbang, mari kita ke surau. Kalau tak mahu buat sembahyang sunat atau berzikir, boleh baca Quran," katanya dengan nada suara yang cukup lembut.

Dia mula menarik tangan saya. Dan kokok ayam masih kedengaran. Di kaki langit ada cahaya cerah.

Hati saya masih berbelah bagi, sama ada memenuhi pelawaannya atau menolak dengan kata-kata yang manis penuh sopan.

"Saya..."

"Saya tahu awak orang baru di sini. Awak sesat kerana ada orang yang mahu menyesatkan awak."

"Di mana suraunya tuan?"

"Di situ," jari telunjuknya menuding ke arah bangunan yang dibuat dari papan.

Bahagian halaman bangunan itu diterangi cahaya dari jamung. Terdengar suara orang membaca ayat-ayat suci penuh syahdu membuat saya teringat kepada datuk.

Kokok ayam terus juga kedengaran yang diselang seli dengan suara kanak-kanak menangis kerana terjaga dari tidur.

Saya kira tidak jauh dari surau, pasti ada perkampungan dan saya ingin berkenalan dengan penghuni kampung dan keluarga orang berserban dan yang berjubah putih.

Suasana terasa damai dan hening sekali. Suara orang mengaji Quran menguasai seluruh kawasan.

"Ikut saya, kita tidak boleh berlengah-lengah lagi," katanya.

Saya terus mengikutnya. Bau wangi terus menguasai lubang hidung. Sebaik saja sampai ke halaman surau, lelaki berjubah putih bersalam dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya.

Lelaki berkulit hitam, memakai kain pelikat, baju Melayu cekak musang itu merenung tajam ke arah saya.

"Pasangkan lampu gasolin."

"Baik," jawap lelaki yang memakai kain pelikat itu.

Dia segera masuk ke surau. Suara orang mengaji Quran terus bergema sedangkan di dalam surau tidak kelihatan manusia.

"Bawa lampu picit ni, pergi bersih badan kamu di telaga. Tukar pakaian kamu dengan pakaian yang bersih."

Orang berjubah putih menyerahkan lampu picit dan bungkusan pakaian kepada saya.

"Pakaian kamu rendam dalam baldi dekat telaga, nanti ada orang yang membasuhnya. Pergi cepat, waktu subuh tak nanti kita."

Sebaik saja orang berjubah putih itu selesai berkata-kata, saya terus menuju ke perigi untuk membersihkan badan dan mengambil wuduk dan kembali ke pintu surau.

Saya lihat orang berjubah putih baru saja selesai menunaikan sembahyang sunat fajar. Dia berdiri dan merenung ke arah saya dengan renungan yang lembut.

"Masuk, subuh dah sampai."

Saya anggukkan kepala lalu melangkah ambang pintu surau.

"Kamu azan."

"Saaaayyyaaa..." saya jadi tergamam.

"Iya, kenapa? Kamu takut atau tak tahu?"

Saya tidak boleh berdalih lagi, terpaksa akur dengan permintaannya. Selesai saja azan, ruang surau mula dipenuhi dengan jemaah.

Mereka berpakaian serba putih. Wajah mereka nampak bersih dan berseri membayangkan ketenangan dan keikhlasan rohani.

Mereka terus melakukan sembahyang sunat subuh.

Subuh itu orang berjubah putih menjadi imam. Pembacaannya lancar sekali. Suaranya juga cukup baik.

Selesai sembahyang subuh dan berdoa, dia mengadakan kuliah subuh yang pendek menghuraikan surah Al-Kafirun.

Bila semuanya selesai, semua para jemaah bersalaman dengan saya. Ternyata para jemaah berat mulut, tidak mahu bertanya tentang diri saya.

Mereka sekadar mengucapkan salam bersama senyum yang ikhlas.

Bila mereka berada di ambang pintu dan melambaikan tangan ke arah saya, tubuh mereka nampak samar-samar dan akhirnya lesap entah kemana dalam sekelip mata.

Apa yang berlaku di depan mata membuat saya terpegun kehairanan.

"Jangan fikir tentang semuanya itu. Kamu pergi ke telaga semula, pakaian kamu sudah dibersihkan dan sudah kering."

Saya bertambah bingung menangkap percakapannya. Mana mungkin secepat itu pakaian yang direndam dapat dibersihkan dan dikeringkan.

"Kenapa tak pergi ambil pakaian kamu?"

"Di perigi?" soal saya sangsi.

"Iya, di mana lagi? Bukankah kamu yang rendam dalam baldi di telaga?"

"Iya..." dalam rasa serba salah, antara percaya dengan tidak, saya pun melangkah ke perigi.

Apa yang diungkapkan oleh lelaki yang berjubah putih itu memang benar. Pakaian saya kering diampaian dalam pondok perigi yang beratapkan daun rumbia. Siapa yang membasuh dan menyidai pakaian di ampai?

Tanpa mahu memikir tentang semuanya itu, pakaian segera saya tukar. Dan saya kembali menemui orang yang berjubah putih yang menanti di muka pintu surau.

Pakaian yang dipinjamkan saya pulangkan semula kepadanya.

"Masuk dulu," katanya.

Saya patuhi permintaannya. Kami duduk bersila tidak jauh dari muka pintu. Dari cahaya lampu gasolin yang menyimbah di halaman surau, saya dapat melihat kabus nipis yang bergerak lemah menyusup di celah-celah pepokok renik melepasi pepokok yang tinggi. Badan terasa segar sekali.

"Aku tahu kamu bermasalah," si jubah putih memecahkan suasana hening dalam perut surau.

"Iya," saya anggukkan kepala.

"Tak apa, biar aku hantar kamu ke sempadan. Sebelum matahari terbit, dengan izin Allah, kamu dapat jumpa datuk kamu."

"Tuan kenal datuk saya?"

"Aku tak kenal dia, tapi aku tahu siapa dia."

"Bagaimana keadaannya sekarang?"

"Dengan izin Allah dia terpelihara dari segala kejahatan," katanya dengan senyum.

CAHAYA

Keadaan hari bertambah samar-samar. Cahaya merah di kaki langit kian kuat. Ada hemat saya, sebentar lagi matahari pasti muncul.

Kokok ayam sudah lama berhenti tetapi diganti dengan teriakan ungka dan monyet di balik bukit.

Orang berjubah putih bangun. Api lampu gasoline dipadamnya. Api jamung di halaman tidak semarak tadi.

"Mari ikut aku, biar aku hantar kamu ke sempadan."

Saya segera mengikutnya menuju ke halaman surau. Api jamung di padamkan.

"Pintu surau tak ditutup tuan?"

"Tak mengapa, tak lama lagi ada orang datang nak buat sembahyang dhuha, tempat ibadat tak elok dikunci atau ditutup."

"Hummmmmmm..." sahut saya.

Saya mengikut orang berjubah putih melalui jalan kecil selebar dua kaki yang terletak dibelakang surau. Saya tidak dapat mengagak pukul berapa ketika itu.

Apa yang pasti subuh sudah hampir ke penghujung. Kami tidak banyak bercakap kali ini tetapi, bau wangi yang segar menguasai lorong kecil yang di lalui.

Saya yang tadi keletihan dan lesu kembali bertenaga. Saya tidak tahu kenapa secara tiba-tiba saya boleh sihat dan segar. Fikiran saya bebas dari teringat atau terkenangkan mahaguru dan anak muridnya.

Ingin rasa hati bertanya kepada orang berjubah putih tentang mahaguru dan anak muridnya. Apakah dia tahu tentang kisah mereka?

Anehnya keinginan itu tidak dapat saya ungkapkan, saya tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Akibatnya, keinginan tersebut hanya berlegar-legar dalam sanubari saja.

"Kenapa Tuan?"

Saya jadi terkejut, bila orang berjubah putih berhenti melangkah. Dia renung ke arah kaki langit melihat cahaya merah yang kian menipis. Cahaya cerah mula bangkit dan langit kelihatan terang.

"Cukup sampai di sini saja aku menghantar kamu."

Saya tergamam, bagaimana saya harus meneruskan perjalanan dalam hutan tanpa panduan.

Walaupun ada cahaya cerah di kaki langit tetapi, ditempat saya berdiri masih samar-samar. Tidak dapat mengenali seorang dalam jarak antara 25 hingga 35 kaki.

Kabus yang bangkit dari permukaan bumi menambahkan kesukaran untuk saya bergerak. Semuanya membuat saya cemas dan takut.

"Kamu bimbang?" orang berjubah putih bertanya.

"Iya tuan, saya tak pandai berjalan dalam hutan. Saya sampai ke tempat tuan tadi kerana sudah terdesak."

"Tak usah bimbang, yakinkan diri dan berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah," Si jubah putih memberikan suntikan semangat.

Dia juga menggesa saya supaya melangkah lurus ke depan. Jangan melencung ke kanan atau ke kiri.

BURUK

Baru lima langkah memulakan perjalanan, langkah saya terhenti. Hati saya berdebar dan takut semacam. Pelbagai kemungkinan buruk yang saya fikirkan menunggu di depan. Orang berjubah putih segera mendekat.

"Kenapa?"

"Saya takut, tuan."

"Dengar sini, sebelum ini kamu sudah berdepan keadaan yang lebih dahsyat. Kamu sudah tengok manusia melakukan kerja-kerja yang tidak disukai oleh Allah.

"Kamu mohon pada-Nya untuk keluar dari tempat terkutuk tu. Dengan izin-Nya kamu terlepas hingga kamu berjumpa dengan aku.

"Sekarang aku nak tunjukkan jalan ke sempadan kampung. Apa kamu tak memerlukan pertolongan dari aku?"

"Saya perlukan pertolongan tuan."

"Kalau begitu, kira langkah kamu sampai dua ratus langkah. Berhenti di situ. Di situ ada orang menunggu kamu. Aku tak boleh lama-lama di sini, selamat jalan."

"Terima kasih tuan."

Saya pun memulakan langkah pertama. Lebih kurang lima langkah perjalanan, saya pun menoleh ke belakang.

Orang berserban dan berjubah putih hilang. Begitu juga dengan bangunan surau. Apa yang saya lihat ialah pepokok besar dan pepohon renik.

Bau wangi masih dapat saya hidu. Suara ungka dan kera kian rancak, begitu juga dengan nyanyian beburung, bagaikan bergembira dengan cahaya matahari yang kian melebar di langit.

Keadaan hari beransur cerah. Perjalanan diteruskan seperti yang diinginkan oleh orang yang berserban putih itu.

Matahari terus mempamerkan diri. Cahayanya menerkam tiap liku hutan yang sedang saya lalui.

Kicau burung bertambah kuat dan tupai jantan begitu gagah memburu tupai betina dari dahan ke dahan.

Kokok dan ketak ayam cukup jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara kanak-kanak bersorak riang.

Saya kira mereka sedang berlarian beramai-ramai menuju untuk mandi dan berenang di sungai.

Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, meyakinkan hati bahawa saya sebenarnya berada di pinggir sebuah perkampungan. Hati kecil dibungai keriangan yang tiada taranya.

Disaat kegembiraan yang memuncak kerana terlepas dari kekuasaan mahaguru dan anak buahnya saya dikejutkan dengan orang bercakap.

Berdasarkan pengamatan sendiri, jumlah orang yang bercakap lebih dari tiga orang.

Kerana keadaan hari sudah terang benderang, saya tidak gusar atau merasa takut menghadapi sebarang cabaran yang datang.

Apa yang perlu, saya mesti berhati-hati. Silap langkah atau terlalai pasti celaka menimpa diri.

Saya terus mengamati arah suara orang bercakap yang diganggu dengan bunyi pepokok renik ditebas dengan parang.

Barangkali manusia laknat dan puaknya masih memburu aku. Itu kesimpulan yang saya buat bila menghadapi saat genting.

Badan saya kembali menggeletar, kematian terbayang dalam tempurung kepala. Pada saat itu juga tergambar dalam kepala, bagaimana tubuh Osman Garing dipotong-potong.

Saya segera menyembunyikan diri dengan cara merebahkan tubuh di perdu pokok besar. Pokok-pokok renik sekeliling saya lenturkan untuk menutup sebahagian dari tubuh.

Dengan berbuat demikian menyukarkan kumpulan orang yang bercakap itu bertemu dengan saya.

Suara orang bercakap makin lama makin dekat. Ada seketikanya mereka menyebut dan melaung nama saya dengan sekuat hati.

Dan saya bertambah cemas. Badan dan muka saya rapatkan ke bumi.

"Di sini kamu bersembunyi."

Saya segera angkat muka dan sepasang kaki betul-betul di depan batang hidung saya. Dan saya tidak berani menatap wajah orang yang bersuara itu.

Saya kira, riwayat hidup saya akan berakhir di perdu pokok besar. Kedua belah mata saya pejamkan sambil menantikan mata pedang mahaguru jatuh ke batang leher saya.

Lama juga saya menanti tetapi, tiada apa pun yang menyentuh leher saya.

"Apa sudah jadi dengan kamu ni, semalam-malaman kami mencari kamu, tak tentu makan tak tentu tidur.

"Rupa-rupanya kamu sembunyi di sini. Bangun cepat, jangan meniarap begitu nanti dada kamu sejuk."

Saya buka mata dan dongakkan wajah. Haji Bagus terpaku di depan. Belum pun sempat berkata-kata dan bangkit, Tuk Siak menerpa lalu memeluk tubuh saya erat sekali. Kemudian barulah saya dibangunkan.

Di belakang Haji Bagus dan Tuk Siak terpacak lebih dari sepuluh orang penduduk kampung dengan golok dan parang di tangan.

Di wajah mereka tergambar kepuasan dan keriangan. Tugas mereka mengesan kehilangan saya sudah berhasil.

Keriangan jadi milik mereka dan kehampaan membelit hati saya. Dua tiga kali saya menarik nafas kecewa. Datuk tidak bersama mereka. Ke mana datuk?

Barangkali dia berada di masjid atau sedang berusaha mencari saya sendirian. Itu yang terputik dalam hati.

"Dari petang membawa ke malam hingga ke pagi ni, kami mencari kamu," datang lagi pertanyaan dari Haji bagus. Saya hanya menarik nafas panjang.

"Kemana kamu pergi? Kamu disembunyikan orang halus?" menyusul pertanyaan dari Tuk Siak.

Seperti tadi juga saya hanya mampu menarik dan melepaskan dengan sepasang kelopak mata yang pejam celik.

Fikiran saya bercelaru dalam sinar matahari pagi yang kian meninggi. Saya tidak dapat menberikan jawapan.

"Tuk saya di mana?"

Itu yang terlontar dari mulut. Orang sekeliling berpandangan sesama sendiri. Tuk Siak dan Haji Bagus menggigit bibir, mata mereka tertumpu ke arah matahari yang sudah berada di puncak bukit.

Suara unggas dan ungka tetap macam tadi, masih rancak menyambut kemunculan matahari.

"Tuk saya dimana?"

Untuk kedua kali, pertanyaan yang tidak mendapat jawapan dilakukan kembali. Tuk Siak tepuk bahu Haji Bagus.

"Tadi dia bersama-sama kami, bila sampai dekat pokok besar itu dia berpecah dengan kami," jelas Haji Bagus sambil menudingkan telunjuknya ke arah pokok besar dengan akar hutan berjuntaian di dahan.

Pokok besar yang rimbun berdaun lebat itu mengingatkan saya peristiwa petang semalam.

Di situ, saya menemui wanita yang mengakibatkan saya mengalami pelbagai bagai kejadian aneh.

Bagi sekian kalinya saya menarik nafas panjang. Sepasang mata saya alihkan ke arah lain.

Saya tidak mahu memandang pokok besar yang kulitnya menggerutu dililit akar hingga ke dahan.

Setiap dahan ada akar berjuntaian. Di bawah pokok besar itu ada pepokok renik.

"Bagaimana kalau kita tunggu datuk saya di sini?"

Usul yang diajukan membuat Tuk Siak mengerutkan dahi. Haji Bagus mengosok-gosok hujung dagunya berkali-kali.

Orang-orang kampung yang ada di situ hanya membisu. Mereka setia dengan Haji Bagus dan Tuk Siak.

"Begini saja, kita balik dulu. Tak guna menunggunya di sini," cetus Tuk Siak.

Saya keberatan mahu menerima cadangan itu.

"Kenapa?" tanya saya.

SENANG

Saya tahu, Tuk Siak dan Haji Bagus kurang senang dengan pertanyaan saya itu. Tetapi, mereka tidak memperlihatkannya. Kedua orang tua itu masih tenang dan masih boleh memberikan senyuman untuk saya.

"Kita balik dulu Tamar, aku yakin datuk kamu tahu apa yang mesti dibuatnya," lembut suara Haji Bagus.

Belakang saya diurutnya dua tiga kali. Saya pun anggukkan kepala, tanda setuju.

"Mari kita balik."

Haji Bagus memberitahu anak buahnya yang disambut dengan senyum. Meredah tumbuh-tumbuah hutan yang melata diperut bumi membuat kaki seluar basah oleh air embun.

Perjalanan menuju ke kawasan kampung tidak dibungai dengan percakapan. Semuanya melangkah dengan tenang di bawah sayap matahari yang kian keras memancarkan cahaya.

Di angkasa kelihatan burung helang tinggi dengan kepak terkembang sambil mata merenung ke bumi mencari mangsa.

"Berhenti," kata Haji bagus.

Anak buahnya yang berjumlah lebih sepuluh orang (tidak termasuk saya) segera berhenti melangkah. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Helang liar tetap berlegar-legar di udara sesekali berbunyi nyaring. Kicau burung, bunyi ungka dan monyet tidak kedengaran lagi tetapi diganti dengan bunyi reriang rimba.

"Macam ada bunyi orang berjalan, cepat sembunyikan diri. Jaga keselamatan diri masing-masing," tambah Haji Bagus.

Semua anak buahnya berpecah. Ada yang sembunyi di balik perdu kelubi, di balik banir dan sebagainya.

Saya ditarik oleh Haji Bagus bersembunyi di kelompok pokok pisang hutan.

Bunyi ranting kering kena pijak jelas kedengaran, begitu juga bunyi batang-batang pokok kecil patah akibat dirempuh suatu benda yang besar membuat hati saya menggelabah dan takut.

Saya gugup, sepasang gajah yang cukup besar melintas di depan saya dan Haji Bagus. Anggota sendi saya terasa lemah.

Pasangan gajah itu terus meredah hutan, memijak anak-anak pokok yang menghalang perjalanannya menuju ke utara.

Belalainya terus mematah pokok bayas dan kabung yang tumbuh meliar. Setelah menelan umbut bayas dan umbut kabung, belalainya mengibas tubuh sementara telinga yang besar dan lebar tetap bergerak menimbulkan bunyi seperti orang menggaru bahagian kulit yang gatal.

"Dia tak ganggu kita, dia nak cari rezeki," bisik Haji Bagus kepada saya, sebaik saja sepasang gajah itu hilang dari pandangan.

Haji Bagus segera memberitahu anak buahnya supaya keluar dari tempat persembunyian.

Perjalanan selanjutnya cukup hati-hati.

Haji Bagus mengingatkan anak buahnya supaya menghindari dari bertemu atau melalui laluan binatang buas demi keselamatan diri.

Perjalanan yang diteruskan di bawah keramahan matahari itu, tidak terasa penat. Kabus nipis yang bangkit di kaki bukit, sudah hilang diusir oleh sinar matahari.

Mungkin sudah berada di kawasan selamat, ada diantara anak buah Haji Bagus bersiul-siul dan bernyanyi dalam nada suara yang rendah. Malah mereka mula menjarakkan diri dengan Haji Bagus dan Tuk Siak.

Bila melintasi kawasan yang agak berbukit saya terlihat asap berkepul di udara. Bila ditinjau lebih dekat, saya terlihat sekumpulan budak-budak berusia antara 10 hingga 15 tahun sedang bermain gasing di bawah pokok jambu yang berdaun lebat. Bunyi terkukur dan merbuk peliharaan bersahut-sahutan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 165/284

BACA: SBDJ Siri 164: Dendam Tok Guru
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Maksud Mimpi Kereta Dilanggar Atau Kemalangan

Maksud Mimpi Kereta Dilanggar Atau Kemalangan

Ada sebuah tafsir menyatakan bahawa, disaat anda bermimpi tentang kemalangan kereta di langgar pemandu lain, biasanya penjelasan mengenai mimpi ini ada hubungannya mengenai suasana ingin tahu anda tentang sesuatu perkara.

Mimpi Kereta Dilanggar
Gambar hiasan.

Walaupun demikian, maksud pada mimpi tersebut adalah berbeza, bergantung kepada siapa yang memimpikannya.

1. Mimpi Kereta Di langgar Jika Anda Seorang Wanita

Untuk wanita bujang, ia merupakan sebuah petanda adanya rezeki tidak disangka-sangka, namun untuk jenis rezeki itu sendiri akan datang tidak hanya dalam bentuk wang, tetapi mungkin dalam bentuk kesenangan dan kebahagiaan.

2. Mimpi Kereta Di langgar Jika Anda Yang Sudah Berkahwin

Erti mimpinya adalah, anda akan mendapat pertolongan yang tidak disangka-sangka. Beberapa masalah dapat diselesaikan, selain itu usaha anda akan mendapat hasil yang cukup lumayan.

3. Mimpi Kereta Di langgar Jika Anda Remaja Wanita

Erti mimpinya adalah, ini mungkin kurang menyenangkan, kerana sesuatu yang buruk akan terjadi dan ini ada kaitannya dengan tindakan yang pernah anda lakukan.

TAFSIR MIMPI LAIN

Maksud mimpi kemalangan kereta

Apabila mimpi melihat kematian seseorang dalam kemalangan, ia boleh bermaksud, sikap tersembunyi negatif anda kepada orang ini: iri hati, enggan bersahabat.

Sekiranya berlaku kemalangan semasa tidur, menyebabkan anda tercedera, ia adalah tanda bahawa pada masa akan datang anda akan kecewa, musibah atau menderita dalam kehidupan.

Jika kemalangan kereta yang berlaku di laut, pantai, boleh jadi nasib anda tidak lama lagi ditakdirkan untuk mencari cinta.

Jika anda sudah berkahwin, mungkin akan berpisah atau bercerai, selepas itu anda akan mendapat yang lain, pasangan baharu yang lebih sesuai.

Jika anda melihat kematian dalam kemalangan, itu tandanya anda bakal menghadapi masalah dengan saudara-mara orang yang mati tadi. Berhati-hati untuk menyelesaikan masalah dengan mereka, jika tidak, mungkin akan memberi kesan negatif dalam pergaduhan.

Jika mimpi seorang wanita cedera dalam kemalangan, ia boleh bermaksud kegagalan dalam perancangan.

Apabila melihat kemalangan tetapi tidak terlibat di dalamnya, ia bermaksud ada masalah yang akan berlaku kepada rakan baik dan mungkin juga akan memberi kesan kepada anda.

kemalangan di mana kereta yang telah lama hilang saudara - kata bahawa jalan yang boleh menghadapi masalah. Untuk menyelesaikan masalah ini akan pergi lama, tetapi akhirnya musibah yang berlaku, akan dapat meneruskan perjalanan mereka.

Apabila dalam kemalangan kereta dan kereta meletup, ia boleh bermakna skandal besar dalam keluarga;

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: iniprimbon

Bahaya Sengatan Tebuan Boleh Membawa Maut!

Bahaya Sengatan Tebuan Boleh Membawa Maut!

Sengatan tebuan adalah amat berbahaya jika terkena sengatan kerana memang sangat bahaya dan menyakitkan kerana ia mengandungi racun yang mampu mengundang kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Bahaya Sengatan Tebuan
Tebuan yang biasa ditemui di Malaysia.

Tebuan, Tabuan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesies mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara.

Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera).

Kenapa Tebuan Sangat Berbahaya?

Apabila menyerang, Tebuan tidak akan mati selepas menyengat seperti Lebah Madu kerana sistem sengatnya (Hornet system) berbeza.

Sengat tebuan tidak akan terkeluar, kerana hanya venom sahaja yang ditusuk dalam tubuh mangsa (seperti ular) dan ianya mampu menyengat berkali-kali.

Ada kajian saintifik mendapati, venom (racun) tebuan mengandungi bahan acetylcholine (5%) iaitu Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam 'Shcmidt Sting Pain Index'.

Lebah Madu hanya pada tahap 2.0, sementara sengatan Labah-labah Tarantula adalah paling berbisa iaitu Tahap Maksimum 4.0.

Venom Acetylcholine adalah bahan kimia yang mampu melemahkan dan melumpuhkan sistem saraf manusia iaitu Sistem PNS (Pheripheral Nervous System) dan CNS (Central Nervous system) dengan bertindak sebagai 'neurotransmitter'.

Jika venom sampai kepada jantung, ia akan melumpuhkannya dan mangsa akan mengalami sesak nafas dan berisiko tinggi meninggal dunia jika lambat dirawat.

Bilangan koloni tebuan juga tidak banyak seperti lebah madu iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja.

Walau bagaimanapun, sifat semulajadi tebuan akan menyerang sebagai 'self defence' apa sahaja yang mendekati sarangnya.

Tebuan Tanah

15 hingga 20 sengatan tebuan tanah atau lebih dikenali dengan panggilan 'gendang haji' boleh mengakibatkan kematian.

Kehadiran tebuan tanah biasanya lebih banyak pada musim buah-buahan dan sekiranya ternampak tebuan walaupun seekor, anda perlu berhati-hati kerana ada sarang di kawasan berhampiran.

PERIHAL SENGATAN

Serangga daripada spesis himenoptera ini sebenarnya boleh menyebabkan tindak balas keracunan mendadak serta alahan. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan dan kemudian bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa.

Tanda dan gejala

Setempat:
  • Kesakitan yang teruk pada bahagian yang disengat.
  • Rasa gatal di sekeliling tempat sengatan.
  • Lebam di sekeliling tempat sengatan
  • Titik kesan sengatan kelihatan kemerah-merahan.
  • Sengatan kadang-kadang masih melekat pada tisu badan.
  • Bernanah.

Gejala Sistemik:
  • Bagi mangsa yang sangat sensitif kepada racun sengatan ini,mereka akan mengalami gejala pengsan dan turun tekanan darah.
  • Mengalami gejala kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut, kalau tidak mendapat rawatan segera.

Gejala kejutan anafilaksis adalah seperti:
  • Pucat dan kulit yang sejuk.
  • Berpeluh.
  • Ruam menyeluruh
  • Bengkak pada salur darah.
  • Pertuturan yang tidak jelas (slurred)
  • Gangguan emosi, keliru dan resah-gelisah.
  • Kadar pernafasan meningkat.
  • Kesukaran bernafas.
  • Tidak sedarkan diri.

Komplikasi:
  • Bengkak yang serius.
  • Kegagalan sistem pernafasan.
  • Kegagalan fungsi jantung.
  • Gangrene.
  • Kematian.

Dapatkan Rawatan Secepat Mungkin

"Tidak pernah saya merasakan kesakitan seperti yang saya alami ketika itu. Bisanya terasa mencucuk hingga ke tulang."

Begitulah kata-kata salah seorang mangsa serangan tebuan seperti yang pernah dilaporkan di Malaysia.

Seseorang yang terkena sengatan Tebuan perlu mendapatkan rawatan segera, terutamanya melibatkan kanak-kanak.

Tebuan mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih 4 sentimeter (sm).

Jika racun dilepaskan, walau setitik, ia mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa.

Jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota badan yang disengat.

Bukan itu saja, sekiranya sengatan terkena pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ianya memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, boleh membawa maut.

Rawatan

Bahaya Sengatan Tebuan

Sengatan tebuan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Lakukanlah tindakan kecemasan pertama yang boleh menghalang racun untuk merebak.

Antara langkah yang perlu anda lakukan adalah:
  • Letakkan ais atau air sejuk pada bahagian sengatan untuk membekukan tempat sengatan sekali gus menghalang racun untuk merebak dalam tempoh tertentu.
  • Bawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa 2 jam untuk mengelak racun merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah.

Namun, bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius pada alergi.

Antara simpton yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan menjadi lemah.

Kesimpulannya, kematian akibat disengat tebuan adalah isu yang perlu dipandang serius dan secara teorinya, lemah daya ketahanan tubuh dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Jadi, berhati-hatilah!

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Kekaguman Ilmuwan Bukan Islam Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme

Kekaguman Ilmuwan Bukan Islam Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme

Kematian tragis George Floyd di Amerika Syarikat menyebabkan gema di seluruh dunia, dibuktikan dengan banyak kecaman masyarakat terhadap tragedi di sebalik kematian golongan Afrika-Amerika, dengan perbezaan kaum, etnik, agama dan sebagainya sering menjadi tembok perisai golongan majoriti untuk terus menekan golongan minoriti.

Dr Craig anti rasis

Namun, perbezaan ini bukanlah hak untuk golongan majoriti membunuh atau menidakkan hak kumpulan kecil.

Seorang dai terkenal dari Indonesia, KH Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym pada awal bulan Jun 2020 yang lalu telah memuat naik video di mana seorang lelaki bukan Islam menceritakan kekagumannya terhadap cara Nabi Muhammad menangani isu perkauman.

Di dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram @aagym, lelaki bukan islam itu menjelaskan Nabi Muhammad SAW adalah orang pertama dalam sejarah kemanusiaan yang menyatakan dengan tegas bahawa tidak ada kaum yang berada di atas kaum yang lain.

Nabi Muhammad SAW mengajar tentang persamaan kaum dan memperjuangkan keadilan untuk semua.

Lelaki itu kemudiannya merujuk salah satu khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW di bukit Arafat pada tahun 632 M, isinya adalah semua manusia berasal dari Adam dan Hawa.

Orang Arab tidak mempunyai kelebihan ke atas orang bukan Arab. Dan orang bukan Arab juga tidak mempunyai kelebihan ke atas orang Arab.

Orang kulit putih juga tidak mempunyai kelebihan ke atas orang kulit hitam, begitu juga orang kulit hitam tidak mempunyai kelebihan ke atas orang berkulit putih. Semuanya sama kecuali dengan ketakwaan dan perbuatan baik.

"Rasulullah SAW sangat menentang rasisme, di mana pada zamannya dia mempromosikan anti-rasisme, yang tentunya berbeza dengan fahaman non-rasisme. Di mana perbezaannya?

Apabila orang yang anti-rasisme tidak menyuarakan pandangannya secara terbuka, ini ditafsirkan bahawa dia tidak berusaha untuk menghilangkan apa sahaja bentuk perkauman yang berada dalam komunitinya," kata lelaki itu dalam rakaman video.

Secara tidak langsung, aksi anti-rasisme, katanya, hanya berpegang pada prinsip individu dan itu tidak akan dapat mengubah budaya perkauman yang telah wujud di dalam lingkungan masyarakatnya.

Di dalam kempen anti-rasisme, pada zamannya, Rasulullah menentang dan membongkar semua bentuk perkauman, baik yang dilakukan secara tersembunyi ataupun terbuka.

Rasulullah menganggap perkauman adalah sumber kepada kesombongan yang ada dalam diri manusia.

"Dalam keadaan dunia yang semakin beragam dan saling berkaitan, sangat penting bagi kita untuk mengikuti ajaran Nabi Muhammad.

"Saya sendiri bukan seorang Muslim, tetapi saya sangat terinspirasi oleh idea-idea anti-rasisme Nabi Muhammad kerana dia menunjukkan bahawa seseorang itu dibezakan daripada orang lain bukan berdasarkan bangsa atau etnik, tetapi dari kualiti watak dan tingkah laku seseorang," kata lelaki itu di akhir video.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Friday, July 03, 2020

Ketahui Khasiat Dan Manfaat Lidah Buaya

Ketahui Khasiat Dan Manfaat Lidah Buaya

Lidah buaya (Aloe vera) adalah spesies tumbuhan herba dari keluarga Liliaceae, dengan hampir 420 spesies, berasal dari Afrika Utara dan mudah ditemui di seluruh dunia kerana tumbuhan ini dapat beradaptasi dalam semua iklim.

Pokok Lidah Buaya

Orang-orang Mesir purba telah mula menggunakan Aloe vera sebagai antiseptik sejak tahun 1500 sebelum Masihi untuk merawat jangkitan kuman, serangan penyakit dan kelecuran akibat terbakar.

Nama 'aloe' juga berasal daripada perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit, mengandungi 96% kandungan air, manakala 4% lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

MANFAAT LIDAH BUAYA

Pokok lidah buaya mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik.

80% populasi dunia menggunakan tumbuhan herba untuk merawat penyakit.

Pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan herba yang wajib ditanam di rumah kerana dapat digunakan sebagai antiseptik tatkala kita berhadapan detik kemalangan atau kecemasan di rumah mahupun ketika ingin dijadikan sebagai makanan tambahan.

Bahagian lidah buaya yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik ialah daunnya. Rahsia keajaibannya terletak pada nutrien dan bahan penting termasuk air, vitamin A, B, C, dan E.

Malah, Lidah Buaya dikatakan mengandungi lebih daripada 20 mineral yang secara tidak langsung membuatkan ia bukan saja unik dan menarik sebagai tanaman hiasan serta penawar.

MANFAAT KECANTIKAN

Melembapkan Kulit

Anda mengalami masalah kulit kering? Aloe Vera boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Antara manfaat utama pokok ini ialah ia mempunyai tinggi kandungan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.

Mencerahkan Kulit

Pernahkah anda terdengar tentang khasiat lidah buaya sebagai pencerah kulit wajah? Jika tidak, ia merupakan sumber semula jadi yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit kusam.

Bahan seperti Aloesin dan Aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah.

Walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang berkesan maka, ia harus digunakan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Mengurangkan jerawat

Jika anda melihat pencuci muka di pasaran mengandungi Aloe vera, anda tidak lagi perlu berasa was-was.

Hal ini kerana, Aloe Vera digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Apabila anda melihat terdapat jerawat pada wajah, sapukan gel tersebut pada permukaan jerawat dan biarkan ia semalaman.

Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi kurang daripada biasa.

Mengecilkan pori-pori wajah

Jika anda sering terganggu dengan pori-pori yang kerap timbul pada wajah, anda boleh gunakan pokok Lidah Buaya untuk mengatasinya.

Aloe vera memiliki kebolehan untuk mengurangkan pori-pori pada wajah.

MANFAAT PERUBATAN

Jika anda sedang mengalami masalah kulit yang kronik, anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan ini untuk mengelakkan masalah tersebut.

Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar

Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit, anda boleh meletakkan gel aloe vera pada bahagian kulit yang terjejas.

Ia berupaya untuk mengurangkan iritasi dan keradangan pada kawasan terjejas. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Membantu merawat luka

Luka-luka kecil yang boleh menyebabkan gejala seperti pedih boleh dirawat menggunakan tumbuh-tumbuhan ini.

Aloe Vera mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan parut luka.

Membantu merawat Ekzema, Seborrheic Dermatitis

Manfaat melembabkan kulit juga boleh membantu merawat penyakit kulit kering ini namun, rawatan yang diberikan doktor harus dilaksanakan dan diberi keutamaan.

Merawat lesi vesikular jangkitan virus Herpes pada bibir 'cold sore'

Anda boleh meletakkan gel Aloe Vera dua kali sehari pada permukaan vesikular tersebut. Ia boleh membantu menyembuhkan jangkitan virus Herpes.

CARA BUAT MASKER LIDAH BUAYA

Aloe Vera boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain untuk menghasilkan masker yang berkesan.

Pelbagai alternatif bahan yang boleh digunakan seperti kacang badam, madu, susu, buah pisang dan sebagainya.

Kami akan menerangkan cara penghasilan masker lidah buaya dan madu, yang berperanan untuk mengurangkan keradangan kulit serta berfungsi sebagai antibakteria kepada kulit.

Bahan-bahan:
  • 1 sudu kecil gel lidah buaya.
  • 1 sudu kecil madu.

Cara-cara:
  • Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati.
  • Lumurkan masker tersebut pada wajah dengan rata.
  • Biarkan masker selama 20 minit untuk diserap oleh wajah.
  • Bilas dengan air suam.
  • Keringkan wajah dengan tuala yang bersih.
  • Selesai.

KHASIAT LIDAH BUAYA

Pengamal perubatan moden mula menggunakan lidah buaya semenjak tahun 1930an.

Lidah buaya digunakan sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem pertahanan badan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing, hati dan sistem penghadaman serta mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan.

Apabila digunakan secara luaran, Lidah Buaya sangat berkesan untuk membantu merawat termasuk gigitan serangga, jerawat, selaran matahari, ruam, parut, cela dan kudis.

Cara Penggunaan Lidah Buaya

Bagi kegunaan di rumah, gel daripada daun lidah buaya boleh digunakan untuk merawat bahagian badan yang melecur atau melepuh.

Selain itu, lidah buaya juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan ketika demam dengan menyapu gel pada kepala dan dahi. Proses penyembuhan luka juga dapat dipercepatkan dengan menyapu bahagian luka dengan gel Aloe vera.

Bukan itu sahaja, bagi wanita-wanita yang mementingkan kecantikan menggunakan bahan semulajadi, lidah buaya merupakan tumbuhan herba terbaik untuk digunakan bagi menggantikan produk kosmetik di pasaran.

Gel daripada daun lidah buaya dapat membantu mencegah jerawat, menegangkan kulit muka dan menambahkan kelembapan kulit, juga dapat melebat dan menyuburkan rambut.

Gel aloe vera juga boleh diminum.

Penting:
  • Sebelum menggunakan gel lidah buaya, rendam keratan batang di dalam air selama 1-2 jam untuk menghilangkan pulutnya kerana beracun.
  • Selepas direndam, ia selamat digunakan, malah boleh diminum untuk kesihatan.

CARA TANAM LIDAH BUAYA

Lidah buaya memerlukan cahaya matahari selama lapan hingga 10 jam sehari, sementara pertumbuhan paling baik adalah pada suhu hangat atau panas.

Namun, Lidah Buaya juga mampu bertahan dan hidup pada cuaca sejuk tapi bukan di bawah negatif empat darjah Celsius.

Jika anda menanam pokok lidah buaya di dalam pasu, pastikan bekas tanaman itu mempunyai lubang pada dasarnya supaya sistem pengaliran air sempurna.

Ini kerana pengaliran air yang tidak sempurna boleh menyebabkan tanah di dalam bekas tanaman itu basah dan lembap.

Kondisi tanah yang sentiasa lembab boleh menyebabkan Lidah Buaya cepat mati.

Jika daunnya tumbuh mendatar atau rapat ke tanah itu bermakna ia memerlukan cahaya matahari yang banyak. Daun lidah buaya seharusnya tumbuh meninggi atau melebar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Dayang Senandong, Kisah Puteri Raja Yang Di Sumpah Menjadi Hitam!

Dayang Senandong, Kisah Puteri Raja Yang Di Sumpah Menjadi Hitam!

Nama watak Dayang Senandung (Senandong) biasanya dikaitkan dengan filem klasik yang diterbitkan dalam bentuk hitam putih pada tahun 1965, yang mengisahkan seorang puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan.

Watak Dayang Senandong

Al-kisahnya, puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan dari seorang rakyat jelata yang bertubuh hitam dan telah dihukum bunuh oleh baginda Sultan (lakonan Haji Mahadi) akibat dihasut oleh fitnah dari seseorang.

Walaupun orang yang menyebarkan fitnah juga telah dihukum bunuh, namun sumpahan mangsa teraniaya kepada baginda Sultan terhadap keturunannya merupakan suatu doa termakbul sebelum dia menemui ajal.

Di atas nasihat seorang ahli nujum istana (lakonan Ahmad Nisfu), menyarankan bahawa sumpahan tuan puteri boleh dihapuskan dengan bersyarat di mana tuan puteri perlu dipisahkan dari kerabat diraja buat selama-lamanya.

Dengan arahan tersebut, baginda Sultan juga telah berpindah keluar dari istana dan menjadi rakyat jelata agar dapat melihat anaknya membesar di depan matanya.

Baginda Sultan mengumumkan perletakkan jawatan sebagai pemerintah. Tempatnya digantikan oleh anaknya, Putera Mahkota Iskandar (Kuswadinata).

Sebelum baginda keluar dari istana, baginda telah menganugerahkan sebentuk cincin kepada Iskandar sebagai kenang-kenangan. 17 tahun kemudian, Puteri Dayang Senandong (Sarimah) menginjak ke alam dewasa. Mereka tinggal jauh di dalam hutan di sebuah pulau yang bernama Pulau Senandong. Baginda sultan menjadi mufti agama (tok kadi) di pulau tersebut.

Suatu hari, satu rombongan baginda Sultan Kamaruzaman dari kerajaan Cahaya Nila (Ahmad Mahmud) datang berburu ke Pulau Senandong.

Tiba-tiba baginda dan para rombongannya terdengar suara seorang perempuan sedang menyanyi di balik tembok yang tinggi. Datuk Malek (Malek Sutan Muda) memberikan idea di mana beliau menyuruh Kecut (Ibrahim Pendek), Kurus (S. Shamsuddin) dan Bujang (Ahmad C) menyiasat latar belakang gadis dan keluarganya.

Keesokan harinya, mereka bertiga menghadap Kamaruzaman untuk memberitahu tentang perihal gadis yang bernama Dayang Senandong.

Selepas mendengar perkhabaran tersebut, baginda Sultan mencari helah bagaimana untuk menemui Dayang yang merupakan anak kepada mufti tersebut memandangkan terlalu banyak syarat ditetapkan oleh mufti untuk menemui keluarganya termasuk Dayang.

Sultan Kamaruzaman mengambil keputusan untuk menyamar sebagai seorang saudagar menjual kitab agama yang diperolehi dari Semenanjung Tanah Arab. Kamaruzaman ditemani oleh Kecut yang menjadi saudagar menjual kain.

Beberapa hari kemudian, Kamaruzaman ingin mengahwini Dayang. Lamaran ini direstui oleh ayahnya. Selepas bernikah, baharulah Kamaruzaman mengetahui yang isterinya seorang bertubuh gelap.

Namun disebabkan dia telah berjanji di atas nama Allah untuk menerima apa sahaja keburukan dan kelebihan yang ada pada Dayang Senandong, dia redha dengan ketentuan dari Ilahi.

Kamaruzaman dan Dayang belayar pulang ke Cahaya Nila untuk mengishtiharkan mengenai perkahwinan tersebut.

Walapun sudah 17 tahun Dayang dipisahkan dari lingkungan istana, namun Dayang masih tidak mampu menghapuskan sumpahan lampaunya. Disebabkan itu jugalah ayahnya merelakan agar Dayang dikahwinkan dengan Saudagar Kamaruzaman supaya sumpahan tersebut terhapus tanpa mengetahui yang Kamaruzaman hanyalah menyamar sebagai saudagar.

Setibanya di istana Kamaruzaman, bondanya, Raja Ampuan (Habsah Buang) tidak merestui perkahwinan di antara Kamaruzaman dan Dayang.

Bondanya tidak menyukai rupa paras Dayang yang kehitaman berbanding dengan tunang Kamaruzaman sebelum itu, Puteri Mawarni (Nor Azizah) yang nampak cantik jelita. Beberapa hari kemudian, Sultan Kamaruzaman bersama rombongan ingin berburu di tempat baharu.

Dengan itu, Dayang ditinggalkan bersama bondanya, tetapi bondanya bersikap zalim dengan mendera Dayang setiap hari dan diperhambakan seperti hamba abdi di dalam istana.

Beberapa bulan kemudian, Dayang yang sedang sarat mengandung memberitahu bondanya yang masanya untuk bersalin sudah semakin hampir. Tetapi bondanya tidak mempunyai rasa belas kasihan, dan telah mengusir Dayang keluar dari istana dan mengarahkan dua orang pegawai istana menjalankan hukuman bunuh terhadap Dayang di dalam hutan.

Setibanya di dalam hutan, dua orang pegawai tersebut tidak sampai hati untuk menjalankan hukuman mati tersebut. Salah seorang dari mereka telah membunuh seekor monyet dan diambil darahnya sebagai bukti hukuman mati telah dilaksanakan untuk dipersembahkan kepada Raja Ampuan.

Dengan itu, Raja Ampuan juga menitahkan kepada seluruh pegawai istana yang lain agar mengatakan Dayang telah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya, anaknya juga turut terkorban.

Sementara itu di dalam hutan, selang beberapa hari ditinggalkan hidup keseorangan, Dayang selamat melahirkan seorang puteri. Akibat keletihan, Dayang telah pengsan dan dalam masa yang sama.

Dengan takdir dari Allah, tubuhnya bertukar menjadi cerah di mana sumpahan lampaunya telah terhapus kerana dia sempat melahirkan zuriat di luar lingkungan istana.

Suatu hari, Dayang bernyanyi di dalam hutan untuk menidurkan anaknya. Suara nyanyiannya telah didengari oleh rombongan berburu Sultan Iskandar dari kerajaan Ratnapura.

Disitulah Iskandar mengetahui bahawa gadis yang dijumpai itu adalah adik kandungnya yang pernah disumpah dahulu melalui cincin yang ada pada Dayang adalah sama dengan cincin yang dipakai oleh Iskandar.

Iskandar mengetahui cerita sebenar mengapa adiknya dibiarkan hidup bersendirian di dalam hutan. Iskandar yang begitu marah terus melancarkan peperangan terhadap Raja Ampuan dan menjatuhkan hukuman kaeatasnya menjadi hamba istana.

Filem Dayang Senandong

Keesokan harinya, Sultan Iskandar memaafkan kesalahan Raja Ampuan yang telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan kejinya terhadap sesiapa sahaja.

Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh di mana Kecut dan Bujang tiba di istana dengan membawa utusan bahawa Sultan Kamaruzaman telah ditawan oleh Raja Shamsir (Salleh Kamil). Iskandar, Dayang dan bala tenteranya mengambil keputusan untuk belayar demi menyelamatkan Sultan Kamaruzaman disana.

Setibanya di istana Raja Shamsir, Iskandar dan Dayang (Kamal) menyamar sebagai pembawa utusan menyerahkan utusan bagi melawat Kamaruzaman.

Shamsir memberitahu bahawa Kamaruzaman menjadi tawanan Puteri Mawarni yang merupakan tunang lamanya. Selepas diberikan keizinan dari Mawarni, hanya Dayang sahaja dibenarkan untuk melawat Kamaruzaman sementara Iskandar berada diluar istana.

Beliau telah melamar Puteri Mawarni dengan berpura-pura menjadi utusan Sultan Iskandar dari kerajaan Cahaya Nila.

Puteri Mawarni mula tertarik dengan lamaran tersebut. Mereka bersetuju untuk saling bertukar cincin sebagai tanda lamaran diraja telah berjaya dilaksanakan. Dalam masa yang sama Dayang pula bertungkus lumus menyelamatkan Kamaruzaman sehingga berjaya meloloskan diri.

Selepas Shamsir mengetahui bahawa Kamaruzaman berjaya melepaskan diri dari penjara. Kali ini, Shamsir pula melancarkan perang terhadap kerajaan Cahaya Nila.

Beberapa hari kemudian, Raja Samsir, Puteri Mawarni dan rombongannya tiba di istana Sultan Kamaruzaman untuk berperang tetapi baginda telah dipujuk oleh ayahanda Iskandar dan Dayang agar tidak berbalah lagi dengan kerajaan Cahaya Nila dan rakyatnya.

Beliau mengarahkan agar Puteri Mawarni dinikahkan dengan Sultan Iskandar dari Ratnapura. Raja Samsir menurutkan sahaja agar adindanya berbahagia dengan pilihan hatinya yang baharu.

Pelakon:
  • Ahmad Mahmud sebagai Raja Kamaruzaman dari kerajaan Cahaya Nila
  • Sarimah sebagai Puteri Dayang Senandong
  • Kuswadinata sebagai Raja Iskandar dari kerajaan Ratnapura
  • Haji Mahadi sebagai Raja Ratnapura / Tok Kadi (ayah kepada Iskandar dan Dayang)
  • Salleh Kamil sebagai Raja Shamsir (abang Mawarni) dari kerajaan Kota Undan
  • Nor Azizah sebagai Puteri Mawarni (adik Raja Shamsir)
  • Habsah Buang sebagai Raja Ampuan (bonda Raja Kamaruzaman)
  • Malek Sutan Muda sebagai Datuk Malim (Cahaya Nila)
  • Ibrahim Pendek sebagai Kecut (Cahaya Nila)
  • S. Shamsuddin sebagai Ngah (Cahaya Nila)
  • Ahmad C sebagai Awang (Cahaya Nila)
  • M. Rafiee sebagai Panglima Curan (Cahaya Nila)
  • Ali Fiji sebagai Pengawal Istana (pengawal Raja Shamsir)
  • Udo Omar sebagai Temenggong Hassan (Pulau Senandong)
  • Ahmad Nisfu sebagai Ahli Nujum (Ratnapura)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Penyakit Ekzema, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Penyakit Ekzema, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit, namun bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Penyakit Ekzema
Gambar hiasan.

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dikalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya.

TANDA-TANDA EKZEMA

Kulit kering

Rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru.

Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.

Ekzema kelihatan seperti:
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Siapa yang berisiko?

Kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.

PUNCA EKZEMA

Penyebab:
  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

JENIS EKZEMA

Ada beberapa jenis ekzema dengan setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dianggarkan 1:20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

Atopic eczema

Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.
Sebirrheic eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.
Allergic contact dermatitis

Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.
Dyhidrotic eczema

Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.
Discoid eczema

Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.
Statis Eczema

Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.
Jvenille Plantar Dermatoses

Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.
KESAN DAN RISIKO PENGHIDAP EKZEMA

Kegatalan adalah masalah utama penghidap ekzema sehingga pesakit menggaru kulit sampai terluka. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman, sekali gus menjadikan ekzema sukar dikawal walaupun pesakit meneruskan rawatan ubat sapuan seperti biasa.

Rasa gatal yang berterusan juga menjadikan seseorang tidak selesa, mengganggu tidur pada waktu malam dan merasa tertekan kerana tidak dapat menumpukan perhatian dan menjalankan aktiviti atau pekerjaan harian.

Sekiranya pesakit atau ibu bapa pesakit tidak faham mengenai penyakit atopic eczema, mereka sering merasa kecewa kerana penyakit ini berulang walaupun selepas mendapat rawatan.

LAKUKAN INI DI RUMAH:
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

BAGAIMANA EKZEMA DIRAWAT SECARA PERUBATAN MODEN?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Namun, ada juga disebutkan bahawa herba-herba seperti minyak zaitun, madu, aloe vera, minyak kelapa dan cuka epal dapat menyembuhkan penyakit ekzema ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, July 02, 2020

Wanita Pengutip Tin Kosong Disangka Gelandangan, Rupa-rupanya Jutawan!

Wanita Pengutip Tin Kosong Disangka Gelandangan, Rupa-rupanya Jutawan!

Kira-kira tahun 2018 yang lalu, seorang wanita pengutip sampah yang dipandang hina penduduk tempatan di sekitar bandar New York, Amerika Syarikat, mengejutkan jirannya dengan status sebenarnya sebagai seorang jutawan.

Lisa Silversmith Millionaire

Lisa Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York.

Daily Mail melaporkan, latar belakang keluarganya juga berpendidikan tinggi apabila ibu bapanya pakar ekonomi kerajaan, manakala suaminya bertugas di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Bandar New York.

Sejak 10 tahun lalu, Lisa menolak troli sampah sambil mengutip tin setiap hari dan memperoleh sekitar AS$30 (RM122) sehari.

Katanya, mengutip tin adalah satu cara untuk dirinya bergerak aktif dan mendekati penduduk setempat.

Lisa Silversmith Millionaire

"Keluarga saya berpendapat tabiat saya ini teruk tapi saya rasa lucu. Ia menjadikan saya aktif, dapat berinteraksi dengan masyarakat.

"Mungkin saya sentiasa suka dengan kitar semula namun, alasan utama ialah kerana ia aktiviti fizikal.

"Pada masa yang sama, saya menjana sedikit pendapatan dan memastikan kawasan kejiranan ini sentiasa bersih," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

SBDJ Siri 164: Dendam Tok Guru

SBDJ Siri 164: Dendam Tok Guru

Mungkin kerana mahu memburu masa atau tidak rela ditimpa kecelakaan memaksa orang kanan dan perempuan suruhan mencakar-cakar timbunan tanah di kiri kanan lubang. Deraman tetap tenang mengkais-kais longgokan tanah di bibir lubang dengan menggunakan cangkul.

Toyol jadi-jadian

Maziah tidak ambil peduli apa yang berlaku sekelilingnya. Dia tekun dengan tugasnya membancuh simen.

"Haaaa!"

Mulut saya terlopong. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam-celikkan. Bibir di gigit dan nafas dilepaskan perlahan-lahan dan hati kecil bertanya, apakah aku kini berada di alam nyata atau di alam fantasi?

Akhirnya, saya sedar bahawa saya bukan berkhayal. Apa yang terjadi di depan mata adalah benar.

Memang, jari jemari perempuan suruhan dan orang kanan luar biasa sekali. Ruas jari-jemari mereka panjang dan bentuknya macam ruas ranting buluh kuning, manakala kuku di jari bertukar menjadi seperti kuku beruang.

"Sudah, cukup tu."

Saya lihat mahaguru angkat tangan kanan. Dia sudah dapat merasakan bahawa lubang yang ditimbus sudah sama rata dengan paras bumi dia berdiri.

Jari jemari dan kuku orang kanan serta perempuan suruhan kembali normal. Mereka berdiri sambil mengibas-ngibas telapak tangan ke kiri dan ke kanan membuang tanah yang lekat.

Di wajah mereka terpamer kepuasan yang amat sangat lalu mereka berbalas senyuman dengan mahaguru.

"Sekarang tugas kamu taruh simen sampai rata. Boleh kamu buat kerja yang senang ni?" muka Maziah ditenung oleh mahaguru.

"Boleh tok guru."

"Bagus, bila kerja tu selesai, kita berkumpul di bawah pokok mempelam. Sekarang kami pergi dulu. Kami tunggu kamu di situ. Cepat buat kerja tu masa dah suntuk, awan hitam dah dekat nak sampai ke bulan," mahaguru dongakkan mukanya ke langit.

Mahaguru segera mengajak orang kanannya, perempuan suruhan dan Deraman ke tempat yang dimaksudkan.

Mereka membiarkan Maziah terkial-kial di situ. Aneh sungguh, kenapa saya tidak dipelawa untuk ikut serta? Timbul pertanyaan dalam diri. Dan saya jadi cemas semacam.

Di tengah-tengah kedinginan malam itu, badan Maziah terus dibasahi peluh. Dia bekerja bagaikan orang gila.

Dalam waktu yang cukup singkat permukaan tanah (permukaan lubang kubur) selesai diturap dengan simen.

Maziah tersenyum puas. Maklumlah dapat menunaikan arahan mahaguru dengan sempurna.

BEREDAR

Sebelum beredar menuju ke arah kumpulan mahaguru di bawah pokok mempelam, Maziah terlebih dahulu menyapu peluh di dahi dan muka dengan kain hitam tiga segi yang dikeluarkan dari rusuk sebelah kiri.

Tanpa menoleh ke arah saya, dia pun memulakan langkah menuju arah mahaguru dan kumpulannya.

Saya makin resah ditinggalkan sendirian. Termanggu macam orang bodoh. Apakah saya harus bertahan di situ. Wajarkah saya buat macam orang bodoh untuk ikut campur dalam kumpulan mahaguru?

Saya dongakkan kepala ke langit, bintang dan bulan masih ada. Gumpalan awan hitam terus bergerak. Bunyi deru angin terus menyumbat gegendang telinga. Badan terasa dingin sekali.

Suasana demikian membuat saya merasa mengantuk dan tersengguk-sengguk.

Dari bawah pokok mempelam terdengar mahaguru memberi arahan kepada Deraman dan Maziah yang diselang seli dengan bacaan mantera yang bunyi hampir menyamai Bahasa Urdhu dan Jawa Kuno bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit.

Begitulah antara tidur dan terjaga, saya terlihat simen diatas kubur Osman Garing merekah. Kelihatan semut-semut berwarna putih sebesar jari kelingking bermunculan dari rekahan simen itu.

Di bahagian kepala dan kaki (kubur) keluar kabus nipis. Serentak dengan itu terdengar suara cengkerik cukup kuat. Boleh memekakkan telinga. Saya ketakutan.

"Allahhu Akbar..." saya menjerit sekuat hati.

Dan pada saat itu juga bahu kiri saya dipaut dari belakang dengan kasar sekali. Saya jatuh terlentang. Bila cuba bangun kepala terasa pening dan saya rebah kembali.

Dengan mata yang terbuka saya menatap bulan, bintang dan awan gemawan yang bergerak lemah di dada langit. Dada rasa seperti dihempap benda berat yang menyekat gerak tubuh saya.

"Bakal anak murid tu mesti duji," terdengar bisikan suara dari sebelah telinga kiri.

Tidak diketahui dengan pasti apakah suara bisikan itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Tidak mungkin untuk saya.

"Tarik," terdengar pekikan yang kuat.

Belum pun sempat dipastikan dari arah mana suara itu datang, sepasang kaki saya dipegang oleh sepasang tangan berbulu.

Bentuk dan rupa makhluk tangan berbulu tidak dapat dilihat. Bunyi tarikan dan hembusan nafas jelas kedengaran dan baunya hancing sekali.

"Cepat tarik."

Suara perintah kian lantang. Sukar dikesan dari arah mana suara itu muncul. Dan saya pun ditarik macam menarik bangkai anjing yang mati dilanggar lori balak.

Kerana diheret dengan kasar daging punggung dan paha terasa seperti mahu bercerai dengan anggota tubuh.

Setiap sendi bagaikan mahu tercabut. Setiap kali saya mengerang kesakitan saya diejek dengan ketawa. Suara ketawa bergerak mengikut arah angin.

Bila saya merayu agar ditarik dengan cermat muka saya di simbah dengan air yang bercampur selut (tanah liat hitam) akibatnya mata saya terasa pedih.

Mungkin kerana terlalu banyak bercakap, mulut saya disumbat dengan seketul batu sebesar penumbuk orang dewasa.

Saya sudah tidak berdaya. Saya pasrah pada Allah. Dalam keadaan sakit yang tidak tertahan-tahan itu saya terus menyebut nama Allah berulang kali.

Akhirnya, bahagian pangkal kemaluan saya dipijak-pijak. Sakitnya, Allah saja yang mengetahui.

"Sudahlah tu..."

Sepasang tangan berbulu melepaskan sepasang kaki saya yang diseret. Hati terasa lega tetapi, rasa pedih yang perit di bahagian belakang, punggung dan paha tetap terasa.

Bila saya mengerang kesakitan, tangan berbulu segera menggosok bahagian yang sakit hingga rasa sakit hilang. Tetapi, saya tetap gagal untuk melihat wajah tangan yang berbulu itu.

"Tinggalkan calon baru itu di situ."

Terdengar suara ghaib sekali lalu. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi telapak kaki orang berjalan di sebelah kanan.

Bunyi yang kuat itu beransur perlahan dan akhirnya terus hilang. Suasana terasa sepi sekali.

Kerana rasa sakit sudah hilang, saya pun terus duduk dan pada saat itu juga saya teringatkan mahaguru dan kumpulannya.

Usaha saya tidak sia-sia, mahaguru dan puaknya tersengih merenung ke arah saya. Rupanya makhluk tangan berbulu mengheret saya ke arah kawasan pokok mempelam.

Kerana perempuan suruhan pernah bercakap dan melayani saya. Tentu tidak salah kalau saya mendekatinya.

Saya yakin dia telah melihat apa yang saya alami. Fikir saya sendirian. Saya pun cuba menginsut kearahnya.

"Jangan bergerak, duduk bersila di situ," pekik orang kanan mahaguru sekuat hati.

Perempuan suruhan ketawa terkikih tetapi mahaguru dan Maziah diam terpaku kecuali biji mata saja yang bergerak merenung pergerakan saya.

"Kamu tidak boleh melepasi garisan putih," sambung orang kanan.

Saya tidak dapat buat apa-apa, terpaksa patuh pada arahan yang dikeluarkan. Jarak saya dengan kumpulan mahaguru (di bawah pokok mempelam) kira-kira sepuluh kaki.

Dipisahkan oleh garisan putih (garisan itu dibuat dari kapur) yang membentuk sebuah bulatan.

Mahaguru dan puaknya berada dalam bulatan. Mereka duduk atas peti (kotak) susu mengelilingi mahaguru sedangkan mahaguru yang berada ditengah-tengah duduk atas bangku kecil yang diperbuat daripada buluh kuning.

Antara mereka dan saya terdapat perbezaan yang cukup ketara. Saya berada diluar garisan.

Mereka duduk atas peti susu dan bangku sedangkan saya disuruh duduk mencangkung dengan sepasang tangan memeluk betis, tidak ubah macam orang tawanan perang.

Saya hanya mampu menelan air liur, setiap kali mereka meneguk kopi panas. Tidak dapat dipastikan siapakah yang menyediakan air kopi panas untuk mereka.

Barangkali air kopi memang sudah ada di dalam sebuah peti susu yang tidak diduduki oleh sesiapa.

Keadaan peti itu juga agak ganjil, dicat dengan warna hitam dan ditutup dengan kain kuning.

Walau apa pun, aroma (bau) kopi membuat saya pejam celik dan kepingin untuk menikmatinya.

Dalam keadaan perasaan yang serba tertekan itu, sayup-sayup gegendang telinga menangkap suara kokok ayam.

Nyanyian burung hantu yang menyeramkan masih bergema datang dari arah puncak bukit yang tertegun kaku.

Rasa dingin terus menggigit setiap kulit tubuh, saya menggigil tetapi, mahaguru bersama puaknya menghangatkan tubuh dengan minum air kopi panas.

Dalam usaha menghalau kedinginan saya mengigit bibir. Ternyata usaha itu tidak memberi kesan, saya terus menggigil dan gigi pun berlaga sama sendiri.

Angin terus merempuh dedaun hutan hingga bergesel sesama sendiri dan bulu roma terus berdiri.

Betapa tidak? Hasil sentuhan itu melahirkan bermacam-macam bunyi aneh. Ada suara orang menangis, ketawa dan menjerit. Begitulah silih berganti.

LEMAH

Angin yang mulanya bertiup lemah, tiba-tiba bertukar menjadi keras. Langit yang cerah mula dilitupi awan-awan hitam tebal. Saya kira tidak lama lagi bumi pasti disirami hujan.

"Kamu harus ingat. Apa yang kamu tengok tadi, tetap menjadi rahsia diri kamu seumur hidup. Biar rahsia itu pecah di perut, jangan pecah dimulut."

Memang tidak salah lagi. Itu adalah suara mahaguru dalam nada yang cukup serius. Saya pun angkat kepala dan merenung ke arahnya.

Mahaguru melepaskan renungan tajam ke wajah Maziah dan Deraman penuh makna dan rahsia tersendiri.

"Kamu berdua mesti merahsiakan tempat kamu menuntut ilmu ini, jangan beritahu sesiapa tentang diri aku, tentang orang kanan dan perempuan suruhan.

"Kalau ada orang bertanya bentuk tubuh dan muka kami, jangan beritahu. Faham?" sambung mahaguru.

"Faham," sahut Maziah dan Deraman serentak.

"Kalau ada orang yang bertanya, kemana hilangnya Osman Garing? Apa kamu nak jawap?" orang kanan kemukakan pertanyaan.

"Mati dalam laut, kena ribut," jawab Deraman.

"Kamu, apa jawapan kamu, Maziah?"

"Saya beritahu orang yang bertanya, saya tidak begitu rapat dengannya. Saya tak tahu langsung tentang hal dirinya."

"Kedua-dua jawapan boleh dipakai. Tetapi, sebaiknya jawapan mesti sama, jangan bertelagah antara satu dengan lain," orang kanan memberi pandangan.

"Kami ikut nasihat orang kanan," kata Deraman.

Senyum megah terukir di kelopak bibir orang kanan.

Seterusnya mahaguru mengingatkan Deraman (Wan) dan Maziah jangan sekali-kali melakukan pemujaan dan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya.

Ada syarat tertentu yang membolehkan pemujaan dan pembunuhan dilakukan.

Pertama, orang itu mempunyai ilmu dunia yang berlawanan dengan apa yang mereka (Maziah dan Deraman) tuntut. Bila dicabar harus bertindak. Musnahkan mereka.

Kedua, orang yang menolak atau enggan menunaikan permintaan mereka, walaupun sudah dipujuk dan sudah banyak tolak ansur.

Ketiga, orang yang sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Contohnya mereka dapat memukau orang ternama dan kaya hingga orang terbabit mengikut telunjuk mereka.

Tetapi, disaat akhir rahsia penipuan dapat dikesan oleh orang yang bakal menjadi mangsa mereka. Pada saat itu, mangsa harus diculik dan dihukum di tempat pemujaan.

Keempat, orang yang gila menuntut ilmu batin untuk jadi kebal, menuntut ilmu penggerun atau mahu mencari kekayaan dengan mudah dan taksub dengan dukun atau bomoh.

"Kamu berdua juga harus ingat, orang yang mahu dikorbankan untuk pemujaan, jangan terus dibunuh.

"Mesti dipukau terlebih dahulu, jangan dibunuh di kawasan lapang atau di tempat terbuka seperti apa yang kamu tengok tadi. Itu cuma contoh saja untuk kamu."

"Habis kemana kami nak buat kerja tu?" tanya Maziah dengan sepasang mata yang bercahaya di bawah sinar pelita minyak tanah.

"Buat dalam rumah atau pondok. Sebaiknya rumah atau pondok tu jangan ada tiang. Kalau ada tiang buat bilik dibawah rumah dan korek lubang.

"Pokoknya, mayat mesti ditanam dalam kawasan rumah, darah mesti menitik atas bumi. Ditanam dan permukaan mesti disimen.

"Kalau tak ada simen, longgokkan kayu dan bakar atas kubur hingga tak ada orang menyangka dibawah unggun api ada mayat manusia. Cara memotongnya sudah aku tunjukkan tadi."

"Iya, kami dah faham."

"Bagus," kata mahaguru dengan senyuman yang memanjang.

Kehadiran saya diluar garisan, seolah-olah tidak wujud sama sekali. Saya dibuat endah tak endah saja.

Rasa dingin mula berkurangan dan saya boleh mengerakkan jari-jemari dan tidak perlu memeluk kedua belah lutut.

Saya terus bangun dan melakukan senaman untuk memanaskan darah. Saya melompat dan membuka bunga silat untuk memanaskan dan menegangkan urat di setiap sendi.

"Duduk," jerit perempuan suruhan.

Belum sempat saya menjawab, seketul tanah hitam sebesar buah ciku (sawo) dilontar tepat ke bahu kanan.

Serta merta sendi lutut saya jadi lemah dan tidak mampu berdiri. Saya terus jatuh terduduk disitu.

"Duduk diam-diam disitu," sambung perempuan suruhan.

"Pulihkan sendinya," orang kanan keluarkan perintah.

Perempuan suruhan segera melompat melepasi garis putih menuju ke arah saya. Hidung saya dicuitnya dengan ibu jari kaki kirinya.

Kedua belah sendi lutut kembali berfungsi dengan baik. Kerana sudah dilarang jangan bergerak kemana-mana, saya terus diam di situ.

Mahaguru memetik ibu jari kiri ke arah orang kanannya. Saya lihat orang kanan angguk kepala.

Dari gerak-geri tersebut, saya mula faham, tugas selanjutnya di serahkan kepada orang kanan.

"Darah pertama biarkan menitik atas bumi, darah selebihnya kamu ambil dan sapukan kemuka, terutama bagi orang perempuan, dengan itu kulit muka lambat kecut, sentiasa nampak awet muda. Tadi sudah aku terangkan," orang kanan memulakan kuliahnya.

"Iya. Saya ingat," sahut Maziah

"Kamu kesal Osman Garing jadi korban pemujaan?"

Maziah tidak menjawab.

"Bagaimana dengan kamu Deraman?"

Saya lihat Deraman resah semacam. Mahaguru menggigit bibir, di wajah terbayang keraguan.

Dia merasa sangsi terhadap dua orang anak muridnya yang sudah ditauliahkan itu. Dia segera memberi isyarat kepada orang kanan supaya menyerahkan tugas itu kepadanya kembali. Orang kanan anggukkan kepala.

PUCAT

Mahaguru genggam penumbuk, sementara tangan kirinya menarik lawi ayam yang terselit di pinggang sebelah kanan.

Dua tiga kali dia menumbuk angin, sebelum lawi ayam yang berulukan gading gajah bertukar tempat. Dari telapak tangan kiri melompat ke talapak tangan kanan.

Lawi ayam dikeluarkan dari sarungnya. Dua tiga kali lawi ayam diacukan ke batang leher Maziah dan Deraman.

"Jangan khianat aku."

Saya lihat muka Maziah dan Deraman pucat lesi.

"Saya cakap kamu suka atau tidak Osman Garing dibunuh."

"Suka tok guru."

"Humm... Kamu berdua suka aku bertindak kasar dan biadab?"

"Maafkan kami tok guru."

"Hummmm.."

Malam kian tua, awan hitam masih bergerak lemah di dada langit. Suara burung hantu jarang kedengaran. Angin bagaikan penat mahu menyentuh dedaun di hujung reranting.

Ayam bagaikan sudah bosan mahu berkokok. Tetapi, cahaya dari pelita minyak tanah tetap setia menerangi tempat mahaguru dan pengikutnya berkumpul.

Begitulah, ditengah-tengah kelesuan malam yang kian tua, kemarahan yang pada mulanya membara dalam dada mahaguru terus padam.

Dengan secara sepontan mahaguru membuka rahsia.

"Kamu berdua tak tahu, atau sengaja pura-pura tidak tahu yang si Osman Garing tu ada ilmu. Hari pertama aku tengok ekor matanya, aku dah tahu. Dia bukan datang dengan dada kosong."

"Dia beritahu saya, dia tak ada apa-apa. Dadanya kosong, dia datang ke sini semata-mata nak tuntut ilmu. Nak belas dendam dengan orang yang buat jahat padanya," kata Deraman.

"Memang begitulah cara dia menipu kamu. Itu cara dia minta simpati dengan kamu. Eh! Kamu tak sedar dia ada hati dengan Maziah.

"Malah nak jadikan Maziah bininya. Dia nak tengok siapa handal berkayuh sampan atas katil," tutur mahaguru bersama senyum sinis.

Biji mata Deraman terbeliak. Dia tidak menduga sampai sejauh itu Osman Garing mahu bermain serong dengannya.

"Tapi, dia nampak cukup baik tok guru," Maziah pula bersuara.

Mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Maziah itu, mahaguru ketawa terbahak-bahak. Dua tiga kali dia gelengkan kepala.

"Orang nak pekenakan kamu, kamu kata baik Maziah. Kamu tak tahu dia datang ke sini nak menguji aku dan aku pula berazam nak menjadikan dirinya mangsa pemujaan.

"Kerana dia rela jadi anak murid aku, senanglah aku menguasainya. Kalau dia datang nak berlawan dengan aku, sulit juga aku dibuatnya," mahaguru menarik nafas panjang.

Maziah dan Deraman berpandangan sesama sendiri. Orang kanan dan perempuan suruhan mengikuti cerita dari mahaguru penuh minat.

"Tak mengapa, semuanya sudah selesai," cetus mahaguru lagi dengan perasaan yang cukup lega sekali.

Buat beberapa minit mereka tidak berkata-kata. Masing-masing termenung panjang. Barangkali mereka sedang membuat rumusan tersendiri tentang cerita yang dituturkan oleh mahaguru itu.

"Tak lama lagi ada orang muda yang nak aku jadikan korban pemujaan. Itupun kalau orang muda itu berhasrat nak mencabar aku," suara mahaguru memecahkan suasana bungkam yang menguasai kawasan bawah pokok mempelam.

"Siapa orangnya tok guru?" dengan lantang Maziah bertanya.

KORBAN

Ternyata cara yang dilakukan oleh Maziah itu dianggap keterlaluan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.

Kerana mahaguru tidak memperlihatkan sebarang reaksi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

"Sabar dulu anak muridku yang setia. Terpaksa ambil masa, tak boleh terburu-buru," dengan nada suara yang lembut mahaguru bersuara.

Matanya tertumpu ke sumbu pelita minyak tanah yang terbakar.

"Aku rasa kamu berdua tak sempat nak tengok upacara pemujaan itu," tambah mahaguru.

"Kenapa pula?" desak Deraman.

"Sebabnya esok atau lusa kamu berdua nak tinggalkan tempat ini. Kau orang dah tamat buat apa duduk sini.

"Orang yang mahu dikorbankan itu bergantung kepada keadaan. Bila ada murid yang sudah tamat menuntut dan mahu diberi tauliah, barulah korban dan pemujaan dibuat.

"Sekarang kau dah faham kenapa aku tak beritahu nama orang dan masanya?"

"Kami faham mahaguru," sahut Maziah dan Deraman serentak.

Sebaik sahaja mahaguru selesai bercakap, darah saya tersirap kerana pada hemat saya orang yang dimaklum oleh mahaguru laknat itu adalah batang tubuh saya.

"Maziah," teriak orang kanan.

"Kalau kamu mahu kulit anu dan hatinya untuk dibuat bedak atau jamu awet muda, bolehlah aku simpan."

"Boleh juga tolong simpankan."

Selesai saja Maziah menjawab pertanyaan dari orang kanan mahaguru, terdengar bunyi petir yang amat kuat bersama sinaran cahaya kilat.

Gerakan jantung bagaikan terhenti dan saya terlihat pohon enau (kabung) yang berada tidak jauh dari kawasan saya dan anak buah mahaguru duduk terbakar.

Api terus menjilat bahagian atas pokok kabung. Kawasan sekitar terang benderang. Dahan mempelam sebelah kiri terus sekah.

Mahaguru dan pengikutnya bernasib baik kerana dahan mempelam tidak menghempap kepala mereka.

Mungkin kerana terkejut membuat mereka melompat dan berada diluar garisan bulat.

Bahang panas mula tersebar. Kulit muka terasa seperti dibakar. Dan serentak dengan itu hujan turun mencurah curah. Keadaan menjadi kelam-kabut.

"Berteduh dalam rumah, cepat masuk."

Dalam hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup, mahaguru mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Arahan itu segera dipatuhi.

Dalam usaha mencari tempat selamat, saya segera berpatah balik ke arah 'batang mayat' tempat tubuh Osman Garing dikerat.

Darah yang bercampur dengan air hujan meleleh di batang mayat sebelum menitik ke atas permukaan bumi.

Dalam cahaya kilat yang muncul sekali sekala saya sempat melihat simen di permukaan (tempat Osman Garing ditanam) tanah dibawa oleh air hujan sedikit demi sedikit ke kawasan rendah.

Suasana sekitar gelap-gelita (semua jamung dan pelita minyak tanah padam akibat ditimpa hujan).

Sebaik saja saya berlindung di bucu 'batang mayat', terdengar bunyi petir yang membuat telinga terasa pekak dan bumi terasa macam bergegar.

"La haula walla..."

Itu yang terpancut dari kelopak bibir saya, bila melihat pokok mempelam (tempat mahaguru dan orangnya berkumpul) dipanah petir.

Batangnya terkopak dua. Daun dan ranting hangus dimakan api. Pangkal dan akar pokok tercabut dari bumi dan pokok terus tumbang kaku.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 164/284

BACA: SBDJ Siri 163: Mayat Dalam Guni
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Rampasan Dadah Amphetamin Terbesar Di Dunia Bernilai AS$1.12 Bilion!

Rampasan Dadah Amphetamin Terbesar Di Dunia Bernilai AS$1.12 Bilion!

Polis Itali berjaya merampas dadah jenis amphetamin seberat 14 tan yang dihasilkan oleh kumpulan pengganas Daesh di Syria, menjadikannya rampasan dadah terbesar di dunia, dalam bentuk 84 juta pil menggunakan jenama Captagon.

Rampasan dadah

Dadah tersebut tersembunyi di antara barang industri di dalam bekas yang dianggarkan bernilai sekitar AS$1.12 bilion (RM4.8 bilion) untuk dijual di pasaran Eropah, bertujuan membiayai keganasan, menurut kenyataan polis Napoli.

Pengganas Daesh membiayai kegiatannya terutama dengan mengedar dadah yang dihasilkan di Syria, di mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pengeluar amphetamin terbesar di dunia.

Jumlah dadah yang dirampas cukup untuk pasaran seluruh Eropah, tanpa menyatakan jangka waktu yang spesifik.

Memetik Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA), polis Napoli berkata, kumpulan Daesh memanfaatkan pengedaran dadah secara meluas di semua wilayah di mana ia mempengaruhi dan mengawal perdagangannya.

Menurut polis, kumpulan Daesh menghasilkan sejumlah besar dadah sintetik bagi pasaran dunia supaya dapat mengumpul dana yang banyak.

Antara kumpulan penjenayah yang mungkin terbabit dalam pengedaran dadah itu termasuklah Camorra Napoli yang sangat terkenal.

BAHAYA AMPHETAMIN

Rampasan Dadah Amphetamin
Syabu.

Penagih yang mengambil amphetamin (Syabu) sama ada melalui suntikan atau memakan terus akan merasai dua fasa kesan yang berbeza; fasa meningkat (rush) dan fasa menurun (crash).

Semasa fasa meningkat, penagih mengalami halusinasi bunyi dan penglihatan, perasaan seronok dan khayal (euforia).

Fasa ini lebih cepat diperoleh melalui suntikan. Dengan itu ia diambil secara suntikan, bukan lagi melalui mulut.

Fasa menurun pula merupakan fasa yang ditunjukkan oleh kesan pengurangan dadah di dalam badan.

Di antara kesannya ialah rasa mengantuk serta tidur untuk jangka masa lama, bergantung kepada jumlah dos yang diambil. Fasa ini akan dirasai sehingga beberapa hari selepas amfetamin diambil.

Kesan Buruk Amphetamin

Bagi pencuba yang baru pertama kali mengambil amphetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan tumpuan dalam aktiviti yang dilakukan, perasaan gembira, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.

Keracunan juga berlaku dan di antara gejala keracunan termasuklah gelisah, fikiran keliru, tekanan darah tinggi, denyutan jantung cepat serta tidak seragam, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala, dan suhu badan meningkat.

Dalam kes keracunan teruk, mereka akan mendapat gejala seperti sawan, suhu badan melebihi 40 darjah selsius, serangan mengejut penyakit jantung, strok dan kematian.

Dakwaan kebolehan luar biasa seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi pernah dilakukan oleh penagih amphetamin.

Mereka juga bersikap ganas kerana amphetamin telah mempengaruhi otak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2