Thursday, April 11, 2019

Pokok Rhu, Potensi Tanaman Kayu Ini Sebagai Bisnes Lumayan

Pokok Rhu, Potensi Tanaman Kayu Ini Sebagai Bisnes Lumayan

Pokok Ru juga dipanggil sebagai Pokok Rhu, Rhu Laut, Aru (Malaysia), Ku; Son thala (Thai), ai samara; aru; cemara; eru (Indonesia), beach she-oak; casuarina, sea oaks (English), phi laong ; duong (Vietnam), jangli saru; jungli (Hindi) dan sebagainya, adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae yang banyak terdapat di kawasan pantai di Malaysia.

Manfaat Pokok Rhu

Kita mudah mengenali pokok ini kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan juga didalam kawasan taman bunga sebagai pokok hiasan, penghadang angin (wind breaker) dan tumbuh subur di kawasan tropika.

Spesies Pokok Rhu

Ada dua spesies pokok Ru jenis tropika iaitu, Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia dan satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies incana.

Jenis pertama yang banyak dinegara kita adalah pokok ru bersaiz besar (mencecah ketinggian sehingga 35 meter) sementara jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja.

Kayu Keras

Biji Pokok Rhu
Biji Pokok Rhu.

Kayu pokok Ru merupakan jenis kayu keras dan sesuai untuk digunakan untuk pelbagai tujuan yang berasaskan kayu keras, terutamanya dalam pembinaan rumah papan sebagai beruti, tiang dan dinding.

Pokok Ru mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam (pine-needle- like leaves). Daun Ru berwarna hijau dan amat tahan dalam banyak keadaan sama ada air masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau.

Paling unik mengenai pokok Ru adalah buahnya yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers.

Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh dan tidak mudah patah walaupun berlaku tiupan angin kencang terutamanya jika ditanam di tepi pantai.

Akar tunjang yang jauh masuk ke dalam tanah juga mampu menahan pokok daripada tumbang dan kehebatannya dalam mengawal hakisan pantai.

Menanam Pokok Ru

Biji Pokok Rhu Matang
Biji Pokok Rhu Matang.

Pokok Ru mudah ditanam daripada biji benih yang disemai didalam tapak semaian atau didalam polibeg.

Biji Ru yang jatuh ke dalam air laut masin juga mempunyai ketahanan sehingga 5 tahun terapung dan apabila sampai dipantai, ianya boleh tumbuh sendiri.

Jarak penanaman pokok Ru yang disyorkan di Malaysia adalah pada jarak 3mx3m (padat) atau 4mx4m (sesuai).

Kadar pertumbuhan pokok Ru adalah cepat dimana ia mencecah ketinggian 3 meter (10 kaki) dalam masa setahun dan setinggi 7-8 meter (25 kaki) selepas 4 tahun dengan garis pusat batang sebesar 13-17 cm (5-7 inci).

Pokok Ru cepat matang dimana ia akan berbunga sepanjang tahun dan buah akan matang 18-20 minggu selepas proses 'Anthesis'.

Dalam beberapa percubaan penanaman pokok Ru secara komersil, hasil kajian mendapati pokok Ru sesuai ditebang untuk dijadikan produk kayu (timber) dalam masa 7-15 tahun selepas ditanam.

Hasil kayuan sebanyak 37,000 - 74,000 kg (40-80 metrik tan) kayu dihasilkan dari kawasan seluas satu hektar.

Kegunaan Pokok Ru

Kayu Ru sangat sesuai dijadikan beruti, dinding, tiang rumah dan kegunaan industri perabot bagaimanapun, Ru kurang sesuai untuk tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana kualiti kayunya yang keras, namun sangat baik untuk perusahaan yang memerlukan kayu keras.

Kayu pokok Ru juga merupakan bahan bakar terutamanya sebagai arang yang baik kerana kurang mengeluarkan asap dan amat tahan lama dibakar selain bahang panas yang tinggi.

Pendapatan Lumayan Tanam Pokok Ru

Jadi, jika anda berhasrat untuk membina rumah papan tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli bahan yang sangat mahal, menanam beberapa batang pokok Ru dari sekarang adalah langkah paling bijak.

Jika anda memiliki kebun sendiri, 10-20 pokok Ru sudah memadai untuk keperluan 10-20 tahun akan datang terutamanya untuk kegunaan anak cucu.

Malah, dengan harga kayu sebagai papan dan beruti yang sangat mahal juga menjadikan potensi tanaman pokok Ru sebagai pendapatan lumayan jika ditanam dalam skala yang banyak.

Benarkah Pokok Gharqad Adalah Rhu?

Ramai yang keliru tentang bagaimanakah rupanya pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok krismas, pokok rhu dan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah pokok kaktus dan sebagainya.

Pokok Gharqad yang bakal digunakan oleh puak Yahudi untuk bersembunyi nanti, bukanlah di bawah pokok saka yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 kaki tetapi di dalam rimbunan anak-anak pokok di bawah 7 kaki yang penuh duri.

Foto yang dipapar berikut, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.

Pokok Gharqad
African Boxthorn atau pokok Gharqad.

Pokok Gharqad dengan nama saintifiknya ‘Nitraria retusa’ dan sebahagian berpendapat ianya pokok ‘African Boxthorn’ dari keluarga ‘Solanaceae’ adalah sejenis pokok berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin.

Daunnya berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

Dikategorikan sebagai beracun dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1cm.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Black Hole Berjaya Ditemui NASA

Black Hole Berjaya Ditemui NASA

Sekumpulan pakar astronomi NASA mengumumkan berjaya merakamkan foto lohong hitam atau Black Hole, satu penemuan luar biasa yang tidak dijangka.

NASA Black Hole
Gambar hiasan.

Imej tersebut, yang menampakkan lingkaran cahaya jingga kekuningan membara mengelilingi bulatan hitam, dipaparkan dalam satu majlis di Washington D.C. pada Rabu.

Penemuan Black Hole ini akhirnya membuktikan teori Albert Einstein lebih seratus tahun lalu adalah benar.

Saksikan video Black Hole di bawah.

BACA INI JUGA:



sumber: astroawani

Nanas Batu Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Nanas Batu Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Nanas Batu sebenarnya hanyalah nama panggilan kerana ia bukanlah buah nanas sebenar kerana masyarakat di seluruh dunia menyebutnya sebagai buah pine dan hanya boleh didapati di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian antara 1,800 hingga 2,900 meter sahaja.

Rupa Bentuk Nanas Batu

Di malaysia terdapat juga pokok pine, namun terlalu sedikit dan buah yang dihasilkan pula bersaiz kecil.

Kenapa ramai yang memanggilnya sebagai nanas batu? Ia adalah kerana salah faham terhadap buah nanas jenis kecil seperti di bawah ini, yang mempunyai bentuk dan rupa seakan-akan buah pine.

Serupa Nanas Batu
Ini bukan Nanas Batu.

Masyarakat kita juga menganggap nanas kecil itu sudah dikeringkan, sebab itu ia bewarna coklat kehitaman.

Khasiat nanas kecil tersebut dipercayai untuk melegakan demam dan sakit batu karang, berbeza dengan buah pine yang mempunyai lebih banyak khasiat.

Biji Pokok Rhu
Biji Pokok Rhu.

Jangan pula kutip buah pokok Rhu di tepi pantai, walaupun seakan sama tetapi kuncupnya kembang ke kiri/kanan. Rupanya sangat berbeza dengan buah pine!

Kenapa saiz nanas batu ini lebih kecil berbanding nanas batu Mesir? Saiz nanas batu yang datang dari pergunungan di kawasan asia tenggara lebih kecil dari saiz nanas batu Mesir, namun khasiatnya sama! Hanya berbeza dari segi saiz dan kepekatan air rendaman sahaja!

Cara menyediakan air rebusan Nanas Batu
  • Basuh ala kadar.
  • Rendam satu nanas batu dalam jag kecil berisi 1 liter air panas atau 1 biji nanas batu dalam 1 cawan.
  • Biarkan selama satu jam sehingga kelopak-kelopaknya menguncup.
  • Siap sedia untuk diminum.

Nota:-
  • Jangan buang nenas batu yang telah direndam.
  • Jemur di tempat yang kena cahaya matahari, sehingga kering dan kelopaknya terbuka/kembang semula.
  • Jika kelopaknya tidak kembang lagi, bermaksud khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
  • Nanas batu boleh digunakan sehingga setahun lebih.

Cara pengambilan

Untuk setiap jenis masalah kesihatan, cara pengambilan normal adalah 1 kali sehari. Boleh minum samada waktu pagi atau malam. Bagi kes tertentu boleh ikut panduan di bawah ini:-
  • Untuk mengecutkan rahim bagi ibu yang baru bersalin – Minum 1 minggu sekali sahaja (waktu pagi).
  • Untuk menjarakkan anak – Minum selama tempoh hendak menjarakkan anak.
  • Untuk melawaskan kencing – Minum 1 kali sehari sehingga sembuh (waktu malam).
  • Untuk membantu melancarkan pembuangan angin – Minum waktu pagi dan malam.
  • Untuk membantu ibu-ibu yang bakal menopos (menopause) – Minum 2 hari sekali.
  • Untuk merawat strok – Minum dan sapukan pada tempat strok. InsyaAllah sembuh.
  • Untuk merawat Buasir – Minum 1 kali sehari sehingga sembuh.
  • Untuk gout – Minum 3 kali seminggu sehingga benjolan surut / kadang-kadang ia keluar cecair pada benjolan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Nenasbatu.com

SBDJ Siri 39: Dendam Orang Sabar

SBDJ Siri 39: Dendam Orang Sabar

Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh dikatakan hari-hari hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi, sebelah petang pasti hujan. Orang-orang mula mengerjakan sawah masing-masing.

SBDJ Siri 39

Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah berakhir, tetapi Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan lagi.

Kiai Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di beberapa buah kampung sekitar daerahnya.

"Kenapa datuk terima permintaannya?", saya menyoal datuk pada suatu pagi.

Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin.

Tetapi, datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu menjahanamkan diri Kiai Muslih.

"Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak baik.

"Apa salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi pun Kiai Muslih tu orang berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya”, demikian datuk memberitahu saya. Dan saya tidak membantah apa juga kemahuan datuk.

Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata rumahnya tidak putus-putus di kunjungi oleh para penduduk.

Mereka datang menemui Kiai Muslih dengan berbagai-bagai maksud.

Kebanyakan yang datang itu adalah orang-orang sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi, sakit yang di tanggung tidak juga mahu sembuh.

Bila mereka menemui Kiai Muslih dengan izin Allah penyakit yang di rawat itu terus sembuh.

Biasanya, Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang sudah dijampinya terlebih dahulu.

Kemudian tangannya bergerak sendiri mencari bahagian-bahagian yang sakit.

Bila sudah bertemu, disempurnakan dengan membaca ayat suci dari Al-Quran.

Kemudian pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional.

Perbuatannya itu seperti tidak masuk di akal tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang dirawatnya sembuh atau bertambah kurang penyakitnya.

Kerana kebolehannya yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat dihormati oleh para penduduk disitu, dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi.

Saya amat kagum dengan sikap Kiai Muslih yang tidak pernah membesarkan diri. Dia amat menghormati datuk.

Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain yang mahu memusuhi dirinya.

"Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung Malim”, Kiai Muslih mengadu pada datuk.

"Apa sakitnya?"

"Bila bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia dirasuk syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam dia tidur dengan perempuan cantik. Aku harap kau dapat menolong aku."

"Tengoklah dulu."

"Aku harap benar-benar pertolongan kau."

"Begini saja, minggu depan kita kesana”, datuk memberikan jawapan.

Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk mengeliat lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul tiga petang.

Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah sawahnya. Datuk memenuhi permintaan itu.

Ketika berjalan di tepi sawah itu, anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami. Anak muda itu terus menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.

"Pinangan saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari Langkap tu”, nada suara anak muda itu keras.

"Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada."

"Suadahlah muka sial”, anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih masih tersenyum menghadapi peristiwa itu.

Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk-penduduk kampung Kiai Muslih jadi gempar.

Seorang wanita berusia dalam lingkungan tiga puluhan ditemui mati di pinggir sawah. Seluruh badannya hitam.

Perempuan malang itu ialah sepupu dengan anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu.

Serentak dengan itu tercetus khabar-khabar angin yang mengatakan perbuatan itu dilakukan oleh Kiai Muslih.

Orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai Muslih memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan sebagai membalas dendam pada anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai.

Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu mengapi-apikan anak muda yang sememangnya memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu.

Anak muda yang sudah hilang perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda itu terus mendatangi rumah Kiai Muslih.

Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak muda itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu, Suriati hingga mati.

Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai.

Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa pun terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi.

Saya dan datuk secara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai Muslih dari kedai petang itu.

Bila kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami segera membawanya ke rumah.

Sampai di rumah Kiai Muslih mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya berdarah. Datuk terus merawat Kiai Muslih.

Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh datuk supaya tinggal di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa.

Saya terus duduk disisi Kiai Muslih yang terbaring di dalam rumahnya. Tiba-tiba saya terkejut, Kiai Muslih bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat.

"Kau uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku”, katanya pada saya.

"Mahu ke mana ?", tanya saya.

Kiai Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih merunsingkan hati datuk.

Walaupun isterinya sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih tidak juga muncul-muncul.

Kesempatan itu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak yang menyebarkan fitnah.

Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana tidak sanggup menghadapi kemarahan orang kampung terhadap perbuatannya.

Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh bersuhabat sama dalam kerja terkutuk itu.

Datuk di beri kata dua untuk membuktikan kebenaran cakapnya itu dalam tempoh dua hari oleh ketua kampung.

Jika datuk gagal, ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung tersebut.

"Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya Tamar”, kata datuk pada saya, sebaik sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung kira-kira pukul dua petang.

Selepas sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke rumah Kiai Muslih.

Dia terus duduk bersila di anjung rumah tersebut. Kedua belah tapak tanganya terlekap atas tempurung lututnya. Datuk bertafakur.

"Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu membalas dendam yang sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya, kemarahan yang dipengaruhi syaitan sudah menguasai dirinya”, dengan mendadak datuk ber­suara, wajahnya kelihatan muram.

Datuk mengajak saya pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi terang mula muram dengan awan hitam di langit. Datuk dan saya terus meredah hutan tebal.

Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang. Di atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk bersila bertafakur.

"Mantera hitam, mantera putih bersatulah”, kedengaran suara Kiai Muslih.

Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa dengan alam. Dari mulutnya terkeluar bermacam-macam mantera yang kian lama kian keras diucapkannya.

"Kiai berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan”, jerit datuk berkali-kali.

Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula bersahut-sahutan.

Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena bakar.

Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu.

Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah-curah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir.

Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ.

Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang terburu-buru itu.

"Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan kemarahan orang yang paling sabar”, ujar datuk dalam sedu sedan yang meman­jang.

Hujan lebat terus mencurah-curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air. Menjelang waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar.

Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan apa saja yang merintanginya. Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa memperdulikan hujan dan petir yang meledak di atas kepalanya.

Datuk masih juga berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam nyata.

Datuk menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal.

Saya sudah menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi, datuk saya lihat tidak mengalami apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak berasap.

"Kiai, kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati.

Serentak dengan itu Kiai Muslih menoleh kearah datuk. Tiba-tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih.

Lidah petir yang tajam menyambar ke arah Kiai Muslih. Terdengar satu gegeran yang amat kuat, seluruh kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus terbakar. Saya terus pengsan.

Bila saya sedar dari pengsan, saya dapati datuk duduk bertafakur atas bahu di tempat Kiai Muslih duduk.

Datuk membaca ayat-ayat Quran dengan nyaring dan kuat, hujan beransur-ansur teduh dan akhirnya berhenti terus.

"Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan membalas dendam sesama manusia tidak diperkenankan.

"Dalam membalas dendam orang yang tidak berdosa akan terkorban”, kata datuk pada saya, kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang hangus.

Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan menceritakan perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan insaf.

Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat kesilapan dan percaya pada khabar-khabar angin, akibatnya banyak anak buahnya yang tidak berdosa menjadi korban.

Ketua kampung juga memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai Muslih hilang di bawa air yang melanda kampung tersebut.

Walaupun begitu, datuk tetap menasihatkan ketua kampung supaya bersabar.

Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tanjung Malim, kami mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya secara ngeri.

Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika membersihkan kawasan rumahnya dari sampah sarap yang dibawa oleh air ketika banjir.

Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus menghadiahkan Al-Fatihah pada roh ketua kampung.

Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan arwah Kiai Muslih untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang lelaki di tempat tersebut.

Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim pada waktu senja, kami terus menuju ke masjid.

Setelah menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi ke sebuah kedai makan di pekan tersebut.

Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai tentang seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan mengidap penyakit ganjil.

Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang menghampakan tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk dengan penghulu.

"Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik”, ujar tuan punya kedai.

Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera beredar dari kedai tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel malam itu.

Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk tidur di masjid sahaja.

"Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni buatlah mana patut untuk bekalan hari akhirat”, kata datuk pada saya.

Ketika itu kami sedang melintasi landasan kereta api yang dibina atas dada jalan raya.

Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami berjalan ke tepi.

Hati saya tiba-tiba jadi marah dengan sikap pemandu kenderaan itu. Mereka memandu agak laju sambiI memasang lampu besar, tanpa memikirkan keselamatan orang-orang yang berjalan kaki.

Pemandu-pemandu kenderaan itu merasakan jalanraya tersebut adalah hak mereka saja.

Mereka seolah-olah berlumba dijalanraya sama ada mereka datang dari arah Kuala Lumpur atau arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim River-Tanjung Malim masih belum ada) masing-masing mahu sampai segera ke tempat yang di tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan lampu kenderaan.

"Kadang-kadang manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur pada Allah dan tidak pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak ada kemudahan”, rungut datuk.

Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya merenung kearah tiang dan lampu jalan yang setia memancarkan cahaya.

Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur sekitar tujuh puluhan memakai kain dan baju Melayu serta memakai serban hijau.

Orang tua yang kelihatan gagah itu memberi salam. Datuk membalas salamnya dan terus berjabat tangan.

"Ke mana?", tanya orang tua itu pada datuk.

"Cadang tu nak bermalam di masjid ni."

"Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat syafaatnya. Tetapi sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai polis dan nyatakan awak nak bermalam di masjid."

"Apakah ini undang-undang?"

Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan mukanya ke arah pekan Tanjung Malim.

Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari kawasan masjid.

"Bukan udang-undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak tahu kawasan sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang zaman darurat, musim orang komunis mengamuk”, jelas orang tua itu tanpa memandang wajah datuk.

"Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak."

"Sama-sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang."

Sebaik saja dia mengakhiri kata-kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah jalan raya.

Datuk terpinga-pinga ada semacam kekesalan terbayang di wajah datuk kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu.

Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis. Salah seorang anggota polis yang bertugas pada malam itu menyambut kedatangan kami dengan ramah.

Saya melihat jam yang tersangkut di dinding balai polis sudah hampir pukul dua belas tengah malam.

"Apa halnya pakcik?"

"Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid”, kata datuk.

"lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang-kadang ada pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak menentu. Siapa yang suruh pakcik kemari?"

"Haji Ramli."

"Haji Ramli?”, anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahinya.

Anggota polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan.

"Kenapa encik?"

"Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kira-kira enam bulan yang lalu dalam serangan hendap komunis di Behrang."

"Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"

"Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk agaknya”, anggota polis yang bercakap dalam loghat Kedah itu mengetawakan datuk.

Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan datuk tidak mahu mempertahankan kenyataan yang dilihatnya.

Barangkali datuk memikirkan perbuatan itu satu perbuatan yang sia-sia. Cukup sukar me­nerangkan sesuatu tanpa bersandarkan pada kenyataan yang lojik.

"Barangkali cakap encik betul”, kata datuk sebaik saja anggota polis itu berhenti ketawa.

Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang).

Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.

"Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi.

"Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan amanat seorang kawan."

"Pakcik ni Tuk Pawanglah?"

"Tidak."

"Dukun?"

"Tidak."

"Bomoh?"

“Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia."

"Pakcik ni ganjil orangnya."

"Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka."

Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping kertas kuning yang tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu datuk masukkan ke dalam saku bajunya.

"Terima kasih encik."

"Sama-sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana-mana sila laporkan diri."

"Baik encik."

Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada dalam perut masjid datuk terus membaca Al-Quran dan saya pun mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan badan.

Tempat yang sesuai saya temui, badan pun saya rebahkan dalam beberapa saat saja saya sudah tidak dapat mendengar suara datuk.

***

Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya genggam penumbuk lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku lima saya terasa sejuk menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang sedang nyenyak tidur dipaksa bangun.

"Sial”, pekik saya.

"Jangan biadab!”, balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk menekan rehang mulut saya.

Lepas itu, dia menekan pangkal pelipat kaki kanan saya beberapa minit, hingga muka dan badan saya berpeluh.

Badan terasa segar dan bertenaga rasa mengantuk dan malas terus hilang. Datuk terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid.

Di situ sudah sedia menanti dua orang lelaki. Mereka tersenyum merenung pada kami.

Salah seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui di balai polis.

Dan seorang lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak muram.

"Ada apa encik? Encik nak periksa kami?”, tanya saya.

“Tidak."

"Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk me­nyoal pada anggota polis.

Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya tersenyum.

"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti-henti menjerit”, anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.

Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di wajahnya. Memang, datuk tidak berapa suka orang lain tahu tentang kebolehannya. Datuk gigit bibir.

"Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja”, rayu lelaki yang memakai baju putih sambil merenung wajah datuk.

Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.

"Saya bukan pawang, saya bukan bomoh”, kata datuk serius. Wajah lelaki yang berbaju putih itu segera berubah.

"Kami minta tolong pakcik”, anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk termenung panjang.

"Saya bukan bomoh dan bukan pawang, saya cuma boleh berikhtiar saja. Allah yang menentukan”, nada suara datuk lemah.

"Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami”, sahut anggota polis.

Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun meninggalkan kawasan masjid.

Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah berkurangan angin pula tidak sekuat tadi bertiup.

Akhirnya, saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis tidak turut sama, dia kembali ke balai menyambung tugasnya.

Masa berada di rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dari arah barat laut.

Lelaki yang berbaju putih itu memberitahu datuk ada pertempuran di hutan antara pasukan keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya anggukkan kepala mendengar penjelasan itu.

Tetapi, saya bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan bahawa diri saya dan datuk sudah dipermainkan.

Saya membuat kesimpulan itu, kerana saya tidak terdengar suara orang menangis.

Suasana dalam rumah itu terasa tenang dan damai sekali, lampu letrik bersinar dengan terangnya.

Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki berbaju putih duduk tidak jauh dari datuk membelakangi ruang rumah.

"Mana dia anak awak?", tanya datuk.

"Begitulah keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis."

"Bawa dia kemari."

Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke ruang tamu.

Isteri lelaki berbaju putih itu dalam lingkungan usia tiga puluhan berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya.

Kelopak matanya kelihatan bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan anak yang dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur.

Tiba-tiba anak itu menangis dengan sekuat hatinya. Ma­tanya terbeliak macam melihat sesuatu yang amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya bergerak-gerak macam orang menari mengikuti irama gendang yang di palu.

Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak perempuan itu cukup comel rupa parasnya, berusia kira-kira sepuluh tahun, berambut ikal yang dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam ibunya juga.

Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau.

Budak comel itu terus menjerit dan menangis hingga wajahnya kelihatan agak kebiru-biruan.

Datuk membaca sesuatu lalu memegang tumit kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan budak comel itu terhenti. Dia kembali tidur.

Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih. Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demikian.

Sudah di bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya tetap normal.

Beberapa orang dukun tempatan pula mengatakan anaknya itu terkena sampuk ketika melintasi sebuah busut jantan sekembalinya dari sekolah.

Dukun-dukun itu cuma mengubatinya. Semuanya tidak berjaya kerana keadaan anaknya tetap macam itu.

"Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang lagi lelaki. Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas di badan saya ini sebagai cagaran”, isteri lelaki berbaju putih merayu datuk sambil menangis.

Keadaan dalam rumah sudah jadi haru biru, beberapa orang jiran kiri kanan bangunan sederet itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami.

"Begini saja. Saya minta awak membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas seberapa banyak yang boleh.

"Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak baik, memberi peluang syaitan menguasai hati awak”, kata datuk dengan tenang.

Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta jiran-jiran tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masing-masing.

Datuk memberitahu mereka selagi mereka berada disitu, datuk tidak dapat melakukan sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh jiran-jiran yang datang.

Suasana dalam rumah kembali tenang. Datuk terus menepuk lantai rumah tiga kali. Mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu, kemudian datuk meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis co­mel. Ditekannya dahi anak comel itu hingga berbekas.

"Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget”, kata datuk sambil memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya.

Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki berbaju putih itu membangunkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun. Permintaan itu di tunaikan.

Bila budak lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk, wajahnya kelihatan cemas. Datuk pun memegang tapak tangan kanannya sebentar.

"Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tok”, kata datuk sambil melepaskan tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu anggukkan kepala.

"Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?"

"Ada.”

"Seronok tak?"

"Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil memeluk pinggang kakak."

Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri lelaki berbaju putih membawa anaknya ke kamar tidur semula.

Bila isteri lelaki yang berbaju putih datang semula dan duduk di sisi suaminya, datuk pun memperkemaskan silanya.

Datuk pun mengerutkan dahinya hingga pangkal ke dua keningnya seakan-akan bertemu. Mata datuk saya lihat kian mengecil.

"Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang menari?", pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih.

Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu datuk bahawa perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan dirinya.

Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi sekali wajah lelaki itu cemas, bukanlah mudah untuk mencari kera dan tuannya waktu begini.

"Saya tak kenaI dengan tuannya?"

"Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah pergi ke sana. Tetapi ingat, jangan kau apa-apakan dia, bawa dia kemari”, beritahu datuk.

Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke tempat tersebut.

Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan.

Datuk tidak menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking.

Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan.

Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara dalam kepala saya tergambar permainan tarian kera yang pernah saya lihat.

Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat lalu lintas orang ramai.

Kera yang menari itu dikenakan baju cantik, macam baju orang perempuan serta di beri kipas yang di buat dari bilah buluh.

Tuan punya kera akan memukul gendang dan kera itu akan menari mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu.

Tamat siri 39/284

BACA: SBDJ Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 10, 2019

Kelapa Bonsai, Ini Cara Membuat Dan Menanam Paling Mudah

Kelapa Bonsai, Ini Cara Membuat Dan Menanam Paling Mudah

Untuk memilih pokok kelapa sebagai tanaman bonsai mungkin kedengaran seperti sesuatu yang mustahil tetapi, ianya kini semakin menjadi kegemaran ramai kerana cara penyediaan dan proses membuat pokok bonsai kelapa tidaklah sesukar seperti menanam bonsai dari jenis tanaman yang berdaun.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila anda cuba membuat sendiri bonsai kelapa adalah seperti berikut.

1. Pemilihan biji benih

Bonsai Kelapa Cantik

Kebiasaannya, benih untuk kelapa bonsai dipilih dari jenis pokok yang rendang seperti kelapa gading dan pandan.

Biji benih yang sesuai dibuat bonsai harus dari buah yang benar-benar matang dan diambil dari pokok.

Kelapa yang telah jatuh ke tanah tidak sesuai dijadikan bonsai kerana dikhuatiri tempurungnya telah pecah di samping pembentukan anak pokok nya nanti kurang menarik.

2. Cara semai biji benih

Bonsai Kelapa

Tunas akan tumbuh pada tampuk kelapa. Oleh itu, tentukan posisi tempurung dan tunas yang bakal di bentuk menjadi bonsai.

Jika tempurung perlu berada di bahagian bawah pokok, posisikan tampuk kelapa menghadap atas.

Manakala jika anda inginkan tempurung kelapa berada di sisi pokok seperti siput, ia harus dibaringkan.

Letakkan benih kelapa tadi di atas tanah yang mempunyai kelembapan tinggi dan dalam tempoh 1 hingga 2 minggu, tunas kelapa akan mula kelihatan.

3. Tanam semula anak pokok

Kupas Bonsai Kelapa

Setelah tunas kelapa tumbuh, sabutnya perlu dikupas dan tempurungnya dibersihkan secara perlahan-lahan. Pastikan tempurung tidak terluka. Harus berhati-hati ketika mengupas sabut agar tunasnya tidak luka.

Seterusnya, letak anak pokok bonsai kelapa di dalam pasu yang berisi medium. Tak perlu ditanam, hanya letak sahaja.

4. Membentuk bonsai

Potong Daun Bonsai Kelapa

Apabila tunas pokok kelapa bonsai telah mencapai ketinggian antara 15-20cm, kerja-kerja pembentukan bonsai sudah boleh dilakukan. Ia bertujuan mengawal tumbesaran pokok bonsai kelapa agar sentiasa kelihatan mini.

Gunakan cutter atau pisau yang paling tajam dan nipis seperti pisau cukur untuk membuang pelepah kelapa yang paling luar.

Lakukan secara berhati-hati untuk mengelak pelepah yang lain tercedera dan untuk lebih kemas, anda digalakkan untuk meninggalkan 3 pelepah kelapa sahaja bagi setiap bonsai.

Disamping itu juga, anda perlu membersihkan bahagian bawah pelepah yang ditinggalkan.

Buang bahagian yang kelihatan kehitaman atau bersabut kerana ia mampu menghentikan proses tumbesaran pelepah kelapa.

Perlahan-lahan lenturkan pelepah dan jika perlu, ikat pelepah untuk memastikan ia terbentuk mengikut design yang telah ditetapkan.

Tidak seperti tanaman bonsai lain, kelapa tidak memerlukan rutin penjagaan dan kemasan yang lama dan kerap. Hanya jika perlu sahaja.

5. Siraman dan pembajaan

Bonsai kelapa hanya perlu disiram 1 kali sehari di waktu petang. Dalam tempoh seminggu sekali, berikan air siraman yang dicampur bersama garam kerana ia adalah baja yang ideal untuk pokok kelapa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: impiana

Perceraian Jeff Bezos Dan Isteri Bernilai USD$35 Bilion, Catat Rekod Termahal Dunia

Perceraian Jeff Bezos Dan Isteri Bernilai USD$35 Bilion, Catat Rekod Termahal Dunia

Jeff Bezos, individu paling kaya di dunia setuju untuk bercerai dengan isterinya, MacKenzie, dalam kesepakatan bernilai lebih AS$35 bilion, mencatat sejarah sebagai perceraian paling mahal dan melalui kesepakatan itu, MacKenzie akan mempertahankan empat peratus saham (AS$35.6 bilion) perusahaan peruncitan raksasa dalam talian, Amazon.

Perceraian Jeff Bezos

Ia akan menjadikan MacKenzie sebagai wanita ketiga terkaya dan bekas suaminya kekal sebagai orang terkaya di dunia.

Dalam pengumumannya melalui tweet pertama dan satu-satunya sejak menyertai Twitter, MacKenzie berkata dia 'bersyukur telah menyelesaikan proses memutuskan perkahwinan dengan Jeff melalui sokongan satu sama lain'.

Sebelum mencapai kesepakatan, Jeff Bezos memegang 16.3 peratus saham di Amazon dan dia akan mengekalkan 75 peratus dari pegangan itu tetapi isterinya telah memindahkan semua hak pemilihannya kepada bekas suaminya.

Dia juga akan menyerahkan kepentingannya dalam akhbar Washington Post dan syarikat perjalanan angkasa Jeff Bezos, Blue Origin.

Pasangan yang mempunyai empat anak itu hidup bersama setahun sebelum Jeff Bezos mengasaskan Amazon pada tahun 1994.

Malah, MacKenzie merupakan salah seorang kakitangan terawal dalam perusahaan itu.

Amazon kini menjadi perusahaan runcit raksasa yang mana tahun 2018 lalu memperoleh pendapatan AS$232.8 bilion sehingga Jeff Bezos dan keluarganya mendapat keuntungan sebesar AS$131 bilion, menurut majalah Forbes.

MacKenzie adalah penulis novel yang telah menghasilkan dua buah buku berjudul 'The Testing of Luther Albright' dan 'Traps'.

Dia adalah anak didik pengarang yang juga pemenang Hadiah Pulitzer Toni Morrison di Universiti Princeton yang pernah berkata, McKenzie adalah salah seorang pelajar terbaik yang pernah diajarnya dalam kelas penulisan kreatif.

Kesepakatan perceraian Jeff Bezos dan Mackenzie jauh lebih besar berbanding rekod sebelumnya yang dipegang usahawan Alec Wildenstein dan Jocelyn yang bernilai AS$3.8 bilion pada 1999.

Perceraian mereka dilaporkan bermula dengan hubungan Jeff Bezos dengan bekas pengacara Fox TV, Lauren SÃnchez.

Setelah Jeff Bezos dan MacKenzie mengumumkan perpisahan mereka, majalah tabloid AS menerbitkan perincian hubungan Jeff Bezos dengan Lauren Sanchez termasuk mesej peribadi mereka.

Jeff Bezos menuding penerbit majalah itu, American Media Incorporated, cuba melakukan ugutan. Pihak penerbit membantah dakwaan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kenapa Pindaan MA63 Gagal?

Kenapa Pindaan MA63 Gagal?

Penolakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 sememangnya sudah dijangkakan kerana sebarang pindaan Perlembagaan tanpa mematuhi prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti ditolak sepenuhnya.

Pindaan MA63 Gagal

Dalam undian berbelah bahagi, hanya 138 Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi Perkara 1(2) di Dewan Rakyat.

Sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan undian dua pertiga atau 148 undian daripada 221 Ahli Parlimen berikutan kekosongan kerusi Parlimen Sandakan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika membacakan keputusan berkata, 138 undi bersetuju dengan pindaan berkenaan manakala tiada undian yang tidak bersetuju dan 59 undi berkecuali.

Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Ahli Parlimen Santubong, YB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan hanya ‘separuh jalan’ yang dipersetujui oleh Sarawak.

Wan Junaidi berkata, rakyat Sarawak mahu kedudukan negeri dikembalikan seperti dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pindaan ini hanyalah separuh jalan yang kita mahu, bukan sepenuhnya seperti kita mahukan Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan ke dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, pindaan yang dibuat bertujuan untuk mengembalikan perlembagaan digubal pada 1963 tetapi tidak memberi status rakan kongsi setara.

Persekutuan

Definisi “Persekutuan” dalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia adalah salah dan bertentangan dengan roh MA63, kerana bermaksud “Persekutuan 'Malaya' BUKAN Malaysia”.

Inilah diantara sebabnya kenapa MP GPS TIDAK MAHU MENGUNDI atau ABSTAIN dari mengundi RUU Pindaan Perlembagaan kerana definisi PERSEKUTUAN yang sedia ada dan salah, harus dipinda sekali.

Ia juga kerana RUU tersebut TIDAK memberi apa-apa manafaat kerana ia langsung tidak menunjuk dan memperakukan kedudukan atau STATUS Sabah dan Sarawak sebagai EQUAL PARTNER atau EQUAL PARTY kepada MA63.

Pendek kata, RUU tersebut adalah tidak lengkap, terlalu mentah dan kosong tanpa isi atau intipati yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak dan Sabah sebenarnya.

Ia adalah seperti “melepas batuk di tangga” dan di buat atas dorongan nafsu politik PH, maka ia boleh dianggap sebagai dan hanyalah helah politik semata-mata (“a mere political ploy”) .

Jika RUU tersebut diluluskan pun, ia tidak ada langsung membawa apa-apa makna atau manafaat disegi Equal partner Status dan hanya menambah kekeliruan rakyat.

Usaha Kerajaan PH dalam membentang RUU ini ternyata tidak telus, tidak tulus dan tidak ikhlas terhadap rakyat Sarawak dan Sabah maka ianya tidak di undi oleh para MP GPS.

Untuk semakan, dibawah ini adalah definisi “Persekutuan” yang sedia ada dalam Perlembagaan Malaysia.

“Artikel 160: “ Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957; Ia sepatutnya berbunyi: “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963."

Kerana definisi salah ini masih tertera dalam Perlembagaan, maka RUU pindaan pada Artikel 1(2) menjadi tidak lengkap dan tidak bermakna dan seterusnya tidak disokong serta gagal mendapat 2/3 undi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sarawakvoice

Punca Menteri Besar Johor Letak Jawatan, Terlalu Banyak Kontroversi

Punca Menteri Besar Johor Letak Jawatan, Terlalu Banyak Kontroversi

Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor, merupakan menteri besar yang dipercayai paling singkat mentadbir kerajaan negeri iaitu tidak sampai 11 bulan dari tarikh lantikan.

MB Johor letak jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene pada 12 Mei tahun 2018 lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Osman yang bertanding di kerusi DUN Kempas memperoleh 21,137 undi mengalahkan lawannya dengan majoriti 9,178 undi iaitu calon BN, Datuk Ramlee Bohani yang menerima 11,959 undi manakala calon PAS, Dzulkifli Suleiman menerima 2,321 undi.

Pengerusi PH Johor dan Bersatu Johor itu, pernah menyandang jawatan sebagai ADUN Kempas di bawah BN selama tiga penggal mulai 1999 hingga 2013 sebelum digugurkan daripada bertanding pada PRU-13.

Kontroversi

Walaupun tempoh menerajui pentadbiran kerajaan negeri terlalu singkat, Osman merupakan Menteri Besar yang agak kontroversi.

Sebaik dilantik, beliau membuat kenyataan bahawa kerajaan PH tidak akan memberi sebarang peruntukan kepada ADUN pembangkang di Johor, berbeza dengan pendirian PH di peringkat pusat yang mahu memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat, tanpa mengira sama ada kerajaan atau pembangkang.

Bagaimanapun, Osman kemudian menjelaskan hasrat awal kerajaan negeri untuk tidak menyalurkan peruntukan pembangunan kepada pembangkang, adalah keputusan yang belum lagi dimuktamadkan.

Sultan Murka

Akhbar News Straits Times (NST) turut mendakwa Osman Sapian didesak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk pihak istana.

Akhbar berkenaan memetik satu sumber sebagai berkata, kontroversi itu timbul selepas Osman dikatakan gagal menangani krisis pencemaran Sungai Kim Kim sehingga mengakibatkan 5,848 penduduk Pasir Gudang terpaksa mendapatkan rawatan selepas menyedut udara beracun.

Bukan itu saja, prestasi Menteri Besar itu juga telah diteliti sejak beberapa bulan lalu namun sehingga kini beliau dilihat masih gagal membentangkan pelan tindakan ekonomi negeri itu.

Sultan tidak berpuas hati kerana negeri Johor diperintah seperti tiada arah dan tindakan beliau melawat Batam, Indonesia ketika krisis Sungai Kim Kim berlaku adalah kemuncak segala-galanya.

Beliau dilihat seperti tidak bertanggungjawab kerana tidak mengumumkan sebarang peruntukan sebaliknya Sultan pula yang mengumumkan peruntukan RM1 juta.

Insiden ini menyebabkan beliau hilang kepercayaan pihak istana, dakwa sumber itu.

Susulan krisis Sungai Kim Kim, seramai 120 penduduk di Pasir Gudang mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan kilang-kilang kerana kecuaian dalam menangani kes pencemaran berkenaan.

Dakwaan Sijil Palsu

Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

Osman sebelum ini dilaporkan mempunyai ijazah dan diploma perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

Namun, pemeriksaan warganet mendapati UPM hanya mula menawarkan ijazah sarjana muda perakaunan pada 1985 manakala diploma perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Februari 2019 lalu, Osman mengakui beliau tidak menamatkan pengajian ketika menuntut di Kolej Pertanian Malaysia.

Osman turut menjelaskan yang beliau tidak tahu mengenai beberapa laman sesawang yang mengatakan dirinya berkelulusan diploma dan ijazah perakaunan daripada UPM.

Osman merupakan pemimpin ke-3 daripada PH yang terpalit dengan kontroversi itu selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

SBDJ Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam

SBDJ Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam

“Dapat mayatnya pun jadilah”, sahut lelaki berbadan tegap. Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar garang.


"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut. Dia menyuruh saya memadamkan lampu gasolin.

"Memadailah dengan cahaya unggun saja”, bisiknya pada saya.

Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali-kali. Datuk menggigit bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga tapak.

Kemudian berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya terletak atas dada.

"Ada kamu dengar sesuatu?”, datuk bertanya pada kami.

"Tak ada”, jawab kami serentak.

Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak kena. Macam ada sesuatu yang menghalangnya.

Datuk terus bertafakur beberapa saat. Akhirnya, dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga kali berturut-turut.

Bunyi bumi yang ditumbuk oleh datuk jelas kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh kiri dan toleh kanan.

Bila saya melihat ke arah kolam, dada saya berdebar-debar. Seluruh kolam itu sudah dipenuhi dengan burung belibis. Burung-burung itu mandi sambil membelai bulunya dengan asyik.

Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu.

Suara orang mengilai kedengaran. Pokok-pokok sekitar kolam mula bergoyang dirempuh angin.

Serentak dengan itu terdengar suara gadis membaca ayat-ayat suci. Bila suara gadis itu hilang, seekor burung belibis hitam terbang dipermukaan air dan akhirnya hinggap diatas dahan pokok yang menjulur ke atas kolam.

Angin pun berhenti bertiup. Mata burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan merenung ke arah kami.

Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan hinggap di situ.

Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya dibasahi peluh. Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan nafas saya akan mengganggu datuk yang sedang menjalankan tugasnya.

Malam pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam. Burung belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan mata saya.

Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir, bumi bagaikan bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa bumi atau puting beliung.

Saya lihat datuk mula bergerak kearah busut jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hati-hati.

Kami menarik nafas panjang. Di atas busut jantan tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk bersila dengan kedua belah tangannya mendakap dada.

Lembaga yang berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan sedang menghening cipta atau bertafakur.

Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya datuk terus berhenti.

Kami jadi resah. Tetapi, tidak seorang pun yang berani menyatakan keresahan masing-masing.

"Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke muka, dengan berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan timbul”, kami terdengar suara lelaki.

Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut datuk. Rasa ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang.

Suara itu adalah suara lembaga yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di pindahkan ke dalam diri datuk.

Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan perasaannya dengan alam ghaib.

Seterusnya kami dapat mendengar percakapan yang terjadi antara datuk dengan lembaga itu seperti berikut.

"Ada lagi yang mahu aku pinta padamu."

"Apa dia, cakaplah sekarang."

"Kami mohon keselamatan diri orang-orang yang datang ke sini. Janganlah diri mereka dianaiya."

"Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau mahu, minta cara baik."

"Bagaimana caranya?"

"Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan darahnya buang ke dalam kolam."

"Baik."

Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari pandangan kami.

Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.

"Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini”, kata datuk kepada kami.

Dia menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut. Bila lampu gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang.

Burung-burung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan lagi.

Air kolam nampak tenang dengan pokok-pokok teratai dan kiambang di permukaannya.

Kerana waktu Isyak masih ada, kami terus menunaikan sembahyang Isyak dan imamnya tetap juga datuk.

Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk menghabiskan masa malam dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan membaca Surah Yasin.

Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan senaman. Bila matahari mula terbit di kaki langit, kami sudahpun berkumpul dibibir kolam. Datuk akan melakukan upacara menepuk air kolam tersebut.

"Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang kita tatang”, ujar datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam.

Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami. Dengan hati-hati datuk pun menepuk air di kolam.

Tepukan itu menimbulkan gelombang di permukaan kolam, pokok-pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari, bersama hembusan angin yang cukup kuat.

Bila datuk menyapukan air kolam ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus berhenti.

Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu ke muka masing-masing.

Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi kolam sambil mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu.

Lebih kurang sepuluh minit datuk berbuat demikian, tiba-tiba mengapung tubuh manusia dipermukaan kolam.

"Usman, mayat Usman”, pekik lelaki berbadan tegap.

Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan menolaknya ke belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi.

Muka datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang pantang tujuh keturunan pada datuk jika ada orang lain mahu mendahului kerja-kerjanya.

"Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan semuanya”, nada suara datuk cukup keras.

Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk tertumpu pada mayat yang terapung atas permukaan kolam.

Datuk segera membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu kanan. Dengan tenang datuk turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula bergelombang.

Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam menimbulkan cahaya kilau kemilau pada gelombang air yang membentuk bulatan kecil.

Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang terapung. Lelaki gagah yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia mengarahkan kawan-kawannya supaya membuat pengusung.

Saya tidak mahu membantu mereka. Saya lebih senang melihat tindak-tanduk datuk yang berada dalam perut kolam.

Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang bertiga, mayat Usman diletakkan di atas pengusung. Untuk mengusung mayat ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah.

"Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang”, datuk mengeluarkan perintah yang ganjil.

Muka orang bertiga nampak cemas tetapi, mereka tidak berani bertanya kenapa datuk berbuat demikian.

Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan kolam itu dahulu. Kami patuh pada perintahnya.

Ketika kami melintasi pokok besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu dengan seekor harimau yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah kami. Harimau itu menuju ke kawasan kolam.

Bila kami sampai ke tepi jalan raya, mayat Usaman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh dari mayat tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan.

Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman diletakkan, saya tersua dengan tapak kaki harimau.

Saya senyum sendirian. Datuk meminta pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.

Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis Hutan itu mahu masuk ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari Usman yang hilang.

Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Kangsar telah mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya itu.

Salah seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam dan mempamerkan senyum masing-masing di bawah sinaran matahari pagi yang cerah.

"Saya ASP Mualim Hamid”, dengan keramahan, pegawai yang berbadan tegap dan berkumis rapi memperkenalkan dirinya pada datuk.

Mayat Usman yang terkapar di bibir jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh kawan-kawannya.

"Anak orang mana?", tanya datuk.

"Orang Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak."

"Dari daerah mana tu nak?"

"Saya kurang periksa pula tu."

"Bukan apa-apa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota Bharu. Orang dari Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut ceritanya tinggal di Daerah Kubang Krian dan membuka perusahaan batik di situ."

"Menarik juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?"

"Belum pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah abangnya, Uda Lanca."

"Cubalah cari di sana."

"Memang ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya. Saya nak cari anak-anak atau cucunya”, kata datuk pada pegawai Pasukan Polis Hutan itu.

Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawan-kawan Allhyarham Usman. Datuk dan ASP Mualim Hamid bercakap-cakap dengan mereka.

Kemudian ASP Mualim Hamid menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung) di Lumut.

"Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis”, beritahu ASP Mualim Hamid kepada datuk.

ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua buah trak yang berhenti di situ.

Datuk pun menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu bergerak, lagi sekali ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP Mualim memberikan alamat rumahnya kepada datuk.

"Kalau ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita bercerita panjang”, kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip.

"Tengoklah, kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah anak”, balas datuk dengan tenang.

Ketiga-tiga buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan terus bergerak.

ASP Mualim Hamid dan anak buahnya melambai-Iambaikan tangan kepada kami. Kami membalasnya dengan rasa bangga.

Datuk menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk menyuruh orang yang berbadan tegap dan kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan di tempat yang redup.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis meluru keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman.

Datuk terus menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk menarik pengusung dari belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang berkulit agak cerah.

Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk. Datuk dan pemandu jip membawa alat pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat Usman pun diletakkan atas pengusung dan di bawa ke dalam perut jip.

"Awak tak pergi sama?" tanya pemandu jip pada datuk.

"Tidak. Kawan-kawannya boleh tunjukkan tempatnya”, balas datuk sambil menepuk bahu pemandu jip itu.

Dua tahun kemudian saya mendapat tahu nama anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan.

Ayah kepada kartunis dan novel Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor Hassan.

"Saya doakan selamat sampai”, ujar datuk lagi.

Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa saat kemudian jip itu meninggalkan kami.

Suasana di situ terasa sunyi, tidak banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang.

Sampai di rumah, nenek menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang agak sugul. Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian.

Datuk terus pergi ke sungai. Datuk mandi dan membersihkan badannya. Lepas menunaikan sembahyang Zuhur datuk dan saya terus makan.

Selesai sahaja makan, datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka beberapa buah kitab agama.

Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat beberapa ekor kupu-kupu sesat yang masuk ke rumah. Kupu-kupu itu berlegar-Iegar disitu mencari jalan ke luar.

Nenek terus mendekati datuk. Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesa-gesa datuk menutup kitab yang dibacanya.

"Apa yang awak susahkan ni”, datuk mengajukan pertanyaan sambil meraba pangkal kening kirinya beberapa kali.

Nenek menarik nafas panjang. Wajah datuk direnungnya lama-lama.

"Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya”, soal datuk lagi.

Nenek garu pangkal lehernya berkali-kali. Kerongkongnya bagaikan tersekat untuk memperkatakan sesuatu kepada datuk.

Saya bangun terus menghampiri datuk dan nenek. Wajah mereka saya tatap. Temyata mereka dalam keresahan.

"Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam urusan mereka”, nenek bersuara lemah.

"Siapa orangnya?"

"Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap-tegap belaka."

"Apa katanya?"

"Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka nak bakar kita hidup-hidup."

Datuk menarik nafas panjang setelah mendengar keterangan dari nenek.

Datuk sandarkan badan pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang di panah matahari petang.

Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba mengingati orang-orang dimusuhinya.

Datuk gelengkan kepala. Sepanjang ingatannya tiada orang yang dimusuhinya.

"Siapa mereka?", tanya datuk pada nenek.

"Saya tak kenaI."

"Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan."

"Tapi kita kena berjaga-jaga."

"Saya faham”, datuk bersuara lemah.

Datuk bangun dan terus turun dari rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di bawah pokok manggis.

Datuk termenung panjang di situ. Datuk menekan-nekan bumi dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba-tiba datuk menepuk pangkal paha kirinya tiga kali berturut-turut.

"Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih”, kata datuk dengan tekanan suara yang meninggi.

Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya erat-erat. Sepasang mata datuk merenung tajam ke hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya perlahan-Iahan sambil menarik nafas.

Dadanya nampak berombak dan kedua belah bahu dan kedua belah cuping telinganya bergerak-gerak sendiri. Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.

"Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya.

"Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik kenapa orang memusuhinya”, keluh datuk sambil menggosok pangkal hidungnya hingga merah.

Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari sesuatu. Dahinya masih berkerut.

Saya hanya melihat sahaja telatah datuk. Kemudian datuk mencari arah angin datang.

"Mari”, datuk menarik tangan saya.

Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi ke kawasan tanah yang agak tinggi. Dugaan saya tidak tepat.

Datuk mengajak saya masuk ke rumah. Datuk kembali membaca kitab-kitab agama hingga menjelang waktu Asar.

Lepas sembahyang Asar, datuk kelihatan resah tidak menentu. Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak.

Semua yang di buatnya serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang besar mengganggu dirinya.

"Kiai Muslih baik orangnya”, keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya. Waktu itu sudah pukul sebelas malam.

"Tamar."

"Kenapa tuk?"

"Kau tidur dekat tok malam ini."

"Baik tok."

Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek memberikan saya sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan.

Datuk terus membaca Quran. Tiba-tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia merenung ke arah saya.

"Ingat, bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dan mengucap dua kalimah syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur."

"Baik tok”, saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.

Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi datuk kejutkan saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah memakai baju hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudah pun dililit dengan kain merah sebesar dua jari.

"Ke mana tok?"

"Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku."

"Tok marahkan saya?"

"Aku tak marah cuma menegur aja”, balas datuk dengan ketawa kecil.

Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan serius sudah berubah.

Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun kulit pipinya sudah berkedut.

Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk keluar dari rumah. Suasana terasa amat sepi sekali. Badan terasa cukup dingin.

Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke kawasan tanah lapang yang agak tinggi kedudukannya dari tanah sekelilingnya.

Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu. Saya duduk sebelah kanannya. Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Datuk terus bangun dan berdiri tegak menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi langit kelihatan begitu cerah.

Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan yang agak rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh angin.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih”, datuk bersuara.

Tidak ada apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang dari arah barat daya. Datuk tarik nafas panjang.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih”, ulang datuk lagi.

"Ya, kenapa?" saya terdengar suara.

Saya tidak dapat memastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung kiri kanan, hadapan belakang kalau kalau ada manusia yang muncul di situ. Tidak ada orang lain selain daripada kami.

"Kau sihat sekarang Muslih?"

"Sihat."

"Keadaan kampung kamu bagaimana?"

"Kemarau panjang."

"Boleh aku datang ke sana?"

"Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan angin, tapi tak berjaya."

"Macam mana kau tahu aku ada di sini."

"Tiba-tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau mahu bercakap dengan aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk bercakap dengan kau."

"Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah."

"Syukurlah pada-Nya."

"Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang."

Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua manusia yang duduk berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin.

"Balik”, saya terkejut.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa-gesa bangun dan melangkah mengikut langkah datuk yang begitu cepat.

Tetapi, saya tetap berazam mahu bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira.

Tanpa di duga sesudah sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa yang dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam usahanya untuk membantu seorang kawan.

"Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali sudah terdesak terutama waktu darurat”, kata datuk.

"Kenapa begitu tok?"

"Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang kita lawan bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti warak, jiwanya mesti bersih."

"Saya faham tok."

Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang kalau langkah kami pagi itu, merupakan langkah terakhir.

Nenek tidak mahu datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

"Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah ajal itu lainlah”, datuk memujuk nenek.

"Tapi, orang tu dah beri amaran."

"Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak dan berkuasa."

"Entahlah”, suara nenek cukup lemah.

Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan selamat pulang.

Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di daerah Sungai Manik kira-kira pukul lima petang.

Kiai Muslih yang berasal dari Pakalungan, Jawa Tengah menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.

Menurut datuk Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun tiga puluhan. Sebelum menetap di daerah Sungai Manik dia pernah tinggal di Johor.

"Bagaimana sekarang Kiai?"

"Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat."

"Cucu perempuan awak dah besar sekarang?"

"Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap."

"Siapa namanya?"

"Suariati."

"Tunangnya orang Jawa juga ke?"

“Tidak dengan orang Banjar."

"Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya."

"Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain."

Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil menjeling ke arah saya.

Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan saya melawat ke kawasan sekitar kampungnya.

Saya dapati parit dan sungai semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan merekah.

Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi penduduk-penduduk di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan air minum kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang berpusat di Teluk Intan membekalkan air sehari dua kali iaitu pada sebelah petang dan pagi.

Air yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan mandi.

Masalah besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah yang menjadi punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan.

Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa penduduk di situ.

Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada sebelah malamnya, datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk mengajak para penduduk mengadakan sembahyang hajat.

Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus mengenai cadangan datuk itu, seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai Muslih. Cepat-cepat Kiai Muslih membuka pintu.

"Kenapa?", tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.

"Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat."

"Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?"

"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”, balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.

Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua kampung itu. Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan.

Waktu kami sampai di dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga buah lampu gasolin.

Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam dewan, ketua kampung pun tiba dan terus memberikan ucapan.

Ketua kampung meminta orang yang hadir memberikan pandangan untuk mengatasi masalah kemarau panjang yang melanda kampung mereka.

Sebaik sahaja ketua kampung berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan berkata:

“Masalah hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah memberikan fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak menyerah diri begitu saja pada alam”, Kiai Muslih berhenti bercakap.

Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.

"Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam demi untuk meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya terletak pada kuasa Allah.

"Anehnya, bila saya mengajak tuan-tuan berusaha semuanya tidak mahu”, Kiai Muslih menambah.

Tiba-tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah seorang anak muda yang secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak muda itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di situ.

"Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat demikian. Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit”, kata anak muda dengan suara yang cukup lantang.

Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua kampung anggukkan kepala seolaholah bersetuju dengan pendapat anak muda itu. Kiai Muslih kelihatan tenang sambil meraba-raba janggutnya.

"Allah Maha Pemurah”, balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.

“Allah selalu memerhatikan doa orang yang takwa serta beriman”, tambah Kiai Muslih.

Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"

Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata:

"Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang Istisqa untuk memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat, hujan yang memberikan air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan kita akan dikabulkan."

Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.

"Awak siapa?"

"Saya kawan Kiai Muslih."

"Awak tahu ini bukan urusan awak."

"Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh umatnya."

Anak muda itu terdiam mendengar kata-kata dari datuk. Ketua kampung segera menyuruh anak muda itu duduk.

Setelah diadakan perbincangan selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan dua kumpulan.

Kumpulan pertama orang yang mahu melakukan sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak ada pendirian dan jarang melakukan ibadah.

Kumpulan kedua ini diketuai oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang-orang kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyak-banyaknya untuk mengatasi masalah kemarau.

Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok ini menjalankan rancangan masing-masing.

Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kampung tersebut. Yang bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri.

Manakala kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam dharurat.

Beberapa hari kemudian, terdapat tanda-tanda hari akan hujan. Langit kelihatan mendung dan gerimis mula turun yang diikuti kemudiannya dengan hujan yang amat lebat.

Semua penduduk merasa gembira menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang melakukan sembahyang tempohari.

Tamat siri 38/284

BACA: SBDJ Siri 37: Terkena Badi Belibis
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 09, 2019

Kajian Mendapati Lelaki Paling Curang

Kajian Mendapati Lelaki Paling Curang

Pada tahun 2018 yang lepas, ada satu laman web, Trustify, telah menjalankan satu kajian tentang punca-punca berlakunya CURANG, terhadap responden lelaki dan wanita, bagi mencari punca kenapa ianya terjadi.

Lelaki Paling Curang

Mereka juga telah menemuramah salah seorang penyiasat persendirian di rangkaian Trustify yang menganggarkan 90% kes yang dia kendalikan adalah berkaitan isu curang.

Trustify mengambil keputusan untuk melakukan kajian (survey) kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk melihat beberapa aspek penting tentang kecurangan.

Kebanyakan dapatan kajian ini akan membuatkan ramai terkejut, tapi kalau difikir panjang-panjang – sebenarnya logik juga.

Ini beberapa dapatan daripada kajian yang telah dilakukan;

55% lelaki mengaku menipu pasangan dengan lima atau lebih wanita. Memang playboy betul lelaki ni.

50% wanita mengakui menipu pasangan dengan seorang lelaki. Maksudnya, wanita walaupun dalam kecurangan ada kesetiaan.

32% lelaki berjumpa skandal diorang dalam talian. Hati-hatilah kalau pasangan anda aktif guna media sosial, jangan-jangan..

22% wanita bertemu dengan skandal dalam beberapa jenis tempat sosial (bar atau apa-apa pesta) atau pernah ada hubungan intim dengan orang itu.

23% lelaki kata penyebab utama diorang mencari skandal kerana kurangnya kepuasan seksual.

28% wanita mengatakan punca mereka curang disebabkan kurangnya kepuasan emosi.

40% wanita mengakui bahawa mereka tidak akan meneruskan hubungan jika pasangan mereka curang, manakala 60% lelaki mengatakan mereka akan teruskan.

Wanita lebih bersifat positif jika pasangan curang berbanding lelaki

Hampir 200 orang yang terlibat dalam kajian ini, dengan majoriti responden datang dari mereka yang berusia 25-54 tahun (68% lelaki, 77% wanita).

Untuk responden lelaki, 38% masih berkahwin dan 20% telah bercerai, manakala untuk responden wanita pula 20% masih berkahwin dan 17% sudah bercerai.

Salah satu perkara menarik – kebanyakan peserta kajian ini mengaku yang mereka melakukan kecurangan dengan orang yang sudah dikenali.

Tak kisahlah kenal melalui kerja, sekolah, kawan atau pernah menjalinkan hubungan dengan orang itu dulu.

Apabila responden ini ditanya – adakah anda pernah melakukan kecurangan semasa masih berkahwin? 36% responden lelaki dan 21% responden wanita menjawab pernah.

Bila ditanya – adakah pasangan anda pernah melakukan kecurangan, 58% responden lelaki dan 65% responden wanita menjawab, pernah.

Ada satu soalan yang best ketika ditanya – adakah mereka fikir jika pasangan itu melakukan kecurangan, perkahwinan akan berakhir?

40% lelaki berkata perkahwinan mereka berakhir disebabkan kecurangan, manakala hanya 19% wanita yang fikir macam itu.

Jadi, tak hairanlah kalau isteri Aliff Aziz, walaupun suaminya itu seekor buaya darat, masih mahu meneruskan perkahwinan walaupun sudah beberapa kali dicurangi.

Selain daripada masalah kepuasan seksual, ada juga yang curang semata-mata untuk membalas dendam.

Selain daripada kekurangan kepuasan seksual dalam perkahwinan, keinginan untuk perhatian lebih (14%) dan keinginan untuk pengalaman baru (14%) adalah antara sebab utama lelaki mengambil keputusan untuk curang.

Bagi wanita pula, 22% mengatakan sebab mereka tidak setia adalah kerana keinginan untuk membalas dendam.

Apa yang pelik adalah, tiada siapa yang menjawab mereka melakukan kecurangan sebab sudah tidak sayang dengan pasangan. Mereka mungkin masih sayang dengan pasangan, tetapi atas sebab-sebab diatas, diorang pun curang.

Mereka juga ditanya, macam mana pasangan yang melakukan kecurangan ini boleh terkantoi.

Secara umumnya, 68% lelaki dan 39% wanita yang melakukan kecurangan berkata, pasangan tidak tahu yang mereka curang.

Bagi pasangan yang ditipu, separuh daripada pasangan kantoi melalui bukti elektronik: mesej teks, e-mel atau gambar yang disimpan secara online.

Wanita Paling Setia

Pengkaji kecurangan ini juga bertanya responden mereka, seandainya kecurangan ini tidak akan membawa apa-apa kesan buruk dan dibolehkan, adakah mereka akan berlaku curang?

56% lelaki dan 70% wanita berkata mereka tidak akan curang. Terbaiklah, nampaknya dunia ni masih ramai orang yang memilih untuk setia.

Responden juga ditanya – adakah mengurat boleh dikira sebagai kecurangan? 63% lelaki berkata tidak, tetapi responden wanita terpecah dua, 43% kata ya dan 47% katakan tidak.

Tapi, majoriti responden setuju ‘one night stand’ adalah kecurangan sebab 92% lelaki dan 95% wanita setuju ia dianggap curang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soscili