Friday, March 29, 2019

SBDJ Siri 31: Rumah Misteri

SBDJ Siri 31: Rumah Misteri

Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang menggugurkan dedaun getah tua yang memagari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar.

Siri SBDJ 15

Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat.

"Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya.

"Tak ada apa-apa tok."

"Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah.

Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.

"Nama kamu siapa?"

Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu.

Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.

"Nama saya?" ulang anak muda itu.

"Ya nama kau."

"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad pengenalan dan surat beranak, Osman."

"Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?" datuk mencungkil rahsia.

Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup.

Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia.

Gagak-gagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.

"Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama sebilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.

"Mana kau tahu?", tanya datuk lagi.

"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya.

"Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati.

"Beliung itu ayah yang berikan pada bidan."

Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi.

Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar.

Tiba-tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.

"Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal Osman.

"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna."

"Apa warnanya?"

"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain."

Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena.

Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia.

Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ.

Saya memberanikan diri untuk melihatnya, tiba-tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain.

Pendengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.

"Kau simpan beliung tu di mana?"

Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya.

Dia menjawap dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu disimpan dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya.

Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar dijadikan dusun.

"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa memandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.

Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia.

Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pemah mendirikan rumah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya.

Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calaon isterinya. Dia mahu menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya.

Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal di situ.

Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat dilihatnya.

"Setiap malam badan dan pakaian saya di­lumuri dengan najis manusia dan binatang.

"Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada datuk.

Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu kelawar dan gagak.

Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak.

Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.

"Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.

Hati saya cukup hiba bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selama-lamanya.

"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula mencurigai saya.

"Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu.

"Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.

Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman disamping memberi satu harapan baru pada dirinya.

"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.

Dia senyum.

Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut-turut. Osman pun melihat jam tangan.

"Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.

Saya renung wajah datuk dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu.

"Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.

Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.

"Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.

Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak.

"Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.

"Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai."

"Saya terasa seram sejuk pakcik."

"Usah takut, aku ada dekat kau."

Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi.

Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan.

Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga.

Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. Berlegar-Iegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami.

Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burung-burung gagak itu.

Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat.

Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia.

"Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan.

Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya.

"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-suka tau”, tambah datuk.

Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu.

Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih.

Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar.

Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.

Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya.

Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi.

Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas.

Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi.

Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa.

Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ.

Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-goyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk.

Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang.

"Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat al-Quran.

"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambiI merenung wajah saya dan Osman.

Burung gagak terus berbunyi. Tiba-tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu.”

Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak.

Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah.

Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil.

Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.

"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.

Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia.

Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu daripada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu.

Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah dari anjung hingga ke dapur.

Ketika berada di ruang tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ.

Waktu datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat.

Serentak dengan itu seluruh ruang di penuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami.

Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu.

Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta-merta kelawar yang beribu-ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya.

Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk memegang ibu kunci erat-erat. Mukanya merah padam.

Saya lihat datuk meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk.

Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya.

Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.

"Kita balik”, kata datuk.

Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalanraya.

Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih.

Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.

Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya.

Tanpa berlengah-Iengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan dibawah katil.

Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat daripada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya.

Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping memelihara hantu kelawar peninggalan ayahnya.

"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu se­lama-Iamanya didampingi oleh syaitan.

"Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata datuk pada Osman.

"Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.

Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar.

Bagi menghilangkan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Osman.

"Minta pakcik al-Quran”, ujur datuk pada Osman lagi.

"Saya tak ada menyimpannya pakcik."

"Surah yasin?"

"Pun tak ada."

"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah Yasin.

"Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya.

"Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan.

"Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"

"Boleh pakcik."

"Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?"

"Paling akhir sekali kira-kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain."

"Lepas itu?"

"Tak pernah."

Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu.

Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun mereka tahu dan boleh membaca al-Quran.

Perbuatan membaca al-Quran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al-Quran akan terpisah dari diri mereka.

"Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman.

"Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.

Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al-Quran kampung tersebut) meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh.

Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri.

Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut datuk.

"Jangan kacau aku!", pekik datuk.

Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok berguguran.

Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang.

Dalam samar-samar subuh itu, saya dan datuk terpandang kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak.

Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak.

Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.

"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk sambil menyepak punggung Osman.

Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar.

Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan ditampar oleh orang.

Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa.

Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning, kemudian menjadi putih.

Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.

Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu.

Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu.

Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami.

Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain.

Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.

"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu”,

datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.

Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh.

Dia membaca sesuatu. Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan.

Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncat-Ioncat.

Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.

"Ayah”, jerit Osman.

Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman dan Osman terus pengsan.

"Biarkan dia di situ, kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya.

Sekarang lembaga itu membuka kedua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang.

Datuk melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu.

Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang.

Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung.

"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu."

Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri.

Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang.

Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit.

Kemudian datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur.

Bila matahari sudah cukup keras bersinar, datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu ditengah halaman.

Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar.

Tiba-tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala.

Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan tersebut mati akibat di panah petir).

Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi ke rumah papan teratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya.

Di ruang tengah rumah bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar.

Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu.

Sebelum datuk meninggalkan kawasan rumah itu, datuk menanam empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga pula datuk tanam paku karat yang berbalut kain kuning.

"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk ke rumah ini lagi”, bisik datuk pada Osman dan saya.

Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.

"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung berkulit hitam manis, memakai songkok hitam.

Usianya dalam lingkungan enam puluhan. Dia mempersilakan kami duduk.

"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak menduga yang dia tu ada memakai ilmu salah.

"Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada datuk.

Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya.

Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman.

Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.

"Sikap tok ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah.”

Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.

"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan be­rakhir?”, tanya ketua kampung.

"Dengan izin Allah akan berjaya."

"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya tidak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.

"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak semestinya per­mintaan kita dikabulkan oleh Allah.

"Kita harus memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah, menjalankan segala perintah dan larangannya.

"Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung.

Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.

Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia.

Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugas-tugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah.

Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan, macam suara gajah. Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang benderang.

Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami.

Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan.

Datuk segera mematahkan pokok keladi disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman.

Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia.

Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu-talu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu.

Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk. Matanya bersinar-sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api.

Dalam saat yang sama saya melihat berpuluh-puluh mayat yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur dihadapan datuk. Mayat-mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih.

Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggengam tanah itu kejap-kejap.

Dari celah-celah jari datuk keluar asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala.

Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung. Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib.

Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kira-kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.

“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.

Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan saya.

Bila datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat.

Tamat siri 31/284

BACA: SBDJ Siri 30: Ilmu Raja Kelawar
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Masalah Letih Otak Manusia Zaman Moden

Masalah Letih Otak Manusia Zaman Moden

Selepas seharian bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan di pejabat dan di rumah maka, badan memerlukan rehat yang secukupnya justeru, pada waktu malam merupakan masa terbaik untuk mendapatkan rehat yang berkualiti tanpa sebarang gangguan.

Letih Otak

Namun, kesukaran untuk tidur pada waktu malam bakal mencetuskan permasalahan besar kerana dapat menjejaskan kesihatan minda dan fizikal.

Satu kajian menyatakan bahawa individu yang berjaga malam dan bangun lewat keesokan harinya berisiko mati lebih awal.


Kajian selama enam tahun melibatkan 430,000 rakyat Britain itu mendapati individu burung hantu berisiko untuk mati lebih awal pada kadar 10 peratus lebih tinggi berbanding individu burung lark yang tidur awal dan bangun sebelum matahari muncul.

Kajian tersebut juga mendapati, orang dalam kumpulan tidur lewat malam lebih cenderung mengalami gangguan psikologi, diabetes, masalah perut dan pernafasan serta tidur lebih sedikit setiap malam. Mereka juga mencadangkan supaya golongan burung hantu diberikan rawatan khas.

Tidur pada waktu malam sangat penting untuk membaiki semula sel-sel yang rosak begitu juga kecederaan pada tisu, menyimpan memori jangka pendek dan panjang, serta menguatkan daya imunisasi tubuh.


Keletihan

Waktu malam adalah masa yang dikhususkan untuk tidur kerana ketika itu badan mengeluarkan hormon melatonin. Ia berfungsi untuk membuatkan kita rasa mengantuk dan tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.

Hormon ini tidak dihasilkan pada siang hari kerana terdapat satu kawasan di otak dikenali sebagai hipotalamus yang sensitif pada cahaya lantas menyekat rembesan melatonin. Tanpa hormon ini, seseorang tidak berasa mengantuk walaupun telah larut malam dan tidur mereka tidak berkualiti.

Bagi bayi dan kanak-kanak, mereka perlu tidur selama 10 hingga 12 jam sehari.

Orang dewasa pula memerlukan tidur sekitar enam hingga lapan jam sehari dan sebenarnya manusia zaman moden mengalami masalah keletihan otak ekoran bebanan kerja yang banyak selain pelbagai urusan di rumah.

Bekerja melebihi 12 jam sehari akan menyebabkan penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan kolesterol, sakit jantung serta strok.

Sekiranya pulang rumah pada pukul 12 tengah malam, pastinya akan mengambil masa yang lama untuk tidur lantas mengganggu waktu tidur yang normal.

Ekoran itu, keadaan ini akan meningkatkan hormon tekanan dalam badan dan menjadikan jantung berdenyut laju, otak bekerja keras serta pernafasan akan bertambah kencang tanpa disedari.

Justeru, semua orang diingatkan agar tidak memandang remeh akan perkara ini kerana kesannya mungkin tidak dirasai sekarang tetapi dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan diserang pelbagai penyakit kronik.


Tekanan kerja yang berlebihan akan menyebabkan kita berasa sangat letih walaupun tidak menggunakan tenaga fizikal yang banyak seperti mengangkat bebanan berat.
 Lantas tekanan kerja yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan tekanan subklinikal iaitu tekanan yang kita tidak nampak.

Beberapa ciri tidur yang berkualiti iaitu 30 minit berbaring kita sudah tidur, apabila terjaga mudah untuk tidur semula dan tidak terjaga lebih dua kali dan pola tidur yang tidak teratur bakal mengganggu emosi.

Kemurungan

Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan otak terlalu letih lantas membuatkan diri beremosi, kreativiti menurun begitu juga prestasi kerja.

Dalam jangka masa panjang masalah ini juga boleh menjejaskan kesihatan mental dan mengakibatkan kemurungan.

Oleh itu, sekiranya mempunyai gangguan tidur yang melampau ditambah pula kerisauan sehingga sukar tidur maka, individu tersebut perlu mendapatkan rawatan pakar.

Dalam hal ini, wanita perlu diberi perhatian lebih kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai ibu, isteri dan pekerja ataupun majikan.

Bijaklah menguruskan tekanan, mengatur masa dengan baik, serta menyemak rutin harian kita agar pola tidur teratur dan mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Pasport Jepun, Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Pasport Jepun, Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Jepun, Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2019, demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley & Partners menerusi Indeks Pasport Henley.

Japan Passport

Menurut firma itu, warga tiga negara berkenaan boleh melancong ke 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa dan ranking baharu itu juga membuktikan peningkatan kuasa negara Asia di peringkat dunia.

Menerusi ranking itu, Jerman berada di tangga kedua yang mana penduduknya boleh melancong ke 188 negara tanpa visa.

Selain itu, negara seperti Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden turut tersenarai. Warganegara lima negara ini boleh melawat ke 187 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Sementara itu, pemegang pasport United Kingdom pula boleh melawat ke 185 negara tanpa perlu menggunakan visa.

Dalam pada itu, Afghanistan dan Iraq berada pada kedudukan terendah yang mana warganegara mereka hanya boleh melawat ke 30 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

World’s strongest passports 2019

1. Japan
1. Singapore
1. South Korea

2. Germany
3. Denmark
3. Finland
3. France
3. Italy
3. Sweden

4. Luxembourg
4. Spain

5. Austria
5. Netherlands
5. Norway
5. Portugal
5. Switzerland
5. United Kingdom

6. Belgium
6. Canada
6. Greece
6. Ireland
6. United States of America

7. Czech Republic

8. Malta

9. Australia

10. Hungary
10. Latvia
10. Lithuania
10. Slovakia
10. Slovenia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

'Prince of Humanity' Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa Lepas

'Prince of Humanity' Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa Lepas

Beberapa orang pengkarya seni telah menghabiskan masa selama 2,400 jam untuk menghasilkan sebentuk imej yang dibuat daripada pasir sehinggakan ia boleh dilihat dari luar angkasa.

Prince of Humanity Sand

Saiz imej pasir itu adalah seluas 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz Olimpik.

Imej gergasi yang diberikan nama, 'Prince of Humanity' (Putera Kemanusiaan), merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah iaitu seorang Emir (Pemerintah) Kuwait yang diukir daripada pasir batuan merah semula jadi.

Lakaran itu sungguh besar sehingga ia boleh dirakam oleh Satelit Emirati, Khalifa Sat.

Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu menghasilkan imej tersebut untuk menunjukkan tanda cinta terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Jean Perera Sinnappa, Misteri Pembunuhan Miss Malaysia 1971

Jean Perera Sinnappa, Misteri Pembunuhan Miss Malaysia 1971

Jean Perera Sinnappa (1948—6 April 1979) yang pernah menjadi Ratu cantik Negeri Sembilan, Ratu cantik Selangor dan Ratu cantik Malaysia pada tahun 1971, dipercayai telah dibunuh ketika berusia 31 tahun pada hari Jumaat 6 April 1979.

Jean Perera Sinnappa

Ramai yang telah lupa mengenai kes salah sabitan S. Karthigesu yang telah didakwa, dibicara dan didapati bersalah kerana membunuh Jean Perera Sinnappa yang berlaku di dalam tahun 1979 dan merupakan suspek tunggal pembunuhan tersebut.

Jean Perera seorang janda beranak tiga, telah ditemui mati di dalam keretanya di Lebuh raya Persekutuan berhampiran selekoh menghala ke Lapangan Terbang Subang.

Dia dan pasangannya, S. Karthigesu telah berhibur di Kuala Lumpur dan dalam perjalanan pulang ke Klang.

Suaminya S. Sinnappa, seorang ahli kimia mati dalam kemalangan jalan raya, empat bulan sebelum itu, ketika sambutan Tahun Baru pada tahun 1978.

Tuduhan membunuh

Abang ipar atau kekasihnya, Karthigesu Sivapakiam, ditemui tidak sedarkan diri di luar kereta tanpa sebarang kecederaan.

S. Karthigesu yang memandu kereta itu, berhenti di Lebuh raya Persekutuan yang pada ketika itu pada waktu malam dan tidak ramai orang.

S. Karthigesu merupakan seorang pensyarah bidang Psikologi di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur, sementara Jean Perera seorang guru pelatih tahun pertama di maktab yang sama.

Dua orang jurutera MAS yang berasa pelik apabila melihat pasangan itu di mana seorang lelaki sedang terbaring di belakang kereta lalu mereka membuat laporan ke pihak polis.

Polis yang sampai sejam kemudian mendapati lelaki itu ialah S. Karthigesu, manakala Jean Perera ditemui mati di kerusi penumpang dengan tali pinggang keselamatan masih terikat manakala beg tangan Jean Perera ada beberapa perhiasan permata.

S. Karthigesu dikejarkan ke hospital. Dia mendakwa tidak sedarkan diri kerana kepalanya dipukul dari belakang.

Autopsi yang dijalankan mendapati terdapat dua kecederaan di tubuh Jean Perera, di dada, perut dan empat di tangan. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan siasatan penuh lalu dijalankan.

Perbicaraan

Siasatan mendapati wujud hubungan cinta tiga segi antara mereka bersama Dr Narada Warnasurya, kekasih Jean yang berasal dari Sri Lanka dan bertugas di sana.

Dr Narada telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan mereka pernah bertemu di bangunan YMCA pada September 1978 ketika doktor itu melawat Kuala Lumpur.

Terdapat 19 surat daripada doktor itu kepada Jean dan dalam surat itu, Jean menyatakan sangat mencintai S. Karthigesu dan mahu hidup bersamanya.

Ahli pathologi Dr R. Krishnan dan Dr Balakrishnan telah melakukan pemeriksaan terhadap kes pembunuhan ini.

Pada 9 Mei 1979, S. Karthigesu seorang pensyarah (37 tahun) dituduh membunuh Jean Perera di Batu 11, Lebuh raya Persekutuan antara 11.20 malam hingga 11.50 malam pada 6 April 1979.

Perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Jala Raja, berhadapan Dataran Merdeka.

Sekeping gambar menunjukkan S. Karthigesu di sebelah kereta tersebut dan dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah. Blouse kuning yang dipakai J penuh dengan darah turut dijadikan bahan bukti.

Doktor yang memeriksa mendapati S. Karthigesu tidak trauma dan tiada kecederaan di kepala sebagaimana didakwa. Tiada senjata ditemui dan tiada saksi kejadian pembunuhan.

Saksi sampingan termasuklah wartawan Lee Ah Chai yang pernah bercakap dengan S. Karthigesu semasa pengebumian Jean Perera. Wartawan Lakshmi Natarajan pula membuat liputan kes ini dari hari pertama.

S. Karthigesu pada mulanya dituduh membunuh tetapi kemudiannya dibebaskan dan pembunuh sebenar tidak diketahui atau masih bebas.

Seramai tujuh juri lelaki dipilih untuk mendengar kes ini. Malangnya semua tujuh lelaki ini tidak sepatutnya menjadi juri dalam kes wanita menjadi mangsa.

Seorang saksi lain menerangkan bahawa dia telah melalui jalan itu pada 11.20 malam dan melihat dua buah kereta, kereta Jean dan sebuah lagi dengan lampu terpadam. Terdapat tiga lelaki berdiri di situ memegang lampu suluh.

Perbicaraan selama 38 hari melibatkan 58 saksi. Tujuh juri lelaki mengambil masa 4 jam untuk membuat keputusan (5:2).

Keputusannya, Karthigesu didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

SAKSI MENGAKU BERBOHONG

Misteri Pembunuhan Miss Malaysia
S. Karthigesu.

Perbicaraan pembunuhan itu telah mengambil masa 38 hari dan saksi utama pendakwaan ialah Bhandulananda Jayatilake.

Jayatilake telah memberi keterangan bahawa beliau telah menyaksikan S. Karthigesu menjerit bahawa Jean “tidak berhak untuk hidup”. Hakim perbicaraan menganggap kata-kata ini sebagai bukti yang menunjukkan beliau bersalah.

Tiada sebarang bukti dijumpai untuk mengenal pasti secara langsung siapakah pembunuh di dalam kes ini. Senjata pembunuhan juga tidak pernah ditemui walaupun pihak polis telah cuba mencarinya dengan sedaya-upaya.

Karthigesu telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Hakim perbicaraan dan beliau telah merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya.

Empat hari selepas sabitan Karthigesu, Jayatilake yang merupakan saksi utama pendakwaan telah tampil ke hadapan dan beliau telah membuat satu pengakuan bahawa dia telah bercakap bohong.

Dia tidak menyaksikan kononnya S. Karthigesu menjerit yang telah membuktikan Karthigesu bersalah dan menurut penghakiman Mahkamah, beliau telah diminta untuk berbohong bagi memastikan S. Karthigesu didapati bersalah.

Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman mati mandatori terhadap Karthigesu.

Jayatilake kemudiannya disabitkan kesalahan sumpah bohong dan dipenjarakan selama 10 tahun.

Ternyata S. Karthigesu sangat bertuah kerana ramai yang disabitkan kesalahan sebelum dan selepasnya mungkin tidak begitu bernasib baik.

Selepas dua tahun satu bulan empat hari berada di penjara, Karthigesu akhirnya dibebaskan pada 20 Mei 1981.

Jayatilake didapati bersalah dan dihukum penjara selama 10 tahun. Anehnya dia mati di dalam penjara, dua tahun kemudian. Karthigesu kekal menetap di Klang dan telah berkahwin.

Dokumentari

Gerard Benedith selaku pengacara TV3 telah membuat dokumentari berhubung pembunuhan ini. Alex Josey pula telah menulis buku bertajuk, 'It was The Murder Of A Beauty Queen'.

Benedith menggunakan simulasi komputer untuk menggambarkan pembunuhan itu dan dokumentari tersebut telah disiarkan di Crime & Investigation Network (Astro 732).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, March 28, 2019

Peristiwa Sook Ching, Penghapusan Bangsa Cina Oleh Tentera Jepun

Peristiwa Sook Ching, Penghapusan Bangsa Cina Oleh Tentera Jepun

Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada akhir tahun 1941 dan awal tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua (WWII), ramai menyangka mereka yang datang ini sebagai pembebas dan dianggap lebih baik berbanding Britain.

Peristiwa Sook Ching

Tetapi siapa sangka tempoh tiga tahun lapan bulan itu merupakan mimpi ngeri bagi warga Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak terutama bagi orang Cina. Satu insiden yang masih segar dalam ingatan orang Cina ialah peristiwa Sook Ching.

Sook Ching atau proses penghapusan melalui pembersihan dalam Bahasa Cina ialah satu proses yang dilakukan penuh teliti oleh Jepun sebelum mereka bertapak di Asia Tenggara terutama di Tanah Melayu dan Singapura lagi.

Ini didedahkan oleh Profesor Hirofumi Hayashi menerusi satu rancangan yang dipanggil ‘Panduan Perlaksanaan Manipulasi Orang Cina Di Luar Negara’ yang dirangka pada 28 Disember 1941.

Pelan ini dirangka Leftenan Kolonel Masanobu Tsuji atau Mejar Hayashi Tadahiko dan diberi lampu hijau oleh jeneral tentera Jepun yang digelar Harimau Malaya, Tomoyuki Yamashita.

Menurut Hayashi, pelan ini dibuat bagi memaksa populasi Cina tidak lagi menyokong perjuangan tentera China yang menentang pendudukan Jepun semasa Perang China-Jepun Kedua (1937-1945) termasuk dari segi kewangan.

Antara individu yang dianggap patut dibunuh ialah aktivis bantuan kemanusiaan dari China Relief, orang bertatu (disyaki ada kaitan dengan kongsi gelap), orang Hainan (dianggap komunis), kakitangan awam atau mana-mana individu yang bersimpati dengan Britain.

Apabila arahan ini dikeluarkan oleh Yamashita, arahan itu hanya terpakai kepada beberapa kelompok seperti kelompok anti-Jepun dan pro-British, penjenayah tegar dan komunis.

Tetapi bagi orang bawahan, ia dianggap lesen untuk mereka membunuh sesuka hati lebih-lebih lagi bagi yang terkesan dengan penentangan keras tentera China semasa kempen Perang China-Jepun Kedua.

Untuk melaksanakan panduan yang dikeluarkan, semua lelaki Cina berumur 18 hingga 50 tahun dipanggil untuk melaporkan diri ke kem-kem pendaftaran untuk diperiksa.

Tetapi ada masanya, wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali dan turut dipanggil untuk diperiksa.

Bagi membantu pihak Kempeitai (polis rahsia Jepun) mengenalpasti mana-mana individu disyaki anti-Jepun, mereka dibantu oleh pemberi-pemberi maklumat yang dipakaikan topeng untuk mengenalpasti individu yang terlibat.

Tetapi ada masanya, sesetengah pegawai Kempeitai ini memanggil sesiapa yang mereka syaki sebagai anti-Jepun termasuk yang memakai cermin mata (dianggap bijak pandai oleh pihak Jepun).

Yang mana terselamat akan diberi sehelai kertas sebagai tanda sudah diperiksa atau dicap dengan cap dakwat merah pada lengan atau lengan baju.

Yang gagal akan dicap dengan tanda segi empat tepat, diasingkan dari kumpulan yang diperiksa, dimuatkan ke lori dan dihantar ke tempat pembunuhan.

Salah satu individu terkenal yang terkesan dengan peristiwa ini di Singapura ialah Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew.

Semasa peristiwa ini berlaku, beliau baru berusia 18 tahun dan seperti mana-mana individu berbangsa Cina ketika itu, Kuan Yew memilih untuk pergi ke pusat pemeriksaan di Stadium Jalan Besar bersama rakan keluarga dan pembantu Koh Teong Koo.

Selepas menghabiskan masa sehari semalam di pusat pemeriksaan menanti untuk diperiksa, Kuan Yew mahu pulang tetapi sudah mula merasa tidak sedap hati apabila disuruh menyertai sekumpulan lelaki muda Cina.

Sedar dirinya dalam bahaya, beliau memberi alasan tertinggal barang di kuarters sementara pusat pemeriksaan dan dibenarkan pergi.

Lee Kuan Yew bersembunyi selama sehari lagi sebelum diperiksa dan dibenarkan pulang bersama rakannya itu.

Atas arahan Tsuji, Sook Ching turut dilaksanakan di Tanah Melayu, tetapi berikutan taburan populasi yang agak besar di kawasan bandar dan luar bandar, agak sukar bagi Kempeitai mengumpulkan orang Cina yang dimahukan berdasarkan senarai itu.

Selain itu, dengan kekurangan bilangan Kempeitai diperlukan untuk proses pemeriksaan penuh, pihak Jepun memilih melakukan pembunuhan tanpa sebarang diskriminasi.

Pembunuhan sebegini dibuat tanpa sebarang belas kasihan di Tanah Melayu dan Singapura melalui pelbagai cara seperti dipenggal dengan pedang katana, ditembak dengan mesingan dan ditikam dengan bayonet.

Tidak diketahui berapa ramai yang terbunuh akibat peristiwa ini kerana pihak Jepun langsung tidak berminat mencatat bilangan mereka yang terbunuh.

Di Pulau Pinang saja misalnya, terdapat beberapa tapak yang dijadikan sebagai kubur besar mangsa Sook Ching seperti Rifle Range, Bukit Coombe, Batu Feringgi, Bukit Dumbar dan Penjara Pulau Pinang.

Menurut sejarawan tempatan Andrew Hwang, angka 5,000 penduduk Cina yang terkorban semasa peristiwa Sook Ching di Pulau Pinang dianggap angka konservatif.

Ini kerana menurut beliau, wujud kemungkinan pihak Jepun turut mencampakkan mangsa-mangsa pembunuhan mereka ke dalam laut dan bilangan ini berkemungkinan lebih ramai.

Untuk melihat kebenaran penuh Sook Ching, berikut beberapa statistik menggerunkan pembunuhan yang dilakukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura:

Peristiwa Sook Ching

Seperti Nuremberg, Britain turut membentuk tribunal jenayah perangnya di Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946 dan 1947.

Di Singapura, tujuh pegawai tentera Jepun didakwa iaitu Takuma Nishimura, Saburo Kawamura, Masayuki Oishi, Yoshikata Yotaka, Tomotatsu Jo, Satoru Onishi dan Haruji Hisamatsu didakwa atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai Sook Ching.

Tetapi tiada langsung kelibat dalang Sook Ching iaitu Tsuji yang dikatakan sudah melarikan diri dari Thailand ke China.

Akibatnya, Kawamura dan dan Oishi dikenakan hukuman mati sementara baki yang lain dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Tetapi nasib Nishimura tidak bertahan lama apabila dia dikenakan hukuman mati berikutan pembabitannya dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh mahkamah Australia pada tahun 1951.

Tsuji kemudiannya kembali ke Jepun mula bergiat dalam bidang politik dan terlepas dari perbicaraan.

Dia kemudiannya berangkat ke Laos dan hilang, disyaki terbunuh semasa Perang Saudara Laos pada tahun 1961.

Tetapi wujud dakwaan Tsuji berkhidmat sebagai penasihat kerajaan Vietnam Utara dan dia diisytiharkan mati pada tahun 1968.

Sementara Yamashita yang bertanggungjawab memberi lampu hijau kepada pelan gila ini dibicarakan di tribunal jenayah perang Manila dan dihukum gantung sampai mati pada tahun 1946.

Sebut pasal mengingati peristiwa gelap ini, mengapa ia jarang disebut dan dimasukkan dalam buku teks sejarah?

Salah satu sebab ialah keganasan yang dilakukan komunis selama 14 hari sebelum Britain kembali ke Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak melalui Pentadbiran Tentera British (BMA).

Keganasan ini tercetus berikutan keinginan membuak-buak Parti Komunis Malaya mahu membalas dendam terhadap mana-mana individu yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.

Ini mencetuskan peristiwa keganasan 14 hari dan hampir-hampir mencetuskan peristiwa rusuhan kaum jika tidak kerana campur tangan pemimpin seperti Datuk Onn Jaafar.

Bagi mengelak berlakunya rusuhan kaum, sebarang perkara membabitkan peristiwa sebegini tidak disebut dan tidak dimasukkan ke dalam buku teks.

Ini ditambah dengan sikap penjajah sendiri yang memandang sepi peristiwa sebegini di sebalik semua dakwaan yang difailkan di tribunal jenayah perang.

Wujud juga dakwaan bahawa pihak penjajah dari Britain hingga Amerika Syarikat lebih menumpukan dakwaan keganasan ke atas tentera dan penduduk negara mereka berbanding penduduk tempatan di Asia.

Apabila ada cubaan untuk memfailkan dakwaan sebegini di tribunal jenayah perang, ia tidak dilayan berikutan sentimen orang Asia dianggap penduduk kelas kedua dan dilihat tidak memerlukan keadilan sama yang diperuntukkan kepada mangsa-mangsa WWII yang lain.

Atas sebab itulah, mengapa ramai menolak kewujudan tugu penghormatan yang dibina kerajaan Kedah baru-baru ini bagi menghormati keberanian tentera Jepun semasa WWII termasuk entiti dan organisasi Cina.

Tugu Jepun Kedah

Ini kerana bagi ramai pihak, ia sebenarnya membuka luka lama yang berdarah akibat pelbagai perlakuan jenayah perang yang dilakukan Jepun semasa WWII.

Ditambah lagi dengan sikap ego Tokyo yang masih enggan mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas kekejaman mereka itu selepas lebih 70 tahun tamatnya WWII.

Sikap ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab negara itu terhadap sisi gelap sejarah silamnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Liberalisme Dan Illuminati, Pemikiran Bebas Tetapi Hakikatnya Tidak!

Liberalisme Dan Illuminati, Pemikiran Bebas Tetapi Hakikatnya Tidak!

Liberalisme ialah penikut mereka mahu bebas berijtihad dan menolak autoriti agama dalam semua bidang dan dari segi bernegara pula, mereka menolak tertegaknya negara berdasarkan kepada hukum Syariah yang berasaskan kepada al-Qur'ān dan Nubuwwah.

Liberalisme and Illuminati

Gerakan menyebarkan fahaman dan falsafah Liberalisme adalah sinonim dengan pergerakan Yahudi yang bernama Masonic Conspiracies atau Global Conspiracy atau yang lebih dikenali umum sekarang ini disebut sebagai gerakan Illuminati. Melalui gerakan Illuminati inilah tersebarnya konsep, ajaran, fahaman dan falsafah Liberalisme dalam semua perspektif – termasuk Agama Islam.

Mereka mahu mendirikan negara Sekular tulen berdasarkan konsep Demokrasi Liberal dalam falsafah dan sistem.

Intinya, dasar hidup mereka ialah sapere aude atau akal bebas dalam membuat keputusan dan menentukan segala sesuatu berkaitan dengan hidup keduniaan dan juga kehidupan Agama.

Apakah bukti Illuminati wujud atau ia semenangnya sekadar teori konspirasi?

Illuminati ini mempunyai premisnya yang sangat kukuh. Dalam al-Quran ada banyak menyatakan tentang gerakan Yahudi. Antaranya bagaimana orang Yahudi ini ingkar kepada ajakan Nabi Muhammad SAW untuk beriman dengan al-Quran.

Sekarang ini ada golongan di Malaysia menyatakan Illuminati tidak wujud, padahal memang ada. Mungkin nama berbeza tetapi ia gerakan Yahudi. Gerakan mereka menentang al-Quran sebenarnya. Satu lagi orang kata cerita tentang Illuminati ini cuma satu teori konspirasi.

Orang putih sendiri pun banyak menulis tentang bukti mengenai konspirasi, walaupun orang melihat konspirasi ini sekadar teori. Walau guna apa nama pun tetapi gerakan Illuminati memang wujud.

Saya pernah berjumpa dengan golongan liberal Melayu Malaysia. Pada 1980-an dahulu mereka mengatakan tidak ada buku protokol Zion.

Sebab itu baru-baru ini semasa kita hendak buat wacana mengenai Illuminati, mereka kata Illuminati tidak boleh dipegang (tidak ada asas kewujudan).

Saya kata sama juga dengan gengster, macam kumpulan kongsi gelap 03 atau 08, mereka tidak berdaftar dan kita pun tidak tahu di mana pejabat mereka. Begitu juga dengan Illuminati.

Mereka ada macam-mana nama seperti Freemason, Skull and Bones, Lucifer dan sebagainya tetapi yang utama iaitu Illuminati tidak ada pejabat berdaftar kerana ia adalah pertubuhan rahsia atau kongsi gelap yang paling besar.

Sebab itu apabila Bavarian Illuminati diwujudkan pada 1 May 1776, kerajaan Bavaria mengharamkan sebab gerakan itu adalah pertubuhan rahsia. Maknanya ia wujud.

Macam Kumpulan Bilderberg, ia tidak ada pejabat berdaftar tetapi pertubuhan itu wujud kerana setiap tahun Bilderberg mengadakan mesyuarat dan seumpamanya.

Apakah yang paling bahaya tentang gerakan tersebut?

Dalam manifesto 25 dasar atau prinsip gerakan Freemason atau Illuminati yang dibuat oleh Dr. Adam Weishaupt, antaranya disebut menyebarkan liberalisme. Ini disebut jelas dalam manifestonya dan tidak disembunyikan.

Ini dasar yang sangat fundamental dan daripada situlah pergi kepada liberal agama, liberal budaya dan pelbagai bentuk liberal lagi. Ini juga diwacanakan sebenarnya terutamanya di Barat khususnya Amerika Syarikat (AS).

Kalau dahulu, gerakan ini dinamakan gerakan hantu kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sekarang secara terbuka.

Apakah terdapat bukti tentang kewujudan kumpulan ini di Malaysia?

Kita boleh lihat ada banyak bangunan yang mempunyai kaitan dengan Illuminati di Malaysia. Antaranya, “Masonic Hall” di Jalan OUG Bukit Jalil, Kuala Lumpur, “Masonic Lodge” di Jalan Brown (Pulau Pinang), “Masonic Lodge” Kedah, “Masonic Hall” di Kuala Krai (Kelantan), “Masonic Lodge” di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (Perak), “Masonic Hall” di Jalan Junid, Muar (Johor) dan “Masonic Hall” di Kuching (Sarawak).

Ada banyak sebenarnya. Maknanya sudah lama wujud. Walaupun bangunan itu tidak dinamakan sebagai Illuminati atau Freemason tetapi di semua bangunan tersebut terdapat simbol Illuminati yang berbentuk seperti jangka tulis iaitu alat geometri.

Kalau tidak silap saya, orang pertama bercakap tentang Illuminati dalam Parlimen ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Gerakan ini memang wujud pada masa itu, tertutup dan menggunakan pelbagai nama untuk kemanusiaan dan kebajikan, hakikatnya mereka menyebar liberalisme. Semua simbol ada maknanya.

Di Malaysia, siapakah yang menganggotai kumpulan ini?

Ahli perniagaan dari AS, David Rockefeller kini merupakan ketua pertubuhan Illuminati dunia. Dia seperti nabi dalam kumpulan tersebut. Di Malaysia, kumpulan ini banyak dianggotai ahli perniagaan, orang politik dan orang agama.

Senarai ahli kumpulan itu pernah dikeluarkan dan saya pernah lihat sendiri senarai nama itu. Kalau kita bongkar, memang ada senarai nama itu, walaupun bukan senarai penuh. Untuk menjadi ahli kumpulan itu hanya melalui jemputan. Maknanya, mereka dipilih dan bukannya boleh memohon dengan mengisi borang.

Kenapa golongan profesional yang cerdik pandai boleh menyertai kumpulan Illuminati?

Sebab Illuminati mempromosikan liberalisme dan ia dibuat atas pelbagai nama seperti hak asasi manusia, hak golongan minoriti, kemajuan, globalisasi, kemiskinan serta wacana intelektual dan pencerahan. Mereka menyertai Illuminati bukan bercakap tentang manfaat dari perspektif agama.

Mereka ini hendak tunjukkan mereka adalah manusia yang ikut trend dan universal. Orang Islam sekarang banyak terpengaruh dengan Barat. Jadi, apabila hendak mengkaji agama dan al-Quran, mereka menggunakan standard yang digunakan oleh Barat untuk mengkaji Islam atas nama akademik atau ilmiah.

Maka mengikut kriteria Barat yang dinamakan “sapere aude” atau pemikiran bebas. Seorang bekas aktivis yang menjadi pemimpin parti politik pernah mengatakan, “Saya sudah dua dekad menghayati sapare aude.” Liberalisme ini sebenarnya bukan neutral.

Orang mengatakan pemikiran bebas tetapi tidak bebas sebenarnya. Nama sahaja bebas dan hak asasi tetapi mereka terikat dengan pemikiran Hegelian Dialectic. Noam Chomsky yang dikatakan liberal mestipun terikat dengan pemikiran Marxisme.

Budak-budak muda sekarang terpengaruh dengan pemikiran bebas tetapi mereka tidak tahu hakikatnya ia tidak bebas. Kalau kita kaji demokrasi dan komunis sama sahaja. Demokrasi pun kuku besi. Parlimen itu parlimen diktator.

Kalau tindakan boleh diambil ke atas kumpulan ajaran sesat dan komunis, tidakkah tindakan sama boleh dikenakan ke atas gerakan Illuminati bagi membanteras mereka?

Illuminati ini adalah ajaran sesat paling besar dan jauh lebih bahaya daripada kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain. Illuminati dianggotai orang cerdik, pemimpin politik, profesional, kaya, pandai bercakap dan merancang. Mereka ada program untuk memperluaskan pemikiran mereka. Masyarakat perlu tahu fahaman liberal ini sudah masuk ke kampung-kampung.

Saya fikir kerajaan sedar tentang gerakan Illuminati di Malaysia. Walaupun bangunan-bangunan kumpulan tersebut tidak menggunakan nama gerakan itu tetapi simbol Illuminati terdapat pada bangunan itu.

Kerajaan perlu memantau apa aktiviti yang dibuat di situ. Kalau kerajaan boleh melarang penggunaan nama komunis dan logo komunis pada premis, tindakan sama juga perlu dilaksanakan ke atas simbol-simbol Illuminati.

Pada masa sama, wacana al-Sunnah wal Jamaah wajib ditekankan dalam semua perspektif kehidupan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan pemikiran liberalisme. Kita lihat sekarang orang kita banyak terikut-ikut dengan budaya hedonistik.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Wednesday, March 27, 2019

4 Makanan Yang Mengurangkan Nafsu Seks

4 Makanan Yang Mengurangkan Nafsu Seks

Tahukah anda ada beberapa jenis makanan dan minuman yang jika selalu diambil akan menurun dan mengurangkan keinginan nafsu seks dan perlu dikurangkan pengambilannya demi kebahagiaan diri dan rumah tangga.

Kurang Nafsu
Gambar hiasan.

Berikut beberapa jenis makanan yang mampu menurunkan libido dan nafsu seseorang.

1. Karbohidrat

Terlalu banyak memakan makanan yang kaya karbohidrat, seperti nasi dan roti, boleh menurunkan libido dan merosakkan ghairah.

Ia menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat, kemudian turun secara drastik yang menyebabkan anda menjadi malas dan hasilnya, anda hanya ingin tidur.

2. Daging

Pengambilan lemak tidak sihat terutamanya daging, menyebabkan arteri darah menyempit. Ini akan menyebabkan aliran darah ke bahaian kelamin turut berkurangan, menyebabkan libido menurun.

3. Kafein

Terlalu banyak pengambilan kafein yang banyak terkandung dalam kopi, teh, ataupun minuman lain boleh menyebabkan jantung berdetak dengan cepat dan membuatkan anda gelisah. Ini justeru menghilangkan mood untuk beraksi di ranjang.

4. Alkohol

Minuman beralkohol sering kali meningkatkan libido seseorang, namun jika anda minum dua jenis minuman beralkohol atau lebih, ia akan menekan sistem saraf pusat. Ini akan membuatkan anda mengantuk dan kehilangan ghairah seks.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tribunnews

SBDJ Siri 30: Ilmu Raja Kelawar

SBDJ Siri 30: Ilmu Raja Kelawar

Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya. "Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patah-patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.

Siri SBDJ 15

"Faham!" sergahnya.

"Faham tok!"

Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putus-putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu.

Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.

"Barangkali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.

"Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya.

Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk.

Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur.

Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah.

Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketiga-tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di rendamkan dalam cawan beberapa saat.

Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus.

Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.

"Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.

Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi.

Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham.

Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur kurang.

Menjelang pukul dua belas malam, batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus-putus.

Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk.

Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut.

Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan.

Saya cuba mencarinya tetapi belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras.

Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu.

Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik. Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu.

Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-pokok di luar macam digoncang manusia.

Saya juga terdengar sekawan burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya.

Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit.

Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali-tali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara.

Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu-talu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah.

Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya.

Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalu-talu dengan kuatnya.

Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya.

Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung berek-berek lalu berlegar-legar atas bumbung rumah semula.

Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu.

Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya.

Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula.

Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas lantai.

Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki burung.

Saya jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung.

Dalam saat-saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu melihatnya berbogel di depan saya.

Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.

"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati.

Nenek tergesa-gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan memberikan kepada datuk.

Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah.

Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahut-sahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.

Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.

"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda.

"Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak basuh muka.

"Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.

Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang rumah.

Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras.

Muka datuk kembali merah dan segar. Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.

"Esok kena tanam”, kata datuk.

Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang di buatnya.

Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang.

Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al-Quran.

Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail.

Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah dan akhirnya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi.

Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.

Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil.

Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal.

Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang.

Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu).

Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun.

Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk.

Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari.

Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami terhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.

"Jarang-jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.

"Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.

"Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"

"Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.

"Ada alamat aku akan dipanggil orang."

"Apa alamatnya tok?"

"Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.

"Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk. Disambut dengan ketawa oleh nenek.

Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga.

Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun.

"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.

"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.

Anak muda yang termanggu-manggu itu anggukkan kepala.

Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu.

Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis.

Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.

“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.

"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh."

"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik.”

"Siapa?"

"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis."

"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar."

"Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.

Sebelum memulakan sebarang perjalanan, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka.

Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu.

Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah.

Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman.

Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya.

Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya?

Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya.

"Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.

"Tidak."

"Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"

"Ada hubungan dengan ayah saya."

"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.

Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.

"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerja-kerja aku.

"Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu.

Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.

"Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada datuk.

Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar.

Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerak-gerak penuh malas.

"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"

"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya."

"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu."

Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.

"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.

"Tidak."

"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"

"Ayah saya sudah meninggal dunia."

Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerak-gerak.

Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi.

Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut, kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya.

Datuk melihat urut-urut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.

Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat.

Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci.

Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga ke pangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan.

Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengah-mengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik.

Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan.

"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding.

Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk.

Cukup susah saya mahu gambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.

"Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan.

Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang.

"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis.

Datuk terdiam. Dari gerak-gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.

"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-terang saja dengan aku."

"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh sesuatu untuk berbuat begitu."

"Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya."

Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.

"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.

"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.

"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu."

"Lagi?"

"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut.

"Adakalanya benda-benda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini."

"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"

"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang.

"Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia."

"Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?”

"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain membawa diri ke tempat lain.”

Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya.

Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai.

Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung.

Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain.

Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam.

Manakala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah disemadikan di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam.

Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam.

Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung.

Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain-lain lagi.

"Hanya Allah sahajalah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya", kata datuk.

Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak.

Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.

"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang-orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.

Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram.

Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.

"Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.

"Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.

"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.

"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah."

Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya.

Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang.

Masing-masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu.

Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok-pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ.

"Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat.

"Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya.

"Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian.

Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.

"Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.

"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk dengan jujar padanya.

Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut.

Menurut datuk, ilmu itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu.

Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu.

Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar.

Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa.

Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beribu-ribu tahun.

Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu.

Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri.

Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.

Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari.

Bila amalannya sudah genap 100 hari, tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia.

Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya.

Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung.

Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.

"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.

"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.

Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hidup, selalu mengasingkan diri dalam sebuah bilik gelap.

Setiap malam tidak pernah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh.

Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding).

Masa yang kami ambil untuk sampai ke situ lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi.

Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikampung tersebut.

"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ.

"Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.

"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.

"Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”, tambah anak muda itu.

Tamat siri 30/284

BACA: SBDJ Siri 29: Dikacau Penunggu Kolam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

10 Kesalahan Yahoo Yang Menjadi Punca Kejatuhan Peneraju Internet Terawal Ini

10 Kesalahan Yahoo Yang Menjadi Punca Kejatuhan Peneraju Internet Terawal Ini

Yahoo selaku ikon internet terawal mengumumkan penjualan perniagaan utamanya pada harga USD$4.8 bilion kepada Verizon pada tahun 2016 lepas dan sejak itu, portal web tersebut mempunyai pendapatan lebih tinggi dari Twitter dan LinkedIn.

Punca kegagalan Yahoo

Jumlah pelawatnya juga melebihi Amazon, Wikipedia dan eBay. Jadi, dimana silapnya empayar ini sehingga zaman kegemilangannya boleh berakhir begitu sahaja?

Inilah 10 kesalahan Yahoo yang menjadi punca kepada zaman kejatuhan enjin carian ini, dimana ia pernah menjadi kesayangan ramai suatu ketika dahulu.

1. Kehilangan Google

Pada tahun 2002, Yahoo berpeluang untuk memperoleh Google apabila Sergey Brin dan Larry Page mahu menjualnya dengan harga $1 bilion.

Namun, apabila ketua eksekutif Yahoo pada ketika itu, Terry Semel berfikir untuk menerima tawaran tersebut, harga jualannya telah dinaikkan kepada $3 bilion.

Menurut Paul Graham selaku pengasas Y Combinator dan bekas pekerja, Yahoo menolak 'tuah' yang boleh menjadi bahagian penting perniagaan mereka pada waktu itu.

2. Tidak mengembangkan Flickr

Sebelum adanya Facebook, Instagram dan Google Photo, Flickr sebenarnya telah wujud terlebih dahulu sebagai sebuah laman web perkongsian foto yang dibeli oleh Yahoo pada tahun 2005.

Pada masa itu, Flickr mempunyai perancangan untuk menjadikan laman web berkenaan sebagai sebuah rangkaian sosial tetapi, Yahoo melepaskan peluang keemasan ini dan menguruskan laman web mereka secara salah sehingga tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Selain itu, Yahoo turut pernah melakukan kesilapan yang sama terhadap laman-laman web milik mereka seperti GeoCities, Delicious dan paling terbaru ialah Tumblr.

3. Tidak membeli Facebook

Pada tahun 2006, Yahoo bercadang untuk mengambil alih Facebook dengan tawaran harga $1 bliion. Mark Zuckerberg bagaimanapun menolak tawaran tersebut.

Menurut laporan, Facebook mungkin akan memaksa Mark Zuckerberg untuk menjual syarikat mereka kepada Yahoo, sekiranya tawaran itu dinaikkan kepada harga $1.1 bilion. Bagaimanapun, Terry Semel enggan melakukan perkara tersebut.

4. Menolak tawaran Microsoft

Pada tahun 2008, Yahoo sekali lagi mensia-siakan tawaran untuk diambil alih oleh syarikat gergasi, Microsoft dengan nilai $44.6 bilion.

Pengarah Microsoft pada ketika itu, Steve Ballmer berusaha keras untuk meyakinkan Yahoo untuk menjualnya kepada Microsoft namun, Yahoo memberikan alasan tawaran harga yang diberikan terlalu rendah.

Setahun selepas itu, Yahoo berputus asa untuk mencipta enjin carian sendiri dan menandatangani perjanjian bagi menggunakan Bing kepunyaan Microsoft.

5. Mempunyai barisan pengarah eksekutif yang teruk

Bagi melawan kemerosotan seperti dialami oleh Yahoo, kepimpinan yang kuat telah membantu syarikat-syarikat teknologi lain yang sedang bergolak. Antaranya seperti Apple (Steve Jobs), Microsoft (Satya Nadella) dan Google (Eric Schmidt).

Akan tetapi, Yahoo gagal melantik pengarah eksekutif yang boleh mengatasi masalah tersebut dengan baik.

Ramai orang menganggap Terry Semel sebagai salah seorang pengarah eksekutif teknologi yang paling teruk, manakala Carol Bartz yang bermulut cabul 'memenangi' segelintir rakannya. Scott Thompson pula meletak jawatan tatkala didakwa berbohong dengan resumenya.

6. Pengunduran Jerry Yang

Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang melangkah keluar dari syarikat itu pada tahun 2012 untuk mengejar minatnya yang lain. Perletakan jawatan itu merupakan suatu kehilangan besar buat Yahoo.

Ini kerana Jerry Yang merupakan penggerak hala tuju Yahoo dan mereka mempunyai kepimpinan serta wawasan yang jelas kerana merupakan pengasas awal.

7. Marissa Mayer salah buat percaturan

Ternyata jutaan dolar milik Yahoo, hasil daripada saham dalam syarikat gergasi, Alibaba belum tentu menjanjikan masa depan yang cerah.

Bekas prodigi Google, Marissa Mayer gagal mengemudi Yahoo selepas pelantikannya pada tahun 2012 maka, keuntungan Yahoo terus jatuh, biarpun setelah pelbagai usaha dilakukan seperti membeli laman web blog sosial Tumblr, mengupah wartawan yang berprofil tinggi dan mengubah budaya kerja pasukan mereka.

Marissa Mayer dipaksa untuk mengasingkan aset perniagaan utama syarikat tersebut dari sahamnya di Alibaba.

8. Membeli Tumblr

Salah satu kemuncak Marissa Mayer sebagai pengarah eksekutif Yahoo ialah semasa membeli Tumblr pada tahun 2013, dengan harga $1.1 bilion.

Pada waktu itu, Tumblr belum pun memperoleh keuntungan. Oleh itu, Marissa merancang untuk meletakkan iklan pada rangkaian sosial "microblogging" tersebut.

Malangnya, Yahoo dilaporkan melebih-lebihkan Tumblr sehingga membelanjakan ratusan juta dolar. Pertumbuhan pengguna dan pendapatan yang lebih perlahan dari jangkaan, serta masalah reka bentuk semula memburukkan lagi keadaan.

Sebagai akibatnya, Tumblr diserap ke dalam Yahoo dan mengelirukan lagi masa depan rangkaian tersebut.

9. Tidak mempunyai misi yang jelas

Salah satu daripada kelemahan Yahoo yang paling ketara sepanjang dua dekad lalu ialah kegagalan mereka untuk mencari misi sebenar syarikat itu.

Dalam tempoh 24 tahun, Yahoo telah memaparkan sebanyak 24 penerangan yang berbeza tentang syarikat mereka. Identiti Yahoo juga berubah-ubah dan samar-samar antara syarikat teknologi dan gergasi media.

10. Berkuburnya zaman portal web

Sebaik Google dan Facebook bangkit menjadi gergasi laman web 2.0, Yahoo sedang bergolak. Ia gagal menyatukan enjin pencariannya sendiri dan bergelut untuk memanfaatkan potensi sosial Flickr dan Tumblr.

Yahoo mula ketinggalan apabila zaman mengakses internet melalui portal web seperti AOL dan MSN berakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi