Monday, December 24, 2018

Kenapa Burger King Dan McDonald's Gagal Di Vietnam?

Kenapa Burger King Dan McDonald's Gagal Di Vietnam?

Pasti semua orang sudah tahu restoran makanan segera menguasai pasaran makanan di seluruh dunia dengan Burger King mempunyai lebih daripada 16,000 lokasi di lebih 100 negara dan McDonald's mempunyai lebih daripada 36,000 buah cawangan.

Burger-king-vietnam

Malah, terdapat sebuah cawangan McDonalds di New Zealand yang beroperasi dalam sebuah pesawat yang tidak lagi digunakan dan terdapat juga di Vatican City.

Perniagaan makanan segera bernilai lebih daripada RM2 trilion setiap tahun, namun ada satu tempat di mana rangkaian makanan segera tidak mendapat sambutan dan tempat tersebut tak lain dan tak bukan adalah negara Vietnam!

Kami kongsikan mengapa McDonald’s dan Burger King gagal mendapat pengikut di Vietnam.

Menjadi kegilaan ketika mula dibuka

Ketika McDonalds pertama kali membuka cawangan mereka di Vietnam pada tahun 2014, restoran ini menjadi kegilaan ramai.

Penduduk tempatan berpusu-pusu beratur untuk tempoh berjam-jam hanya untuk mendapatkan Big Mac.

Namun, jika kita percepatkan masa ke hari ini, kegilaan itu sudah tidak lagi wujud kerana sejak dilancarkan pada tahun 2014, cawangan McDonalds di Vietnam kini hanyalah sebanyak 17 buah.

Manakala Burger King yang mula masuk ke pasaran negara ini pada tahun 2011 hanya mempunyai 13 buah cawangan di seluruh Vietnam sehingga tahun 2018.

Kegagalan kedua-dua syarikat ini untuk menarik perhatian pasaran Vietnam adalah sangat pelik kerana rangkaian makanan segera ini telah berjaya mengembangkan sayap mereka ke negara-negara Asia.

McDonald's telah memperlihatkan pertumbuhan luar biasa di negara-negara seperti China dan Jepun di mana terdapat beribu-ribu cawangan di kedua-dua negara dan Burger King telah mengembangkan francaisnya di Jepun dari 12 buah restoran pada 2008 kepada 98 buah sehingga tahun 2017.

McDonald's menduduki tempat kedua daripada semua rangkaian makanan segera asing di tanah besar China, di belakang KFC manakala Burger King menduduki tempat keempat.

Malah, McDonalds adalah rangkaian makanan segera paling popular di Malaysia namun, lain ceritanya di Vietnam.

Rancangan terbantut

McDonalds Vietnam

Apabila McDonalds akhirnya berjaya memasuki pasaran Vietnam pada tahun 2014, mereka merancang untuk membuka 100 buah cawangan dalam masa 10 tahun namun mengejutkan, hanya terdapat 17 buah cawangan sahaja sehingga kini.

Jumlah ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan cawangan di Malaysia iaitu sebanyak 273 buah.

Perkara yang sama berlaku kepada Burger King di mana syarikat ini melaburkan RM160 juta di Vietnam pada tahun 2012 dengan sasaran membuka 60 cawangan menjelang tahun 2016.

Namun, sehingga tahun 2018, hanya terdapat 13 cawangan Burger King di Vietnam.

Apabila ditanya oleh CNBC mengapa mereka menghadapi masalah serius untuk memecah pasaran Vietnam, kedua-dua McDonalds dan Burger tidak memberikan sebarang respon.

Nilai "makanan segera" diatasi oleh peniaga jalanan

Gerai-Vietnam

Menurut Hao Tran, pengasas Vietcetera, makanan segera mendapat sambutan di Amerika Syarikat kerana anda boleh mendapatkan makanan dengan kadar yang pantas.

Namun di Vietnam, anda juga boleh menikmati hidangan dengan pantas jika makan di gerai-gerai di tepi jalan.

Malah, penjual makanan jalanan mampu menyediakan makanan dengan lebih pantas daripada rangkaian makanan segera.

Jadi, rangkaian makanan segera telah ditewaskan oleh penjual jalanan, menjadikan nilainya jatuh.

Namun, sebahagian daripada masalah adalah gergasi makanan segera ini memandang rendah saingan tempatan.

Penduduk tempatan dan pengunjung Vietnam dimanjakan dengan pilihan makanan di bandar-bandar seperti Hanoi atau Ho Chi Minh yang menyukarkan rangkaian makanan segera antarabangsa untuk bersaing.

“Bagi warga Vietnam, kami mempunyai sandwic bahn mi dan makanan ini dijual di tepi jalan dengan harga yang tersangat murah berbanding McDonald’s dan Burger King,” kata pengarang dan chef, Andrea Nguyen.

Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna Vietnam membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka terhadap makanan.

Daripada jumlah tersebut, 70 hingga 80% dibelanjakan dengan membeli makanan daripada gerai-gerai jalanan dan kios.

Hanya 1% sahaja peruntukan wang tersebut digunakan untuk menikmati makanan segera di Vietnam.

Sektor perkhidmatan makanan di Vietnam mempunyai lebih daripada 540,000 kedai.

Lebih daripada 430,000 merupakan gerai jalanan dan kios, manakala hampir 80,000 restoran tempatan dan hampir 22,000 kafe dan bar tempatan.

Namun, bagi restoran makanan segera pula, jumlah keseluruhan kedai di Vietnam hanyalah sekitar 7,000 buah, atau 1.6% sahaja.

Kesan daripada perang

Sebahagian daripada sebab mengapa jumlah rangkaian makanan segera di Vietnam terlalu kecil adalah kerana hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan negara ini yang rosak.

Selepas AS mengundurkan diri dari Vietnam berikutan perang pada tahun 1973, semua hubungan diplomatik terputus di antara kedua-dua negara pada tahun 1975.

Sehinggalah tahun 1995 di mana AS dan Vietnam memperbaiki hubungan mereka dan membuka jalan perdagangan di antara satu sama lain.

Sebelum itu, penduduk tempatan menggunakan tingkat atas rumah sebagai kediaman dan menjadikan bahagian bawah sebagai pilihan untuk berniaga makanan.

KFC jenama Amerika Syarikat pertama di Vietnam

KFC Vietnam

Pada tahun 1997, KFC adalah jenama Amerika Syarikat yang pertama membuka kedai di Vietnam namun ia sudah memasuki pasaran makanan yang sangat sesak.

KFC mengambil masa 7 tahun untuk hanya membuka 10 buah cawangan, membuatkan mereka terpaksa menukar menu mengikut selera tempatan.

Jenama ini memperkenalkan Nasi Ayam KFC dan Burger Udang KFC untuk penduduk tempatan dan kini, KFC mempunyai 130 buah cawangan di 21 bandar Vietnam.

Harga terlalu mahal untuk penduduk tempatan

Harga yang mahal ini bukanlah dikenakan oleh KFC sahaja, harga McDonalds dan Burger King juga dianggap sebagai premium berbanding makanan jalanan.

Di gerai jalanan, anda boleh mendapatkan hidangan 2 kali ganda berbanding di McDonalds dan Burger King, dengan separuh harga.

Menurut pemilik restoran Restoran Royal Saigon, orang biasa akan membelanjakan 2 hingga 3 dolar untuk makan tengahari dan ia dikira sebagai jumlah yang besar.

Mereka biasanya cenderung untuk makan dalam kumpulan dan kadang-kala sahaja mereka akan makan di McDonalds dan pada hari-hari lain, gerai jalanan menjadi pilihan utama.

Budaya makan di Vietnam berbeza

Malah, harga yang mahal hanyalah sebahagaian daripada masalah rangkaian makanan segera. Cara makanan dihidangkan di Vietnam juga memainkan peranan penting yang menyukarkan kedua-dua syarikat ini.

Apabila orang Amerika pergi ke restoran, mereka biasanya memesan makanan yang mereka suka untuk diri sendiri.

Di Vietnam, ia lebih kepada pengalaman makan berkeluarga dan menu yang ditawarkan oleh rangkaian makanan segera tidak menepati apa yang biasa dalam budaya di Vietnam di mana mereka suka berkongsi.

Makanan segera seperti burger kurang mendapat sambutan di Vietnam kerana ia bukanlah makanan yang anda mahu kongsikan bersama orang lain.

Ketika ini, ia tidak kelihatan suasana pasaran bagi rangkaian makanan segera akan bertambah baik kerana lebih ramai pelanggan Vietnam memilih untuk tidak mengunjungi restoran makanan segera setiap tahun.

Populariti makanan segera di Vietnam merudum

Street-food-vietnam

Kunjungan ke rangkaian makanan segera merudum 31% dari tahun 2016 hingga 2018, manakala kunjungan ke gerai jalanan melonjak sehingga 70% dalam tempoh 2 tahun tersebut.

Walau bagaimanapun, tak semua rangkaian makanan segera gagal untuk menarik selera penduduk tempatan, sebagai contoh KFC dan Pizza Hut.

McDonalds dan Burger King merangkumi 2.8% daripada jumlah rantaian makanan segera asing di Vietnam namun KFC merangkumi 11.4% manakala Pizza Hut pula sebanyak 21.3%.

Meskipun tidak mendapat sambutan, kedua-duanya masih tidak berputus asa.

Syarikat-syarikat gergasi ini telah melakukan usaha untuk menyesuaikan menu bagi mencerminkan pengaruh budaya masakan Vietnam.

Pakar-pakar mengatakan bahawa lebih banyak usaha yang harus dilakukan selain daripada menyusun semula menu bagi bersaing dengan pilihan makanan tempatan yang terlalu banyak di pasaran.

Dengan populariti makanan segera yang semakin menurun di Vietnam, McDonalds dan Burger King mempunyai masa depan yang agak kabur dalam memuaskan selera penduduk Vietnam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, December 23, 2018

5 Perkara Baharu Jika Anda Berkunjung Ke Sabah Dan Sarawak

5 Perkara Baharu Jika Anda Berkunjung Ke Sabah Dan Sarawak

Jika anda belum pernah berkunjung ke Sabah dan Sarawak, negeri ini sebenarnya agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan Semenanjung.

Keunikan Sabah Dan Sarawak

Inilah perkara-perkara baru yang kamu akan alami saat berkunjung, berpindah atau menetap di Sabah dan Sarawak.

1. Tidak ada tol, jadi tidak perlu risau

Kalau di Semenanjung, sebelum travel ke satu-satu lokasi kena kaji dulu laluan jalan untuk kenal pasti berapa tol yang akan dilalui dan dicari juga jalan alternatif yang tidak mempunyai tol.

Kalau ada 2-3 tol, nak ulang alik boleh tahan juga belanjanya. Sekiranya di Sabah dan Sarawak, anda tidak perlu risau dan runsing soal tol atau kenaikan bayaran tol.

Bergerak saja ke daerah atau bandar manapun, memang tidak ada tol.

2. Amat jarang sekali kedengaran bunyi hon kereta. Kereta slow di line kiri dan kanan

Saat memandu di Sabah atau Sarawak, memang agak jarang kedengaran bunyi hon kenderaan.

“Bunyi hon kereta adalah kejanggalan di Sarawak dan biasanya dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya di sebut hon untuk persahabatan atau pun dalam situasi cuba memotong kenderaan."

Selain itu, kadar kelajuaan pemanduan di jalan lokal pun agak perlahan, sekitar 40-60km/j di line kiri dan kanan, termasuklah juga kenderaan berat.

Jadi, tidak perlulah terlalu ghairah berlum-lumba dan mahu potong-memotong kenderaan lain.

3. Roundabout memang banyak

Bilangan roundabout memang tidak terkira jumlahnya di bandar-bandar di Sarawak dan Sarawak. Lalu saja beberapa kilometer pasti akan ada roundabout. Saiz roundabout pula dari yang kecil hinggalah yang besar, semuanya ada.

Di Sabah, roundabout di tiap daerah akan dihiasi dengan monumen, tugu atau replika yang melambangkan keunikan serta identiti daerah tersebut.

4. Perkhidmatan van lebih popular

Bagi sebahagian kawasan bandar atau pekan, penggunaan perkhidmatan van adalah lebih popular daripada penggunaan bas dan teksi.

Umpamanya di Pekan Kapit, Sarawak, perkhidmatan van tambang adalah pengangkutan awam yang paling utama penduduk lokal. Begitu juga di daerah-daerah kecil di Sabah.

5. Seawal 6 pagi, hari sudah cerah

Kalau di Borneo ini, sekitar 6 pagi sudah pun cerah dan sekitar 6 petang pula sudah mula gelap. Jadi, biasakan diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: borneodihati

Maksud Mimpi Melihat Wajah Sendiri

Maksud Mimpi Melihat Wajah Sendiri

Jika anda pernah bermimpi melihat wajah sendiri, pasti tertanya-tanya apakah maksud disebaliknya. Adakah ia hanya mainan tidur atau ada maksud tersirat didalamnya.

Mimpi Melihat Wajah
Gambar hiasan.

Berikut adalah maksud dan tabir mimpi mengenai wajah, yang seringkali dialami setiap orang. Mari kita semak, barangkali anda baru saja bermimpi melihat wajah sendiri.

1. Mimpi melihat wajah yang sangat tampan/cantik, berseri dan mempesona

Ertinya: Anda akan mengalami hidup yang baik, mendapatkan khabar baik, atau menjadi orang yang bahagia.

2. Mimpi melihat wajah anda buruk atau cacat

Ertinya: keburukan (boleh bererti dosa dan maksiat) akan merosak kebaikan dan amal anda.

3. Mimpi melihat wajah anda pucat bagaikan orang sakit

Ertinya: Anda sedang rindu dan cinta pada seseorang.

4. Mimpi melihat wajah yang berseri-seri

Ertinya: Ini merupakan lambang keikhlasan, kebersihan hati dan ketaatan kepada Allah SWT.

5. Mimpi muka anda dalam keadaan masam atau muram

Ertinya: Anda akan mengalami kerugian perkara yang sedang anda lakukan saat ini.

6. Mimpi melihat orang tua sedang bermuka masam kepada anda

Ertinya: Sesuatu yang anda lakukan kurang baik atau melanggar norma agama.

7. Mimpi melihat muka anda menjadi cantik atau melihat orang lain berdandan dengan pelbagai aksesori dan sangat cantik

Ertinya: Anda akan mendapatkan cinta dan kebahagiaan dari orang-orang terdekat.

8. Mimpi melihat seluruh wajah anda menjadi hitam atau terdapat noda yang berwarna hitam

Ertinya: Akan terjadi peristiwa yang kurang baik kepada anda. Jika anda sedang berbisnes, maka bisnes anda dalam keadaan yang kurang baik.

9. Mimpi sedang bercermin dan memperhatikan bahagian muka

Ertinya: Anda harus berhati-hati dalam segala perbuatan.

10. Mmpi sedang melihat wajah anda sendiri namun biasa saja

Ertinya: Anda akan mendapat kesedihan dengan segala sebab dan akibatnya, sehingga harus lebih berwaspada dan berhati-hati dalam semua tindakan.

11. Mimpi melihat wajah anda berwarna hitam

Ertinya: Anda akan dikurniakan umur yang panjang dan melakukan kebaikan dalam kehidupan.

12. Mimpi melihar wajah anda dalam keadaan tersenyum

Ertinya: Akan ada suatu perkara baik yang akan menimpa anda. Mimpi ini juga mungkin bermakna bahawa anda akan bertemu rakan, sahabat dan kawan baru yang menyenangkan serta sikapnya baik.

13. Mimpi melihat orang tua sedang tersenyum pada anda

Ertinya: Apa pun yang anda lakukan saat ini akan berjaya dan memuaskan.

14. Mimpi melihat wajah anda menjadi sangat buruk, tidak berbentuk dan hancur

Ertinya: Anda akan ditimpa bencana, musibah dan hal-hal yang kurang baik. Oleh kerana itu, anda perlu sentiasa berhati-hati dalam semua tindakan.

Jika anda sedang berbisnes, maka bisnes tersebut akan mengalami kerugian.

15. Mimpi melihat janggut berwarna merah, baik milik anda mahupun orang lain

Ertinya: Anda harus berwaspada terhadap gangguan dan rakan yang mempunyai sifat khianat.

16. Mimpi membasuh wajah anda sendiri

Ertinya: Anda akan memperoleh masa depan yang lebih baik dalam kehidupan.

17. Mimpi melihat wajah anda merah padam

Ertinya: Anda sedang jatuh cinta, akan tetapi belum dapat diungkapkan pada orang tersebut.

18. Mimpi melihat wajah orang lain merah padam

Ertinya: Ada orang yang menyimpan perasaan cinta terhadap anda dan ia akan segera menyatakan cintanya tersebut.

19. Mimpi tiba-tiba janggut anda sangat panjang

Ertinya: Anda akan menjadi orang yang dapat mengharungi beberapa peristiwa dalam hidup.

Anda akan dikurniakan kekuatan dalam menjalankan semua tugas, baik dalam keluarga mahupun tempat kerja.

20. Mimpi menyaksikan muka anda sedang bergerak-gerak atau geleng-geleng sendiri

Ertinya: Anda akan mengalami kesusahan dalam memperoleh rezeki. Oleh kerana itu, hendaknya anda banyak berdoa agar cepat mendapat rezeki.

21. Mimpi mempunyai janggut, padahal sebelumnya tiada ataupun tidak selebat dalam mimpi

Ertinya: Anda akan dikurniakan kesihatan yang sangat baik.

22. Mimpi memotong janggut

Ertinya: Anda akan mengalami beberapa kerugian dalam perbuatan yang sedang anda lakukan. Oleh kerana itu, bersikaplah lebih cermat dan berwaspada.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

SBDJ Siri 2: Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan

SBDJ Siri 2: Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Penunggu Babi Hutan

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya.

Datuk terus mengucapkan begini:

Jong keli jong,
Tali cemati tebang buluh bunting pagi melemang..

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan.

Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata, “Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu.”

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi.

Pemandangan datuk kembali normal. Yang wujud di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar-akar bergayutan yang mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak-anak kayu bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah.

Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata, “Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu.”

Datuk pun mencari arah dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian baru kawan-kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia kepunyaan datuk.

Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan-kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau.

Secara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang sama-sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya.

Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.

“Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan berjangkit pada anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu,” terang tuan punya warung itu pada datuk.

Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah giat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu.

Kalau tidak dapat waktu siang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk.

Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak begitu senang dengan sikap datuk itu.

Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu-ilmu kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak susut.

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan-segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun.

“Semua yang dicari hanya sekadar untuk pelindung diri,” kata datuk.

Pada suatu pagi ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat Taiping iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi.

Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi.

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalang oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Anglia mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.

Kemudian datuk dan kawanya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah merancang bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak.

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba-tiba babi itu keluar dari belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya.

Masa memburu datuk dan kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh dari kumpulan tersebut.

“Dia sudah luka,” Datuk memberi tahu kawannya.

“Hati-hati babi hutan luka selalunya ganas.”

“Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya,” tambah datuk lagi. Kawannya akur pada cakap datuk.

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah kepala babi hutan itu.

Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang.

Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik senapang. Dan satu ledakan bergema.

Babi terkejut dan terus lari. Datuk terus juga memburu hingga sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol-nyondol tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang. Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya keruh.

Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira-kira lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.

Babi hutan itu itu terus juga nyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba-tiba datuk terasa telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar-pinar. Datuk bagaikan berada di satu dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya.

Dengan pokok-pokok yang beranika ragam dengan akar yang berjuntaian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.

Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datu meletakkan buntut senapang di bahu.

Dengan hati-hati dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar.

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi.

Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya. Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan-akan melayang-layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh keyakinan.

Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik.

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang. Pokok-pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok-pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.

“Kenapa?” tanya kawan datuk

“Kita balik.”

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan dan seorang lagi polis biasa.

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.

“Kenapa Tuk,” tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.

“Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Bendang,” kata Sarjan Ali.

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.

“Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang.

"Sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa kain dan rangka sahaja yang tinggal,” sambung Sarjan Ali. Meremang bulu datuk mendengarnya.

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu.

Walau bagaimana, pun hasrat itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan.

Orang itu berkata pada datuk begini, “Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana.”

“Saya nak jumpa juga.”

“Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau,” kata orang tua itu.

Namanya Tok Aki Simbang. Waktu mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat Long Jaafar.

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik itu.

Tamat siri 2/284

BACA: Siri 1: Bercakap dengan Jin
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 22, 2018

10 Fakta Tentang Zakar Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

10 Fakta Tentang Zakar Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

Sepanjang hidup berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan semakin rapat dan intim. Keintiman ini bukan saja dari segi fizikal, malah juga hingga emosi. Yang penting dalam hubungan ini juga adalah tentang zakar lelaki, dan anda patut lebih tahu tentangnya.

Fakta zakar lelaki

Jadi, jom lihat 10 fakta tentang zakar ini yang kami confirm akan buat ramai wanita terkejut!

1. Saiz zakar sebenarnya lebih kecil!

Tahukah anda yang saiz zakar itu sebenarnya lebih kecil dari yang disangka?

Sebenarnya, saiz zakar suami anda itu sebesar saiz iceberg saja. Ini kerana ia kemaluan lelaki telah "tertanam" di dalam tulang pubik dan pelvisnya.

Purata saiz zakar yang normal adalah sepanjang 5 inci atau 13cm saja.

"Senjata" lelaki yang paling panjang pernah direkod adalah sepanjang 24cm!

2. Zakar berhenti membesar

Sekitar usia 20-an, zakar lelaki akan berhenti membesar. Ia mula membesar ketika mencapai akil baligh dengan pembesaran testikel lelaki.

Tumbesaran zakar semakin rancak di antara usia 12 hingga 16 tahun dan saiz zakar pula ditentukan oleh genetik.

3. Zakar senang tegang!

Sebenarnya, seorang lelaki boleh dirangsang dengan cepat dan mudah (dalam masa beberapa saat saja!).

Tapi itu semuanya pun bergantung dengan kesihatan lelaki itu. Jadi, jangan pula anda rasa rendah diri dan kecewa apabila suami lambat terangsang apabila anda menggodanya.

4. Makanan boleh merangsang zakar

Ya betul! Kajian mendapati makanan dengan bau yang sedap, contohnya seperti donut atau coklat akan merangsang zakar untuk lebih cepat tegang.

Ini kerana pengaliran darah ke zakar lebih laju gara-gara dirangsang bau makanan yang sedap ini.

5. Lelaki berejakulasi sebanyak 7,000 kali

Purata jumlah lelaki berejakulasi sepanjang hidupnya adalah sebanyak 7,200 hingga 7,500 kali.

Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti seksual, diet dan kesihatan lelaki itu. Sebenarnya, lebih banyak berejakulasi lebih bagus.

Kajian mendapati hampir 32,000 lelaki yang berejakulasi sebanyak 21 kali dalam satu bulan memiliki risiko terkena kanser prostat yang lebih rendah!

6. Ereksi lebih kerap

Fakta tentang zakar yang satu ini pasti akan buat anda terkejut!

Bagi ereksi pula, lelaki boleh mencapai ereksi (zakar menegang) secara purata sebanyak 11 kali pada waktu siang dan 9 kali pada waktu malam.

Wow! Tapi jangan bimbang. Ini bukan bermaksud pasangan anda itu terangsang ketika anda tiada.

Kadang-kala, zakar boleh terangsang kerana jenis seluar dalam yang dipakai pasangan malah, urutan juga boleh merangsangnya.

7. Merokok boleh melemahkan zakar

Perokok tegar akan mengalami masalah ejakulasi pramatang yang lebih kerap malah, zakar juga mungkin boleh mengecil sebanyak beberapa cm.

Ini kerana merokok menyukarkan pengaliran darah dan kajian sebelum ini mendapati merokok menyebabkan ereksi yang lebih sekejap dan lemah.

Sebab itu ramai lelaki tidak tahan lama di ranjang. Nampaknya, ada alasanlah mengapa suami patut berhenti merokok, kan?

8. Zakar seperti klitoris juga

Sama seperti klitoris, zakar juga memiliki saraf yang sungguh sensitif dan tiada penghujungnya! Setiap saraf ini berfungsi untuk rangsangan seksual.

9. G-spot lelaki

Tahukah anda yang lelaki juga memiliki G-spot dan biasanya terletak di prostat mereka.

Tapi ini bukan satu-satunya titik G-spot lelaki. Perineum (jarak antara dubur dan testikal) lelaki juga satu kawasan sensitif yang wajar dirangsang!

10. Ada 2 jenis zakar

Terdapat 2 jenis zakar iaitu zakar grower dan zakar shower.

Zakar grower adalah zakar yang akan membesar (terlalu besar) dan semakin panjang apabila dirangsang. Manakala zakar shower pula masih membesar jika dirangsang, namun ia tidak terlalu berubah saiz.

Menurut tinjauan yang dilakukan Men’s Health, hampir 79% lelaki memiliki zakar jenis grower berbanding shower.

Itu 10 fakta tentang zakar, apa pendapat anda?

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Benarkah Wang Adalah Segala-galanya?

Benarkah Wang Adalah Segala-galanya?

Ramai orang berpendapat duit atau wang adalah ‘kuasa’ yang dengannya dapat membeli segala yang kita mahu dan sebab itu kalau tidak ada duit kita tidak akan mengecapi kebahagiaan. Namun, banyak kali terjadi, penyakit yang tidak boleh diubati, walaupun kita mempunyai wang yang tidak terkira banyaknya.

Wang adalah segalanya

Lalu dalam perkara ini, wang gagal membeli kesihatan dan kerana kesihatan kita tidak dapat dikembalikan, maka ketenangan hidup kita tercalar, kebahagian dirasakan lenyap, bahkan kewangan terjejas kerana banyak membiayai kos perubatan untuk memulihkan kesihatan.

Jadi, bolehkah kita katakan lagi, wang ‘is everything' dalam kehidupan kita?

Lantaran itu ada pula orang berpendapat, dalam hidup ini, duit bukan segala-galanya tetapi, hakikatnya dalam kehidupan sekarang, segala-galanya memerlukan wang.

Cuba fikir dan renungkan, di manakah pendirian dan pilihan kalau diberi peluang memilih, apakah pilihan kita?

Pertama, kita ada segala-galanya di dunia dan kita tenang. Kedua, kita ada segala-galanya di dunia, tetapi kita tidak tenang. Ketiga, kita tidak ada apa-apa tetapi kita tenang.

Orang yang benar-benar tenang ialah orang yang memiliki fikiran yang baik, kesihatan yang baik, hubungan yang baik dengan manusia, keyakinan yang baik kepada agama dan kewangan yang baik.

Yang penting bukan di mana kita berada secara fizikal, tetapi di mana kita berada dalam jiwa dan minda?

Contohnya, kita tidak perlu bilik yang cantik secara nilaian fizikal, tetapi macam mana kita mengatur atau bayangkan dalam minda kita kecantikan di dalam bilik tersebut, itulah yang lebih penting.

Sebab itulah pentingnya menjaga minda (fikiran) dan jiwa (hati), kerana diri ini umpama sebatang pokok. Baik atau buruk kualiti buah daripada sebatang pokok bergantung pada asal usul benihnya.

Pada sebatang pohon, yang paling penting dijaga sejak dari awal peringkat pertumbuhan adalah akarnya, bukan rantingnya.

Demikian jugalah manusia, baik dan buruk seseorang itu bergantung pada hati dan mindanya (‘dunia dalaman’).

Ibarat manusia dan pokok adalah, akarnya adalah akidah. Kuat akarnya, bercambahlah rantingnya. Rantingnya adalah ibadah. Banyak rantingnya, banyaklah buahnya. Buahnya atau hasilnya yang baik adalah akhlak yang baik.

Oleh sebab itu jagalah kualiti tiga perkara ini (akidah, ibadah dan akhlak), untuk menjadi jaminan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Apakah yang mendominasikan hidup kita, Allah atau manusia? Semakin hari kita semakin dekat dengan Allah dan orang yang dekat dengan-Nya, Allah dekat dengannya.

Semakin kita dekat dengan-Nya semakin kita berjaya dunia dan akhirat. Hidup dengan penuh kehambaan kepada-Nya, yang menjurus kepada sikap hubudiyah, iaitu beribadah, bukan hanya dengan perlakuan fizikal semata-mata, tetapi melibatkan amalan beribadah secara fizikal dengan hati penuh kehambaan kepada-Nya.

Orang yang hidup dengan penuh kehambaan kepada-Nya akan memiliki “sifat diri” yang positif.

Banyak orang mendakwa berfikir secara positif tidak menjamin kejayaan dan sangat berisiko apabila gagal mencapai apa diidamkan.

Sesungguhnya benar, kalau kita hanya berfikir positif sahaja (hanya menggunakan mata akal) tanpa menggunakan mata hati, memang tidak akan berkesan.

Sebab apabila kita berfikir, segala yang kita mahu atau cita-citakan itu tidak masuk dalam emosi kita. Sesuatu yang kita lakukan tanpa emosi tidak akan berkesan atau tidak akan tercapai.

Ia terjadi kerana setiap manusia itu mempunyai dua jenis minda (minda sedar = akal) minda bawah sedar/minda segar = roh /jiwa/hati).

Percayalah, kalau bercakap tanpa masuk dalam hati kita, sesuatu perkara yang kita cakap itu tidak akan terjadi, walaupun kita mengucapkan kata-kata positif itu berulang kali, kerana kita tidak bercakap dari hati, segala yang kita sebut-sebutkan itu amat sukar hendak digapai.

Kenyataan

Jom jaga emosi, kerana emosi yang positif merangsang fikiran positif dan tindakan kita juga akan menjadi positif.

Oleh sebab itu bagaimana kita membetulkan ‘dunia dalaman’ akan mempertingkatkan ‘sifat baik diri’ yang akan menjadi pola tarikkan aura manusia.

Roh seseorang akan serasi dengan roh orang yang seaura dengannya. Sesiapa yang emosinya negatif, magnet kehidupannya negatif dan dia akan berada dalam ‘sungai kehidupan’ yang negatif (manusia keladak) dan sebaliknya.

Magnet Diri

Formula ‘magnet diri’ dan konsep ‘ADA – BERI – DAPAT’, menghuraikan bagaimana rahsia untuk menjadikan segala impian menjadi kenyataan.

Sebab undang-undang tarikan berfungsi menukar niat, berlaku banyak gelombang. Setiap kali kita berfikir, emosi kita akan menentukan getaran dan gelombang jiwa.

Sebab itu apabila kita hendak mengubah suasana, kita perlu mengubah emosi. Sebab itu apa yang berlaku ‘di luar’ (ke atas fizikal) tidak penting tetapi yang penting apa yang berlaku ‘di dalam’ (ke atas hati/roh/jiwa).

Ingatlah, kita tidak boleh mengubah apa yang tidak boleh kita ubah (bukan dalam kekuasaan kita), jadi ubah cara kita melihat kejadian, ubah persepsi kita atas setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita.

Untuk disenangi orang dan mendapat ‘magnet diri’ positif, jagalah percakapan, tingkah laku dan hati budi kita.

Ada kalanya diam lebih baik daripada bercakap yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat, tanda orang yang beriman kita akan bercakap perkara yang baik dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Cakapnya berhemah dan penuh dengan rasa rendah hati bukan rendah diri.

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah apabila bijak mengawal kata-kata – bila kita perlu diam dan bila kita perlu berkata-kata mempertahankan kebenaran dan melawan kemungkaran.

Adakah kita seorang yang selalu mengeluh, merungut atau mengumpat, membanggakan diri setiap masa?

Paradigma

Manusia boleh berubah menjadi baik, yakni daripada ‘golongan beralasan’ menjadi ‘golongan berjaya’ dengan cara membuat perubahan paradigma.

Paradigma bermaksud batasan pemikiran seseorang pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman.

Paradigma terkandung dalam ‘minda sedar’ iaitu apa yang kita fikirkan dan terkandung juga dalam minda segar/minda bawah sedar (roh) yang 95 peratus menentukan kehidupan seseorang.

Iaitu, bagaimana seseorang itu berfikir dan kemudian memberikan tindak balas emosi terhadap apa-apa yang berlaku.

"Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Apa Itu Guarana, Tanaman Herba Pengganti Kopi Yang Sangat Mahal Harganya

Apa Itu Guarana, Tanaman Herba Pengganti Kopi Yang Sangat Mahal Harganya

Guarana atau Guaraná dengan nama saintifiknya Paullinia cupana, Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae, ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Herba pengganti kopi

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.

Pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang.

Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh.

Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi (lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp).

Sepertimana tumbuhan lain yang mampu menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana kandungan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor.

Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam.

Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?

Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita?Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya?

Disyorkan RISDA

Apabila cadangan untuk mengeksport daun ketum ditolak kerajaan, Pihak Berkuasa Kecil Perusahan Getah (RISDA) tampil dengan langkah baharu iaitu menggalakkan pekebun kecil di negara ini menanam Pokok Guarana atau nama botaninya adalah Paullinia cupana.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah tersebut bagi memenuhi permintaan sebuah syarikat pengeksport buah guarana berpangkalan di Pulau Pinang sekali gus dapat membantu pekebun kecil menambah pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Beliau memberitahu, syarikat pengeksport buah guarana tersebut menerima permintaan tinggi hasil tanaman tersebut dari Jepun yang menjadikannya sebagai bahan asas produk kesihatan dan kecantikan.

Harga buah guarana begitu tinggi di pasaran iaitu antara RM200-RM300 sekilogram dengan setiap pokok boleh menghasilkan 50 kilogram buah guarana.

Tanaman guarana berpotensi jana RM250,000 setiap ekar setahun – RISDA

Beberapa negeri di utara Malaysia, sekitar 35,000 pekebun kecil getah menjadi perintis bagi cita-cita menjadikan Malaysia negara pengeluar terbesar guarana, bahan asas untuk produk minuman kesihatan, ubatan herba dan bahan kecantikan di Asia.

Risda telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, akan membekalkan biji benih yang dibawa oleh Ritz dari Brazil, untuk ditanam secara komersial di negara ini.

Menurut laporan Bernama, pekebun akan diberi khidmat nasihat dan panduan berkaitan penanaman dan hasilnya dijual semula kepada Risda pada harga RM200 sekilogram.

Tanaman itu senang dijaga dan setiap pekebun hanya memerlukan modal permulaan sekitar RM50,000 untuk sekali pusingan tanaman dengan pulangan sekitar RM250,000 bagi setiap ekar.

Kajian pihak Ritz mendapati guarana sangat sesuai ditanam di Malaysia dan ia akanbdiproses di kilang Ritz, Pulau Pinang untuk dieskport.

Buah Biji Mata

Guarana Tree

Warna buah guarana adalah menarik dalam kepelbagaian warna coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih.

Apa yang unik mengenai buah guarana adalah, apabila biji berwarna hitam Guarana dibelah-buka akan dilihat seperti 'biji mata' dan ini telah membentuk sebuah mitos.

Dinegara asal dari segi sejarah dan budaya dimana perkataan "Guarana" datang daripada perkataan Guarani yang bermaksud "buah seperti mata-mata manusia".

Dalam beberapa laporan didakwa pokok guarana juga boleh didapati di hutan hujan Amazon di mana suku Guaraní telah menanamnya sejak berabad lalu.

Pokok Guarana juga memainkan peranan yang penting di dalam puak Tupi dan puak Guarani di Paraguay di dalam upacara keagamaan dan budaya mereka.

Mengikut kepercayaan puak Sateré-Maué, guarana telah mula ditanam secara domestik setelah berlakunya satu peristiwa pembunuhan seorang kanak-kanak kesayangan oleh dewa mereka.

Untuk menenangkan keadaan, salah satu dari dewa mereka yang lebih kuat telah mencabut mata kiri kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam hutan tebal, hasilnya wujudlah kepelbagaian variasi guarana.

Dewa itu kemudiannya mencabut pula mata sebelah kanan kanak-kanak itu dan menanamnya di dalam kawasan perkampungan; menambahkan lagi bilangan guarana domestik.

Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus, kemudian diuli untuk membentuk rupa silinder.

Produk ini dikenali sebagai roti guarana dimana ia kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.

Dari kajian makmal, setiap buah guarana mengandungi setiap sejuta bahan iaitu;
  • Abu (< 14,200),
  • Kafein (9,100 - 76,000),
  • Lemak (< 30,000),
  • Guanine,
  • Hypoxanthine,
  • Mucilage,
  • Protein (< 98,600),
  • Resin (< 70,000),
  • Saponin,
  • Kanji (50,000- 60,000),
  • Tanin (50,000-120,000),
  • Theobromine (200-400),
  • Theophylline (0 - 2,500),
  • Timbonine,
  • Xanthine.

Menurut Biological Magnetic Resonance Data Bank, guaranine adalah kandungan bahan kimia kafein di dalam guarana dan ia agak seiras dengan bahan kimia kafein yang diambil dari sumber lain sebagai contoh kopi, teh dan Yerba Mate.

Guaranine, theine dan mateine amat sinonim untuk kafein, iaitu sumber asli kafein mengandungi pelbagai campuran kandungan xanthine, alkaloids, selain dari kafein, termasuk stimulan untuk kardiak seperti theophylline dan theobromine dan bahan lain seperti polyphenol di mana ia boleh membentuk kompleks penyahserapan bersama kafein.

Bahan ini dijadikan bahan minuman terutama di Brazil dan USA sebagai pilihan selain daripada kopi.

Apakah kita di Malaysia akan memajukan tanaman ini seperi saranan pihak tertentu tersebut? Hanya masa akan menentukan segalanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, December 21, 2018

68 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Melaka

68 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Melaka

Melaka, bandaraya bersejarah yang pernah menjadi salah satu tamadun terunggul, banyak tempat menarik, sejarah dan lokasi menarik untuk dilawati semasa cuti.

Percutian Di Melaka

Jika ada perancangan untuk bercuti disana, rancanglah sebaik-baiknya kerana seminggu pun belum tentu habis dilawati.

68 Tempat Menarik di Melaka yang Wajib kunjungi.

The Shore Melaka;
  • The Shore Sky Tower
  • The Shore Toy Museum
  • The Shore Oceanium
  • The Sky Deli Restaurant

Pantai;
  • Pantai Klebang
  • Pantai Puteri
  • Pantai Pengkalan Balak
  • Pantai Padang Kemunting

Water Theme Park;
  • Bayou Lagoon Park Resort
  • Kolam Air Panas Jasin
  • Melaka Wonderland
  • Gold Coast Malacca Internasional Resort

Bangunan/Mercu Bersejarah;
  • Kota A' Famosa
  • Menara Taming Sari
  • Dataran Keris
  • The Stadshuys

Asam Pedas Melaka;
  • Asam Pedas Selera Kampung
  • Asam Pedas Pak Man
  • Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
  • Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Muzium Sejarah;
  • Muzium Samudera/Maritime
  • Muzium Islam Melaka
  • Muzium Setem Melaka
  • Muzium Budaya Cheng Ho

Galeri Muzium;
  • Up Side Down House Museum Gallery
  • Time Machine Gallery
  • Mamee Jonker House
  • Magic Art 3D Museum

Taman Rekreasi/Hidupan;
  • Taman Buaya Dan Rekreasi
  • Taman Botanikal Melaka
  • Taman Burung Melaka
  • Taman Rama-Rama dan Reptilia

Bangunan Cantik;
  • Encore Melaka
  • The Rivierar Melaka
  • Melaka River Cruise
  • Masjid Selat Melaka

Makan Pagi/Petang;
  • Roti Canai Kayu Arang
  • Restoran Pak Putra Tandoori & Naan
  • Roti John Maelambung
  • Mee Beseri Ori Melaka

Makan Pagi/Petang/ Malam;
  • Long Feng Rastaurant
  • Pau Ziela
  • Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil
  • Melaka Food Truck Park

Dessert;
  • Manggo Float Royale Melaka
  • Klebang Original Coconut Shake
  • Ice Bing
  • Big Bowl Ice

Makan Lagi;
  • Aida Rich Cafe
  • Eu Ji Ban Chicken Rice Ball
  • Jonker 88
  • Cendol Jam Besar

Makan Malam/Berat;
  • Restoran Klasik Terapung
  • Restoran Nasi Beriani Hj Tambi
  • Ikan Bakar Anjung Muara
  • Ikan Bakar Parameswara

Pusat Beli Belah;
  • Freeport A'Famosa Outlet
  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  • The Shore Shopping Gallary
  • Element Mall Melaka
  • Pasar Besar Baru Melaka
  • Jonker Walk
  • Melaka Skytrex
  • The Pirate Adventure

Penginapan;
  • The Rucksake Caratel
  • Masbro Village
  • Ke Cabin By Bunggalow in A Village
  • The Settelment Hotel

Selamat bercuti.

BACA INI JUGA:

sumber: rileklah

Kubur? Taubat Nasuha

Kubur? Taubat Nasuha

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago.

Taubat Nasuha

Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik. Hotel? Trivago.

Bagaimana pula dengan ini?

Kubur yang sama, tanah yang sama, tetapi dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha.

Ingat..

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tau masa depan orang yang kita kata itulah yang akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan rezeki orang lain dengan kita. Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa. Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur? Taubat Nasuha.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

SBDJ Siri 1: Bercakap Dengan Jin

SBDJ Siri 1: Bercakap Dengan Jin

Suatu petang dalam tahun 1960, datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya, “Kamu usah jadi pemburu.”

Penunggu Babi Hutan

“Kenapa tok?” Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak. Dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga.

Dan saya masih menanti jawapan dari datuk.

“Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu,” tiba-tiba datuk bersuara.

Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya.

Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya.

Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan dia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia.

Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu.

Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkannya sebelah kiri.

Datuk dapat senapang bukan kerana dia Home Guard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan.

Pemintaan datuk dipenuhi oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk.

Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya.

Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang menjadi temannya ke surau.

Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemarannya.

Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya.

Pernah datuk bercerita pada saya: Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran dengan Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia.

Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar.

Datuk menghala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman.

Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di situ.

Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ, seekor rusa lain muncul di depan datuk.

Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan.

Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi.

Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu.

Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas.

Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima, enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.

Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum.

Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian.

Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, berdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

“Kurang ajar, manusia laknat,” suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin.

Datuk diam bertafakur.

“Kau tahu kesalahan kau manusia?” tambah suara itu.

Belakang datuk terus dibasahi peluh. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

“Tidak,” jawab datuk dengan berani.

“Kau masuk ke dalam kawasan laranganku.”

“Aku sudah meminta kebenaran.”

“Aku tidak membenarkan.” Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

“Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi.”

Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

“Kau manusia biadap,” pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.

Tamat siri 1/284

BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM