Sunday, December 23, 2018

5 Perkara Baharu Jika Anda Berkunjung Ke Sabah Dan Sarawak


Jika anda belum pernah berkunjung ke Sabah dan Sarawak, negeri ini sebenarnya agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan Semenanjung.

Keunikan Sabah Dan Sarawak

Inilah perkara-perkara baru yang kamu akan alami saat berkunjung, berpindah atau menetap di Sabah dan Sarawak.

1. Tidak ada tol, jadi tidak perlu risau

Kalau di Semenanjung, sebelum travel ke satu-satu lokasi kena kaji dulu laluan jalan untuk kenal pasti berapa tol yang akan dilalui dan dicari juga jalan alternatif yang tidak mempunyai tol.

Kalau ada 2-3 tol, nak ulang alik boleh tahan juga belanjanya. Sekiranya di Sabah dan Sarawak, anda tidak perlu risau dan runsing soal tol atau kenaikan bayaran tol.

Bergerak saja ke daerah atau bandar manapun, memang tidak ada tol.

2. Amat jarang sekali kedengaran bunyi hon kereta. Kereta slow di line kiri dan kanan

Saat memandu di Sabah atau Sarawak, memang agak jarang kedengaran bunyi hon kenderaan.

“Bunyi hon kereta adalah kejanggalan di Sarawak dan biasanya dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya di sebut hon untuk persahabatan atau pun dalam situasi cuba memotong kenderaan."

Selain itu, kadar kelajuaan pemanduan di jalan lokal pun agak perlahan, sekitar 40-60km/j di line kiri dan kanan, termasuklah juga kenderaan berat.

Jadi, tidak perlulah terlalu ghairah berlum-lumba dan mahu potong-memotong kenderaan lain.

3. Roundabout memang banyak

Bilangan roundabout memang tidak terkira jumlahnya di bandar-bandar di Sarawak dan Sarawak. Lalu saja beberapa kilometer pasti akan ada roundabout. Saiz roundabout pula dari yang kecil hinggalah yang besar, semuanya ada.

Di Sabah, roundabout di tiap daerah akan dihiasi dengan monumen, tugu atau replika yang melambangkan keunikan serta identiti daerah tersebut.

4. Perkhidmatan van lebih popular

Bagi sebahagian kawasan bandar atau pekan, penggunaan perkhidmatan van adalah lebih popular daripada penggunaan bas dan teksi.

Umpamanya di Pekan Kapit, Sarawak, perkhidmatan van tambang adalah pengangkutan awam yang paling utama penduduk lokal. Begitu juga di daerah-daerah kecil di Sabah.

5. Seawal 6 pagi, hari sudah cerah

Kalau di Borneo ini, sekitar 6 pagi sudah pun cerah dan sekitar 6 petang pula sudah mula gelap. Jadi, biasakan diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: borneodihati

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon