Tuesday, January 30, 2018

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!


Pada hujung tahun 1930, keluarga Patrick McDonald, telah berpindah dari New Hampshire ke Hollywood. Anak-anak Patrick, iaitu Richard dan Maurice McDonald bekerja sebagai pemindah barang dan tukang cuci di studio Motion-Picture. Perniagaan makanan bermula apabila Patrick membuka gerai makan (food stand) berdekatan dengan Lapangan Terbang Monrovia, California.


Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
McDonald's pertama.

Menu pertama yang dijual ketika itu adalah sosej dan kemudiannya Patrick memasukkan hamburger ke dalam menu dengan harga 10 sen bersama jus oren dengan harga 5 sen.

Maurice, 37 dan Richard, 31, yang dikenali sebagai Mac dan Dick tertanya-tanya sama ada impian mereka untuk bergelar jutawan menjadi kenyataan sebelum umur mereka mencecah 50 tahun.

Pembukaan McDonald's pertama pada 1940

Pada tahun 1940, adik beradik ini telah memindahkan perniagaan tersebut menjadi sebuah restoran kecil berkonsepkan pandu lalu di San Bernardino, California dan menamakan ia semula kepada "McDonald's Bar-B-Que". Menu restoran ini ditambah menjadi 25 kesemuanya yang mana kebanyakannya adalah barbeku.

Namun, pada Oktober 1948, mereka menyedari bahawa keuntungan terbesar yang mereka perolehi adalah daripada menjual hamburger dan mereka boleh mengaut lebih keuntungan dengan mengubah konsep restoran dengan menghapuskan pandu lalu kepada sistem layan diri.

Mereka juga menyelaraskan menu di mana hanya menu-menu yang terjual laris sahaja dikekalkan.

Antara menu-menu yang dikekalkan adalah hamburger, cheeseburger, keropok kentang, kopi, air berkarbonat dan juga pai epal.

Perubahan yang digunapakai adalah menggunakan lampu pemanas sinar merah untuk mengekalkan kepanasan keropok kentang.

Menurut Dick, mereka adalah orang yang pertama menggunakan teknik ini dalam industri makanan.

Selepas setahun beroperasi dengan sistem baru, mereka menukarkan menu keropok kentang dan pai apple dengan kentang goreng dan milkshake.

Perubahan rekabentuk dan strategi McDonald's

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Richard dan Maurice McDonald.

Untuk memaksikmakan kecekapan servis, Mac dan Dick menghasilkan sistem beratur ketika pelanggan membeli makanan dan juga menyediakan makanan lebih awal.

Restoran itu kemudiannya dinamakan semula sekali lagi kepada yang lebih ringkas, iaitu "McDonald's" yang anda lihat seperti hari ini, dan dibuka semula pada 12 Disember 1948.

Mac dan Dick yang bercita-cita tinggi ingin melebarkan sayap mereka untuk mencapai dua sasaran baru iaitu penambahbaikan kecekapan serta penampilan yang lebih menarik di mata pelanggan.

Mereka memulakan usaha dengan menemuramah 4 arkitek dan akhirnya memilih Stanley Clark Meston dari Fontana. Kerja-kerja merekacipta bangunan baru mereka mula dilakukan.

Mereka melakukannya dengan melukis setiap peralatan restoran dengan ukuran sebenar menggunakan kapur di atas sebuah gelanggang tenis di belakang rumah mereka.

Akhirnya rekabentuk restoran mereka siap dan sangat menarik perhatian dengan jubin seramik berwarna merah dan putih, lampu neon merah, putih kuning dan hijau, serta satu lengkungan logam berwarna kuning setinggi 25 kaki, yang digelar sebagai "golden arches".

Mereka juga menggunakan satu karekter yang diberi nama Speedee memakai topi chef yang diletakkan pada papan tanda restoran.

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Logo McDonald's dan maskot Speedee.

Perubahan yang unik juga telah dilancarkan oleh McDonald's apabila mengubah restoran mereka menjadi rangkaian "fast-food" dimana mereka mematikan pemanas di dalam restoran bagi mengelakkan pelanggan daripada berada lama di dalam restoran.

Mereka juga menghasilkan tempat duduk tetap dan bersudut supaya pelanggan makan lebih cepat dan menjauhkan kerusi antara satu sama lain supaya pelanggan kurang bersosial di dalam restoran.

Akhir sekali mereka menggunakan cawan berbentuk kon untuk mengisi minuman yang memaksa pelanggan untuk sentiasa memegang minuman mereka sambil makan yang mempercepatkan proses memakan.

Sistem dan strategi ini telah digunapakai kemudiannya oleh restoran-restoran lain seperti Burger King, White Castle dan Subway untuk menjadikan restoran mereka sebagai sebuah restoran fast-food.

Pembukaan francais pertama di Phoenix, Arizona

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
McDonald's North Central Avenue.

Pada tahun 1953, Mac dan Dick mula mencari mereka yang mahu membuka restoran mereka secara francais dan Neil Fox, seorang pengedar untuk General Petroleum Corporation adalah orang pertama yang menyertai McDonald's.

Restoran Neil Fox adalah restoran McDonald's pertama yang menggunakan rekabentuk baru arkitek Stanley Clark Meston telah dibuka pada Mei 1953 di North Central Avenue, Phoenix, Arizona.

Restoran kedua menyusul 3 bulan selepas yang pertama beroperasi, kali ini oleh dua abang ipar Neil Fox, Roger William dan Burdette Landon di Lakewoo Boulevard di Downey, California.

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
McDonald's kedua di dunia dan paling lama bertahan hingga kini di Downey, California.

Sehingga kini, restoran di Downey, California ini merupakan restoran McDonald tertua yang masih kekal dan restoran ini tidak perlu mengikut spesifikasi pembentukan semula dan pengemaskinian restoran yang ditentukan oleh McDonald's Corporation kerana ia merupakan francais di bawah Mac dan Dick, bukannya McDonald's Corporation.

Pada ketika ini, Mac dan Dick telah berjaya membuka beberapa francais McDonald's di serta California dan Arizona.

Kedatangan jurujual Ray Kroc mengubah sejarah McDonald's

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Ray Kroc.

Pada tahun 1954, Ray Kroc, seorang jurujual mesin pembuat milkshake berjenama Multimixer telah mendapat tahu bahawa restoran McDonald menggunakan 8 mesin yang dijualnya di restoran di San Bernardino.

Ray berasa tertanya-tanya dan pergi melihat sendiri apa yang berlaku.

Beliau berasakan McDonald's berpotensi tinggi dan merupakan sebuah tiket kejayaan baginya, Ray kemudiannya mencadangkan supaya restoran McDonald's di-francaiskan ke seluruh negara.

Pada mulanya Mac dan Dick berasa ragu-ragu akan idea tersebut kerana perniagaan mereka di San Bernardino sedang berkembang pesat dan juga francais lain sedang beroperasi serta dalam perancangan, yang membuatkan mereka berat hati untuk mengambil risiko yang besar.

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Menu di McDonald's.

Ray kemudiannya meyakinkan mereka dengan menawarkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuka francais baru di tempat lain dan akhirya diberikan hak untuk menubuhkan francais McDonald's di seluruh Amerika Syarikat kecuali di kebanyakan kawasan di California dan Arizona yang telah menjadi kawasan Mac dan Dick.

Sebagai pulangan, Mac dan Dick diberikan 0.5% daripada keuntungan kasar.

Hubungan di antara Ray dan adik beradik McDonald agak dingin kerana mempunyai falsafah yang berbeza dalam menjalankan perniagaan.

Ray yang ingin mengubahsuai hiasan restoran itu tidak dipersetujui oleh Mac dan Dick, namun setelah didesak akhirnya Ray mendapat kebenaran bertulis untuk mengubah konsep restorannya.

Pembukaan McDonald's pertama oleh Ray Kroc dan penubuhan McDonald's Corporation

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
McDonald's pertama oleh Ray Kroc di Des Plaines, Illinois.

Francais pertama yang dibuka boleh Ray adalah di Des Plaines, Illinois pada 5 April 1955 dan seterusnya menubuhkan McDonald's Corporation.

Ruang dalam dan luar restoran itu telah dicat oleh tukang cat berpengalaman Eugene Wright, yang sehingga kini menjadi warna francais McDonald's.

Setelah restoran pertama Ray beroperasi, beliau giat mencari orang baru untuk dijual francais kepada mereka dan ia tidak mengambil masa yang lama.

Namun, pada tahun 1956, Ray telah mendapat tahu bahawa Mac dan Dick telah memberikan hak perlesenan di Cook County, Illinois kepada syarikat aiskrim Frejlach, hanya 53 kilometer dari francais kepunyaan Ray.

Ray yang marah dengan tindakan Mac dan Dick kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu akan perkara tersebut kemudiannya membeli semula hak itu daripada Frejlach dengan harga 5 kali ganda harga yang dibeli Frejlach, iaitu RM107,150.

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Ronald McDonald pertama tahun 1962.

Dalam tiga tahun pertama, francais McDonald's agak perlahan dan menjelang tahun 1958, sebanyak 34 restoran dibuka. Jumlah itu meningkat kepada 102 buah selepas Ray Kroc membuka 68 buah francais pada tahun 1959.

Logo Golden Arches yang kini terkenal di seluruh dunia telah diperkenalkan pada tahun 1962 dan setahun selepas itu, McDonald's mencapai jumlah jualan hamburger sebanyak satu juta, serta memperkenalkan Ronald McDonald sebagai maskot untuk menarik lebih ramai kanak-kanak.

Pembelian hak dan lesen McDonald's sepenuhnya oleh Ray Kroc

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Ray Kroc di hadapan McDonald's.

Akhirnya, pada tahun 1961, Ray Kroc telah membeli semua hak perlesenan McDonald daripada Maurice dan Richard McDonald dengan harga hampir RM12 juta bersamaan RM98 juta pada tahun 2017.

Walaupun nama McDonald's masih kekal, tetapi ianya menjadi hak milik Ray dan adik beradik McDonald yang pada mulanya mengasaskan dan mengusahakan perniagaan ini hanya tinggal kenangan.

Namun, Mac dan Dick mengekalkan restoran McDonald pertama di San Bernardino dan menukar nama kepada "The Big M" dan menghasilkan papan tanda seolah-olah huruf M.

Untuk membalas dengam, Ray membuka francais McDonald berdekatan restoran tersebut yang akhirnya membuatkan The Big M gulung tikar.

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
Fred Turner dan Ray Kroc.

McDonald's kemudiannya semakin berkembang dan pada tahun 1968, francais ke-1000 telah dibuka. Fred Turner telah dilantik sebagai presiden syarikat manakala Ray Kroc kekal sebagai pengerusi dan CEO sehingga 1973.

McDonald's pertama di Malaysia

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!

Pada tahun 1982, restoran McDonald's pertama telah dibuka di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang oleh Tan Sri Vincent Tan.

Pada Julai 2011, francais McDonald's terbesar dibuka di Olympic Park, London bersempena Sukan Olimpik London 2012 bersaiz separuh padang American Football yang mampu menampung 1,500 pelanggan dengan 470 orang staf bertugas ketika sukan tersebut berlangsung.

Keuntungan terbesar sepanjang zaman pada tahun 2011

Kisah Hebat Bagaimana McDonald's Bermula Sebelum Menjadi Restoran Terbesar Dunia!
McDonald's terbesar di dunia terletak di Olympic Park, London.

Pada Januari 2012, McDonald's Corporation telah mengumumkan tahun 2011 sebagai tahun yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan hasil sebanyak RM115.6 billion.

Sehingga penghujung tahun 2016, McDonald's telah beroperasi di 120 buah negara dengan jumlah francais sebanyak 36,899 dan pekerja lebih daripada 375,000 orang.

Namun disebalik cerita ini, terdapat banyak dakwaan bahawa Ray Kroc menipu dan menekan dua beradik pengasas McDonald ini, sehingga membuatkan Maurice McDonald mati akibat sakit jantung dan Richard McDonald hanya mempunyai simpanan hanya RM7.7 juta ketika beliau mati.

Ray Kroc pula, yang mati pada tahun 1984, meninggalkan harta sebanyak RM2.14 bilion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon