Friday, February 02, 2018

Andai Dosa Berbau Pasti Tiada Siapa Sanggup Mendekatimu


Jika dosa-dosa yang dilakukan mengeluarkan bau, nescaya amat busuknya diri ini. Siapa gerangan yang mahu mendekati?

Andai Dosa Berbau Pasti Tiada Siapa Sanggup Mendekatimu

Anak-anak pasti menjauhkan diri. Cucu sudah pasti tak mahu dipeluk. Isteri pun pasti tidak tahan dan ingin berpisah.

Andai jadi pedagang, pasti jualan tak akan laku, tiada yang mahu membeli.

Andai sholat di masjid pasti jamaah terganggu, boleh jadi menyebabkan masjid bau dan sunyi sepi.

Andai jadi guru, murid tak mahu masuk kelas, tidak tenang belajar.

Andai jadi pekerja, yang lain pasti terganggu, tak mampu membuat kerja.

Di mana-mana berada pun, tiada orang yang mahu duduk dekat, ingin menjauh.

Ya Allah Maha suci Engkau yang menutup aib dan dosa-dosa hambaMu kerana tidak menjadikan dosa itu berbau.

Sesungguhnya orang memuji, kerana Allah masih menutup aib kita, menutup dosa-dosa kita.

Seandainya Allah membongkar satu saja aib yang selama ini kita sembunyikan, tentunya semua orang yang mulanya memuji dan menghormati tentu akan mencela dan merendahkan.

Masih mampukah berbangga diri? Masih lagikah sombong terpatri dalam hati?

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina 1000 Kali!

sumber: peribadirasulullah

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon