Tuesday, May 15, 2018

Gerakan NGO Malaysia Mahu Salah Guna Kuasa Dan Kekayaan Musa Aman Disiasat

Gerakan NGO Malaysia Mahu Salah Guna Kuasa Dan Kekayaan Musa Aman Disiasat

Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan satu laporan polis dibuat oleh sekumpulan ahli Gerakan NGO Malaysia berhubung perkara itu.

Musa Aman rasuah

Wakil Gerakan NGO Malaysia Datu Mohd Fadli Fathullah berkata, pihaknya juga mahu siasatan polis dibuat terhadap bekas menteri-menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) Sabah yang lepas.

"Kami mahu siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat membabitkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pentadbiran BN di Sabah.

"Gerakan NGO Malaysia juga menggesa siasatan yang sama dilakukan terhadap Datuk Dr. Jeffrey Kitingan," katanya selepas membuat laporan polis di Kota Kinabalu.

MUSA AMAN ROMPAK TANAH ORANG SABAH!

Musa aman Geran Tanah

Siapa tak kenal Musa Aman. Tanyakan kepada siapa saja di Sabah, nama ini sinonim dengan satu baris ayat, "Perompak Tanah di Sabah!"

Dimana-mana pun ada geran tanah atas nama Musa Aman dan keluarganya!

Sebab itulah ketika PRU14, majoriti rakyat Sabah mahu Musa Aman tersingkir supaya tiada lagi rompakan harta rakyat Sabah.

Dan kini terbukalah peluang untuk seluruh rakyat Sabah yang sakit hati selama ini agar pihak berkuasa menyiasat semua salah guna yang dilakukan oleh kepimpinan BN-UMNO ini.

KEKAYAAN MUSA AMAN

Jufazli Shi Ahmad ialah aktivis anak muda dari Sabah, berusia 26 tahun merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah.

Pada 9 November 2016 lepas, Jufazli mengemaskini FBnya dengan menyatakan bahawanya dia telah ditahan oleh polis.

Peguam yang mewakilinya kemudiannya menjelaskan bahawa Jufazli telah ditahan reman selama 2 hari dan akan di bawa ke Sabah.

Punca Jufazli ditahan dipercayai disebabkan beberapa siri pendedahan yang dilakukan olehnya menerusi laman Facebook.

Pada 2 November 2016 lepas, Jufazli menyatakan ini;

Gerakan NGO Malaysia Mahu Salah Guna Kuasa Dan Kekayaan Musa Aman Disiasat

Bertindak lebih 'agresif', Jufazli kemudiannya menyebarkan perkara ini pula ;

Musa Aman kaya raya

EKONOMI POLITIK SABAH: BAGAIMANA MUSA AMAN & KELUARGANYA MENJADI KAYA RAYA DI NEGERI SABAH?

1. KAYU BALAK

Musa Aman mempunyai "bayangan" pegangan saham atas nama Michael Chia atau dikenali sebagai Chia Tien Foh di CTF Intenational Ltd dan dua syarikat asing lain untuk menyembunyikan kekayaannya di luar negara.

Skandal merompak wang kayu balak jutaan ringgit yang disimpan di akaun peribadi Musa Aman di Hong Kong seperti yang pernah didedahkan oleh pemerhati antarabangsa sejak tahun 2012 lagi adalah melibatkan modus operandi aktiviti kewangan luar pesisir (offshore).

Apabila ada kuasa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, ini adalah kelebihan untuk "menghilangkan" duit rakyat Sabah demi kekayaan diri sendiri.

2. ANAK KAYA RAYA

Jika seorang bapa mempunyai kepakaran "menyembunyikan" wang rakyat Sabah demi kekayaannya agar mampu mengukuhkan kuasa dalam politik Sabah, maka anaknya juga Yamani Hafez Musa mempunyai kepakaran yang sama.

Yamani Hafez yang dikenali oleh orang Sabah sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah juga terlibat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa yang dikatakan oleh perisik maklumat antarabangsa sebagai satu skandal korupsi antarabangsa yang dilindungi undang-undang.

3. WANG LUAR NEGARA

Menurut laporan antarabangsa ICIJ, Yamani Hafez Musa adalah pemegang saham di dalam Syarikat Olivine Finance Ltd sejak 2 Januari 2004.

Syarikat ini didaftarkan di British Virgin Islands bagi bertujuan untuk menyembunyikan kekayaan dan mengelak daripada membayar cukai.

Persoalannya, daripada manakah duit Yamani Hafez dapat untuk membeli saham ini sehingga perlu menyembunyikan kekayaannya di luar negara?

Adakah menggunakan duit rakyat Sabah atas nama agensi kerajaan negeri Sabah sehingga sanggup menjalankan aktiviti perniagaan di negara luar secara haram?

4. SEDCO

Paling mengejutkan, berdasarkan laporan yang sama, Yamani Hafez Musa menggunakan alamat agensi kerajaan negeri Sabah iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di dalam pegangan saham syarikat asing tersebut.

Persoalan kita sebagai rakyat, adakah modal kewangan SEDCO dibawa masuk ke Syarikat Olivine Finance Ltd sedangkan Yamani hafez Musa tiada jawatan di dalam agensi kerajaan ini?

Mengapa mesti menggandingkan nama Yamani Hafez dan alamat agensi kerajaan yang sering mendapat peruntukan bajet projek tahunan daripada kerajaan Pusat?

5. KRONI

Untuk makluman semua rakyat Sabah, adalah perkara biasa Musa Aman menggunakan nama anak dan ahli keluarganya serta kroni beliau untuk memonopoli kekayaan di negeri Sabah.

Bermula daripada konsesi projek Air, Jalan Raya dan Lebuh Raya, Projek Perkapalan dalam industri minyak petroleum dan gas asli serta industri pembalakan di negeri Sabah.

Menurut risikan maklumat di dalam Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Musa Aman menggunakan "secret server" bagi menyembunyikan dokumen dan maklumat perniagaannya di dalam Sabah dan luar negara.

Jika dokumen ini terlepas di tangan orang lain, nyawa pemberi maklumat ini ibarat nyawa-nyawa ikan seperti mana pemberi maklumat skandal merompak wang rakyat Sarawak yang mati "dibunuh" di negara luar.

6. SABAH MISKIN?

Jika anda semua tertanya-tanya mengapa negeri Sabah masih ketinggalan jauh dari segi kemajuan infrastrutkur, rakyatnya masih ramai miskin sehingga merempat di tempat orang, tiada tanah dan tempat tinggal dan ekonomi Sabah antara yang termiskin di Malaysia, ia adalah kerana monopoli sumber kekayaan hari ini adalah milik ekslusif "Musa Aman dan keluarganya serta kroni".

Industri perhotelan begitu sinonim dengan Anifah Aman di Sabah dan namakan apa saja hotel yang ada pegangan sahamnya.

Pulau-pulau di negeri Sabah juga turut dimiliki oleh pegangan saham keluarga ini.

Paling mengejutkan, anak Anifah Aman iaitu Ahmad Zachry Anifah, antara yang dilaporkan oleh perisik maklumat antarabangsa ICIJ sebagai ahli perniagaan yang menyembunyikan kekayaan di luar negara seperti yang dibuat oleh anak Musa Aman sendiri.

7. UMNO-BN PEROMPAK

Apakah pengajaran daripada masalah yang dianggap fitnah oleh ahli-ahli UMNO-BN dan penyokong Musa Aman sebelum ini?

Apakah rakyat Sabah perlu lakukan selepas ini? Kita perlu wujudkan "mind setting" jangan melindungi pemimpin sebegini dan jangan berikan kuasa kepada mereka.

Ini adalah perompak wang rakyat Sabah yang telah memiskinkan negeri Sabah.

Paling sadis, proses perniagaan antarabangsa dan monopoli ekonomi tempatan sebegini adalah sama dengan cara Suharto dan keluarganya "merompak" wang rakyat Indonesia sehingga memiskinkan Indonesia dan rakyatnya merempat di negara orang.

Jufazli Shi Ahmad
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah
Penganalisis Politik & Aktivis
Kelulusan Master Bidang Sains Politik & Sarjana Muda Bidang Sejarah

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amenoworld | UB

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka masakan tidak, pelantun lagu Putus Terpaksa itu mendakwa, seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah.

"Melihat pagar pun saya dah meraung.

"Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak-anak, rumahku nerakaku," katanya sambil menangis.

Menurut Ziana Ziana, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.

Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

"Anak-anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.

Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia.

"Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak-anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," katanya.

Tambahnya, anak-anak juga mempersoalkan tindakan Armin.

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died," katanya menangis.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja," katanya.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya.

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.

Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak percaya dengan tahap kesabarannya.

"Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?

"Jadi maksudnya apa?" katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Sultan Brunei Derma USD$1 Bilion Kepada Malaysia?

Sultan Brunei Derma USD$1 Bilion Kepada Malaysia?

Jabatan Perdana Menteri mengesahkan dakwaan yang tersebar kononnya Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memberikan sumbangan sejumlah AS$1 bilion (RM3.952 bilion) kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi adalah tidak benar.

Sultan Brunei derma 1 bilion

Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap Jabatan Perdana Menteri.

“Ini adalah berita palsu tetapi kami akan dapatkan bantuan Kementerian Luar untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara viral ini,” ujar beliau.

Apa yang viral di media sosial ialah kenyataan mendakwa Sultan Hassanal memberi sumbangan AS$1 bilion kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam satu pertemuan.

Sebelum ini, Sultan Brunei diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah melawat Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi ketua negara luar pertama yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Pertemuan kedua-dua pemimpin berlangsung sejurus selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyurat bersama Ketua Setiausaha kesemua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru.

KEKAYAAN SULTAN BRUNEI

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah pernah dianggap sebagai manusia paling kaya di dunia.

Kekayaannya pada awal 1990-an dianggarkan $40 bilion dan beberapa pihak menggunakan angka yang sama untuk menggambarkan nilai bersih (net worth) dan asetnya hari ini.

Negara-negara monarki lain seperti Arab Saudi menguasai lebih banyak wang tetapi dianggap sebagai aset negara, manakala harta kekayaan Sultan Brunei lebih seperti aset peribadi walaupun ia secara rasmi milik negara.

5 Fakta Menarik Mengenai Sultan Haji Hassanal Bolkiah

1. Memotong rambut dengan harga mencecah $21,000

Harga potongan rambut Sultan Brunei didakwa termahal di dunia bersamaan dengan harga sebuah kereta baru.

Pada tahun 2009, Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan lebih $21,000 hanya untuk menggunting rambutnya.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana ia boleh menjadi semahal begitu? Mari kami jelaskan, Sultan Brunei terpaksa menerbangkan pendandan rambut kegemarannya, Ken Modestou dari London hanya untuk rambutnya.

Modestou diberi suite peribadi di dalam penerbangan Singapore Airlines untuk memastikan bahawa dia tidak terdedah kepada penyakit selesema babi oleh penumpang lain pada ketika itu.

Modestou memiliki salonnya sendiri bertempat dalam Hotel Dorchester di London.

Modestou akan dihantar untuk memotong rambut Sultan Brunei secara kerap, kadang-kadang setiap 3 atau 4 minggu.

Sultan Brunei memberikannya penerbangan kelas pertama dengan kos anggaran kira-kira $14,000.

Malah, segala-galanya ditanggung termasuk hotel dan makanan mewah. Ia adalah suatu perjanjian yang berterusan.

2. Istana Nurul Iman merupakan istana kediaman terbesar di dunia

Sultan Brunei Derma USD$1 Bilion Kepada Malaysia?

Istana Nurul Iman adalah kediaman rasmi Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan kerusi pemerintahan Brunei.

Terletak di Bandar Seri Begawan, ia dianggap sebagai kediaman peribadi terbesar di dunia dari segi kawasan lantai dengan memperoleh gelaran 'istana kediaman terbesar di dunia' oleh Guinness World Records.

Rekaan dalaman Istana Nurul Iman dibuat oleh Khuan Chew yang juga pernah dipertanggungjawabkan mereka bentuk Burj Al Arab di Dubai. Ianya siap dibina pada tahun 1984 dengan kos keseluruhan sekitar $1.4 bilion.

Istana ini mengandungi 1,788 bilik tidur, 257 bilik mandi, sebuah dewan jamuan yang boleh diperluas untuk menampung sehingga 5,000 tetamu, sebuah masjid yang boleh menampung 1,500 orang.

Istana ini juga mempunyai garaj 110 buahkereta, rumah kuda berhawa dingin untuk 200 ekor kuda polo kepunyaan Sultan Brunei dan 5 kolam renang.

Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mengandungi 2,152,782 kaki persegi ruang lantai.

Oleh kerana saiznya yang terlalu besar, Istana Nurul Iman menggunakan 564 lampu chandelier, 51,000 lampu mentol, 44 ruangan tangga dan 18 lif.

3. Memiliki koleksi jet peribadi dilengkapi ruang dalaman emas tulen dan kristal

Jet peribadi Sultan Brunei ini iaitu Boeing 747-400 tidak kurang seperti sebuah istana.

Ruang tamu, bilik tidur dengan butiran emas dan emas berharga di dalam jet hanya boleh dimiliki oleh orang tertentu.

Jet tersebut juga dilengkapi dengan semua kemudahan moden dan mempunyai meja kawalan jauh yang berasingan.

Sultan Brunei juga memiliki Boeing 767 yang merupakan pesawat jet bersaiz sederhana, mempunyai badan lebar dan enjin berkembar yang dibina oleh Boeing Commercial Airplanes.

Boeing 767-200 direka dengan bilik deluxe termasuk pejabat dengan dalaman yang lengkap.

Tempat duduk Airbus A340-200 boleh memuatkan sehingga 261 penumpang dalam susun atur kabin dalam bentuk tiga kelas yang mempunyai rangkaian 7,450 batu nautika (13,800 km).

Jet ini juga satu-satunya versi dengan kelebaran sayap yang lebih besar daripada panjang fiuslaj dan direka untuk laluan jauh dan tipis terutamanya di atas air.

Sultan Brunei juga menempah Boeing 747 yang terdapat beberapa bilik tidur dan kandang supaya beliau bersama kuda polonya dapat berulang-alik antara Britain dan Brunei.

Jet tersebut dilaporkan mengerjakan sistem pelupusan air kencing kuda apabila perjanjian itu dibatalkan.

4. Mempunyai salah satu 'garaj kereta' terbesar di muka bumi

The Empire Hotel di Brunei adalah saksi kepada salah sebuah empayar kereta yang amat dasyhat pernah dilihat.

Garaj tersebut dengan saiz 5 hangar pesawat yang menyimpan koleksi lebih 7000 kereta terbaik di dunia dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak $5 bilion.

Garaj berkelas rapi ini bagaikan sebuah 'istana kereta' yang mempunyai bahagian berasingan untuk menyimpan pelbagai jenama kereta mewah antaranya seperti Mercedes, Rolls Royce, Lamborghini, Jaguar, BMW, Ferrari, Porsche, Bentley dan lebih lagi.

Terdapat beberapa kereta di sini adalah satu seumpamanya di muka bumi seperti the Porsche Carma dan panduan sebelah kanan Mercedes CLKGTR.

Beberapa kereta konsep seperti Ferrari Mythos dan Jaguar XJ-220 dengan rekabentuk Pininfarina juga menghiasi garaj tersebut.

Ironinya, koleksi kereta mewah itu tidak dapat keluar dari garaj tersebut kerana dua sebab. Pertama, sebuah kereta yang diparkir di bahagian belakang sekali mungkin memerlukan hampir 1.5 jam untuk dipandu keluar. Kedua, dengan nisbah lebih daripada 100 buah kereta untuk setiap individu dalam keluarga Sultan Brunei, sebuah kereta barangkali akan digunakan hanya 3 kali setahun.

5. Dokumentari 'The Playboy Sultan' merupakan agenda bagi mencalar imej Sultan Brunei?

Sultan Brunei Derma USD$1 Bilion Kepada Malaysia?

Sebaik Brunei melaksanakan undang-undang shariah, pelbagai cerita yang kurang enak tiba-tiba muncul.

Pada tahun 2015, seorang wanita dari Amerika Syarikat, Jillian Lauren tampil mendedahkan kehidupannya sebagai perempuan simpanan kepada adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah.

Menerusi sebuah dokumentari khas berjudul '60 Minutes: The Playboy Sultan', Jillian sekali lagi menceritakan bagaimana adik-beradik Sultan Brunei yang hidup kaya-raya dan dikelilingi puluhan gadis jelita untuk memuaskan nafsu mereka.

Apa yang jelas dokumentari ini seperti sengaja mahu mencetuskan provokasi bahawa undang-undang shariah suatu tindakan yang ganas dan kejam.

Apa yang lebih mengejutkan, dokumentari ini juga melaporkan obsesi seksual terlampau dan pelik yang dimiliki oleh adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah.

Putera Jefri dikatakan memiliki sebuah kapal layar mewah dengan nama 'TITS' dan terdapat 2 bulatan pada bahagian atas yang diberi nama 'Nipple 1' dan 'Nipple 2'.

Putera Jefri juga didakwa mengabadikan 4 patung berupa dirinya sendiri dan juga bekas tunang, Micha Raines melakukan pelbagai posisi seksual di salah sebuah kediaman miliknya di Long Island, New York.

Selain itu, anak Sultan Brunei, Putera Azim turut terkena tempias apabila kehidupan sosialnya bersama artis terkenal Hollywood seperti Mariah Carey, Pamela Anderson, Scarlett Johansson dan ramai lagi turut dijadikan bahan cerita.

Sultan Brunei memegang gelaran orang terkaya dunia selama bertahun-tahun sehingga ianya diambil alih oleh Bill Gates.

Menjelang akhir tahun 1990-an Sultan Brunei telah jatuh ke nombor 3 akibat kejatuhan harga minyak dan perbelanjaan secara membazir oleh adiknya Prince Jefri.

Pada awal tahun 2000-an, kekayaannya dianggar tiga perempat daripada apa yang dia pernah punyai suatu ketika dahulu.

Namun disebalik semua ini, Sultan Brunei juga dikenali dengan sifatnya yang pemurah.

Sebagai contoh, beliau telah menggunakan wangnya sendiri untuk membantu menaikkan mata wang dan pasaran saham di Singapura dan Malaysia semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 hingga 1998.

Dia juga dilaporkan menjual sekurang-kurangnya $300 juta asetnya untuk membuat pinjaman kepada negara-negara jiran Asia Tenggaranya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Selepas Avengers 4, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaru yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan yang bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson.

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Buat pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel.

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat dan merupakan watak beragama Islam.

Feige dalam temu bual tersebut berkata, "Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson.

"Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain.

"Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."

Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.

Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.

Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama.

Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

‘Infinity Stones’

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Sementara itu, jika anda peminat tegar filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan ‘Infinity Stones’ atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekali gus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun legenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani


Monday, May 14, 2018

Tun Mahathir Perdana Menteri Paling Tua Di Dunia

Tun Mahathir Perdana Menteri Paling Tua Di Dunia

Dalam catatan Guiness World Records, Morarji Desai yang mengetuai kerajaan India dari tahun 1977-1979 adalah individu paling tua ketika dilantik kali pertama sebagai Perdana Menteri. Beliau berusia 81 tahun ketika itu dan rekod dunia tersebut masih milik beliau.

Tun Mahathir Perdana Menteri Paling Tua Di Dunia

Di Amerika Syarikat (AS) yang sering mendakwa kerajaan demokrasi tertua dunia pula, Donald Trump adalah yang pa­ling tua dilantik sebagai Presiden iaitu pada usia 70 tahun dan 220 hari, mengatasi rekod dipegang Ronald Reagan (69 tahun) kira-kira tiga dekad sebelum itu.

Sebuah lagi negara rujukan demokrasi iaitu Britain, individu yang paling tua pernah mengangkat sumpah kali pertama sebagai Perdana Menteri negara itu ialah Lord Palmerston pada usia 70 tahun dan 109 hari iaitu pada tahun 1855.

Jika bukan menjadi Perdana Menteri kali pertama, rekod yang paling tua dipegang oleh William Gladstone yang menjadi Perdana Menteri Britain buat kali keempat pada 1892 dalam usia 82 tahun, dia kemudian melepaskan jawatan tersebut dua tahun kemudian.

Namun secara puratanya di Britain, usia Perdana Menteri negara itu adalah 53 tahun dan 87 hari manakala di AS, usia purata Presiden adalah 55 tahun dan 6 bulan dengan Reagan paling tua ketika melepaskan jawatannya pada usia 77 tahun.

Sebelum ini, ketua negara dan ketua kerajaan paling tua berada di tampuk pemerintahan adalah Robert Mugabe sebelum terpaksa meletak jawatan Presiden Zimbabwe pada usia 93 tahun.

Ini menjadikan ketua negara paling tua dipegang oleh Ratu Elizabeth II yang masih di atas takhta pada usia 91 tahun diikuti Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, 90.

Di Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah individu pa­ling berusia ketika kali pertama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri iaitu pada usia 64 tahun mengatasi rekod yang dipegang Tun Mahathir Mohamad sebelum itu.

Tun Mahathir dilahirkan pada 1925 iaitu setahun selepas Mugabe dan setahun sebelum Ratu Elizabeth II.

Kini, tanpa perlu mengelilingi dunia dengan kapal layar atau mendaki Everest, Tun Mahathir mencatat namanya dan Malaysia dalam rekod dunia dengan menjadi Perdana Menteri Ketujuh pada usianya 92 tahun.

Berikut adalah 11 fakta mengenai Dr Mahathir yang anda perlu ketahui:

1. Dilahirkan pada 10 Julai, 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

2. Anak bongsu daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

3. Pertama kali menyertai kabinet pada pilihan raya ketiga pada 1964 sebagai Ahli Parlimen Kota Setar.

4. Pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat ketika berumur 56 tahun pada 1981.

5. Membawa Malaysia keluar daripada Krisis Kewangan Asia 1997 semasa pemerintahan beliau.

6. Sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 ketika berusia 92 tahun selepas meletak jawatan pada 2003.

7. Kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya selepas 15 tahun dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

8. Mengumumkan keluar dari UMNO pada tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

9. Mempengerusi dan menubuhkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada 2017.

10. Mengetuai PPBM menyertai Pakatan Harapan bagi mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-14.

11. Menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dan ketua negara paling tua di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | utusan

10 Janji Dalam Tempoh 100 Hari PAKATAN HARAPAN

10 Janji Dalam Tempoh 100 Hari PAKATAN HARAPAN

PAKATAN Harapan yakin dapat melaksanakan 10 janji dalam tempoh 100 hari selepas berjaya membentuk kerajaan Pilihan Raya Umum ke-14 dalam manisfesto yang dilancarkan sebelum pilihan raya umum ke 14.

10 Janji 100 Hari PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan menyenaraikan beberapa langkah antara lain menyentuh mengenai ekonomi rakyat selain reformasi institusi dan dasar.

“Buku Harapan” terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu; mengurangkan kos sara hidup rakyat, reformasi institusi dan dasar, memacu ekonomi kukuh, mengembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mewujudkan Malaysia yang inklusif dan moderat.

JANJI PAKATAN HARAPAN DALAM TEMPOH 100 HARI

1. Hapuskan GST.

2. Subsidi petrol bersasar.

3. Hapuskan hutang peneroka Felda.

4. KWSP untuk suri rumah.

5. Menyamaratakan gaji minimum.

6. Menangguhkan bayaran PTPTN, Gaji RM4,000.

7. Menyiasat skandal.

8. Mengembalikan status Sabah dan Sarawak.

9. Skim Peduli Sihat.

10. Kaji semula projek mega.

JANJI PAKATAN HARAPAN DALAM TEMPOH 5 TAHUN

MANIFESTO_pakatan_harapan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: TMI

Anak Rosmah Mansor, Azrene Ahmad Dedah Rahsia Cuba 'Dijual' Keluarga

Anak Rosmah Mansor, Azrene Ahmad Dedah Rahsia Cuba 'Dijual' Keluarga

Siapa yang tidak kenal dengan isteri kepada Chef Selebriti atau penyanyi Datuk Fazley Yaakob, Azrene Ahmad! Lebih lagi kontroversinya apabila umum tahu dia merupakan anak kepada isteri bekas Pedana Menteri Malaysia ke-6, Rosmah Mansor.

Anak Rosmah Mansor, Azrene Ahmad Dedah Rahsia Cuba 'Dijual' Keluarga

Rupa-rupanya siapa sangka, selama ini Azrene banyak memendam rasa tidak puas hati, kecewa dan marah terhadap ibunya itu.

Azrene yang juga merupakan isteri kepada Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu bertindak berani mendedahkan sisi gelap sikap ibunya selain mengakui banyak memendam rasa kecewa terhadap wanita tersebut.

Malah, Azrene juga berkesempatan mendedahkan pernah menjadi ‘mangsa penjualan’ dengan perkahwinan bidaan tertinggi untuk membantu mereka sekeluarga memperoleh kelebihan dalam arena politik.

Perkara itu didedahkan kepada netizen oleh Azrene menerusi sebuah posting yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram miliknya pada Khamis lalu.

Selepas Najib Razak diumumkan sebagai Pedana Menteri Terakhir Malaysia, Azrene bertindak berani untuk membuka apa sebenarnya yang terbuku di hatinya selama ini.

“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.

“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah).

"Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib).

“Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.

“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib).

"Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.

Malah, Azrene menjelaskan bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sering sahaja berada di laluan rumahnya.

“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakannya untuk mendapat kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk ‘silang’ mereka.

“Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka.

"Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut.

"Menjadi keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara ini langsung tidak menyeronokkan.

Lebih memeranjatkan, Azrene menjelaskan turut menjadi mangsa penjualan dengan perkahwinan bidaan tertinggi untuk membantu mereka memperolehi kelebihan politik.

“Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial.

"Keserakahan, keseronokan, dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah yang semakin mendekatkan mereka kepada kedudukan teratas.

“Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan.

"Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi.

"Oleh itu, diri saya sendiri dibuang dari keluarga malang ini.”

Bukan itu sahaja, setelah membuat keputusan untuk berumah tangga dengan lelaki pilihannya setelah berhempas pulas meyakinkan mereka untuk melepaskannya dari ikatan kekeluargaan ini, ahli keluarga barunya pula diganggu dengan macam-macam ancaman.

Azrene turut memberitahu sebelum melangkah kaki meninggalkan rumah, dia sempat berkata kepada mereka dirinya yakin suatu hari nanti Allah akan menghukum kamu kerana mengkhianati orang-orang yang sepatutnya kamu lindungi.

“Hari saya meninggalkan rumah, saya memberi amaran kepada kamu, individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat.

Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat bukannya sebaliknya.

Akan tiba suatu hari nanti orang akan menghukum kamu di atas segala pelanggaran yang telah dilakukan terhadap mereka.

Akan tiba juga Tuhan akan menghukum kamu atas pengingkaran kamu melindungi mereka.

“Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik satu talian darah yang terlibat dalam skandal ini, kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup mengadaikan orang-orang yang tidak bersalah hanya kerana wang tunai, tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar.

“Sebagai salah seorang darah daging dalam ahli keluarga ini, saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar.

“Semoga Allah memberi belas kasihan kepada jiwa hitammu. Hanya dia maha mengetahui dan pengampun!” tulisnya panjang di status Facebook.

Selain Azrene, suaminya Fazley juga turut membuat sedikit luahan di Instagram miliknya;

‘Orang Yang Saya Kagumi Rupanya Berhati Syaitan Dan Berajakan Nafsu.'

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mediahiburan

Tony Fernandes Dedah Rahsia Mengejutkan PRU14

Tony Fernandes Dedah Rahsia Mengejutkan PRU14

Tan Sri Tony Fernandes mendedahkan terpaksa berdepan tekanan yang hebat sepanjang tempoh kempen PRU14 baru-baru ini semata-mata untuk menjamin masa depan kakitangan dan syarikatnya, selain memikirkan tanggungjawab terhadap rakyat serta negara.

Tony Fernandes PRU14

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia itu mengakui ada kalanya terpaksa mengetepikan perasaan itu apabila diminta kerajaan Barisan Nasional supaya bertindak melakukan sesuatu walaupun menganggap ia tidak betul.

Misalnya, beliau diminta supaya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi AirAsia X kerana berkempen untuk Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kata Tony, beliau tidak mengendahkan desakan tersebut kerana menganggap ia tindakan yang salah.

"Saya amat tertekan tetapi saya simpan. Jadi saya beritahu anda apa yang saya rasa bersandarkan kepada keputusan-keputusan ini.

"AirAsia adalah industri di mana setiap perkara perlu mendapat kelulusan kerajaan dari penerbangan ke cukai lapangan terbang sehinggalah ke laluan penerbangan. Jadi tidak mudah untuk mengendalikan syarikat penerbangan.

"Sebuah syarikat penerbangan mesti sentiasa menyokong kerajaan memerintah.

"Apabila Tan Sri Rafidah terlibat dalam ceramah Pakatan Harapan saya diminta untuk memecatnya. Saya tolak kerana ia salah.

"Apabila impak dan populariti Tan Sri Rafidah meningkat, tekanan semakin memuncak. Ia semakin sukar dengan campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri," dakwanya.

Malah Tony berkata, tekanan yang dirasainya semakin memuncak apabila beliau diarahkan supaya membatalkan penerbangan selepas tawaran tambang murah kepada rakyat diketahui kerajaan BN.

"Rakyat gembira tetapi malangnya kami terus tertekan apabila kerajaan mengetahui bahawa kami membawa lebih ramai pengundi untuk balik mengundi.

"Dalam masa 24 jam kami telah dipanggil oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan diarahkan supaya membatalkan semua penerbangan tersebut. Ia sekali lagi memberikan tekanan hebat kepada kami," katanya.

Namun beliau berkata, keputusan menawarkan tambang murah itu dibuat atas tanggungjawab kepada rakyat.

"Saya rasa sebagai syarikat penerbangan kita perlu berkhidmat kepada rakyat. Orang ramai mahu balik mengundi. Pada pilihan raya umum terdahulu, AirAsia bukan syarikat penerbangan besar tetapi kita boleh buat perubahan.

"Jadi kita tambah 120 penerbangan yang boleh membawa 26,000 penumpang, tambahan kepada penerbangan biasa.

"Kami juga mengurangkan tambang kepada RM99 bagi laluan domestik dan RM129 antara Semenanjung dan Sarawak," katanya.

Pada masa sama, Tony turut memohon maaf di atas tindakannya bergambar bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kapal terbang AirAsia menggunakan logo BN.

"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video ini yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.

"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya.

"Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini," katanya.

Tony berpendapat langkah yang diambil itu boleh menyenangkan hati kerajaan yang memberi tekanan terhadap dirinya.

Meskipun terpaksa berbuat demikian, beliau berkata pendiriannya tetap sama seperti rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan untuk negara ini.

“Pendirian saya sama dengan anda semua. Saya percaya dengan Malaysia baharu ini dan akan terus berusaha untuk memastikan AirAsia dapat memenuhi mimpi semua rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu Tony dikecam netizen apabila dilihat seolah-olah menyokong kempen BN ketika Najib menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.

Bagaimanapun pada 11 Mei lalu, Ahli Parlimen PH Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira yang tidak didendang.

Jelas Syed Saddiq, Tony tidak boleh disifatkan sebagai pengkhianat kerana AirAsia menawarkan diskaun tambang penerbangan dan menambah penerbangan ketika tempoh pilihan raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Fakta Kenapa Lim Guan Eng Layak Menjadi Menteri Kewangan

Fakta Kenapa Lim Guan Eng Layak Menjadi Menteri Kewangan

Pada 31 Julai 2017, Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, yang mana laporan tersebut merangkumi pelbagai aspek bermula daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri, hinggalah kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda senarai tunggakan bayaran balik (hutang) bagi 13 kerajaan negeri pada akhir tahun 2016.

Angka ini diaudit berdasarkan maklum balas perbendaharaan Malaysia yang diterima pada bulan Mei 2017.

Hutang Kerajaan Negeri Di Malaysia

1. Pahang – RM 1,087.93 juta

2. Kedah – RM 1,028.85 juta

3. Terengganu – RM 502.36 juta

4. Melaka – RM 405.03 juta

5. Kelantan- RM 391.89 juta

6. Johor – RM 334.54 juta

7. Negeri Sembilan – RM 196.71 juta

8. Perlis – RM 171.44 juta

9. Sarawak – RM 36.54 juta

10. Sabah – RM 30.76 juta

11. Perak – RM 23.86 juta

12. Selangor – RM 14.67 juta (*RM212 juta semasa pemerintahan BN)

13. Pulau Pinang – Tiada hutang (RM496 juta semasa pemerintahan BN)

*Hutang dibayar sejak tahun 2011.

Berdasarkan laporan, jumlah baki pinjaman seluruh kerajaan negeri yang masih belum diselesaikan bersamaan RM17,049.69 ribu juta (RM 17.05 billion) dan tunggakan tidak berbayar pada tahun 2016 mencapai 47.7%.

Lim Guan Eng berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada keberkesanan pentadbiran Cekap Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan kerajaan negeri sejak 2008.

Contohnya, lebihan Belanjawan dicatatkan setiap tahun, kenaikan rizab asset lebih 100 peratus, pengurangan hutang kerajaan negeri sebanyak 90 peratus.

Manakala, lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta dalam 8 tahun 2008-2015 berbanding dengan RM373 juta dalam 50 tahun di antara 1957-2007.

Kesimpulan

Patutlah Lim Guan Eng layak jadi Menteri Kewangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: moshed

Sunday, May 13, 2018

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

Selain daripada masalah kerosakan bateri, sebenarnya penggunaan aplikasi tertentu boleh menjadi punca bateri smartphone anda cepat habis.

10 Aplikasi Yang Menghabiskan Cas Smartphone Dengan Cepat!

Untuk pengguna Android, terdapat lebih kurang 10 aplikasi yang dikenal pasti dapat menghauskan bateri telefon dengan cepat.

1. Netflix

Budak-budak sekarang mana tengok TV kan, jadi ini antara aplikasi untuk menonton movie yang digemari oleh anak-anak muda.

2. Snapchat

Kejap muka kucing, kejap muka anjing. Suka kan? Ha, kalau korang nak tahu, makin banyak filter yang digunakan, makin kuat la dia ‘makan’ bateri handphone.

3. Photo Grid

Lebih kurang sama macam aplikasi Snapchat, Photo Grid ni pun menjadi salah satu sebab kenapa bateri handphone korang cepat ‘kong’.

4. LINE: Free Calls & Messages

Uish, tak sangka aplikasi yang selalu digunakan ini rupa-rupanya jadi penyebab bateri cepat habis.

Walaupun aplikasi ini percuma tapi jaga-jaga eh.

Jangan lupa bawa sekali power bank korang.

5. ES File Explorer File Manager

Aplikasi ini ada banyak sangat iklan selingan yang sedikit sebanyak boleh kacau hayat bateri telefon.

6. Beaming Service for Samsung

Aplikasi pre-installed pada Samsung Galaxy ini berfungsi untuk menyimpan barcode atau QR Code.

Selain cepat makan bateri, aplikasi ini juga mendapat rating yang sangat buruk di Google Play Store.

7. Clean Master

Walaupun aplikasi ini banyak kegunaannya, tapi ia merupakan pemakan bateri secara senyap.

8. Super Bright LED Torch

Gunakan je la torch light yang ada pada handphone korang tu kalau tak nak bazir bateri dengan penggunaan aplikasi torch yang lain.

9. Samsung Watch On

Aplikasi ini berfungsi sebagai alat kawalan jauh televisyen. Hmm, pakai remote TV je tak boleh ke wey? Hiks!

10. Amazon Shopping

Syok sangat shopping sampai tak sedar bateri handphone dah nak mati. Pernah?

Kesimpulannya, apa saja aplikasi yang korang guna, gunakanlah dengan baik.

Kalau dah tahu ia jadi punca bateri cepat kong, jangan lupa bawa powerbank sekali okay?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja